FOLLOWERS

Thursday 17 September 2009

UGUTAN BUNUH DR KHIR : JUGA SATU LAWAK !





kemaskini 5.22pm Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor.""Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Buat lah apa pun Dr Khir. Repot pun tak apa. tetapi tak usah repot pun lagi baik.

2. Tak ada orang nya nak bunuh ahli politik atau siapa sahaja di Malaysia ini akan memberitahu dulu. 2 pemimpin MIC di Johor dan Kulim juga dibunuh 2 tahun lepas tidak ada pun pembunuhnya hantar surat memberi amaran dahulu. Kalau jenis yang betul nak bunuh, terus aje dibunuhnya tanpa amaran. Itu saikologi pembunuh .

3. Jangan terikut dengan tarian pembangkang. Orang bersuara kata nak rogol di dalam dewan secara terbuka pun , YB berkenaan separuhnya nyawa membuat lapuran polis. Itu pun selepas seminggu kejadian baru lapuran polis dibuat. YB berkenaan tak boleh bezakan kata-kata tersebut lahir dari perasaan yang amat marah disebabkan isu kuil dengan yang betul -betul berniat untuk merogol.

4. Tak ada kredit dalam politik pun , lapuran-lapuran sebegini. Tak usah nak menari seperti pembangkang . Lebih baik buat kerja lain yang lebih afdal dari mengikut tarian bodoh pembangkang . Jangan membazir masa anda yang berharga itu .

5. Kepada Dr Khir: tidor lah dengan selenanya dan teruslah bekerja tanpa rasa takut dengan pengirim surat bodoh tu. Kalau nak kira dengan pasukan keselamatan termasuk tentera dan polis , kastam, SPRM, Imigresen dan sebagainya : tak bekerja le mereka kalau nak ambil kira dan nak buat lapuran polis atas semua ugutan ini. Setiap hari beribu ugutan dan ancaman bunuh begini di terima.

2 comments:

  1. Kalau di Kelantan jenis orang yang mudah pukul orang tu mereka panggil orang gedeber. Hamba pun dizaman muda muda dahulu biasa juga bergaul dengan jenis orang gedeber tu. Mereka selalu kata orang yang kata nak pukul orang tu sah tak jadi pukul sebab bila dia kata nak pukul tu marahnya dah kendur. Orang pukul orang waktu dia marah. Sedang marahnya memuncak itulah dia terus pukul. Kalau dah ada ruang akal berfikir dah tak jadi dah.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Arif,

    Ya..saya setuju benar dengan tulisan anda. Tepat sekali.

    Mana orang nak bunuh kena bagitau dulu sama juga mana ada orang nak merogol itu teriak dulu lebih kurang macam ni lah "!!! hello((((0)))) !!!saya nak rogol awak !!!... mana ada macam tu kan hehehe

    Jadi Khir Toyo bagus tarik balik jer laporan polis tu...buang masa saja..

    B

    ReplyDelete

PETA PELAYAR