FOLLOWERS

Tuesday 27 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES KETIADAAN PEGAWAI UNTUK MELULUSKAN PERMIT IMPORT !


[1994] 2 MLJ 91
Public Prosecutor v Lau Siew Nguong & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SIBU) — CRIMINAL APPEAL NO 41 OF 1991

Judges MUHAMMAD KAMIL JC
Date 11 OCTOBER 1993
Citation [1994] 2 MLJ 91


Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah dituduh kerana mengimport barangan larangan, iaitu kepak ayam sejuk beku (‘barangan itu’), tanpa lesen import yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kastam di bawah Aturan Kastam (Larangan Import) 1988 (‘Aturan itu’), yang merupakan suatu kesalahan di bawah s 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (‘Akta itu’).

Pihak pendakwa mengata bahawa perayu telah mengemukakan borong deklarasi yang tidak sempurna apabila mereka menuntut barangan itu kerana permit import tidak dilampirkan tetapi hanya dikemukakan pada hari keesokannya. Pada penghujung kes, perayu telah dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah majistret. Tetapi barangan itu telah diperintahkan supaya dirampas. Kedua-dua pihak telah membuat rayuan terhadap keputusan ini; pihak pendakwa terhadap pembebasan dan pelepasan perayu atas kedua-dua tuduhan itu, dan perayu terhadap perintah rampasan barangan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan perayu dan menolak rayuan pihak pendakwa:

(1) Bagi tujuan mengimport kepak ayam, hanyalah lesen import yang dikeluarkan oleh Jabatan Haiwan yang diperlukan di bawah Aturan itu. Oleh kerana pegawai haiwan tunggal di Jabatan Haiwan Sibu telah pergi bertugas di tempat lain pada masa material, tidak ada sesiapa untuk menandatangani permit itu. Daripada keterangan di hadapan mahkamah, perayu tidak berniat untuk mengelakkan diri daripada undang-undang dan majistret tidak salah mengarahkan diri mengenai fakta kes ini.

(2) Jelas bahawa rampasan di bawah s 127(1) Akta itu adalah mandatori jika suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta itu dan barangan itu merupakan isi perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu. Di dalam kes ini, tidak terdapat kesalahan yang telah dilakukan terhadap Akta itu kerana barangan itu dilingkungi oleh permit import yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Haiwan dan permit itu tidak ditarik balik. Oleh itu, barangan itu telah diimport di bawah permit yang sah.

Duti ke atas barangan itu telahpun dibayar sebelum permit itu dikeluarkan dan dengan demikian, tidak merupakan isi perkara kesalahan itu. Memandangkan keadaan kes ini, perintah pembebasan itu disahkan, perintah rampasan itu diketepikan, dan barangan itu atau hasil kutipannya diperintah supaya dikembalikan kepada perayu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan kes ini dapat memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Di dalam kes ini isunya ketiadaan pegawai untuk menandatangai permit import kerana pegawai Jabatan Haiwan ( hanya seorang dan keluar bertugas ).

2. Jadi pengajarannya , tentukan kita semua pegawai kerajaan berhati-hati dan memikirkan tentang mutu sistem penyampaian dan juga memperbaiki dan merangka penugasan harian kita agar perkara-perkara begini tidak berlaku dan ini amat memalukan kerajaan. Kerajaan akan dipersalahkan. Keadaan sebenarnya pengaturan masa bertugas yang tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR