FOLLOWERS

Monday 1 February 2010

HELLO AZMIN ALI , SAYA MASIH MENUNGGU PENDEDAHAN ANDA!


Sudah 4 hari masa berlalu. Dan ia terus berlalu. PG setia menunggu dan membaca semua akhbar utama dan blog serta portal berita termasuk dari PR dan PKR untuk mendengar dan membaca pendedahan yang Azmin Ali akan dedahkan.

2. Pendedahan yang dimaksudkan ialah penjenayah pembakar gereja yang mana menurut Azmin Ali dilakukan oleh ahli UMNO. Sebelum ini Azmin berjanji nak dedahkan mereka ini dalam jangka masa terdekat kerana semua butir dan maklumatnya sudah beliau miliki ( dalam poket katanya ).

3. Sekarang sudah 4 hari. Habok pun tak ada. Kalau dengar Azmin Ali cakap hari itu, PG percaya sangat, dalam tempoh 2 hari sudah dan akan mendedahkannya. Maklumlah katanya semua dah ada dikoceknya.

4. Cepatlah dedahkan Azmin. Anda tidak perlu buat lapuran polis. Anda hanya perlu dedah. Dan pihak blogger seperti kami pun boleh buat lapuran polis tentang penjenayah ini jika maklumat benar. Jangan pedulikan pendapat Menteri Hishamuddin yang tidak mahu siasat tentang isu yang bakal dedahkan. Anda dedah dulu maklumat tersebut dengan segera dan pihak bloggers seperti kami akan buat lapuran polis. Polis akan menyiasat. Tidak ada masalah.

5. Jadi kepada Azmin jangan berlengah dan berputar belit. Cepat dedahkan maklumat yang ada dipoket anda. Kami sedang menunggu dan akan terus menunggu...................Kita semua akan terus memantau pendedahan Azmin ini atau pendedahan ini hanyalah satu lagi temberang dari Azmin . Ikut rekod, biasanya temberang sahajalah. Tapi tak apa , PG tetap memantau dan menunggu nya.

6. Kepada pengundi muda, perkara-perkara sebeginilah perlu dikaji dan diikuti untuk mengetahui wajah sebenar pemimpin politik kita. Tak perlu mengkaji isu yang besar-besar kalau nak tahu temberang pemimpin politik ini. Jadi nilaikan dan fikirkanlah....

7. 4 hari lagi PG akan menulis kembali isu ini...................................

3 comments:

  1. Asaalamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 lni antara siri pembohongan & pembodohan ke atas 'bangsa mudah lupa' ini oleh para pemimpin mereka sekarang. Dan ini juga wajah buruk zaman dan keadaan yang sedang disediakan untuk bangsa ini bagi tahun-tahun dan dekad-dekad mendatang oleh para pemimpin ini, jika siri pembodohan dan pembohongan ke atas umat Melayu/lslam ini berterusan. Lihat antara pembodohan yang dilakukan ke atas umat ini:

    2 Pembodohan i]: Apakah selepas ini Kesatuan Kebangsaan MELAYU Bersatu kena dibubaran? Sudah tidak ada orang berkulit sawo-mateng layak untuk jadi ahli. Bangsa 'MELAYU' sudah tidak ada - sirna akibat proses penghapusan etnik ....melalui pendaftaran..

    3 Pembodohan ii] Juga, parti-parti berbasis Melayu/Muslim pun tak perlu lagi ada. Mereka hanya MEMALUKAN ISLAM. Kita lihat beberapa
    bukti atas hal ini:

    Bukti i]: Apabila Allah memberi peringatan, sekaligus amaran keras, agar orang-orang yang
    beriman [kitalah ni...] JANGAN menganbil kaum kafir menjadi aulia' [ketua/teman kepercayaan],
    lihat, apa yang para pemimpin parti-parti politik Melayu/lslam telah lakukan sekarang..! Walhal, [kata Allah] sesiapa yang melanggar larangan ini, Allah JAMIN TIDAK AKAN MENDAPAT
    PERLINDUNGAN & PERTOLONGAN DARIPADA-NYA dalam suatu apa pun. [Lihat al-Quran, Surah Ali Imran [3]: 28). Bersama-sama melanggar larangan ini, bererti bersama-samalah KITA DIJAMIN TIDAK
    MENDAPAT perlindungan dan pertolongan Allah. Na'uzubillah... Larangan Allah disungkur dan remehkan sehina seperti mana mereka memperlekeh ideologi dan pandangan parti2 politik lawan.

    Bukti ii]; Mengimani & mendukung ideologi Sekular-Demokrasi-Kapitalis yg TIDAK bersumber
    daripada wahyu/lslam sebagai landasan & kepemimpinan berfikir politik. Lalu, mengajak pula umat agar mendukung sama ideologi yang diimport dari kaum kafir Barat itu. Di atas ideologi ini pula ditegakkan sistem yg mengatur seluruk aspek kehidupan umat, mencakup aspek politik, sistem bernegara & berpemerintahan, undang-undang, ekonomi, sosial, dsb. Akhirnya, sistem lslam [syari'at] dihumban jauh-jah dari kehidupan real. Dan umat pun ikut... walhal Allah mereka telah dengan terang dan jelas menyatakan bahawa: Agama/ ad-deen [sistem hidup] yang Dia terima & redha [di dunia dan di akhirat] HANYA lSLAM.

    Bukti iii]: Mengambil dan mengamalkan kaedah berpolitik yang menganjurkan perpecah-belahan ukhuwah lslamiyyah. Walhal, Allah mengharamkan dan sangat melaknat perpecah-belahan itu. "...Berpegang-teguhlah kalian dengan tali Allah [lslam], dan janganlah [sekali-sekali] kalian berpecah-belah.." Jelas nyata, seruan ini sungguh-sungguh belum [tidak] diimani ketika umat Melayu dibawa ke dalam dunia politik Melayu/lslam sekarang, seolah-olah ia tidak adakah kaitannya dengan: halal-haram; dosa-
    pahala; redha Allah dan murka Allah; syurga
    Allah dan siksa neraka-Nya. Lalu, kita pun menjatuhkan darjat 'umat terbaik' [khairo ummah] ini ke darjat paling hina; sama dengan kaum yang tidak beriman, kaum yang tidak pernah henti-henti kita nista itu.... Ini sedikit contoh, bahkan ada banyak lagi.

    4 Untuk generasi muda umat Muslim ... apa tawaran bagi mereka ...? Tidak ada yang lain kecuali- kembali kepada SATU KEKUATAN yang pernah memberi kekuatan menjulang kehormatan dan kemuliaan bangsa ini pada era Kesultanan Melayu Melaka, bahkan Melayu seNusantara dahulu - iaitu sistem kehidupan lslami - sistem yang dicontoh-teladankan oleh Rasul ikutan mereka - BUKAN sistem yang didukug oleh mana-mana parti politik kaumnya sekarang ini - sekalipun parti yang berselempangkan selendang lslam... ltulah sistem yang pasti ditegakkan dan didukung oleh Daulah Khilafah.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro, PKR kuat temberang.Siapa percaya dapur tak berasap.

    ReplyDelete
  3. Dia temberang je tu. Tak payah tunggu dia buat pengumuman, sebab memang fitnah pun. Tapi dia fitnah tak apa sebab dia Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR