FOLLOWERS

Thursday, 31 December 2009

PERKATAAN ALLAH : TAHNIAH KEPADA PAS DAN PEMIMPIN MELAYU PKR !




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mungkin banyak pihak yang puashati sekarang. TGNA Aziz dan PAS puas sekarang. DSAI dan pemimpin Melayu dalam PKR juga puas hati sekarang. Inilah pejuang islam liberal . Inilah yang mereka mahukan dan sekarang telah mereka semua perolehi. tahniah kepada semua yang disebutksan di atas. Khalid Samad dan YB Rodziah pun mungkin lebih puashati.

2. Selepas ini PG cadangkan kita umat islam guna perkataan lain bagi menggantikan perkataan ALLAH. Kita lihat adakah mereka ini akan mengubahnya pula dan memohon mahkamah untuk menggunakan perkataan yang sama. Kita cuba dulu. Kita lihat kepala mereka ini bertambah besar atau tidak.

3. Biarlah. tahniah untuk mereka ( khasnya orang Melayu ) yang gemar melacurkan agama demi politik. Mereka telah perolehi apa yang mereka sokong dan pertahankan. Biarlah. Merekakan pejuang islam leberal. Demi politik semua boleh. MB pun boleh tukar dan sebagainya. Tanah pun boleh diberi macam gula-gula sehingga 999 tahun. Tak ada lagi dalam dunia ini mana-mana kerajaan buat sebegitu. Liberal katakan. Biarlah. Tahniah.

4. Apapun kita semua yang tidak islam dan sentiasa dikafirkan ini memohon pihak KDN yang juga dikafirkan setiap hari , memohon rayuan di mahkamah Rayuan terhadap keputusan ini. Biarlah kita semua dan KDN yang dikafirkan dan tidak islam seperti mereka yang lebih islam perjuangkan perkataan ALLAH ini. Biarlah kita dan KDN semua yang tidak islam / kafir terus perjuangkan hal ini kerana ia adalah milik kita. Tak ada lagi mana-mana gereja kristian di dunia ini menggunakan perkataan ALLAH kecuali Malaysia.

5. Biarlah . Kita akan terus perjuang ikut saluran sah mengikut undang-undang iaitu melalui mahkamah dan tulisan yang sah.

6. Tahniah kepada pemimpin dan pendokong islam liberal. Kepada Kelantan juga , tahniah kerana nak meminda undang-undang tubuh negeri bagi membolehkan mereka yang bukan Melayu / islam boleh menjadi MB. Tahniah untuk semua. Perjuangan anda telah membuahkan hasil. Tahniah, tahniah, tahniah.

7. Kepada belia dan pengundi Melayu yang bakal mengundi di PRU13 nanti, fikirkanlah perkara ini secara serius. Adakah pemimpin sebegini wajar dan patut diberi peluang untuk mentadbir negara? Fikirkanlah.

MB BUKAN MELAYU : CADANGAN TGNA AMAT BAHAYA !





KENYATAAN terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 telah mengejutkan pelbagai pihak terutama sekali orang Melayu.

Nik Aziz menyatakan kesediaan Kerajaan Pas Kelantan untuk meminda atau menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Kelantan sebagai Menteri Besar amatlah mendukacitakan dan mengguris perasaan orang Melayu khasnya Melayu Kelantan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mungkin TGNA khayal atau mamai lagi. Tok khabar kot.

2. Kepada TGNA, jangan meminda tak tentu fasal undang-undang tubuh Negeri Kelantan. Yang nak dipinda itu adalah asas penubuhan dan kedaulatan negeri Kelantan yang dibuka oleh orang Melayu.

3. Inilah menunjukkan ketuanan Melayu. Pindaan ini amat bahaya jika TGNA ingin teruskannya. Mungkin ia akan membawa akibat yang amat besar dalam jangka panjang. Anak cucu kita nanti akan terus menyumpah seranah ( seperti yang di ajar oleh TGNA kebiasaanya ) TGNA sepanjang zaman .

4. Jangan pinda , TGNA, jangan. Ini amat merbahaya. Kesannnya amat besar. Politik-politik juga , perkara asas kedaulatan orang Melayu jangan dipinda sembarangan. Negeri ini bukan mak bapak kita punya dan bukan mak bapak dan TGNA yang punya. Ia adalah kepunyaan kami juga.

5. Tetapi PG melihat dalam Harakah dan blog-blog PAS , tak ada pun mereka menuliskan perkara ini. Mungkin mereka rasakan pandangan TGNA itu satu kesilapan dan merugikan politik PAS. Sebab itu Harakah terutamanya tidak menyentuhnya langsung perkara sebesar ini untuk diulas. Mereka tahu ia akan merugikan PAS. TGNA nak tarik semula kenyataan ini tak boleh , nak korner baring pun tak boleh.

6. Kepada pengundi melayu : lihatlah pemerintah ini atau kepimpinannnya. Mereka sanggup membuat apa sahaja termasuk menggadaikan hak Melayu demi mencapai maksud politik. Berilah alasan apapun. Pindaan ini amat bahaya dan mempunyai implikasi yang amat besar.

7. Perak pun hampir tergadai kepada DAP. Mujurlah undang-undang tubuh negeri itu dapat menghalang DAP dari menjadi MB pEARK. Jika tidak tergadai le negeri Perak sekali lagi. Ada sebab mengapa undang-undang tubuh di Perak dan Kelantan mempunyai peruntukkan yang mewajibkan orang Melayu sahaja menjadi MB. Fikirkanlah..........

Wednesday, 30 December 2009

RIADAH : MEMANCING UDANG GALAH DI SUNGAI IBOK KEMAMAN TERENGGANU !

Hari ini PG bersama anak-anak pergi memancing udang galah di Sungai Ibok, Kemaman Terengganu . Balik jam 6 petang. Dapat le dalam sekilo. Semuanya jenis sepit biru. Wow. Nak masak tumis pedas kuah pekat-pekat. Lumayan juga le rezdeki hari ini walaupun air sungai tak berapa elok ( keroh ). Cukup le sekali hidangan untuk makan malam ini sekeluarga. Penuhkan masa di waktu cuti sahaja , bukannya pemancing pro. Tapi ok le juga. Alhamdulillah.

APMM INGIN MENJADI AGENSI MARITIM TUNGGAL !


Nota :

Bersama ini PG sertakan satu cadangan dan pandangan dari sahabat PG iaitu dari Pasukan Gerakan Marin ( lama dah tak jumpa ) yang telah emailkan pandangannya ini kepada PG beberapa hari yang lepas. . Beliau meminta pandangan nya ini disiarkan di blog PG . Jadi PG siarkan bagi tujuan agar pihak-pihak tertentu dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Di bawah ini disertakan pandangan kawan PG tersebut . Tq.

Merujuk kepada Cadangan Untuk Menawarkan Opsyen Kedua Ke Perkhidmatan Pegawai dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguatkuasa Maritim Kepada Pegawai dan Anggota Pasukan Gerakan Marin, Polis Diraja Malaysia,PDRM yang disiarkan di laman web APMM bertarikh 10/12/2009.

Dasar kerajaan untuk menjadikan APMM sebagai agensi ulung,tunggal dan berkuasa penuh dalam pengurusan penguatkuasaan maritim di lihat kabur dengan erti kata lain belum ada kata putus dari pihak eksekutif dalam menentukan hala tuju 8 jabatan dan agensi yang menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan sama.

Di sebelah pihak menyatakan pendirian masing-masing yang sentiasa bercanggah,sensitif dan bersikap ’one men show’. Pemansuhan sesuatu agensi dan jabatan perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya secepat mungkin kerana ia dilihat dapat menentukan hala tuju serta cita-cita tinggi seseorang individu dalam bidang penguatkuasaan maritim. Malah sasaran APMM untuk menjadi penguatkuasa tunggal maritim menjelang Ogos 2011 dilihat sebagai kenyataan retorik berdasarkan tiada kenyataan rasmi maupun penyiaran melalui warta kerajaan dari pihak eksekutif kepada semua agensi yang fungsinya diambil alih oleh APMM.

Lapan agensi/jabatan ini mempunyai ‘locus standy’ untuk menyatakan kerelevenan fungsi dan peranan masing-masing. Masih banyak perkara dasar perlu diperhalusi oleh APMM untuk menyiapkan diri mengawal zon perairan negara secara bersendirian. Tempoh dua tahun yang dipohon kepada kerajaan perlu disambung lagi untuk APMM belajar melaksanakan kuasa penuh di perairan.

Sebagai seorang penjawat awam yang menjalankan pelaksanaan adalah tidak adil berhujah dalam menentukan kerelevenan agensi dan jabatan masing-masing selain cuba untuk menonjol berkaitan kepentingan dan sumbangan mereka selama ini. Apabila disahkan jawatan penjawat awam yang dilantik, mereka ini adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan masing-masing dan pekeliling yang berkuatkuasa dari masa kesemasa.

Kebiasaannya seorang penjawat awam mempunyai sebab dan alasan untuk menyertai agensi lain selepas membuat penilaian berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate of the job), syarat tukar lantik yang diperlukan, prospek serta peluang kemajuan kerjaya,struktur organisasi dan saraan yang berkaitan sebelum membuat keputusan yang sangat penting ini. Ini perlu diperhalusi dari aspek rilativiti dan pariti bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini secara keseluruhan.
Pada awal penubuhan APMM telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak 4,035 perjawatan. Baru-baru ini Ketua Pengarah APMM bersetuju untuk mendapatkan pewujudan jawatan sehingga 9,000 perjawatan menjelang 2012. Setakat hari ini berapakah bilangan kekosongan hakiki perjawatan yang wujud mengikut senarai perjawatan (X1 – X26).Mengikut laporan media masa kekosongan hakiki yang wujud adalah 40% daripada perjawatan yang pada awalnya diluluskan oleh Bahagian Belanjawan Perbendaharaan Malaysia. Dalam erti kata lain kekosongan hakiki yang ada merangkumi pelbagai kategori pangkat ialah 1,614 perjawatan sedangkan senarai perjawatan yang diguna pakai Pasukan Gerakan Marin,PDRM semenjak 2003 adalah sebanyak 2,329. Bagaimana untuk mengambil alih fungsi sesebuah agensi/jabatan sedangkan kekosongan hakiki tidak dapat menampung jumlah personal yang ada.

Persoalan ini sering bermain di fikiran dan mempengaruhi keputusan muktamad yang akan diambil. Kegagalan dalam mengembeling sumber manusia secekapnya sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen dewasa ini. Pihak Naziran Perjawatan, BPO, JPA sering mempertikai berkaitan pengurusan sumber manusia yang tidak cekap seterusnya memberi kesan terhadap pewujudan perjawatan baru. Rakyat sebagai ’stakeholder’ sudah muak dan mual dengan pelbagai alasan dan ragam berkaitan penyalahgunaan dana awam.

Kita tidak dapat lari dari membicarakan secara terbuka berkaitan peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya yang diceburi. Begitu juga dengan APMM,sepanjang tempoh 9 tahun 4 bulan Kabinet meluluskan penubuhan APMM menjalankan fungsinya dengan kekosongan hakiki yang wujud sebanyak 1,614 berapakah bilangan individu yang telah menikmati kenaikan pangkat secara biasa,KPSL serta berapakah koata yang diguna pakai untuk Leftenan Muda/Madya Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat memperolehi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke pangkat Leftenen Maritim?

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2004 opsyen pertama ditawarkan kepada semua personal yang perjawatan/nomenclaturenya diambil alih fungsinya oleh APMM. Ini semua direalisasikan melalui satu siri roadshow oleh mereka yag berkenaan di semua tempat dan peringkat.Persoalanya mengapa untuk opsyen kedua ini tidak melalui proses aliran kerja yang sama? Apakah pihak JPA memberi kelulusan untuk APMM merompak guna tenaga secara tektikal sebegini melalui iklan di laman web ?

Apakah kuasa dan tanggunggungjawab Ketua Perkhidmatan agensi atau jabatan yang pegawai dan anggotanya di rompak sebegini rupa. Individu yang menjawat perjawatan manakah yang akan dimansuhkan? Dimanakah peranan dan fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam dalam menentukan pembangunan sesebuah organisasi ? Pendek kata banyak perkara perlu diperjelaskan melalui platfom dialog antara penawar opsyen dengan penerima opsyen sebagaimana yang digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17/2002 berkaitan Panduan Pertukaran Pelantikan.

Jatuh dan bangunnya sesebuah agensi dan jabatan itu ada tertib serta etikanya. Dalam hal ini semua percaya bahawa yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahualam...........

Dari Warga Pasukan Gerakan marin

Tuesday, 29 December 2009

CELAKA TGNA UNTUK BLOGGER PAS !!!!


" Memang celaka, celaka blog ini, celaka dan memang celaka mereka ini "
( Ini celaka TGNA sebentar tadi )

2. Itulah apa yang PG dengar dari Berita Perdana TV3 jam 8 malam ini ( sebentar tadi ) . Ia merujuk kepada lapuran blogger ( mana entah ) yang mengatakan bahawa TGNA telah membuang SETPOL iaitu Anual Bakhri Haron yang meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari ini dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob pula tamat kontrak sebulan selepas itu.

3. TGNA kata ini fitnah blogger. ia berkaitan pembuangan SETPOL TGNA . PG ada juga terbaca semalam dan pagi tadi , di mana blogger PAS memaparkan berita ini. Bukan blogger lain tetapi blogger PAS juga. Jadi apa hairan sangat dengan fitnah ini. PAS dan PKR yang mengajar blogger dan pemimpinnya memfitnahkan orang sebaik sahaja membuka mata waktu pagi sehinggalah menitis embun. Kerja lain tak ada , hanya;lah fitnah. Tuduh PM DS Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Atlantuya, fitnah DS Najib rasuah dalam pembelian kapal selam, tuduh Rosmah terima RM 600 k semasa bercuti di Timur Tengah dan berbagai fitnah lagilah . Sehinggalah menuduh Tun Mahathir dan DS Najib berkonspirasi untuk menjatuhkan DSAI dengan menuduhnya meliwat. Inilah sebahagaian fitnah dari pemimpin PAS dan bloggernya.

4. jadi sekarang apa yang telah disemai oleh PAS telah mengeluarkan hasil yang lumayan sehingga PAS dan pemimpinnya sendiri difitnah oleh blogger mereka. Padan muda anda. Allah membayar tunai di dunia lagi kerana kejahatan anda dalam memfitnah.

4. Sekarang barulah TGNA tahu betapa pedih dan sakitnya terkena fitnah. Ditambah oleh puak mereka sendiri.

5. Nak sentuh juga bab kata-kata celaka yang keluar dari mulut TGNA. Yang patutnya kena celaka TGNA ini ialah pemfitnah utama isitu si Mahfuz, Mat Sabu, dan semua pemimpin PAS yang lain. Yang terbaharu semasa PRK Bagan Pinang. Seorang penyokong PAS cedera parah dipukul oleh penyokong BN. Bukan fitnah ke tu? Jadi celaka TGNA tersebut ditujukan khas untuk mereka ini termasuk si Tantawi yang cuba menjahanamkan rumahtangga orang lain semasa Piliharaya Kecil Permatang Pasir dahulu.

6. Dan terakhir : Sedap mulut TGNA. Sedap sekali cekalanya. Inilah contoh ulama dan Tok Guru muktabar. Ta apa lah , merekakan ahli syurga dan islam. Kita ini semuanya bukan islam dan jahat. Kita semua tidak boleh celakakan orang. Mereka boleh kerana mereka ahli syurga.

7. Selepas ini atau esok atau lusa , misti TGNA akan mengeluarkan dalil bahawa Allah dan Nabi Muhamad juga mencelakakan orang bagi menghalalkan celakanya.

8. Bagi belia dan pengundi muda pada PRU13, lihatlah mulut TGNA dan semua pemimpin parti ini. Semuanya serupa. Mulut mereka amat jahat wal;aupun berjubah meleret bumi. Sejahat-jahat ( PAS lah yangkatakan ) Tun Mahathir atau DS Najib atau semua PM kita dahulu, tak ada lagi PG dengar mereka mencelakakan orang.

9. Jadi siapakah lebih baik. Pada PG , jauh lebih baik Tun Mahathirlah dari puak ini semua. Maaflah. Mereka yang seperti inikah yang bakal memerintah negara? Melenting tak tentu pasal. Jahanamlah negara kalau dapat pemimpin seperti ini.

RUMAH BEKAS ( ? ) KETUA PENERANGAN PAS KELANTAN DIKEPUNG BAPA MERTUA ? TAK APA MEREKA LEBIH ISLAM !







KOTA BHARU 28 Dis. - Kediaman bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir, 35, di sini 'dikepung' oleh keluarga isteri keduanya sejak petang tadi kerana didakwa ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Tindakan bapa mertuanya, Mohd. Noor Che Man, 58, bersama kira-kira 20 anggota keluarga dan rakannya yang mengejutkan penduduk di situ dibuat atas alasan Rosli tidak mempedulikan arahan agar mereka tinggal berasingan buat sementara. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Rumah ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS di kepung? Sebelum ni cakap banyak sangat mengenai islam dan ke syumulannya.

2. Orang semuanya tidak betul dan tidak islam dan kita semua ini dikafirkan oleh kumpulan dia ni.

3. Mungkin arahan dan perintah mahkamah itu tidak islam sebab itu tidak perlu di patuhi.

4. Merekakan islam dan lebih islam dari yang lain. Kita ni siapalah. Syurga dah tentu dan dijamin kepada Dr ini dan puaknya. Biarkanlah. Tindakannya mengikut islam kan. Jadi jangan tegur-tegur, nanti kita akan dikafirkannya.

5. Apa pandangan ulama PAS dengan nikah yang meragukan ini dan pelanggaran perintah mahkamah ini oleh pemimpin anda. Tak bersuara sepatah pun anda kepada pemimpin ini. Pemimpin islam mesti menegurnya walaupun itu pemimpin mereka. Dalam hal inii, di mana PAS? Islam untuk semua?

6. Boleh jalanlah. Cakap tak serupa bikin. Cakap aje berdegar semuanya. Punggung penuh dengan najis. Sebab itu jenis yang pandai bercakap dan berdegar-berdegar-degar cakapnya dan boleh meleleh air lior kita mendengarnya semuanya jenis tak guna. Itu aje boleh cakap. Hampehh.

PENDEMO HARAM DI CHINA DI PENJARA 18 TAHUN : MALAYSIA ADALAH TERBAIK ?






BEIJING 23 Dis. - Seorang daripada penentang kerajaan China yang terkenal, Liu Xiaobo berdepan dengan dakwaan subversif dalam satu perbicaraan hari ini yang mencetuskan rasa berang aktivis tempatan dan kerajaan antarabangsa terhadap kekerasan Beijing ke atas musuh politiknya.

Xiaobo dituduh 'menghasut aktiviti subversif' dengan menerbitkan esei yang mengkritik Parti Komunis yang memerintah di dalam Internet dan membantu menganjurkan petisyen 'Piagam 08' yang menuntut pembaharuan demokrasi dalam negara yang diperintah oleh satu parti ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Penentang dan pendemo haram haram ini akhirnya dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada 26 dis 2009.

2. Apa ikhtibar yang boleh kita ambil?

3. Malaysia juga yang terbaik. Kepada mereka yang tidak sedar diri dan masih mengecam dan kerap mengatakan Malaysia tidak bebas, tidak demokrasi, kejam, melanggar hak asasi manusia dan berbagai kecaman lagi kepada kerajaan harus melihat perkara ini dengan hati terbuka.

4. Malaysia juga yang terbaik. Kekurangan yang ada pada kerajaan kita bukan menjadikan satu alasan bagi menukarkannnya dengan sesuaru yang belum pasti. Kekurangan dan kelemahan kerajaan Malaysia kalau ada ( memang ada ) boleh diperbaiki dari masa ke semasa dan berbagai saluran serta cara untuk kita rakyat Malaysia memperbaikinya dan ruangnya disediakan oleh kerajaan.

5. Kepada penentang dan pendemo haram di Malaysia dan kepada mereka yang sentiasa tidak puashati dan kepada yang sering menuntut persamaan hak, pergilah ke negara China atau jiran kita Singapura atau Thailand, atau Kemboja dan pergilah ke mana di dunia ini. Jika anda membuat onar dan bercakap banyak di sana, anda semua tidak pun sempat mengeluarkan 10 perkataan pun apatah lagi mengecam pemerintah, mempertikai hak peribumi dan agama resminya. Dengan 10 perkataan pertama pun anda semua sudah terhumban ke penjara .

6. Malaysia juga lah yang terbaik. Kita semua boleh terus memperbaikinya bukan menjatuhkannnya. PG bangga menjadi rakyat Malaysia dan bangga dengan kerajaan yang ada. Kita adalah rakyat bertuah. Bertuah dalam semua segi. Cuma ada segelintir rakyat dari berbagai bangsa yang semakin besar kepala. Ada juga saudara sebangsa dan seagama yang kepalanya pun semakin besar setelah mengecapi nikmat pembangunan . Mereka kerap dan selalunya lupa dan terus lupa....

7. Fikirkanlah. Malaysia juga yang terbaik.

Monday, 28 December 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : ASAS HUKUMAN !


[1995] 3 MLJ 637
Public Prosecutor v Nasir bin Malik
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL TRIAL NO
K46–01 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 12 JUNE 1995

Citation [1995] 3 MLJ 637



Catchwords:

Criminal Procedure — Sentence — Mitigating factors — Charge of cupable homicide not amounting to murder — Accused was first offender — Only 21 years old at date of offence — Remorseful — Pleaded guilty — Saved court’s time and inconvenience to witnesses — Deceased instigated fight — Whether to reduce sentence — Penal Code (FMS Cap 45) s 304

Criminal Procedure — Sentence — Deterrent sentence — Cupable homicide not amounting to murder — Accused stabbed deceased to death — Whether court should pass deterrent sentence for public interest — Penal Code (FMS Cap 45) s 304

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh telah dipertuduh di bawah s 304 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) atas kesalahan homisid salah yang tidak merupakan bunuh. Adalah dikatakan bahawa pada 22 Jun 1994, tertuduh yang berumur 21 tahun telah menyebabkan kematian seorang yang bernama Edmund bin Poloot (‘si mati’) dalam suatu pergaduhan, dengan menikam si mati dengan sebilah pisau. Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah menyabitkan tertuduh setelah memastikan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan salahnya. Mahkamah harus memutuskan hukuman yang wajar dijatuhkan dalam keadaan kes ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh:

(1) Terdapat beberapa faktor pengurangan hukuman yang harus diambil kira oleh mahkamah selepas menjatuhkan hukuman. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pesalah pertama kali, dan dia hanya berumur 21 tahun apabila melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi, dia telah berasa kesal atas perbuatannya, dan telahpun mengaku bersalah. Juga, nampaknya si matilah yang telah memulakan pergaduhan yang menyebabkan tertuduh melakukan tikaman yang membawa padah tersebut.

(2) Mahkamah juga telah mengambil kira kepentingan awam apabila menjatuhkan hukuman. Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah jenayah yang serius yang memerlukan hukuman pencegahan. Maka, hukuman penjara harus dijatuhkan.

(3) Jika tertuduh menuntut perbicaraan, dan jika mahkamah mendapatinya bersalah, hukuman penjara selama 16 tahun akan dijatuhkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana tertuduh telah mengaku bersalah dan dengan itu telah menjimatkan masa mahkamah dan mengelakkan kepayahan saksi, dia akan diberikan pengurangan hukuman sebanyak 1Ú4. Maka, hukuman penjara sepanjang 12 tahun bermula dari tarikh penangkapan akan dijatuhkan dalam kes ini.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari paparan kes ini bagi memahami sistem keadilan jenayah Malaysia..

MBSA UPAH BUNUH TIKUS RM 1 : MACAM PERNAH DENGAR AJE !


6:29 PM, Thursday, December 24, 2009

MBSA bayar seekor tikus RM1

SHAH ALAM: Seekor tikus dibayar RM1. Itu inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada penduduk yang menangkap tikus sempena kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula.Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata buat permulaan inisiatif dalam bentuk wang tunai itu akan diberikan kepada penduduk di Pangsapuri Seksyen 16 di sini, sempena operasi besar-besaran di kawasan itu pada 26 Disember ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Oh ya. Baru PG ingat. Harga bagi upah membunuh tikus ini sama sahaja dengan gaji / elaun Penasihat Ekonomi Selangor tu.

2. Memang padan le pun. Hanya sampah sarap, Perosak dan penyemak bumi sahaja. Standardnya pun sama dengan makhluk ini. Tahniah Tan Sri Khalid kerana anda membuat penilaian yang betul terhadap Penasihat Ekonomi anda iaitu standard kerja dan gaji Penasihat Ekonomi anda adalah setara. dengan makhluk perosak ini. Tahniah kerana membuat penilaian yang tepat. Tahniah sekali lagi.

3. Kah kah kah kah kah kah kah kah.............kah kah kah...........

Sunday, 27 December 2009

TINDAKAN PADA ADUN SERI KEMBANGAN : TAHNIAH KETUA POLIS SELANGOR !




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Dato Khalid Ketua Polis Selangor. Anda dilihat lebih proaktif dalam hal ini berbanding dengan polis negeri lain.

2. PG ucapkan tahniah atas tindakan berturut-turut Ketua Polis Selangor , dalam tempoh 2 hari di mana sebelum ini belaiu telah membuat lapuran polis di atas kenyataan Lim Guan Eng bahawa SETPOL Teoh Beng Hock mati dibunuh. Hari ini satu lagi lapuran polis di atas dibuat.

3. Tahniah. Dengan tindakan polis yang proaktif ini , PG percaya dan yakin, negara akan lebih aman dari pelacur-pelacur politik yang bercakap ikut rasa dan ikut sedap mulut sahaja demi kepentingan politik mereka. Sebelum ini, pihak-pihak ini kelihatan bebas bercakap apa sahaja seolah negara ini tidak mempunyai undang-undang. Sehingga di satu pihak sehingga apa pihak mencadangkan penghapusan sistem beraja di negara ini.

4. Negara kita sudah cukup undang-undang untuk mengatasi segala kemelut akibat politik yang melampau ini termasuk fitnah memfitnah dan sehingga memburokkan badan kehakiman. Cukuplah. Diharap selepas ini , pihak piolis lebih ke depan seperti Ketua polis Selangor dalam mengambil tindakan terutama yang berkaitan akta hasutan, ISA, akta penerbitan dan berbagai lagi perkara sensitif yang dibangkitkan sebelum ini.

5. PG melihat parti-parti pembangkang kini sudah mula membuka mata di mana mereka tidak sekerap dulu lagi menganjurkan demontrasi haram setelah hampir 6 orang pemimpin mereka termasuk ADUN dan MP mereka di tuduh dan di dapati bersalah oleh mahkamah. Terbarui YB Tian Chua ( anjing pengigit polis ) yang kemungkinan akan hilang kelayakkan sebagai MP kerana didenda melebihi RM 2 k baru-bari ini.

6. Inilah mustahaknya tindakan seperti yang ketua Polis Selangor ambil. ADUN dan MP serta pemimpin politik pembangkang tidak akan berani lagi berdemo haram kerana kedudukan ini akan membawa musibah kehilangan kerusi mereka di DUN dan di Parlimen. Jika direuskan demo haram maka hasrat mereka memerintah dan mengambil alih kerajaan akan terbantut.

7. Dalam 2 bulan ini , kita lihat tiada lagi demo haram. Mereka ini sebenarnya besar kepala disebabkan merasakan pihak polis tidak bertindak atau kelihatan lambat bertindak. Jadi tindakan Ketua Polis Selangor ini wajar dicontohi agar MP dan ADUn ini akan hilang kerusi mereka. Biar mereka tahu kedudukan tinggi rendahnya mereka.

8. Teruskan Dato Khalid Abu Bakar. tahniah. Jangan biarkan kepala pihak ini semakin membesar dan terus membesar. Undang-undang sudah lengkap semuanya. Penguatkuasaan yang mustahak. Beri isyarat yang betul kepada mereka bahawa pihak polis sentiasa berada di depan dalam keadaan apa pun sejak merdeka lagi. Inilah pasukan yang mengekalkan ketuanan Melayu di bumi Malaysia ini.

9. Tahniah. Teruskan Dato Khalid Abu Bakar. Tindakan anda amat disokong oleh rakyat terbanyak. Jangan benarkan lagi mereka ini membesarkan kepala. Biar Polis yang besar kepala , bukan mereka yang besar kepala.

PENJAHAT DAN JAHAT : DR RIDHUAN TEE MENULIS !



Antara tuduhan penjahat dan jahat
Oleh Dr.Mohd Ridhuan Tee



Utusan Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh menggugat keharmonian kaum. Lebih ekstrem lagi, akhbar ini dilabelkan sebagai penjahat. Jika akhbar itu penjahat bermakna wartawan, kolumnis dan juga penulis akhbar ini juga penjahat.
Persoalan saya, apakah akhbar tabloid parti ultra kiasu dan parti-parti politik perkauman lain dan mereka yang bersekongkol tidak jahat?

Parti ultra kiasu dan kuncu-kuncunya bukan sahaja jahat, tetapi terang dan nyata lagi berniat jahat dengan menolak kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan serta mencabar perkara-perkara sensitif yang telah dipersetujui bersama. Rakan sekutu parti ultra kiasu langsung tidak berani bersuara kerana takut hilang sokongan.

Bila mereka tidak dapat apa yang dihajatkan maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah mendapatkan simpati. Rakan-rakan perkauman mereka dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya mempunyai pendirian yang sama. Mereka pandai berstrategi. Ultra kiasu menyalak di luar, di dalam rakan-rakan mereka menjalankan kerja. Mereka sebenarnya senada. Cuma kita masih terlepas pandang.

Saya tidaklah menyatakan bahawa Utusan Malaysia semuanya baik. Tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia, kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Ingatan saya kepada ultra kiasu, janganlah gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Berpada-padalah dalam memberikan pandangan. Jangan asyik nampak kesalahan orang lain, tanpa muhasabah diri.

Dalam memahami politik Malaysia, isu-isu perkauman dibangkitkan untuk mendapatkan sokongan politik dan menyedarkan kaum masing-masing siapa mereka dan apa yang sepatutnya diperolehi. Manakala isu-isu sensitif dibangkitkan untuk mendapatkan hak sama rata dan sama rasa bagi kumpulan ultra kiasu. Mereka tahu perkara ini tidak boleh dibangkitkan secara terbuka kerana ia boleh dikenakan tindakan di bawah akta hasutan. Mereka sengaja mahu menguji UMNO yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan perpecahan Melayu Islam.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu bahawa konsep sama rata dan sama rasa tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan, walaupun konsep Malaysian Malaysia yang selalu dilaung dan didesak oleh parti ultra kiasu. Ingat, agama Islam agama majoriti masyarakat negara ini. Jika ada 'kelebihan' pada agama Islam, ia bukanlah satu diskriminasi kerana selaku majoriti, Melayu Islam berhak, apatah lagi ia telah dipersetujui melalui kontrak sosial. Tidak perlu dipertikaikan atau dituduh tidak adil.

Untuk mengelakkan daripada parti ultra kiasu ini menjadi bertambah jahat, setidak-tidaknya kita mesti menggariskan formula bagi menyelesaikan kejahatan ini. Formula saya adalah berasaskan kepada pecahan statistik agama dan bangsa di negara ini. Mengikut bancian tahun 2000, anutan agama rakyat Malaysia adalah seperti berikut 60.4 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (12 peratus-Buddha-Taoisme- Konfusius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain). Formula ini boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan bernegara termasuk hak-hak beragama dan sambutan perayaan setiap kaum, bagi mendapatkan keadilan. Formula ini menepati sebahagian maksud keadilan dalam Islam yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya walaupun tidak sepenuhnya.

Atas dasar toleransi, formula ini boleh dikatakan langsung tidak diterima pakai, sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Saya fikir, umat Islam di negara ini amat berlembut dan bertoleransi tinggi. Upacara perayaan keagamaan dan kematian begitu beradab serta mudah. Jalan raya tidak sesak. Kuburnya begitu kecil.

Formula yang saya sebutkan perlu dijadikan panduan. Adakah adil bila mana bilangan orang bukan Islam tidak ramai, tetapi kubur mereka menenggelamkan kubur orang Islam. Pernahkah kita bertanya pandangan orang Islam dan sensitiviti mereka? Mereka yang mempunyai wang akan membina kubur setinggi-tinggi dan seluas-luas serta secantik-cantik kubur dengan patung-patungnya yang didirikan saujana mata memandang. Sedangkan kubur orang Islam, apa jua kedudukannya, kuburnya amat sederhana kerana Islam tidak percaya kepada reka bentuk kubur. Tiada kubur pun tidak ada masalah. Apa yang penting ialah iman dan takwa yang dibawa ke alam kubur atau barzakh.

Contoh lain, seorang profesor Kristian di tempat kerja saya berhujah dengan saya baru-baru ini. Katanya, hak beragama mesti berasaskan formula sama rata sama rasa. Antara contoh yang diketengahkan ialah jika ada kelas baca yasin dan solat Jumaat untuk pelajar-pelajar Islam, maka pelajar Kristian mesti diberikan hak yang sama untuk mempelajari agama mereka dan membawa paderi masuk.

Bacaan

Saya katakan kepada beliau, bacalah kitab masing-masing ketika itu, lagipun bacaan yasin dan solat jumaat bukanlah 'kelas agama' ia adalah tanggungjawab individu Islam. Kalau ada kelas agamapun untuk orang Islam, tidak semesti orang bukan Islam sama keadaannya. Tambahan pula, bilangan pelajar Kristian atau bukan Islam amat sedikit bilangannya, cukup dengan kemudahan yang telah disediakan selama ini. Profesor ultra kiasu ini dengan nada beremosi mengatakan itulah adalah hak mereka yang mesti ditunaikan. Saya jawab, apakah hak mereka selama ini tidak ditunaikan? Apakah kita pernah menghalang mereka untuk ke gereja setiap hari ahad? Jangan bandingkan dengan umat Islam kerana cara ibadat kita berbeza. Keperluan kita berbeza. Begitu juga dengan keperluan sembahyang jamaah.

Justeru, konsep sama rata dan sama rasa hendaklah berasaskan formula yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan pecahan kaum (agama). Marilah kita melakukan perubahan sebelum terlambat. Jangan akhirnya nanti agama kita merempat di bumi sendiri. Ketika itu sudah terlambat.

Lihat pula dalam toleransi politik. Terbaru, Gerakan begitu marah dengan cadangan UMNO agar kerusi pengerusi BN digilirkan di Pulau Pinang kerana UMNO mempunyai kerusi majoriti. Pengerusi Gerakan dan BN Pulau Pinang berkata, kerusi pengerusi BN telah disandang selama 35 tahun. Kenapa perlu diserahkan kepada orang lain? Persoalan saya, jika UMNO boleh korbankan kerusi parlimen Gerik, kenapa tidak Gerakan? Siapakah yang lebih bertoleransi dan bersifat memberi?

Saya masih ingat, setelah sekian lama UMNO bertanding di parlimen Gerik, kawasan majoriti Melayu, tiba-tiba kerusi itu diserahkan kepada Gerakan. Bekas Menteri Besar Perak ketika itu sedih untuk melepaskan kerusi tersebut. Tetapi disebabkan oleh semangat setiakawan dan kerjasama dalam BN, UMNO terpaksa tunduk dan patuh dengan menyerahkan kerusi Gerik kepada Gerakan. Majoriti Melayu terpaksa mengundi bukan Melayu (Gerakan) walaupun pahit. Inilah sifat mulia Melayu Islam. Adakah toleransi ini dihargai? Ibarat anjing menggigit tuannya, masihkah kita ingat bahawa Ahli Parlimen Grik Gerakan inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu itu juga adalah pendatang?

Kenapa Gerakan terlalu kuat menentang? Mereka takut selepas ini kerusi Ketua Menteri akan terlepas kepada UMNO jika ditakdirkan BN memerintah semula. Pokok pangkalnya semua kuasa, kuasa, kuasa dan sikap ultra kiasu. Semua meletakkan kepentingan bangsa di hadapan bukannya kepentingan nasional. Kalau inilah cara pembawaannya, saya fikir, gagasan 1Malaysia terlalu jauh untuk dicapai. Ia hanya akan diperalatkan oleh mereka bersikap musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan. Pada mereka kuasa bangsa mesti dipertahankan walaupun apa jua alasan dan cabaran mendatang. Persoalan saya, siapakah yang sebenar penjahat dan lebih jahat?


Dr.Mohd Ridhuan Tee

Penghuni Gua : Bagus pandangan Dr Ridhuan Tee ini bagi umat Melayu memikirkannya. Adakah bangsa Melayu dan Islam masih belum sedar. Kepada anak muda dan mereka yang akan mengundi pada PRU13, fikirkanlah masa depan anda dan anak anda sebelum mengundi.

2. Jangan perjudikan masa depan anda, anak anda dan agama serta negara kepada parti dan pemimpin yang belum pasti arah tujunya. .......................... Kami yang dah tua ini tidak ada apa nak dikejarkan lagi. Masa yang ada pada kami semua sudah sedikit dan semakin menguncup. Tulisan dan pandangan ini sahaja yang ada untuk diambil ikhtibar pada yang muda untuk difikirkan. Kami tak ada untung apa-apa dan tiada sebarang kepentingan pun.

3. Kami tak dapat satu sen upah pun dengan menulis di blog ini. Yang tentu dapat hanyalah maki hamun orang apabila menulis di blog ini. Tetapi bagi masa depan bangsa, kami luangkan masa dan tenaga dan kudrat mana yang ada bagi menyampaikan pandangan kami yang mungkin berguna untuk masa depan kita semua.

CALON LUAR KELANTAN : PENGGERA SUDAH BERBUNYI !


PAS Kelantan telah membunyikan penggera amaran. Penggera ini untuk penaja kerajaan perpaduan iaitu Tim. Presiden PAS Nasaruddin , Salehuddin ( dok tengah-tengah ) dan Dr Hatta ( ini pun diantara penggerak kerajaan perpaduan ).

2. Inilah amaram bagi ketiga mereka yang berkehendakkan sangat kepada kerajaan perpaduan. Inilah cara PAS Kelantan ( Pusat kekuatan PAS Malaysia ) memberi amaran dan bagi memencenkan tokoh-tokoh yang bersekongkol dengannnya.

3. PAS Kelantan memang di ketahui amat tidak sebulu dengan TGHH. Inilah tokoh yang menggerakkan kerajaan perpaduan. PAS Kelantan sebelum ini pun memang tak sekepala apibila tokoh-tokoh PAS pusat sering dilihat cuba mengajar bagaimana cara PAS Kelantan harus ditadbir. Sebab itu kalangan pemimpin PAS Kelantan kerap menyuarakan dan bersungut secara diam bahawa PAS Pusat yang didokong oleh mereka yang kalah dan tidak pandai menjaga negeri mereka sendiri cuba mengajar PAS Kelantan yang telah begitu lama memerintah. Sementelah pula, sebahagian pendokong kerajaan perpaduan adalah bekasan pemimpin yang gagal mentadbir Terengganu.

4. Tanyalah pemimpin dan ahli PAS di Kelantan, apakah mereka suka dan gemar kepada pemimpin luar ini ? Jawapannya, mereka amat meluat sekali.

5. Jadi kepada 3 YB di atas, dari sekarang, intai-intailah tempat baru dan selamat bagi bertanding di dalam PRU13 nanti. PG rasakan tempat yang paling selamat bagi 3 tokoh ini melarikan diri ialah di Kedah. Sebab itulah PG dengar dari kawan-kawan di Kedah, bahawa pemimpin PAS di Kedah dan bakal YB PAS di Kedah mula panas kepala dan punggung kerana bimbang kawasan mereka akan menjadi korban.

6. Apa pun, penggera sudah berbunyi. Pengalaman PG di Kelantan selama 6 tahun : Apa yang PAS Kelantan cakap , mereka akan buat. TGHH dan semua pemimpin pusat sebenarnya hanyalah patung tak bernyawa kepada pemimpin dan peyokong PAS Kelantan. Ada pun tak ada, tak ada lagi baik. PAS Kelantan menang pun bukannya sumbangan dari mereka ini. Inilah gambaran sebenar sokongan Kelantan kepada TGHH dan pemim[in pusat PAS.

7. Apa komen Mahfuz ? Nak tubuh suruhanjaya DiRaja juga ke ? Kepada Prof Aziz Bari : Senyap je sekarang? dah perit ke. Atau ada komen bahawa ada tangan-tangan ghaib dari UMNO mengenai isu ini ? Nak juga dengar komen dari Prof ini !! He he he he he...

8. He he he he he !@()(*&^%$#$%^&*()(*&^%$#$%^ Tapi pada pandangan PG, baiknya kalau PAS Kelantan ambil aje semua kerusi DUN dan MP PKR di Kelantan tu. Bagus tak cadangan tu ?

Saturday, 26 December 2009

KEMALANGAN EKSPRES SANI : LPKP KATA SUSAH NAK GANTUNG KERANA .......




JOHOR BAHRU 26 Dis. — Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tiada cadangan setakat ini untuk menggantung sementara waktu perkhidmatan bas Sani Express yang terlibat di dalam kemalangan maut berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi tadi yang mengorbankan 10 orang.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, syarikat bas ekspres terbabit bagaimanapun telah diarahkan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

"Mungkin susah sikit untuk meminta syarikat menggantung operasi (bas-bas) mereka berikutan musim cuti pada ketika ini dengan para penumpang telahpun membeli tiket-tiket mereka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : 10 nyawa melayang sia-sia. Namun tindakan pihak berkuasa khasnya LPKP masih teragak-agak.

2. Soalnya apa tanda aras bagi mengantung sesebuah permit bas ekspres? Sekiranya untuk mengantung ekspres Sani tidak boleh dilakukan sekarang dengan alasan cuti sekolah, apakah selepas cuti sekolah baru boleh digantung permit bas ini? Tak terganggu pun masalah pengangkutan sekiranya 1 syarikat bas ini digantung. PG berpendapat Transnasional pun boleh mengambil alih semua penumpang Sani Ekspres sekiranya operasi syarikat ini digantung serta merta.

3. Mungkin Ketua Pengarah ini masih tidor agaknya atau mungkin kemalangan ini tidak melibatkan keluarganya atau anak-anak / saudara pemimpin politik / VIP. Mengapakah permit bas ekspres NAELA boleh digantung serta merta oleh LPKP dahulu? Sehingga sekarang syarikat tersebut terus gulong tikar. Mengapa ekspres Sani begitu kebal. PG setuju dengan JKJR Dato Suret Singh agar syarikat bas ini digantung serta merta permitnya.

4. Isunya di sini , bukan 1 nyawa terkorban tetapi sepuloh. Menteri Pengangkutan jangan cakaplah, kita semua sudah tahu. Dia hanya boleh ucap takziah dari luar negara kepada keluarga mangsa sahaj . Bab Menteri ini kita tolak tepilah.

5. Kepada Ketua Pengarah LPKP, berilah alasan cerdik sikit. Jangan memberi alasan bodoh yang boleh menyusahkan kerajaan kerana alasan yang anda beri itu terlalu bodoh hatta orang kampung pun sukar menerimanya. Ia seolah cuba menyelamatkan syarikat bas ini dan pemiliknya yang dengar katanya ada kaitan seorang pemimpin juga.

6. Kepada LPKP dan Ketua Pengarahnya : keluarlah dari kepompong pejabat anda dan lingkungan anda. Buka minda sedikit. Beranilah buat keputusan. Jangan buat keputusan dan alasan bodoh yang membuatkan masyarakat meluat. Jawatan dan opangkatnya bertaraf JUSA , tetapi pemikiran seperti budak sekolah menengah.

7. Kepada LPKP juga diharapkan no / talian aduan LPKP tersebut juga sewajarnya ditutup atau dipotong sahaj. Ada pun buat semak sahaja. SMS dan telepon pon tak berjawab. Tindakan jauh sekali.

SISTEM KEADILAN JENAYAH : PINDAAN TUDUHAN / KUASA DAN TANGGUNG JAWAB MAGISTRATE


[1993] 2 MLJ 486
Public Prosecutor v Raja Pandian
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL REVISION NO 43–6–93

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 20 APRIL 1993

Citation [1993] 2 MLJ 486


Catchwords:
Criminal Procedure — Preliminary inquiry — Powers and duties of the presiding magistrate — Options open to the magistrate in a preliminary inquiry — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 139, 140, 141, 142 & 143

Criminal Procedure — Preliminary inquiry — Whether proper for magistrate to amend charge and transfer case to sessions court — Penal Code (FMS Cap 45) ss 302 & 304

Words and Phrases — ‘Sufficient grounds for committing’ — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 140(i)

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah didakwa di mahkamah majistret atas satu kesalahan membunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) (‘Kanun itu’) dan siasatan permulaan telah diadakan. Pada penghujung siasatan permulaan itu, majistret telah meminda tuduhan di bawah s 302 Kanun itu kepada tuduhan homisid salah di bawah s 304 dan telah mengarahkan supaya kes itu didengar di hadapan mahkamah sesyen. Pendakwa raya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu penyemakan kerana tidak berpuas hati dengan arahan mahkamah majistret itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Pada penghujung kes pendakwa dalam suatu siasatan awal, majistret mempunyai empat pilihan. Pertama, beliau boleh melepaskan si tertuduh jika tidak ada alasan yang cukup untuk menghukum si tertuduh dibicarakan di Mahkamah Tinggi, dan pelepasan ini tidak bererti bahawa si tertuduh dibebaskan dan pendakwa boleh mendakwa si tertuduh semula melalui siasatan permulaan yang lain di hadapan majistret yang lain.

Kedua, jika majistret mendapati bahawa si tertuduh harus dibicarakan di hadapannya, beliau mestilah merangka pertuduhan yang bertulis dan memanggil si tertuduh untuk menjawabnya. Prosedur guaman terus haruslah diikuti di sini. Ketiga, jika kesalahan itu dilakukan di luar bidang kuasa wilayah majistret itu, beliau boleh mengarahkan supaya si tertuduh dibicarakan di hadapan majistret lain atau jika kesalahan itu melampaui bidang kuasa hukuman beliau, menurut s 100 Akta Mahkamah Rendah 1948, di hadapan hakim sesyen.

Akhirnya, jika terdapat alasan yang memadai majistret mestilah merangka tuduhan dan menghukum tertuduh ke Mahkamah Tinggi. Majistret boleh menyusun semula perkataan tuduhan asal yang dikemukakan oleh pihak pendakwa kerana tuduhan asal itu adalah tuduhan sementaraan sahaja. Tidak ada hak merayu terhadap perintah majistret itu.

(2) Majistret mempunyai bidang kuasa yang tidak terbatas dalam suatu siasatan permulaan apabila membuat pilihan dan haruslah berani serta bebas dan sepatutnya membuat keputusan secara tersendiri mengikut keterangan yang dikemukakan. Undang-undang memberikan kebebasan yang penuh kepada seseorang majistret untuk membuat keputusan berdasarkan keterangan.

(3) Alasan yang mencukupi untuk menghukum si tertuduh bererti bahawa terdapat keterangan yang tidak secara sendirinya sukar untuk dipercayai. Majistret hendaklah menghukum si tertuduh jika keterangan saksi-saksi yang boleh dipercayai boleh menyebabkan si tertuduh disabit jika keterangan itu diterima.

(4) Di dalam satu siasatan permulaan, seseorang majistret mesti merekodkan setiap butiran yang berlaku di atas kertas yang berasingan yang dikenali sebagai nota keterangan dan ia berasingan daripada deposisi saksi-saksi yang direkodkan dalam Borang 149. Juga menjadi tanggungjawab majistret untuk membuat keputusan tentang kebolehterimaan pernyataan beramaran.

(5) Berdasarkan keterangan di dalam kes ini, majistret telah membuat keputusan yang betul apabila beliau meminda tuduhan kepada satu di bawah s 304 Kanun itu dan beliau memang mempunyai kuasa untuk memindah kes ini ke mahkamah sesyen.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes yang dipaparkan. Tq

Friday, 25 December 2009

RAJA PETRA NAK HAPUS DYMM RAJA-RAJA MELAYU : HUKUMAN MATI BAGINYA MENGIKUT UNDANG-UNDANG !



Dipetik dari Blog : Dr Siddiq Azani






To those who had read the above article yesterday have particularly known to Raja Petra’s call to abolish the Raja-Raja Melayu in order to form a new republican country which has no King and Queen. Today I urge the Police and the Attorney General’s Chamber (AGC) to look into possible charge that could be imposed against Raja Petra Kamarudin following his seditious article written here.

Dear Attorney General of Malaysia, Raja Petra’s article has resulted in 54 radical comments which inclined to persuade people to wage war against the Yang Di-Pertuan Agong, and the Rulers of states. With Malaysia Today’s popularity are undisputedly acknowledged as one of Malaysia’s most influential website, this has constitute a threat to the Rulers of Malaysia and to the nation accordingly.

I quote;

“Malaysia will have to change, one day. And then the Malays will also have to change. All those relics of the past would soon enough be removed. But we need time for that to happen. And we are talking about the Raja-raja Melayu. So we have to allow time for the Melayu to be ready to remove their Raja-raja.”

Raja Petra’s intention was very clear to the fact that reasonable man would understand his intention to remove the Rulers by way of criminal force by referring to his article written in Malaysia Today.

Under section 121 of Penal Code Act 574, Raja Petra hereby has wages a war against the Yang di-Pertuan Agong, Malay Rulers and Yang di-Pertua Negeri.

Forget about ISA, forget about his seditious act, forget about his defamation against Datin Seri Rosmah Mansor. I hereby plead the AG to look into this matter. Raja Petra should be charged under section 121 of Penal Code which would sentence him to death or imprisonment for life.


Siddiq Azani,
Faculty of Law UiTM




Penghuni Gua : Raja bacul ini membuat onar lagi. PG amat setuju agar seseorang membuat lapuran polis atau pejabat peguam negara membuat satu lapuran polis berkaitan perkara ini.

2. Kesalahan Raja pengecut ini sudah melebihi had dan tidak boleh dimaafkan lagi. Biarlah Raja Dayus ini dikenakan hukuman mati seperti mana Mohd Amin Al Maunah yang dituduh di bawah seksyen yang sama . Mohd Amin telah menjalani hukuman mati.

3. PG setuju sekali dengan pandangan Dr Siddiq Azani bahawa Raja pengecut ini telah melakukan kesalahan berperang melawan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Kesalahannya amat besar dan jangan sesekali ianya dibiarkan.

4. Jika dibiarkan ianya akan menjadi ikutan kepada pihak lain yang sedia menunggu peluang yang sudah lama diidamkan iaitu untuk menjadikan Malaysia ini sebuah republik.

5. Bertindak segera mengikut undang-undang bagi membawa Raja bacul ini ke tali gantung seperti mana diperuntukkan dalam undang-undang / kanun keseksaan .

6. Pergi jahanam kau Raja bacul dan pengecut. Andalah sehina manusia bernama Melayu. Kepada yang masih muda dan jauh lagi perjalanan hidup di Malaysia ini, fikirkanlah nasib bangsa anda dan jangan sesekali terpengaruh dengan pemikiran Raja bacul ini. Di dunia pun Allah sudah memberikan balasan dan hukuman kepadanya. ( Anaknya menjadi penjenayah ).

DSAI DI SAMAKAN DENGAN NABI LUTH : LIHAT ULASAN ULAMA JAHAT INI !





BUKIT SEGAMBUT, 24 Dis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

"Tidak semua yang diperjara itu bersalah...seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh," jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

"Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya...semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s," jelasnya.

"Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.".....................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sedapnya ulama ini menyamakan DSAI dengan Nabi Allah Luth. Siapa ulama ini yang boleh dengan begitu senang membuat perbandingan dengan nabi Allah Luth? Ulama ini tahu ke fakta sebenar ke s liwat DSAI ?

2. Adakah beliau mengetahui bagaimana kes liwat DSAI yang terdahulu. Sekadar boleh membaca khutbah, baca ayat Quran dan Hadith di depan khalayak maka sudah boleh gulungkan DSAI itu setara Nabi-nabi dan orang alim.

3. Inilah contoh ulama jahat yang hanya mengambil kesempatan bagi tujuan tertentu dan mudah dikaburi dengan nikmat dunia. Sebab itu Allah masih belum izinkan lagi gulongan ini berkuasa di bumi Malaysia hatta di zaman Moden ini pun di seluroh dunia masih belum ada gulongan ini berkuasa penuh dan memerintah mengikut seperti mana impinan mereka.

4. Mengapa? Kerana kalau beginilah sikap ulama dan mereka yang seperti nya, maka rosaklah bumi Allah ini. Hanya dengan mendengar sebelah pihak maka beliau begitu mudah menjatuhkan hukuman kepada pihak satu lagi. Jika orang sebeginilah menjadi pemerintah , maka rosaklah bumi Allah ini. Hukum Allah dan bercakap tentang islam hanyalah mainan di bibir dan cakap ikut sedap hati dan rasa. Adakah ini contoh pewaris nabi?

5. Pada PG , maaflah. Baik ulama ini mahupun ulama yang dipihak satu lagi tu pun, tak ada perasaan hormat langsung PG pada mereka. Mereka bercakap tanpa fakta dan berpihak. Mungkin ini yang di ajar oleh islam cara mereka.

6. Apa kesannya dan persepsi masyarakat terhadap kerajaan dan kes ini serta Saiful sendiri? Ulama ini tak ada akal fikiran atau masih waras lagi atau tidak? Sewajibnya kalau ulama ini ingin mengulas mengenai isu liwat DSAI, beliau sepatutnya berjumpa atau bertanya khabar dengan Saiful terlebih dahulu agar maklumatnya lebih seimbang dan lebih adil.

7. Adilkah ulasan ulama ini? Inilah ulama jahat namanya. Mungkin ulama ini hidup di zaman batu yang masih belum mengetahui kelebihan DNA yang dijadikan Allah untuk kepentingan kita semua umat manusia. Atau memang sengaja untuk beliau memekakkan telingannya.

8. Bab DSAI, PG memang tidak hairan langsung kerana beliau akan menggunakan apa cara pun dan sanggup memperkudakan siapa pun bagi membentuk persepsi masyrakat bahawa beliau tidak bersalah dalam isu liwat. Ulama ini dilihat oleh DSAI boleh digunakan olehnya untuk faedah beliau dalam jangka panjang.

9. PG pada mulanya memang malas nak mengulas isu ini kerana telah diulas oleh Blog Dr Siddiq Azani dan bebarapa blog lain . Tetapi rasa bersalah pula sekiranya PG tidak meluahkan pandangan bagi membetulkan pandangan ulama jahat ini.

10. Mungkin ulama ini tersilap atau mungkin wartawan Harakah Daily tersilap dalam memetik ucapan dan ulasan ulama ini. Mungkin ulama ini mengatakan bahawa kes liwat DSAI ini sama dengan kaum Nabi Allah Luth bukan sama dengan Nabi Allah Luth. Kalau begini , PG setuju benar. DSAI sama dan saling tak tumpah dengan kaum Nabi Allah Luth.

11. Semuga dengan paparan ini, mereka yang masih muda faham kedudukan DSAI yang sebenarnya dan jangan sesekali fikiran anda dipesongkan dengan begitu mudah oleh peliwat ini dan kumpulannya.

12. Kepada Ulama ini : Pesanan PG , kalau tak tahu hujung pangkal dan bukti tiada di tangan baik anda diam. Jika tidak ke neraka lah anda walau sebesar mana pun serban dan jubah yang membaluti tubuh anda.

SISTEM KEADILAN JENAYAH : BEBAN PEMBUKTIAN BAGI KES KESALAHAN PILIHARAYA !


[1993] 3 MLJ 533
Hamad bin Mat Noor v Tengku Sri Paduka Raja & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA TERENGGANU) — ELECTION PETITION
NO 3 OF 1990

Judges LAMIN J

Date 23 JUNE 1993

Citation [1993] 3 MLJ 533


Catchwords:
Elections — Petition — Allegation of corrupt practice — Bribery of voters — Petition to declare election null and void — Standard of proof — Election Offences Act 1954 ss 11, 31, 32 & 33

Elections — Petition — Procedure — Whether ‘rules of court’ include the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Election Offences Act 1954 s 42

Evidence — Election offences — Allegation of corrupt practice — Standard of proof before court of election judge — Balance of probabilities — Election Offences Act 1954 ss 11, 32 & 33

Civil Procedure — Election offences — Petition — Procedure — Court of election judge — Whether civil court — Whether regulated by Rules of the High Court 1980 — Election Offences Act 1954 s 42(1) — Rules of the High Court 1980

Words and Phrases — ‘Rules of court’ — Whether includes Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Courts of Judicature Act 1964 ss 16 & 17 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Election Offences Act 1954 s 42(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Berikutan suatu pilihanraya dewan undangan negeri, pempetisyen telah memfailkan suatu petisyen bagi deklarasi bahawa pimilihan responden pertama adalah batal dan tidak sah atas alasan yang responden pertama, dengan sendiri atau melalui agennya, telah melakukan perbuatan rasuah. Peguambela responden pertama menghujahkan bahawa perbuatan yang dikatakan telah dilakukan itu bersifat jenayah atau kuasi-jenayah, dan oleh itu, standard membukti mestilah sama seperti yang dikenakan dalam kes jenayah, iaitu beban membukti terletak pada pempetisyen untuk membuktikannya sehingga tidak ada keraguan yang munasabah.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak bantahan responden pertama:

(1) Perbuatan rasuah yang dikatakan telah dilakukan oleh responden pertama itu termasuk dalam makna s 32(c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (‘Akta itu’) dan tidak satupun daripada perbuatan yang disebutkan di dalam s 32 Akta itu bersifat jenayah. Jika perbuatan tersebut boleh dibuktikan, itu akan menjadi asas untuk mendeklarasikan bahawa pilihan responden pertama adalah batal dan tidak sah, tetapi tidak ada keputusan bersalah dan tidak ada sabitan.

(2) Mahkamah hakim pilihanraya adalah suatu mahkamah sivil dan pendapat ini diperkuatkan oleh s 33(2) Akta itu, iaitu kuasa hakim untuk memanggil saksi dan mengarahkan supaya mereka bersumpah di hadapannya, adalah seberapa sama yang keadaan membolehkan (as nearly as circumstances admit) seperti seorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang dalam menjalankan bidang kuasa sivil asalnya (original civil jurisdiction).

(3) Untuk memutuskan sama ada sesuatu perbuatan itu bersifat jenayah, seseorang mesti menanyakan soalan sama ada ia melibatkan akibat penal. Perbuatan yang disebutkan di dalam s 32 Akta itu tidak membawa sebarang hukuman dan oleh itu, standard membukti yang diperlukan mestilah sama dengan yang dikenakan dalam prosiding sivil, iaitu pada imbangan kebarangkalian.

(4) ‘Kaedah-kaedah mahkamah’ tidak termasuk Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Kanun itu diperbuat oleh Parlimen manakala ‘kaedah-kaedah mahkamah’ dibuat oleh suatu jawatankuasa kaedah yang dilantik di bawah s 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Kaedah-kaedah itu dibuat untuk mengawalselia kelakuan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung dalam bidang kuasa sivil mereka. Untuk tujuan kes ini, perkataan ‘kaedah-kaedah mahkamah’ di dalam s 42(1) Akta itu mesti bermakna Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.]
Penghuni Gua : PG mohon maaf kerana menyiarkan MLJ yang sama pada pada tadi. PG sedar hal ini dari komen yang dihantar oleh seorang pembaca.
2. Terima kaseh atas ingatan. Sebagai ganti PG buat paparan baru berkaitan kes kesalahan pilihanraya. Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar.

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BERKAITAN JAMINAN / KESALAHAN TIDAK BOLEH JAMIN !


[1992] 1 MLJ 672
Public Prosecutor v Ilamaran
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL REVISION NO 43–7–91

Judges WAN YAHYA J

Date 5 AUGUST 1991

Citation [1992] 1 MLJ 672




Catchwords:
Criminal Procedure — Arrest — Accused charged with trafficking in dangerous drug — Procedures to be complied with by prosecution following arrest under s 39B of the Dangerous Drugs Act 1952

Criminal Procedure — Bail — Non-bailable offence — Accused charged with trafficking in dangerous drug — Accused remanded pending certification of weight of drug by chemist — Whether court could grant bail — Dangerous Drugs Act 1952 ss 39B & 41B Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 388(1)

Criminal Procedure — Charge — Explaining the charge — Accused charged with trafficking in dangerous drug — Weight of drug not certified by chemist — Whether charge could be properly explained to accused — Dangerous Drugs Act 1952 s 39B(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah ditangkap dan dituduh dalam mahkamah majistret mengedarkan dadah kanabis sebanyak 261g. Pertuduhan itu telah dibaca dan dijelaskan kepada si tertuduh tetapi beliau tidak diminta membuat akuan. Si tertuduh kemudiannya telah ditahan bawah pensementara menanti laporan ahli kimia dan keizinan penraya. Si tertuduh telah dikemukakan setiap bulan di hadapan majistret untuk sebutan.

Apabila si tertuduh dikemukakan pada kali yang ketiga, beliau telah memohon mendapatkan jaminan yang telah dibenarkan oleh majistret itu. Pihak pendakwa memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengkaji semula perintah majistret tentang jaminan. Si tertuduh berhujah bahawa kerana berat dadah itu belum diperakui oleh ahli kimia, pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan dengan sepatutnya kepada beliau dan s 39B(4) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’) oleh kerana itu tidak dipatuhi.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Tiada apa-apapun di dalam nota majistret yang menunjukkan sebarang kekusutan dalam menjelaskan pertuduhan itu kepada si tertuduh. Tidak juga dicadangkan di mana-manapun bahawa si tertuduh tidak dapat memahami pertuduhan itu. Hanya jangkaan pindaan berat dadah kanabis yang disebutkan di dalam pertuduhan itu tidak boleh menyebabkan pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan, meragukan atau bagaimana sekalipun cacat.

(2) Dalam sebarang penangkapan yang dibuat sesuai dengan s 39B Akta itu, pihak pendakwa hanya dikehendaki mengemukakan orang yang ditangkap itu di hadapan mahkamah dan perlu memdan menjelaskan pertuduhan kepadanya. Sebaik sahaja prosedur ini telah dipatuhi mahkamah mesti membuat perintah menahan orang yang dituduh itu mengikut peruntukan mandatori s 41B Akta itu.

(3) Tidaklah terbuka kepada pihak pembela atas hanya hipotesis bahawa amaun terakhir dadah itu seperti yang diputuskan oleh ahli kimia itu berkemungkinan kurang daripada amaun dengan mana si tertuduh telah pada mulanya dituduh, untuk memohon mahkamah membenarkan jaminan di bawah s 388(1) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Ini adalah kerana tidaklah lojik dan tak sah bagi si tertuduh mencabar pihak pendakwa membuktikan sebahagian kesnya sebelum permulaan perbicaraan.

(4) Oleh kerana itu tiada mahkamah boleh, dengan maksud mengkuasanya berpunca dari s 388 Kanun itu, membenarkan jaminan kepada sesiapapun yang dituduh atas sebarang kesalahan yang ditentukan dalam fasal (a), (b) ataupun (c) s 41B(1) Akta itu.

(5) Dalam menggunakan kuasa penyemakan mahkamah, perintah majistret tentang jaminan diketepikan dan si tertuduh diperintahdikemukakan dari masa ke semasa di hadapan majistret untuk pengeluaran perintah tahanan selanjutnya sementara menanti analisa oleh ahli kimia itu.

(6) Peguam berhak merujuk satu autoriti bertentangan yang lebih diutamakan daripada yang lain oleh mahkamah berbidang kuasa setara tetapi apabila soalan undang-undang yang sama telah dioleh penghakiman mahkamah yang lebih tinggi, tatkala itu peguam sebagai pegawai mahkamah berkewajipan untuk memberitahu kes itu kepada mahkamah kecuali jikalau dia tidak sedar sama sekali akan kes itu.]

Penghuni Gua : Semuga dengan paparan ini , ia memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. TQ.

Thursday, 24 December 2009

LIWAT DSAI : ASAS PENOLAKAN PERMOHONANNYA OLEH YAA HAKIM !


Utusan Malaysia

Anwar tidak boleh "pancing maklumat" daripada pendakwaan
24/12/2009 6:25pm


PUTRAJAYA 24 Dis. - Seseorang tertuduh yang menghadapi dakwaan jenayah tidak dibenarkan “memancing maklumat” kepunyaan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu pada 6 November ketika membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya dokumen dan maklumat lain yang diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 51 dan 51A Kanun Prosedur Jenayah dibekalkan untuk beliau menyediakan pembelaan terhadap tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam penghakiman bertulis bertarikh 21 Disember yang diperoleh media hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memerintahkan pendakwaan supaya membekalkan dokumen dan bahan berkenaan kepada Anwar.

Mahkamah Rayuan berkata, ia mentafsirkan dengan tegas Seksyen 51 kanun berkenaan dan mengehadkan kuasa budi bicaranya berhubung permohonan untuk memperoleh dokumen berkenaan di peringkat pra perbicaraan.

"Melainkan apa yang diperuntukkan mengikut Seksyen 51A kanun berkenaan, responden tidak berhak untuk memperoleh atau memeriksa keterangan atau bahan yang berada dalam pemilikan pendakwaan sebelum perbicaraan bermula,” kata Hakim Hasan.
- BERNAMA

Penghuni Gua : Itulah asas penolakkanya. Jadi kepada loyar burok di luar tu baca dan fahami dengan teliti. Jangan main serkap jarang aje. Sungai Buloh sudah lama menanti pengunjung ternama.

2. Akan tiba juga harinya. Sabarlah Saiful. Pelandok selalu lupa Jerat . Jerat tak pernah lupa pelandok. Sabarlah Saiful. Sabar.

KEPUTUSAN PMR NOOR SADDAM MARWAN BIN ARIF



Penghuni Gua : Keputusan PMR telah keluar pagi tadi. Anak ketiga PG iaitu Noor Saddam Marwan telah mendapat keputusannya hari ini. Hanya dapat 6 B dan 2 C. Kira ok juga le. Kurang sikit dari adiknya dalam UPSR yang telah mendapat 5 A baru-baru ini.

2. Alhamdulillah . Semuga beliau terus berjaya.

RM 100 B : PELACUR TUA INI JUGA CUBA MENGAJAR TUN MAHATHIR !





Lim Kit Siang tidak tunggu lama untuk menjawab kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyahut cabarannya ditubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan RM 100 billion hangus semasa pentabiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun seperti yang terkandong dalam buku karangan Barry Wain " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ".

Orang kuat DAP itu yang kini berada di Tokyo,Jepun dalam reaksi segera yang ditulis dalam laman blognya sebaliknya mempersoalkan mengapa Dr Mahathir tidak terus saman beliau jika cabarannya itu satu fitnah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Seorang lagi pelacur tua cuba menunjuk pandai. Pelacur tua inilah juga di antara pencetus 13 mei 1969. Sehingga kini masih hidup senang lenang di atas darah berbagai kaum yang bergelimpangan mati dalam peristiwa itu.

2. Sekarang ini, pelacur tua ini cuba mengajar dan mencabar Tun Mahathir pula agar menyamannya sesegera mungkin berkaitan isu bodoh RM 100 Billion iaitu satu dakwaan bodoh .

3. Palacur tua ini sepatutnya cermin muka dan diri beliau dahulu sekiranya beliau dan suku sakatnya cuba mengajar dan mencabar tu. Apa yang dia telah lakukan untuk Malaysia dan rakyatnya?

3. Yang ada hanyalah menyemai semangat perkauman tanpa batas dari dulu hingga kini. Itu sahaja jasanya. Sekarang pelacur tua ini cuba berlagak pandai. Pelacur tua ini juga sekarang ini semakin besar dan bengkak kepalanya setelah menjadi rakan kongsi dan di dakap kemas oleh beberapa pelacur lain dan sebahagaiannya melayu bagi menjahanamkan negara ini atas nama demokrasi.

4. Pelacur ini jugalah yang sering mempersoalkan ketuanan melayu, biassiswa melayu, bahasa melayu dan hak istimewa orang melayu. Pelacur inilah juga yang memperjuangkan Malaysia Malaysian ( samarata untuk semua ). Pelacur ini juga yang mempersoalkan dana pembinaan masjid dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain.

5. Pelacur inilah juga yang cuba menyaman DYMM Sultan-sultan.

6. Banyak lagilah tindakan pelacur sehingga kini. Terlalu banyak. Tetapi yang jelas ia dapat dikumpulkan menjadi satu iaitu semuanya atas dasar perkauman . Kepada semua beliau dan bakal pengundi Melayu / islam, fikirkanlah apa akan dibuat oleh pelacur ini jika memerintah negara nanti.

7. Lihat sahaja apa yang dilakukan di Utara. Apa yang telah orang Melayu dapat dan dibela oleh pelacur ini? Kosong. Fikirkanlah. PG tidak pernah lupa sedetik pun apa yang pelacur tua ini dan partinya buat terhadap negara ini dan orang Melayu. Cuma Melayu bodoh dan pengkhianat sahaja yang sanggup bersekutu dengan pelacur tua ini dan partinya. Bacalah sejarahnya. Kita semua akan tahu.

8. Kepada Tun Mahathir : Teruskan perjuangan anda bagi menentang semua pelacur ini dan sekutunya. Mereka tidak akan ke mana pun walaupun dibantu oleh beberapa pelacur Melayu lain.

9. Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar. Allah sentiasa bersama Tun dan kami semua.

MAHFUZ DESAK TUN MAHATHIR DISIASAT : SUDAHLAH MAHFUZ !

( Hanya sebesar ini sahaja otak si Mahfuz tu )

Harakah Daily


KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sudah le Mahfuz. Siapa kamu nak siasat Tun Mahathir. Kamu tak lebih dari ayam laga yang hanya pandai berkokok untuk orang lain. Kadang-kadang tak ada telur pun. Bersabung pun kalah.

2. Bab 100 B yang didakwa dibelanjakan ( secara peribadi? ) oleh Tun Mahathir : Siapa yang cakap? Hanya berdasar penulis bodoh tanpa fakta dari Asian Journal tu aje tak payah cakap le. ini hanya sekadar menulis tanpa fakta dan hanya penulis upahan sahaja.

3. 100 B yang dibelanjakan sepanjang 23 tahun memerintah oleh Tun Mahathir adalah bagi kesenangan kita semua. Putra Jaya yang nak dirampas oleh PR pun adalah sebahagian dari 100 B tersebut. Ini termasuk lebuhraya PLUS yang menghubungkan kawasan Mahfuz tu. Jika tidak jerangkung pun ada di kawasannya. Tak ada orang nak pergi pun ke kawasan parlimen Mahfuz tu.

4. Perlu ke satu suruhanjaya Di Raja seperti cadangan Mahfuz. Jangan nak menunjuk pandailah Mahfuz. Tubuh sahaja suruhanjaya Di Raja bagi TGNA dan Arifahmi lagi baik dan rasuah haji TGNA dan keluarganya. Itu yang nyata. Perlantikan kroni lagi.

5. Juga boleh tubuh surahanjaya bagi menyiasat Ketua Penerangan PAS Kelantan yang menikah 2 melalui sindikit haram di Selangor ada le juga faedahnya. Apa fungsi an kebaikan Suruhanjaya yang ditubuhkan sebelum ini? Sekadar hanya tempat si Mahfuz dan gengnya melalak dan membuang masa serta tenaga dan wang ringgit rakyat. Hasilnya hampas.

6. Kepada Mahfuz, Sudahlah. Mulut anda ini sebenarnya lebih burok dari pelacur. Cakap benar sahaja. Anda tahu kemana wang tersebut dibelanjakan. Di bawah Tun semua rakyat senang dan dipedulikan. Mahfuz pun terima faedahnya. Anda tahu. Kerana politik anda semua cuba menutup fakta dan berbohong. Jika ada penyelewengan sedikit pun itu adalah bukan salah Tun pun. Itu salah pentadbir dan pelaksananya. Sebahagiannya pun dan terima padahnya.

7. Diam le kamu Mahfuz. Ada kamu pun buat semak politik Malaysia sahaja. Suara kamu dalam PAS pun tak laku dan sering disergah oleh TGNA. Terbaru , desakan anda agar CEO PMBK ( Menantu TGNA ) meletakkan jawatan serta merta pun , TGNA buat sardin sahaja. Jadi kalau Mahfuz nak desak hal nasional pula apa tah lagi berkenaan Tun Mahathir : lupakanlah. Jauh panggang dari api.

8. Buat gelak dik orang aje Mahfuz!!!!!!!!!!!!!!

PETA PELAYAR