FOLLOWERS

Monday 21 December 2009

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BMF : LEGAL PROFESSIONAL PREVILEGE / COMUNICATION !


[1993] 2 MLJ 347
Attorney-General of Hong Kong v Lorrain Esme Osman & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ORIGINATING SUMMONS
NO R1–24–58 OF 1991

Judges ABU MANSOR ALI J

Date 22 FEBRUARY 1993

Citation [1993] 2 MLJ 347


Catchwords:
Evidence — Privilege — Legal professional privilege — Communication between solicitor and client — Application to call solicitor to give evidence of such communication in criminal proceedings — Whether communications made in furtherance of illegal purpose — Evidence Act 1950 s 126

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon dalam usaha mereka untuk mendapat keterangan daripada Malaysia untuk digunakan dalam prosiding jenayah di Hong Kong, telah memohon supaya seorang saksi, Encik Narayanan (‘saksi itu’), seorang peguambela dan peguamcara, memberi keterangan mengenai beberapa transaksi yang berlaku di dalam firma undang-undang Ng Ek Tiong & Partners bagi pihak klien firma itu, Lorrain Esme Osman (‘penentang itu’).

Peguambela untuk penentang itu telah membantah pemanggilan saksi itu atas alasan bahawa saksi itu akan memberi keterangan yang berkaitan dengan hubungan peguam-klien dan akan memungkiri kepercayaan penentang terhadap peguamnya dan menyebabkan kehilangan perlindungan untuk saksi itu di bawah s 126 Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’). Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada panggilan saksi itu jatuh di bawah s 126 Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak bantahan penentang itu:

Menurut peruntukan (a) kepada s 126 Akta itu, pemohon mesti memuaskan hati mahkamah bahawa komunikasi sedemikian di antara saksi itu dan penentang itu dibuat untuk pelanjutan tujuan yang tidak sah. Memandangkan bahawa majistret besar di London telah memberi kehakiman berdasarkan enam tuduhan perbuatan memberi rasuah dan kehakiman itu telah diesahkan apabila dikaji semula oleh mahkamah divisyen, mahkamah ini terpaksa menghormati keputusan itu bahawa berdasarkan keterangan di hadapan mereka dan di hadapan mahkamah jelas terdapat keterangan untuk memutuskan secara prima facie bahawa perbuatan memberi rasuah telah diwujudkan terhadap penentang.

Mahkamah tidak dapat lari daripada keputusan bahawa dengan menghantar jumlah yang besar sebanyak 5 juta ke Malaysia dan kemudian menyelerakkannya di antara beberapa transaksi hanya boleh merupakan perbuatan melaburkan wang haram dan oleh yang demikian komunikasi telah dibuat untuk melanjutkan perbuatan yang melanggar undang-undang di bawah peruntukan (a) kepada s 126 Akta itu. Oleh itu, mahkamah telah memerintahkan supaya saksi itu memberi keterangan mengenai sebarang transaksi yang telah berlaku di antara penentang itu dan firmanya dan sebarang komunikasi di antara peguam dan klien akan berhenti menjadi sulit.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR