FOLLOWERS

Saturday 12 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES HAK MEMBELA DIRI !



[1990] 3 MLJ 364
Shamsiah bte Ahmad Sham v Public Services Commission, Malaysia & Anor

Bahasa Malaysia Summary:

[
Di dalam kes ini, perayu, seorang penjilid buku dengan Pejabat Pencetak Kerajaan, telah dibuang kerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selepas ia didapati bersalah cuai dan mengabaikan tugas. Dia telah kemudiannya memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat deklarasi bahawa pembuangan kerjanya itu adalah tidak sah dan terbatal dan untuk perintahperintah bersampingan.

Permohonannya telah ditolak di Mahkamah Tinggi dan dia telah merayu. Intisari aduan perayu ialah bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila membuat keputusan utuk membuang kerjanya telah mengamabil kira perkara-perkara tidak tergolong iaity rekod kelakuannya dahulu yang telah dicatatkan di dalam rekod perkhidmatannya dan yang telah dikemukakan oleh Ketua Pengarah Pejabat Pencetak Kerajaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa memberinya peluang untuk menjelas, menyangkal atau menafikan perkara-perkara itu.

Diputuskan:
Diputuskan, Membenarkan rayuan itu:

(1) Sungguhpun surat meminta memberi sebab yang diberi kepada perayu mengandungi tuduhan dan bukan alsan-alasan seperti yang disebut di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataterib) (Perintah Am Bab ‘D’) 1969, ini adalah perkara bentuk dan bukan perkara pokok. Tuduhan itu mengandungi semua alasan yang perlu untuk pembungan kerja yang dicadangakan yang membolehkan perayu menyiapkan jawapan bertulisnya.

(2) Responden pertama telah melanggar kaedah keadilan asasi oleh kerana tidak memberi perayu peluang menjelas atau menafikan rekod perkhidmatannya yang telah digunakan dan berkesan menyebabkan keputusannya untuk mengenakan hukuman yang seberat-beratnya yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan 1969 itu. Atas alasan ini dan atas autoriti-autoriti yang disebutkan di dalam penghakimannya, mahkamah tidak ada pilihan lain selain daripada membenarkan rayuan itu.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes ini berkaitan hak kita dalam sesuatu perkara.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR