FOLLOWERS

Friday, 31 July 2009

DEMO HARAM MANSUH DAN SOKONG ISA : PDRM WAJIB BERTEGAS !






Penghuni Gua : Apa pun alasan, demo ini tetap demontrasi haram. Taiada permit ikeluarkan. PDRM wajib bertegas. Hak asasi awam perlu diberi keutamaan.


2. 1.5 juta warga Kuala Lumpur akan terancam dan tergangg dari segi perniagaan, tugas, hal-hal yang berkaitan dengan nyawa pesakit yang perlu dibawa ke hospital akan terperangkap dengan kesesakan dan kerugian perniagaan dan sebagainya. Kera-kera ini memang bijak dalam memberikan alasan. Jika terjadi kejadian buruk tidak ada sekalipun mereka ini mengaku bertanggungjawab. Yang kerap disalahkan kerana provokasi polis.

3. Perhimpuanan ini adalah haram. Ia perlu disuraikan samada secara lembut dan perlu dengan kekerasan jika mereka masih berdegil. Hantar isyarat yang betul kepada semua rakyat negara ini. Jika tidak budaya demontrasi haram ini akan dianggap sesuatu yang dibolehkan oleh kerajaan.

4. Juga perhimpunan dan perarakan Pemuda Gerakan ke Istana Negara hari ini pun sepatutnya disuraikan. Siapa mereka? Jangan sesekali memberi muka kepada parti nyamuk dan parti yang kerap bertindak menikam rakan dari belakang. Parti ini kerap mencari publisiti murah. Pemimpin UMNO dan kerajaan perlu mendesak kepada Tan Sri Koh Tsu Koon agar mereka ini dikenakan tindakan tatatertib parti dan meminta maaf kepada komponen BN.

5. Mereka ini adalah musuh dalam selimut. Pertimbangan agar Parti ini perlu atau tidak , bagi terus berada dalam BN perlu difikirkan jika mereka terus menerus bertindak seperti pembangkang. Mereka ini adalah paria kepada BN dari segi tindakan mereka. Adakah tidak ada saluran dalam BN sehingga pemuda Gerakan bertindak begini ? Tak ada ke saluran kerajaan untuk Pemuda Gerakan ini menghantar memorandum mereka.

6. Apa guna presiden Gerakan sebagai Menteri? Hanya menjadi tunggul kayu yang hanya berdiam diri sehingga pemuda Gerakan tidak boleh menyalurkan pandangan mereka ini melalui presiden mereka.? Adakah presiden mereka tiada mata dan telinga atau memang tindakan pemuda hari ini adalah atas restu presiden? Presiden pun menyembunyikan tangan nya. Siapa tak kenal presiden ini? Seperti kata bekas presiden Gerakan( Lim Chong Eu ) baru-baru ini bahawa Tan Sri Koh ini adalah presiden Gerakan yang paling teruk yang pernah meminpin Gerakan sejak ia ditubuhkan.

7. PDRM perlu bertegas tanpa mengira siapa atau parti. Biar mereka kenal siapa anda.

INKUES SETPOL : DUA LELAKI MISTERI SERAH DNA !





Penghuni Gua : Baguslah begitu. Sample DNA telah diserah oleh 2 lelaki misteri yang dikatakan sebelum ini enggan menyerahkannya untuk tujuan perbandingan dengan sample DNA yang terdapat di tali pinggang dan baju SETPOL tersebut.

2. Ia memudahkan semua pihak dan inkues mengenai SETPOL tersebut boleh dijalankan dengan lancar dan cepat. Ia keadilan untuk semua.

3. Bukan macam satu spesis dalam kes liwat tu. Sumpah tak mahu. Katanya tak ikut islam. Minta dia tunjuk dan sumpah cara islam pun enggan. Nak beri DNA pun tak nak/ enggan. Alasan bimbang dimanipulasikan. Apa le. Ia aje yang betul dan sempurna.

SEDERHANANYA HIDUP DSAI !




Dipetik dari Blog :Cucu Tok Selampit



Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta. Anwar juga beli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.

Tidak dapat dipastikan bernilai nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya, yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Dengan hanya berstatus Ketua Umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar memiliki wang semewah itu.

Kalau jadi PM, tak tahulah berapa mewah lagi perbelanjaannya.Dipenuhi juga dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.Atau adakah ini hasil jualan kraftangan banduan semasa di Sungai Buloh?

Penghuni Gua : Wow, wow, wow! Sederhananya dia. dari mana datangnya ye . Dulu Arastu pemegang amanahnya. Mungkin Karuddin Jaafar sedekahkan kot!

TAMADDUN ISLAM 9




Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.


Kuliah9
Tamadun Islam
Bayt Al-Mal
.


Ringkasan

Bayt Al- Mal bermaksud rumah harta. Sama dengan perbendaharaan negara atau kementerian kewangan. Pada masa awal penubuhannya ia adalah tempat singgahan harta sebelum di agihkan. Pada zaman Rasullah kewujudannya adalah ringkas dan seorang bernama Hanzanlah dilantik sebagai setiausaha dan diminta memberi laporan terperinci dalam masa tiga hari setiap kali terdapat keluar masuk harta.

Sejarah terkumpul wang bermula pada 2 hijrah apabila berlaku perang di satu tempat bernama Nahlah. Harta dari rampasan perang ini dimasukkan ke dalam Bayt Al –Mal. Selepas itu berlaku pula peperangan Badar dalam bulan puasa dan hartanya juga dimasukkan ke dalam Bayt Al-Mal. Kemudiannya di ikuti beberapa peperangan.

Peranan utama pada masa itu adalah untuk mengatasi keperluan asasi umat Islam dan tidak digunakan untuk bayaran gaji atau pembangunan seperti zakat. Asasi bermaksud perkara-perkara asas yang diperlukan dalam kehidupan. Harta Bayt Al Mal tidak di campur dengan harta zakat.

Harta zakat seperti dalam Quran hendaklah diberi kepada mereka berikut :

i. Fakir
ii. Miskin.
iii. Orang yang dijinakkan hatinya ( Mualaf).
iv. Orang bekerja memungut zakat ( Amir).
v. Orang yang bergelumang dengan hutang.
vi. Orang hendak dibebaskan dari hamba.
vii. Orang yang mengembara untuk tujuan agama.
viii. Sesuatu perbuatan untuk jalan Allah.

Perkataan dijinakkan hatinya bukan bermaksud bukan Islam masuk Islam dan ia meliputi semua orang yang dijinakkan hatinya.

Pada masa pemerintahan Umar bayaran zakat kepada Mualaf telah dihentikan dengan alasan Islam pada masa itu sudah kuat. Pada masa zamannya baki Bayt Al- Mal hanyalah satu dinar. Tetapi ini tidak menghairankan kerana pada masa itu polisinya hendaklah di agihkan serta merta.

Pada masa Saidina Umar peperangan hebat telah berlaku dan banyak harta rampasan perang dimasukkan ke dalam Bayt Al –Mal. Pengurusan baru di bentuk bernama Adawawain berasal dari perkataan Parsi yang bermaksud pejabat-pejabat. Umar juga membuka cawangan Bayt Al-Mal dengan arahan dari Bayt Al-Mal pusat. Keadaan Bayt Mal ini lebih penting apabila ianya lebih besar dari perbelanjaan yang diperlukan.

Pada zaman Umar harta dari Bayt Al-Mal di bahagikan mengikut keutamaan. Contohnya siapa dulu yang memeluk Islam. Perkara ini tidak dilakukan pada zaman Abu Bakat dan Rasullah. Pada zaman Othaman ianya masih diteruskan sehinggalah pada zaman Ali amalan begini dihentikan. Umar juga telah membahagikan 100 dirham kepada anak yang baru dilahirkan.

Masjid menjadi tempat harta disimpan dan dibahagikan.

Cukai kepala juga yang di nama Jiziat dimasukkan ke dalam Bayt Al- Mal. Cukai kepala hanya dikenakan kepada mereka bukan beragama Islam. Cukai ini dikenakan kerana mereka tidak perlu membayar zakat dan juga tidak perlu berperang untuk mempertahankan agama Islam. Orang-orang lemah,wanita, kanak-kanak dikecualikan cukai kepala.

Harta rampasan perang seperti dinyatakan dalam Quran hendaklah dibahagikan seperti berikut :

i. 4/5 kepada askar ( askar pada masa itu tidak mempunyai gaji),
ii. 1/5 untuk Rasul dan sahabatnya, anak yatim, orang miskin dan ibu sabi (pengembara).

Sumber utama pada masa itu adalah dari :

i. Rampasan perang.
ii. Cukai kepala.
iii. Sedekah Jariah.

Pada masa Umar bin Abdul Aziz beberapa perubahan dilakukan. Dia tidak mengambil harta Bayt Al-Mal dengan alasan dia sudah cukup harta. Dia juga menggesa isterinya menyerahkan barang kemas kepada Bayt Al Mal.

Tujuan Bayt Al Mal:

Maslahah umum kepada mereka berikut :

i. Anak Yatim.
ii. Bantuan rumah kebajikan –anak yatim,orang tua, buta,pekak,cacat dan lain-lain difikirkan perlu.
iii. Bantuan bencana alam seperti banjir, gempa bumi,kebakaran.
iv. Lain-lain yang tidak bercanggah dengan Islam.

Sejarah penubuhan Bayt- Al-Mal.

Pada 622 Masihi semasa pimpinan Rasullah di Madinah. Ia boleh disamakan dengan perbendaharaan Negara atau kementerian Kewangan. Pada awalnya ia adalah tempat singgahan harta sebelum diagihkan. Pada masa itu kewujudannya adalah simple sesuai dengan keadaan pada masa itu. Seorang bernama Hanzalah telah dilantik mengurus dan cop mohor di ujudkan. Sejarah pengumpulan harta bermula pada perang Sariyah di tempat bernama Nakhlah pada tahun kedua Hijrah. Dalam peperangan ini Abdullah Bin Jahash mendapat kemenangan dimasukkan ke dalam Bayt Al_mal termasuklah binatang ternakan.

Selepas itu dikuti dengan peperangan Badar dan beberapa siri peperangan lain sehingga mengatasi keperluan asasi umat Islam.

Setelah peperangan dikenali sebagai Ghazwah Bani Nadir Rasullah telah bercadang membahagikan harta tersebut kepada penduduk Ansar dan Muhajirin tanpa mengambil kira kepada mereka yang memerlukan saja. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh Saad Bin Ubadah. Pegawai-pegawai tambahan kemudian dilantik antaranya Muaiqib Al –Dusi bagi menyimpan rekod keluar masuk harta dengan terperinci.

Bayt Al-Mal di zaman Abu Bakar.

Mengikut jejak Rasullah. Abu Ubaidah Amir al-Jarrah mempelawa untuk mengurus Bayt Al-Mal dan diterima. Pejabat dibuka di rumahnya dan urusan dikemas kini.

Bayt Al Mal di zaman Umar Al-Khattab

Semasa mengambil jawatan khalifah Bayt Al –Mal hanya 1 dinar dan ini kerana mungkin polisi masa itu yang hendaklah dibahagikan serta merta. Beliau telah menyusun setragis baru bagi menambah harta Bayt Al-Mal. Di zamannya peperangan menentang musuh berlaku dengan hebat bermula dari laut merah menuju ke Afrika. Di saat ini pula seorang bernama Abdul Rahman Bin Sakhar telah datang menyerah sejumlah harta perang berjumlah lima ratus ribu dirham. Dengan pertambahan pesat ini Umar telah menubuhkan Al- Dawawain iaitu satu kementerian khusus. Pegawai baru dilantik iaitu Uqail Bin Abi Talib, Mukramah Bin Nufal, Jabir Bin Mut`im dan lain-lain.

Oleh kerana umat islam merata-rata maka cawangan Bayt-Al-Mal ditubuhkan dengan arahan dari pusat.

Bayt Al-Mal menjadi lebih penting apabila kemasukan mengatasi perbelanjaan. Ia tidak lagi menjadi tempat singgahan harta dan tidak boleh dihabiskan dalam masa 3 hari seperti zaman Rasullah. Dengan keadaan ini harta telah dibahagikan mengikut keutamaan iaitu siapa yang terlebih dulu masuk islam, berjihad dengan rasullah menentang musuh, memeluk islam tetapi terlebih dulu menentangnya, ada yang kaya dan ada yang miskin. Masing-masing akan menerima mengikut kadar yang ditentukan.

Umar juga telah memperuntukkan 100 dirham kepada bayi yang baru dilahirkan.

Sejarah sebenarnya penubuhan Bayt Al – Mal Boleh lah disimpulkan pada masa selepas peperangan Badar. Di samping harta Bayt Al- Mal ada juga hasil dari zakat tetapi ianya tidak dicampurkan dengan Bayt Al – Mal. Cukai kepala( Jizyah) juga dimasukkan ke dalam Bayt Al-Mal. 4/5 harta Bayt Al-Mal adalah kepada askar dan 1/5 kepada mereka yang disebut dalam Quran. Sumber kewangan pada zaman Rasullah adalah dari harta rampasan perang, cukai kepala dan sedekah. Nabi Muhamad sendiri telah mengasingkan harta Bayt Al-Mal dengan harta sendiri.

Bayt Al-Mal pada zaman Umar Abdul Aziz.

Salah seorang yang mengambil berat tentang Bayt Al-Mal. Beliau memecat menteri dilantik oleh khalifah terdahulu kerana tidak adil kepada rakyat seperti Uthman Ibn Zaid di Mesir, Yazid Al Mahlab di Khurasan, malah menteri yang dilantik olehnya sendiri kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Umar tidak mementingkan hak milik sendiri dan hak milik keluarga atau milik orang perseorangan tetapi sebaliknya harta milik umum. Tidak mementingkan Maslahah khas tetapi Maslahah umum. Beliau pernah berkata kepada isterinya sendiri Fatimah Abd Malik ` jika kamu mahu bersamaku hendaklah kamu serahkan harta barang kemas kepada Bayt Al-Mal kerana sebab itu semua bagi mereka`

Umar tidak mengambil sedikit pun harta Bayt Al-Mal sebagai mana Umar Al –Khattab mengambil 2 dirham setiap hari. Apabila ditanya umar menjawah, Umar tidak mempunyai harta sedangkan aku mempunyai cukup harta.

Beliau juga menghapuskan penambahan cukai. Beliau berkata pungutan cukai dilakukan masa perlu dan tidak mahu membebankan orang ramai. Beliau pernah berkata `Sesungguhnya Nabi Muhamad di utuskan untuk menjadi petunjuk bukan untuk memungut cukai.

Sumber Bayt Al-Mal.

1. Cukai tanah.
2. Cukai Eksport/Import.
3. Hasil dari milik umum seperti galian logam
4. Harta pusaka yang tidak ada waris dan harta tanpa pemilik.
5. Rampasan kerana tidak membayar zakat.
6. Cukai kepala.
7. Cukai-cukai lain yang dikenakan bila perlu.
8. Tebusan `Al-Fay`.
9. Denda-denda.
10. Sumbangan negara tertentu.
11. 1/5 hasil rampasan perang.

Rampasan lain adalah :

1. Rampasan harta riba.
2. Rampasan harta penyanyi,penari,pelacur yang didapati secara haram.
3. Rampasan harta kelab perjudian,kelab malam.
4. Rampasan orang yang murtad.
5. Rampasan dari hasil sumber tidak sihat seperti penjualan majalah lucah.
6. Rampasan harta orang politik dipercayai diperoleh dengan jalan tidak sihat.

Penggunaan Bayt Al-Mal.

Membayar gaji pegawai dan pekerja yang menjamin kepentingan umum.
Perkara yang diperlukan oleh masyarakat umum:

i. Untuk mengukuhkan ekonomi Islam.
ii. Membuka tanah dan mengeluarkan bahan mentah dari bumi.
iii. Keperluan asas seperti jalan raya,pengangkutan,elektrik,bekalan air,perumahan dan sebagainya.

Dengan syarat seperti berikut :

i. Memenuhi kehendak Islam atau sekurang-kurangnya diharuskan oleh Islam.
ii. Rancangan hendaklah benar-benar mendatangkan faedah kepada masyarakat dan ini merupakan syarat tetap dalam semua pentadbiran agama Islam.
iii. Perbelanjaan untuk rancangan tersebut hanyalah sekadar yang diperlukan sahaja.

PRK PERMATANG PASIR SEBELUM PUASA KOT !





Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir akan diadakan sebelum atau lepas Hari Raya Aidilfitri .Kini ada 22 hari sebelum bermulanya puasa dijadual pada 22 Ogos.Jika lepas Hari Raya Aidilfitri dijadual pada 20 September cuma ada baki 10 hari saja genap 60 hari tempoh pilihanraya kecil wajib diadakan.Lojiknya tak mungkin pilihanraya kecil diadakan dalam bulan puasa dan tak mungkin juga pada awal hari Raya.Ini untuk elak bulan yang mulia diselubungi dan dicemari maki hamun masa kempen.Maka rasanya agak selamat untuk tumpu ramalan pilihanraya keci ini akan diadakan sebelum bermulanya puasa.-31/7/2009

GANASNYA KAU YB SIVAKUMAR !


Malaysiakini

30 jul 2009


J/K Sivakumar jatuh hukuman penjara ke atas Ganesan
author_photo("Humayun Kabir")
Humayun KabirJul 30, 0911:10pm



Jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak dari Pakatan Rakyat mengesyorkan supaya Speaker BN, Datuk S Ganesan dihukum enam bulan pejara kerana memegang jawatan speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, turut mengesyorkan Ganesan didenda RM500,000 atau enam bulan penjara.

Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan sebelum pembubaran DUN, kata jawatankuasa enam anggota itu, yang sekali lagi terpaksa bermesyuarat di sebuah hotel, selepas tidak dibenarkan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan.

"Berkuatkuasa hari ini, Ganesan mesti berhenti bertindak sebagai speaker dan mesti mengosongkan pejabat speaker. Beliau juga mesti menyerah balik kereta rasmi speaker.

"Beliau juga tidak dibenarkan masuk DUN pada bila-bila masa pun," Kata Sivakumar

Sivakumar juga menegaskan bahawa beliau sebagai speaker yang sah, boleh mengarahkan polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Ganesan, tetapi "kita tidak akan mengambil tindakan tersebut dan akan menyerahkan kepada DUN untuk memutuskan nasibnya".

Penghuni Gua : Wow. Wow! Wow!. Hebat tambi Siva ni. Mengalahkan Ketua Hakim Negara. Ganasnya dia.

2. Kebal sungguh bekas speaker ini. Gantung san, gantung sini, sidang sana , sidang sini, penjara sana , penjara sini, mahkamah sana, mahkamah sini ................akhirnya semuanya kes nya dan hal yang berkaitan dengannya kalah. Mukhlisin.

3. Tambi! Bagunlah dari tidor. Cukup-cukup lah. Ketawa dik orang aje! Ha ha ha ha !

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA : PRK LAGI NAMPAKNYA!


Dipetik dari blog : Cina Islam

31 Julai 2009

ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia.

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:40 AM

Penghuni Gua : Semuga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan tinggi darjatnya . Amin. Al Fatihah.

LIDAH OH LIDAH !


Utusan Malaysia

31 jul 2009


Lidah bercabang bertentangan peribadi ulama
Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID


ORANG yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam disebut ulama. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, seorang ulama memiliki rasa takwa, takut dan tunduk kepada Allah SWT. Atau dengan pengertian yang lain, sebagai mana ditakrifkan oleh al-Quran dalam Surah Fatir ayat 28, firman Allah yang bermaksud: "Sesunggunnya yang takut kepada Allah daripada hambanya ialah ulama."

Sesungguhnya Allah SWT juga mengecam mereka yang memiliki ilmu (ulama) tetapi ucapan dan tindakannya tidak sesuai dengan tahap pengetahuannya. Dari segi realiti ucapan mereka lebih bercirikan sifat-sifat kemunafikan bukan sebagai sifat seorang ulama yang mewarisi teladan serta perbuatan daripada Rasulullah SAW.


Bahkan dalam menyampaikan dakwah, Islam sangat menekankan penggunaan bahasa yang baik iaitu menyampaikan nasihat dan hujah yang baik. (lihat sura al-Nahl ayat 125).


Rasulullah SAW tidak pernah mencerca kaum musyrik secara kasar dan angkuh. Sebaliknya baginda sering memohon keampunan dan kebaikan bagi mereka, justeru mereka sebenarnya tidak tahu.


Sebenarnya tahap keimanan seseorang itu ditentukan oleh pemakaian bahasa yang digunakan dalam segala aspek kehidupan. Kalau kita tidak mampu berbahasa secara baik, kalau ucapan kita akan membuat orang lain sakit hati, marah, kecil hati, maka kita dianjurkan lebih baik diam.
Seseorang yang berilmu (ulama) seharusnya dapat membentengi dirinya daripada segala kehendak nafsu yang cenderung kepada keburukan. Namun hakikatnya segelintir daripada mereka ini alpa dan terus menerus mengejar dan berusaha mendapatkan yang diingini oleh nafsu jahat itu.


Antara lain tugas yang harus dilaksanakan oleh ulama dalam kedudukan mereka sebagai pewaris Nabi iaitu memberi contoh sosialisasi dan teladan. Justeru Nabi SAW dicipta Allah sebagai teladan (lihat surah al-Ahzab ayat 21) atau sebagaimana keterangan isteri baginda Aisyah r.a., sikap dan tingkah laku Rasulullah adalah al-Quran. Dari hakikat ini pewaris Nabi dituntut bukan sekadar menampilkan satu peribadi yang baik tetapi yang terbaik.


Orang yang paling alim di kalangan manusia harus mengatur segala urusan umatnya kerana ia akan bertindak berdasarkan maslahat terbaik bagi seluruh umat dan keluar daripada kejahilan yang akan menyebabkan mudarat yang lebih luas bagi setiap anggota masyarakat.


Tugas ulama adalah untuk menyebarkan firman Allah kepada manusia, membimbing umat, membantu dan menggembirakan hati para fakir miskin serta melakukan tanggungjawab sosial berupa pelaksanaan amar makruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat. Sikap begini yang pernah dilakukan oleh Nabi, bukan mengajak kepada perpecahan atau saban hari mencerca orang yang tidak sehaluan dengannya.


Al-Quran dan Sunnah juga meletakkan akhlak luhur sebagai sesuatu yang perlu diberi keutamaan seperti bersikap lemah lembut, penyayang dan pemaaf.


Di samping itu, Sunnah juga membawa saranan agar kita mengawal emosi, nafsu, serta memaafkan sesiapa sahaja tidak kira dalam apa jua situasi termasuk susah atau senang.


Itulah akhlak mulia yang dimaksudkan oleh al-Quran: "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan mungkar dan berpalinglah daripada orang yang bodoh." (Al-A'raf ayat 199)


Sebagai bukti kesempurnaan iman seseorang atau seorang yang bergelar ulama dapat dilihat sejauh mana dia memelihara lidah dan perkataannya daripada suatu hal yang tidak patut menurut agama.

