FOLLOWERS

Saturday, 28 February 2009

DEMO UTAYAKUMAR DI BRICKFIELD: POLIS AMBIL TINDAKAN













Abdul Rahim Sabri Feb 28, 09 12:05pm

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai. Berita lanjut :...........

2. Anwar selar penangkapan penyokong Uthaya
Jimadie Shah Othman Feb 28, 09 6:51pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan beberapa orang, termasuk, ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang berkumpul bagi membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar. “Manikavasagam tampil membuat laporan kepada polis berhubung kekecewaannya terhadap apa yang berlaku terhadap pemimpin Hindraf itu. ...................................“Hendak buat laporan untuk mempertahankan rakan mereka di Kemunting ditangkap. Jadi, nampak polis ini macam alat atau ketua cawangan Umno,” kata ketua pembangkang itu. Berita lanjut : .....

Penghuni Gua : Tahniah PDRM . Teruskan tindakan anda. Jangan memberi muka kepada perosak negara ini. Mereka tidak akan rugi apa-apa jika negara kacau bilau. Mereka tetap akan menyalahkan kerajaan jika negara tidak aman. Mereka ini hanya pandai bercakap dan tidak pernah berani bertanggungjawab atas percakapan dan perbuatan mereka. PDRM wajib memberi tumpuan untuk menjaga hak asasi awam dari menjaga hak asasi segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak berfikiran ini.

Kepada DSAI : Bala Allah kepada anda datang perlahan-lahan. Sebahagiannya telah Allah tunjukkan , yang selebihnya tunggulah. Inilah jenis manusia yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah mengotakan janjinya. Hanya indah di mata dan dibibir sahaja. Ssiapa yang mengenal DSAI, tahu siapa dia. Doa saya walaupun sedikit marah kepada DSAI, insaflah, semuga ALLah menunjukkan jalan dan hidayah kepada YB DSAI dan kembalilah ke pangkal jalan ( Jalan Allah ) dan bertaubatlah. Cara yang paling baik jika anda malu untuk mengaku segala kesalahan anda, cara terbaik ialah diam dan berundur dari politik secara perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya nama anda tidak terus diburukkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis terpaksa mengambil tindakan tegas itu selepas kumpulan terbabit tidak mengendahkan nasihat polis supaya mereka bersurai. Katanya, tindakan mereka yang datang beramai-ramai untuk membuat laporan polis menimbulkan kesulitan kepada pihak lain di IPD berkenaan.

“Polis sudah memberikan mereka nasihat, malah merayu kepada mereka melalui radio, televisyen dan akhbar semalam supaya tidak datang sebegitu ramai untuk membuat laporan yang sama kerana polis akan menyiasat kesemua laporan dibuat sebagai satu laporan tunggal. “Mereka tidak mengendahkan nasihat itu dan hendak berpura-pura dengan polis serta menimbulkan masalah yang tidak perlu kepada orang lain. “Balai polis adalah kawasan keselamatan dan kita tidak boleh membenarkan sebegitu ramai orang memasukinya kerana keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Penghuni Gua : Teruskan tindakan anda Tan Sri . hak asasi awam lebih utama dari hak asasi perosak negara ini. Teruskan untuk selamanya kepada mereka ini dengan tindakan tegas yang lain. ISA jangan dilupakan. PDRM harus hati-hati dari segi tindakan kerana semua kejadian ini pada pandangan saya , usaha pihak-pihak tertentu untuk mencari isu ( mereka kini kekeringan isu ) kerana 2 pilihanraya kecil bakal berlangsung di Semenanjung Malaysia dalam waktu terdekat. Yang paling mereka suka dan mudah untuk mencipta isu ialah keganasan PDRM. Apa pun teruskan tindakan tegas polis.

FLIP FLOP LAGI ? TAHNIAH YB MENTERI. JANGAN ULANGI





KEPALA BATAS 28 Feb. — Kerajaan perlu menarik balik keputusan membenarkan penggunaan perkataan ’Allah’ dalam penerbitan agama Kristian kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.


Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.


Katanya, kerajaan sepatutnya tidak membuat keputusan sedemikian tetapi menyerahkan kepada mana-mana mahkamah yang berkenaan untuk proses rayuan memandangkan perkara itu telah dibawa ke mahkamah oleh pihak penerbitan Herald- The Catholic Weekly.


Kerajaan perlu menanggung risiko kesan daripada keputusan itu iaitu sama ada rakyat bertolak ansur seperti mana yang dilakukan kerajaan atau tidak akan menyokong kerajaan yang ada pada masa akan datang, katanya ketika mengulas laporan akhbar berhubung penggunaan perkataan “Allah” bukan lagi satu larangan seperti yang terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri awal tahun ini.

Perintah tersebut berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ’Allah’, ’Kaabah’, ’Baitullah’ dan ’Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.

“Pada saya, kerajaan telah melakukan satu kesilapan dan yakin umat Islam di negara ini tidak akan menerimanya kerana pengertian Allah itu adalah berdasarkan kepada tauhid yang berbeza antara Islam dan Kristian dan ini boleh mencetuskan golongan Islam yang ekstrim,” kata Nakhaie kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Halal di Dewan Milenium di sini hari ini.

Mohd Nakhaie, yang juga pengerusi Majlis Amal Islamiah Malaysia berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan kebenaran itu juga dilihat tidak menyokong usaha memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini.
— BERNAMA

Penghuni Gua : Berita jam 8 malam TV 3 : Menteri Dalam Negeri memaklumkan bahawa kebenaran penggunaan ALLAH yang diberi kepada penerbitan Herald melalui pewartaan , sebenarnya adalah kesilapan dan salahfaham diperingkat kementeriannya. baguslah begitu. Ini kerana KDN tidak boleh memberi kebenaran sedemikian selain tidak mengikut perlembagaan ia juga seolah menghina mahkamah.

Ini kerana kes mengenai penggunaan ALLAH ini sudah menjadi kes mahkamah dan sekarang masih berjalan. KDN wajib menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Yang nyata Islam telah dipelihara dam diberi kedudukan yang jelas di dalam perlembagaan. Jangan ubah lagi . Tahniah YB Dato Sri Menteri Dalam Negeri. atas tindakan cepat tersebut. Kekalkan begitu. Jangan melayan sangat berbagai tuntutan sebegini dan jangan mengubah perjanjian dan tolah ansur yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin terdahulu semasa merdeka. Kekalkan begitu YB Dato Menteri.

Disyorkan tindakan tattertib diambil ke atas pegawai di kementerian YB Dato Sri yang melkukan kecuaian yang amat memalukan kerajaan. Ini menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai lain bahawa hal-hal yang begitu sensitif sekurang-kurang YB Menteri dahulu dirujuk sebelum diumumkan.

Penghuni Gua : Tak pernah tuntut apa-apa. Gua hamba aman damai untuk besarkan anak-anak cukup. Alhamdullillah.

P. UTAYAKUMAR SAKIT TENAT ? INI UBATNYA!!









Kira-kira 200 berarak ke IPD Brickfields

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 orang berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk membuat laporan polis bagi mendesak supaya P Uthayakumar yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diberikan rawatan sewajarnya.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Penghuni Gua : Senang sahaja ubatnya. Lepaskan dia dari Kem Kemunting hialng lah sakitnya. Tak percaya? Percaya lah. Contoh mudah ialah YB DSAI semasa di tahan dan dipenjarakan kerana tuduhan liwat dahulu juga mengalami berbagai penyakit seperti kena racun arsenik, sakit tulang kaki, kena pukul muka ( tapi sakit kaki ) ,HIV/AIDS, sakit tulang belakang ( sehingga nak ke Jerman untuk jumpa pakar dan berbagai penyakit lagi Lihat gambar ). Dari lapuran dan gambar YB DSAI yang di siarkan dulu kalau lihat sekali imbas , paling lama DSAI boleh bertahan dengan penyakitnya cuma sehari dua sahaja. Kemudian padam lah. Rupanya bila dibebaskan , terus sihat dan segar bugar. Jadi untuk merawat dan ubat terbaik bagi YB P Uthayakumar ialah bebaskannya. Tak percaya? Percayalah. He he he he he he........

Penghuni Gua : Hanya sakit hati........

CELAKA YB HJ HADI AWANG = CELAKA YB KARPAL SINGH







Didalam Blog : Presiden PAS , 27 feb 2009 YB Dato HJ Hadi Awang telah memberi CELAKANYA : Lihat dibawah apa yang dicelakakannya semalam :


Cuba bandingkan celaka YB Karpal Singh :

"Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King, .....................................Dua peluru Tuan Speaker............................................. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut.Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," ..........................


Penghuni Gua : Inilah dua oarng pemimpin yang tersohor di Malaysia. Seorang pakar undang-undang dan seorang lagi pakar Agama Islam ( Ulama ? ). Adakah ini contoh mereka yang bergelar ulama. Esok misti ada dalil dan ayat Al Quran yang akan di kemukakan oleh YB Hj Hadi untuk menghalalkan celakanya. Tengoklah nanti. Inilah contoh ulama' Islam yang amat-amat berilmu dan tinggi keislaman nya di abad ini. Malu kita dengan anak-anak. Pada YB Tuan Guru, bawa beristighafar le sekejap. Kalau nak celakakan orang pun, buang lah jubah dan serban sekejap. Inilah yang merosakkan imej islam.

Kuliah pagi yang Tuan Guru buat setiap hari di Rusila tu, baik ditutup sahaja. Buat merosakkan imej agama sahaja kalau asyik mencelakakan orang. Pada pandangan Penghuni Gua, disebabkan percakapan yang Tuan Guru beginilah yang menyebabkan Allah memberikan kecelakaan ke atas kerjaya politik Tok Guru. Allah mencelakakan Tok Guru dengan mengambil semula Terengganu dari tangan Tok Guru. Tok Guru sempat memerintah selama sepenggal sahaja di Terengganu. Mungkin Allah merasakan Tok Guru tak layak jadi pemimpin kerana ego dan bermulut celupar serta tidak boleh menjadi contoh kepada masyarakat yang di pimpin. Itu adalah KECELAKAAN dunia yang telah Allah berikan kepada Tok Guru.

Adakah YB Tok Guru tidak memikirkannya ????? Fikir-fikirkanlah. Ingat, balasan Allah ada yang diberikan serta merta atas dunia ni, dan sebahagian lagi di akhirat. Allah telah mengatakan, mereka yang paling ramai masuk neraka di kalangan orang Islam ialah terdiri dari gulungan orang yang beragama. Mungkin Tok Guru seorang daripadanya. Jaga-jagalah bahasa YB Tok Guru tu. Setidak-tidaknya malulah pada isteri, anak-anak dan cucu - cucu YB Tok Guru yang ramai tu. Kesian mereka.


Penghuni Gua : Tidak pernah ditimpa kecelakaan. Alhamdulillah. Lihat gambar di atas : Inilah rupanya mulut kita bila hampir mati nanti sekiranya kita kerap mencelakakan orang lain. Ini yang selalu Penghuni Gua lihat...................................ingat, ingat.!!!!!!!!!!!!

Strategi sang Singa tua DAP….




Dipetik dari Blog : Agenda Daily 28 Feb 2009


Hebat dan bijaknya Karpal Singh ialah beliau berlindung disebalik Parlimen dan statusnya sebagai OKU yang berkerusi roda.Singa tua DAP ini cukup tahu provokasinya dalam sidang Dewan Rakyat kata ‘ Pemuda UMNO celaka’ pasti akan mengundang reaksi.Namun dalam kepala otaknya tahu siapa saja yang jentik telinganya akan terus dianggap bacul buli orang kurang upaya dan lebih dari itu melanggar keistimewaannya sebagai Ahli Parlimen.
Jadi jangan hairan kalau Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini dengan mudah saja boleh pakai main tuduh dua butir peluru padanya tempoh hari dihantar oleh Pemuda UMNO.Karpal juga bukan bodoh.Sebab itu beliau boleh selamba main tarik tali dalam Dewan Rakyat cakap tarik balik…cakap tarik balik “Pemuda UMNO celaka”.Makanya kisah 13 orang Ketua Pemuda UMNO Selangor yang geram nak berdepan dengannya dekat pintu masuk bangunan menara Parlimen awal petang Khamis bukan sesuatu yang mengejutkan.Umpannya menang mengena.Mereka terus didakwanya tampil macam samseng. 28/2/2009 .


Penghuni Gua : Hanya Raja di rimba.

SEMUANYA KING : MEE BODOH KING DAN ROTI CANAI KING




Jam 830 pagi tadi Penghuni Gua sekeluarga menjamu selera di Tengkera Melaka dengan hidangan Mee Bodoh King . Wowwwwww. Pekena 2 pinggan Mee Bodoh King dan 2 telur mata kerbau serta 2 gelas teh tarik. Wowwwww. Menyelerakan sekali. Macam biasa, orang berpusu-pusu datang untuk menikmati mee ini. Dari awal tahun 1986 semasa mula-mula Penghuni Gua Datang bekerja di Melaka ( masa bujang ) gerai ini baru 2 bulan dibuka . Pada masa tersebut gerai ini hanyalah berbentuk gerai kereta sorong sahaja. Pada masa sekarang ia dan dinaiktaraf dari segi gerai, kerusinya. Yang tidak berubah ialah senduk/ sodeknya masih yang dulu. Dah jadi kentot / pendek dibahagian depannya , tapi masih digunakan oleh tuannya untuk menggoreng. Katanya senduk/sodek bertuah. Juga yang tak berubah ialah perkerjanya. Semuanya kekal orang lama cuma seorang dua budak baru. Adik dan abangnya yang bekerja sebagai guru pun berhenti jadi guru untuk menolong dan pekerja membantu gerai ini.
Juga semalam Penghuni Gua menjamu sarapan pagi di gerai Roti Canai King di Depan Masjid Bukit Beruang. Wowwwwww. Roti Canai dengan kuah kari dan sambal sotong ( sotong kulit kaki kata orang Terengganu- sotong besar ). Cuba le. Jika tidak anda menyesal. Jangan lupa, kunjungan anda ke Melaka tidak lengkap jika tidak berkunjung di kedua-dua gerai ini. Nikmatilah MEE BODOH KING DAN ROTI CANAI KING: GUNA NAMA BARU SEBAB RAMAI SANGAT NAK JADI KING.
Penghuni Gua : Lengkap lah majlis Hari jadi Isteri. Semua sihat dan berbahagia selalu.

Friday, 27 February 2009

Kenaikan tol ditangguh hingga akhir tahun




27/02/2009 5:46pm


Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuhraya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini kepada akhir tahun, umum Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed di Kuala Lumpur.


Penghuni Gua : Kabinet jangan Flip Flop lagi selepas ini. Tahniah dan terimakasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap masyarakat marhain macam kami. Penghuni Gua tak ada Touch n Go , bayar tunai aje.

: CELAKA DAN KECELAKAAN YB KARPAL : MADAH SELOKA UNTUKNYA














CELAKA DAN KECELAKAAN YB KARPAL : MADAH SELOKA UNTUKNYA



Celaka Karpal celaka di Parlimen
Celaka Karpal celaka kenamaan
Celaka Karpal celaka mengundang kemarahan
Celaka Karpal celaka meruntun perasaan

Celaka Karpal celaka pondan
Celaka Karpal celaka kekebalan
Celaka Karpal diulang jangan
Celaka Karpal memakan badan

Celaka Karpal bahasa jalang
Celaka Karpal celaka songsang
Celaka Karpal jangan diulang
Celaka Karpal menjemput malang

Celaka Karpal celaka celupar
Celaka Karpal celaka tegar
Celaka Karpal membawa gegar
Celaka Karpal perasaan Melayu didih mengegar


Celaka Karpal memakan diri
Celaka Karpal celaka lekat dihati
Celaka Karpal celaka sukar dicuci
Celaka Karpal celaka menghina akal dan pekerti

Celaka Karpal celaka tersebar merata
Celaka Karpal didengar anak bangsa
Celaka Karpal sukar hilang memakan masa
Celaka Karpal celaka dilihat anak muda


Celaka Karpal ditiru generasi muda
Celaka Karpal celaka terlajak kata
Celaka Karpal celaka sukar dibela
Celaka Karpal celaka meluka rasa


Celaka Karpal celaka bisa
Cukup Karpal jangan tuan mengulang celaka
Tragedi semalam permulaan celaka
susur jalannya panjang sengketa


Mungkin sengketa dua bangsa
Fikir dulu sebelum berkata celaka
Padahnya tidak sekecil gula
Anak bangsa hancur segala


Menyesal tak berpada , negara derita
lontaran Celaka Mu cukup segala


Cukup, cukup , cukup, cukuplah .............................cukup Mr. KARPAL..


Penghuni Gua : Tak pernah terlajak kata : yang banyaknya, telajak perahu sahaja.
Madah seloka nukilan : Arif King Omar Singh ( Penghuni Gua )

FLIP FLOP KERAJAAN


Berita Harian 27 feb 2009

Keputusan 'flip-flop' agensi kerajaan masih berlaku: PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerima banyak aduan daripada peniaga berhubung masalah yang dirujuk sebagai `flip-flop', berpunca daripada ketidaksepakatan di antara agensi kerajaan dalam meluluskan sesuatu projek. Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) bersetuju keputusan `flip-flop', iaitu terma yang sering digunakan pengendali blog memang menyusahkan. "Masalah ini berlaku kerana berlaku pemusatan berlebihan kepada satu atau dua kementerian. Kuasa menteri pula terhad dalam soal kelulusan projek lalu berlakulah `flip flop'. Berita lanjut :............


Penghuni Gua : Baguslah kalau sudah tahu begitu. Blogger macam kami ni dah letih mempertahankan kerajaan secara bersendirian dengan harapan agama, bangsa dan tanahair serta anak cucu kita selamat di masa depan. tetapi jika badan kerajaan masih bertindak sebegini , maka hayat kerajaan yang ada akan bertambah pendek. Kes terbaru : Kabinet pun membuat keputusan Flip Flop dalam kenaikan kadar tol. Pagi umum naik kadar tol , dan petang PM umum nak kaji semula perkara ini dalam mesyuarakat kabinet hari ini. Apa ini. Memalukan. Ubahlah cara kita bekerja. Jangan buat keputusan seperti pemimpin sebelum perang dunia pertama. Itu pun mereka boleh dimaafkan disebabkan mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terhad tidak seperti sekarang , di mana kerajaan boleh membuat keputusan dengan maklumat yang banyak, tepaat dan cepat disebabkan kemudahan IT yang meluas pada masa ini.

Penghuni Gua : Flurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!

SHUT UPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Berita Harian 27 feb 2009

Isu DVD seks: Tee Keat kecewa Soi Lek menyalahkanny

PUTRAJAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kecewa dengan tindakan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menuding jari menyalahkannya berhubung isu cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kesihatan itu, baru-baru ini. ...................."Apa kena dengan dia? Dulu dia tuding jari kepada bekas pemimpin (Datuk Seri Ong Ka Ting), sekarang tuding jari kepada saya pula...tidak habis-habis.

Penghuni Gua : SHUT UPPPPPPPPPPPPP. Buat kerja lah . Bekerja membantu rakyat. Juga bekerja unutk memulihkan parti. Juga bekerja dan berfikir serta perah akal fikiran mencari idea untuk membantu kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara. Kepada Chua Soi Lek, anda sudah terlalu berumur ( sudah tua bangka macam kami semua ). Jadi berfikir lah cara kita orang tua. Diam dan selesaikan sendiri masalah anda. Dicadang letak jawatan aje dalam parti . Jangan nak menegak benang basah dan menyalahkan orang lain.

Bagi Datuk Seri Ong Tee Keat juga patut diammmmmmmmmmmmmmm. Jangan layan dan memberi komen tentang perkara ini. Buang masa sahaja. Sebagai menteri mewakili MCA yang tidak berapa kerat sahaja lagi yang tinggal di dalam kerajaan, tumpukan masa anda memberi perkhidmatan kepada negara dan rakyat. Hal remeh temeh jika terus anda memberi respon, akan jadi lebih panjang dan menjadi polimik yang tiada akhirnya. Ia juga akan menjatuhkan kredibiliti anda sebagai menteri.

Penghuni Gua : Memang diam. Tidak ada siapa pun dalam gua.

Thursday, 26 February 2009

TOL : HAPUS ! NAIK ! KAJI BALIK ?



Sepanjang minggu ini berita gembira dikhabarkan berkaitan penghapusan kutipan tol dibeberapa tempat di Kuala Lumpur. Semalam, Menteri kerjaraya , Dato Mohd Zin pula mengumumkan kenaikan kadar tol dibeberapa laluan termasuk lebuh Raya PLUS. Hari ini pula ( 26 feb 2009 ) PM pula mengarahkan kabinet mengkaji semula kadar tol yang dinaikkan semalam. Menurut PM, ia akan dibawa kedalam mesyuarat kabinet esok. Aduh............mana satu nak buat ni. Pening kabinet memikirkannya. Minggu lepas kabinet yang bincang dan bersetuju menaikkan kadar tol dan kemudian diumumkan oleh Menteri Kerja Raya. Esok kabinet nak kaji semula kadar yang dinaikkan semalam.


Apa cerita ni. Tak sampai seminggu boleh berubah keputusan. Sebelum ini kabinet tak kaji dahulu kah kesan kenaikan tol ini pada rakyat. Kalau kabinet tak bincang kesan kenaikan tol pada rakyat pada mesyuarat kabinet minggu lepas, maknanya membazir aje le mesyuarat kabinet yang di adakan. Ini esok kabinet yang sama juga yang meeting nak turunkan semula kadar tol. Sat perkara, 2 kali kerja. Tak ke membazir namanya tu. Kalau sekali imbas , nampaknya sistem penyampaian kabinet tak berkesan dan tidak begitu baik.


Ini berlawanan dari seruan kerajaan agar perbaiki sistem penyampaian. Inilah diantara perkara yang menampakkan kelemahan kerajaan di mata rakyat. selepas ini, kabinet perlu memikirkan dengan baik dan mengkaji semua aspek sebelum membuat keputusan. Bagi kami Blogger ini dah letih dalam mempertahankan kerajaan. Kadangkala patah semangat kami dengan tindakan dan keputusan kerajaan sebegini.


Penghuni Gua : Jalan kaki dan naik kuda aje. Tak kena tol. Paling kuat melecet kaki dan melecet peha.

KARPAL vs PEMUDA UMNO : KARPAL HAMPIR DITIMPA KECELAKAAN DI PARLIMEN



Malaysiakini : 26 feb 2009


Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.


Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor and Kuala LumpurBagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.................Berita lanjut : ............

Penghuni Gua : Kerana mulut badan binasa. Lain kali fikir dulu sebelum bercakap.

Penghuni Gua : Cakap sorang-sorang aje di Gua.

PUDU RAYA : ULAT TIKET MASIH BERKUASA




Penghuni Gua berlepas balik ke Melaka dengan menaiki bas di Hentian Pudu Raya jam 5 petang dengan menaiki bas Transnasional. Perkara yang hendak diutarakan diruangan ini ialah mengenai kegiatan ulat tiket yang masih berleluasa di hentian berkenaan. Sampai sahaja di kaki lima dan di muka pintu hentian berkenaan telah kelihatan berbelas orang ulat tiket ( lihat gambar ) yang berkeliaran diruangan berkenaan.

Penumpang bas termasuk saya beberapa kali dihalang oleh mereka ini untuk menaiki tangga kerana masing-masing sibok mempromosikan jualan tiket bas masing-masing. Begitu tidak selesa sekali. Perjalanan saya ke kaunter tiket seterusnya juga mengalami gangguan yang sama oleh berpuluh ulat tiket . Mengapa perkara ini dibiarkan oleh pihak JPJ. Bukan sukar untuk membuat tangkapan terhadap mereka ini. Adakah pihak JPJ membuat operasi bermusim ?. Lebih mendukacitakan , kelihatan sebuah kenderaan jenis WAJA berlambangkan JPJ diletakkan di atas kaki lima dibawah landasan LRT.


Apa fungsinya. Tiada nampak langsung kelibat pegawai penguatkuasa ini menjalankan tugas. Penghuni Gua kemudian berlegas di seluruh Hnetian Pudu Raya untuk melihat ada atau tidak pegawai JPJ yang bertugas. Jawapannya tiada kelihatan. Lebih melucukan di samping kenderaan JPJ yang berkuncing dan tiada pegawai di dalamnya, lebih kurang 10 orang ulat tiket menjual tiket dan mengganggu penumpang/ pejalan kaki di hadapan kenderaan JPJ berkenaan.


Pada pandangan Penghuni Gua penguatkuasaan JPJ ini amat memualkan dan membazirkan wang rakyat sahaja. Ini kerja anda , bukan pihak polis. Anda adalah penjaga semua perkara ini berkaitan pengangkutan.


Bukan hanya meengeluarkan permit dan lesen pengangkutan tanpa ada usaha untuk menguatkuasakan peraqturannya. Kenderaan yang diletakkan dihadapan hentian berkenaan sepatutnya diserah kepada rumah anakmyatim sahaja lagi ada faedahnyanya dari dibiarkan berpanas dan berhujan sepanjang hari.


Jenis operasi yang dibuat ( meletakkan kenderaan untuk tujuan tunjuk kuasa dan kehadiran penguatkuasa ) adalah satu operasi yang ketinggalan zaman dan membazirkan wang rakyat. Cara penguatkuasaan sedemikian sepatutnya layak dibuat di negara Timur Leste atau di Darfur sahaja. Itu pun pada pandangan Penghuni Gua mungkin bertahan dalam 2 jam sahaja. Lepas itu mungkin hancur kena bom atau dibakar oleh rakyat dikedua negara berkenaan.


Jadi , ubahlah pendekatan operasi dan juga kuatkuasakan sebaik mungkin undang-undang yang ada. Semua kemudahan telah kerajaan berkan kepada JPJ berbanding dengan negara lain. Memalukan. Macamana nak selesaikan masalah teksi yang berbagai masalah yang lebih rumit jika masalah ulat tiket pun tak boleh selesai. Segeralah bertindak wahai JPJ. Jangan mengabis beras dan duit pembayar cukai sahaja. Anda digajikan oleh kami. Haram duit yang anda terima setiap bulan jika kerja tidak dibuat. Duti haram ni bukan nanti kita terima rasuah sahaja, tetapi beri kerja tak buat dan makan gaji buta juga , namanya duit haram.


Penghuni Gua : Jadi ulat tahi cukup lah. Ada juga gunanya.

LUDAH ANUAR IBRAHIM : KARPAL JILAT SEMULA


Kata-kata YB Karpal di Parlimen semalam 25 feb 2009


...............................Terdahulu ketika memulakan perbahasannya, Karpal berkata, beliau akur dengan keputusan majoriti para pemimpin pakatan pembangkang yang mahukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengetuai pakatan itu.
''Apa-apa selisih faham adalah di antara saya dengan Anwar dan tiada apa-apa bisnes dengan BN.
''Mengikut pendirian pemimpin pakatan mereka masih mahukan Anwar sebagai ketua, jadi saya menerima keputusan majoriti,"
ujarnya..................Berita lanjut :.......

Penghuni Gua : Minggu lepas bagai hendak runtuh langit melihat kemarahan YB Karpal pada DSAI. Tetapi sebagaimana biasa, spesis ini gempak sahaja lebih. Biasalah , peguam: kebanyakkannya macam tu. Kalau orang yang pertama sekali dengar gertaknya , sekali dilihat KLCC seolah boleh ditelannya. Sekarang dengan tak semena-mena , beliau menjilat semula ludahnya. Beliau menjilat sehingga licin ludah termasuk kahak-kahak yang dihamburkan kemuka DSAI. Itulah standard semua mereka ini. Bila melihat , sesuatu isu tidak menyebelahi beliau, maka prinsip mereka akan dikorbankan. Inilah yang dikatakan pemimpin yang tidak bermaruah . Jadi kepada semua pemimpin PR terutama yang memakai serban dan berjanggut serta yang bertanda hitam di dahi, sedarlah tentang wajah dan maruah serta moral pemimpin yang anda sokong dan puja. Ingat masa depan generasi pelapis kita.


Penghuni Gua : Hanya menjilat air yang menitis dari puncak gua sahaja . Mineralnya pun lebih banyak.

Isu kereta dan lembu: Sultan Selangor terima penjelasan MB



Mohd Khalil Abdullah
Thu Feb 26, 09 7:07:50 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - "Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi...lembu korban sebagai usaha kebajikan."

Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi. Berita lanjut :.....


Penghuni Gua : Jika dibaca sepintas lalu tajuk akhbar Harakahdaily di atas seolah-olah DYMM Sultan Selangor perkenan penjelasan MB Selangor. Seolah DYMM bertitah , MB Selangor tidak bersalah dalm isu di atas. Harakah jangan ambil tajuk DYMM terima penjelasan MB tu secara separuh sahaja. Berita di atas yang dipaparkan oleh Harakahdaily sekadar manipulasiakan titah DYMM. Ini satu penghinaan kepada DYMM seolah DYMM merestui serta mengatakan MB tidak salah dalam tindakan dalam isu di atas. Baca sepenuhnya kenyataan DYMM Sultan Selangor tu. Titah DYMM yang perlu diingat oleh semua ialah : asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

Jadi ini isunya. Apa perkara pun yang nak dibuat kepada kenderaan dan lembu tersebut ialah misti ikut peraturan . Dalam hal ini peraturan tidak diikut. Jadi kepada Semua pihak terutama Harakahdaily, tulislah berita yang sebenar dan jangan lari dari isu asal. Baca komen Penghuni Gua mengenai ini. Iaitu bagaimana peraturan untuk menjadikan kenderaan sendiri sebagai kenderaan rasmi. Bagi Harakahdaily yang memperjuangkan Islam dan Islam juga asas perjuangan parti itu agar jangan memutarbelitkan fakta sebenar titah DYMM Sultan Selangor. Cukuplah anda berpolitik bersama parti - parti di Malaysia. Jangan perbodohkan pula Institusi Raja Melayu. Haram perbuatan begini. Inikah wadah dan wajah mereka yang memperjuangkan Islam?

Wednesday, 25 February 2009

SINGH IS KING ?



Kata-kata YB Karpal di Parlimen hari ini :


"Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King, .....................................Dua peluru Tuan Speaker............................................. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut.Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," ..........................


Inilah kata YB Karpal Singh seperti lapuran Berita Perdana TV3 jam 8 malam tadi. Ini lah sebab Penghuni Gua ada memaparkan dalam muka depan Blognya komen dari seorang pelayar yang mencadangkan semua wakil rakyat wajib menjalani ujian seperti berikut :


1. ujian mental -- sebab banyak fitnah akan dihadapi perlu kena tahan
2. ujian public speaking -- sebab pemimpin perlu belajar etika berpidato yang baik dan tertib
3. ujian Bahasa Melayu -- sebab ada pemimpin yang cakap Melayunya tunggang terbalik.
4. ujian seni tempur tanpa senjata -- sebab nak berlawan dalam dewan rakyat nanti.


Kepada Karpal , anda sebagai peguam sepatutnya menunjukkan bukti apabila menuduh seseorang itu . Jangan main sedap mulut sahaja. Tuduhan anda serius kerana ia membabitkan Pemuda UMNO melakukan satu jenayah yang serius. Jangan gunakan kekebalan parlimen untuk membuat tuduhan. Sepatutnya YB Karpal mengulangi semula tuduhan tersebut di luar parlimen. Bagi yang dituduh oleh YB Karpal menghantar peluru kepadanya , wajib membuat lapuran polis ( walaupun YB Karpal kebal di Parlimen ) dahulu sebelum tindakan lain diambil.


Penghuni Gua : KING OF THE KING. .........DI GUA SAHAJA.


Singh is King ? Tidak. YB Karpal tu beraja dimulut aje. Biasalah, tengok le filem yang ditayang di TV, gempak aje lebih. Kalau di India pun , sudah lama jalan. Tak sempat nak buka mulut pun . Sama juga di negara jiran kita di Singapura ( JAYERATNAM : MATI MERAGAM DIBUAT OLEH LEE KUAN YEW DAN ANAKNYA . ITU PUN SINGH JUGA ). SERUPA JUGA DI THAILAND ( MERANA 15 TAHUN MERINGKUK DI PENJARA ,WARGA BRITAIN YANG MENGHINA RAJA BUMIPHOL ). Jadi sepatutnya kita kadar pada diri kita. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.


TAPI KALAU DITENGOK SEBAHAGIAN PEGUAM ATAU KELULUSAN PEGUAM ( BUKAN SEMUA TAPI KEBANYAKKANNYA ) SEMUANYA JENIS YANG BERAJA DI MULUT SAHAJA. CAKAP AJE BERDEGAR-DEGAR TERMASUK BEKAS MENTERI DE FACTO , ZAID. SEMUANYA PANDAI KOMPLEN APA YANG ORANG LAIN BUAT. IDEA SENDIRI BAGAIMANA NAK MEMBAIKI ATAU MEMBUAT SESUATU UNTUK FAEDAH RAKYAT TAK ADA PUN. HANYA PANDAI BERCAKAP, MENGKRITIK DAN KATA ORANG LAIN SALAH. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAYAR ,UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL , HANYALAH SEBAHAGIAN KECIL DARI BERJUTA SUDUT YANG PERLU DIAMBIL KIRA OLEH KERAJAAN DALAM MEMBINA NEGARA . TUJUAN UNDANG-UNDANG DIGUBAL ADALAH UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN NEGARA. JIKA UNDANG-UNDANG SUDAH TIDAK BOLEH MELINDUNGI NEGARA ( KERANA DIEKSPLOITASI OLEH MERAKA INI ) MAKA KERAJAAN PERLU MEMINDA UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA UNTUK MEMBENDUNG ANASIR YANG TIDAK DIINGINI DARI TERUS MEROSAKKAN NEGARA. JANGAN KITA TERLALU LIBERAL DALAM SOAL INI.NEGARA INI AKAN DIWARISI OLEH ANAK CUCU KITA. JADI KITA KENA JAGA DAN SERAH DENGAN BAIK KEPADA ANAK CUCU KITA NANTI. JANGAN KERANA KITA NAK TUNJUK KITA LIBERAL DAN UNTUK POPULAR, KITA SEBAGAI PEMIMPIN , MEMUSNAHKAN SEGALA USAHA KERAS PEMIMPIN TERDAHULU ( MELAYU , CINA , INDIA ) DENGAN MENURUTI DESAKAN MEREKA INI UNTUK MENGHAPUSKAN SEGALA UNDANG-UNDANG YANG ADA ATAS BERBAGAI ALASAN CONTOHNYA ATAS ALASAN HAK ASASI MANUSIA. UTAMAKAN HAK ASASI AWAM BERBANDING HAK ASASI INDIVIDU ATAU KUMPULAN KECIL.

ELI LAGI : TUNGGU SIASATAN SELESAI : KATA MB



Tan Sri Khalid : MB Selangor menyatakan bahawa , samada beliau akan menerima tawaran perletakkan jawatan Eli sebagai ADUN dan exco Selangor bergantung kepada siasatan polis. Menurutnya dalam tempoh tersebut Eli akan di beri cuti. Pada pandangan Penghuni Gua , Tan Sri MB mungkin terlepas pandangan mengenai isu ini.

Isunya ialah isu moral iaitu hidup bersekedudukan dan menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah ( hubungan haram menikut agama apa pun. ). Siasatan pihak polis hanya menyiasat dari sudut siapa yang mengedarkan gambar tersebut. Ia tidak ada kena mengena dan Eli tidak bersalah bertelanjang mengikut undang-undang jenayah di negara ini. Tetapi penyebar gambar ini satu kesalahan. Walau bagaimana pun kita membincangkan dari segi kehidupan tanpa nikahnya dengan seorang lelaki ( dgn lelaki melayu ? ). Jadi ini persoalan utamanya. Wajarkah seorang pemimpin mengekalkan posisinya sebagai wakil rakyat dan exco selepas menjalani kehidupan bebas serta mempunyai nilai moral yang rendah. Apa yang boleh Eli beri pandangan kepada kanak-kanak sekolah dan remaja jika diminta memberi ceramah dan ucapan kepada mereka ini diforum-forum remaja atau di sekolah. Adakah beliau :

1.Boleh bercakap mengenai moral kepada remaja.

2. Adakah boleh ia menasihati remaja mengenai isu lepak.

3. Adakah beliau boleh bercakap mengenai budaya lepak kepada Mat rempit dan remaja.

4. Adakah beliau boleh bercakap mengenai isu pengguran haram.

5. Adakah beliau boleh menasihati remaja supaya jangan ponteng sekolah kerana melanggar peraturan.

6y. Adakah ia boleh menasihati murid dan remaja tentang kesalahan berlepak dan membuang masa di cyber cafe.

7. Adakah boleh beliau menasihati remaja dan kanak sekolah kesalahan minum arak, hisap rokok dan.....

8 Adakah, adakah, adakah dan lagi, dan lagi


Berani beliau hendak bercakap dan menasihati remaja dan dihadapan rakyat Selangor mengenai isu di atas. Apa reaksi remaja atau mereka yang hadir di majlis-majlis tertentu yang Eli menjadi pengucap utama dan bercakap mengai isu di atas. Respon remaja senang aje. " Apa hak YB untuk menasihati kami. YB baik sangat ke? ".

Jika begini apa yang Eli boleh menjawab pertanyaan tersebut?

Jawapannya hanya diam. Ini adalah analogi mudah dan secara kanak-kanak dan orang kampung / awam bercakap sahaja. Belum lagi berhadapan dengan mereka yang lebih terpelajar dan berkedudukan. Jadi dalam keadaan begini pada pandangan saya, Tan Sri MB tidak perlu lama sangat untuk membuat keputusannya mengenai Eli. Terima sahaja perletakkan jawatan nya.

Jangan jadikan isu ini satu liabiliti kepada anda dan kerajaan anda. Juga ia membazirkan wang rakyat dalam membayar gaji Eli yang mana ia tidak berfungsi seperti sepatutnya sebagai ADUN dan exco dengan keadaan yang melingkari dirinya sekarang. UNTUK TAN SRI MB: DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN INI , HAL POLITIK PERLU DIKETEPIKAN DULU. PANDANGLAH KEHADAPAN TERUTAMA KEPADA PANDANGAN DAN KESAN JANGKA PANJANG KEPADA GENERASI MUDA DI SELANGOR DAN NEGARA. JADI TERIMALAH TAWARAN PERLETAKKAN JAWATAN .

Penghuni Gua : Letak harapan aje.

UJIAN - UJIAN WAJIB TERHADAP PEMIMPIN !!!



Penghuni Gua : Penghuni Gua dapat satu komen dari nuratie yang melawat laman blog ini atas tajuk : KEDUDUDKAN ELI : SULTAN SELANGOR SERAH PADA MB. Penghuni Gua patut juga disiarkan komen ini dimuka depan bolg ini bagi renungan kita bersama. Terima kasih nuratie. Jumpa lagi.

Inilah komennya .........

Dalam sibuk-sibuk memperkatakan perilaku moral pemimpin politik ni, kita mungkin terlupa satu asas penting iaitu kesihatan pemimpin tersebut. Baru tamat pilihanraya, tiba-tiba kena heart attack. baru nak panaskan kerusi wakil rakyat, tiba-tiba masuk wad. kalau nak masuk PLKN, kena buat ujian kesihatan. kalau nak jadi atlit, kena buat ujian kecergasan. kalau nak jadi wakil rakyat, ujian apa yang ada ya?


1) ujian mental -- sebab banyak fitnah akan dihadapi perlu kena tahan


2) ujian public speaking -- sebab pemimpin perlu belajar etika berpidato yang baik dan tertib


3) ujian Bahasa Melayu -- sebab ada pemimpin yang cakap Melayunya tunggang terbalik.


4) ujian seni tempur tanpa senjata -- sebab nak berlawan dalam dewan rakyat nanti, tehehehe.



Penghuni Gua :Kehidupan di Gua pun banyak ujian. Dah banyak kali diuji Takat ini lepas lagi.

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti




Feb 25, 09 3:31pm


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Berita lanjut :.....

Penghuni Gua : Wow !! banyaknya wang kerajaan !!!!!!!. Kepada SPRM cepat mulakan siasatan. Ini kerana ia melibatkan dakwaan ke atas pemimpin negara dan repot polis juga dibuat oleh pemimpin juga. Tumpuan siasatan ialah siapa yang membuat tawaran tersebut dan adakah benar dakwaan tawaran tersebut. Jika benar teruskan pendakwaan. Jika lapuran 2 adun berkenaan tidak benar maka tuduh kedua-dua mereka kerana membuat lapuran palsu. Ini adalah kes mudah. Jika mereka membuat dakwaan dan lapuran maka mereka misti sudah ada sebahagian bukti( bukan hanya keterangan dengar cakap ), dan mereka misti dipertanggungjawab atas lapuran polis yang dibuat. Tindakan tegas juga wajib diambil terhadap 2 wakil rakyat ini jika tidak dapat membuktikan dakwaan mereka.

Ini kerana sudah menjadi trend kepada sekarang, tanpa berfikir panjang dan hanya mendengar keterangan dengar cakap maka mereka ini akan buat lapuran polis dan surat akuan bersumpah. Mereka mengharapkan SPRM menyiasat sepenuhnya. Bukti awal ( prima facie langsung tak ada ) kemudian jika SPRM tidak mendakwa orang yang mereka tuduh, mereka menuduh SPRM cuba menutup kes. Jadi siasatan segera perlu dijalankan dan sesuatu tindakan perlu di ambil Jangan hanya pandai buat repot dan dakwaan tetapi tidak mahu bertanggung jawab atas dakwaan tersebut.

Penghuni Gua : Tapi setakat hari ini dah banyak lapuran polis ke atas TPM ni, tak satu pun didapati benar. Ini pun rasanya sama aje. Kepada TPM, Dato Sri ,tak perlu beri respon. Buang masa sahaja. Lebih baik tumpu perhatian kepada pembangunan negara. Mereka ni tuduh macam-macam ( bercakap memang sedap , kerana keluar air lior aje ) akhirnya didapati punggung mereka sendiri yang penuh dengan kudis.
Penghuni Gua : Tak pernah makan rasuah. Makan hati ada le!!!!!

KEDUDUKAN ELI : SULTAN SELANGOR SERAH PADA MB





Feb 25, 09 11:22am


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.



Penghuni Gua :


PESANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MELAYSIA


AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

RAKYAT SIHAT NEGARA KUAT


Jadi , pemimpin ( ikon Masyarakat ) yang mengamalkan hidup berpasangan tanpa perkahwinan yang sah tidak sepatutnya berada dikedudukan tersebut atas apa alasan pun. Dibimbangi ia akan memberi isyarat yang salah kepada generasi muda bahawa cara hidup tersebut lah yang baik dan diterima masyarakat. Pemimpin kalau tidak bermoral sekali pun , mistilah kelihatan bermoral pada pandangan mereka yang dipimpinnya. Jadi letak jawatan atau singkirkan saja wakil rakyat ini demi kepentingan generasi hadapan.


Penghuni Gua : Teringin juga nak jadi pengganti.

Nizar lwn Zambry: Hakim tarik diri





Feb 25, 09 11:12am

Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.
Penghuni Gua : Bagus le begitu. Penhuni Gua hanya menghakimi diri sendiri sahaja. Tapi yang kerapnya isteri yang jatuh hukum. 100 kali sehari jatuh hukum....he he he he.....

NOTA : KULIAH 7 25 feb 2009 SKGP ; 6023 : POLITIK DAN PERUBAHAN SOSIAL



AGAMA, POLITIK DAN PERUBAHAN SOSIAL

Isu agama dalam dunia moden masa kini.

• Moden – perubahan daripada traditional kepada yng lebih maju.
• Modenisasi – meninggalkan aspek traditional demi mencapai kemajuan.
• Anggapan bahawa dalam proses pemodenan, agama sebagai unsure tadisional harus ditinggalkan atau dipisahkan daripada urusan lain ( sekularisai ).
• Reality : lain padang lain belalang..
• Ternyata tidak semua masyarakat di dunia meninggalkan agama sebagaimana yang berlaku didunia barat. ( ada pengkaji mengakatakan bahawa di asia, semakin maju Negara-negara asia maka semakin secular rakyat dan negaranya. Ini berdasarkan mereka cuba mengujudkandan menegakkan Negara bangsa.yang kukuh )selanjutnya dihujahkannbahawa proses pembentukan
Negara bangasa akan berlaku dalam 2 cara :
 Proses modenisasi yang berlaku seiring dengan pembentukan negera2 tersebut akan mengurangkan kegiatan ritualistic keagamaan kerana diambil alih oleh ritual-ritual briroktratik baru yang berbentuk secular.
 Ritual2 birokratik baru tersebut akan dipilih oleh pemerintah daripada institusi2 sekular yang sedia ada atau lansung dicipta oleh pemerintah demi membina dan memperkukuhkan kesatuan soail warga dalam negara2 tersebut.


Modenisasi : Syaratnya :
• Pembangunan teknologi ( pendidikan )
• Industrialisasi- 1970an kita mulakannya. Indonesia tidak mahu industrialisasi atas sebab nasionalisasi.
• Urbanisasi: buruh.
• Pembangunan pertanian. : bahan mentah dab makanan . kita tidak mengambil berat. Lebih pada industry. Cuma ada krisis baru kita nak mula tekan pada pertanian. Sekarang dah nak mjula balik.
• Perubahan sosio budaya ; Sekularisasi. Ia melibatkan pengstrukturan semula. Juga berkaitan dengan pembangunan politik.
JADI bila ada krisis , Malaysia nak balik semula kepada pertanian.
MODENISASI DAN SEKULARISASI

•Dalam buku berjudul Religion and Progress in Modern Asia (1965), Robert Bellah (penyunting) mengemukakan tesis utama buku tersebut, seperti berikut: “semakin maju negara-negara di Asia, semakin meningkat kadar sekularisasi di negara-negara berkenaan”.

•Asas konseptual yang mendasari tesis tersebut ialah untuk mencapai kemajuan yang dicita-citakan, negara-negara berkenaan mestilah menegakkan negara-bangsa (nation-state) yang kukuh.
•Selanjutnya dihujahkan bahawa proses pembentukan negara-bangsa akan membawa perubahan besar terhadap agama melalui dua cara.

•Pertama, proses modenisasi yang berlaku seiring dengan pembentukan negara-bangsa tersebut akan mengurangkan kegiatan ritualistik keagamaan kerana diambilalih oleh ritual-ritual birokratik baru yang berbentuk sekular.
•Ritual-ritual birokratik baru tersebut akan dipilih oleh pemerintah daripada institusi-institusi sekular yang sedia ada atau langsung dicipta oleh pemerintah demi membina dan memperkukuh kesatuan sosial warga dalam negara-bangsa tersebut.

•Kedua, proses modenisasi akan menekankan peri pentingnya tindakan rasional (rational action), justeru, pembinaan sesebuah negara-bangsa menuntut para warganya memberikan sepenuh kepercayaan (commitment of faith) kepada negara tersebut. Dalam perkataan lain, autoriti agama harus tunduk kepada autoriti negara.

•Namun demikian, dalam kebanyakan kes, proses kedua tersebut gagal memaksa autoriti agama tunduk kepada autoriti negara. Sebilangan besar para warga di negara-negara tersebut telah meletakkan kepercayaan mereka kepada pelbagai wawasan anjuran sebilangan autoriti agama yang tidak dihalalkan dari segi politik oleh pemerintah dalam negara-negara berkenaan dan telah mencetuskan ‘krisis autoriti’ (Keyes, Kendall & Hardacre 1994:1-3).

•Krisis autoriti meletakkan pemerintah sesebuah negara-bangsa moden dalam kedudukan bertentangan dengan beberapa kelompok agama, sama ada kelompok yang berteraskan agama tradisional atau kepercayaan popular, sama ada kelompok itu besar atau kecil.
•Ada yang mencabar negara secara terbuka dan ada yang hanya wujud untuk kepentingan sektarian, namun kesemua golongan ini mampu menawarkan persepsi serta autoriti alternatif, spiritual dan bukan spiritual, mengenai aturan kebatinan dan aturan sosial kepada majoriti rakyat.

•Apa yang ditawarkan pihak autoriti agama berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh negara dan kerajaan. Oleh sebab itu, secara terbuka atau tidak, autoriti negara sentiasa dicabar oleh pihak autoriti agama.
•Adakalanya krisis autoriti ini meletus dan menyebabkan ketegangan politik lokal dan global, dan tidak sedikit yg berakhir dengan pertumpahan darah.

•Perlu diingat bahawa krisis autoriti tidak hanya berlaku di negara yang sedang dalam proses modenisasi. Krisis autoriti telah berlaku dalam zaman pra-moden di Asia.
•Sejarah China misalnya, mencatatkan tentang krisis autoriti akibat perbezaan wawasan agama antara pemerintah dengan golongan agama.

•Proses perubahan sosial yang melibatkan perubahan ekonomi, politik dan ideologikal, atau lebih dikenali sebagai modenisasi, yang berpunca di Eropah Barat dan kemudiannya merebak ke Asia telah merubah kehidupan masyarakat termasuk pergerakan agama.
•Proses modenisasi mempunyai dua komponen utama, iaitu, ‘modeniti’ (asas material modenisasi) dan ‘modenisme’ (gagasan ideologikal yang mengiringi fenomena modenisasi).

•Dalam konteks perkembangan modenisasi di Eropah Barat, peranan falsafah dan ilmu saintifik rasional menjadi asas fundamental pembentukan modenitinya. Pertumbuhan dan mekarnya modeniti ini berlaku dalam konteks sosio-budaya dan ideologikal Eropah. Oleh itu, modeniti dan modenisme tersulam rapi menjadi satu di Eropah (Crook, Pakulski & Waters 1993:1-10).

•Apabila modenisasi diekspot keluar Eropah melalui imperialisme dan kolonialisme terjadilah pertembungan sosiologikal yang besar kerana aspek modeniti lebih mudah diterima, manakala aspek modenisme sering menimbulkan krisis kerana masyarakat di luar Eropah, khususnya di Asia, sudah mempunyai tradisi sosio-budaya dan ideologikalnya sendiri yang berasaskan peradapan yang berusia ribuan tahun.

•Krisis tersebut paling ketara dalam masyarakat yang telah dijajah kerana penjajahan telah merungkai sebahagian besar sistem pemikiran, spiritualiti dan kosmologi tradisional pribumi dan cuba diganti dengan suatu sistem ideologikal baru.
•Maka kekuatan intelektual pribumi yang sekian lama bertunjangkan tradisi lisan (orality), telah cuba diganti dengan tradisi tulisan (literacy) yang dianjurkan dan dikembangkan melalui sistem pendidikan moden yang berasaskan rasional-saintifik, seperti pelajaran sains.

•Warga tanah jajahan perlu diasuh menurut sistem ilmu dan pendidikan moden adalah untuk memudahkan mereka menerima dan berpartisipasi dalam sistem politik moden berasaskan logika perundangan Eropah.
•Matlamat akhir daripada kegiatan ini adalah untuk membolehkan pemerintah menjalankan program modenisasinya dengan lancar. Dalam suasana yang demikian, para warga terpaksa meletakkan kepercayaan (faith) mereka kepada negara-bangsa berbanding terhadap agama atau kepercayaan yang dianuti.

•Dengan kata lain, Bellah berhujah bahawa pembentukan identiti nasional yang dituntut oleh proses pembentukan negara-bangsa memerlukan suatu ‘loncatan kepercayaan’ (leap of faith) oleh para warganya, iaitu dengan menerima asas-asas fundamental yang menentukan ciri dan keanggotaan identiti nasional tersebut. Kesemuanya dimaktub dan didaulatkan dalam bentuk perlembagaan yang tidak digalakkan untuk dipersoal oleh warga.
•Oleh yang demikian, dari sudut konseptual, nasionalisme, sebagai suatu fenomena nasional, sama sifatnya seperti sebuah sistem kepercayaan atau agama.

•Namun demikian, Shamsul A.B. (1995) menyanggah tesis Bellah dan rakannya dengan mengemukan tesis alternatif, iaitu, ‘dengan bertambah modennya negara-negara di Asia, sekularisasi akan terjadi akibat modenisasi dan proses pembentukan negara-bangsa, namun pada masa yang sama kedudukan gama tradisional tidak menjadi lemah malah signifikannya akan meningkat’.
MODENISASI, PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA DAN AGAMA

•Dalam tempoh seabad yang lalu, salah satu cabaran utama terhadap sebilangan besar pemerintah di Asia, sama ada pemerintah kolonial atau pasca-kolonial, ialah bagaimana hendak memujuk atau menundukkan pelbagai komuniti agama dalam wilayah masing-masing kerana komuniti agama selalu menyebarkan pelbagai bentuk wawasan sosial yang bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh pemerintah.
KES MALAYSIA

•Sebelum era penjajahan, agama dan pemerintahan tersulam jadi satu di bawah kekuasaan raja. Dalam era Kesultanan Melaka, dapat dilihat kedudukan agama Islam sebagai asas pemerintahan.
•Ketika British menjajah Tanah Melayu, idea tentang modenisasi mula dilaksanakan. Sesuai dengan modenisme di Eropah, agama telah dipisahkan daripada pemerintahan.

•Politik dan pentadbiran dikuasai oleh kolonial Inggeris, manakala agama dianggap sebagai aspek kepercayaan dan adat yang kekal di bawah naungan Raja.
•Sistem pendidikan yang berteraskan rasional-saintifik juga diperkenalkan bagi mendukung proses modenisasi. Perundangan berasaskan undang-undang di Eropah turut diperkenalkan.
•Secara keseluruhan, kedudukan Islam dalam konteks politik, pentadbiran, perundangan dan pendidikan telah dipinggirkan.

•Ketika Tanah Melayu merdeka, pembentukan negara-bangsa masih berteraskan kepada acuan yang ditinggalkan oleh kolonial British. Meskipun Raja dan agama Islam kembali dianggap penting dan cuba ditempatkan dikedudukan yang tinggi, namun pada asasnya kedudukan Raja dan agama Islam adalah rendah berbanding Perlembagaan negara yang menjadi asas kepada nasionalisme dan pembentukan negara-bangsa.

•Dalam realiti kehidupan seharian, agama Islam yang sudah sekian lama menjadi asas sistem pemikiran masyarakat tidak terasing begitu sahaja.
•Di Asia seperti di Malaysia, unsur kosmologi dan asas spiritual ternyata berteraskan tradisi pribumi pra-kolonial dan pra moden yang berabad-abad umurnya dan dipertahankan oleh beberapa golongan yang bersifat primordial-sentrik, sedangkan unsur sejarah dan material telah mengalami deconstruction dan reconstruction sehingga terdakap sepenuhnya oleh pengaruh pengalaman dan sentrisme Eropah.

•Dengan kata lain, di kebanyakan negara di Asia, identiti primordial tidak terhapus atau dapat diganti oleh identiti sivik sekular yang datang bersama modenisasi kerana setiap masyarakat mempunyai cita-cita untuk membentuk modenisme mengikut acuan sendiri.
•Oleh itu, meskipun sebuah negara-bangsa telah cukup maju dari segi ekonominya kerana berjaya menerima hampir kesemua tuntutan modeniti, iaitu, menerima sains dan teknologi, perindustrian, teknologi maklumat dan lain-lain, tetapi identiti primordial/agama tetap subur .

•Hal inilah yang dapat disebut sebagai ‘kemelut modenisme’ dan bukan ‘clash of civilizations’ seperti yang diajukan oleh Huntington (1993).
•Kemelut modenisme ialah suatu keadaan di mana negara-bangsa moden di Asia cuba melakukan percubaan untuk menyatukan unsur-unsur modenisme luaran dan primordial dalaman bagi mencipta suatu pendekatan mainstream yang berwajah tempatan. Usaha-usaha ini misalnya terjelma dalam usaha menonjolkan entiti budaya Asia atau ideal-type ‘Asianness’, atau dengan menggunakan unsur agama seperti Islam.

•Dalam konteks itulah, kini di Malaysia terdapat pertembungan antara dua idea tentang bagaimana Malaysia seharusnya ditadbir dan dibangunkan.
•Pertama, yang berteraskan politik Islam, iaitu, berkisar tentang cita-cita untuk mendirikan sebuah negara (nation of intent) yang berasaskan agama.

•Dengan kata lain, terdapat cita-cita mengembalikan kembali kedudukan agama sebagai asas bagi pemerintahan dan perundangan.
•Di Malaysia, politik Islam dipelopori oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang bercita-cita mewujudkan pemerintahan yang berpandukan Al-Quran dan Hadith. Negara Islam menurut PAS adalah negara yang berteraskan undang-undang Islam. Manakala pemodenan haruslah berteraskan kepada tamadun Islam.

•Kedua, suatu pendekatan yang dianggap lebih liberal. Aspek modeniti dan modenisme yang berasal dari Eropah tetap dijadikan asas dalam perundangan, perekonomian, politik dan pentadbiran negara, namun begitu pada masa yang sama Islam tidak dilupakan begitu sahaja.

•Dr. Mahathir misalnya cuba memanfaat nilai-nilai murni dalam Islam dan menerapkannya dalam pentadbiran negara.
•Anwar Ibrahim misalnya pernah mengajukan konsep Masyarakat Madani, yang mana aspek sosial diberikan tekanan dengan berpaksi kepada tamadun Islam.
•Kini, Abdullah Badawi pula mengajukan Islam Hadhari yang menekankan modal insan dan Islam sebagai asas pembinaan masyarakat yang lebih maju.
RUMUSAN

•Dualisme antara aspek/aliran sekular dan agama dalam kehidupan sosio-politik di Malaysia tetap akan berlangsung kerana kedua-dua aliran mempunyai penyokong masing-masing.
•Sejarah menunjukkan tuntutan untuk memperkukuh aliran agama semakin kuat sejak tahun 1973 sehingga kini.

DEBAT-DEBAT UMNO DAN PAS





Semalam 24 feb 2009, YB Salahuddin Ayub MP PAS telah menyampaikan surat jemputan kepada YB KJ. Ia diterima KJ bagi pihak YB Dato Hishamuddin Tun Hussien , Menteri Pelajaran Malaysia. Debat berkaitan Isu pengajaran matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Reaksi YB KJ pula sebaik menerima surat jemputan tersebut ialah PAS masih belum memberi respon mengenai jemputan belaiu untuk berdebat mengenai isu ISA.


Pada pandangan Penghuni Gua, tidak perlu lagi berdebat mengenai apa-apa isu terutama sekali mengenai 2 isu di atas. Kedua-duanya telah ada platform politik dan parlimen untuk berdebat, berbincang , dialog mengenai isu tersebut. Juga sebalum ini sudah banyak kali isu tersebut diperdebatkan. Ini ditambah pula, isu B. Inggeris . Ia telah menjadi polimik dan debat serta perbincangan serta demonntrasi oleh pejuang-pejuang bahasa dan beberapa repot polis telah dibuat mengenainya.


Jadi jangan membuang masa untuk berdebat lagi. Tak ke mana kalau berdebat sesama orang politik . Sudah banyak kali berlaku , hasilnya hanya kosong. Dalam debat terbuka ini masing-masing mempunyai kepentingan peribadi. Jadi debat yang berlangsung hanya akan berhujah dan berdebat di sekitar fakta yang menyokong kepentingan mereka berdua sahaja.


Dengan perdebatan juga berdasarkan dari debat-debat sebelumnya hanya yang menonjol ialah sorakan-sorakan dan gegak gempita dari penyokong masing-masing tidak kira samada hujah yang dikemukan oleh pendebat benar atau tidak, bernas atau tidak akan mendapat tepukan dan sorakan dari penyokong masing-masing. Membazir sahaja. Masing-masing pendebat hanya dilihat ingin menunjukkan kehebatan dan ketokohan masing-masing. Tidak kira apa hujah dan fakta yang diberi oleh lawan masing-masing, pendebat tidak akan menerima hujah dan pendapat lawan mereka. Setiap pendapat, kecaman, sindiran, cadangan tetap ada jawapan dan kecaman serta sindiran balas.


Berdasarkan dari sejarah manusia yang kalau dilihat sejak dulu : di Malaysia sahaja sudak memadai, mereka yang pandai berpidato, bercakap, berdebat , adalah mereka yang hanya pandai bercakap dan apabila tiba kepada membuat perancangan bertulis secara teliti serta tiba masa perlaksanaan , mereka ini tak dapat melaksanakannnya. Tet api jika dilihat semasa mereka berdebat, gahnya bukan main dalam mengutarakan konsep atas sesuatu isu atau perancangan. Hasilnya habok pun tak ada. Contoh jelas, DSAI, bercakapnya semasa dalam ABIM; bukan main ngeri kita melihat gagasannya. Dato Haji Hadi, Presien PAS, tiap kali bercakap 10 ke 15 tahun dulu, berpuluh ribu pendengar dan macam guruh dilangit sorakan penyokongnnya. Tetapi bila diberi tanggungjawab ( mungkin Allah nak tunjukkan kuasanya sebab pandai sangat bercakap dan mengkritik orang lain ) hasilnya tetap kosong.


Golongan yang macam ini hanya pandai bercakap dari segi konsep aje. Mereka hanya boleh bercakap. Bercakap pula tanpa tanggungjawab atau tiada tanggung jawab. Mereka tidak peduli dan tak merasa rugi atau tidak mengkaji semula hasil perdebatan. Tidak ada satu pun hasil perdebatan di ketengankan secara bertulis kepada pihak kerajaan dengan disokong oleh data, fakta memalui kajian empirikal. Hanya sekadar bercakap. Selepas itu balik. Dan kemudian berdebat lagi.


Ada 3 pilihanraya dalam tempoh terdekat. Jadi inilah kunci kenapa kedua pihak ini bersungguh-sungguh untuk berdebat. Tak payahlah mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dan menonjolkan parti masing masing. Juga bagi KJ tidak perlu juga ( memadai lah debat yang telah anda sertai ) untuk memanjangkan debat. Debat yang anda akan sertai tidak akan mengubah trend dan persepsi perwakilan UMNO terhadap anda. Cukuplah.


Sekarang masa untuk bekerja. Berhentilah bercakap dan bekerjalah dengan keras. Di Sabah dan di Serawak ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan dan perhatian. Banyak lagi pjabat kerajaan dan rumah kakitangan kerajaan dan kebajikan rakyat yang perlu difikir jalan pemyelesaiannya. Fikirkanlah mekenisma yang terbaik untuk mengatasi maslah rakyat di Sabah dan Serawak serta masyarakat terbanyak di Semenanjung. Dah banyak kita semua bercakap. Sekarang masa untuk menterjemahkan apa yang kita bercakap dan berjanji. Bukan masa kita bercakap dan berjanji lagi. Selesaikan dulu semua perkara yang kita telah bercakap dan berjanji. KERJA, KERJA, KERJA DAN TERUS BERKERJA. BUKAN KERJA BERCAKAP............


Penghuni Gua : Kerja bertapa di gua cukuplah.

Tuesday, 24 February 2009

YB DATUK IBRAHIM ALI . MP PASIR MAS



Dalam tempoh 2 minggu ini nama YB Ibrahim Ali hangat diperkatakan. Bagi PAS, Ibrahim Ali wajar meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana PAS mendakwa beliau bertanding di atas tiket PAS pada PRU 12. Gesaan PAS dibuat kerana Ibrahim Ali dikatakan begitu vokal dalam tindakannya mengecam PAS dan alhi gabungan PR dalam semua isu sejak PRU ke 12. Bagi Ibrahim Ali beliau berhak berbuat demikian kerana belaiu adalah MP bebas dan bukan MP bagi Parti PAS atau mana-mana parti Pakatan Rakyat.


Cuma atas persefahaman antaranya dengan PAS sebelum PRU 12 dimana PAS yang tidak begitu yakin boleh menawan parlimen Pasir Mas dan juga kebimbangan parti itu yang hanya memerintah dengan kelebihan hanya 1 kerusi pada penggal sebelumnya; telah merestui Ibrahim bertanding di Pasir Mas satu lawan satu dengan calun BN. Tiada sebarang perjanjian bahawa Ibrahim wajib menyokong PAS dalam semua perkara menurut Ibrahim. Jadi ia tidak terikat dengan mana-mana parti dan persefahaman yang dijalinkan dgn PAS semasa PRU 12 adalah satu strategi yang dilaksanakan bagi kepentingan beliau dan PAS. Jadi tidak timbul ia misti akur dengan kehendak parti berkenaan.


Sejak PRU ke 12 Ibrahim nampaknya lebih vokal samada di dalam atau diluar parlimen dalam semua isu. Kecaman, pujian dan kutukan olehnya meliputi semua parti yang ada di Malaysia. Dalam hal ini , lebih-lebih lagi dalam seminggu dua ini Ibrahim Ali banyak membuat kecaman terhadap parti itu yang mana ini tidak dapat dijawab oleh PAS. Inilah kelebihan yang ada pada Ibrahim Ali. Apa pun pandangan orang ramai padanya , Ibrahim Ali tetap Ibrahim Ali. Dari hal lompat melompat, bahasa kesat, pertengkaran, ditangkap ISA dan berbagai sifat dan gaya mewarnai diri Ibrahim Ali.


Pada Pandangan Penghuni Gua , YB Datuk Ibrahim Ali wajar kekal sebagai calun bebas. Ini akan mewarnai dan lebih hidup politik Malaysia. Sikapnya yang begitu vokal ( kadang kala melampau pada setengah pihak ) penting sekurang-kurangnya sikap tak makan saman beliau dapat menggerunkan ahli-ahli politik BN dan PR. Bagus tindakan nya sebagai pemerhati yang sentiasa peka pada isu semasa. Mengenali Ibrahin Ali bukan sesuatu yang baru. Penghuni Gua amat rapat dengannya walaupun bukan jenis yang Penghuni Gua gemari. Tetapi kelantangannya dan tak makan saman ( menurut orang Pantai Tikur ) bagus , bagi memberi amaran kepada BN dan PR , bahawa ada manusia yang bernama IBRAHIM ALI di semua keadaan dan tempat.


KEPADA :


YB IBRAHIM ALI MP PASIR MAS,


KEKALKAN KEDUDUKAN ANDA SEBAGAI MP PASIR MAS

KEKALKAN SIFAT VOKAL ANDA
KEKALKAN SIFAT BERKECUALI ANDA
BANTAI SEMUA MP DAN MANA PARTI YANG DIRASAKAN TIDAK BETUL
KEKALKAN SIFAT TAK MAKAN SAMAN
KEKALKAAN SIFAT KETUANAN MELAYU ANDA
JUGA BERSUARALAH DALAM SEMUA ISU


Dengan kedudukan MP bebas selepas PRU 12, anda lebih matang dan lebih bebas serta berkualiti percakapan dan idea anda di parlimen dan juga di forum-forum di kaca TV. Teruskan begitu........

12 FEB 1964 : TARIKH YANG TIDAK PERNAH DIINGAT



Baru bangkit dari tidor. Letih baru habis kelas. Cuma terlintas difikiran bila bangkit dari tidor, sudah 12 hari terlepas hari kelahiran isteri . Inilah masalah Penghuni Gua sejak dulu kala. Tarikh kelahiran isteri anak-anak dan tarikh lahir sendiri pun tak pernah diingat. Itulah satu kelemahan yang tidak pernah dapat dibaiki oleh Penghuni Gua.


Jadi kepada isteri di Melaka , selamat menyambut hari kelahiran yang ke 45 tahun. Semuga terus sihat dan sabar le banyak-banyak dalam melayan kerenah suami yang sedikit nakal dan kadangkala yang baran sikit. Itulah saya. Samada kurang , kelemahan atau kelebihan, itulah saya. Terimakasih kerana telah melayan dan menjaga saya selama ini, yang sudah masuk 22 tahun. Juga terimakasih kerana masih terus menjaga saya dan anak-anak saya. Didoakan terus sihat dan sejahtera selalu dan maafkan kerana masalah/ kelemahan saya yang begitu pelupa tentang angka ( matematik semasa SRP hanya dapat 8 aje ).


Tarikh -tarikh lahir keluarga Penghuni Gua. ( dicatit di sini supaya tidak lupa ):

i. Penghuni Gua : 31 OKT 1960.
ii. Isteri: Nor Anisah Bt Othman .12 FEB 1964
iii. Anak-anak :
a. Nor Dalila Diyana : 12 Mei 1987.
b. Nor Liyana Sanaa :8 Jan 1990.
c. Noor Saddam Marwan : 4 Apr 1994.
d. Noor Matta Simmia : 23 Apr 1997


Kepada isteri di Melaka, hujung minggu ni kita raikan hari kelahiran dengan makan pagi di Restoran MEE BODOH di Tengkera Melaka dan juga makan di restoran RAJA ROTI CANAI dgn KARI KEPALA IKAN JENAHAK DI DEPAN MASJID BERUANG , MELAKA. Kita makan puas-puas. Bravo.

Kepada pembaca juga , jika anda melawat Melaka dan tidak menjamu selera di gerai MEE BODOH di Tengkera, bermakna kunjungan anda ke Melaka tidak sempuna. ( Kandungan Mee Bodoh ialah : MEE DAN TOGEH AJE, Tapi sedapnya wowwwwwwww. )Amaran jika anda makan di gerai ini : LEPAS MAKAN TERUS ANGKAT PUNGGUNG. JANGAN DUDUK BERBUAL, MARAH CUSTOMER LAIN. MASA KITA MAKAN DAH ADA PELANGGAN LAIN YANG BERDIRI DI BELAKANG KERUSI KITA. Jadi ingat amaran Penghuni Gua itu untuk elak pergaduhan.

ADUN Batang Ai Datuk Dublin Unting Meninggal Dunia



KUCHING, Feb 24 (Bernama) -- Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi tadi setelah diserang angin ahmar, sumber PRS mengesahkan. Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Penghuni Gua : Takziah ke atas keluarga mendiang. Piliharaya lagi. Bulan Feb 2009 adalah bulan pilihanraya kecil......................... pilih, pilih, dan pilih serta terus pilihhhhhhh. Di gua tiada pilihan. Ambil apa yang ada cukup lah. Bersyukur masih boleh hidup sampai hari ini dan berbahagia bersama keluarga.

NOTA KULIAH 7 24 FEB 2009 SKGP 6043 PENGURUSAN STRATEGIK

sa

TEknik pemilihan strategi


.Kaedah perancangan scenario
.Sinergi dan sumber
.Kitaran hayat barangan
.Keluk pengalaman
.Analisi titik pulangan modal
.SWOT
.Matriks NDTS ( SPACE )
.Matrik sye pasaranpertumbuhan industry ( boston consulting )
.Model general electric

1. kaedah perancangan scenario

Buat ramalan suasana persekitaran serta kedududkan sy yg diinginkan pada masa depan
Sy perabot guna kayu hutan tropika dan rancang tukar kepada kayu getah atau plastik


Tentukan bekalan kayu getah berterusan merlalui usaha sama dgn sy perladangan atau bersedia tukar ke perabot plastic
Factor luaran sangat penting.

2. sinergi dan sumber

Digunakan bagi sy yang perbagai kegiatan dan sumber. Dimana pengurangan kos dapat dibuat disamping mendapat pulangan yang tinggi.
Kaedah yang boelh meningkatkan prestasi sy dari awal dan seterusnya dlm proses operasi yang dijalankan.

3. kitaran hayat barangan

Tahap permulaan :
ü Prestasi jualan perlahan kerna barangan baru
Tahap perkembangan
ü Jualan barangan terus berkembangn
ü Hasil bertambah
ü Permintaan sangat menggalakkan
ü Guna strategi perkembangan dgn luaskan barangan yang dikeluarkan.
. tahap kematangan
ü Perubahan dr tahap perkembangan ke tahap kematangan boleh berlaku dlm tempoh yg panjang
ü Permintaan barangan hanya bertambah sedikit
ü Pengurus perlu bertindak segera supaya barangan tidak mengalami tahap penurunan dgn cepat
ü Strategi pengukuhan digunakan iaitu berusaha kekalkan prestasi semasa dan elak kejutan
ü Strategi perkembangan melalui inovasi , teknologi dan kretiviti
ü Strategi integrasi kehadapan atau ke belakanag

Tahap penurunan
ü Jumlah jualan menurun
ü Guna strategi pembubaran iaitu hentikan penjualan barangan atau ceburi barangan yang ada prospek yang lebih baik dan dpt untung
ü Strategi integrasi mendatar boleh digunakan
ü Strategi cantasan dan jual sy kepada pembeli berminat
ü Strategi pelbagaian


4. keluk pengalaman
Menggambarkan kos untuk satu unit keluaran akan berkurangan sekiranya lebih banyak barangan dikeluarkan
Bagi perniagaan yang tidak ada skil ekonomi dan pengalaman, tidak semistinya kos seunit yang dibelanjakan menurun walaupun kunatiti yang dihasilkan bertambah.
ü Contoh :
o p[erkhidmatan doctor
o peguam
o pembuat kapal terbang
O setiap perkhidmatan perlu perhatian terperinci bg setiap banrangan dlm operasi yang dijalankan.

5.model Titik pulangan modal


bagi sy yang jual sejenis barangan atau perkhidmatan sj.
Kuatiti jualan dan keluaran boleh diukur dgn bilangan unit
Paling sesuai digunakan pd sy yang tenat dan mengalami jualan yg tidak dapat menampugn kos perbelanjaan.


6. Model matriks SWOT
· Padankan factor dalaman iaitu kekuatan dan kelemahan dengan factor luaran iaitu ancaman dan peluang.


Ada 4 jenis kumpulan strategi :
· STRATEGI KP ( Kekuatan dan peluang )
· Strategi LP ( Kelemahan / peluang )
· Strategi KA ( Kekuatan dan ancaman )
· Strategi LA ( kelemahan / ancaman )



Kekuatan: senaraikan
Kelemahan: senaraikan
Peluang: senaraikan


Strategi KP : gunakan kekkuatan untuk rebut peluang
Strategi LP: atasi kelemahan dgn ambil peluang


Strategi KA: guna kekuatan untk hadapi ancaman
Strategi LA: kurang kelemahan dan elak ancaman


Strattegi KP
· Kekuatan
· Kedudukan kewangan yang sihat
· Kilang yg canggih
· Kepakaran yg ada
· Kemampuan penyelidikan
· Peluang
· Tambah permintaan
· Teknologi baru
· Pasaran baru
· Kelonggaran undang2

Strategi LP
· Kelemahan
o Kewangan
o Mutu barangan
· Peluang
o Ada orang yang ingin melabur
o Ada teknologi baru

Strategi KA
o Kekuatan digunakan untuk mengelak ancaman atau mengatasi
o Ancaman pesaing boleh dielak dgn guna kekuatan dan beri tumpuan terhadap pasaran yang pesaing lemah.

Strategi LA
· Kelemahan diatasi dan ancaman dielak
· Sukar dan wajar diguna strategi pengukuhan, pengecilan, penjualan atau cari penyelamat.

PETA PELAYAR