FOLLOWERS

Wednesday, 30 September 2009

WAHABI PERLIS : MENGAPA MENCARI PERBEZAAN !






Penghuni Gua : Banyak berita dan gembar gembur mengenai amalan dan mazhab wahabi / salafi yang di amalkan oleh sebahagian besar rakyat Perlis atau utara kedah sejak ke belakangan ini. Dari isu pertukaran imam, perletakkan jawatan 3 iman, mufti Perlis bercuti panjang dan sebagainya.

2. Apa masalahnya kepada mereka yang bergelar ulama dan cerdik pandai islam ini yang tidak henti bergaduh dalam perkara-perkara kecil dan cabang-cabang kecil dalam islam. Mengapa ulama dan cerdik pandai islam di Malaysia ini kerap mencari perbezaan sesama islam dan antara mazhab ini.

3. Mengapakah tidak mencari persamaan dalam agama islam? Mengapa kita tidak hanya berpegang kepada satu perkara iaittu tali Allah iaitu syahadah kita? Mengapa masing-masing berbalah dan menjatuhkan antara satu sama lain dalam perkara yang remeh temeh? Mengapa?

4. Adakah ulama, ustat, cerdik pandai islam ini terlalu dungu untuk mengatasi dan menguruskan perbezaan ini? Di Perlis terutamanya! Isunya bukan besar dan menyentuh rukun iman dan islam. Hanya perkara-perkara cabang seperti sembahyang suboh tak ada qunud, kematian tidak ada talqin dan tahlil dibuat. Sentuhan suami isteri dan sentuhan yang bukan boleh menaikkan syahwat tidak membatalkan wuduk, hanya satu azan semasa hari jumaat dan tiada sembahyang sunat 2 rakaat antara 2 azan hari jumaat, tiada kenduri arwah dan sebagainya ( sekadar menyebut beberapa perbezaaan ).

5. Jadi apa yang membesarkan dan tiada titik pertemuan di kalangan ulama, ustat, dan cerdik pandai islam di negara ini. Kalau dengar cakap mereka ini, berbuih mulut membaca ayat quran dari pagi hinggga ke pagi , segala pentas dan segala medium digunakan . Pandainya kalau dilihat sekali imbas.

6. tetapi apabila menyentuh hanya perkara sekecil ini boleh berpolimik berhari, berbulan tak henti-henti. Allah yang jadikan perbezaan ini. Ada hikmahnya. Iaitu untuk melihat mereka ini ( cerdik pandai ini ) terutamannya : adakah mereka dapat menguruskannya atau akan berlaku pergaduhan dalam hal seremeh ini.

7. Jika dalam perkara ini atau perbezaan ini yang dah berpuluh tahun masih gagal diselesaikan atau diuruskan sehingga perlaku pertikaian maka apa makna kejayaan dan peranan cerdik pandai ini. Mereka gagal dalam ujian Allah yang menjadikan perbezaan ini. Sebabnya sebagai ulama dan cerdik pandai islam, mereka tidak bijaksana untuk menyelesaikan perbezaan dan bergaduh setiap masa dalam hal-hal yang remeh temeh.

8. PG pernah belajar selama 3 tahun di UM pada tahun 181 hingga 1984 dan adalah mengambil beberapa subjek pilihan mengenai fiqh islam, sistem perundangan islam, hukum perkahwinan dalam islam, tamaddun islam dan beberapa subjek lain. Selain bapa PG sendiri adalah guru agama tempatan/ kampung sahaja.

9. Prof-profesor di UM dari Dato Prof Hamid Othman, Prof Lutfi Ibrahim dan beberapa Prof yang lain menerangkan semua konsep islam dengan amat mudah dan begitu indah dan menarik sekali. Tiada pun menyentuh perkara-perkara remeh sebegini.

10. Menurut mereka kerana kita asyik bergaduh dalam perkara remeh : itulah yang menjadikan islam itu lemah di seluroh dunia . di Malaysia apatah lagi. Prof ini bertanya dan kerap bertanya, mengapa perlu cari perbezaan . Mengapa kita tidak memegang dan mencari persamaanya. Persamaan islam ini mudah sahaja. Syahadah. Habis perkara.

11. Ini tidak. Hanya perkara remeh asyik mereka melabelkan mereka lebih islam dari yang lain, amalan mereka lebih baik, dikafirkan sesama islam, sehingga sembahyang 2 iman ( masih berlaku pun ). Berotakkah mereka ini.

12. Kadang kala PG hanya tersenyum pahit melihat gelagat mereka ini yang nampak lebainya bukan main , tetapi jika diperhalusi hanyalah badut-badut agama yang sombong yang tidak mendapat hidayah Allah. Sebab itu mereka masih terus bergaduh dan Allah tetap membiarkan mereka terus bergaduh dan berselisih pendapat dalam perkara remeh.

13. Inilah kebesaran Allah. Dan PG lihat pun, walaupun hudud dan pemerintahan islam sudah lama berkumandang hendak dilaksanakan di Malaysia tetapi sehingga kini Allah yang maha besar masih belum perkenankannya dari terjadi dalam masa terdekat. Kerajaan yang ada sekaranglah yang diteruskan dan diamanahkan untuk terus menjaga negara ini sehingga lebih dari 50 tahun.

14. Allah tidak berikan . kalau berikan mereka memerintah pun tidak lama. Kerajaan negeri dan sebagaannya tumbang dan hampir tumbang. Kerana apa? Pada pandangan PG , mereka masih dungu dalam mengurskan perkara-perkara remeh ini dan tidak bijak dalam menguruskan perbezaaan di kalangan masyarakat islam di negara ini.

15. Mereka tidak bijaksana dalam tindakan juga tidak bijak sana dalam perbuatan. Mereka hanya pandai bercakap bagi menimbulkan perselisihan. Berbalik kepada hal yang berlaku di Perlis. Apa nak gaduhkan. Yang nak buat cara talkin, buat lah. Yang tidak nak buat jangan buat. Begitu juga bab sentuhan yang membatalkan wuduk. Kalau rasa sentuh dengan perempuan / isteri sekali pun , ambil semula wuduk jika berpendapat batal. Jika yang berpegang pada ajaran kata tak batal wuduk teruskan. Jadi apa masalahnya. Bukan terkeluar dari islam pun.

16. Inilah kedunguan ulama, dan cerdik pandai islam dan ustat-ustat kita ini. Asyik bertikam lidah dalam perkara remeh dan hanya tahu bergaduh dan berselisih tetapi tidak pernah sekali cuba mendamaikan dan mencari titik pertemuan.

17. Inilah sebabnya mengapa Allah masih belum izinkan lagi mereka yang beragama ini mengetuai pentadbiran negara. Sesama sendiri pun masih bergasak. jahanam negara jika diberi ketangan mereka. Itulah kebesaran Allah.

18. Tidakkah mahu kita fikirkannya . Perkaranya dan jalannya amat mudah dan terlalu mudah.
Nota : PG pernah baca satu buah buku bertajuk " Dialog Sunnah Syiah " . Iaitu perdebatan antara Prof/ syiah di Iran dan Ulama di Universiti Azhar Mesir . Perdebatan dan perbicangan mereka hanya melalui surat menyurat dan kemudian dibukukan lebih kurang 400 halaman. Amat menarik dala satu perenggan . Dalam perengganakhir buku tersebut Prof / ulama iran ini bertanya " orang-orang syiah atau penganut syiah tidak pernah sekali mengatakan Ahli sunnah itu salah dan sesat. Tidak pernah sekali. Tetapi yang kerapnya ia meluahkan ialah Ahli Sunnah dan pengikutnyalah yang kerap memburukkan syiah dan penganutnya.

Tanya Prof Syiah ini. " Mengapa mencari perbezaan dan keburukan dalam syiah dan perbezaan antara mazhab ini. Syiah juga satu mazhab. Mengapa kita tidak berpegang pada tali Allah dari sentiasa mencari perbezaaanya.? Dan akhirnya Prof syiah ini bertanya : Kalau sunnah itu benar , mengapa ada 4 mazhab yang berlainan? Jadi kami pun menurut prof syiah ini boleh cari alasan jika untuk terus berbalah dalam hal cabang kecil dalam islam. Menurutnya , pergaduhan dan polimik anya bila menyentuh perkara-prkara yang melibatkan rukun islam dan iman. Kerana jika menyentuh dua perkara ini maka syahadah seseorang muslim itu akan gugur.

Keluhan dan rintihan ini dipersetujui sepenuhnya oleh Prof dan ulama Al Azhar ini.

Jadi renungkanlah. Ini hanya dalam lingkungan Malaysia. Jika dilhat islam secara global lagi sedih kita dibuatnya.

Akhir kata : PG melihat pertikaian hal wahabi di Perlis ini tidak ada isu pun. Perkara mudah sangat. Bodohlah kalau kita bergaduh sesama sendiri dalam hal cabang yang kecil dalam islam. Lebih baik kebijaksanaan bijak pandai islam ini digunakan untuk membenteras ajaran sesat yang masih berleluasa seperti ayahpin, Al Arqam yang segingga kini masih belum selesai.

Mana perginya ulama dan bijak pandai islam ini? Akhirnya bab ajaran sesat ini terpaksa dibenteras oleh PDRM. Pemain utama dalam bab keagamaan hanya sibok berpolitik, mengkafirkan sesama islam , bergaduh dalam perkara remeh dalam agama selain hanya nak mengurut janggut dan membesarkan serban dan melabuhkan jubah sahaja. Bab ini pandai le!