Nabi SAW sering kali mengingatkan agar menjaga lidah (mulut) kerana ia sesungguhnya paling berpotensi untuk mencelakakan kita. Ingatlah bahawa luka yang diakibatkan oleh lidah hakikatnya lebih parah daripada yang diakibatkan oleh pisau.


Semua ini seharusnya mengingatkan seseorang itu untuk selalu berhati-hati, berfikir dan merenung apa yang akan diucapkan.

Sebab itu di kalangan para ulama sendiri ada mengingatkan umat supaya bersikap terbuka dan bertasamuh terhadap pendapat orang lain yang agak berlainan dengan kita. Mungkin boleh jadi pendapat mereka lebih tepat dan berhikmah daripada pandangan kita.

Demikianlah sejarah mencatat dengan sikap mereka yang terbuka itu menyebabkan umat Islam berada dalam keharmonian dan kestabilan sehingga hari ini. Lantaran itulah kita memandang sinis terhadap mereka yang bergelar ulama tetapi bersikap terlalu kasar dan bengis terhadap orang awam dalam masyarakat.

Mengingat pentingnya posisi lidah dalam kehidupan manusia, maka dengan sendirinya ia harus mendapatkan bimbingan dan pemeliharaan yang sebaik-baiknya.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pokok amal itu adalah Islam, tiangnya adalah solat, puncaknya adalah jihad. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: mahukah aku beritahukan kepadamu tentang kuncinya semua perkara itu? Saya menjawab: "baik ya Rasulullah." Kemudian baginda memegang lidahnya seraya berkata "jagalah ini". Saya bertanya: "Wahai Rasulullah apakah kami dituntut (diseksa) kerana apa yang kami katakan?" Baginda menjawab: "Celaka kamu, bukankah orang yang menjerumuskan terhadap mukanya (atau pada batang hidungnya) ke dalam neraka, melainkan buah ucapan lidah mereka." (HR. At-Tarmizi)


Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan
Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)

Penghuni Gua : UMNO tak beriman, Allah pun menjahanamkan orang. Allah mencarut, Jahanam UMNO, Orang pakai cawat tak cerdik sebab itu mereka pangkah BN di Batang Ai!

2. Semua ungkapan di atas itu adalah diantara sejumlah bahasa-bahasa contoh mereka yang bergelar ulama di Malaysia. Inilah contoh lidah islam mereka dan boleh menarik orang islam dan bukan islam untuk mendekatkan diri dengan islam kot.

3. Tetapi Tak pernah pulak PG dengan PM-PM Malaysia terdahulu samada Tun Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah, apatah lagi DS Najib. Tak ada pulak bahasa mereka begini atau memaki , mencerca atau menghina orang walau pun mereka ini di label oleh pemimpin PAS bahawa pemimpin UMNO ini tak berimaan dan kafir.

4. Tak percaya, percaya lah. Fikirkan.

Thursday, 30 July 2009

SEMPENA DEMO HARAM ISA : PERBEZAAN PERHIMPUNAN BUKAN MELAYU DAN MELAYU


Nota : Paparan ulangan siapa lebih cerdik dalam hal mengadakan perhimpunan ini. Adakah Bangsa Melayu yang cerdik atau bukan Melayu yang cerdik. Atau siapa yang lebih bodoh atau tak cerdik. Lihat gambar. Paparan ini telah di siar sebelum ini di KLIK. Disiar semula sempena perhimpunan mansuh dan kekalkan ISA pada 1 ogo 2009 di Kuala Lumpur.

( Gambar 1 )

( Gambar 2 )

Lihat Gambar.: Siapa lebih cerdik / Siapa bodoh ?


1. Gambar 1. Beribu orang bukan Melayu cerdik berbaris bagi membeli ASN baru-baru ini , lebihan yang orang melayu tak mahu beli. 2 jam berbaris sejak jam 6 pagi tadi ( KLIK ) untuk dapatkan ASN. Bagusnya mereka untuk memikirkan masa depan keluarga mereka. Akal mereka amat panjang dan boleh dicontohi. Inilah jenis perhimpunan yang mereka kerap lakukan.


2. Gambar 2. Gambar beribu Melayu bodoh yang senang dipergunakan oleh sesiapa sahaja. Oleh apa bangsa pun senang nak gunakan mereka ini. Semuanya Melayu. Sampai ke malam membuat perhimpuan haram. Tinggal anak bini di rumah. Berjelir lidah melalak dan memfitnah. Balik rumah kemudiannya makan kedarah penat lelah isteri memasak. Ini le jenis melayu bodoh. Kerjanya membuat perhimpunan haram. Satu sen pun tak bawa hasil. Bodoh tak boleh diajar. Cerdik tak boleh diikut.


3. Kepada generasi muda Melayu / Islam semua : analoginya bukan susah. Tak perlu buat kajian panjang berjela. Gambar -gambar ini mungkin juga keagungan Allah , yang hantar sebagai suatu isyarat dan pengajaran kepada kita Melayu / Islam untuk kita berfikir. Mengapa gambar ini boleh ada dan terpapar dalam keadaan ini.


4. Yang ada otak, fikirlah sendiri.

DEMO HARAM MANSUH DAN SOKONG ISA : AMBIL TINDAKAN TEGAS !


Penghuni Gua : Sabtu 1 ogo 2009 dua kumpulan ini akan bertemu bagi demo haram. Hak asasi awam akan tergugat. Kesesakan, buang masa, perniagaan terganggu, pelancung akan melarikan diri ke negara lain dan sebagainya.

2. Kepada PDRM, ambil tindakan setegas mungkin hatta dengan menggunakan kekerasan. Undang-undang membenarkan anda untuk bertindak sedemikian. Jangan memberikan isyarat yang salah dengan tindakan yang tidak tegas.

3. Beri pengajaran mereka ini. Hak asasi awam melebihi dari hak asasi individu. Persetankan kepada semua badut-badut ini.

4. Kepada kerajaan, kekalkan ISA. Jangan layan dengan desakan bodoh GMI bagi memansuhkannya. Tak ada salah dan cacatnya ISA ini. Kami semua tidak langsung terganggu dengan akta ini kecuali mereka yang mempunyai agenda yang tersembunyi. Keselamatan bukan perkara yang boleh bertolak ansur. Ia tanggunjawab kerajaan bagi keselamatan 26 juta rakyat Malaysia.

5. Kami sudah letih dengan segala demo haram yang saban minggu berlaku dan akan terus dilakukan oleh makhluk perosak ini. Ambil tindakan sekeras dan setegas mungkin.

DR ABDUL RANI BIN kAMARUDDIN ( UIAM ) CADANG SIVAKUMAR DI HADAP KE JAWATAN KUASA HAK DAN KEBEBASAN DEWAN !



Nota : Pandangan Pensyarah Undang-Undang Dr . Abdul Rani Bin Kamaruddin ini dipaparkan . Ia dihantar oleh Dr Abdul Rani Kamaruddin di atas posting saya berkaitan berita di atas di ( KLIK )

Pandangan Dr Abdul Rani adalah seperti berikut :
>
1. Apakah kini giliran Sivakumar pula yang dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana antara lainnya telah menggunakan kepala surat DUN?

2. Apapun, dalam merujukkan mana-mana exco DUN hendaklah suatu usul dibuat diDUN dengan sokongan majoriti bagi tujuan merujukkan mana-mana exco DUN kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

3. Apapun keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan hendaklah dirujuk semula kepada DUN untuk diendoskan - baharulah prosedurnya betul dimana DUNlah yang teratas bukannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
UIAM

KRISIS PERAK : SIVA ! SIVA !






Penghuni Gua : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dipengerusi Sivakumar tidak lagi sah. Penggal dah berakhir. Mahkamah pun sudah buat keputusan.

2. Siva! Siva. Berhenti, dan cukup-cukuplah dengan meroyan anda tu. Baca le undang-undang lebih sikit. Betul seperti kata SU Dewan " ini kerana keahlian jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal saja dan keahlian jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya. Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu sudahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keahlian jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah," .

3. Juga lihat dan bacalah komen di KLIK untuk maklumat lanjut mengapa sidang jawatan kuasa ini sudah tidak relevan. Cukup, cukuplah. Kepada peguam-peguam anda tu : nasihatkanlah anak guam anda.

4. Buat gelak dik orang aje.

TESTIMONI ANAK ISA : HANYA EKSPLOITASI PAS / HARAKAH !





Penghuni Gua : Harakah menyiarkan apa yang dikatakan testimoni anak seorang bekas tahanan ISA.

2. Bahasa mudahnya ialah, PG cadangkan Harakah atau keluarga kanak-kanak ini pergi bertanya bekas tahanan ini. Apa sebab beliau di tahan di bawah ISA selama 7 tahun. Apa dia buat. Pemberitahuan sebab-sebab ditangkap ada di berikan kepada tahanan ini apabila ia ditangkap dan di tahan di Kemunting. Jika tiada tahanan ini , boleh kemukakan representasi kepada mahkamah untuk memohon Habeas Corpus di mahkamah bagi pembebasannya.

3. Tak sebodoh dan sekejam itu , pihak polis menahan seseorang tanpa sebab di bawah ISA dari sejumlah 26 juta rakyat Malaysia. Tak sampai 0.0001 % pun mereka yang ditahan di bawah ISA. Mengapa yang lain seperti kami seramai 26 juta lagi tidak ditahan. Analogi mudah.

4. ISA tak pernah menganggu kami pun. Sudah 48 tahun menjalani hidup di Malaysia. Tak pernah di tangkap apa lagi di saman atas kesalahan trafik pun. Dan juga kami tak terganggu pun hidup bersama ISA.

5. Itu je lah jawapan bodoh dan paling mudah untuk penentang ISA. Inilah jawapan mudah bagi kedangkalan mereka ini. Lihat apa kata Prof Dr Rani mengenai ISA ( KLIK ). Juga cerdik pandai islam mengenai ISA : ( KLIK ). Amin

ISA : BETUL KE ,TAHANANTANPA BICARA ?






Siapa bilang ISA tahanan tanpa bicara
Oleh MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.

Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.

Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.


Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.


Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.


Jika tiada aral melintang, akan berlaku pertembungan unik dua kelompok penunjuk perasaan “pro dan anti” ISA pada 1 Ogos ini. Genap 37 tahun selepas kali terakhir semakan semula ISA dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.


Demonstrasi 1 Ogos ini tidak sewajarnya berlaku. Penentangan terhadap ISA jika hanya bersandarkan alasan “Zalim dan Tanpa Bicara” sahaja tidak berbaloi dengan kerosakan harta benda yang bakal berlaku.


Ramai orang yang emosi menentang ISA. Hujah emosi juga boleh digunakan untuk menerangkan bahawa ISA perlu dipertahankan. Namun kali ini, dengan setitis ilmu dari lautan perundangan yang saya pelajari, saya akan berhujah dengan fakta.


Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) diluluskan oleh Parlimen pada 1960 dan disemak semula pada 1 Ogos 1972. ISA telah dipinda beberapa kali bermula dari 1962 dan kali terakhir dipinda pada 24 Ogos 1989.


Sebagai pengenalan kepada kononnya “Akta Zalim” ini, di muka surat 9 akta tersebut di nyatakan:


“Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.”
[Semenanjung Malaysia-1 Ogos 1960, Akta 18 tahun 1960; Sabah, Sarawak - 16 September 1963, L.N. 232/1963]


BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:


(1) Untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta; dan
(2) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, kerajaan Malaysia yang sah yang ditubuhkan menurut undang-undang;


DAN BAHAWASANYA tindakan yang diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;


DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;
Oleh hal yang demikian MENURUT Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya


Perkara 149 Perlembagaan menyatakan bahawa:


PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT


Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.


(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:
(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau
(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,


Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.


(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), 163 jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.


Jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan selaku Undang-undang tertinggi Negara menghalalkan Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri, melebihi hak-hak asasi individu seperti yang terkandung dalam Fasal 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.


Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?


Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.


Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.


Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.


Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.


Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja. Kuasa polis untuk menahan seseorang di bawah ISA di nyatakan dalam seksyen 73 iaitu:


Kuasa untuk menahan orang yang disyaki


73.
(1) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap, dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai


(a) Bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8; dan
(b) Bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.


(2) Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap dan menahan sementara menunggu penyiasatan, mana-mana orang yang selepas disoal oleh pegawai itu gagal untuk memuaskan hati pegawai itu tentang identitinya atau tentang maksud yang baginya dia berada di tempat dia ditemui dan yang disyaki oleh pegawai itu telah bertindak atau hampir bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian di dalamnya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.


(3) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah seksyen ini boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat berkenaan dengannya di bawah seksyen 8:


Dengan syarat bahawa:


(a) Dia tidak boleh ditahan lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor;
(b) dia tidak boleh ditahan lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Penguasa; dan
(c) dia tidak boleh ditahan lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Timbalan Penguasa telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis bagi maksud itu, yang dengan serta-merta hendaklah melaporkan perkara yang sama kepada Menteri.


(4)-(5) (Dipotong oleh Akta A61).


(6) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) dan (2) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, mana-mana orang yang melaksanakan tugas sebagai pengawal atau jaga di dalam suatu tempat terkawal dan oleh mana-mana orang lain yang pada amnya diberi kuasa bagi maksud itu oleh seorang Ketua Pegawai Polis.


(7) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai berada dalam jagaan yang sah, dan boleh ditahan di mana-mana penjara, atau di mana-mana balai polis, atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau khas oleh Menteri.


Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.


Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.


Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis.


Seseorang yang ditahan untuk proses soal siasat oleh polis mengikut ISA di atas boleh ditahan untuk membantu siasatan untuk tempoh maksimum 60 hari. Hanya selepas tempoh maksimum berkenaan, hasil siasatan polis akan dipersembahkan kepada menteri dan terpulanglah pula kepada menteri berkenaan sama ada untuk terus menahan suspek pengancam keselamatan negara itu atau tidak.


Beza watak dalam CPC dan ISA adalah majistret atau pegawai polis, Peguam Negara atau menteri dan perbezaan masa maksimum tahanan sama ada 14 hari atau 60 hari. Proses yang lain adalah sama.


Kita lihat peruntukan Seksyen 8 ISA yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengizinkan polis menahan seseorang di bawah ISA selama tempoh maksimum 2 tahun yang menyatakan bahawa:


Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang


8 (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.


CATATAN: Lihat Nota Pesuruhjaya di muka surat 83.


Nota Pesuruhjaya di muka surat 83 menyatakan bahawa:


Nota Pesuruhjaya


PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI


“5. (1) Jika sesuatu perintah tahanan telah dibuat di bawah sub seksyen 8(1) Akta ibu terhadap mana-mana orang semasa tempoh antara tarikh mula berkuat kuasanya akta ibu dan tarikh mula berkuat kuasanya akta ini (kemudian daripada ini disebut "tempoh peralihan"), maka perintah tahanan itu dan penahanan yang dibuat menurutnya semasa tempoh peralihan itu, dan penerusannya selepas itu, jika ada, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang, dan hendaklah disifatkan sebagai, dan sentiasa dan pada setiap masa menjadi sah dan menurut undang-undang, walaupun pada bila-bila masa semasa jangka masa perintah tahanan itu dia telah ditahan di mana-mana tempat selain tempat tahanan yang disebut dalam sub seksyen 8(3) Akta ibu, atau terus ditahan di tempat yang dia telah ditahan di bawah seksyen 73 Akta ibu selepas tempoh maksimum yang diperuntukkan baginya di bawah subseksyen 73(3) Akta ibu tamat, atau telah berada dalam perjalanan dalam jagaan polis atau dalam apa-apa jagaan lain ke tempat tahanan seperti yang disebut terdahulu, atau terdapat apa-apa kelengahan dalam menyampaikan perintah tahanan itu kepadanya, atau perintah tahanan itu telah disampaikan kepadanya di mana-mana tempat selain tempat tahanan itu, atau terdapat apa-apa kecacatan yang berhubungan dengan penyampaian perintah tahanan itu kepadanya.


Menteri Dalam Negeri menurut Seksyen 8 secara perundangannya memiliki dua jenis kuasa iaitu kuasa mengeluarkan Perintah Tahanan dan Perintah Sekatan. Seiring dengan istilahnya, satu perintah menghalalkan penahanan manakala satu perintah lagi mengharamkan penahanan, semata-mata menyekat sahaja. Di atas adalah peruntukan berkenaan Perintah Tahanan manakala Seksyen 8(5) menjelaskan pula tentang Perintah Sekatan iaitu :-


(5) Jika menteri berpuas hati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam sub sekyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah sekatan") yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut:


(a) Bagi mengenakan ke atas orang itu apa-apa sekatan yang dinyatakan dalam perintah itu berkenaan dengan aktivitinya dan tempat kediaman dan pekerjaannya;
(b) Bagi melarangkan daripada berada di luar rumah antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali di bawah kuasa suatu permit bertulis yang diberikan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan sedemikian;
(c) Bagi menghendakinya memberitahu pergerakannya mengikut apa-apa cara pada bila-bila masa dan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu;
(d) Bagi melarangnya daripada berucap di perjumpaan awam atau daripada memegang jawatan dalam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti atau bertindak sebagai penasihat kepada, mana-mana organisasi atau persatuan atau daripada mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti politik; dan
(e) Bagi melarangnya daripada membuat perjalanan di luar sempadan Malaysia atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu kecuali mengikut kebenaran yang diberikan kepadanya oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam perintah itu.


Hasil daripada gabungan frasa perundangan yang memeningkan kepala pembaca seperti ayat-ayat di atas bermaksud Perdana Menteri tidaklah berkuasa menahan musuh politik beliau secara semberono kerana yang sebenarnya berkuasa membuat perintah penahanan adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Keselamatan Dalam Negeri.


Hanya jika Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, maka barulah benar sebahagian tuduhan rambang berkenaan. Itupun selepas beliau menandatangani Perintah Tahanan tersebut atas kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan bukannya sebagai Perdana Menteri. Jika berlaku salah disignasi jawatan ketika menandatangani Perintah Tahanan berkenaan maka akan menjadi satu sebab teknikal mengapa Perintah Tahanan tersebut menjadi tidak sah.


Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Menteri boleh menahan seseorang di bawah ISA selama mana yang Menteri itu suka?


Juga satu kenyataan yang tidak tepat. Menurut Seksyen 13 ISA yang menyatakan bahawa:
Kajian semula


13. *(1) Tiap-tiap perintah atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 8(1), (5) atau (7) atau di bawah seksyen 10 hendaklah, selagi ia masih berkuat kuasa, dikaji semula tidak kurang daripada sekali dalam tiap-tiap enam bulan oleh suatu Lembaga Penasihat:


Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu perintah tahanan yang terhadapnya representasi telah dibuat, kajian semula yang pertama, sama ada mengenai sesuatu perintah tahanan yang dibuat di bawah sub seksyen 8(1) atau mengenai sesuatu perintah tahanan yang dilanjutkan di bawah sub seksyen 8(7) yang baginya proviso kepada sub seksyen yang akhir disebut itu terpakai, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas selesainya pendengaran representasi itu oleh Lembaga Penasihat yang kepadanya representasi itu telah dibuat.


(2) Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai tiap-tiap kajian semula di bawah sub seksyen (1), dengan serta-merta menyerahkan kepada Menteri suatu laporan bertulis mengenai tiap-tiap kajian semula itu, dan boleh membuat dalamnya apa-apa syor yang difikirkannya patut.


*CATATAN: Sub seksyen ini telah dimasukkan oleh Akta A61 dan mula berkuat kuasa pada 01-09-1972 dan sebelum tarikh itu peruntukan berikut yang dimasukkan oleh Ordinan No. 4 tahun 1969 (P.U. (A) 186/1969) terpakai:


"(1) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan 8(1)(a) boleh, selagi ia berkuat kuasa, dikaji semula dari semasa ke semasa oleh suatu Lembaga Penasihat mengikut budi bicara Pengerusinya".


Seksyen 13 ISA ini menjelaskan kepada kita bahawa Menteri hanya berkuasa membenarkan tahanan untuk tempoh maksimum 2 tahun yang pertama. Tempoh yang asalnya di "arahkan" oleh Menteri itu pun bukan bersifat "mutlak" kerana Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung boleh mengenepikan tempoh maksimum tersebut mengikut budi bicara beliau. Kelihatan Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa yang lebih besar daripada menteri.


Bagaimanakah prosedur siasatan Lembaga Penasihat ISA ini?


Seksyen 14,15 dan 16 ISA menceritakan bahawa:


Kuasa untuk memanggil saksi


14. Tiap-tiap Lembaga Penasihat hendaklah, bagi maksud akta ini tertakluk kepada Seksyen 16, mempunyai segala kuasa mahkamah bagi memanggil dan memeriksa saksi, mengendalikan sumpah atau ikrar, dan bagi memaksa dokumen dikemukakan.


Anggota Lembaga Penasihat disifatkan sebagai pekhidmat awam 15. Tiap-tiap anggota sesuatu Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574], dan hendaklah mempunyai, jika apa-apa tindakan atau guaman dibawa terhadapnya bagi apa-apa tindakan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Bab ini, perlindungan dan keistimewaan yang sama sebagaimana yang diberikan oleh undangundang kepada seorang Hakim dalam pelaksanaan jawatannya.


Pendedahan maklumat


16. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau mana-mana pekhidmat awam untuk mendedahkan fakta atau mengemukakan dokumen yang difikirkannya sebagai bertentangan dengan kepentingan negara jika didedahkan atau dikemukakan.
Adakah benar tuduhan yang menyatakan "ISA tahanan tanpa bicara?"


Tuduhan ini amatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin pemfitnah membuat tuduhan tersebut bersandarkan kepada satu-satunya peruntukan berikut :-


Nota Pesuruhjaya


PENGESAHAN PERINTAH TAHANAN DAN PENAHANAN DAN INDEMNITI


Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pindaan) 1988, [Akta A705] melalui seksyen 5 telah meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (kemudian daripada ini disebut "Akta ibu") yang hendaklah dibaca bersama peruntukan baru yang berikut mulai dari 15 Julai 1988:


(2) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan, atau apa-apa jua pun prosiding undang-undang lain daripada apa-apa perihalan atau dalam apa-apa bentuk, boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan selepas mula berkuat kuasanya akta ini, atau, jika dibawa atau dimulakan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, terus dikekalkan, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa jua yang dilakukan dengan sahnya berhubung dengan perintah tahanan atau penahanan yang diisytiharkan sebagai sah dan menurut undang-undang di bawah sub seksyen (1), kecuali bahawa peruntukan sub seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa prosiding undang-undang sedemikian yang telah selesai dan keputusan muktamad mahkamah telah diberikan berkenaan dengannya sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini atau bagi apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan muktamad itu."


Sedangkan pemfitnah berkenaan membutakan mata mentulikan telinga terhadap 6 lagi seksyen dalam ISA yang membuka ruang seluas-luasnya untuk seseorang itu mencabar keputusan Menteri .


6 seksyen tersebut adalah Seksyen 79 dan 80 ISA yang menyatakan bahawa :-


Bidang kuasa mahkamah


79. Tanpa menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, selain suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.


Sekatan ke atas pendakwaan


80. Sesuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tujuh tahun atau tidak boleh dimulakan kecuali dengan keizinan Pendakwa Raya:


Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah


(a) seseorang yang dipertuduhkan dengan suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau suatu waran penangkapannya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang sedemikian boleh direman dalam jagaan atau atas jaminan, walaupun keizinan Pendakwa Raya mengenai permulaan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu diperoleh; dan
(b) jika seseorang dibawa ke hadapan suatu mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinannya kepada pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi dia tidak boleh dipanggil untuk membuat pli dan peruntukan undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.


Sekyen 8B ISA pula menyatakan bahawa:


Kajian semula kehakiman tindakan atau keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Menteri


8B. (1) Tidaklah boleh diadakan apa-apa kajian semula kehakiman di dalam mana-mana mahkamah, dan tiada mahkamah boleh mempunyai atau menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri pada menjalankan kuasa budi bicara mereka mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan itu.


(2) Kecualian mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam sub seksyen (1) tidaklah terpakai jika alasan seperti yang diperihalkan dalam seksyen 8A.


Apakah pula maksud "kajian semula kehakiman”?


Seksyen 8C selanjutnya menyatakan bahawa:


Tafsiran "kajian semula kehakiman"


8C. Dalam Akta ini, "kajian semula kehakiman" termasuklah prosiding yang dimulakan dengan cara:


(a) Permohonan untuk mendapatkan mana-mana perintah prerogatif mandamus, larangan dan certiorari;
(b) Permohonan untuk mendapatkan deklarasi atau injunksi;
(c) Writ habeas corpus; dan
(d) Apa-apa guaman lain, tindakan atau prosiding undang-undang lain yang berhubungan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri mengikut Akta ini.


Mengapakah tiba-tiba tertulis kuasa Yang di-Pertuan Agong selain kuasa Menteri dalam kedua-dua seksyen di atas? Bukankah di canangkan se-Malaya bahawa semata-mata Perdana Menteri yang berkuasa penuh? Ternyata fitnah telah tersebar luas.


Seorang yang di tahan di bawah Sekyen 8 ISA boleh mempertikaikan perintah tahanan oleh Menteri tersebut kepada sebuah Lembaga Penasihat yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan.


Anda mula terkejut? Seksyen 11 dan 12 ISA selanjutnya menyatakan bahawa:


Representasi terhadap perintah tahanan


11. (1) Suatu salinan tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah sub seksyen 8(1) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat disampaikan kepada orang yang dimaksudkan olehnya, dan tiap-tiap orang itu berhak untuk membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.


(2) Bagi maksud membolehkan seseorang untuk membuat representasi di bawah sub seksyen (1) dia hendaklah, pada masa perintah itu disampaikan kepadanya:


(a) Diberitahu mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan


(b) Diberikan oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-


(i) Mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
(ii) Mengenai pernyataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
(iii) Mengenai apa-apa butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin semunasabahnya dikehendaki olehnya supaya dapat dia membuat representasi terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah tentang cara bagaimana representasi boleh dibuat di bawah seksyen ini dan bagi mengawal selia tatacara Lembaga Penasihat.


Laporan Lembaga Penasihat


12. (1) Bilamana mana-mana orang telah membuat apa-apa representasi di bawah subseksyen 11(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu diterima olehnya, atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong.


(2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri apa-apa arahan, jika ada, yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri itu; dan tiap-tiap keputusan Yang di- Pertuan Agong mengenainya, tertakluk kepada seksyen 13, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.


Keenam-enam seksyen di atas seharusnya mengubah terus persepsi kita terhadap momokan pihak-pihak tertentu yang mereka sendiri keliru dengan tuntutan perjuangan mereka. Jelas kepada kita bahawa kuasa Lembaga Penasihat dan Baginda Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui kedua-dua seksyen di atas rupanya "Puasnya hati Baginda" adalah jauh lebih penting daripada "Puasnya hati" seorang Menteri Dalam Negeri.


Seperkara yang menarik untuk anda tahu iaitu tahukah anda bahawa anda boleh menjadi "jutawan segera" jika anda menang kes di mahkamah kerana di tahan di bawah ISA? Pada 18 Oktober 2007, seorang bekas tahanan ISA daripada parti PAS bernama Malik Hussin telah di perintahkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kerajaan Malaysia membayar gantirugi sebanyak RM 2.5 juta kepada beliau atas alasan penahanan beliau di bawah Seksyen 8 ISA oleh Menteri telah di buat secara salah di sisi undang-undang dan berniat jahat "mala fide". Aktivis PAS telah menjadi jutawan kerana menang bicara terhadap "Akta Tanpa Bicara". Pelik kan?


Selain daripada mencabar keputusan Menteri yang "telah puas hatinya" itu, seseorang tahanan ISA juga boleh menjadikan aspek prosedur penahanan polis untuk tempoh tahanan 48 jam yang pertama sahaja, sama ada manual (Standard Operation Prosedur) penahanan telah di patuhi sebaiknya atau tidak. Alasan teknikal seperti ini amat popular dihujahkan oleh peguam yang tiada modal sangat untuk mencabar dari aspek "Perintah Tahanan oleh Menteri". Selain daripada seksyen 73 ISA yang telah dihuraikan pada bahagian awal penulisan ini terdapat 3 lagi seksyen yang menerangkan tentang prosedur penahanan :-


Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan


74. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain maka sahlah bagi mana-mana pegawai polis untuk:


(a) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;
(b) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 73(1) atau (2);
(c) Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala hal keadaan hal itu, alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini atau terhadap mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa ini dinyatakan dalam Jadual Pertama;
(d) Mengatasi tentangan yang menggunakan kekerasan yang diberikan oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu; atau
(e) Mengelakkan pelarian daripada tangkapan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan hal itu, dan kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut.


(2) Tiap-tiap orang yang ditangkap kerana apa-apa kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberikan amaran dengan jelasnya mengenai kemungkinan dia ditembak jika dia berusaha untuk melarikan diri daripada jagaan.
(3) Kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai polis oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana anggota angkatan keselamatan, dan oleh mana-mana orang yang melaksanakan tugas pengawal atau jaga di dalam sesuatu tempat terkawal, dan oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara am bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis.
(4) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam seksyen 96 hingga 106 Kanun Keseksaan.
Penerimaan pernyataan sebagai keterangan


75. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan suatu penyiasatan polis atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhan atau sebahagiannya adalah jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran mana-mana pegawai polis yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada Inspektor dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai polis lain atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak, dalam penangkapan itu, walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, boleh diterima sebagai keterangan di perbicaraannya dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:


Dengan syarat bahawa:


(a) Tiada pernyataan sedemikian boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang disebut terdahulu:


(i) Jika ternyata pada mahkamah bahawa pernyataan itu dibuat oleh sebab apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan, pada pendapat mahkamah mencukupi, untuk memberi orang itu alasan yang didapati munasabah oleh orang itu untuk menganggap bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau dia boleh mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(ii) Dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberikan amaran dengan perkataan yang berikut yang bermaksud sedemikian:


“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan"; dan
(b) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana dia tidak diberikan amaran jika dia diberikan amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan hal itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut terdahulu telah diberikan kepadanya.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan manamana orang yang dibicarakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada atau tidak prosiding terhadap orang itu telah dimulakan dan sama ada atau tidak pernyataan yang berkaitan telah dibuat sebelum permulaan kuat kuasa itu.


Publisiti perintah


81. (1) Apabila apa-apa perintah atau peraturan dibuat atau arahan atau suruhan diberikan di bawah Akta ini, Menteri atau pihak berkuasa yang lain yang membuat perintah atau peraturan itu atau memberikan arahan atau suruhan itu hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasanya diberikan dengan seberapa segera yang mungkin dengan apa-apa cara yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada pengetahuan semua orang yang pada pendapatnya patut tahu mengenainya, dan perintah, peraturan, arahan atau suruhan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis yang disebut terdahulu telah diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta.


(2) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu notis yang hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang bagi maksud mana-mana seksyen boleh disampaikan dengan meninggalkannya, atau dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang dialamat kepada orang itu, di tempat kediaman atau tempat perniagaannya yang akhir atau biasa.


(3) Mana-mana perintah atau peraturan yang dibuat atau apa-apa arahan atau suruhan yang diberikan di bawah Akta ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dikensel oleh orang yang diberikan kuasa untuk membuat perintah atau peraturan itu atau untuk memberikan arahan atau suruhan itu, tetapi tanpa menyentuh kesahannya sebelum itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kepada kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah atau peraturan baru atau untuk memberikan suatu arahan atau suruhan baru di bawah peruntukan itu.


Kepada anda yang biasa mengikuti perbicaraan di mahkamah, anda mungkin biasa melihat, hanya kerana sedikit ketidakpatuhan elemen kepada perkataan "dan", "atau", "hendaklah", "bolehlah" dan sebagainya yang di ulang beberapa kali dalam susunan ayat-ayat dalam mana-mana Akta Parlimen pun, hal sekecil itu pun boleh menyebabkan seorang peguam berhujah tanpa henti selama 2 minggu dan kes ditangguhkan selama 6 bulan semata-mata untuk menunjukkan bahawa anak guamnya teraniaya.


Siapa pula Ahli Lembaga Penasihat?


Lembaga Penasihat di tubuhkan di bawah Fasal 151(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu :-


(2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.


Jadi jelas kepada kita bahawa bukan calang-calang individu yang layak menganggotai Lembaga Penasihat ini dan kuasa mereka jika tidak pun sama adalah melebihi kuasa Menteri Dalam Negeri. Ahli Lembaga ini juga bukanlah "orang politik" . Oleh itu tindakan mereka haruslah di buat tanpa rasa takut dan pilih kasih demi memikul amanah Allah di muka bumi ini.


Cadangan pindaan ISA


Hanya undang-undang tuhan yang sempurna. Undang-undang ciptaan manusia tetap memiliki kelemahan. Namun sesuai dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang kelihatan mahu meminda ISA, saya mengemukakan beberapa cadangan berikut :-


1. Mungkin kita dapat mengesan satu frasa yang di gunakan dalam seksyen 8 ISA yang mungkin kelihatan agak "diktator" dan "gila kuasa" iaitu frasa "Jika Menteri berpuas hati…". Dicadangkan sedikit pindaan terhadap frasa ayat tersebut kepada "Jika Menteri, selepas meneliti laporan siasatan polis...”. Mungkin struktur baru ayat ini boleh mengelakkan seseorang berdosa kerana memfitnah.


2. Kuasa polis untuk menahan suspek pengganas selama tempoh maksimum 60 hari wajar di pinda kepada 30 hari sahaja.


3. Penahanan suspek pengganas melebihi 48 jam menurut seksyen 73(3)(b) ISA dengan kebenaran Pegawai Polis berpangkat lebih tinggi dari Penolong Penguasa wajar di pinda kepada "dengan kebenaran Majistret" demi untuk mengelakkan salahguna kuasa di pihak polis.


4. Seksyen 5(2) Nota Pesuruhjaya yang di baca bersama seksyen 8 (1) ISA yang di jadikan satu-satunya hujah "tanpa bicara" wajar dimansuhkan atas alasan "kerana mengelirukan" .


5. Seksyen 16 ISA yang tidak mewajibkan Menteri atau Lembaga Penasihat daripada mendedahkan fakta yang difikirkan bertentangan dengan kepentingan Negara memerlukan sedikit pindaan. Pendedahan tersebut perlu dijadikan mandatori dan maklumat berkenaan perlu juga di kawal oleh Akta Rahsia Rasmi.


Kesimpulan


Saya berharap agar tulisan ini dapat membuka pintu hati manusia agar berfikiran rasional dalam tindakan. Fikirkan semula, sama ada berbaloi atau tidak anda turun ke jalan raya pada 1 Ogos 2009 nanti?. Adakah betul persepsi negatif anda terhadap ISA? Adakah anda dihukumkan wajib untuk hanya mempercayai kata-kata retorik segolongan ahli politik yang sedang rakus berkehendakkan kuasa? Adakah anda percaya bulat-bulat pidato berapi seorang yang kempunan menjadi Perdana Menteri? Adakah anda percaya kepada hujah-hujah ratusan barisan peguam yang menentang ISA kerana mereka ini tidak lebih umpama askar upahan professional yang dibayar secara "cash or kind"?


Sedarkah anda bahawa dengan tindakan anda menentang ISA, anda bermaksud menentang kuasa Yang Di Pertuan Agong kerana Baginda lebih berkuasa daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Ingat, polis yang menangkap, Menteri yang mengeluarkan Perintah Tahanan manakala Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa membebaskan tahanan Kemunting lebih awal dari masanya.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan telah menyeru kepada kumpulan Penentang ISA agar jangan berdemonstrasi pada 1 Ogos nanti. Jika demonstrasi diteruskan, maka Ibrahim yang telah dua kali ditahan ISA akan turut turun ke jalan raya menyokong ISA. Kata dua daripada Presiden Perkasa ini perlu di beri perhatian. Jika GMI membatalkan hasrat mereka, kumpulan Tok Him juga akan membatalkan hasrat berdemonstrasi pada hari yang sama.


Sememangnya boleh di hujah dari kaca mata hak asasi manusia, sejuta rakyat untuk berhimpun. Namun hak sejuta rakyat tersebut tidak akan melebihi hak asasi seorang anak kecil untuk bermain-main di taman KLCC selepas seminggu ibu dan bapanya sibuk bekerja.


MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Beliau boleh dihubungi melalui emel: azamaziznco@gmail.com


Penghuni Gua : Tulisan-tulisan yang berkaitan ISA dan juga Habeas Corpus boleh dibaca gi blog PG yang telah dipaparkan sebelum ini. KLIK , dan KLIK. Semua ini ada kaitan dengan ISA. Memang, sesiapa yang ISA tiada perbicaraan adalah mereka yang tak membaca. Hanya mendengar suara ditepi jalan. Satu contoh sahaja :Habeas Corpus bukankah ini juga hak untuk tahanan membuat representasi untuk membela dan membebaskan diri. Lembaga Penasihat pun ada. Prosesnya sama seperti mahkamah . Bukan sesenang cakap nak menahan seseorang pengacau dibawah ISA.

MAAF UTUSAN KEPADA TGNA ! INILAH KELEBIHANNYA !







Penghuni Gua : Tahniah Utusan Malaysia. Inilah kelebihan anda. Jika silap anda mengakuinya dan meminta maaf. Tiada alasan. Inilah kelebihan anda walau pun Utusan dan kami semua ini dikatakan tidak beriman dan bukan ahli syurga.


2. Teruskan dengan peranan anda sebagai suara majoriti bangsa Melayu. Ini adalah sebahagian dari cabaran dan dugaaan. Tidak ada suatu yang mudah dalam perjuangan. Utusan sudah berjuta kali mengalami keadaan yang lebih teruk dari ini. Tetapi ia terus relevan dengan bangsa Melayu.

3. Seburuk-buruk Utusan, ada juga nak minta maaf. Seburuk-buruk Utusan , adalah lebih baik dari Harakah dan Suara Keadilan. 2 akhbar ini termasuk Roket penuh dengan cacian, maki hamun fitnah . Itu sahaja. Semua akhbar ini ( kalau layaklah dipanggil akhbar ) hanyalah akhbar lalat. Biarkanlah.

4. Hidup Utusan .

PETA PELAYAR