FOLLOWERS

Sunday 31 October 2010

GELI-GELI MALAM : AWAS ! LANUN KEMBALI AKTIF DI BT SAPI !!!!!


Penghuni Gua : Macam kenal aje mat lanun ni. Macam pernah nampak lanun ni sebelum ni. Siapa ye? Siapa lanun bermata satu ini. Rasa-rasa dia ni lebih kurang dajjal juga lah.

2. Semuanya halal depan belakang. Itupu kalau untungkan merekalah . Keh keh keh keh !!!!! Tengok ajelah fatwa terbaru ulama politik di Gua musang hari ini. Beri RM 250 belanja tambang perjalanan tak rasuah. !!!!! Lanun / Dajjal jugalah tu !!!! Rasuah haji jadi sponsor haji, kira lanun dan dajjal juga lah !!!! Tak gitu !!!!

PIALA MALAYSIA : PAS NAK TUMBANG TUI JUGAK !!! KAH KAH KAH KAH !!!!





KUALA LUMPUR, 31 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010 malam tadi.

Ustaz Hadi berkata, kemenangan itu merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan sempena 20 tahun pemerintahan Islam di negeri itu.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2010.

"Jadikanlah ia sebagai hadiah sempena perayaan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam," tulis beliau di laman sosial facebooknya pagi tadi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS nak menumpang tui / tuah. Tak semena-mena bila aje, pasukan Kelantan menang Piala Malaysia semalam tetiba aje, TGHH kata ini hadiah 20 tahun pemerintahan islam negeri itu. keh keh keh keh !!!! Senangnya nak menumpang nama dan tuah.

2. Apa yang kena mengena dengan PAS dan Kelantan FA. Si Anuar Musa yang lintang pukang menguruskan pasukan ini. Harapkan PAS memalui Takiyuddin yang dulu Presiden Kelantan FA sejauh mana Kelantan boleh mara?

3. Dah menang aje, dengan muka sardin , boleh pulak TGHH kata ia kerana membangun bersama islam dan hadiah untuk kerajaan islam PAS. Tak ada sangkut paut langsung? Senangnya hukum hakam dalam PAS ini?Kelantan menjuarai Piala Malaysia kerana membangun bersama islam? Kah kah kah kah kah !!! Apam kerajaan PAS buat untuk pasukan ni? Yilek !!!!!

4. Lawak-lawak Pas ini. PAS ini buat lawak tak habis-habis. Sampai ke bola pun nak dikaitkan dengan pemerintahan islam nya. Lawak, lawak!!! Kah kah kah kah !!!!!! Si Mahfuz pun nak tumpang tui juga. Memohon kemenangan bola itu juga , di bawa ke Galas !!! Mahfuz, Mahfuz !!!! Kah kah kah kah. Lawak, lawak !!!!!! Kah kah kah kah !!!!!

INI RASUAH BN : FATWA TERBARU ULAMA JAHAT !!!!

PAS kini menumpukan kepada undi orang Melayu dalam kempen yang masuk hari keenam hari ini, kata penasihat kempen pilihan raya kecilnya di DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Berikutan itu, beberapa langkah diambil untuk memastikan sokongan terus diberikan pada PAS di kawasan seperti Sungai Terah.

Antaranya ialah mengetatkan keselamatan untuk mengesan sogokan kepada pengundi, kata Wan Abdul Rahim.Katanya, penduduk di situ boleh membuat penahanan awam jika berlaku sogokan.

Salah satu bentuk sogokan yang telah dikesan ialah tawaran RM1,000 dan pemberian set televisyen, katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ulama jahat bersuara lagi. Kalau BN beri RM 1000 dan pemberian set TV haram dan rasuah. Kalau mereka beri RM 250 untuk pengundi luar halal sebab PAS yang hulurkan.

2. Fatwa agama hanya dalam kepala hotak mereka aje. Terucap je keluar dari mulut dengan sedikit touch up dengan janggut, kopiah, serban dan jubah aje , mulalah keluar fatwa bagi halalkan tindakan mereka.

3. Jika untung kepada PAS atau Pakatan semuanya halal. Jika rugi , alamatnya haramlah. Itulah jadinya jika agama didagangkan untuk politik. Semua halal asalkan menguntung mereka.

4. Cuba lihat di bawah pula. Halal kot " pemberian rasuah ini ". Tak kot , ini sedekah. Itulaj jawab Parti ajaran xxxxt. ini.

5. MasyaAllah !!!!!



Nota : Bantai le labi. Selagi hidup, puaskanlah nafsu masing-masing. Jual perabih agama selagi boleh. Bantai le labi, bantai le labi !!!!!!

Saturday 30 October 2010

PRK GALAS : CONTOH ULAMA JAHAT !!!!!




PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Pengarah jentera PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh jelas ulama jahat. Jika kerajaan melakukannya dikatanya rasuah. Sekarang mereka melakukan perkara yang sama tetapi tak jadi rasuah pulak alasannya hanya untuk bayaran perjalanan pengundi luar.

2. Itulah pun , kalau BN yang buat. Alasan yang sama juga tetapi mengapa ulama ini terus memfatwakan haram dan rasuah.

3. Hukum hanya di mulut mereka. Apa yang mereka cakap itulah hukuman. Ditambah dengan serban sebesar bakul, kening bercelak, jubah melerek bumi dan dicampur dengan janggung sejemput. Maka bolehlah keluar fatwa dan wajib dipatuhi. Yang haram jika melibatkan kerajaan.

4. Ulama dan Parti islam sebegini nak kita contohi dan teladani? Maaf lah. Mulut mereka ini lebih teruk dari pelacur. Pelacur sekurangnya mengaku juga kesalahan mereka.

5. Kepada ulama dan parti yang mendakwa islam lebih dari orang lain ini, sudahlah. Setiap hari ada aje cabang yang baru tumbuh di lidah mereka. Mana satu kita nak dengar pun tak tahu. Terlalu banyak sangat cabang lidahnya. Tak gitu?

PRK BT SAPI : JETI PUN MELUAT DENGAN ANSARI / DSAI / PKR !!!





Penghuni Gua : 2 kali jatuh titi / jeti, semasa berkempen. Apa cerita!!! Kalau calun BN le kena macam tu, siap le ulama politik ini beri fatwa , itu semua petunjuk Allah Taala. Ia bertujuan nak beri isyarat kepada hambanya. Itu kata mereka lah , kalau yang jatuh itu calun BN.

2. Ini dah dua kali jatuh dalam tempoh 2 hari. Apa cerita. Semuanya jatuh air / laut aje. Apa petunjuknya? Senang aje pada PG, tak usahkan orang menyampah dan meluat kepada DSAI, Ansari dan PKR, kayu titi pun tak sanggup menerima pijakkan 2 makhluk ini. Mungkin salah satunya sebagai balasan kepada perjanjian syaitan yang DSAI meterikan dengan DAP kot? Keh keh keh keh keh keh !!!!!

Friday 29 October 2010

PERJANJIAN SYAITAN DAP, PAS DENGAN PKR !!!!!




KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen Bebas pada Khamis mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah rupa perjanjian syaitan. PG percaya ia memang ada. Perjanjian ini memang ada dibuat antara PKR dengan PAS dan DAP.

2. IKtulah sebabnya DAP danb PAS seperti lembu dicucuk hidung. Mengikut buta aje apa yang PKR buat. Semua betul dan halal.

3. Sedegil-degil DAP ini kita lihat, patah tengkok dengan DSAI dan PKR. Karpal Singh yang dulunya meminta DSAI bertaubat tiba-tiba korner baring. Boleh menjadi sekutu yang amat akrab. Sebabnya ialah DSAI dan PKR memang cekap dalam mengujudkan perjanjian-perjanjian syaitan tersebut.

4. Kepada pengundi muda, hati-hati dan fikirkanm dengan serius apa yang YB Zul katakan diatas. Bukan orang lain, bekas pemimpin mereka juga.

5. Puak-puak ini , khususnya PKR apatah lagi DSAI, mereka akan buat apa sahaja, asalkan hajat mereka sampai. Mereka ini bukan ada prinsip perjuangan. Yang mereka ada cuma nak lepaskan tengkok masing-masing dan ingin menjadi PM . Itu aje. Hal lain tolak tepi dan difikirkan kemudian.

6. PKR dan DSAI ini, dia buat dulu, baru dia fikir. Inilah parti dan individu yang telah begitu banyak merosakkan negara dan bangsa.

7. Pengundi muda: Hati-hati dengan perjanjian syaitan ini. Hati-hati dengan pelacur politik ini. Hati-hati dan fikirkan. !!!!

GELI-GELI TENGAHARI : TANAH / PAS !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com
Penghuni Gua : Kedarah tanah ajelah. Loging hingga ke Cameron Highland dah seperti gurun sahara dah. Tak percaya cuba gunakan jalan Cameron Highland Gua Musang . Atau melalui jalan Simpang Pulai Perak. Boleh lihat. Bumi botak semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

DSAI PEMUSNAH DEMOKRASI : CHUCK DE VORE !!!!!





KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dinasihatkan supaya tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau melawat negara ini pada minggu depan.

Ahli Dewan Perwakilan AS dari California, Chuck DeVore berkata, Hillary tidak sepatutnya berbuat demikian kerana Malaysia bukan seburuk seperti Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib seperti tokoh demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi.

"Ketika lawatannya, Hillary mungkin akan berjumpa dengan Anwar yang dikatakan seorang pemimpin reformasi dan demokrasi yang telah ditekan secara tidak adil oleh kerajaan.

"Sebenarnya jika beliau bertemu dengan Anwar, ia hanya satu tindakan bagi meningkatkan kepura-puraannya yang merosakkan,'' kata beliau dalam tulisannya yang disiarkan oleh portal berita Big Peace di http://bigpeace.com kelmarin.

Beliau yang mewakili Parti Republikan menegaskan, Anwar tidak boleh dipercayai kerana tidak pernah berhasrat untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan dan juga bukan penganut Islam berfahaman sederhana seperti didakwanya.

"Tidak dinafikan bahawa Anwar tahu untuk memanipulasikan ahli politik dan media Barat dengan menggambarkan dirinya perlu diberikan simpati berikutan dakwaan liwat terhadapnya,'' kata beliau.

Menurut DeVore, kesungguhan Anwar untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan telah dicurigai sejak awal lagi berikutan tindak-tanduknya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Pada 1998, ketika pihak yang bersekutu dengan beliau mendakwa berlaku gejala kronisme dan nepotisme dalam kerajaan, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bertindak balas dengan mengeluarkan senarai nama pihak yang mendapat faedah daripada saham syarikat kerajaan yang diswastakan.

Senarai itu mendedahkan sekutu-sekutu Anwar dan kaum keluarganya turut memiliki saham dalam syarikat-syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai usaha Anwar untuk menggambarkan dirinya sebagai penganut Islam berfahaman sederhana, DeVore berkata, beliau meragui perkara itu kerana pertubuhan Yahudi, Anti-Defamation League of B'nai B'rith pernah menyifatkan Anwar sebagai anti Semitik yang tidak layak untuk bertemu dengan Hillary.

"Baru-baru ini ketika berada di New York, Anwar juga telah bertemu dengan pemimpin International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan semua perlu tahu beliau adalah salah seorang pengasas pertubuhan ini.

"Tiga tahun lalu, Zainah Anwar (Pengarah Eksekutif Sisters In Islam) pernah menuduh pertubuhan ini cuba menyekat ajaran al-Quran yang sederhana,'' katanya.

Berdasarkan hujah-hujah berkenaan, DeVore menegaskan, beliau membuat kesimpulan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama seperti banyak pemimpin Islam lain yang pandai mengeluarkan ungkapan yang enak untuk didengar oleh pihak-pihak di Barat.

"Pemimpin seperti ini akan menyatakan perkara lain dan bertindak secara berbeza apabila merasakan mereka tidak diperhatikan oleh pihak-pihak di Barat.

"Jika PKR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang, ia menandakan sekali lagi demokrasi digunakan untuk memusnahkan demokrasi,'' tegasnya.

Penghuni Gua : Kita semua dah tahu lama dah, siapa DSAI. Beliau adalah sesumpah yang setiap hariu berubah warna / tindakan.

2. Sah, beliau memang pemusnah demokrasi. Tetapi PG tak setuju juga dengan pandangan mat saleh di atas yang mencadangkan Hillary Clinton tidak bertemu DSAI nanti. Pada PG, biarkanlah Hillary ke atau DSAI nak jumpa satu sama lain. Tak ada bezanya pun. Tak merugikan Malaysia pun. Biarlah DSAI melalak seorang dirinya memperjuangkan reformasi ke atau penetrasi ke? Dah itu kesukaannya.

3. Biarkan.!!!!! Tak gitu?

Thursday 28 October 2010

HUB HIBURAN : SIAPA PUNYA IDEA BODOH INI ?





Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.

“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan PERKASA. Ini semua adalah perancangan bodoh dan paling dungu yang pernah PG dengar . Macam tak ada cara lain nak bangunkan negara. PG sokong tindakan / bantahan yang dibuat oleh PERKASA.

2. Hiburan boleh menarik pelancung ke? Kalau nak kira hiburan, pelancung Eropah tak perlu datang ke Asia / Malaysia. Hiburan ditempat mereka apa yang tak ada.

3. Kepada kerajaan, PG cadangkan, hentikanlah perancangan bodoh ini. Cari le idea lain kalau nak majukan negara. Masa zaman Tun Mahathir, tak ada pun perancangan begini, tetapi maju juga.

4. Cuma adalah Menteri kelab malam yang dok asyik resmi kelab malam " halal " dan kelab malam " haram " . Sekarang ni, Menteri Kelab malam ini songkoknya tak lekang di kepala. Itu pun cakapnya bukan main dan asyik nak bermusoh dengan PERKASA. Mungkin sehari dua ni , beliau akan bersuara bagi menyokong dan mempertahankan idea bodoh ini.

5. Mungkin idea di atas datangnya dari bekas menteri kelab malam ini. Mungkin kot. Kepada PM , PG menyeru, idea ini dibatalkan serta merta tanpa sebarang tangguhan lagi. Mungkin PM terlepas pandang atau ditemberang oleh menteri-menteri dungu dan berkepentingan di dalam kabinet. Kepada PM juga , singkir aje menteri yang bermasalah ini. Ada pun buat semak aje !!!

6. PERKASA ! Teruskan tindakan anda. Bantah mengikut undang-undang. Bantah habis-habisan !!!!

Nota : Ini pun, sebahagian kebodohan pemimpin kerajaan . Jadi begini kerana pemimpin berkenaan mempunyai penasihat dan setiausaha politik, pentadbiran, dan berbagai setiausaha lagi yang lain , yang begitu bodoh serta dungu. Sila KILK. PG setuju dengan pandangan PAS mengenai isu ini. Ia memang amalan syirik. Kepada MB Perak, nyahkan sahaja setiausaha bodoh dan dungu ini dari lingkaran anda. !!!!!

PRK GALAS : LAGU BARU BUAT PKR !!!!!!!!!

Dipetik dari Facebook : GALAS / BT SAPI

Penghuni Gua : Selamat mendengar. Keh keh keh keh keh keh !!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : ASAS PERINTAH INTERIM / PENOLAKAN / KES LOGO DAGANGAN !


[1994] 3 MLJ 112
S Yuvarajan & Anor v Anthony Martin
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL SUIT NO 22–518–93

Judges RANITA HUSSEIN JC

Date 20 MAY 1994

Citation [1994] 3 MLJ 112



Catchwords:

Civil Procedure — Injunction — Interim injunction — Passing off and infringement of trade mark — Whether injury to plaintiff quantifiable — Balance of convenience

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif merupakan tuan punya berdaftar tanda niaga ‘Chop Sipoth’ berkenaan dengan perniagaan kain sarung mereka yang telah dijalankan oleh mereka selama beberapa tahun. Defendan telah memasuki pasaran kain sarung baru-baru ini dan telah memohon untuk mendaftarkan tanda niaga ‘Chop Sipot Mas’ untuk kain sarungnya. Plaintif menegaskan bahawa tanda niaga defendan sangat menyerupai, kalau pun, tidak serupa dengan tanda niaga plaintif. Dengan demikian, plaintif mengatakan bahawa defendan telah:

(i) melanggar tanda niaga mereka dengan menggunakan suatu tanda yang begitu hampir menyerupainya sehingga memperdaya atau menyebabkan kekeliruan di dalam urusan perdagangan, di bawah s 38 Akta Cap Dagangan 1976; dan

(ii) bersalah kerana melakukan kelirupaan dengan menggunakan satu ‘get up’ yang memperdayakan, untuk memperdayakan orang ramai dalam mempercayai bahawa sarung defendant adalah sarung plaintif.