PDRM yang tak ada kena mengenai sudah jadi pemain utama untuk benteras ajaran salah. yang lain makan kedarah dan membuta aje. Itulah kemurkaan Allah sehingga kini dan itulah sebabnya banyak perkara yang Allah perkenankan berlaku di Malaysia ini walaupun semua habis padang , sembahyang hajat telah dilakukan oleh cerdik pandai islam ini.

Juga ingat dan insaflah kita. Kita telah melalui satu kerugian yang amat besar kerana kehilangan dan terhapusnya satu mazhab/aliran yang amat penting dalam islam iaitu aliran mukhtazilah. Aliran ini dapat wacanakan minta dan paling penting ialah dapat digunakan untuk perdebatan dan perbincangan serta perbahasan dengan mereka yang kafir dan bukan beragama islam. Ia lebih berdasar pada logik. Kita kehilangannya hanya kerana perbezaan yang remeh dan sebahagian cerdik pandai islam ini merasakan mereka lebih islam dari yang lain. Semua buku di bakar dan ulama aliran ini di bunuh. Tapi yang lepas biarlah berlalu.


Fikirkan tentang masa hadapan dan cukuplah berbalah dan berseteru dalam perkara yang remeh temeh. Lihat keutamaan. Cukup-cukuplah dengan kedunguan dan bodh sombong setengah ulama dan cerdik pandai islam ini yang hanya pandai bergaduh dan mencari perbezaan serta menjatuhkan hukum. Tak ada lain asyik nak melabuhkan jubah, membesarkan tanda hitam di dahi ( macam puttu india aje layaknya ) dan hanya nak melebarkan serban.

Cukuplah. Tulisan ini mungkin akan mengundang kepada penjatuhan hukum kepada PG terutama dari mereka yang merasakan merekalah lebih tahu segalanya dalam ilmu islam. Merekalah yang selayaknya. Biarkanlah jika sedemikian. Tulisan ini hanya sekadar dan lahir dari keinsafan dan kesedaran melihat gelagat dan lakonan yang tidak pernah berubah sejak PG mengenal erti kehidupan.

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR!

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BERKAITAN JAMINAN !


[1992] 1 MLJ 672
Public Prosecutor v Ilamaran
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL REVISION NO 43–7–91
Judges WAN YAHYA J
Date 5 AUGUST 1991



Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah ditangkap dan dituduh dalam mahkamah majistret mengedarkan dadah kanabis sebanyak 261g. Pertuduhan itu telah dibaca dan dijelaskan kepada si tertuduh tetapi beliau tidak diminta membuat akuan. Si tertuduh kemudiannya telah ditahan bawah pensementara menanti laporan ahli kimia dan keizinan penraya. Si tertuduh telah dikemukakan setiap bulan di hadapan majistret untuk sebutan.

Apabila si tertuduh dikemukakan pada kali yang ketiga, beliau telah memohon mendapatkan jaminan yang telah dibenarkan oleh majistret itu. Pihak pendakwa memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengkaji semula perintah majistret tentang jaminan. Si tertuduh berhujah bahawa kerana berat dadah itu belum diperakui oleh ahli kimia, pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan dengan sepatutnya kepada beliau dan s 39B(4) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’) oleh kerana itu tidak dipatuhi.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Tiada apa-apapun di dalam nota majistret yang menunjukkan sebarang kekusutan dalam menjelaskan pertuduhan itu kepada si tertuduh. Tidak juga dicadangkan di mana-manapun bahawa si tertuduh tidak dapat memahami pertuduhan itu. Hanya jangkaan pindaan berat dadah kanabis yang disebutkan di dalam pertuduhan itu tidak boleh menyebabkan pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan, meragukan atau bagaimana sekalipun cacat.

(2) Dalam sebarang penangkapan yang dibuat sesuai dengan s 39B Akta itu, pihak pendakwa hanya dikehendaki mengemukakan orang yang ditangkap itu di hadapan mahkamah dan perlu memdan menjelaskan pertuduhan kepadanya. Sebaik sahaja prosedur ini telah dipatuhi mahkamah mesti membuat perintah menahan orang yang dituduh itu mengikut peruntukan mandatori s 41B Akta itu.

(3) Tidaklah terbuka kepada pihak pembela atas hanya hipotesis bahawa amaun terakhir dadah itu seperti yang diputuskan oleh ahli kimia itu berkemungkinan kurang daripada amaun dengan mana si tertuduh telah pada mulanya dituduh, untuk memohon mahkamah membenarkan jaminan di bawah s 388(1) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Ini adalah kerana tidaklah lojik dan tak sah bagi si tertuduh mencabar pihak pendakwa membuktikan sebahagian kesnya sebelum permulaan perbicaraan.

(4) Oleh kerana itu tiada mahkamah boleh, dengan maksud mengkuasanya berpunca dari s 388 Kanun itu, membenarkan jaminan kepada sesiapapun yang dituduh atas sebarang kesalahan yang ditentukan dalam fasal (a), (b) ataupun (c) s 41B(1) Akta itu.

(5) Dalam menggunakan kuasa penyemakan mahkamah, perintah majistret tentang jaminan diketepikan dan si tertuduh diperintahdikemukakan dari masa ke semasa di hadapan majistret untuk pengeluaran perintah tahanan selanjutnya sementara menanti analisa oleh ahli kimia itu.

(6) Peguam berhak merujuk satu autoriti bertentangan yang lebih diutamakan daripada yang lain oleh mahkamah berbidang kuasa setara tetapi apabila soalan undang-undang yang sama telah dioleh penghakiman mahkamah yang lebih tinggi, tatkala itu peguam sebagai pegawai mahkamah berkewajipan untuk memberitahu kes itu kepada mahkamah kecuali jikalau dia tidak sedar sama sekali akan kes itu.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat sesuatu menafaat dari alasan penghakiman kes ini. Terima kaseh.

MENGAPA KAUM YAHUDI BEROTAK BIJAK DAN AMAT BERJAYA !



Dipetik dari Blog : Baca Sejenak




Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, perkara pertama saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk kaum ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Ini di anggap suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muyskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok!

Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak? Jawapanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukas urat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

"Why the jews so smart"

Dr. Stephen Carr LEON.

Penghuni Gua : Mungkin kita semua mendapat pengajaran dari paparan ini dalam membesarkan anak dan cucu serta cicit dan keturunan kita. Jangan hanya seperti bangsa kita yang hanya pandai dan bijak bercakap dan bergaduh sesama sendiri sahaja.

2. Yang baik , wajib kita contohinya.

Tuesday, 29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : PJ NS ZUKEFLY MOHAMAD OMAR PILIHAN PAS !


Berita Harian

29 sep 2009


PORT DICKSON: Pas memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini. Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, sebentar tadi.

Penghuni Gua : Tahniah kepada Pesurohjaya PAS NS Zukefly Mohamad Omar atas pemilihan beliau sebagai Calun PR bagi PRK Bagan Pinang.

2. Selamat bertanding dengan berhemah dan semoga demokrasi terus subur dalam keadaan yang terus aman dan damai.

PRK BAGAN PINANG : TAN SRI ISA SAMAD CALUNNYA!


Penghuni Gua ucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada Calun BN bagi PRK Bagan Pinang iaitu Tan Sri Isa Samad. Selamat bertanding dengan berhemah dan semuga boleh membawa kebaikan kepada DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Negara.

2. Tak ada isu sebenarnya tentang calun ini. Isa sudah jalani hukumannya. Apa masalahnya. DSAI pun pernah dipenjara ( dilepaskan pun bukan tak salah tetapi kekurangannbukti untuk sabitan I dalam kes liwat. Tu pun masih ada satu lagi kes liwat. Apa kurangnya yang lain. Mat Sabu, Tian Chua, Manoharan, Gobala, Eli dan lain-lain. Baik sangatkah mereka ini.

3. Apa kurangnya YB Ronnie . Bandingkan Isa dengan Ronnie Liu tu dan juga dengan Mat Sabu atau dengan Eli Wong, baiklah lagi Tan Sri Isa.

4. Isa tidak ada masalah untuk menang di DUN Bagan Pinang. Cuma persepsi jangka panjangnya kepada BN pada PRU13 mungkin memerlukan BN/UMNO bekerja lebih keras bagi menghilangkan persepsi kurang baik mengenainya dan BN/UMNO.

2. Semuga PRK ini berlangsung dalam keadaan aman dan damai.

LAGI KISAH LEMBU : KINI DI NEW JERSEY !




PATERSON, New Jersey 28 Sept. - Seekor lembu jantan seberat 635 kilogram yang terlepas dari sebuah rumah penyembelihan di utara New Jersey telah menyeret beberapa pegawai polis ke jalan raya dan berlari melepasi 10 buah blok sebelum berjaya ditangkap dan ditenangkan.

Cif John DeCando, jurucakap bahagian kawalan haiwan polis di sini berkata, ketika kejadian, lembu jantan tersebut dibawa ke pusat penyembelihan itu sebelum ia terlepas kira-kira pada pukul 8.30 pagi hari ini.

Polis cuba mengalih perhatian dengan mengalungkan lembu itu dengan seutas tali laso di bahagian lehernya, namun ia kemudian menarik pegawai-pegawai ke jalan raya, menurut laporan The Record wilayah Bergen.

Menurut DeCando, keadaan trafik bagaimanapun tidak terlalu sibuk semasa kejadian itu berlaku.

Para pegawai akhirnya berjaya menangkap lembu tersebut selain berjaya menenangkannya.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan lembu jantan tersebut kemudian dihantar semula ke rumah penyembelihan itu. - AP

Penghuni Gua : Komen? Opssst. Tak boleh komen. Hanya boleh baca sahaja. Jika komen dibimbangi akan dituduh di bawah Akta Hasutan. Syhhhhhhhhhhhh. Stop.

AGAMA BUKAN UNTUK TAWAR MENAWAR !




PERBICARAAN tentang agama bukanlah boleh sewenang-wenangnya seperti membicarakan persoalan lain yang lebih berbentuk peribadi. Seorang profesor melalui e-mel memberitahu bahawa dalam kuliah-kuliahnya, beliau kerap menegaskan kebebasan beragama bukan sahaja bermakna kebebasan untuk keluar dari agama yang merupakan salah satu makna kecil dari prinsip ini.

"Makna teras daripada prinsip kebebasan beragama ialah kebebasan untuk mengamalkan sesuatu agama yang ditafsir oleh mereka yang dianggap berwibawa dalam agama tersebut dalam sesuatu masyarakat. Aspek kedua dari makna ini telah diamalkan sepanjang sejarah perkembangan Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia,'' kata profesor itu.

Saya bersetuju dengan pandangan ini kerana agama adalah satu pegangan hidup. Ia bukan seperti baju dan seluar yang dapat ditukar ganti.

Atas dasar inilah, agama seharusnya dipelajari dengan penuh ilmu dan hikmah. Kitab dan hikmah inilah yang membawa manusia menjadi makhluk bertamadun dan berperadaban. Maka agama yang dipelajari dengan ilmu akan mampu menusuk ke sanubari seseorang penganut agama itu.

Sebab itulah, agama haruslah dipelajari dari para guru yang berwibawa, yang mampu mentafsirkan agama berdasarkan kepelbagaian ilmu di dalam agama tersebut. Agama bukanlah sesuatu yang dipelajari di tepi-tepi jalan seperti membeli ubat dari penjaja.

Profesor itu juga menyebut bahawa akidah dan syariah Islam tidak harus dilihat dari kaca mata orang lain. Malah juga bukan dari kaca mata orang Islam sendiri yang tidak terlatih dalam bidang berkenaan.

Namun begitu pintu perbincangan umum tetap terbuka dengan seluas-luasnya untuk memberikan pentafsiran di luar bidang akidah dan syariah yang menjadi dasar dan prinsip asasi agama.

Islam sendiri sentiasa membuka pintu ijtihad tetapi ia bukanlah terbuka untuk sesiapa sahaja yang merasakan dirinya mampu berijtihad. Berijtihad di dalam agama, terutamanya mengenai akidah dan syariah bukan seperti yang dilakukan oleh tukang ramal dan ahli nujum.

Berijtihad di dalam agama mempunyai syarat-syarat dan rukun yang ketat bertujuan supaya agama tidak akan menjadi satu komoditi yang boleh dijual beli menurut kemahuan individu.

Dalam mengamalkan agama, kebebasan mutlak dalam berhujah atau bersuara, malah dalam melaksanakan hukuman syariah dan prinsipnya bukanlah merupakan satu kebebasan mutlak mengikut tafsiran sesetengah individu.

Seseorang individu atau kumpulan yang tertentu juga tidak mempunyai hak mutlak untuk mempertikaikan urusan akidah dan amal ibadat agama lain.

Dalam konteks ini benarlah pandangan bahawa sekiranya diberikan kebebasan mutlak kepada segolongan penganut sesuatu agama untuk mempersoalkan akidah dan amalan penganut agama yang lain, maka hal ini bererti seperti memberikan lesen untuk membuka gelanggang pergaduhan yang boleh membawa huru-hara.

Tradisi ini perlu menjadi pegangan majoriti rakyat Malaysia dan harus dipertahankan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Kita seharusnya mencari titik pertemuan dan persamaan, bukan mencari titik perbezaan dan perselisihan.

Perbincangan mengenai agama bukanlah seperti membicarakan tajuk rukun tetangga atau dewan orang ramai. Siapakah yang harus mengambil giliran meronda, atau siapa yang harus menggunakan dewan tersebut.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa: "Orang yang membincangkan hal-hal agama di Malaysia amat terikat dengan majikannya, partinya, ketuanya, penyokongnya, medianya, jirannya, saudara maranya dan sebagainya."

Hal inilah yang cuba diatasi oleh pihak berkuasa agama Islam di negara ini. Kita cuba membanteras perbicaraan agama berasaskan parti politik dan penyokongnya. Atau mazhab yang menanamkan rasa fanatik dan taksub melulu, agama yang bercampur-aduk dengan sentimen perkauman dan kelompok serta sebagainya.

Dalam konteks Islam, mimbar masjid dilarang digunakan oleh pihak tertentu untuk mempromosikan agama ala parti politik atau aliran kefahaman berasaskan taksub melulu.

Perbincangan tentang agama tidak seharusnya diwarnai dengan rasa taksub dan fanatik. Namun keterbukaan dalam perbincangan tersebut juga haruslah dihadkan.

Kita melihat banyak contoh di negara-negara tertentu yang memanifestasikan ketaksuban ini sehingga rumah-rumah ibadat menjadi sasaran kemusnahan dan pencabulan. Penganut agama lain dianggap musuh dan dibunuh. Harta benda mereka dimusnahkan. Akhirnya ia melibatkan keruntuhan nilai moral, kehancuran pembangunan ekonomi dan kecelaruan peraturan sosial dan pendidikan.

Lebih menyedihkan, terdapat negara yang mengamalkan dasar demokrasi dan rakyat yang taksub memilih parti politik yang taksub sebagai pemerintah. Parti radikal, yang mengamalkan diskriminasi agama dan kaum mendapat sokongan majoriti.

Akibatnya rakyat menjadi korban kezaliman dan ketidakadilan. Rakyat yang taksub akan diberi perlindungan. Mereka bebas menindas dan melakukan kekejaman.

Tetapi hal ini tidak berlaku di negara kita. Majoriti rakyat Malaysia menolak fahaman pelampau dan fanatik. Maka kita tidak terancam dengan pergaduhan agama dan kaum dan boleh menumpukan kepada pembangunan ekonomi, teknologi, pendidikan, dan sosial untuk semua.

Bagaimanapun hal ini tidak seharusnya membuatkan kita merasa selesa dan leka. Mutakhir ini, aliran pemikiran dan tindakan sesetengah pihak yang taksub agama mula muncul.

Negara-negara yang mengalami kekacauan kaum atau agama sering terbantut pembangunannya. Anak-anak keciciran dalam pelajaran. Rakyat mengalami kebuluran dan penyakit merebak. Ekonomi merudum.

Oleh kerana agama bukan merupakan soal peribadi yang boleh ditawar-menawar, maka para penganut agama yang berbeza haruslah mempunyai rasa hormat kepada agama lain.

Kalau dalam urusan peribadi pun, kita masih dapat menghormati peribadi orang lain, maka apatah lagi dalam isu agama.

Maka diharap kita akan terus mempertahankan kerukunan ini selama-lamanya sesuai dengan falsafah negara kita tentang konsep dan gagasan Satu Malaysia.

PENULIS ialah Pemegang Amanah Yayasan Satu Malaysia,
Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim,
UKM.


Penghuni Gua : Amat baik penulisan rencana ini dan boleh menjadi renungan kita bersama. Fikirkanlah.

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : KES KETERANGAN SAKSI BAWAH UMUR ( TENDER YEARS ) !



Keterangan saksi bawah umur (tender years)


Seksen 133A.

133A. Evidence of child of tender years

Where, in any proceedings against any person for any offence, any child of tender years called as a witness does not in the opinion of the court understand the nature of an oath, his evidence may be received, though not given upon oath, if in the opinion of the court, he is possessed of sufficient intelligence to justify the reception of the evidence, and understands the duty of speaking the truth; and his evidence, though not given on oath, but otherwise taken and reduced into writing in accordance with section 269 of the Criminal Procedure Code of the Federated Malay States shall be deemed to be a deposition within the meaning of that section:

Provided that, where evidence admitted by virtue of this section is given on behalf of the prosecution, the accused shall not be liable to be convicted of the offence unless that evidence is corroborated by some other material evidence in support thereof implicating him.

Public Prosecutor v Chan Choon Keong & Ors [1989] 2 MLJ 427.

Mangsa seorang kanak-kanak berumur 6 tahun di colek dirumahnya oleh 3 orang lelaki. Dia berumur 10 tahun semasa memberi keterangan. Dia tidak dapat mengecam pencolek dan tidak dapat mengecam tempat dia di tahan. Dia juga tidak dapat mengingat kejadian yang berlaku dan hanya dapat memberitahu ada orang mengambilnya dan mereka semua adalah 6 orang. Hakim memutuskan keterangan saksi ini perlu disokong berdasarkan kes R v Baskerville [1961] 2 KB 658 (refd) Lord Reading CJ said:

corroboration must be independent testimony which affects the accused by connecting or tending to connect him with the crime. In other words, it must be evidence which implicates him, ie which confirms in some material particulars not only the evidence that the crime has been committed but also that the person committed it.

Hakim seterusnya menyatakan apa-apa keterangan yang diberi mestilah diberi perhatian istimewa kerana kanank-kanak cenderung untuk mereka dan keterangannya lari

(Whatever she said in evidence in this trial, it must be scrutinized with special care and children have the tendency to invent and distort.).

Keterangannya mestilah disokong (‘Nevertheless, it is an established practice that the court will look for some corroborative particulars when the complainant is a young girl’ per Abdul Hamid J (as he then was) in Pritam Singh v PP [1970] 2 MLJ 239 (refd) at p 242.).

Dalam kes ini emak kepada mangsa telah menyokong keterangannya.

CHAO CHONG & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1960] 1 MLJ 238.

Perayu telah disabitkan salah atas kesalahan membunuh dan keterangan kes ini bergantung kepada keterangan saksi budak lelaki berumur 12 tahun. Sabitan diketepikan. Komen hakim adalah seperti berikut : Keterangan kanak-kanak hendaklah dirujuk dengan syak kerana adalah menjadi pengetahuan umum kanak-kanak pada masa tertentu gagal membezakan antara reality dan fantasi. Pada jarak masa tertentu gagal membezakan keputusan permerhatian atau keputusan imiginasi. Juri diminta menggunakan pengalaman mereka dengan cerita yang diberikan oleh saksi kanak-kanak ini. Ianya adalah prudence and practice tidak menerima keterangan kanak-kanak yang tidak disokong samada keterangan diberi secara bersumpah atau tidak. Hakim juga merujuk apa yang dinyatakan oleh Lord Goddard Lord dalam kes Mohamed Sugal Esa v The King AIR 1946 PC 3, 6:—

“It is a sound rule in practice not to act on the uncorroborated evidence of a child, whether sworn or unsworn, but this is a rule of prudence and not of law.”

( Adalah suatu peraturan praktik yang wajar untuk tidak bertindak diatas keterangan saksi kanak-kanak yang tidak disokong, samada bersumpah atau tidak bersumpah dan ini adalah peraturan amalan baik dan bukannya undang-undang)

Sidek bin Ludan v Public Prosecutor [1995] 3 MLJ 178

Perayu telah disabitkan hukuman merogol budak berumut 9 tahun. Peguam mempertikaikan kegagalan mahkamah memereksa saksi-saksi kanak-kanak (mangsa) akan kefahaman mereka mengenai sumpah dan keupayaan saksi memahami sumpah ditentukan melalui bicara dalam bicara. Diputuskan kanak-kanak adalah saksi kompeten selagi dia faham tanggunjawab moral untuk bercakap benar. Faktor umur tidak diambil kira tetapi pemahaman diambil kira dan bicara dalam bicara tidak diperlukan. Kesan kepada pindaan Akta Keterangan seksen 133A dimasukkan, Mahkamah tidak boleh lagi menggangapnya sebagai amaran dan `prudence and practice` tetapi sebagai peraturan undang-undang keterangan saksi kanak-kanak yang diberi tidak bersumpah perlu di sokong. Dalam kes ini keterangan diberi secara bersumpah. Mengikut kes (Loo Chuan Huat v PP [1971] 2 MLJ 167) keterangan yang bersumpah kanak-kanak juga perlu di sokong sebagai `prudence and practice` dan keterangan saksi telah di sokong dengan lapuran dari doctor. Rayuan telah ditolak.

PUBLIC PROSECUTOR V MOHAMMAD TERANG BIN AMIT ,1999-1 MLJ 154 .

Perayu telah dituduh kerana mencabul kehurmatan 3 orang budak perempuan berumur 10 tahun sehingga 12 tahun. Keterangan saksi mangsa diberi secara tidak bersumpah. Terdapat juga dua orang lagi saksi pelajar lain memberi keterangan tidak bersumpah. Mahkamah memutuskan keterangan saksi tidak bersumpah tidak boleh menyokong keterangan saksi tidak bersumpah lain. Ia mestilah dari keterangan material bebas lain.

Keterangan keperluan keterangan kanak-kanak remaja/orang muda berumur 14 – 18 tahun.

LOO CHUAN HUAT v PUBLIC PROSECUTOR [1971] 2 MLJ 167

Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun sedang berjalan dengan emaknya ketempat judi. Tiba-tiba emaknya telah ditikam oleh oleh seorang lelaki iaitu tertuduh bagitu juga kanak-kanak tersebut. Akibat dari tikaman tersebut emaknya telah meninggal dunia dan tertuduh dituduh kerana membunuh. Sabita telah diketepikan kerana hakim yang mengendalikan kes gagal mengambil perhatian keterangan kanak-kanak sunggupun dibuat bersumpah perlu mendapat sokongan. Hakim telah merujuk kepada kes Reg V Campbell dimana Lord Goddard berkata

` keterangan saksi kanak-kanak yang diberi secara bersumpah bukanlah perkara undang-undang perlu disokong, tetapi terdapat bahaya bertindak diatas keterangan yang tidak disokong walaupun juri boleh berbuat demikian sekiranya ianya meyakinkan. `

( Nota : seksen 133A Akta Keterangan adalah sama dengan seksen 38 Children and Young Person Act dan perlu di sokong. Keterangan kanak-kanak yang diberi secara bersumpah tidak perlu di sokong).

THAM KAI YAU & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1977] 1 MLJ 174.

Seorang budak lelaki berumur 14 tahun melihat bapanya telah diserang dengan pisau dan ditetak dibadan akibat perselisihan faham mengenai gerai jual babi di PJ. Mahkamah dalam kes ini memutuskan kanak-kanak tersebut mempunyai akal yang cukup dan memberi keterangan tanpa sumpah dan amaran untuk mendapat keterangan sokongan tidak di perlukan.

PUBLIC PROSECUTOR v DATUK HAJI HARUN BIN HAJI IDRIS (NO 2) [1977] 1 MLJ 15.

Tuduhan adalah 3 tuduhan rasuah. Hakim Raja Azlan berkata ` tujuan sokongan kerana itu adalah untuk memuaskan hati mahkamah bahawa saksi bercakap benar dan secara munasabah untuk bertindak dengan selamat diatas keterangan itu.

Keterangan sokongan rakan tertuduh ( Co –accused).

Prudence and practice.

30. Consideration of proved confession affecting person making it and others jointly under trial for same offence
(1) When more persons than one are being tried jointly for the same offence, and a confession made by one of those persons affecting himself and some other of those persons is proved, the court may take into consideration as against the other person as well as against the person as well as against the person who makes the confession.

DAUD BIN AWANG NGAH & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1958] 1 MLJ 168

Dalam kes ini peguam mempertikaikan keterangan co accused perlu sokongan dan pendekatan sebagai rakan sejenayah di pakai. Tetapi diputuskan ianya bergantung kepada keadaan kes dan keterangan co –accused tidak perlu di sokong.

Facts:
There is no rule of law which demands that in every case where an accused person gives evidence which tends to incriminate a co-accused the jury should be warned that it is dangerous to convict upon such evidence unless it is corroborated. Whether or not such a warning should be given to the jury is not a matter of law. It is a matter to be decided in the light of the circumstances of each individual case.

Kes yang disebut adalah Seah Chay Tee v Public Prosecutor (1948) MLJ 77.

At the trial the Judge dealt with the point in his charge to the jury as follows:—
“Now, Mr J Laville was dealing with the same point as the one which I have to deal with, i.e. how far the
evidence of a co-accused is evidence against the other accused, and Dato Rajasooria said to you Mr J Laville said this: The evidence of a co-accused against his fellow accused is to be given even less weight than that to be given to the evidence of in accomplice and requires stronger corroboration.

“The evidence of a co-accused against his fellow accused is to be given even less weight than that awarded
to the evidence of an accomplice, and requires stronger corroboration.”

Whether or not such a warning should be given to the jury is not a matter of law. It is a matter to be decided in the light of the circumstances of each individual case. In some cases such a warning might not be necessary; in others as a matter of ordinary prudence such a warning would be imperative. In the present case in our opinion there was no need for any such warning.

PUBLIC PROSECUTOR v NORDIN BIN JOHAN & ANOR [1983] 2 MLJ 221

Catchwords:
Criminal Law & Procedure — Charge of murder — Common intention — Accused acquitted by trial judge at end of prosecution case — Appeal on ground that trial judge drew wrong inferences from facts — Whether trial judge in security case bound to call on defence at end of prosecution case — Statement by co-accused — May be taken into consideration but there must be some other cogent evidence — Question of fact — Approach of appellate court — Evidence Act, 1950, s 30 — Penal Code, s 34.
Evidence — Statement by co-accused — May be taken into consideration against accused but there must be some other cogent evidence — Evidence Act, 1950, s 30.

Facts:
In this case the respondents were jointly charged with some other persons for murder. The respondents were acquitted by the trial judge at the end of the prosecution case. The Public Prosecutor appealed and it was argued (a) that the learned trial judge had drawn wrong inferences from the facts as found and accepted by him; (b) that the provisions of the Essential (Security Cases) Regulations, 1975 mandatorily require the defence to be called in every case when the prosecution case is closed, notwithstanding the absence of a prima facie case; (c) that the learned trial judge failed to give due weight to the statement of the co-accused in the case.

Holdings:
Held: (1) in a security case the court is not obliged at the end of the prosecution case to call on the accused to enter on his unless the prosecution has then proved a prima facie case against him;
(2) in this case the statement of the co-accused may be taken into consideration against the accused but the prerequisite to this is that there must be some cogent evidence against them quite apart from the statement of the co-accused;
(3) the nature of this evidence which would be extraneous to the confession of a co-accused and its qualitative and probative value in relation to the charge must be a factual matter in the context and circumstances of the particular case;
(4) the approach of an appellate court in a case like this is well established. In such a case it is its duty to make up its own mind, not disregarding the judgment appealed from and giving special weight to that judgment in cases where the credibility of the witnesses comes into question but with full liberty to draw its own inference from the facts proved or admitted and to decide accordingly;
(5) in this case on the basis of the facts which the learned judge had found and accepted, his decision was one which any reasonable tribunal properly directed could have reached;
(6) the evidence against the respondents in this case, apart from the confession of the co-accused, was not sufficient to satisfy the requirements of the charge against them and calling on their defence would not only go beyond taking into consideration the co-accused’s statement but be tantamount to virtually relying on it to an extent that would not be permissible for the purposes of s 30 of the Evidence Act 1950.

Sokongan rakan sejenayah.

PUBLIC PROSECUTOR v ABDUL AZIZSOU & ORS [1978] 2 MLJ 165

Tuduhan adalah dibawah akta kastam iaitu memiliki barang tidak bercukai. Magistrate telah membuang kes atas alasan saksi terlibat adalah seorang rakan sejenayah dan perlu sokongan. Mahkamah memutuskan saksi tersebut memang seorang rakan sejenayah dengan memetik kes Regina v Mullens dimana hakim Maule berkata :

“An accomplice is a person who has concurred in the commission of an offence.”
( rakan sejenayah adalah orang yang bersetuju melakukan suatu kesalahan)

tetapi Magistrate membuat kesilapan dan sebenarnya keterangan rakan sejenayah ini terdapat sokongan melalui dokumen yang dikemukakan dan oleh itu mereka di panggil membela diri.

KUAN TED FATT v PUBLIC PROSECUTOR [1985] 1 MLJ 211

Perayu telah dituduh kerana membunuh seorang lelaki Bojeng Bin Buyong. Simati dikatakan telah merogol isterinya bernama Ponny. Akibat dari kejadian ini Ponny ingin membunuh diri. Beberapa hari sebelum kejadian simati telah datang kerumahnya dan menjemput Ponny untuk menonton wayang bersama perayu ,anak perempuannya dan seorang tetamu rumah bernama Fam Kui Hian. Mereka kemudian menaiki kereta simati. Didalam perjalanan perayu telah menukar fikiran dan meminta simati menghantarnya ke Muara Tuang untuk melihat ibunya yang sedang sakit. Ponny dan anaknya disuruh pulang kerumah.

Perayu kemudian bersama Fam Kui Hian telah bertanya kepada simati kenapa dia telah merogol Ponny dan si mati telah menjawab `Kalau saya rogol isteri awak, jadi apa halnya ` ( If I have raped your wife, so what). Dengan kata-kata ini perayu telah menikam simati di perut sehingga mati. Peguam telah mempertikaikan bahawa Fam Kui Hian adalah rakan sejenayah dan perlu di sokong keterangannya. Diputuskan Fam Kui Hian bukan rakan sejenayah kerana dia tidak tahu perayu membawa sebarang senjata dan tidak tahu perayu akan menggunakan pisau untuk membunuh simati. Dengan perkataan lain dia tidak mempunyai pengetahuan sebelum itu dan dengan ini dia bukanlah rakan sejenayah.

GOH KHIOK PHIONG v REGINA [1954] 1 MLJ 223

Tuduhan kerana memiliki minyak petrol yang dipercayai dicuri. Saksi yang dipanggil itu penjaga minyak dipanggil untuk memberi keterangan dan dipertikai bahawa dia adalah rakan sejenayah dan perlu sokongan. Dalam memutuskan perkara ini hakim hendaklah bertanya adakah terdapat sebarang keterangan wajar yang boleh dibuat keputusan saksi mengambil bahagian dalam dalam melakukan kesalahan.

Sarawak — Penal Code, s 413 — Habitually receiving stolen property — Evidence to justify
conviction — Charge — Particulars of specific acts of receiving should be set out in the charge — Power to view locus in quo — Criminal Procedure Code (Cap 62), s 228 — Definition of “stolen property” — Penal Code, s 410 — Evidence of participation in the offence — Accomplice.

Facts:

The proper way to draft a charge under s 413 of the Penal Code is to set out therein particulars of specific acts of receiving which should show the date or approximate date when the property was received. It would be necessary to prove at least three prior acts of receiving, that is to say, four acts of receiving in all before it could fairly be said that the accused was an habitual receiver. It is not necessary that the accused should have been convicted of receiving but it is necessary that the proof of these prior acts should be as convincing as if he had been convicted, for it is those acts which determine the applicability of the offence under s 413 of the Penal Code and the enhanced penalty provided therefor.

Section 228(1) of the Criminal Procedure Code authorises the Court to visit the locus in quo. Subsection (2) of s 228 enacts that the Judge or Magistrate shall direct that the accused shall be present when the Court visits the locus in quo. Non-compliance with the provisions of sub-s (2) will be regarded a serious error since it disregards a mandatory direction of the Code and also offends against the elementary principle of justice that nothing to the prejudice of a person should be done behind his back.

The definition of “stolen property” in s 410 of the Penal Code excludes property in respect of which cheating has been committed. Quaere: whether property obtained by a trick can be said to be entrusted under s 405 of the Penal Code. In deciding whether a witness should be treated as an accomplice the trial Judge should ask himself this question: “Is there any evidence upon which I can properly rule that the witness was a participant in the offence?”

ATTAN BIN ABDUL GANI v PUBLIC PROSECUTOR [1969] 2 MLJ 143

Attan Bin Abdul Gani seorang Sarjan dalam PDRM dituduh menerima rasuah RM50/- dari seorang bernama Latip Bin Muslim seorang yang menjalankan perniagaan teksi haram. Teksi Latip ditahan dan dibawa ke balai polis. Latip memohon tuduhan yang lebih ringan dimana Attan dikatakan bersetuju. Latip telah melapurkan kepada badan pencegah rasuah untuk mengenakan Attan kerana menghalang kegiatanya.Semada duit diberikan Attan melarikan diri dan 5 note Rm20/- dijumpai di dalam longkang. Pengadu Latip Bin Muslim dalam kes ini dikatakan seorang rakan sejenayah dan keterangannya mestilah di sokong. Mahkamah rayuan dalam kes telah memberi panduan bagaimana dikatakan rakan sejenayah seperti berikut :

“Adalah mustahil dan cukup bahaya untuk memberi fomula apakah keterangan dirujuk sebagai keterangan. Ianya berbeza mengikut keadaan kes. Peraturannya adalah : ( nota : Pengadu dalam kes ini dirujuk sebagai seorang rakan sejenayah)

1) Tidak perlu pengesahan keterangan bebas untuk semua keterangan material sekiranya mengcukupi bagi sabitan kecuali keterangan pengadu atau rakan sejenayah. Apa yanag perlu dalam keterangan pengadu dan rakan sejenayah adalah keterangan tambahan yang memungkin cerita yang dibuat adalah benar dan secara munasabah selamat bertindak diatas keterangan tersebut.

2) Keterangan bebas material yang mengesahkan cerita rakan sejanayah atau pengadu bukan saja selamat untuk dipercayai bahawa jenayah telah dilakukan tetapi mestilah secara munasabah menghubung atau cenderung untuk menghubung tertuduh dengannya.

3) Keterangan sokongan mestilah datang dari sumber bebas. Oleh itu keterangan rakan sejenayah pada biasanya tidak mencukupi untuk sokongan yang lain.

4) Sokongan tidak perlu dari keterangan terus dan hanya mengcukupi dari keterangan berdasarkan keadaan .

5) Sokongan mestilah datang dari butiran material tetapi tidak perlu keseluruhan kes pendakwaan atau semua butiran material perlu disokong.

6) Keterangan sokongan yang diperlukan untuk pengesahan cerita rakan sejenayah tidak perlu secara konklusif menyatakan kesalahan tertuduh. Ianya mengcukupi sekadar dari secebisan keterangan berdasarkan keadaan yang mengaitkan tertuduh dengan jenayah dimana tuduhan dibuat keatasnya.

7) Walaupun keterangan `trap-witness` (saksi yang digunakan untuk memerangkap tertuduh) diterima, mereka tentunya saksi yang ada kepentingan dengan pemikiran mereka berkepentingan untuk melihat perangkap yang dibuat oleh mereka berjaya. Mereka boleh disamakan sebagai saksi yang menyokong dan keterangan mereka tidak boleh diterima tanpa sokongan. Keterangan mereka tidak tercemar (tainted) dan hanya berbeza dari segi darjah keterangan sokongan yang diminta dan bukanlah satu keperluan.

8) Sokongan tidak perlu dari keterangan terus. Ianya boleh dari keterangan berdasarkan keadaan dan peraturan mengenai pembuktian melalui keterangan berdasarkan keadaan dipakai dan keterangan tersebut mestilah selaras dengan kesalahan tertuduh.

9) Ianya mestilah sokongan pada satu atau lebih butiran material tetapi tidak bermakna semua butiran. Sokongan seperti perkataannya adalah hanya `support` atau dengan perkataan lain kepastian kebenaran (assurance of truth) cerita rakan sejenayah. Ini bukan bermakna keterangan sokongan tersebut mestilah mengulangi sepenohnya atau sebahagiannya keterangan rakan sejenayah atau pengadu.

10) Keterangan sokongan minimum yang diminta oleh undang-undang kepada keterangan rakan sejenayah adalah sekurang-kurangnya satu fakta material menunjukan kesalahan tertuduh.Nilai/pertimbagan (weight) keterangan sokongan tersebut bergantung kepada fakta dan keadaan kes.

Rayuan dalam kes ini ditolak.

DYMM SERI PADUKA BAGINDA SULTAN ISMAIL PETRA


Penghuni Gua mengambil kesempatan ini, menjunjung Duli mendoakan, semuga KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra kembali sihat sejahtera . Semuga Allah merahmatinya. Amin.

Monday, 28 September 2009

LAGI KISAH LEMBU : KINI DI SUK SELANGOR !



Penghuni Gua : Eh. Kisah lembu lagi? Komen? Opssssst! Tak ada komen. Sensitif. Nanti kena tuduh di bawah Akta Hasutan.

2. Anda nak komen. Dinasihatkan jangan komen. Lihat gambar sahaja. Kejadian di Pejabat SUK Selangor. Stop.

BLOGGER HINA DYMM SULTAN PAHANG : SESUATU PERLU DILAKUKAN !

Dipetik dari blog : Warta Kerajaan Rakyat



Penghuni Gua : Pada pandangan PG Blog ini telah menghina DYMM Sultan Ahmad Shah secara melampau tanpa bukti hujung pangkalnya. Perkataan-perkataan yang digunakan amat jijik sekali dan sepatutnya sesuatu tindakan diambil terhadap penulis blog ini.

2. Perkataan-perkataan seperti " Apa daulatnya Sultan?, Daulat apa?, Kalau sultan menyundal " amat keterlaluan tanpa disahkan buktituduhan terhadap DYMM Sultan Pahang.

3. Diruangan komen juga : Satu komen dari seorang bernama " Wan " juga memaki hamun DYMM Sultan Pahang dengan kata-kata " Pergi Jahanam dengan Sultan Pahang".

4. Mungkin pada pandangan PG, sesuatu tindakan dari segi undang-undang patut diambil ke atas dua pihak ini yang kurang cermat serta biadap dalam tulisannya.

5. Alamat blog ini seperti berikut : http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009/09/di-mana-daulatnya-sultan-daulat-apa.html

Nota : Di siarkan sepenuhnya kandungan blog ini :

Saturday, September 26, 2009
Di Mana Daulatnya Sultan? Daulat Apa?

Saya terbaca tulisan seorang wartawan "Jangan terlalu suka mempertikaikan segala sesuatu sehingga tanpa sedar kedaulatan Raja-Raja Melayu sedang cuba diheret ke tahap yang rendah" di sini.

Alahai kenyataan jenis membodek ini memang memualkan. Hello, tolong beritahu di mana daulatnya sultan? Boleh dijadikan tambang ke Syuga ke daulat tu? Kalau sultan menyundal, apa cerita?

Posted by Admin at 8:19 PM
Labels: Raja

1 comments:
wan said...
pegi jahanam dgn sultan pahang!!

September 27, 2009 10:20 AM

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : KES KONSPIRASI / PAKATAN JAHAT !


Akta Keterangan
(Pakatan jahat)
Rinkasan Terjemahan kes Liew Kaling [1960] 1 MLJ 306


Fakta

Pembicaraan bersama lebih dari satu tuduhan membunuh adalah tidak diingini (dalam kes ini satu pembicaan dijalankan untuk pembunuhan 3 orang perempuan). Ayat didalam seksen 10 Akta Keterangan tidak boleh digunakan dengan meluas untuk memasukkan kenyataan seorang yang melakukan pakat jahat tanpa kehadiran keterangan rakan pakat jahat lain dengan hanya merujuk perbuatan lepas setelah ianya selesai dilakukan.

Kes Mirza Akhbar v King Emperor 67 IA 336,338 adalah terpakai. Ianya terpulang kepada juri untuk membuat inferen (inferen tertuduh bersalah) dari cebisan-cebisan keterangan tertentu, tetapi penjelasan hendaklah dilakukan sebelum inferen sah dibuat dan 2 perkara mestilah dipatuhi :

i. Ianya mestilah mengambil kira semua fakta-fakta dan
ii. Ianya mestilah inferen munasabah kepada fakta-fakta yang diambil kira ini.

Dalam kebanyakan kes tidak perlu memberi inferen ini kepada juri tetapi dalam kes ini dimana keterangan pendakwa kekurangan fakta-fakta utama dan juri dikehendaki membuat satu inferen sukar maka adalah selamat jika panduan akan prinsip-prinsip terpakai dijelaskan. Dalam kes jenayah beban adalah kepada pendakwa untuk membuktikan tertuduh bersalah atas tuduhan yang dikenakan atau tuduhan lain yang boleh secara sah tertuduh disabit dengan kesalahanya.

Ujian `terbukti` adalah ujian bagi orang yang waras `berdasarkan keadaan sesuatu kes tertentu`. Adalah tidak dingingi kandungan seksen 3 akta keterangan dibaca kepada juri. Juri hanya perlu berpuas hati `diluar keraguan munasabah`. Tidak ada set formula diperlukan (diluar keraguan munasabah). Darjah pembuktian ` tidak perlu sampai kepada kepastian (certainty) ,tetapi ianya mesti membawa darjah yang tinggi kepada kemungkinan. Pembuktian diluar keraguan munasabah bukan bermaksud pembuktian diluar sebarang bayang keraguan…

Jika keterangan bagitu kuat kepada seseorang dan hanya meninggalkan kemungkinan bagitu kecil (remote possibility) dan boleh diketepikan dengan ayat `tentunya mungkin, tetapi sangat kurang kemungkinan` kes tersebut dengan itu adalah terbukti dengan sebagai diluar keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) dan tidak kurang dari tahap tersebut.

Penghakiman

Thomson CJ:

3 orang perayu (tertuduh) telah disabitkan salah kerana membunuh dibawah seksen 302 KK dan membuat rayuan. Rayuan telah dibenarkan pada 23 Nov. Sebelum penjelasan lanjut keputusan dari kes Chew Ming V PP [1960] MLJ 11dirujuk dimana Lord Hewart menyatakan dalam kes Rex v Davis [1973] 3 ALL ER 537 bahawa pembicaraan bersama lebih dari satu tuduhan membunuh adalah tidak dingini. Walau bagaimanapun perkara ini tidak dijadikan sebab dalam rayuan yang dibuat.

Fakta kes bolehlah diringkaskan seperti berikut : tiga orang perempuan yang disebut dalam pertuduhan telah ditikam mati dan mayat mereka dijumpai diliputi dengan sampah didalam sebuah telaga. Mereka bertiga perempuan sihat/berupaya dari kelas buruh dan munasabah difikirkan pembunuhan dilakukan pada tempat dan masa yang sama tetapi memerlukan lebih seorang pembunuh.

Adalah juga munasabah difikirkan seorang dari perempuan ini memiliki wang yang agak banyak dimana ketiga-tiga mereka pergi ketempat berhampiran dimana mayat dijumpai untuk membeli bijih timah yang dicuri bagi tujuan dijual semula. Persoalan yang paling sukar adalah samada terdapat keterangan yang membabitkan ketiga-tiga mereka adalah bersalah dalam membunuh ketiga-tiga perempuan tersebut. Bagi persoalan keterangan ianya semata-mata bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan dan boleh dirujuk sebagai keterangan ini mengejutkan/anih (overwhelming).

Keterangan terhadap tertuduh pertama( Liew).

i. Keterangan dari murid sekolah berumur 13 dan 16 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang mati. Kedua mereka menyatakan malam sebelum emak mereka dibunuh Liew dan tertuduh kedua Boo berbual dengan emaknya. Murid berumur 13 tahun tidak memberi apa-apa keterangan tetapi kanak-kanak berumur 16 tahun menyatakan dia mendengar Boo menyatakan kepada emaknya terdapat 800 paund bijih timah curi di kg. Peng Soon (berhampiran tempat mayat dijumpai) dan meminta emaknya membawa wang yang difikirkan untuk membelinya.

ii. Keterangan dari isteri Mr. Lee iaitu anak seorang lagi perempuan yang dibunuh menyatakan pada tegahhari pembunuhan berlaku Liew bersama dengan tertuduh ketiga Foo datang berjumpa suaminya. Foo mandi dan mencuci pakaian dan makan dirumahnya. Keterangan ini telah disokong oleh suaminya sendiri. Tiga hari kemudian tertuduh pertama (Liew) telah ditangkap dan wang $22.10 dijumpai. Duit ini terdapat kesan darah dan pemereksaan makmal mengesahkannya adalah darah manusia. Sebaik saja ditangkap beliau telah memandu pasukan polis dan atas maklumat dari ini pihak polis telah memjumpai parang didalam kolam kira-kira setengah batu dari tempat kejadian pembunuhan. Parang ini terdapat kesan tetapi tidak ada bukti konklusif ianya adalah darah.

Keterangan terhadap tertuduh kedua ( Boo).

i. Keterangan dari murid sekolah diatas yang melihat tertuduh pertama dan kedua datang berbual dengan emaknya terdapat timah yang dicuri di kg. Peng Soon.

ii. Keterangan dari seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak seorang lagi perempuan yang dibunuh. Saksi ini menyatakan telah berjumpa dengan tertuduh kedua dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali pada tengahhari hari kejadian pembunuhan berlaku. Pada masa itu dia melihat Boo menunggang sebuah basikal dan menolak sebuah basikal lain yang beliau cam adalah kepunyaan emaknya yang telah dibunuh. Apabila ditanya Boo menyatakan dia hendak membawa ke Balai Polis dan saksi ini terus mengambil basikal itu semula. Beberapa lama kemudian Boo telah ditangkap dan beliau telah memandu pasukan polis ketempat kira-kira setengah batu dari tempat kejadian dan menjumpai sebilah mata gunting ( dari dua bilah mata gunting) . Bilah ini tidak terdapat sebarang kesan.

Keterangan tertuduh ketiga (Foo).

i. Keterangan dari Mr.Lee dan Isterinya bahawa tertuduh pertama dan Foo datang kerumahnya mandi,mencuri pakaian dan makan bersama.

ii. Isteri Mr. Lee seterusnya menyatakan beberapa hari kemudian (kemungkinan 14 May) Foo telah datang sekali lagi kerumahnya. Foo telah bertanya isteri Mr.Lee adakah sesiapa telah ditangkap. Isteri Mr. Lee menjawab seorang lelaki yang sedang menolak sebuah basikal. Foo berkata itu adalah Boo dan seorang lagi lelaki bernama Soh Chee yang `berkongsi` ( difikirkan bertangggunjawab membunuh bersama-sama) dan dua orang ini telah menjemputnya untuk turut serta.

Isteri Mr. Lee telah memarahinya dan pada masa suaminya telah datang. Tidak lama kemudian polis sampai dan menangkapnya. Keterangan ini juga disokong oleh suaminya. Kedua-dua saksi ini nampaknya curiga terhadap Foo dan telah menghubungi pihak polis. Foo juga telah memberitahu dia tidak ada `share` dalam pembunuhan tetapi Liew,Boo dan seorang lagi lelaki bernama Soh Chee.

Liew semasa pembelaan menyatakan dia telah melintasi tempat kejadian dimana dia berjumpa dengan seorang bernama Soh Chee yang diselaputi dengan darah dan mengugutnya dengan parang. Dia telah ditawarkan $25/- (difikirkan untuk membawa keluar parang). Dia lalu mengambil parang dan duit. Dia telah membuang parang kedalam kolam dan menyimpan duit.

Boo pula menyataka dia telah melintasi tempat kejadian dan berjumpa sebuah basikal yang ditinggalkan. Dia mengambilnya untuk dibawa ke balai polis. Dia telah melepaskan basikal tersebut apabila ditahan oleh seorang murid sekolah dan semasa itu sebilah mata gunting terjatuh dari basikal. Dia mengambil dan melihatnya tidak berguna dan lalu membuangnya.

Foo pula hanya memberi keterangan yang mengandungi 15 patah perkataan ` Heaven knows I did not commit the murder. That is all I wish to say` (Tuhan tahu saya tidak melakukan bunuh. Itu saja yang ingin saya katakan). Yang anihnya juga dia tidak disoal balas.

Keterangan yang ada pada Foo hanyalah selepas kejadian tertuduh bersama dengan tertuduh kedua dan mempunyai pengetahuan mengenai pembunuhan..Tidak ada pengakuan darinya. Dengan menimbang tertuduh dan saksi lain yang tinggal bersama dalam satu komuniti kecil dengan perempuan yang mati adalah tidak mengejutkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang apa yang telah berlaku. Juri juga tidak dipandu arah sewajarnya dan dengan itu sabitan diketepikan.

Bagi tertuduh pertama dan kedua. Mereka dijumpai bersama selepas kejadian pembunuhan tidak boleh dikatakan terdapat pakatan jahat antara mereka dan tertuduh ketiga didapati mempunyai pengetahaun tertuduh pertama dan kedua melakukan pembunuhan tidak boleh dikatakan mempunyai pakatan jahat ketiga-tiga mereka dan pakatan jahat sebegini tidak boleh diterima dibawah seksen 10 Akta Keterangan. Keterangan terhadap Liew dan Boo juga tidak kuat.

* ringkasnya didapati bersama selepas kejadian bukan bermaksud terdapat pakatan jahat.
_____________________________________________________________________

Seksen 10 Akta Keterangan

10. Things said or done by conspirator in reference to common design

Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.ai pengetahaun tidak boleh dikatakan mempunyai pakatan jahat ketiga-tiga mereka dan pakatan jahat tidak bol

Penghuni Gua : Ini kes lama berkaitan Konspirasi / pakatan jahat. Dengan paparan kes ini mungkin ia dapat membantu pembaca berkaitan isu yang kerap dimainkan oleh beberapa pemimpin politik dengan sewenangnya berkaitan isu konspirasi / pakatan jahat.

2. Paparan ini juga adalah lanjutan paparan berkaiatan undang-undang dan pembuktian dari segi isu konspirasi yang telah di paparkan sebelum ini : KLIK

3. Jadi bab konspirasi ini , jangan cakap ajelah. Fikir sebelum cakap dan cuba menipu rakyat. Faham perundangan berkaitan konspirasi bukan bermain dan memutar belitkan perkataan konspirasi.

4. Kepada pelajar-pelajar pula, diharap dengan paparan ini membantu anda semua dalam pelajaran. Tq.

LEMBU BERKEPALA DUA !




Penghuni Gua : Komen? Opssssst! Tak ada komen. Sensitif. Nanti kena tuduh di bawah Akta Hasutan.
2. Anda nak komen. Dinasihatkan jangan komen. Lihat gambar sahaja. Kejadian di Sabah. Stop.

SELCAT : PANDANGAN AHLI PAS SELANGOR !





SEBAGAI seorang ahli setia Pas, saya menganggap keberanian dan kelantangan pendirian Datuk Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, merangkap Exco Infrastruktur, Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri sebagai tepat dan perlu disokong bukan hanya oleh semua ahli Pas bahkan oleh semua umat Melayu Islam.

Saya katakan begitu kerana itulah sebenarnya dan sepatutnya perlu ada kepada setiap kepemimpinan Pas yang tunggak perjuangannya adalah untuk membela kesucian Islam, menegakkan keadilan dan menyanggah kezaliman khususnya yang sengaja ditujukan kepada penjawat awam dan rakyat lebih-lebih lagi ke atas umat Melayu Islam. Mana mungkin ada pimpinan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP yang sanggup bercakap secara telus, bebas dan ikhlas atas satu-satu isu berkaitan kepentingan Islam, isu berkaitan pembelaan terhadap penjawat awam atau rakyat yang kebanyakannya beragama Islam jika tidak Hasan yang berani berbuat demikian.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah masih ramai yang sanggup melupakan asas perjuangan yang bercirikan ketelusan, sebaliknya mengambil sikap ingin memuaskan hati rakan PKR lain sekalipun asas perjuangan sudah lari. Saya juga kurang arif kenapa pemimpin Pas mengambil sikap lepas tangan dalam menyokong tindakan Hasan dalam isu arak contohnya.

Bagi sesetengah pihak, adalah lebih baik menyokong rakan PKR dan DAP walaupun perkara itu bertentangan dengan syariat Islam yang syumul daripada menegakkan hukum Allah SWT kerana dengan menegakkan hukum Allah SWT, mereka akan dikecam oleh pihak PKR dan DAP. Ini adalah syirik yang jelas.

Jika sebelum ini pihak PKR dan DAP sering meminta agar Umno bersikap telus di dalam setiap tindak tanduk kepemimpinannya dan yang terbaru berkaitan isu PKFZ, jadi apabila ada seorang pemimpin senior yang ingin meminta pihak PKR dan DAP bersikap telus dan terbuka maka saya rasa perkara ini perlulah dialu-alukan, bukannya dikecam.

Apa kata PKR dan DAP? Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang? Adakah tindakan untuk meminta Hasan berundur itu satu 'escapism'? Baru-baru ini, beberapa kalangan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor ada yang menyaran supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas Hasan dan meminta beliau keluar Pakatan Rakyat. Saya juga sependapat dengan ramai warga Melayu Islam di Selangor yang ingin menyeru agar Hasan jangan tunduk kepada sebarang ugutan dan tekanan kerana beliau berada di pihak yang benar.

Saya ingin memberi jaminan bahawa Hasan dan Pas tidak bersendirian dalam senario politik Selangor ini, malah saya amat yakin bahawa semua warga Melayu Islam akan sentiasa menyokong beliau untuk terus menyuarakan sebarang isu yang menyanggah daripada tertib al-Quran dan Hadis. Perlu diingatkan bahawa Pas itu berteraskan Islam dan bukannya 'kitab' PKR atau DAP.

Saya juga menyokong pandangan Presiden Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia dan Pesuruhjaya Suhakam yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak semula dan menghentikan penghinaan terhadap penjawat awam.


AHLI PAS
SELANGOR, Shah Alam, Selangor.

Penghuni Gua : Pada pandangan PG ini tanda-tandanya kerajaan PR Selangor terutamannya sudah hampir tumbang. Lihatlah nanti dalam PRU13.

2. Jangan tak angkuh dengan pegawai kerajaan . Inilah penggeraknya. PG lihat Exco-Exco PR Selangor ini nampak sangat angkuh dan lagaknya seperti tahu dalam segala hal. Kaduk naik junjung. Dan sebagahagiannya gila dan kemaruk kuasa. Itu baru memerintah beberapa negeri. Perangainya pun dah begitu buruk. Berlagak tak bertempat.

3. Sekali pandang seperti MPAJA dapat memerintah Malaya beberapa hari dahulu. Habis ranap . Ini nampak gayanya serupalah lebih kurang keadaaanya.

4. PR ini kalau dilihat sekali imbas cakap tak serupa bikin. Dulu katanya demokrasi dan ketelusan serta berdemo haram bagi kebebasan bersuara. Ini sudah kena tegur sedikit sahaja oleh pasukan sendiri pun sudah melenting tidak tentu pasal. Mana kebebasan bersuara yang dilaungkan?

5. Cakap bolehlah. Dapat memerintah di beberapa negeri pun kita lihat berapa kali ( sehingga kini pun ) Surat khabar arus perdana di pulau, di haram, wartawan tertentu dan TV tertentu tidak dibenarkan untuk membuat liputan.

5. Ini ke demokrasi dan kebebasan bersuara dan media yang diperjuangkan oleh PR?

6. Cakap boleh lah. Tindakan dan perbuatan : Habok pun tak ada.

Sunday, 27 September 2009

TGNA KELUAR FATWA GAJI MP YB IBRAHIM ALI HARAM ! HARAM?





..........................................“Yang buat desakan keluar ini orang lain, bukan dari Pakatan Rakyat, saja dia adu domba... orang Pakatan Rakyat ini sudah akil baligh dan cerdik semua, kalau betul nak keluar itu dia punya pasal, apa boleh buat, tapi ini sengaja nak melaga-lagakan.” Sementara itu, beliau mengulangi pendiriannya mendesak

Datuk Ibrahim Ali, meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, kerana tindak-tanduknya didakwa menaikkan kemarahan penyokong parti itu selepas menang kerusi berkenaan atas lambang Pas pada pilihan raya umum lalu.

“Dia (bertanding di Pasir Mas) dengan bendera Pas, bila (penyokong Pas) Pasir Mas minta undur, dia kena berundur, duit yang dia makan itu tak betul, sembahyang Tuhan tak terima.

“Baik letak jawatan, senang... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas undi dan menangkan dia, orang Umno ada sikit-sikit. Pilihan raya umum ke-13 dia nak bertanding lagi itu dia punya pasal, ikut dialah, tapi Pas akan bertanding," katanya. .............................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senangnya TGNA Aziz ini mengeluarkan hukum dan fatwa. Katanya duit YB Ibrahim Ali Makan tu duit tak betul. Maknanya duit haram.

2. Pada PG hukum TGNA tu tak betul. Gaji yang YB Ibrahim terima sebagai MP tu halal dan boleh di makan oleh anak isteri. Tak ada salahnya. Beliau menjalankan tugas tanpa mencuri tulang sebagai MP Pasir Mas. Tak pernah pun b dan mencuri beliau memonteng atau mencuri tulang dalam tugasnya sebagai MP.

2. Kalau di kata gajinya haram hanya kerana Ibrahim Ali bertanding dengan menggunakan bendera PAS itu adalah strategi dan kepandaian Ibrahim dan juga kerana kebodohan PAS dan diperbodohkan oleh YB Ibrahim. Senangnya PAS dan pemimpinnya diperbodohkan oleh Ibrahim adalah kerana PAS dan pemimpinnya angkuh dan tidak ikhlas dalam perjuangan. Asalkan PAS dapat perintah Kelantan dan menang pilihanraya maka PAS akan beri apa sahaja kepada Ibrahim atau sesiapa sahaja untuk bertanding dalam berbagai cara dan bentuk. Pada PAS , asal menang dan mengalahkan UMNO BN sudah begitu baik. Bukan islam keutamaannya. Tetapi politik.

3. Jadi kerana niat PAS yang tidak baik yang hanya hendak mempergunakan Ibrahim maka bala akhirnya menimpa PAS dan pemimpinnya. Inilah kebesaran Allah. Niat yang bermula tidak baik maka Allah akan balas dengan perkara yang sama. Ibrahim akhirnya mempergunakan PAS dan pemimpinnya.

4. Berbalik tentang gaji dan elaun MP, kepada PG ia halal. Ibrahim bukan bertanding atas tiket PAS tetapi hanya guna bendera PAS. Jauh bezanya. Beliau menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai MP. Kita semua rasakan kehadirannya di persada politik tanahair dan apa pun gajinya halal atas kerja yang dijalankannya.

5. Kepada TGNA dan PAS serta pemimpinnya : lihatlah! Allah akhirnya menunjukkan kekuasaannya . Niat anda yang tidak ikhlas dalam membenarkan YB Ibrahim menggunakan bendera PAS semasa PRU 12 akhirnya memakan diri. Akhirnya Ibrahim memperbodohkan anda dengan strateginya yang lebih cemerlang.

6. Kepada PG, TGNA sebenarnya marahkan diri sendiri dan diri pemimpin PAS yang telah membodohkan diri mereka semua dengan mendesak TGNA membenarkan Ibrahim bertanding dalam PRU12 dengan guna bendera PAS. Jadi marahlah diri anda sendiri Tuan Guru. Dan jangan lupa marahkan juga pemimpin PAS lain yang dungu dan terus dungu kerana atas sebab sukar diajar dan dipimpin. Yang mereka tahu hanya mengkafirkan orang dan merasakan mereka lebih islam dari orang islam lain.

7. inilah puncanya. Kepada Ibrahim. Makan dan gunakanlah gaji dan elaun anda sebagai MP. Tak ada masalah halal haramnya. Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja ke bekas ADUN Jeli YB Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .

8. Jadi bab halal haram ini, ada baiknya TGNA bercakap kepada MP dan ADUNnya cukuplah. Macam yang pernah PG hadir sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram.

9. Senang sahaja Tan Sri Mohamed Yaakob ( Allahyarham ) MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. jawab Tan Sri Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS pun rasuah terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri.

10. Satu dewan bergegar mendengar jawapan MB Kelantan itu. Semua ADUN PAS terkebil-kebil tak boleh menjawab termasuk TGNA.

11. Itulah kisahnya. Kata dulang , paku serpih. Kata orang diri sendiri yang terlebih.

Saturday, 26 September 2009

PENJENAYAH KUGAN : MENGAPA NAK BISING SEKARANG ?





KUALA LUMPUR: Selepas lapan bulan kematian tahanan reman A Kugan, ibu mendiang, N Indra bersama dua peguamnya hari ini berusaha mendapatkan campurtangan pihak istana dengan menghantar satu memorandum ke Istana Negara. Indra bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum itu. Indra, yang berada di hadapan Istana Negara kira-kira jam 11 pagi bersama kira-kira 20 penyokong, berhimpun kira-kira 30 minit sebelum disuraikan pihak polis.

Ketika ditemui pemberita di sebuah restoran di Brickfields, Indra berkata memorandum itu bertujuan menuntut pembelaan di atas kematian anaknya kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan tentang pembunuhan anaknya itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis berjaya menyuraikan perhimpunan itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mengapa keluarga dan penyokong penjenayah ini ( sudah tinggal sedikit ) mula bising dan cuba menganggu DYMM Agung dengan masalah yang mereka cipta sendiri? Kemana pihak-pihak dan pejuang-pejuang penjenayah ini sekarang. Hanya tidak sampai 30 orang sahaja yang berkumpul di depan istana negara secara haram.

2. Mengapa mereka mula bising sekarang? Mengapa mempersoalkan tiada perkembangan lanjut berkaitan siasatan kematian penjenayah ini?
3. Mereka dan pejuang-pejuang hak asasi penjenayah inilah puncanya. Merekalah yang mengganggu tempat kejadian dan bahan bukti ( menyerbu bilik mayat ). Mereka inilah juga yang meminta post mortem kedua di buat oleh patologist pilihan mereka. Sekarang terdapat dua lapuran post mortem yang bercanggah.

4. Lapuran mana yang perlu diikuti. Mahkamah hanya menerima satu sahaja. Tidak dua. Pihak yang terlibat mencederakan penjenayah ini juga pasti terlepas kerana campurtangan pejuang-pejuang ini. Pihak berkuasa hendak menuduh mereka kerana mencedera parahkan penjenayah ini pun tidak lagi boleh berbuat demikian. Jika dituduh pun pastinya kes akan dibuang dan ditolak oleh mahkamah atas sebab gangguan terhadap bahan bukti ( mayat penjenayah ini di serbu ) dan juga terdapat dua lapuran post mortem. Kes mula menjadi lemah kerana ini.

5. Inilah jadinya jika ramai sangat pihak yang mahu menjadi juara dan menjadi polis tidak resmi. Maka sekarang terkontang kanting lah keluarga penjenayah ini ke hulu ke hilir melalak untuk pembelaan kononnya.

6. PG cadangkan kepada keluarga penjenayah ini pergi dapatkan dua Tim. Menteri, pihak Hindraf, Pesurohjaya Suhakam ( Dato Subramaniam ) dan juga Pejuang-pejuang hak asasi serta pemimpin politik yang mempergunakan mereka dahulu.

7. Mengapa hendak berjumpa DYMM Agung? Pergilah dapatkan pembelaan dari mereka di atas. Merekakan pejuang hak asasi tulen di Malaysia dan berkuasa atas segalanya?

8. Pergilah.

9. Ke mana agaknya menghilang mereka yang disebutkan di atas? Mungkin mereka semua sudah diam kerana motif dan objektif mereka sudah tercapai dalam menggunakan isu penjenayah ini. Maka sekarang , apa mereka peduli?

10. Padan muka!

PETA PELAYAR