FOLLOWERS

Sunday 28 December 2008

TERAPI SAKIT SENDI

Terapi sakit sendi
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
APABILA anak yang baru belajar berjalan tiba-tiba meragam, enggan bergerak, kerap menangis apabila dipegang dan mempunyai kesan bengkak pada bahagian sendi, segera bawa si kecil menjalani pemeriksaan kerana ini tanda dia mungkin mengalami sakit sendi.Selama ini ramai antara kita menyangka sakit sendi hanya menyerang orang tua dan sebahagian daripada proses penuaan. Tanggapan ini kurang tepat kerana kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa masalah sendi dan jika tidak mendapat rawatan, mereka mungkin membesar dalam kecacatan!Di United Kingdom, artritis menyerang satu dalam 1,000 kanak-kanak. Walaupun tiada data mengenai artritis juvana di negara kita, kanak-kanak Malaysia turut mengalami masalah sama yang dipanggil reumatoid artritis juvana.Bagaimanapun, sakit sendi dialami kanak-kanak tidak sama dengan sakit sendi orang tua kerana ia boleh berlaku tanpa sebab tertentu dan boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada penyakit autoimun.Maknanya, sistem pertahanan badan pesakit kanak-kanak itu mengalami �kekeliruan� dan menganggap sendi sebagai benda asing yang perlu dimusnahkan dan keadaan ini juga dipanggil artritis idiopatik juvana (JIA).Tidak kira apa nama diberikan, pesakit mengalami gejala sama iaitu sendi menjadi merah, panas, bengkak, tegang dan sakit. Sesetengah pesakit hanya mengalami masalah pada beberapa sendi, namun tidak kurang juga yang mengalami serangan di hampir semua sendi sehingga pesakit tidak boleh bergerak.Menurut Perunding Reumatologi Paediatrik Hospital Selayang, Dr Tang Swee Ping, artritis menyebabkan ramai pesakit kecil tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak mereka seperti orang lain.Kesakitan dan kekejangan sendi yang dialami menghalang mereka daripada melakukan aktiviti cergas dan bermain dengan rakan sebaya.Malah, ia juga menyebabkan pesakit terpaksa menghabiskan banyak masa di rumah, sama ada disebabkan artritis atau halangan ibu bapa yang terlalu bimbangkan keupayaan serta keselamatan anak mereka.Artritis kanak-kanak berbeza dengan masalah sakit sendi dialami orang dewasa. Kesan pada kanak-kanak lebih ketara dan serius kerana anggota badan mereka masih menjalani proses pertumbuhan.Tanpa rawatan, sendi mereka menjadi �cacat� serta menyebabkan anggota tidak berkembang sempurna. Anggota yang diserang mungkin menjadi bengkok, pendek atau hilang fungsi.Lebih menyedihkan, anggota cacat ini tidak boleh dikembalikan ke bentuk asal, melainkan melalui pembedahan penggantian sendi � iaitu pilihan rawatan terakhir yang hanya diberikan selepas pesakit dewasa atau proses pembesaran berhenti.Dr Tang berkata, walaupun sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan artritis, pesakit kanak-kanak masih berpeluang menjalani kehidupan aktif jika mereka diberi rawatan sewajarnya dan menjalani latihan fisioterapi. Namun, bukan mudah mengajak pesakit muda menjalani rutin fisioterapi atau senaman yang membosankan.�Antara senaman yang baik dan menyeronokkan ialah menunggang kuda. Aktiviti menunggang kuda mampu merangsang dan menguatkan otot, terutama di bahagian paling dalam seperti otot pelvik dan tulang belakang. Ia juga membantu melatih pesakit mengimbang diri supaya tidak terjatuh ketika menunggang kuda.�Selain itu, ia dapat meregangkan otot yang tegang, terutama jika pesakit mengalami artritis pada paha, di samping memperbaiki kebolehan otot seluruh badan untuk bergerak,� katanya pada acara menunggang kuda untuk ahli Kelab Artritis Junior anjuran bersama Yayasan Artritis Malaysia (AFM) dan Colmar Tropicale Hill Resort disertai 30 kanak-kanak.Aktiviti tahunan kali kedua itu bertujuan memberi peluang pesakit kanak-kanak melakukan aktiviti yang biasanya tidak dapat dibuat serta meningkatkan pengetahuan ibu bapa mengenai penyakit dan kaedah untuk menangani masalah anak mereka.Mengikut sejarah, menunggang kuda mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan mengimbangi diri.Pada Perang Dunia Pertama, Hospital Oxford di London menyarankan tentera yang tercedera menunggang kuda sebagai terapi pemulihan.Bagaimanapun, aktiviti menunggang kuda hanya mendapat kajian meluas selepas pesakit polio, Lis Hartel dari Denmark yang lumpuh dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, menjadikannya sebagai kaedah rawatan sehingga berjaya memenangi pingat perak dalam acara Grand Prix Dressage Sukan Olimpik 1952.Kebaikan menunggang kuda� Memperbaiki keseimbangan badan. Apabila kuda bergerak, penunggang sentiasa dalam keadaan tidak stabil dan mudah jatuh, sekali gus memaksa otot penunggang mengecut, meregang dan berehat bagi mengekalkan kestabilan serta mengelak terjatuh.Perkara ini secara tidak langsung merangsang otot pada bahagian paling dalam yang tidak dapat dicapai melalui terapi fizikal konvensional (biasa).Dr Tang berkata, kajian mendapati pergerakan tiga dimensi kuda sebenarnya ada persamaan dengan pergerakan kaki manusia yang �mengajar� otot kaki dan badan atas bergerak pada alunan tertentu.Justeru, set otot berlainan boleh dirangsang dengan meletakkan pesakit pada posisi berbeza di atas badan kuda.Proses mengawal, mengarahkan kuda bergerak, berhenti, mempercepatkan larian atau mengubah arah boleh meningkatkan manfaat yang diperoleh pesakit. Antara manfaat lain ialah:� Menguatkan otot � kekuatan otot boleh ditingkatkan kerana banyak otot digunakan ketika menunggang kuda. Menunggang kuda adalah senaman menyeronokkan. Justeru, ia membuatkan pesakit kanak-kanak leka dan tidak sedar mereka sebenarnya melakukan senaman dalam jangka masa lebih panjang.� Memperbaiki koordinasi dan mempercepatkan tindak balas � menunggang kuda memerlukan banyak koordinasi supaya mendapat gerak balas yang dikehendaki daripada kuda.� Meregangkan otot yang tegang atau spastik � untuk duduk di atas kuda, pesakit perlu meregangkan otot aduktor pada paha. Regangan ini bermula ketika pesakit naik di atas badan kuda. Bagi pesakit artritis, disarankan menunggang kuda lebih kecil pada cubaan awal dan apabila fungsi otot meningkat, baru beralih ke kuda lebih besar.Tarikan graviti juga sebenarnya membantu regangan otot di bahagian depan kaki jika kaki tidak diletakkan pada rakap (tempat berpijak yang tergantung daripada pelana kuda). Menunggang kuda menggunakan rakap yang dipasang mengikut paras kaki seseorang atau lebih panjang juga membantu meregangkan saraf pada tumit dan otot betis.Pada masa sama, otot perut dan belakang badan akan dirangsang untuk �bekerja� apabila pesakit terpaksa menegakkan badannya ketika kuda berjalan bagi mengelak terjatuh. Ketika menunggang, pesakit akan memegang tali yang mengawal kuda dan ini adalah senaman meregangkan otot tangan dan lengan.� Mengurangkan masalah otot spastik � rentak pergerakan kuda secara tidak langsung dapat mengatasi masalah ini. Suhu badan kuda yang panas juga memberi keselesaan kepada kaki pesakit. Duduk di atas kuda juga membantu pengecutan otot yang berterusan (di luar kawalan) pada anggota bawah badan, manakala memegang tali membantu mengurangkan pengecutan otot berterusan di anggota atas badan.� Apabila masalah otot spastik dapat diatasi, bermakna pesakit boleh menggerakkan anggota badan dengan lebih mudah. Ia juga mengurangkan masalah pergerakan tidak normal yang terhasil akibat pengecutan otot tidak terkawal.� Memperbaiki aliran darah dan pernafasan. Walaupun menunggang kuda tidak dianggap senaman kardiovaskular, ia senaman aerobik yang dapat melancarkan aliran darah dan merangsang lebih banyak oksigen masuk ke badan.� Meningkatkan selera makan. Sebagaimana kanak-kanak lain, pesakit artritis juvana juga cerewet dan sukar diajak makan. Namun senaman dapat membantu memperbaiki selera mereka. Malah, fungsi sistem pencernaan juga bertambah baik.� Integrasi deria � menunggang kuda merangsang deria sentuh melalui sentuhan dan pengaruh persekitaran. Hampir semua deria � sentuh, lihat, bau dan dengar � saling bekerjasama untuk memastikan pesakit dapat mengimbangi badan ketika menunggang kuda.Selain itu, kata Dr Tang, pesakit artritis juvana bukan saja mendapat manfaat fizikal, tetapi ia turut memberi kesan positif pada psikologi dan emosi mereka. Secara umumnya, pesakit berasa lebih lega dan selesa dalam persekitaran hijau, nyaman dan jauh daripada hospital.�Menunggang kuda juga dapat meningkatkan keyakinan pesakit. Walaupun kuda dituntun oleh petugas, ia masih mampu merangsang keyakinan pesakit kerana mereka sebenarnya berdepan haiwan yang jauh lebih besar.�Melakukan aktiviti berkumpulan bersama pesakit lain juga dapat menguatkan semangat pesakit. Oleh kerana penyakit ini jarang berlaku, pesakit sukar menemui rakan senasib. Melalui cara ini mereka tahu ada kanak-kanak lain turut menghidap penyakit sama. Jadi pesakit tidak akan berasa terasing dan sedih dengan keadaan mereka.�Bahkan pesakit juga belajar bersabar, mengawal emosi dan berdisiplin. Namun yang lebih penting ialah pesakit merasa mereka kembali �normal� kerana boleh melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain,� katanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR