FOLLOWERS

Monday 31 August 2009

KUIL SEKSYEN 23 : PR MULA CUCI TANGAN !





Kerajaan Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kerajaan Selangor mula cuci tangan.

2. Ini isu besar. Kerajaan negeri tidak boleh cuci tangan dengan hanya membiarkan MBSA dan PKNS berbincang dengan penduduk dek 23 Shah Alam bagi menyelesaikan isu ini.

3. Ini bukan kuasa para pentadbir kerajaan di peringkat berkenaan tetapi adalah tugas serta tanggungjawab kepada semua pemimpin tertinggi kerajaan Selangor yang wajib terlibat. Jangan anda cuba cuci tangan dan akhirnya pegawai-pegawai kerajaan ini pula dipersalahkan nanti. Andalah yang meluluskan pembinaan kuil ini mengapa mengarahkan MBSA dan PKNS menyelesaikannya.

4. Mana Xavier, Mana Khalid Samad, mana perginya YB Rodziah. Mereka inilah yang bertanggungjawab meluluskan kuil ini. Mengapa mereka ini melarikan diri dan tidak berusaha menyelesaikannya?

5. Kepada PG senang sahaja. Lihat pelan Struktur asal Shah Alam yang telah diwartakan apabila Shah Alam dibangunkan dahulu. Adakah di dalam pelan struktur tersebut ( yang telah dipamerkan kepada orang ramai untuk sebarang bantahan dan sebagainya ) terdapat rancangan bagi pembinaan kuil di seksyen 23 tersebut. Shah Alam adalah bandar terancang. Sebarang pembinaan dan pembangunannya adalah misti mengikut pelan struktur yang telah diluluskan.

5. Jika ada pindaan seperti ingin di masukkan pembangunan seperti pembinaan kuil yang asalnya tiada di dalam pelan struktur tersebut, maka kerajaan hendaklah menghebahkan kepada orang ramai dan mempamerkan semula perubahan kepada pelan struktur tersebut. Jika ada bantahan maka ia misti di tolak. Inilah yang dinamakan pelan struktur. Ia diwartakan.

6. Jadi pada pengetahuan PG, kuil tersebut tidak ada di dalam pelan struktur asal Shah Alam. Jadi jika ingin dibangunkan juga kuil berkenaan maka langkah pertama yang sepatutnya dilakukan oleh exco yang terlibat jika beliau cerdik ( Xavier ) ialah dengan mempamerkan cadangan pembinaan kuil ini bagi mendapat pandangan penduduk Shah Alam.

7. Apa yang berlaku ialah kerana kebodohan exco ini yang meluluskan pembinaan kuil ini di kawasan penduduk Melayu tanpa mengikut pelan struktur asal Shah Alam telah mengundang isu kuil ini menjadi hangat.

8. Isu kuil ini bukan isu perkauman sebenarnya. Ia hanya pembuat keputusan telah bertindak bodoh dengan meluluskan isu sebsar itu secara bersaorangan tanpa mengikut undang-undang.

9. Jadi kepada semua pihak yang terlibat : di cadangkan agar ikut pelan strukut asal Shah Alam. Jika nak ubah pelan ini ikut prosedur asal. pamerkan dan setelah lulus diwartakan. Bukan bertindak bodoh seperti yang dilakukan oleh exco berkenaan.

10. Keduanya : Kecil sangatkah Shah Alam dan tiada tanah lain lagikah yang perlu sangat dibina kuil berkenaan sehinggakan bersebelahan dengan masjid? Shah Alam tiada tanah lagikah. Tiada ada lagikah cara lain agar pembinaan kuil ini dijauhkan sedikit dan paling baik di kawasan yang ramai dengan penganut Hindu. Dua-dua pihak menang. Mengapa asyik memilih kawasan yang boleh mengundang kontrovesi? Tak ada otakkah pemimpin PR Selangor ini?

11. Setelah jadi isu, mereka mencuci tangan! Inilah contoh kerajaan yang baik agaknya! Isu sebasar ini yang boleh mencetuskan bencana hanya diserahkan kepada pihak MBSA dan PKNS untuk dicucikan. Bodohnya kerajaan ini. Bagaimana mereka ini berfikir agaknya!

HAPUS KAUM DALAM BORANG : APA LAGI NAK HAPUS SELEPAS INI ?





KUANTAN 30 Ogos - Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini hari ini meluluskan deklarasi menuntut sekeras-kerasnya supaya kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam semua borang rasmi kerajaan.

Deklarasi itu turut mendesak kerajaan supaya pemansuhan Pembelajaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat serta-merta iaitu bermula sesi persekolahan tahun hadapan tanpa perlu menunggu sehingga 2012.

Ia turut mendesak supaya bahasa Melayu kembali dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti di institusi pengajian tinggi awam dan swasta manakala sastera dan sejarah dijadikan mata pelajaran wajib di semua peringkat pengajian serta aliran.

Deklarasi dikenali sebagai Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur itu dibentangkan oleh Ketua Satu Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Datuk Tengku Alaudin Tengku A. Majid pada hari terakhir seminar di Taman Budaya di sini sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52, esok. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG setuju dengan deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang menegaskan bahawa kerajaan jangan sesekali melaksanakan penghapusan ruangan kaum di dalam borang resmi kerajaan. Jika dihapuskan maka hilanglah jati diri sesuatu bangsa.

2. Apa lagi yang hendak kita hapuskan. Jika ini dihapuskan yang akan rugi ialah orang Melayu dan Bumiputra. Tanah Melayu sudah hilang menjadi Malaysia, Bahasa Melayu hampir hilang, Dasar ekonomi Baru hampir hilang dengan liberisasi. Apa lagi yang tinggal.

3. Adakah kerajaan selepas ini akan melayan pula desakan agar kaum india dan cina akan diberikan taraf bumiputra pula selepas ini?

4. Patuhilah perlembagaan negara. Di dalam perlembagaan hanya disebutkan bangsa Melayu dan Bumiputra termasuk Sabah dan Searawak sahaja. Tidak ada kaum lain yang disebutkan. Bacalah kata-kata bekas YAA Hakim baru-baru ini. Tiada bangsa lain yang disebut di dalam perlembagaan kecuali bangsa Melayu, Bumiputra Sabah dan Serawak.

5. Apa maknanya itu. Jangan sesekali terlalu mudah merungkai sesuatu perkara yang menjadi asas kepada pembentukkan sesuatu negara. Ia satu tindakan yang amat bahaya dan memberi impak yang besar dalam jangaka panjang dan akan dikutuk oleh anak cucu kita nanti.

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : PAKATAN JAHAT ( KES )

Akta Keterangan
(Pakatan jahat)
Ringkasan Terjemahan kes Liew Kaling [1960] 1 MLJ 306

Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq


Fakta

Pembicaraan bersama lebih dari satu tuduhan membunuh adalah tidak diingini (dalam kes ini satu pembicaan dijalankan untuk pembunuhan 3 orang perempuan). Ayat didalam seksen 10 Akta Keterangan tidak boleh digunakan dengan meluas untuk memasukkan kenyataan seorang yang melakukan pakat jahat tanpa kehadiran keterangan rakan pakat jahat lain dengan hanya merujuk perbuatan lepas setelah ianya selesai dilakukan. Kes Mirza Akhbar v King Emperor 67 IA 336,338 adalah terpakai. Ianya terpulang kepada juri untuk membuat inferen (inferen tertuduh bersalah) dari cebisan-cebisan keterangan tertentu, tetapi penjelasan hendaklah dilakukan sebelum inferen sah dibuat dan 2 perkara mestilah dipatuhi :

i. Ianya mestilah mengambil kira semua fakta-fakta dan
ii. Ianya mestilah inferen munasabah kepada fakta-fakta yang diambil kira ini.

Dalam kebanyakan kes tidak perlu memberi inferen ini kepada juri tetapi dalam kes ini dimana keterangan pendakwa kekurangan fakta-fakta utama dan juri dikehendaki membuat satu inferen sukar maka adalah selamat jika panduan akan prinsip-prinsip terpakai dijelaskan. Dalam kes jenayah beban adalah kepada pendakwa untuk membuktikan tertuduh bersalah atas tuduhan yang dikenakan atau tuduhan lain yang boleh secara sah tertuduh disabit dengan kesalahanya. Ujian `terbukti` adalah ujian bagi orang yang waras `berdasarkan keadaan sesuatu kes tertentu`. Adalah tidak dingingi kandungan seksen 3 akta keterangan dibaca kepada juri. Juri hanya perlu berpuas hati `diluar keraguan munasabah`. Tidak ada set formula diperlukan (diluar keraguan munasabah). Darjah pembuktian ` tidak perlu sampai kepada kepastian (certainty) ,tetapi ianya mesti membawa darjah yang tinggi kepada kemungkinan. Pembuktian diluar keraguan munasabah bukan bermaksud pembuktian diluar sebarang bayang keraguan…Jika keterangan bagitu kuat kepada seseorang dan hanya meninggalkan kemungkinan bagitu kecil (remote possibility) dan boleh diketepikan dengan ayat `tentunya mungkin, tetapi sangat kurang kemungkinan` kes tersebut dengan itu adalah terbukti dengan sebagai diluar keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) dan tidak kurang dari tahap tersebut.

Penghakiman

Thomson CJ:

3 orang perayu (tertuduh) telah disabitkan salah kerana membunuh dibawah seksen 302 KK dan membuat rayuan. Rayuan telah dibenarkan pada 23 Nov. Sebelum penjelasan lanjut keputusan dari kes Chew Ming V PP [1960] MLJ 11dirujuk dimana Lord Hewart menyatakan dalam kes Rex v Davis [1973] 3 ALL ER 537 bahawa pembicaraan bersama lebih dari satu tuduhan membunuh adalah tidak dingini. Walau bagaimanapun perkara ini tidak dijadikan sebab dalam rayuan yang dibuat. Fakta kes bolehlah diringkaskan seperti berikut : tiga orang perempuan yang disebut dalam pertuduhan telah ditikam mati dan mayat mereka dijumpai diliputi dengan sampah didalam sebuah telaga. Mereka bertiga perempuan sihat/berupaya dari kelas buruh dan munasabah difikirkan pembunuhan dilakukan pada tempat dan masa yang sama tetapi memerlukan lebih seorang pembunuh. Adalah juga munasabah difikirkan seorang dari perempuan ini memiliki wang yang agak banyak dimana ketiga-tiga mereka pergi ketempat berhampiran dimana mayat dijumpai untuk membeli bijih timah yang dicuri bagi tujuan dijual semula. Persoalan yang paling sukar adalah samada terdapat keterangan yang membabitkan ketiga-tiga mereka adalah bersalah dalam membunuh ketiga-tiga perempuan tersebut. Bagi persoalan keterangan ianya semata-mata bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan dan boleh dirujuk sebagai keterangan ini mengejutkan/anih (overwhelming).

Keterangan terhadap tertuduh pertama( Liew).

i. Keterangan dari murid sekolah berumur 13 dan 16 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang mati. Kedua mereka menyatakan malam sebelum emak mereka dibunuh Liew dan tertuduh kedua Boo berbual dengan emaknya. Murid berumur 13 tahun tidak memberi apa-apa keterangan tetapi kanak-kanak berumur 16 tahun menyatakan dia mendengar Boo menyatakan kepada emaknya terdapat 800 paund bijih timah curi di kg. Peng Soon (berhampiran tempat mayat dijumpai) dan meminta emaknya membawa wang yang difikirkan untuk membelinya.

ii. Keterangan dari isteri Mr. Lee iaitu anak seorang lagi perempuan yang dibunuh menyatakan pada tegahhari pembunuhan berlaku Liew bersama dengan tertuduh ketiga Foo datang berjumpa suaminya. Foo mandi dan mencuci pakaian dan makan dirumahnya. Keterangan ini telah disokong oleh suaminya sendiri. Tiga hari kemudian tertuduh pertama (Liew) telah ditangkap dan wang $22.10 dijumpai. Duit ini terdapat kesan darah dan pemereksaan makmal mengesahkannya adalah darah manusia. Sebaik saja ditangkap beliau telah memandu pasukan polis dan atas maklumat dari ini pihak polis telah memjumpai parang didalam kolam kira-kira setengah batu dari tempat kejadian pembunuhan. Parang ini terdapat kesan tetapi tidak ada bukti konklusif ianya adalah darah.

Keterangan terhadap tertuduh kedua ( Boo).

i. Keterangan dari murid sekolah diatas yang melihat tertuduh pertama dan kedua datang berbual dengan emaknya terdapat timah yang dicuri di kg. Peng Soon.

ii. Keterangan dari seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak seorang lagi perempuan yang dibunuh. Saksi ini menyatakan telah berjumpa dengan tertuduh kedua dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali pada tengahhari hari kejadian pembunuhan berlaku. Pada masa itu dia melihat Boo menunggang sebuah basikal dan menolak sebuah basikal lain yang beliau cam adalah kepunyaan emaknya yang telah dibunuh. Apabila ditanya Boo menyatakan dia hendak membawa ke Balai Polis dan saksi ini terus mengambil basikal itu semula. Beberapa lama kemudian Boo telah ditangkap dan beliau telah memandu pasukan polis ketempat kira-kira setengah batu dari tempat kejadian dan menjumpai sebilah mata gunting ( dari dua bilah mata gunting) . Bilah ini tidak terdapat sebarang kesan.

Keterangan tertuduh ketiga (Foo).

i. Keterangan dari Mr.Lee dan Isterinya bahawa tertuduh pertama dan Foo datang kerumahnya mandi,mencuri pakaian dan makan bersama.

ii. Isteri Mr. Lee seterusnya menyatakan beberapa hari kemudian (kemungkinan 14 May) Foo telah datang sekali lagi kerumahnya. Foo telah bertanya isteri Mr.Lee adakah sesiapa telah ditangkap. Isteri Mr. Lee menjawab seorang lelaki yang sedang menolak sebuah basikal. Foo berkata itu adalah Boo dan seorang lagi lelaki bernama Soh Chee yang `berkongsi` ( difikirkan bertangggunjawab membunuh bersama-sama) dan dua orang ini telah menjemputnya untuk turut serta. Isteri Mr. Lee telah memarahinya dan pada masa suaminya telah datang. Tidak lama kemudian polis sampai dan menangkapnya. Keterangan ini juga disokong oleh suaminya. Kedua-dua saksi ini nampaknya curiga terhadap Foo dan telah menghubungi pihak polis. Foo juga telah memberitahu dia tidak ada `share` dalam pembunuhan tetapi Liew,Boo dan seorang lagi lelaki bernama Soh Chee.

Liew semasa pembelaan menyatakan dia telah melintasi tempat kejadian dimana dia berjumpa dengan seorang bernama Soh Chee yang diselaputi dengan darah dan mengugutnya dengan parang. Dia telah ditawarkan $25/- (difikirkan untuk membawa keluar parang). Dia lalu mengambil parang dan duit. Dia telah membuang parang kedalam kolam dan menyimpan duit.

Boo pula menyataka dia telah melintasi tempat kejadian dan berjumpa sebuah basikal yang ditinggalkan. Dia mengambilnya untuk dibawa ke balai polis. Dia telah melepaskan basikal tersebut apabila ditahan oleh seorang murid sekolah dan semasa itu sebilah mata gunting terjatuh dari basikal. Dia mengambil dan melihatnya tidak berguna dan lalu membuangnya.

Foo pula hanya memberi keterangan yang mengandungi 15 patah perkataan ` Heaven knows I did not commit the murder. That is all I wish to say` (Tuhan tahu saya tidak melakukan bunuh. Itu saja yang ingin saya katakan). Yang anihnya juga dia tidak disoal balas.

Keterangan yang ada pada Foo hanyalah selepas kejadian tertuduh bersama dengan tertuduh kedua dan mempunyai pengetahuan mengenai pembunuhan..Tidak ada pengakuan darinya. Dengan menimbang tertuduh dan saksi lain yang tinggal bersama dalam satu komuniti kecil dengan perempuan yang mati adalah tidak mengejutkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang apa yang telah berlaku. Juri juga tidak dipandu arah sewajarnya dan dengan itu sabitan diketepikan.

Bagi tertuduh pertama dan kedua. Mereka dijumpai bersama selepas kejadian pembunuhan tidak boleh dikatakan terdapat pakatan jahat antara mereka dan tertuduh ketiga didapati mempunyai pengetahaun tertuduh pertama dan kedua melakukan pembunuhan tidak boleh dikatakan mempunyai pakatan jahat ketiga-tiga mereka dan pakatan jahat sebegini tidak boleh diterima dibawah seksen 10 Akta Keterangan. Keterangan terhadap Liew dan Boo juga tidak kuat.

* ringkasnya didapati bersama selepas kejadian bukan bermaksud terdapat pakatan jahat.
_____________________________________________________________________

Seksen 10 Akta Keterangan

10. Things said or done by conspirator in reference to common design
Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.ai pengetahaun tidak boleh dikatakan mempunyai pakatan jahat ketiga-tiga mereka dan pakatan jahat tidak bol


Saturday 29 August 2009

PEGUAM TAK AMANAH DIPENJARA : APA PERANAN MAJLIS PEGUAM ?



Berita Harian

28 ogos 2009


Peguam tak amanah kena 5 tahun, sebat



AMPANG: Selepas 14 tahun dibicarakan, seorang peguam akhirnya dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM100,000.

Hakim Noradidah Ahmad membuat keputusan berkenaan ke atas R Chandrasekaran, 48, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah. Bagaimanapun, Noradidah membenarkan hukuman penjara dan sebatan itu ditangguhkan sementara bagi memberi laluan Chandrasekar memfailkan rayuannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Banyak lagi kes begini berlaku dan terus berlaku dan dilakukan oleh peguam walaupun bukan semua.

2. Ia boleh dikatakan menjadi sinonim dengan masyarakat apabila membicarakan tentang peguam dan profesion mereka. Pecah amanah. salahguna kuasa dan berbagai penipuan lagi yang dilakukan oleh gulungan ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah kepada bidang ini.

3. Apa peranan Majlis Peguam dalam hal ini? Perkara ini sudah lama berlaku. Sejak dari negara ini merdeka lagi. Ramai juga yang terlepas atas kepintaran mereka membelitkan undang-undang yang ada.

4. Tidak nampak langsung peranan yang dimainkan oleh Majlis ini selain dari menyiasat dan mengantung lesen guaman ahli mereka . Itu sahaja. Langkah jangka panjang langsung tidak ada bagi membendung masalah ini.

5. Majlis peguam lebih sibuk dengan perkara-perkara lain seperti politik tetapi peranan utama mereka bagi menjadi kredibilti ahli dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat langsung tidaak dipedulikan.

6. Juga apa peranan Majlis ini dalam memberikan nasihat serta pendidikan kepada ahli mereka serta peranan majlis sendiri dalam mengatasi masalah kes tertangguh yang berjumlah berjuta-juta disetiap peringkat mahkamah. Juga apa peranan majlis ini terhadap ahli mereka yang sebahagian besarnya menyebabkan kes keerap kali ditangguhkan. Mengambil banyak kes mahkamah dalam satu masa dan kemudian menangguhkannya dengan alasan terikat dengan mahkamah lebih tinggi.

7. Inilah diantara putar belit para peguam dalam mengejar untung. Jadi apa peranan Majlis? Adakah Majlis ini hanya jadi bisu dan pekak di atas semua isu yang melibatkan peguam ini? Adakah majlis ini kelihatan sibuk dengan isu lain dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian dari masalah yang melanda Majlis peguam dan ahlinya yang tidak cekap?

8. Majlis Peguam mungkin boleh memperbodhkan sebahagian dari rakyat Malaysia. Tetapi bukan kami. Dalam isu calun PRK Permatang Pasir Majlis Peguam begitu sibuk campurtangan. Tetapi dalam kes yang lain hanya senyap membisu.

9. Sudahlah Majlis Peguam. Anda pun seperti sesumpah juga. Hipokrit. Sebagaian peguam pula hanya sibuk mensensasikan isu dan juga terlibat dengan demo haram bagi mempopulakan firma masing-masing. Kemudian bila sudah terkenal maka semuanya diam. Peguam baru pula sambung dengan cara dan kaedah yang sama.

10. Menyampah.

JUDICIAL EVALUATION OF CIRCUMSTANTIAL EVIDNCE


Penilaian kehakiman
Keterangan berdasarkan keadaan
(Judicial Evalution of Circumstantial Evidence).



Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq

Pendekatan keputusan kes-kes di England sekian lama di jadikan set prinsip peraturan dan di akui (settles laws). Perkara ini diterima oleh mahkamah di Malaysia, Singgapore, India dan juga Sri Langka.

Kes yang mengepalai adalah R v Exall (1866) 4 F &F 992 yang menyatakan

“telah dikatakan keterangan berdasarkan keadaan adalah satu rantaian , dan setiap cebisan keterangan mestilah dihubung kepada rantaian berkenaan. Jika salah salah satu rantai tersebut tidak bercantum maka rantaian akan terputus. Tali yang lebih banyak adalah cukup kekuatan untuk menerima beban. Bagitu juga keterangan berdasarkan keadaan adalah hasil kombinasi dari keadaan-keadaan apabila dikumpulkan akan menerbitkan satu kesimpulan tertuduh bersalah.”.

Pada kes di India, Gambhir V State of Maharashtra [1982] 2 SCC 351 Mahkamah Agong menyatakan untuk menerima keterangan berdasarkan keadaan mahkamah hendaklah berpuas hati kepadaa 3 ujian :

i. Keterangan berdasarkan keadaan di mana inferen kesalahan hendak dibuat mestilah terbentuk dengan kuat dan kukuh ( cogently and firmly established ).
ii. Keterangan berdasarkan keadaan tersebut mestilah mempunyai kecenderungan pasti , tiada kesilapan menunjukkan kearah kesalahan tertuduh.
iii. Keterangan berdasarkan keadaan tersebut apabila dikumpulkan , sepatutnya membentuk satu rantaian lengkap dan tiada pilihan untuk dibuat kesimpulan, berdasarkan kepada kemungkinan manusia biasa, jenayah telah dilakukan oleh tertuduh dan bukan orang lain.

Nota : Kekukuhan keterangan berdasarkan keadaan biasanya datang dari beberapa keterangan berdasarkan keadaan yang konsisten (selaras) di mana semuanya menunjuk satu kesimpulan di mana setelah ditimbang semua keterangan berdasarkan keadaan itu mahkamah menentukan kesalahan tertuduh.( ianya mestilah konsistant dengan kesalahan tertuduh ).

Seksen 6 dan 5 adalah dirujuk kepada keterangan berdasarkan keadaan dan seksen 6 hingga 16 adalah contoh terkemuka mengenai keterangan berdasarkan keadaan.

Penghuni Gua : SEmuga semua pelayar dan pelajar mendapat menafaat dari nota kuliah undang-undang ini. Bacaan tambahan adalah perlu kepada semua pelajar kerana ini hanya nata ringkas.

Friday 28 August 2009

ISTERI KEDUA ROHAIZAT : MANA PERGI PAS ?


Malaysiakini


'Terima Rafizah isteri kedua atau cerai'
author_photo("Abdul Rahim Sabri")
Abdul Rahim SabriOgos 28, 0911:55am



Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut Rohaizat Othman, bekas calon BN di Permatang Pasir, agar menyelesaikan isu anak perempuannya Rafizah dengan pemimpin Umno itu. Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.

"Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal. "Kita boleh berbincang cara keluarga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mana PAS , atau Mahfuz dan Nasaruddin Tantawi yang sebelum PRK Permatang Pasir begitu prihatin untuk membela isteri kedua Rohaizat. Mereka kata ikhlas nak bantu. Sekarang senyap aje.

2. Adakah anda semua munafik! ? Hanya mengeksploitasi wanita dan isu rumahtangga untuk mencapai kemengangan dalam PRK?

3. Mana keislaman yang anda tunjukkan dan katakan ikhlas membela wanita?

4. Bapa isteri kedua Rohaizat terkontang kanting dalam menguruskan dan selesaikan hal anaknya bersaorangan. Mana ketuas Dewan Ulama PAs yang sebelum ini mendedahkan dan katanya bertujuan membela wanita yang teraniaya. Belalah sekarang.

5. Tapi PG percaya wajah munafik tetap munafik. Inilah wajah sebenar mereka.

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : KETERANGAN TERBAIK !



kuliah undang-Undang :Peraturan keterangan terbaik –sejauhmana Peraturan terbaik dipakai di Malaysia kini.


Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq

Keterangan terbaik

Bermaksud jika ada dua cara untuk membuktikan satu perkara dan satu cara adalah lebih kukuh dari cara yang satu lagi ,maka cara yang lebih kukuh hendaklah dipakai.

Keterangan berdasar keadaan tidak boleh dipakai sekiranya terdapat keterangan terus. Keterangan bahawa satu pihak telah membenarkan satu perkara , maka keterangan dari pihak yang membenarkanya hendaklah dipanggil bukan pihak lain sekiranya ada. Oleh kerana itu keterangan yang hendak dikemukakan adalah keterangan terbaik yang tersedia.

Ciri keteragan terbaik telah berlaku pada sekitar tahun 1699- 1700 (kurun ke 16 dan 17). Dalam kes Ford V Hopkins Hakim Ho It berkata

“ bukti terbaik sesuatu benda yang boleh diusaha diperlukan”(the best proof that the nature of thing will afford is only required) bermaksud hanya keterangan paling baik dapat diusahakan diperlukan.”

Pemakaian prinsip terkemuka dalam sejarah berlaku dalam kes Omnychund v Barker [1974] 26 E.R 15 (ch) di mana Lord Hardwicke berkata

“Hakim dan orang yang waras dalam undang-undang telah membuat satu peraturan umum keterangan – keterangan terbaik satu kes akan di terima/dibenarkan”.

Nota : Pada kurun ke 18 peraturan umum menolak keterangan dengar cakap, keterangan secondary dokumen , dan pembuktian dokumen melaui saksi yang tidak layak. Peraturan juga menolak keterangan dengar cakap sekiranya keterangan terus tersedia. Peraturan keterangan sebenar (Real evidence) adalah keterangan fizikal/objek hendaklah dikemukakan dan pendapat pakar mengenai tulisan dalam dokumen hanya boleh diterima sekiranya penulisnya tidak dapat hadir di Mahkamah.

Peraturan masa kini (working rule).

Peraturan masa kini dapat dilihat dalam dua kes berikut :

Chenie v Watson [1797]

– keterangan lisan mengenai alat pengukur ditolak oleh kerana alat pengukur itu sendiri tidak dikemukakan.

Williams V East India Co [1802] 3 East 192

– tuntutan ganti rugi dibuat kerana kapalnya rosak apabila dimasukkan kargo senang terbakar tanpa memberi notis. Orang yang menerima kargo tidak dapat di panggil kerana telah mati, walau bagaimanapun keterangan berdasarkan keadaan digunakan dan berjaya dikemukakan. Tuntutan telah diketepikan oleh kerana plaintiff gagal memanggil pegawai yang memasukkan kargo tersebut ke dalam kapal.

Peraturan ini telah mendapat kepentingan di England seawal tahun 1939 apabila hakim di England berkata

“adalah jelas pada setiap orang, jika keadilan hendaklah dilakukan – langkah berjaga-jaga tertinggi hendaklah diambil untuk melihat hanya keterangan terbaik yang tersedia dikemukakan di mahkamah”.

Pada kurun 19 , doktrin yang dipakai dalam kes Chenie dan Wiliam tidak lagi dipakai.

Peraturan semula dilakukan dalam kes Garton v Hunter [1969] 1 ALL ER 45 apabila Lord Danning berkata

“Peraturan dulu telah lama berlalu . Peraturan itu seperti jika dokumen asal disimpan oleh seseorang, dokumen itu hendaklah hendaklah dikemukakan oleh orang tersebut dan dokumen mestilah yang asal bukannya salinan. Tetapi masa kini kita tidak boleh terbatas (confine) kepada keterangan terbaik. Kita menerima (admit) semua keterangan relevan dan menimbangnya (weight) baik atau buruknya dan bukan aspek kebolehterimaan (admissibility)”

Dalam kes Kajala v Noble [1982] 75 Cr. Ap. R 149 hakim tidak bersetuju dengan peraturan di atas (Lord Danning). Seorang lelaki telah dituduh memecah keamanan dan keterangan dari salinan pita video telah digunakan untuk mengecam tertuduh. Hanya salinan pita video digunakan sedangkan filem asal yang tersedia tidak dikemukakan. Mahkamah memutuskan salinan pita video demikian tidak boleh diterima.


Dalam kes Wayte [1983] 76 Cr. App. R 110

– 3 tuduhan dibuat kerana bersubahat melakukan pemalsuan. Dokumen fotostat diterima sebagai keterangan dengan alasan dokumen asal telah hilang. Diputuskan dokumen fotostat tidak boleh diterima sekiranya perjelasan memuaskan tidak dapat diberikan mengapa dokumen asal tidak dapat dikemukakan. Keputusan ini menolak kes Garton.

Dari kes-kes di atas menunjukan peraturan terbaik mula tergugat di England.

Sejauh mana pemakaian Peraturan Keterangan terbaik di Malaysia.

Bermula seawal tahun 1936. Dalam kes How Chien V PP [1936] 1 JLR 114.

Tertuduh diketepikan sabitan kerana memiliki 40 paket rokok yang di seludup. Keputusan dibuat kerana pendakwa gagal mengemukakan keterangan sebenar (real evidence) di Mahkamah. Sekiranya tidak praktikal pendakwa hendaklah mengemukakan sebahagian darinya, gambar atau keterangan lain yang membekalkan mahkamah ianya telah diperolehi secara wajar. Untuk menyokong keputusannya hakim telah merujuk kes di England The Princess Julia [1936] 155 1 Times Rpt.263 yang berbunyi

“ it is clear to everybody that if justice to be administered ,the greatest precautions must be taken to see that the best evidence available to be presented to court”

( adalah jelas pada semua orang, jika keadilan hendak dilakukan, langkah berjaga-jaga tertinggi hendak diambil untuk melihat hanya keterangan terbaik yang tersedia dikemukakan di mahkamah).

Dalam kes Chai Ah Son v R [1954] MLJ 217

– adalah tugas pendakwa untuk mengemukakan keterangan terbaik. Dalam kes ini beberapa saksi dan dokumen pengakuan tertuduh yang terlibat dalam kes memiliki arak yang diseludup tidak dikemukan oleh pendakwa. Hakim berkata seperti berikut :

(Whether or not an accused person has confessed it remains the duty of the prosecution to place all the material evidence before the Court with the proviso that they are not compelled to call witnesses whom they have good reason to think are not witnesses of truth or are likely to be hostile; and when such witnesses are not called they should usually be offered for cross-examination unless there is some good reason for not doing so.)

(Samada tertuduh membuat pengakuan salah atau tidak, ianya masih tugas pendakwa untuk memberi semua keterangan material kepada mahkamah dengan syarat pendakwa tidak dipaksa untuk memanggil saksi memberi keterangan yang dipercayai tidak benar atau menjadi tidak memihak. Jika saksi ini tidak dipanggil ianya hendaklah tawarkan untuk pemereksaan balas kecuali pendakwa ada alasan yang baik untuk tidak berbuat demikian]


Chow Siew Who v PP [1967] 1 MLJ 228 FC

– mahkamah persukutuan mengenepikan sabitan tertuduh atas kes bunuh kerana kegagalan pendakwa mengemukan keterangan terbaik iaitu kenyataan simati yang dirakam dan kenyataan pengistiharan kematian (dying declarations ) yang dibuat oleh simati kepada pegawai penyiasat.

Fakta kes :

Pada 7/5/66 jam 8.30 malam simati meninggalkan tempat kerjanya bersama dengan 3 rakan yang lain dan tiba-tiba telah ditikam oleh seorang lelaki berbaju merah yang terus meninggalkan tempat kejadian. Jeritan mangsa telah menarik perhatian majikannya Chong dan Phang. Chong telah melihat lelaki berbaju merah melarikan diri. Walau baimanapun tidak seorang pun dari mereka dapat mengecam indentiti lelaki berbaju merah. Simati juga tidak memberi sebarang indentiti penyerang apabila ditanya oleh Chong.


Mangsa telah dimasukkan ke hospital dan pada keesokan harinye telah memberitahu kepada pakcik dan abangnya bahawa penyerang adalah tertuduh. PakCiknya mendakwa tidak mengenali tertuduh tetapi abangnya mengenali tertuduh. Walau bagaimanpun lapuran mengenai indentiti tertuduh hanya dirakam oleh pegawai penyiasat pada hari kesembilan selepas kejadian dan mangsa meninggal dunia pada hari ke sepuloh.

Semasa pembicaraan kenyataan mangsa yang dirakam oleh pengawai penyiasat tidak dikemukakan sebagai keterangan dan hanya dikemukakan adalah keterangan dari Pak Cik, abangnya, Chong ,Phang dan 3 rakan simati. Tertuduh menafikan ada menyerang simati, dia mengaku ada berjumpa simati jam 8 malam dan selepas itu telah pergi ke hospital untuk rawatan sakit perut. Mahkamah persukutuan memutuskan

“pengeluaran kenyataan simati adalah keterangan terbaik, tetapi tidak dikemukakan dan tidak ada dalam rekod menunjukkan sebab ianya tidak dikemukakan. Oleh kerana kenyataan ini tidak dikemukakan maka keterangan saksi lain adalah kedua terbaik. Oleh itu keterangan mereka adalah terdedah kepada percanggahan (contradiction ) dengan keterangan simati”

PP V Lim Kuan Hock [1967] 2 MLJ 114

– tertuduh dibuang kes diketepikan kerana gagal mengemukakan keterangan terbaik .

Fakta kes .

Tuduhan telah dibuat kerana melakukan rompak besenjata dengan Kong Chye dan 2 yang lain. Keterangan kawad cam telah diterima oleh hakim mahkamah sesyen yang mengendalikan kes ini bahawa tertuduh yang terlibat semasa rompakan. Walau bagaimanapun semasa pembicaraan tertuduh telah mengemukakan keterangan alibi dan mengemukakan seorang saksi bahawa semasa kejadian beliau sepenoh masa bersama saksi tersebut .President mahkamah seysen telah menerima keterangan tersebut dan membuang kes terhadap tertuduh. Rayuan kemudian dibuat.

Diputuskan tertuduh gagal memberi keterangan terbaik (best evidence) alibi . Keterangan terbaik alibi tidak diuji. Kegagalan memanggil Kong Chye untuk ditimbang kebolehpercayaan keterangan alibi tersebut , tertuduh seharusnya disabitkan dengan kesalahan.

( rakan yang melakukan jenayah bersama tertuduh iaitu Kong Chye tidak dipanggil untuk mengesahkan penyataan alibi yang dibuat dan keterangan terbaik tidak diberikan)

Wong Choon Mei & Anor V Dr. Kuldeep Singh [1985] 2 MLJ 373.

Fakta kes.

Wong telah diserang dan dimasukkan ke wad kecemasan hospital besar Kuala Lumpur dan rawat oleh repondant pertama iaitu pegawai perubatan Dr. Kuldeep. Semasa pemereksaan denyutan jantung diambil sebagai 84 dengupan seminit dan mengarahkan 4 gambar x-ray diambil pada siku kanan dan dada. Doktor mengesan terdapat keretakan tulang pada siku dan tidak ada keretakan pada tulang rusuk atau kehadiran cecair (fluid) dalam dada atau abdomen. Ubat penahan sakit diberi, pesakit diarah pulang dan datang dengan segera sekiranya terdapat rasa pening atau muntah atau mengalami sakit perut.

Malangnya selepas 15 jam kemudian Wong telah mati. Sebab kematian adalah kejutan (shock) oleh kerana pendarahan teruk kerosakan limpa akibat keretakan kiri tulang rusuk ke 8 -10 . (pemereksaan doctor sebelum ini tidak ada keretakan pada tulang rusuk).

Perayu telah menuntut ganti rugi atas kecuaian respondent pertama Res Ipsa Loquitor – the things speaks by it self. Respondant menafikan kematian Wong disebabkan kerosakan limpa akibat keretakan tulang rusuk.

Semasa pembicaraan 4 gambar x-ray tidak dikemukakan sebagai keterangan dengan alasan ianya telah hilang dari pejabat rekod hospital. Dalam keterangan lisan doctor tidak mengesan sebarang cecair di dalam dada atau abdomen.

Juru x-ray yang juga pernah melihat 2 dari gambar x-ray sebelum itu juga dibenarkan memberi keterangan dan menyatakan dia tidak melihat sebarang kesan keretakan dan cecair di dalam badan.

Hakim yang mengendalikan kes telah menerima keterangan tersebut .

Rayuan kemudian dibuat kepada Mahkamah Agong. Rayuan telah diterima dan keputusan majority dua hakim.

Pengeluaran 4 gambar x-ray adalah “best evidence”(keterangan terbaik) untuk menentukan samada terdapat keretakan pada tulang rusuk yang menyebabkan kerosakan pada limpa. Keterangan respondent tidak mengemukakan gambar tersebut adalah keterangan secondary. Keterangan secondary tersebut adalah :

i. Kenyataan respondent gambar x-ray telah hilang dari pejabat rekod.
ii. Keterangan juru x-ray yang melihat tiada keretakan pada tulang rusuk kiri dua minggu kemudian.

Samada kedua-dua keterangan secondary ini di terima dengan betul mahkamah telah melihat dari kontek seksen 61- 65.

Kes Ameeronissa Khatoon V Abedoonissa Khatoon [1874- 75] 2 India Appeal 87 telah disebut oleh hakim.

“Untuk keterangan secondary diterima asas yang mencukupi hendaklah diterima iaitu kenapa dokumen asal tidak kemukakan hendaklah di ambil kira secukupnya”.

Merujuk kepada kes ini kegagalan untuk mengemukan 4 gambar x-ray mestilah dijelaskan secukupnya seperti syarat seksen 65(1)(c).Contohnya dengan memanggil pegawai rekod x-ray. Jika pegawai ini tidak boleh hadir, ketidakhadirannya mestilah dijelaskan secukupnya.

Membenarkan keterangan dengar cakap (hearsay) oleh respondent adalah tidak dingini.

Mahkamah seterusnya merujuk kepada Vincent V Cole 173 ER 115 di mana Lord Tenterdem menyatakan

“ Saya bertindak cukup tegas pada peraturan ini : Apa yang ditulis hanya boleh dibukti oleh apa yang tertulis itu. Pengalaman telah mengajar saya, adalah sangat merbahaya untuk mempercayai keterangan saksi walaupun sejujur mana saksi tersebut dalam kontek benda bertulis (dokumen) kerana ianya mudah tersilap. Saya fikir tujuan keadilan adalah menguatkuasa peraturan ini dengan ketat. (maksud disini keterangan saksi mengenai dokumen sangat mudah tersilap kecuali dokumen itu sendiri dikemukakan sebagai keterangan ).

Mahkamah Agong menyatakan kecuali seksen seksen 65 (1)(c) dipatuhi dengan ketat maka barulah keterangan secondary boleh diterima , jika tidak ia membuka pintu belakang untuk “ cover –up”(melindungi) dan menyebabkan ketidak adilan. Dalam kes ini keterangan respondat dan juru x-ray tidak diterima.

Nampaknya dari 3 kes Malaysia di atas , makkamah tidak memberi komen tentang pengaruh prinsip Peraturan Terbaik yang semakin menurun seperti di England. Cuma hakim George Seah membuat satu kenyataan yang mempunyai merit :

Nampaknya, kecuali dalam kes keterangan dokumen, ada banyak perkara boleh katakan untuk diambil ringan (relax) pada pemakaian peraturan keterangan terbaik.

( except in the case of documentary evidence, in other cases there is much to say for relaxing the application of the best evidence rule) .

Peraturan keterangan terbaik masih terpakai pada keterangan dokumen. Cross on Evidence berkata

“Peraturan yang masih tinggal adalah dokumen asal perlu dikemukakan untuk membukti kandungannya dan kegagalannya mestilah dijelaskan. Seksen 64 dan 91 adalah di dasarkan pada Peraturan Terbaik Keterangan dan pada keterangan dokumen ianya mestilah digunakan dengan ketat (lihat seksen 61- 63 ).

Penghuni Gua : Semuga semuanya mendapat menafaat. Kepada pelajar-pelajar undang - undang diharap ianya dapat membantu dan bacaan tambahan adalah wajib dan perlu.

Thursday 27 August 2009

EGM BAGI UNDI TAK PERCAYA UNTUK ONG : SETUJU !




Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat, amat setuju. Segerakanlah kalau boleh.

2. Ada dia pun bukan boleh membawa kebaikan. Buat letih PM dan TPM aje. MCA dah dijahanamkannya . Jika lambat singkirkannya boleh jahanamkan BN pula. Segerakan.

SEBAT KARTIKA 3 : YANG LAIN TOLONG DIAM !



Berita Harian

27 ogos 2009


Hormati keputusan mahkamah syariah: PGSM



KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor. Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip, berkata Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama, dan ia hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.

"Kami menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan pelaksanaan undang-undang syariah," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan beberapa pertubuhan Islam, di sini hari ini.

Kartika, 32, dijangka menjalani hukuman sebat selepas Hari Raya setelah ia ditangguhkan Isnin lalu oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu 20 Julai lalu selepas Kartika mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai, 2008. Mohamad Isa berkata, sesiapa yang tiada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang berautoriti bagi agama Islam. - Bernama

Penghuni Gua : Yang lain tolong diam. Jangan nak campuri hak negeri dan mahkamah syariah. Hukuman ini pun dah kira ringan dari hukum hudud pun .

2. Apa lagi yang bukan islam ( Majlis Peguam ). Tolong diam. Juga Menteri wanita yang tak tahu pun ada peruntukkan sebat dalam Enakmen Syariah Negeri juga tolong diam!

IDRIS JALA DILANTIK MENTERI DI JPM : TAHNIAH !


Malaysiakini


Idris Jala dilantik menteri di JPM
Ogos 27, 09 5:58pm


Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Idris juga dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Prestasi Pengurusan (PEMANDU).Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Koh akan meneruskan tugas merangka dan melaksanakan keseluruhan dasar dan strategi berhubung pengurusan prestasi dan pembaharuan organisasi dengan fokus khusus kepada N-KRA . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG mengucapkan setinggi tahniah kepada CEO MAS kerana dilantik sebagai menteri di JPM.

2. Perlantikan ini adalah satu perlantikan yang amat tepat. Cuma PG berpendapat lebih tepat lagi Idris Jala ini menjaga NKRA dan Koh Tsu koon , lebih sesuai menjaga KPI dan Tan Sri Koh juga sepetutnya yang melapurkan KPI kepada Dato Idris Jala bukan sebaliknya.

3. KPI dbawah Tan Sri Koh tak pernah berjalan. Sekali ketuk sekali berjalan sehingga semuanya PM yang lakukan sendiri. Sudah setahun PM arahkan KPI dibuat dan sepetutnya penilaian KPI dilaksanakan pada bulan Dis 2009. Hampas pun tak bergerak. Dr Koh masih tidor dan asyik sibok minta pemimpin melayu minta maaf dan asyik sibok meminta kerajaan mengampunkan pemimpin parti kominis Malaya Chin Peng.

4. Bab itu Koh Tsu Koon amat pandai. Yang lain tidor.

5. Juga PM sepatutnya meletakkan juga kementerian pengangkutan di bawah Dato Idris Jala . Dengan lain perkataan biar Dato Idris memegang 2 kementerian sekaligus. Harapkan Menteri Pengangkutan buang masa aje. Bergaduh bersama dengan pemimpin MCA pandai le dia, cakap perli orang, kedarah RM 10 juta dan menunjukkan ia bersih seperti malaikat : ini kepandaian Ong Tee Keat.

6. Jadi ada baiknya kemeterian pengangkutan diletak dibawah Dato Idris Jala . lagi pun beliau memang dari MAS dan ada kena mengena dengan Kementerian Pengangkutan. Jadi daripada PM berabihkan duit bayar gaji 2 Menteri yang tak buat kerja , adalah lebih baik digantikan dengan Dato Idris Jala ini. Ada juga faedahnya. Bercakap kurang kerja lebih. Dato Idris ini lebih action dari bercakap.

7. Berbangga lah rakyat Sabah dan Sarawak. Pemimpin anda kerap ke depan dalam membantu kerajaan dalam setiap kali krisis dan terbukti kejayaannya.

8. Ops! !!!!Seorang lagi menteri yang patut diganti : Menteri pembangunan Wanita dan keluarga.

WANITA CINA DIJUMPAI MATI DIKUATERS POLIS ( TERJATUH ?) : SURUHANJAYA BEBAS ?





Berita Harian


27 ogos 2009



Wanita ditemui mati dipercayai terjun di kuarters IPD Kuala Kangsar




KUALA KANGSAR: Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada jam 8 pagi. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya di sini.


Abdul Ghafar berkata, tiada sesiapa yang melihat wanita itu memasuki kuarters dan hanya mengetahui ada seorang wanita terbaring berlumuran darah oleh beberapa penghuni kuarters berkenaan. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh diri, katanya. Punca wanita berkenaan berbuat demikian sedang disiasat. - Bernama


Penghuni Gua : Kematian wanita ini menjadi tekja teki juga kalau nak kirakan. Tak ada pula yang nampak dia masuk dan terjun dari kuartes polis.


2. Cuma nak dengar juga dari pejuang-pejuang haka asasi manusia dan juga dari PKR, DAP dan PAS serta Majlis Peguam: Tak cadang ke satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat wanita ini.


3. Atau hanya cukup sekadar inkues. Jika si Teoh anda semua berdegar-degar nakkan sebuah suruhanjaya bebas. Bagi wanita ini bagaimana?


4. Kita lihat ada ke tidak suara hipokrit ini komen mengenai wanita ini.

SEBAT KARTIKA : YANG LAIN MINTA DIAMLAH !

Utusan Malaysia

27 ogos 2009

Hormati hukuman sebat ke atas Kartika
Oleh NORILA DAUD


KARTIKA Sari Dewi Shukarnor, 32, model sambilan yang dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai telah menggemparkan banyak pihak termasuk media asing.


Hukuman itu dilihat oleh media asing seolah-olah undang-undang syariah yang diamalkan di Malaysia menindas kaum wanita.


Kartika menjadi 'srikandi' dalam kes ini kerana menerima apa sahaja hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya tanpa banyak bicara. Mungkin telah insaf dengan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita Muslim.


Bagaimanapun, keputusannya untuk reda melalui hukuman sebatan itu pada bulan Ramadan telah mendapat simpati daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meminta hukuman itu dikaji semula.


Sejurus kemudian Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus telah memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model sambilan itu.


Bagaimanapun, dalam perkara ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) membuat pandangan tersendiri daripada sudut perundangan terhadap senario kekecohan itu.


Menurut persatuan itu, membuat komen terhadap hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika kerana minum arak di tempat awam boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.


Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berkata, orang Islam sepatutnya mempertahankan martabat Mahkamah Syariah dan bukan memberi komen atau mempersoalkan hukuman yang diputuskan.


Menurutnya, memberi komen terhadap hukuman itu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti hakim di mahkamah berkenaan.


"Jika mahkamah sivil membuat perintah atau penghakiman seumpama itu tidak pula ada orang yang hendak memberi komen," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Beliau menjelaskan demikian berikutan penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika di atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, Isnin lalu. Abdul Rahman mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangguhkan hukuman bagi menghormati Ramadan.


Berhubung penangguhan hukuman itu Musa berpendapat, sepatutnya permohonan menangguhkan hukuman ke atas Kartika kerana menghormati Ramadan dilakukan menerusi mahkamah yang mendengar hujah pihak pendakwa dan Kartika sendiri. PPSM hanya berharap agar perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan keputusan mahkamah tidak boleh berubahubah kerana yang menjadi 'mangsa' dalam kes ini ialah Kartika.


Dalam pada itu Musa berkata, Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Sultan serta kerajaan negeri dan 'orang luar' tidak boleh campur tangan dalam kes berkaitan perundangan tersebut.

Sementara itu, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, Kartika rela disebat dan seterusnya bertaubat. Maka sangat wajar hukuman itu dilaksanakan selepas Ramadan.


Menurutnya, sebatan oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah tidak sama seperti yang dikenakan oleh mahkamah sivil.


"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyebat Kartika telah disensasikan oleh beberapa pihak kerana ia dikenakan terhadap seorang wanita," katanya.


Menurutnya, hukuman itu dilaksanakan untuk memberi pengajaran ke atas Kartika supaya tidak melanggar undang-undang dan mengetahui bahawa minum arak itu adalah haram dalam Islam.


Harlina seterusnya mengajak semua pihak supaya memberi penjelasan dan pendedahan mengenai perkara ini secara jelas kepada masyarakat bagi mengelakkan hukuman sebat itu tidak dilihat sebagai penindasan terhadap wanita Islam.


Bagaimanapun, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula berpendapat, hukuman itu tidak wajar ditangguh atas alasan menghormati Ramadan kerana ia boleh dilakukan di sebelah malam.


Katanya, jika Ramadan menjadi alasan hukuman ke atas Kartika ditangguh, maka semua corak hukuman ke atas pesalah juga perlu ditangguhkan sepanjang bulan ini.


Masalahnya ujar Nakhaie, masih ramai orang Islam yang meragui keadilan agama itu dan bimbang syariat hukum Islam itu dilaksanakan di negara ini.

Penghuni Gua : Disini PG nak mengambil kesempatan sempena Ramadhan ini agar Dato Seri Sharizat berhentilah bercakap dan komen mengenai isu sebat kartika ini. Kalau pakai tudung tu hanya bulan puasa aje tak usah nak cakap lebih lah mengenai isu kartika.

2. Buat dosa aje dan naik menyampah kita semua melihat dan mendengarnya. Kalau dia tak tahu baik diam. Bila ada isu baru nak berkokok. Jika tidak kita pun semua tak tahu kememterian atau menteri ini ujud ke tidak pun tak tahu.

3. Menteri ini hanya cakap ikut musim. Jika ada isu bercakap tak berhenti seperti burong kakatua. Hukuman sebat dalam enakmen Syariah tu pun tak tahu telah dilulus dan di gubal oleh semua Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri. Jadi menteri apa kalau macam tu.

4. Perabih kan boreh ajo.
Menurutnya, anggapan itu masih menebal di kalangan sesetengah orang Islam akibat warisan pemikiran penjajah.

Ujarnya, jika Mahkamah Sivil yang menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pesalah di bulan Ramadan, golongan berkenaan hanya berdiam diri tanda menghormati keputusan itu.

KUASA PEGAWAI MASJID MEMBENTERAS ARAK : DR HASSAN MEMBELAKANGI SULTAN!



Berita Harian

27 ogos 2009

Sultan Selangor mahu penjelasan



SHAH ALAM: Rancangan Kerajaan Selangor memberi kuasa kepada pegawai masjid di negeri ini menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan membabitkan arak, Isnin lalu, dikatakan menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan penjelasan mengenainya.

Difahamkan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertemu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi semalam sebelum mesyuarat Exco. Perbincangan dengan baginda itu dipercayai menyentuh rancangan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memberi kuasa kepada pegawai masjid menahan orang Islam yang minum arak. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nampak sangat tak cerdiknya Dr Hassan Ali dan keseluruhan kerajaan PR Selangor. Inilah jadinya jika buat sesuatu tergesa-gesa dan tidak ikhlas. Hanya kerana politik maka DYMM Sultan pun di belakangi.

2. Mereka ini semua tak sekolah barangkali sehingga lupa bahawa DYMM adalah Ketua Agama Negeri-negeri.

3. Ambillah tahu sikit bidang kuasa masing-masing. Ini PG lihat semua ecxo Selangor baik PKR, PAS apalagi DAP bertindak seperti Maharaja. Sudah setahun memerintah takkan tak tahu lagi bidang kuasa masing-masing.

4. Ini semua terjadi kerana keangkuhan pemimpin PR di Selangor. Malulah. Menyampah pun ada.

Wednesday 26 August 2009

SIVAKUMAR BERONAR LAGI !




IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.

Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injuksi untuk menghalang defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman daripada menafikannya daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalang plaintif daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN. Berita lanjut ; KLIK


Penghuni Gua : Suda-sudah lah Siva. Zaman anda sudah berakhir dengan semua kes di mahkamah yang lepas tidak menyebelahi anda.

2. Cukup-cukuplah. Akurlah dengan kedunguan anda dalam berpolitik dan perundangan. Sudah-sudahlah.

LOKASI RUMAH PENGHUNI GUA MELALUI GOOGLE EARTH

TAMAN JATI BATU BERENDAM

MELAKA

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : PUTUS RANTAIAN KETERANGAN , APAKAH KESANNYA !



Break in the chain of evidence
(what is the effect).



Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq


Peraturan umum : undang-undang adalah jelas, tidak perlu memanggil/mendapat semua keterangan bagi memastikan rantaian keterangan tidak putus. Contohnya seorang pegawai polis yang mengambil satu objek di tempat kejadian jenayah dan telah mengecamnya sebagai objek yang dirampas maka tidak perlu memanggil semua pegawai lain yang mengendalikanya kecuali terdapat keraguan kepada indentiti objek yang dirampas. Adalah dikehendaki pegawai yang merampas menandanya dengan baik sekiranya diperlukan sebagai barang kes dan disimpan di bawah penjagaan yang ketat.

Dalam kes PP V Lim Mung Shaing [1989] 2 CLJ 475

pendakwaan gagal membuktikan rantaian keterangan mengenai barang kes. Sungguhpun undang-undang adalah jelas tidak perlu memanggil semua keterangan, tetapi sekiranya ujud keraguan kepada indentiti barang kes dan kegagalan memberi keterangan perlu akan kesenambungan rantaian keterangan barang kes boleh mengkibatkan kes pendakwa fatal . Dalam kes ini bukan saja keraguan kepada penyewa rumah tetapi juga keraguan kepada indentiti barang kes yang dihantar ke kepada jabatan kimia.

*Teoh Hoe Chye v PP [1987] 1 MLJ 220

- `kegagalan untuk memanggil seorang saksi yang khusus telah memberi jurang(gap) yang berat kepada kes pendakwaan. Dalam kes ini putusnya rantaian keterangan adalah berat mengenai pembuktian indentiti barang kes. Putusnya tersebut sehingga tidak boleh disembohkan melalui sebarang undang-undang.

*Pavone v PP [1986] 1 MLJ 423

`adalah jelas tanggungjawab pendakwa mendapatkan keterangan pakar menjelaskan perbezaaan dadah yang dijumpai oleh pegawai unit penguatkuasa dadah dan ahli kimia. Jika terdapat perhubungan antara candu dan heroin keterangan pakar hendaklah ditanya mengenai perkara tersebut. Ketidak hadiran keterangan tersebut jelas mengakibatkan jurang (gap) jelas kepada kes pendakwaan.

Dalam kes yang berat begini , barang kes seharusnya dibungkus dan dimateri oleh pengawai yang mengendalikan barang kes berkenaan. Barang kes diserahkan kepada ketua polis balai untuk simpanan selamat, tetapi tidak ada tindakan diambil untuk memastikannya iaya tidak diganggu(tempered).

Tidak ada keterangan diberikan di mana barang kes disimpan sehingganya ianya diserah kepada pegawai penyiasat pada tengahhari keesokan harinya. Tidak ada keterangan diberi apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat sehingga barang kes di bungkus dan di meteri. Di samping pendapat berbeza ahli kimia dan pegawai unit penguakuasa dadah, sikap cuai dalam pengendalian barang kes menjadi begitu signifiken dan terjumlah kepada putusnya rantaian keterangan.

*Mohd Osman Bin Pawan V PP [1989] 2 MLJ 110.

Dalam kes yang berat sebegini adalah ditekan sekali lagi I.O tidak boleh mengambil ringan dalam soal penyimpanan barang kes yang boleh meninggalkan jurang kepada kes pendakwa berkaitan rantaian keterangan barang kes . Dalam kes ini pendakwa tidak memanggil pegawai kastam yang mengira barang kes yang dibuat dalam kehadiran perayu, tetapi saksi hanya disedia kepada pihak pembelaan.

Jika kes pendakwaan kekurangan prima facie, tindakan tersebut tidak membawa faedah dan tidak boleh menutup jurang (gap) kepada kes pendakwaan. Dalam kes ini barang kes disimpan bersama dengan barang kes lain. Semua tidak dilebel dan ditanda. Tidak ada daftar barang kes disediakan dan ada kemungkinan tinggi barang kes lain di hantar ke ahli kimia. Keadaan ini lebih mungkin apabila jumlah dadah yang dihantar ke jabatan kimia lebih rendah dari jumlah yang dirampas.

*Shamsuddin Bin Hassan & Anor v PP [1991] 3 MLJ 314

– bertindak di atas maklumat diterima, pada 7.3.86 polis telah mengikuti sebuah kereta Ford dan melihat satu bungkusan dibuang dari kereta. Bungkusan tersebut telah di rampas oleh seorang anggota polis dan anggota polis terus mengejar kereta Ford berkenaan dan berjaya ditahan apabila terlibat dengan kemalangan. Di dalam kereta adalah kedua-dua perayu iaitu sepasang suami isteri dan seorang anaknya berumur 15 bulan.

Pegawai yang membawa barang kes balik ke Balai Polis Changkat pada jam 5 petang sementara pegawai yang menangkap perayu sampai dibalai jam 1 petang. Barang kes diserahkan kepada pegawai penyiasat jam 6 petang. I.O pula menyerahkan barang kes kepada ahli kimia pada 12.3.86. Barang kes yang diserah kepada I.O tidak ditanda.

Tidak ada penjelasan apa yang dilakukan kepada barang kes salama 5 jam sebelum diserah kepada pegawai penyiasat. Diputuskan : terdapat jurang yang berat mengenai rantaian keterangan barang kes dadah yang dibuang dari kereta dan dan barang kes yang dikemukakan di mahkamah. Pada alasan ini sahaja perayu tidak boleh dipanggil untuk membela diri.

*Abdullah Bin Yaacob v PP [1991] 2 MLJ 237

– kegagalan pendakwa memanggil pegawai polis yang menerima dan menyimpan barang kes dari tahun 1985 sehingga 1989 adalah kegagalan berat dalam kontek kes ini.

*Abdul Jalil bin Abdul Satar v PP [1991] 2 MLJ 194

– dalam kes ini perayu telah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dan dihukum mati. Rayuan dibuat bahawa pegawai polis bernama Teh Kok Liang yang menerima barang kes dan menghantar barang kes kepada ahli kimia tidak dipanggil memberi keterangan kerana telah bersara dan tidak dapat dikesan.

Barang kes tidak dapat dicam oleh pegawai yang merampas di tempat kejadian. Diputuskan : membenar rayuan dan mengenepikan sabitan. Pendakwa dalam kes tidak memberi alasan yang sah kenapa penama The Kok Liang tidak dikesan dan apakah usaha yang dilakukan untuk mengesannya.

Kegagalan untuk memanggil saksi ini telah menyebabkan jurang yang berat kepada putusnya rantaian keterangan mengenai indentiti dadah yang dikemukakan di mahkamah.Oleh kerana pendakwa gagal memenohi keperluan ketat dalam pembuktian kes jenayah, rayuan mestilah dibenarkan dan sabitan diketepikan.

Penghuni Gua : Semuga semuanya mendapat menafaat darinya.

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : BILANGAN SAKSI !


Akta Keterangan


Seksen 134 – Bilangan saksi.



Peraturan umum.

Tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan dengan satu cebisan keterangan terus. Dalam hal itu sokongan tidak diperlukan jika keterangannya cukup kuat untuk membuktikan keterangan terhadap tertuduh di luar keraguan munasabah. Lagi pun bukan bilangan saksi yang penting tetapi nilai keterangan yang diberikan. Oleh yang demikian sekiranya keterangan seorang saksi mempunyai kesan bukti yang kuat ( strong probative value) maka ia boleh mensabitkan tertuduh tanpa sebarang keterangan bebas sokongan lain, kecuali dalam kes-kes sokongan diperlukan ( e.g rakan jenayah,kanak-kanak dan sebagainya).

Seksen 134 – bilangan saksi.

Seksen ini menyatakan tidak ada jumlah saksi tertentu diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta. Ini bermakna keterangan dari saksi tunggal, jika dipercayai cukup untuk membuktikan sesuatu fakta (Khaw Cheng Bok V Khaw Cheng Poon (1998) 3 MLJ 457), kecuali dalam kes-kes yang memerlukan sokongan. Kepentingan adalah kuanliti keterangan bukanya kuantiti keterangan. Seksen ini adalah mengikut Maxim : Testes Ponderantur non Numberantur –keterangan untuk dinilai bukan di kira (Evidence has to be weight not caunted).

Selagi saksi boleh di percayai mahkamah boleh mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan saksi ini.

Badri V State of Rajasthan [1976] 1 SCC 447 Hakim Goswami meneliti :

` Oleh kerana di bawah Akta keterangan bilangan saksi tidak diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta, sebagai peraturan undang-undang , adalah waras dan ketetapan diterima baik (well established) bahawa kualiti keterangan dan bukan bilangan yang diambil kira. Dalam setiap kes, mahkamah hendaklah menimbang sama ada berpuas hati dengan munasabah untuk bertindak di atas keterangan seorang saksi saja untuk tujuan mensabitkan kesalahan seseorang`.

Keterangan hendaklah dinilai bukan dikira.

MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun [1995] 2 MLJ 493.

Hakim Gopal Sri Ram `......Responden adalah satu-satu saksi yang dipanggil untuk membuktikan kesnya. Hakim nampaknya telah menerima keterangan tersebut. Diputuskan berdasarkan autoriti yang dirujuk adalah tidak perlu responden untuk memanggil saksi lain bagi membuktikan tuntutan umumnya.`.

Vadivelu Thevar V State of Madras AIR 1957 SC 617, Hakim Sinha.

`Undang-undang India ( dan juga Parlimen Malaysia) adalah mengikut pengecualian yang ada di bawah seksen 134. Seksen tersebut menggunakan maxim yang diterima baik ` keterangan hendaklah dinilai bukan dikira`. Undang-undang kita telah memberi pengiktirafan bahawa pentadbiran keadilan akan terganggu (hamper) jika bilangan saksi memberi keterangan dimestikan`.

Ram August Tewari & Ors V Bindeshwari Tewari & Ors AIR 1972.

`Keterangan setiap saksi hendaklah dinilai pada meritnya sendiri dan sekiranya tidak ada keterangannya atau keterangan dari saksi lain yang mencabar kebolehpercayaannya (discredit) ,maka keterangan tersebut tidak boleh dikira tidak boleh dipercayai atas alasan hanya seorang saksi sahaja dan tidak ada saksi lain yang menyokongnya keterangannya`.

Aziz Bin Muhamad Din V PP [1996] 5 MLJ 473.

Hakim Augustine Paul. `Seksen 134 Akta Keterangan ,1950 tidak perlu bilangan saksi tertentu untuk membukti sesuatu fakta. Seksen ini menyerlahkan maxim yang diterima baik ` keterangan hendaklah dinilai bukan dikira`.

Vadivelu Thevar V State of Madras AIR 1957 SC 614.

Hakim Sinha mengenai pembuktian keterangan yang perlu disokong :

1. Sebagai peraturan umum, mahkamah boleh bertindak di atas keterangan seorang saksi saja, walaupun tidak disokong. Keterangan seorang saksi yang boleh dipercayai mengatasi keterangan beberapa orang saksi lain.

2. Kecuali sokongan diperlukan di bawah undang-undang, mahkamah tidak seharusnya meminta keterangan sokongan, kecuali dalam kes yang di mana keadaan keterangan saksi itu sendiri memerlukan sokongan sebagai amalan baik dan praktik (prudence and practice). Keterangan tersebut seperti keterangan dari saksi kanak-kanak atau keterangan dari rakan sejenayah.

3. Sama ada sokongan diperlukan bagi keterangan seorang saksi sahaja, ianya mestilah bergantung kepada fakta dan keadaan setiap kes dan tidak ada peraturan umum boleh dinyatakan dalam perkara ini dan ianya banyak bergantung kepada budi bicara kehakiman seseorang hakim yang mengendalikan kes di hadapannya. ( sila lihat juga kes PP V Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (no.3), 1999 2 MLJ 1 ( HC).

Pendakwa tidak terikat untuk memanggil semua saksi-saksi yang dirakam kenyataannya.

PP V Teh Cheng Poh (1980) 1 MLJ 251.

Peguam menyatakan saksi PW2 adalah tidak boleh dipercayai dan berkepentingan dan keterangan tidak harus diterima oleh Mahkamah. Dia juga menyatakan pemandu kereta polis, Subramaniam dan Quek Kwang Hun tidak dipanggil oleh pendakwa. Hakim dalam kes ini telah merujuk kepada kes PP V Mohamed Ali (1962) MLJ 257 `


Apabila seorang saksi polis menyatakan sesuatu yang tidak mungkin, ianya terlebih dulu hendaklah diterima. Jika dia menyatakan seekor kambing melompat ke bulan, tentunya keterangan tersebut tidak boleh diterima, tetapi jika ia menyatakan seekor kambing merayau-rayau di sepanjang jalan utama di Kuala Lumpur, maka bukanlah justifikasi dengan ujian ringkas bagi tidak mempercayai keterangannya.


Memang sekiranya keterangan beliau bercanggah dengan keterangan lain atau tergugat semasa pemeriksaan balas, maka adalah tugas magistrate untuk memutuskan sama ada menerima atau menolak keterangan tersebut. Tetapi jika tidak ada percanggahan atau sebarang elemen yang tidak mungkin dari keterangan diberi secara bersumpah , sama ada keterangan dari saksi polis atau tidak, hendaklah pada biasanya diterima.

Khoon Chye Hin V PP [1961] MLJ 105.

Mahkamah rayuan telah menyemak semua autoriti dan membuat kesimpulan memanggil saksi adalah pada budi bicara pendakwa.

Samsudin V PP [1962] MLJ 45.

`Adalah jelas dari autoriti ini bahawa pendakwa mempunyai budi bicara untuk memanggil saksi dan juga jika tidak memanggil saksi material yang ada , maka mengalami bahaya anggapan seksen 114(g)`.

Sabitan hanya bergantung kepada keterangan seorang saksi.

Long Bin Samat & Ors V PP [1974] 2 MLJ 152 (FC).

Che Mat Bin Hj. Awang ( PW2) dalam perjalanan untuk memancing ikan di sawah padi di waktu malam. Apabila dinyalakan lampu suluh dia melihat 3 orang perayu yang dikenali sebelum itu. Pada masa itu hujan dan kadang-kadang petir. 3 Perayu yang bersenjata telah menyerangnya. Dia telah ditetak beberapa kali oleh perayu pertama dan selepas itu tidak sedar diri. PW3 datang dan melihat PW2 terbaring dan memberitahu seseorang telah bertanggungjawab atas kecederaannya, tetapi tidak memberitahu nama.


Kemudiannya ada orang lain sampai di tempat kejadian dan membawa PW2 ke hospital. Ketiga-tiga perayu telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksen 324 KK. Apabila dirayu telah dipertikaikan di antaranya keterangan PW2 tidak disokong. Hakim Ibrahim menjawab ` Magistrate yang terpelajar telah menjelaskan sebab-sebab penemuan keputusan dan terdapat keterangan yang mencukupi bagi menyokong penemuan/kedapatannya.


Di bawah seksen 134 Akta Keterangan ,1950 , tidak perlu bilangan saksi tertentu untuk membukti sesuatu fakta dan di dalam kes ini tidak ada saksi semasa PW2 diserang dan hanya keterangan PW2.Oleh kerana Magistrate telah menerima keterangan tersebut maka ia adalah mencukupi`.

Penghuni Gua : Semuga semua pelawat dan juga pelajar-pelajar dapat menafaat dari ini. Ia adalah sebahagian kuliah undang-undang semasa PG belajar masa muda-muda. Bacaan tambahan adalah wajib dan perlu.

HUKUMAN SEBAT : PAS TIDAK SETUJU DENGAN MAJLIS PEGUAM !


Malaysiakini


PAS tolak cadang hapus hukuman sebat
Ogos 26, 09 1:19pm



PAS menolak gesaan Majlis Peguam kepada kerajaan supaya menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah."Hujah yang diberikan oleh Majlis Peguam untuk menyokong gesaannya itu dianggap tidak tepat dan tidak kukuh," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Sebaliknya, kata beliau, setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini adalah berasas "dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini".

Dalam Islam, katanya, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya.

"Malah, hukuman sebat ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an serta hadith-hadith yang muktabar dan pernah dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah SAW sendiri."Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat.

"Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah," katanya dalam satu kenyataan.Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor, katanya, setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan demikian, beliau (Kartika) redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah SWT di hari akhirat nanti.

"Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. "Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa. Saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu," kata Nasharuddin. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bab ini PG setuju dengan Nasaruddin dan PAS. Jangan sesekali hukuman sebat dimansuhkan dari mana-mana undang di Malaysia apatah lagi dalam enakmen syariah.

INKUES TEOH : MENUNTUT PERBELANJAAN DARI PROJEK TAK UJUD !


Utusan Malaysia

26 ogos 2009

Beng Hock buat banyak tuntutan


Oleh NORAZLITA MOHD. SIESdan NOOR AZMAH
IBRAHIMpengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 25 Ogos – Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebenarnya telah membuat banyak tuntutan menggunakan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara bulan Mac 2008 dan Julai lalu.

Beng Hock juga kelihatan gelisah, tidak tenang dan dilihat mundar-mandir sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dijalankan di pejabatnya sehari sebelum dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Berdasarkan siasatan tersebut, Beng Hock ialah individu yang bertanggungjawab menyedia dan mengesahkan kerja-kerja menggunakan tuntutan ADUN berkaitan yang diperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun.

Ia antara keterangan yang dikemukakan oleh saksi inkues ke-16 iaitu pengawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-14 hari ini ketika disoal oleh peguam pemerhati bagi suruhanjaya berkenaan, Datuk Abdul Razak Musa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hmmm. Rupanya itu ceritanya. Peguam Gobind asyik membantah aje hari ini dengan mendakwa Pendakwa cuba membawa keterangan dengar cakap. Tetapi Pendakwa mengatakan ia bagi menunjukkan peranan dan keadaan si mati. Pendakwa juga mengatakan mereka tidak seperti Gobind , surat layang pun nak dibawa ke mahkamah.

2. Inkues pada hari-hari mendatang hanya sebagai keterangan sokongan sahaja bahawa memang sah Si mati bunuh diri kerana tekanan atau diberi tekanan.

3. Faham-faham aje lah. Samada tekanan sendiri ( tuntutan palsu ) atau ditekan ( diberi tekanan ) oleh mereka yang terlibat agar menyuruhnya membuat tuntutan palsu ini. He he he he...................

4. Biasalah. Keseluruhan hidup ini , pusingannya hanya tekan menekan aja. Siapa yang kena tekan dan siapa yang menekan tahu sendiri le.

Tuesday 25 August 2009

PAS MENANG DI PRK PERMATANG PASIR : TAHNIAH !


BERNAMA Online
25 Ogos, 2009 20:09 PM


Pas Kekalkan Kerusi Dun Permatang Pasir

By: Ramjit-->


BUKIT MERTAJAM, Aug 25 (Bernama) -- PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man meraih 9,618 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi, demikian diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya.-- BERNAMA

Penghuni Gua : Tahniah kepada calon PAS Permatang Pasir Mohd Salleh Man kerana memenangi PRK Permatang Pasir.

2. Tahniah.

INKUES TEOH : NAK GARANG PADA SIAPA GOBIND?


Berita Harian

24 ogos 2009


Inkues Teoh: Koroner tegur Gobind



SHAH ALAM: Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini mengingatkan peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo, supaya tidak terlalu berkeras dan berkasar ketika menyoal balas saksi dalam prosiding inkues itu.

Ini berikutan bantahan beberapa kali oleh peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, yang tidak berpuas hati dengan cara pengendalian soal balas oleh peguam itu terhadap saksi SPRM. "Saya telah lama bersabar. Saya harap kita hormati antara satu sama lain. Tidak perlulah emosional kerana tidak ada sesiapa yang dituduh di sini, kandang tertuduh itu pun kosong.

"Cara pertanyaan (Gobind) agak kasar, letaklah tangan ke bawah. Kita di sini untuk membantu prosiding inkues, bukan untuk mendera saksi," kata Abdul Razak. "Ini memang cara saya bercakap. Jangan ajar saya bagaimana hendak bercakap," balas Gobind. Perang mulut antara kedua-dua peguam itu bermula setelah Gobind bukan sahaja mengasak saksi ke-16 prosiding itu, pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail, dengan soalan yang sama berkali-kali, malah menggunakan nada yang agak keras ketika mengemukakan soalan.

Abdul Razak telah bangun untuk membantah dan berkata: "Tuan koroner, ini sudah jadi seperti "kangaroo court" (mahkamah tidak sah). Soalan yang hendak ditanya mestilah relevan dan sila fokus terhadap isu sebenar."

"Tuan Koroner, saya tidak akan memanggil tuan dan mahkamah ini sebagai kangaroo, ini adalah satu penghinaan mahkamah," balas Gobind.

Koroner kemudian mengingatkan semua peguam terlibat supaya mengemukakan soalan-soalan yang relevan kepada saksi dan meminta Gobind supaya merendahkan nada suara ketika menyoal. Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian setiausaha politik Exco Selangor itu bersambung esok. - Bernama

Penghuni Gua : Nak garang kepada siapa Gobind? Ini bukan mahkamah Punjab atau India. Tak usah gemparlah. Berapa kes yang anda bawa telah menang. Hanya cakap kosong dan marah kosong aje.

2. Di Mumbai India boleh le kamu gempar sebegini .Setakat gempak kamu ini langsung PG pun tak berbekas. Nak gelak ada le. Ini inkues. Apa kamu tanya saksi pun macam beruk aje.

3. Bukan ada yang kena tudoh pun. Nak cari kebenaran. Tak habis-habis gempak stail. Naik meluat. PG pun biasa beberapa kali terlibat dengan Singh ini. Tak ada apa pun. Akhirnya si Gobind ini diam putih mata aje ditegur oleh YAA Hakim.

4. Bapak dia pun pernah disergah oleh Pesurohjaya polis Sabah sekarang semasa satu perbicaraan kes bunuh di Sungai Petani Kedah ada 1995. Karpal sergah Dato Noor Rashid pesurohjaya Polis Sabah Sekarang. Kemudian Dato Noor Rashid sergah dan menengking Karpal dengan suara lebih tinggi. Terdiam Singh ini. Dan mahkamah akhirnya membenarkan sergahan Dato Noor Rashid tersebut. ( Kes ini berkaitan 6 orang cina ditembak mati di S petani pada 1993 berkaitan dadah semasa majlis perkahwinan jadi ianya menarik. Kami semua pergi dengar perbicaraan tersebut. ) Semua hadirin dalam mahkamah gelak bila Karpal disergah oleh Dato Noor Rashid ( masa tu tak silap pangkat Dato Noor Rashid ialah ASP aje ). Padan muka!

5. Kepada Gobind : Kau silap tempat dan silap orang nak tunjuk garang!

PETA PELAYAR