FOLLOWERS

Sunday 31 January 2010

KEBEBASAN CARA DSAI DAN PR, PKR , DAP, PAS(*&^%$#$*(*&^%$#%^& ENTAH. HANYA LUAHAN KEBIMBANGAN !


Berita TV3 jam 8 : 3 pemimpin Melayu PKR dihadap ke JK Didiplin PKR kerana berbagai kesalahan. Zaharin ( bekas pengerusi PKR PP ), kerana mengkritik KM Lim Guan Eng. YB Zulkifli Kulim, ( kerana membuat repot polis terhadap Khalid Gereja berkaitan penghinaan Khalid Gereja terhadap enakmen Agama Islam Selangor. Zaid Ibrahim ( orang terbijak di Malaysia dan pejuang kebebasan terunggul di Malaysia ) kerana mendesak secara terbuka agar Zul Kulim di ambil tindakan dan disingkir dari PKR.

2. Itulah contoh keterbukaan dan kebebasan yang diperjuangkan oleh PKR dan DSAI. Cakap berdegar tentang kebebasan dan hak asasi. Bila terkena di batang hidung sendiri maka terdedah sejauh mana kebebasan dan hak asasi seseorang diperjuangkan oleh PKR. Zaid? Dua kali lima sahaja. Kritik orang pandai, tetpi bila dikritik tahu pula melenting. Lihat ajelah di dalam UMNO dulu. Cakap berapi-rapi kononnya pemimpin kerajaan tidak bebas dan takut kepada kritikan. Sekarang? Hampas. Beliau lebih teruk.

3. DSAI? Dia amat sayangkan DAP . Sesiapa yang persoalkan DAP khasnya Khalifah Lim Guan Eng , maka padahnya seperti kita tahu semua. Zaharin akan lentok di Pulau Mutiara. Kerana pentingkan sokongan Cina maka pemimpn Melayu juga akan dikorbankan . Itulah DSAI dan PKR.

4. Lihat juga Nasib Zul. Kerana perjuangkan islam juga akan menerima nasib yang sama. Itulah DSAI dan PKR.

5. Adakah parti ini dan pemimpin sebegini boleh menjaga kepentingan bangsa Melayu di masa depan? Harapkan PAS? Apa PAS boleh buat? Nak sebut nak laksanakan hudud pun tak berani. Adakah pernah anda dengar lagi sekarang di dalam Harakah dan ceramah PAS , bahawa mereka akan laksanakan hudud. Tak ada. Hudud hanya mainan dan untuk kepentingan politik PAS sahaja. Juga bolehkah PAS perjuangkan islam dan Melayu islam dengan bersekutu bersama DAP serta PKR yang serba liberal?


6. Maaflah? Kepada pengundi muda! Nilaikanlah wajah sebanar pejuang Malaysia sederhana , islam liberal dan kebebasan serta perjuangan islam dari ketiga-tiga parti dalam PR ini. Adakah akan menguntungkan kita atau bangsa Malaysia keseluruhannya. Hampas. Berdasar pada perkara dann tindakan-tindakan parti ini dan pemimpin parti-parti ini , semuanya akan menjahanamkan negara dan bangsa serta agama kita.

7. Lihatlah apa yang terjadi! Mereka ini semuanya cakap tak serupa bikin. Kebebasan hanyalah untuk mereka sahaja, Malaysia sederhana juga untuk mereka, islam dan hudud juga hanyalah tempat untuk kepentingan politik mereka sahaja. Mereka ini semua hanyalah bercakap. Pandai bercakap. Tak lebih dari itu.

8. Fikirlah pengundi muda. Tindakan PKR hari ini keatas Zul Kulim dan Zaharin , Zaid ( kalau dia kena tindakan lantak le ) , jelas, baik PKR, DAP dan PAS : hanyalah omongan kosong. PAS sendiri pun , nak laksanakan islam dan berteras islam? Ehhmmmmm. Perangai pemimpin mereka dan perbalahan sesama sendiri pemimpin mereka pun lebih teruk dari kita semua. Nak tadbir cara islam? Tak usah cakap le. jauh panggang dari api. Sekadar untuk halua telinga boleh le.

9. Kepada pengundi muda: fikirlah baik-baik. Fikir untuk masa depan anda dan keluarga anda dan generasi anda seterusnya. Memimpin negara ini bukan sekadar bercakap berdegar-degar dan kritik sana, kritik sini , siang malam tak sempat terbit matahari. Tetapi yang lebih penting ialah tindakan dan pelan jangka panjang. Fikirkanlah!!!!!!!!!!!!!

10. Satu lagi perkara yang perlu anda ingati, di mana ada DAP samada ia bergabung dab bersekutu dengan PAS ke , PKR ke atau akan datang dengan UMNO ke, selagi namanya DAP, jangan undilah parti dan pemimpin ini dan pakatan ini. Termasuk sekiranya DAP bergabung dalam BN. Jangan sesekali beri undi kepada BN. DAP tidak akan menguntungkan anda semua. Percayalah. bacalah sejarah dahulu.

11. Fikirkanlah. Fikir baik-baik. Lihat setiap hari. Apa untung nya kita dengan memberikan undi kepada pakatan ini yang ada DSAI, DAP dan agenda yang amat merugikan bangsa. Fikirkanlah.

Nota : Tak tahu nak tulis apa. Tapi rasa nak tulis. Banyak nak tulis. Jadi tulis ajelah tanpa perkara khusus tentang politik. Setidaknya itulah pandangan dan rasa hati PG. Bimbang tentang negara ini dan agama serta bangsa . Maaf kerana kali ini, entah apa-apa tulisan ini. Runsing memikirkan keadaan bangsa PG. Itulah kebimbangan PG sebagai mereka yang lebih tua. Itulah sebabnya tulisan pun jadi tak keruan. Maaf aje le. Fikirkanlah !

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENAMATAN PERKIHIDMATAN ATAS ALASAN MEDICAL BOARD !


[1994] 3 MLJ 391
Syed Mahadzir bin Syed Abdullah v Ketua Polis Negara & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CIVIL SUIT NO 357 OF 1982

Judges VINCENT NG J

Date 18 JUNE 1994

Citation [1994] 3 MLJ 391


Catchwords:

Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement of police inspector on health grounds — Medical report equivocal and ambiguous — Whether compulsory retirement a nullity and void — Pensions Ordinance 1951 ss 8(2)(d) & 10(5)(c)

Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement of police inspector on health grounds — Whether principles of natural justice in dismissal cases also apply to cases of compulsory retirement on medical grounds

Administrative Law — Public servants — Employment status supported by statute — Whether court could grant declaration that termination of service was null and void or that contract of service still subsists

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, seorang inspektor polis, telah dibersarakan di bawah s 10(5)(c) Ordinan Pencen 1951 (‘Ordinan itu’) selepas suatu lembaga perubatan telah mendapati beliau menghidapi penyakit skizofrenia, iaitu suatu penyakit akal. Di dalam suatu laporan perubatan (‘laporan itu’), lembaga perubatan itu telah mengesyorkan supaya plaintif dihentikan perkhidmatannya atas dasar psikiatrik ataupun diberikan jawatan di mana beliau tidak perlu menggunakan senjata api.

Peguambela plaintif berhujah bahawa syor di dalam laporan itu taksa dan oleh itu cacat; dan terdapat suatu pelanggaran keadilan asasi kerana nasib plaintif telah dibincangkan di belakangnya dan beliau tidak diberikan peluang untuk mencabar syor itu.

Plaintif telah memohon untuk, antara lain:

(a) suatu deklarasi bahawa persaraannya sebagai seorang inspektor polis oleh defendan tidak berkesan dan bahawa beliau masih merupakan seorang anggota perkhidmatan awam; dan

(b) suatu perintah bahawa defendan membayar beliau semua tunggakan gaji, elaun dan emolumen lain yang dihutang kepadanya dari tarikh persaraan wajibnya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:

(1) Intipati dan niat sebenar laporan itu adalah bahawa plaintif dibenarkan bekerja sebagai seorang pegawai polis jika terdapat suatu jawatan di dalam jabatan itu yang tidak memerlukan pembawaan senjata api. Oleh itu, kandungan laporan itu taksa dan tidak mempunyai sebarang unsur kemuktamadan sama ada plaintif seharusnya ditamatkan perkhidmatannya di dalam angkatan polis. Oleh demikian, prinsip yang sama seperti yang terpakai di dalam undang-undang jenayah seharusnya diikut oleh defendan, iaitu syor yang lebih memihak kepada plaintif sepatutnya diterima. Oleh itu, persaraan wajib plaintif adalah suatu pembatalan dan tidak sah dan tidak mematuhi s 10 Ordinan itu.

(2) Prinsip keadilan asasi yang sama seperti yang terpakai di dalam kes pemecatan sepatutnya juga terpakai kepada kes persaraan wajib atas dasar perubatan, kerana siasatan yang membawa kepada persaraan wajib itu bersifat kuasi-kehakiman dan mesti mengikut rukun keadilan asasi. Di sini, terdapat suatu pelanggaran rukun keadilan asasi di dalam prosedur yang digunakan untuk membersarakan plaintif dan penggajiannya tidak ditamatkan secara sah.

(3) Walaupun di dalam kes majikan dan pekerja yang biasa, suatu deklarasi bahawa penamatan perkhidmatan itu adalah batal dan tidak sah ataupun bahawa kontrak perkhidmatan itu masih wujud tidak seharusnya dibuat, mahkamah mungkin membenarkan deklarasi yang dipohon itu di dalam kes penggajian atau perkhidmatan awam di mana kakitangan awam itu mempunyai suatu taraf yang disokong oleh statut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi manafaat kepada semua pembaca dan pelajar dan kakitangan awam yang menghadapi dan bakal menghadapi keadaan yang sama. Kes ini boleh menjadi panduan. Tq

MODENAS ELIT UNTUK SANAA !


Penghuni Gua : Ini le motosikal terpakai tahun 2009 yang baru dibeli semalam. RM 1800 aje. Ia sebagai hadiah ( kerana dah janji ) dengan anak di polytechmara Kota Bharu yang dapat gred 3.4 ke atas. Dah dua semester, grednya 3.0 ke atas sahaja. jadi lebur juga le RM 1800.

2. Cukup le dengan mosikal terpakai untuk ulang alik dari rumah sewa ke tempat belajar di Kota Bharu. Nak motor baru anak-anak kena dapat A semua. Tak kira le A- atau A. janji A. Jika tidak pakai aje le motor tu.

3. Anak-anak. Selamat belajar. Jaga diri baik-baik di negeri orang.

(*&^$#)(*&^%$#$*())(*&^%$#$%^&*(&^%$#TAHNIAH


Penghuni Gua : (*&^%$#@#$%^&*()(*&^%$#@#$%^&*)(*&^%$#$%^&*((*&^%$#@#$%^&*(*&^%$#$%^&*(*&^%$#$%()(*&^%$#$%^&*(*&^%$##$BAHAGIA&^%$#@#$%HAYAT..

DAP SELEKEHKAN ZAHRIN ( BEKAS PENGERUSI PKR PP ) : ANDA JUGA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SAMA JIKA..............




January 31, 2010 : 01.08 AM--->


Krisis PKR dan DAP Pulau Pinang menjadi bertambah hangat bila Pengerusi DAP negeri itu ,Chow Kon Yeow hentam balik Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Hashim kerana melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng diktator,chauvinis dan berfikiran komunis . Pengerusinya Chow Kon Yeow Sabtu mendakwa beliau diberitahu oleh Guan Eng bahawa kekecewaan Zahrain berpunca dari kerajaan negeri menolak keputusan pemberian tender mengurus Kelab Golf Bukit Jambul yang diswastakan kepada sebuah syarikat bernilai RM2. Zahrain ialah pengerusi Island Golf Properties. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Padan muka anda Zahrin. dah masuk mulut buaya. Itulah jadinya sekiranya membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan bangsa dan agama.

2. Satu aje soalan untuk Zahrin dan semua pengundi muda Melayu.! Sejak bila DAP ini mengambil berat dan pernah membantu Melayu dan agama Islam sejak lebih 52 tahun merdeka?
3. Fikirkan sebelum kita beralih arah dari yang ada sekarang. Janji memang sedap kalau kita dengar Lim Guan Eng dan DAP bercakap ( Malaysia sederhana ). Juga lebih sedap kalau dengar DSAI dan PKR bercakap ( Islam liberal ). Bertambah sedap kalau dengar TGHH dan TGNA dan PAS bercakap ( PAS untuk semua ).

4. Perlaksanaan? Hampas. Perancangan jangka panjang hanya tersimpan dalam briefcase dan dalam kereta mereka sahaja. Juga ada sedikit di kepala masing-masing , bagi tujuan halua telinga kepada penyokong tegar semasa ceramah. Itu je lah.

5. Fikirkanlah. Apa yang terjadi kepada Zahrin juga tidak mustahil dan sedang terjadi kepada bangsa Melayu jika kita berada di bawah DAP dan PR. Anda hanyalah kuda tunggangan sahaja. Tak kurang dari itu. Nak kata lebih , fikirlah sendiri.

Saturday 30 January 2010

(*&^%$#@#$%^()(*&^%$#$%^&*()*&^%$#


Penghuni Gua : (*&^%$#()(*&^%$#^&*()_)(*&^%$##$%*()(*&^%$#&*()(*&^%$# 987654345678909876543^%$#@#%^&*(

KESIAN : PKR BARU TAHU LIM GUAN ENG KUKU BESI !

( Kita perlu menunggang , bukan menjadi kuda tunggangan dan juga bukan hanya menjadi kekuda untuk mereka bersandar dan diambil kesempatan )




KUALA LUMPUR 29 Jan. - Krisis pakatan pembangkang semakin serius dan merebak ke Pulau Pinang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim secara keras menyerang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Menggambarkan Guan Eng sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis' Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Menegaskan bahawa beliau tidak menyerang DAP, Zahrain menyatakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP akan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang sekiranya masih mengekalkan rentak pentadbiran yang diamalkan sekarang.

"Guan Eng tidak suka dikritik. Dia akan segera melabelkan mereka yang mengkritik itu sebagai ejen Barisan Nasional (BN).

"Malah rakan-rakannya dalam DAP juga tidak boleh membantah apabila beliau mengeluarkan pendapatnya," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Star, semalam.
Kata Zahrain, antara janji-janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan adalah pengenalan pilihan raya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sistem tender terbuka.

"Guan Eng mungkin berat hati untuk mengadakan pilihan raya ahli majlis PBT itu kerana ia akan mengurangkan kuasanya apabila rakyat Pulau Pinang boleh menggunakannya sebagai mekanisme untuk menilai prestasi kerajaan negeri.

"Beliau juga berjanji untuk melaksanakan sistem tender terbuka, tetapi telah membuat proses itu semakin teruk apabila dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender," katanya yang mengakui proses semak dan imbang semasa era BN lebih baik.

Tambah Zahrain, setiap kali beliau mengkritik cara pentadbiran Ketua Menteri yang disifatkan seperti seorang diktator, beliau dituduh menjadi ejen UMNO.

"Saya sudah pasti bukan ejen UMNO. Saya cuma tidak mahu melihat pakatan pembangkang bergerak melawan janji-janji yang dibuatnya sebelum ini.Adalah amat memalukan bagi pakatan pembangkang apabila projek-projek dianugerahkan berdasarkan kepada asas siapa kenal siapa," katanya......................................."Beliau juga gagal membawa masuk pelaburan asing meskipun telah melawat ke seluruh dunia untuk menarik pelaburan.

"Pengundi sedang memerhati. Orang Pulau Pinang amat teliti mengenai perkembangan ekonomi," katanya.

Zahrain juga mempersoalkan kewajaran sebahagian ucapan Guan Eng semasa konvensyen pakatan yang dibuat dalam bahasa Mandarin.

"Sebagai pemimpin dalam pakatan pembangkang, beliau sepatutnya menghormati ahlinya yang pelbagai kaum dan berucap dalam bahasa yang difahami oleh semua," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian juga PG melihat pemimpin PKR Pulau Pinang. Rupanya sudah terantok baru nak terngadah.

2. Mereka baru tahu siapa sebenarnya Lim Guan Eng dan DAP. bagi pengundi muda, inilah contoh dan gambaran sebenar " Malaysia Sedehana " yang DAP dan Lim Guan Eng canangkan untuk lunakkkan telinga kita.

3. PG dah mahir sangat dari dulu. Parti yang amat perkauman ini saling tak tumpah , memmintah dan melaksanakan dasarnya seperti PAP dan LKY di Singapura. Middle malaysia? Ia hanyalah Middle untuk keuntungan mereka sahaja. Mereka tidak pernah sederhana pun. Sebenarnya Malaysia Sederhana hanyalah bagi memerangkap dan menghakis hak Melayu agar terus jatuh ke tangan mereka. Inilah kesederhanaan yang dituntut oleh LGE dan DAP selurohnya.

4. Lihatlah ! Apa yang pemimpin Melayu dari PAS dan DAP samada sebagai TKM1 dan exco atau ADUN serta MP boleh buat di Pulau Pinang? Mereka nak bersuara pun tak berani. Pernah anda semua pengundi muda mendengar suara pemimpin melayu dari dua parti ini di Pulau Pinang menyuarakan permintaan dan desakan bagi kepentingan Melayu? Kosong. Tak pernah sekali pun.

5. Sudah 6 bulan TKM1 Mansor menjadi orang no 2 di Pulau Pinang. Apa yang beliau boleh buat. Pernah dengar suaranya untuk membela maruah dan kepentingan Melayu? Kosong. Hanya terima gaji tiap bula ajelah. harapkan PAS ? Dapat jadi Tim Yang Di Pertua MAIPP pun dah rasa besar sangat dan kemudian menyepi sehingga hari ini.

6. Ada ke pernah kita dengar perancangan dan hala tuju pemimpin Melayu dari kedua parti ini untuk membela nasib bangsa melayu kedengaran di Pulau Pinang atau di DUN ? Kosong.

7. Mereka tak lebih hanyalah seekor belangkas yang telah kehilangan ekor . Terumbang ambing di hempas ombak. LGE hanyalah memberikan belangkas ini makan dan sedikit tempat untuk bertelor dan menyedapkan nasib sendiri.

8. Insaf lah pengundi muda. Fikir masa depan anda. Apa yang telah dilakukan dan masih dilakukan oleh PAP di Singapura telah, sedang dan akan terus dilakukan oleh DAP dan pemimpinnya di Pulau Pinang dan seluruoh negeri jika mereka memerintah. Tiada Malaysia Sederhana dalam otak DAP dan pemimpin nya. Mereka hanya mendesak agar kitalah yang sederhana dalam semua segi.

9. Insaflah pengundi muda. PG hanya pencatat sejarah. Itulah bidang pun semasa di Universiti Malaya dulu pun. Hanya pengkaji sejarah termasuk sejarah Asia. hasilnya, itulah wajah sebenar DAP dan pemimpinnnya.

10. Bermula dari hari ini, PG menyeru agar pengindi-engundi muda terus mentalkin DAP dan pemimpinnya serta PKR dan PAS bagi kesinambungan Malaysia yang lebih harmoni. Lihat ajelah sudah hampir 2 tahun setengah memerintah beberapa negeri : Apa pelan jangka panjang yang ada? Kosong. Setidak pun, kerajaan yang ada yang dipimpin oleh DS Najib ada hala tujunya dan diketahui oleh kita ( walaupun mungkin ada kekurangannya ) melalui GTP yang diumukan semalam. Kerajaan telah pun melancarkan Pelan Transformasi nya. Apa yang PR dan DAP buat? kosong.

11. Yang ada hanyalah menyalahkan orang lain dan mencelakakan pemimpin dan pihak lawan mereka. Itu adalah dan melebihi dari segalanya.

AKU MELAYU : DATO A. KADIR JASIN !

( Mungkin inilah keadaan Bangsa ku Bangsa Melayu yang hanya layak menjadi tempat untuk yang lain memijak dan menggunakannya. Salah ke menjadi Bangsa Melayu ? Ada ke kita mengganggu bangsa lain warga Malaysia? )

Nota : PG juga ada menulis perkara yang sama mengenai perkara ini di KLIK


Dipetik dari Blog : The Scribe A Kadir Jasin

Thursday, January 28, 2010


MAAF cakap, saya bangga jadi orang Melayu. Walaupun kadangkala saya malu dengan sikap, tabiat dan pencapaian sesetengah orang Melayu apatah lagi apabila orang Melayu dikaitkan dengan rasuah dan kemalasan, namun saya tetap bangga jadi orang Melayu di Malaysia.

Saya yakin orang Cina pun bangga jadi orang Cina dan orang India pun bangga jadi orang India. Tidak mengapalah kalau ramai generasi muda India dan Cina meminjam nama orang putih walaupun mereka bukan Kristian dan tidak boleh berbahas Inggeris dengan baik. Dalam suasana tiru meniru cara Malaysia ini, orang muda Melayu pun terikut-ikut guna nama Inggeris.

Justeru itu saya tetap akan mempertahankan identiti Melayu dalam Kad Pengenalan dan dokumen-dokumen rasmi lain. Lagipun, identiti Melayu itu mengesahkan saya sebagai seorang Muslim, Bumiputera dan tidak makan daging babi atau minum arak.

(Baru-baru ini saya makan di sebuah restoran canggih di Bangsar. Saya minta spageti dengan kepah. Tapi ada chardonnay. Jadi saya tanya, chardornnay betul atau ala Malaysia. Dia kata betul. Jadi haramlah. Tapi spageti dengan kepah boleh dimasak tanpa arak. Ajaibnya di Malaysia ni, benda haram pun boleh jadi halal dengan menukar bahan. Maka bacon yang asalnya daripada daging babi, tapi di Malaysia dihalalkan dengan menggunakan daging lembu atau ayam Belanda.)

Oleh sebab itu saya tidak setuju sama sekali dengan cadangan kerajaan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Bernama memetik Pelan Hala Tuju (PHT) Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak hari ini sebagai berkata:

“Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.”

Am I Malaysian just because I am proud being a Malay. Adakah cinta saya kepada Malaysia hambar dan kosong kerana saya mahu kekal sebagai seorang Melayu dan mahu identiti Melayu saya itu direkodkan?

Saya tidak peduli kalau orang Cina, India, Iban, Kadazan yang semua yang lain tidak mahu menyatakan afiliasi kaum mereka dalam Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil Mati, Sijil Nikah, geran tanah dan segala macam lagi dokumen rasmi Kerajaan 1Malaysia. Itu hak mereka.

Mana tahu orang Cina dan India Malaysia tidak lagi bangga dengan asal usul etnik mereka dan mahu jadi bangsa 1Malaysia.

Saya mahu identiti Melayu saya diketahui dan diakui kerana saya adalah anak peribumi Tanah Melayu, satu bangsa dari Kepulauan Melayu (the Malay Archipelago) dan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.

Takdirnya saya mati di tepi jalan dan sesiapa pun menemui jasad saya yang kaku itu mereka akan tahu saya seorang penganut Islam apabila mereka melihat bangsa saya tercatat sebagai Melayu.

Sesungguhnya saya cukup sedih dan gusar apabila satu demi satu, sedikit demi sedikit apa sahaja yang mengaitkan orang Melayu dengan bangsa, negara dan hak asasinya semakin hari semakin dihakis.

Membuang pengenalan bangsa dalam borang dan dokumen rasmi seperti dicadangkan itu adalah satu lagi contoh ke arah penghapusan identiti Melayu sebagai bangsa induk, bangsa peribumi dan bangsa majoriti di bumi Malaysia ini.

Adakah semata-mata kerana orang bukan Bumiputera “rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram” terhadap Dasar Ekonomi Baru maka saya, sebagai orang Melayu, tidak lagi berhak menyatakan identiti bangsa saya?

Kalau orang bukan Bumiputera rasa kehilangan hak, diskriminasi dan rasa geram kerana mereka beranggapan DEB tidak menguntungkan mereka, apakah semua orang Melayu dan Bumiputera puas hati dengan dasar itu?

Adalah satu kesilapan yang sangat besar menganggap Melayu dan Bumiputera tidak tahu bahawa yang lebih ramai menjadi kaya raya dan senang lenang akibat DEB adalah orang bukan Bumiputera.

Jadi, tolonglah jangan kacau saya kalau saya bangga jadi Melayu dan mahu kebangsaan saya direkodkan secara rasmi. Terima kasih.

Untuk makluman lanjut mengenai PHT yang diumumkan oleh menteri perdana itu, sila baca rencana berikut dari Bernama yang saya siarkan sepenuhnya tanpa suntingan:

Era Baru Bagi 1Malaysia Dengan Transformasi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Negara akan membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ini akan mendorong kepada bentuk ekonomi moden yang pesat, masyarakat yang bersatupadu dan kerajaan berwibawa bagi menangani isu-isu seperti penghijrahan keluar tenaga pakar, modal dan penyertaan positif dari semua kaum, menurut Pelan Hala Tuju GTP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Misi perpaduan kita bukan sekadar demi keharmonian dan hubungan baik semata-mata sebaliknya apa yang penting ialah pembinaan sebuah negara Malaysia yang produktif dan berdaya saing serta pencapaian Wawasan 2020.

"Meskipun perjalanan kita menuju Wawasan 2020 mungkin sukar, kita yakin faedahnya lebih besar memandangkan kepelbagaian budaya yang terhasil dan kelebihan persaingan yang lebih banyak yang diwujudkan oleh pendekatan ini," katanya dalam laporan pelan itu.

Pelan itu menekankan pentingnya menggalakkan integrasi menerusi inklusif dalam mengurus polariti antara asimilasi dan pemisahan dalam masyarat pelbagai etnik di Malaysia.

"Sebagai negara, banyak isu yang dihadapi dan dikenalpasti oleh rakyat sebagai penting adalah polariti seperti antara kaya dan miskin, muda dan tua dan merentas agama, bangsa dan wilayah," katanya.

Penyampaian enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP akan mengurangkan ketidaksamaan dan mengurangkan perasaan tidak puas hati yang kadangkala dicetuskan dalam terma perkauman, katanya.

Enam NKRA adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pendidikan, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

Pelan itu menyebut pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB) telah mendorong kepada 'beberapa hasil yang tidak diingini', antaranya rasa kehilangan hak, diskriminasi dan malah rasa geram yang dirasai oleh bukan Bumiputera, yang disebabkan oleh sikap sesetengah pegawai di agensi-agensi tertentu.

Terdapat juga jurang pendapatan di kalangan masyarakat Bumiputera, menyebabkan rasa tidak puas hati semakin meningkat di kalangan segmen tertentu dalam masyarakat.

Faktor-faktor ini telah mendorong banyak rakyat Malaysia, terutamanya golongan profesional untuk bekerja dan tinggal di luar negeri serta penghijrahan bakat semakin bertambah serius.

Ditambah dengan penubuhan Ekuinas, dana equiti swasta untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, dan sektor kewangan dan 27 sekter kecil telah diliberalisasikan, lebih banyak inisiatif sedang dirangka sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang dijangka diumumkan pada suku pertama tahun ini.

Kerajaan juga akan menaiktaraf kualiti sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan kepada semua pelajar dengan peruntukan kepada bahasa ibunda komuniti masing-masing menjadi antara langkah menangani sektor pendidikan dan perpaduan negara di bawah 1Malaysia.

Inisiatif lain termasuk mewujudkan sekolah asrama 1Malaysia dengan pelajar pelbagai kaum dan pemberian biasiswa kebangssan mengikut merit untuk pengajian di universiti antarabangsa.

Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Ia juga dicadangkan supaya lebih ramai orang Cina dan India digalak menyertai perkhidmatan awam manakala pegawai Bumiputera yang berasal dari Sabah dan Sarawak akan dinaiktaraf.

Posted by A KADIR JASIN at 3:48 PM

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / JUSTICE DELAY IS JUSTICE ‘DENIED !


[1994] 1 MLJ 382
Tan Hun Wah v Public Prosecutor and another appeal
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NOS 106 OF 1988 AND 107 OF 1988

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ

Date 15 DECEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 382


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Trafficking in dangerous drugs — Frequent adjournments — Delays in trial and providing grounds of judgment — Whether prejudice caused to appellants — Appropriate remedy — Dangerous Drugs Act ss 6 & 39B — Courts of Judicature Act 1964 s 60

Criminal Procedure — Trial — Trafficking in dangerous drugs — Onus of proof — Onus on prosecution to prove beyond reasonable doubt — Onus placed on defence to clear judge’s doubt — Whether fatal

Evidence — Burden of proof — Trafficking in dangerous drugs — Failure of prosecution to call witness — Whether onus on defence to clear doubts created in judge’s mind

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah dituduh bersesama atas kesalahan mengedar candu mentah yang dikatakan telah berlaku pada 8 Februari 1984. Pembelaan kedua-dua perayu adalah bahawa mereka cuma merupakan pembawa tanpa pengetahuan tentang dadah itu. Mereka menafikan bahawa mereka telah mengedar dadah dan menyalahkan seorang yang bernama Akuaili Singh, yang telah ditangkap pada 8 Februari 1984 tetapi sejak itu telah menghilangkan diri. Dari tarikh mereka ditangkap pada tahun 1984, perayu telah terus ditahan sehingga 30 Oktober 1988 apabila mereka didapati bersalah, disabit dan dihukum mati di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’).

Perbicaraan itu telah mengambil masa hampir sembilan bulan enam hari, oleh kerana beberapa tangguhan kes itu. Juga terdapat kelengahan hampir tiga tahun tiga bulan sebelum alasan penghakiman hakim perbicaraan kes itu dibekalkan pada Februari 1992. Dalam alasan penghakimannya, hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan kegagalan pihak pendakwa untuk memanggil Akuaili Singh sebagai seorang saksi atau menawarnya kepada pihak pembelaan. Perayu telah membuat rayuan.

Isu utama untuk diputuskan adalah sama ada kelengahan dalam perbicaraan dan dalam pembekalan alasan penghakiman telah memudaratkan perayu, dan jika ya, apakah remedi yang sesuai yang patut diperintahkan oleh mahkamah untuk membetulkan atau meringankan kemudaratan atau ketidakadilan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Peraturan am bahawa ‘keadilan dilengahkan adalah keadilan dinafikan’ (‘justice delayed is justice denied’) tidak bermakna bahawa setiap bentuk kelengahan seharusnya mentaksahkan keseluruhan prosiding. Bagaimanapun, prinsip perbicaraan yang adil harus terpakai dengan lebih ketat lagi di mana kelengahan keterlaluan itu disebabkan bukan oleh pihak pendakwa tetapi oleh mahkamah perbicaraan sendiri. Jika fakta sesuatu kes mewajarkannya, di mana terdapat kelengahan panjang dalam pembekalan alasan penghakiman, sesuatu mahkamah rayuan akan bersedia menerima pengataan kemudaratan atas dasar bahawa bukan sahaja terdapat kemungkinan besar tanggapan hakim perbicaraan mengenai tingkahlaku saksi akan terkabur, tetapi juga kelengahan itu akan meninggikan kemungkinan peninggalan pada pihak hakim perbicaraan untuk bertindak terhadap fakta dan isu material dalam alasan penghakimannya, yang mungkin memihak kepada perayu.

(2) Pihak pendakwa patut dipersalahkan kerana tidak memanggil Akuaili Singh sebagai seorang saksi untuk menjelaskan dirinya atau menyediakannya kepada pihak pembelaan dan kelengahan itu mestilah merupakan antara sebab yang menimbulkan peninggalan padah hakim perbicaraan untuk mempertimbangkan perkara ini. Beban yang terletak pada pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwa. Oleh itu, hakim telah membuat kesilapan di sisi undang-undang apabila meletakkan beban ke atas pihak pembelaan untuk menerangkan kelakuan Akuaili Singh berkaitan dengan tuduhan mengedar dadah itu. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa tidak ada beban yang terletak di atas pihak pembelaan untuk menerangkan sebarang keraguan yang timbul dalam fikiran hakim, dan tanpa kehadiran Akuaili Singh untuk memberi keterangan, undang-undang memperuntukkan supaya keraguan itu diputuskan memihak kepada perayu.

(3) Atas fakta kes ini, kemudaratan telah secukupnya ditunjukkan oleh nota keterangan dan alasan penghakiman akibat daripada kelengahan bukan sahaja dalam perbicaraan itu sendiri tetapi juga dalam pembekalan alasan penghakiman. Mengikut s 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, sabitan di bawah s 39B Akta itu dibatalkan dan diganti dengan sabitan di bawah s 6; dan hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukum penjara seumur hidup dengan enam sebatan rotan setiap orang di bawah s 39A Akta itu.

Obiter:

(1) Selepas tangguhan pertama, penetapan sambungan kes itu selama lima atau enam hari berturut-turut sehingga penyelesaiannya adalah lebih realistik walaupun ia mungkin melibatkan penangguhan kes lain yang telahpun disenaraikan untuk perbicaraan. Jika tangguhan tidak dapat dielakkan, ia patut merupakan tangguhan yang singkat supaya tidak memanjangkan tempoh keseluruhan perbicaraan itu. Penangguhan sine die sesuatu kes jenayah yang telah dibicara sebahagian atau penangguhan sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan tidak boleh diterima, kerana amalan seperti itu pasti akan mengakibatkan kelengahan melampau dalam pentadbiran keadilan dan menjejaskan kualiti serta kebolehpercayaan penghakiman mahkamah mengenai penilaian keterangan itu.

(2) Hujah bertulis adalah berguna terutamanya mengenai isu undang-undang, tetapi mempunyai kelemahan yang sama seperti alasan penghakiman yang dilengahkan berkenaan isu fakta. Kecuali jika benar-benar diperlukan, mahkamah patut mendesak supaya hujah lisan dibuat dalam perbicaraan jenayah, apabila keterangan masih segar dalam ingatan semua yang berkenaan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini ,memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Ia juga berkaitan dengan perbicaraan liwat DSAI yang berkaitan isu yang sama ia itu sering ditangguhkan dan dilewatkan. Fikir-fikirkanlah. Kes ini ada signifikannya dengan kes liwat DSAI tersebut . Ia juga berkaitan beban pembuktian dan standard pembuktian " melampaui keraguan menasabah ".

2. Keadilan untuk Saiful . Amin.....................................

Friday 29 January 2010

LIWAT DSAI : GAGAL LAGI !! SEMUA PERLU BERSEDIA !!!




TERKINI Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan bagi persiapan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa ini.
Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong, yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan Anwar dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bungkus lagi DSAI. Kepada semua pihak : selepas ini standby le siapa yang nak jadi pembekal wheel chair kalau boleh yang ada remote . Juga boleh jadi pembekal sarung tengkok. Nak kena sediakan banyak-banyak sarung tengkok. Kerana perbicaraanya mungkin panjang.

2. Tukang-tukang urut semua, boleh juga standby , kerana DSAI mungkin akan sakit lutut dan sakit belakang.

3. Kalau boleh maklumkan juga kepada semua Duta-duta dan kedutaan asing di Malaysia agar 2 feb 2010 ini, agar mereka sediakan satu bilik khas untuk DSAI di kedutaan masing-masing. Jadi kalau dia lari mengejut, tak le susah-susah pihak kedutaan menyediakan keperluan tersebut. Juga dalam bilik itu kena ada whell chair, sarung tengkok dan tukang urut. DSAI memang suka urut mengurut ini.

4. Di Thailand tahun 2009 pun di urut di Bangkok. Masuk TV Thai lagi. Lentok!!!! Jadi boleh le urut tulang belakang dan lututnya yang terlalu sakit dulu iaitu semasa kes liwat pertamanya dulu. Sediakan juga tukang papah DSAI untuk berjalan. Yang baiknya si Shamsul AMK atau pun boleh juga tukang papah yang yang lama dan setia iaitu si Azmin Ali. Dialah dulu yang ke hulu ke hilir memapah DSAI. DSAI ini kena papah semasa bicara aje. Dalam penjara dan dalam hospital tak perlu. Sakitnya dengan sendiri akan hilang. Sakit tengkok pun boleh hilang serta merta. he he he. !!!

5. Aiiiya. Ada fening sikit ini hali oooo. Itu kena tulis itu macang oo. Ada syok jugak tulis ini macang. Ini Aduka punya hat la. Gua sudah suka tulis ini macang. Aiii yaa.

6. Fikirkan wahai orang muda. Jangan tertipu lagi..................

TAIPUSAM : ITU PUN DR XAVIER MAIN POLITIK !





Kerajaan negeri Selangor diarah merobohkan pentas yang telah disiap-dibina untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves .

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar (bawah) berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hoi tambi. Mahu sembahyang pun masih mahu main politik ka? Pakai otak lah tambi. Itu pentas, polis kasi alih, sebab mahu jaga itu keselamatan lah. Itu pengurusan kuil Bt Caves sudah tahu lah dan sudah setuju lah itu alih khemah punya pasal.

2. You aaa, nama saja Dr. Tapi otak langsung tarak. Ada gaduh ka, curi ka, nanti lu jugak sibok-sibok , cakap polis tarak kerja. Aiiiya. Molo punya olang. Ini macang olang pun ada ka!!!! Keselamatan punya hal , ini tambi mahu politik juga. Polis mahu kasi ini orang India sembahyang dengan aman la. Itu sebab banyak ribu itu polis pergi sana. Ini tambi aaaa, masa sembahyang pun mahu main politik. Apa dahhhh ini Dr. Tarak otak punya Dr.


3. Molo, Molo punya olang, molo punya Dr. Semua mahu politik. Mungkin otak Dr ini sudah kering macam gambar otak di atas kot.

Nota : Nak belajar juga sikit-sikit cara bahasa Aduka Taruna! he h e he he he!!!

MAAF ADUKA : PANDANGAN DR ABDUL RANI KAMARUDDIN UIAM!


Salam pembaca sekalian;

Didalam sistem keadilan jenayah negara, penyiassatan amnya adalah kuasa polis (seksyen 3(3)Akta Polis), kuasa pendakwaan adalah hak Peguam Negara (artikel 145(3) Perlembagaan dan sekyen 376 kanun Prosedur jenayah) mahu atau tidak mendakwa. Hakim hanya "mendengar dan memutuskan" dan dalam menjatuhkan hukuman, itu kuasa budibicara hakim.

Jika sabit kesalahan (beban undang-undang bahawa OKT salah adalah dibahu Pendakwa), permohonan maaf terbuka OKT adalah faktor peringan kepada hukuman. Apapun prinsip hukuman yang utama adalah kepentingan awam (public interest). Dalam hal kenyataan menghina Ketua Negeri (Sultan)mohon maaf tidak begitu membantu meringankan hukuman kerana hukumannya hendaklah berbentuk pencegahan (deterrent sentence).

Jalan keluar adalah mohon keampunan (ampun Tuanku) daripada yang DiPertuan Agung. Pepatah melayu, terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata fikirlah sendiri. Pandangan peribadi saya.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
UIAM

Thursday 28 January 2010

PELAN TRANSFOMASI KERAJAAN : PERKATAAN BANGSA / BANGSA MELAYU AKAN HILANG !


( Hari-hari yang semakin kelam )


Dalam Pelan Transfomasi derajaan ( GTP ) yang diumum oleh PM hari ini, PM ada mencadangkan agar agar penyataan bangsa dalam borang kerajaan akan dihapuskan bagi tujuan memupuk kerajaan 1Malaysia. Penyataan bangsa hanya semasa banci dan dan perangkaan sahaja akan dibenarkan.

Ini PG dengar melalui berita Terkini TV3 sebentar tadi. Dengan lain perkataan Bangsa Melayu akan hilang lagi. Bab ini PG tidak setuju sama sekali. Bangsa lain muka setuju dengan cadangan ini tetapi bukan PG yang berbangsa Melayu. Banyak sebabnya. Ini bermakna dalam Mykad juga akan hilang perkataan Bangsa : Melayu.

3. Selepas ini apa lagi yang ada nama melayu akan dihapuskan. Mungkin yang tinggal untuk bangsa Melayu dalam 10 tahun akan datang atau kurang dari itu ialah hanya " Baju Melayu " .

4. Kepada PM, jangan terlalu liberal dalam perkara ini. Ada perkara yang perlu diubah. Ada perkara yang perlu dikekalkan. Bukan perihal bangsa seseorang yang perlu diubah. Tak ada signifikannya. . PG bangga dengan Bangsa Melayu PG , walau dalam keadaan apa pun. Memupuk 1Malaysia bukan dengan menghapuskan penyataan bangsa seseorang khasnya Melayu. Melayu pemilik asal tanah ini.

5. Apa lagi selepas ini. Masih belum puas lagi pihak-pihak ini untuk merobek perkara yang berkaitan Melayu?. Apa dosa perkataan Melayu?

6. AKU TETAP BANGSA MELAYU. AKU TETAP BANGSA MELAYU, AKU TETAP BANGSA MELAYU. Berdosakan aku menjadi Bangsa Melayu?

7. Kepada PM: Fikirkanlah semula perkara ini. Banyak implikasinya dalam jangka panjang.

BAKAR GEREJA : YB AZMIN! DEDAHKANLAH JIKA DAH ADA BUKTI !



Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit
Jimadie Shah OthmanJan 27, 104:46pm


Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.

"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada Azmin Ali, kalau dah ada bukti tentang penjenayah yang bakar gereja tu , tunggu apa lagi. Kemukakan dan dedahkanlah cepat. Boleh juga bantu pihak polis selesaikan kes ini. Ini perkara keselamatan. Ia tanggung jawab semua rakyat Malaysia.

2. Jangan cakap aje. Nak dedah, nak dedah, ada bukti, ada bukti. Sudahnya , habok pun tak ada.

3. Tunggu apa lagi Azmin. Cara anda cakap tu, macam dah lengkap semuanya. Dedahkanlah. kami nak juga melihat penjenayah ini. Kalau boleh PG nak pergi ludah muka penjenayah ini.

4. Politik, politik juga Azmin. Bab ini tak usah nak berpolitik le. Kalau ada , lekas-lekas dedahkan. Jangan nak dedah, nak dedah, tapi sampai ke PRU13 tak dedah juga.

5. PG akan terus ikuti pendedahan Azmin ini. Yang pasti: TEMBERANG AJE LEBIH. DNA xxxxxx pun tak selesai dan tak berani selesaikan .DNA lagi senang. Pergi pathlab terus boleh sahkan DNA xxxxx. Itu pun takut. Menyampah! Cakap lebih-lebih buat apa Azmin. Dedah aje.

Nota : Kepada pengundi muda : anda lihat dan ikuti lah perkara ini. Semuanya temberang. Tak percaya? percayalah!

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KAWAD CAM / KETERANGAN RAKAN SEJENAYAH !


[1994] 2 MLJ 290
Public Prosecutor v Sarjeet Singh & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL APPEAL NO 51–241–92(90)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 26 FEBRUARY 1994

Citation [1994] 2 MLJ 290



Catchwords:

Evidence — Identification parade — No identification parade held — Accused unknown to complainant — Whether identification parade necessary — Effect of failure to hold identification parade

Evidence — Accomplice — Corroboration — Conviction based on uncorroborated testimony of accomplice — Whether illegal — Approach taken by the courts — Evidence Act 1950 s 133

Evidence — Accomplice — Corroboration — Accomplice giving evidence for the prosecution — Whether corroboration necessary for every factor of prosecution case — Whether corroboration only necessary for material parts of accomplice’s evidence

Evidence — Accomplice — Credibility — Considerations to be taken into account
Evidence — Accomplice — Corroboration — Whether necessary where evidence was unreliable

Bahasa Malaysia Summary:

Responden telah dituduh bersesama di Mahkamah Majistret, Taiping atas tuduhan merompak seorang pemandu teksi, bersama seorang rakan sejenayah lain yang bernama Mustafa bin Ali (‘Mustafa’). Mustafa telah terlebih dahulu membuat akuan bersalah, disabit dan kemudiannya memberi keterangan bagi pihak pendakwa. Majistret berpendapat bahawa Mustafa merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan membebaskan responden. Pihak pendakwa telah membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tidak terdapat bukti bahawa pemandu teksi itu kenal responden sebelum rompakan itu dan pemandu teksi itu tidak pada sebarang masa mengecam responden dan Mustafa sebagai orang yang melakukan kesalahan itu. Di mana orang yang dituduh tidak sebelum itu dikenali oleh saksi-saksi, adalah perlu mengadakan suatu perbarisan cam. Oleh itu, pihak polis seharusnya mengadakan suatu perbarisan cam untuk membolehkan pemandu teksi itu mengecam perompaknya. Kegagalan untuk membuat demikian menimbulkan syak bahawa pemandu teksi itu tidak mungkin mengecam responden dan Mustafa. Ketiadaan suatu perbarisan cam, walaupun ianya tidak menjadikan perbicaraan itu tidak sah, adalah suatu ciri yang sangat penting apabila mempertimbangkan kebolehpercayaan saksi-saksi mengenai perkara pengecaman.

(2) Mustafa telah mengaku bahawa beliau telah bercakap bohong atas sumpah dan adalah betul untuk majistret memutuskan bahawa beliau merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai.

(3) Sebagai seorang rakan sejenayah, mahkamah berhak menganggap bahawa Mustafa tidak boleh dipercayai kecuali jika beliau disokong dalam perkara yang penting. Walaupun s 133 Akta Keterangan 1950 menetapkan bahawa suatu sabitan tidak menjadi tidak sah hanya kerana ia berdasarkan testimoni seorang rakan sejenayah yang tidak disokong, mahkamah secara konsisten telah memutuskan bahawa alasan keputusan itu mesti menunjukkan kesedaran mengenai bahaya yang terlibat apabila membuat suatu sabitan sedemikian.

(4) Sokongan keterangan seorang rakan sejenayah tidak semestinya bermakna sokongan bebas mengenai setiap faktor kes itu terhadap tertuduh. Adalah mencukupi jika sokongan itu menyokong suatu bahagian material di dalam cerita rakan sejenayah itu yang mengaitkan tertuduh dengan kesalahan yang dituduh itu dan menolong mengesahkan identiti tertuduh.

(5) Kebolehpercayaan seorang rakan sejenayah mesti dihakimi secara berasingan, sama seperti saksi yang lain, dengan menggunakan pertimbangan yang sama tetapi dengan faktor tambahan iaitu bahawa beliau merupakan seorang rakan sejenayah. Mahkamah mesti membuat penilaian mengenai keadaan itu dan mempertimbangkan siapa dan apa saksi itu, tingkahlakunya, perawakan, jenis, kualiti dan isi keterangannya secara tersendiri dan berkaitan dengan kesemua keadaan kes itu. Walaupun Mustafa merupakan seorang rakan sejenayah, beliau masih merupakan saksi yang kompeten dan dengan demikian, keterangannya mesti dipertimbangkan dan diperiksa dan tidak diketepikan begitu sahaja tanpa dihakimi dan dipertimbangkan.

(6) Majistret telah mempertimbangkan keterangan Mustafa secara keseluruhannya dan membuat kesimpulan bahawa beliau merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai, dan di dalam kes sedemikian, soalan mengenai sokongan keterangannya tidak timbul. Mahkamah tidak boleh menyalahkan pendekatan yang diambil dan dengan demikian rayuan itu ditolak.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberikan menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami Sistem Keadilan Jenayah negara. Tq

Wednesday 27 January 2010

MAAF ADUKA : YB DR RAIS DAH KORNER BARING PULAK DAH ! LETIH ! LETIH !





KUALA LUMPUR 27 Jan. – Penulis blog Anduka Taruna yang disiasat atas dakwaan menghina institusi diraja Johor perlu melakukan permohonan maaf secara formal iaitu di hadapan hakim yang membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pertimbangan mengenai dakwaan serta permohonan maaf itu bagaimanapun tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara hakim terbabit.

“Yang perlu ditekankan di sini ialah pendakwaan akan tetap berjalan seperti biasa, orang yang didakwa itu juga boleh memohon maaf kepada institusi diraja terlibat namun ia terserah kepada kerabat-kerabat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

Penghuni Gua : Pulak dah. Rais dah mula korner baring. Flip flop lagi. Letih, letih. Cukuplah pak-pak Menteri ini bercakap seperti ini. Tindakan tu yang perlu. Bab minta maaf pada YAA Hakim atau merayu kepada YAA Hakim tak payah cakap le. Memang sistem kehakiman begitu . Memang penjenayah atau sesiapa sahaja yang dituduh di mahkamah, sebelum dijatuhi hukuman di benar merayu atau apa sahaja.

2. Jangan nak pusing le kenyataan anda semalam. Naik menyampah kita dibuatnya. YB Menteri Ingat kami semua ni bodoh ke? Semalam lain , hari ini lain. Esok ? Lain-lain. Flip Flop, flip flop. Cukuplah. Jangan ditambah senarai panjang Menteri-menteri Flip Flop ini. Cukuplah seorang yang dah dibersarakan oleh perwakilan UMNO seorang tu.

3. PG nak YB Rais Yatim yang dahulu. Tegas, berani dan lebih pada tindakan. Bukan bercakap.Penghormatan rakyat kepada kerajaan adalah berdasar ketegasan. Bukan amaran dan pemaafan. Tindakan mahu lebih dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................

KEPALA BABI DI MASJID : HE HE HE !!!!





KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras diletak di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini. Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletak di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi wang dengan jumlah sama diletak di hadapan pintu masuk perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada si penjenayah yang melempar kepala babi di masjid ini, cepat-cepat le minta maaf. Mungkin nanti anda akan diampunkan atau diberi pengampunan di Kementerian/ Jabatan/ Kaunter Pengampunan ( permohonan maaf boleh dibuat di KLIK ). Tak apa buatlah, anda akan diampunkan nanti kerana telah meminta maaf. Cara formal lagi. Katanyalah.

2. Hati PG makin membengkak!!!!!!!!!!!!!

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM : CAKAP AJE LEBIH !




KOTA BHARU: Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Abd Bakir Zin, berkata 44 orang pelajar daripada lebih 2,400 pelajar sekolah di Kelantan yang menjalani ujian air kencing disahkan positif dadah. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Membangun bersama Islam. Rupanya ada juga di negeri serambi Mekah perkara sebegini. Itu le. Cakap boleh lah. Tindakan habok pun tak ada. Sekadar slogan politik tanpa perancangan strategik jangka panjang semua orang boleh cakap.

2. Sepanjang 20 tahun PAS memerintah, mana ada satu perancangan strategik bertulis yang didedahkan pada umum untuk mengatasi perkara seperti ini atau pembangunan Kelantan keseluruhan? Cakap aje.

3. Semua perancangan dan rancangan itu, ini dan sebagainya hanyalah diletakkan di dalam serban dan jubah. Jika tidak pun dalam briefcase atau pun dalam Mercedes ADUN dan exco PAS aje. Itulah PAS. Cakap aje lebih. Sebab itu baik diam dan jangan kritik kerajaan , kalau kerajaan negeri sendiri pun satu apa perancangan pun tak ada. Sudahlah.

4. Menyampah.!!!

WANG EHSAN : YB IBRAHIM ! ANDA ADA STANDARD TERSENDIRI !


MStar
Rabu Januari 27, 2010

Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah


KOTA BAHARU: Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.

Bagi Ibrahim tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik PAS semata-mata.

"Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian. "Tujuan saya untuk membuktikan PAS sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka hanya untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ada standard. Ada classlah kau YB Ibrahim. Memang ada class. Bukan seperti pemimpin PAS , hanya tahu berkokok dan sumpah seranah serta asyik mendoakan kemusnahan kepada pemimpin kerajaan.

2. YM Ku Li ? Ehmmmmmmm. Jangan cakap le. Kena " pong " ( angkat dan puji serta provok ) sikit aje maka dia pun begitulah. Itu yang dua tiga kali kalah lawan Tim Presiden UMNO dan Presiden UMNO tu. Rasa kuat . Tapi tak sedar diri lemah. Hanya harap kena " pong " oleh penyokong UMNO Kelantan dari UMNO sahaja. Dalam hal minyak ini pun sama keadaannya. Harap kena pong aje. Itu yang guna platform NGO untuk hentam kerajaan mengenai isu wang ehsan tersebut. Biasalah. NGO tu pun hanya cover line aje. Itu semuanya NGO pembangkang . Tukar nama aje. Bukannya kami di luar ini bodoh sangat.

3. Bagus dan tahniah YB Ibrahim. Itu aje cara mengajar PAS. Pulang balik paku buah keras kepada mereka. YB ada locus Standi juga dalam isu ini . Kalah menang soal lain. Dari cakap berdegar-degar seperti YM Ku Li dan pemimpin PAS tu, lebih baik mengambil tindakan seperti YB. . Cakap dan bikin. Bukan cakap tak serupa bikin seperti YM Ku Li dan pemimpin PAS tu. YM Ku Li ini pun bukan apa, selain kena pong, " semangat kekelantannya melebihi dari isu sebenar.

4. Tahniah Yb Ibrahim. Kalau menang untung Kelantan , dapat wang royalti. Kalau kalau pun tak rugi. Mahkamah akan jelas sebab tak dapat royalti. Jadi semua pihak akan diam. PAS akan tutup mulut dan YB serta kami semua akan tahu niat sebenar PAS yang liat sangat nak ke mahkamah. Dah berpuluh tahun isu ini dimainkan. Kalau ke mahkamah dari awal dah selesai pun.

5. Ini tak lain, dok nak doakan bala aje. Nampak duit semuanya cerah biji mata. Serban dan kopiah pun terangkat. Jubah pun semakin pendek dan bergantungan. PG dah banyak kali tengok dah perangai pemimpin PAS Kelantan ini. 6 tahun bekerja di sana. Fatwa curi balak di Tanah Merah ( kawasan Thailand ) pun ada dikeluarkan ( hidup lagi YB tu ) . Curi balak Thailand tak salah sebab curi hak orang kafir. Itu kisah pada tahun 1990. 11 orang pegawai Jabatan Hutan Tanah Merah di tahan oleh pihak berkuasa Thailand. TGNA pun tahu siapa dia.

6. Sekali lagi tahniah YB Ibrahim. Anda begitu praktikal dalam segala hal. Biar lah apa pun dikata dik orang. Kekalkan cara anda ini. Bebas dan boleh bersuara dalam apa perkara pun. Buat apa cakap lebih-lebih. Biar mahkamah putuskan. Tindakan YB ini juga dapat mencucikan dosa pemimpin PAS. Ia dapat mengelakkan pemimpin PAS terus mencelakakan orang dan terus memfitnah dan memanjang isu ini . Bagus YB. Ini yang islam ajarkan . Walaupun YB tak ada le pakai serban dan berjubah tetapi tindakan YB ini adalah mengikut islam.

7. Kepada PAS dan pemimpinya : Sudahlah. Jangan nak bodohkan rakyat dengan mempolitikkan isu wang ehsan ini. PAS pun tahu, ia memang tak layak. Itulah kunci segala perkara.

BUBAR DUN PERAK ? NIZAR DAN PR SERTA BLOGGER MEREKA MIMPI KE !


Penghuni Gua : 2 ke 3 hari ini, parti-parti pembangkang terutama pemimpin mereka mengwar-warkan bahawa DUN Perak akan bubar. Ini berikutan , menurut mereka keputusan Mahkamah Rayuan adalah berpihak kepada PR. Ini ramalan mereka. Ada pula katanya YAA Hakim-Hakim telah memutuskan kemenangan kepada DS Nizar dengan keputusan majoriti 4-1.

2. Apalah kemaruk sangat ini. Bubar DUN tu kuasa mutlak Sultan. Apa yang Nizar dan penyokongnya heboh? Seolah mereka boleh bubar DUN bila-bila masa. Tak ada fikiran ke mereka ini ? Atau mereka ini muka tak malu ke, Ke Bawah Duli Tuanku. Tak sedar ke , dengan cara begini ia seolah merendahkan dan menghina DYMM Sultan Perak? Pakai fikiran lah sikit.

3. Juga mereka mengwar-warkan keputusan 4-1. Ini semua mainan politik. Jika keputusan sebaliknya berlaku ( dan memang begitu pun serta mereka juga mengetahuinya ) , maka mereka ini akan memberitahu penyokong tegar mereka bahawa mereka sudah jangka ini akan berlaku. Keputusan telah diubah dan dipengaruhi oleh kerajaan kata mereka. Tangan-tangan ghaib mengubah keputusan tersebut. Jadi lagu lama dimainkan kembali.

4. Maka berbaring di atas jalan lah lagi nampaknya. Yang hairannya penyokong-penyokong PR ini termasuk blogger mereka yang sebahagiannya bergelar pensyarah dan ada Phd lagi boleh percaya dengan khabar angin sebegini. Itu yang hairan tu.

5. PG tak hairan, demo haram dan berbaring atas jalan akan berulang kembali. Kepada Nizar, PG nak pesan satu perkara sahaja. Anda ni lebih kemaruk dari yang lain. Nak sangat jadi MB. Kamu jadi MB pun atas ehsan DYMM sahaja. Berapa kerusi PAS di Perak berbanding dengan DAP dan PKR. Jadi cermin-cermin lah diri!!!!!!. Juga PG tengok dan perhatikan dalam hal ini, DAP nampak relak sahaja. Nizar dan penyokongnya le terjerit mereka tempat , siang dan malam. Tok dalang relak aje. Itulah kebijaksanaan ( kejelekkan ) DAP yang manusia-manusia PAS ini masih leka. Kesian.
6. ^%$%^&_)(*&^%^&*()_)(*&^% )(*^%^&*()_(*&^%^&*()(*&

Tuesday 26 January 2010

KAUNTER / JABATAN MOHON MAAF WAJAR DITUBUHKAN SEGERA !





GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG cadangkan kepada kerajaan, bagi memantapkan KPI dan NKRA maka wajar ditubuhkan segera Kaunter / Jabatan Mohon Maaf bagi kemudahan kepada blogger dan pelayar alam siber .

2. Bagi kemudahan dan keselesaan semua, dicadangkan juga , kaunter / jabatan ini dipecahkan kepada kaunter mohon maaf terhadap kesalahan menghina DYMM, kesalahan Menghina Hak istimewa Orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan kaunter mohon maaf politik. Boleh juga kaunter / jabatan mohon maaf bagi kesalahan jenayah seperti dadah, pecah rumah, curi dan sebagainya. Jika sesiapa ada idea lain boleh le letakkan komen serta cadangan bagi memantapkan penubuhan Kaunter Mohon maaf ini.

3. Dicadangkan kepada pihak kerajaan juga , kaunter / jabatan memohon maaf ini di letakkan di parlimen, satu di pejabat Peguam Negara, satu di setiap ibu Pejabat Polis daerah dan juga di Pejabat Majlis Peguam. Adalah lebih afdal juga mengikut pemikiran hamba yang bodoh ini, agar kaunter mohon maaf ini diletakkan juga di pejabat JAKIM ke atau di Jabatan Agama Islam negeri, atau di SUHAKAM serta SIS pun boleh. Atau ditubuhkan jabatan penuh. Jabatan Mohon Maaf.

4. Ketua bagi Kaunter/ Jabatan Mohon Maaf ini sewajarnya ( wajib ? ) di ketuai oleh seorang ketua jabatan bertaraf MENTERI.

5. Kepada semua pelayar : Pohon cadangan tuan-tuan dan puan-puan agar memberikan cadangan-cadangan lain bagi memantapkan KAUNTER MOHON MAAF ini dengan seberapa segera. kaunter ini perlu ditubuhkan dengan segera , kerana terlalu ramai yang akan meminta maaf dalam jangka masa terdekat. Jika lambat ini akan menyusahkan banyak pihak. Amin.

6. @#$%^&*()(*&^%$#$%^&*()&^%$##()(*&^%$#@#%^&*()(*&^%$#@!@(*&^%$#@$%^&*(*&^%$#@*(*&^%$##$*(euiop(*&^%$##$%^&*()_)(*&^%eruiert*()iut$%^&*

KING GHAZ : APA YANG PENGHUNI GUA INGATI !


Pada 25 jan 2010 Tun Ghazali Shafie telah kembali ke rahmatullah dan disemadikan di makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur.
2. Semuga Allah mencucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

3. Satu perkara tentang Tun Ghazali yang PG ingat sehingga kini ialah semasa serangan dan penahanan berpuluh tebusan ke atas Pejabat dan bangunan America Insuran ( AIA ) Kuala Lumpur pada tahun 1970an dahulu. Dalam insiden ini berpuluh orang pekerja di bangunan AIA ini telah ditawan oleh Tentera Merah Jepun ( Japan Red Army / JRA ) yang menuntut agar pemimpin dan rakan mereka yang semasa itu di penjarakan oleh pihak berkuasa Jepun agar dibebaskan.

4. Perundingan di adakan beberapa hari dan kemudiannya Tun telah mencadangkan agar semua puluhan orang tebusan dibebaskan dan sebagai ganti beliau akan bersama dengan Pengganas Tentera Merah Jepun untuk berlepas ke Libya. Tentera Merah Jepun kemudiannya bersetuju dengan cadangan Tun dan Tun bersama tidak sampai 5 orang tebusan lain dan pengganas berkenaan ( bersenjataapi otomatik lengkap ) telah berlepas ke Libya dengan menaiki kapal terbang .

5. Tun akhirnya selamat sampai ke Libya dan kemudian kembali ke Tanah Air dan diraikan sebagai wira . PBB juga memberi penghormatan di atas keberanian dan daya usaha beliau ini. Dengan lain perkataan, beliau sanggup menukarkan nyawanya demi keselamatan tebusan dan asalkan krisis ini selesai. Walau pun banyak pihak ketiga itu memberi nasihat agar Tun tidak melaksanakan niat dan tindakannya ini kerana ia satu misi dan tindakan yang amat bahaya kepada Tun. Tetapi itulah Tun. Beliau teruskan juga. Inilah keberanian dan kebijaksanaan beliau yang tiada bandingnnya. Sebab itulah beliau kekal digelar king Ghaz.

6. Semuga rohnya dirahmati. Amin.

FAHRIN + LINDA ONN + SCHA : RELAKLAH !

26 jan 2010

Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : PG melihat dengan dekat juga kisah percintaan dan keruntuhan percintaan artis Fahrin+ Linda Onn + Scha ini. Bercinta kemudian putus. Bercinta lagi. Putus.

2. Biasalah Fahrin. Apa perlunya keluar air mata dan nak saman menyaman ini. Ini semuanya hanya berkisah dan bertitik tolak dari kisah percintaan. Ia melibatkan emosi. Bukan luak pun tubuh kita.

3. Sebagai lelaki kita mesti lebih tabah. Alahai. Bab cinta aje. Tak perlu menangis dan nak saman menyaman bekas kekasih. Kamu pernah menyintai 2 wanita ini. Itu aje sudah cukup alasan untuk tidak menangis dan saman menyaman.

4. Lelaki perlu lebih mantap dalam segala segi. Apa nak emosi sangat. Anda kelihatan " mancho". Jadi baiarlah "mancho " kesemuanya. Relak Fahrin. Relak.

5. Cari aje cinta baru. Perempuan ini biasalah Fahrin. Mereka emosi sikit. Sebenarnya 2 wanita itu masih ada perasaan sayang terhadap anda. Sebab itu mereka masih sok sek sok sek. Ini fitrah wanita. Jiwa mereka lebih halus dari kita. Itu memang Allah telah fitrahkan kepada mereka yang mana sifat ini penting bagi wanita yang bakal jadi ibu. Mereka lebih dekat dengan anak-anak nanti. jadi tak perlu ambil hati dan nak saman kerana sok sek sok sek tersebut. Jangka panjang , saman menyaman ini akan menjejaskan karier anda juga terutama sebagai duta beberapa produk.

6. Jadi sebagai orang tua, PG nasihatkan, relak aje Fahrin. Buat biasa aje. Cinta itu kehidupan. Jadi adalah kerenahnya. Dalam percintaan dan perkahwinan pun satu perkataan sahaja yang mengekalkannya. Perkataan tersebut ialah " KEPERCAYAAN '. Macam kita percaya kepada Allah, percaya kepada Nabi Mohamad S.A.W. Bukan kita perbah melihat Allah dan Nabi kita secara fizikal. Tetapi atas kepercayaan, kita terus teguh dengan agama kita.

7. Jadi kepada Fahrin : Relak. Cari aje penganti. Jadilah lelaki.Nak ringan-ringan sikit hari ini. Melihat badut-badut politik ini menyampah juga dibuatnya.

BLOGGER SUBVERSIF: KOMEN AWANG SELAMAT !




PENULIS blog di Malaysia sudah sampai ke tahap melampau. Mereka merasakan kuasa blog yang ada di tangan mereka terlalu bebas dan berhak menulis apa saja mengikut perasaan.Itulah yang berlaku apabila seorang penulis blog yang menggunakan nama Anduka Taruna didakwa menghina Almarhum Sultan Johor yang mangkat kelmarin.

Persoalannya apakah penulis blog itu merasakan dia sudah kebal? Boleh memaki-hamun orang lain, boleh memfitnah, boleh mengaib orang dan boleh mencetuskan perasaan benci terhadap kaum lain.

Sudah banyak kali Awang menulis mengenai isu ini. Tapi nampaknya kerajaan masih mahu berlembut dengan penulis-penulis blog dan portal berita seumpama itu. Awang sebenarnya teruja dengan pendekatan kerajaan itu, kerana di negara-negara lain termasuk di Barat sekalipun, blog-blog yang mengancam akan disekat dan dilarang penyiarannya.

Walaupun Dr. Rais Yatim berkata, tindakan akan diambil terhadap penulis blog itu, bagi Awang ia masih dianggap terlalu berlembut.Pihak polis serta pihak berkuasa jenayah siber harus diberi kuasa penuh untuk bertindak menutup laman blog seumpama itu atau menahan penulis yang tidak bertanggungjawab untuk diadili.

Awang - Tidak subversif.

Penghuni Gua : Asyik amaran, amaran, amaran, akan ambil tindakan, akan ambil tindakan. Itu jelah dari dulu. Pedih dan sakit hati kita dibuatnya. Kepada kerajaan, hantar isyarat yang betul kepada semua pihak ini agar kepala mereka ini tidak bertambah besar atau terlalu besar. Saiz kepala yang dimiliki oleh blogger dan semua rakyat Malaysia ini sudah cukup besar dan dikira lebih dari memadai. Cukuplah. Hentikannya dari terus membesar..

SISTEM KEADILAN JENAYAH : BEBAN BUKTI / SALAH ARAH YAA HAKIM !


[1995] 1 MLJ 538
Sochima Okoye v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NO R–05–1–94

Judges SHAIK DAUD JCA
GOPAL SRI RAM JCA
VC GEORGE JCA

Date 17 FEBRUARY 1995

Citation [1995] 1 MLJ 538



Catchwords:

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — Section 39B(1)(a) — Trafficking in dangerous drugs — Statutory presumptions — Drugs recovered from accused’s bags — Defence of innocent carrier — Whether judge must consider whether another person is real trafficker — Whether presumption of trafficking becomes irrebuttable once presumption of possession is not rebutted — Whether judge must consider rebuttal of each presumption separately — Dangerous Drugs Act 1952 s 37(d) & (da)

Evidence — Presumption — Trafficking in dangerous drugs — Presumptions raised as to possession and trafficking — Whether judge must consider rebuttal of each presumption separately — Dangerous Drugs Act 1952 s 37(d) & (da)

Evidence — Burden of proof — Accused’s burden — Rebutting statutory presumption — Standard of proof to rebut presumption — Dangerous Drugs Act 1952 s 37(d) & (da)

Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah satu rayuan oleh perayu yang telah disabitkan atas kesalahan di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’). Perayu telah didapati mempunyai dalam jagaannya 2,840.3g heroin di pejabat kastam di Padang Besar. Dalam pembelaannya perayu mengatakan bahawa beliau telah berkawan dengan seorang bernama Smith yang telah menyerahkan kepadanya dua buah beg di Bangkok yang mengandungi peralatan dapur untuk dibawa ke Singapura. Hakim perbicaraan, sedangkan beliau berpendapat yang cerita pihak pembela tentang Smith itu bukan sememangnya tidak boleh dipercayai, mendapati atas keseluruhan keterangan bahawa pihak pembela ‘telah gagal mematahkan anggapan-anggapan statutori’ di bawah s 37(d) and (da) Akta itu atas imbangan kebarangkalian, dan memutuskan bahawa perayu bersalah, lantas menyabitkannya.

Peguambela perayu berhujah bahawa selepas hakim perbicaraan telah membuat keputusan bahawa perayu gagal mematahkan anggapan di bawah s 37(d), beliau mempunyai satu tugas lanjut untuk mempertimbangkan sebagai satu gerak kerja yang berasingan dan tersendiri, sama ada anggapan di bawah s 37(da) Akta itu telah dipatahkan. Peguambela juga berhujah bahawa hakim sepatutnya memperimbangkan sama ada Smith pernah wujud kerana di sisi undang-undang, seseorang yang memiliki dadah berbahaya akan berhak dibebaskan atas tuduhan mengedar dadah dengan menunjukkan sama ada atas imbangan kebarangkalian atau dengan menimbulkan keraguan munasabah bahawa terdapat seorang lain yang merupakan pengedar yang sebenar.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Di dalam satu kes jenayah, pihak pendakwa memikul beban pembuktian secara amnya untuk membuktikan kesalahan tertuduh sehingga melampaui keraguan munasabah. Pihak pendakwa boleh bergantung pada anggapan statutori untuk membuktikan unsur-unsur dakwaan itu. Apabila itu berlaku, beban pembuktian atas isu tertentu itu beralih kepada pihak pembela untuk mematahkan anggapan itu atas imbangan kebarangkalian.

(2) Di dalam kes ini, cuma kerana pihak pembela telah gagal mematahkan anggapan pemilikan di bawah s 37(d) Akta itu tidak bermakna bahawa anggapan pengedaran di bawah s 37(da) Akta itu akan menjadi tidak boleh dipatahkan. Melainkan jika keterangan di dalam sesuatu kes tidak menjadikannya perlu, adalah menjadi tugas mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada atas imbangan kebarangkalian pihak pembela telah mematahkan anggapan statutori pengedaran di bawah s 37(da) sebagai satu gerak kerja berasingan walaupun mahkamah berpuas hati atas imbangan bahawa anggapan di bawah s 37(d) tidak dipatahkan.

(3) Dengan membaca penghakiman hakim perbicaraan secara keseluruhan, adalah jelas bahawa gerak kerja berasingan sedemikian tidak dijalankan. Penggunaan ungkapan ‘anggapan-anggapan’ oleh hakim perbicaraan tidaklah mencukupi untuk mematuhi keperluan yang tersebut di atas dengan secukupnya.



(4) Hakim itu, selepas mendapati bahawa cerita perayu tentang kewujudan Smith itu adalah benar, sepatutnya mempertimbangkan soalan lanjut sama ada terdapat apa-apa keraguan munasabah yang timbul bahawa Smith merupakan pengedar yang sebenar, tetapi tidak berbuat demikian.

(5) Kegagalan hakim untuk mengarahkan dirinya dengan betul menjadikan keputusan muktamadnya salah dengan padah sekali. Satu ketidakadilan mungkin telah berlaku dan mahkamah tidak ada pilihan melainkan untuk mengetepikan hukuman gantung yang telah dijatuhkan dan mencatatkan satu sabitan untuk milikan di bawah s 39A(2) Akta itu. Perayu telah dihukum penjara seumur hidup dan 12 sebatan rotan.]Notes

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq....

PETA PELAYAR