Plaintif telah memohon untuk satu injunksi interim untuk menahan defendan dari melanggar tanda niaga plaintif dan melakukan kelirupaan sarung-sarungnya sebagai sarung plaintif sehingga tarikh perbicaraan. Injunksi itu telah diberi dan dilanjutkan dua kali, dengan satu perintah untuk permohonan plaintif didengar inter partes.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan plaintif untuk menyambung injunksi itu sehingga perbicaraan:

(1) Di dalam memutuskan sama ada membenarkan injunksi interim, mahkamah perlu menimbangkan bukan sahaja, sama ada terdapat fakta-fakta yang dipertikaikan dan persoalan yang serius untuk dibicarakan, tetapi juga, sama ada ganti rugi adalah remedi yang mencukupi dan menaksirkan imbangan kemudahan.


(2) Penggunaan label dengan perkataan-perkataan ‘Chop Sipot Mas’ dan simbol oleh defendant, berserta dengan perkatan-perkataan lain, termasuk penggunaan bayangan yang lebih terang bagi warna yang sama seperti yang terdapat dalam label plaintif, menyumbang kepada keserupaan yang besar di dalam kedua-dua tanda niaga dan ‘get-up’ itu.

(3) Jika defendan terus menjual sarung-sarung dengan menggunakan satu tanda yang sebahagian besarnya menyerupai tanda niaga plaintif pada harga yang lebih rendah, defendan mungkin dapat menembusi pasaran dan berjaya menggunakan nama baik plaintif dan menjejaskan perniagaan plaintif. Tahap kerosakan tidak akan mudah dapat dikuantitikan di dalam bentuk ganti rugi jika plaintif berjaya di dalam perbicaraan dan kesan buruk kepada plaintif jika injunksi tidak diberi adalah jauh melebihi kesan buruk kepada defendan yang perniagaannya masih belum ditubuhkan lagi. Dengan itu, imbangan kemudahan memihak kepada mengekalkan status quo sehingga perbicaraan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

GELI-GELI PAGI : GELI POK NIK !!!!

Penghuni Gua : Sibok sikit dalam seminggu dua ni. Jadi kita main geli-geli cukuplah. Geli-geli ini bagus bagi tujuan penyegaran.

Wednesday 27 October 2010

GELI-GELI PETANG : DSAI TERSASUL

Dipetik dari : Malaysia Instinct com



Penghuni Gua : Memang dah biasa. Begitu kebiasaannya. Selalu tersasul dan tersasar. Takkan tak kenal DSAI ni !!!! Keh keh keh keh keh !!!!!

REMEH DAN KEDUNGUAN MP BATU GAJAH !!!





Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau 'takut' dengan ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.

Membaca petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia, Fong (kiri) menuntut Najib yang juga perdana menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

"Saya mahu perdana menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) semalam.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa 'takut' dengan ucapan Najib itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Remeh dan nampak sangat kedunguan MP ini. Memang sah bodoh dang dungu MP ini. Maksud percakapan PM yang begitu mudah pun begitu susah nak fahami. Atau sengaja nak cari pasal.

2. Kata-kata dari ucapam PM tersebut dengan erti mudah dan paling ringkasnya ialah, kerja keras pertahankan kedudukan politik dan kerajaan yang ada sekarang. Kerja keras dan terus kerja keras. Ini kata-kata perangsang kepada pengikut dan ahli.

3. Kalau nak perang atau PM maksudkan nak tumpahkan darah , dah lama dah dikerjakannya. Tak perlu umum pun. Tetapi selama ini siapa yang memulakan pertumpahan darah dan kekecohan dan sebagainya. Lihat aje di Perak, bergelimpangan di Kuala Kangsar baring di jalan, buat kacau di DUn Perak, demo reformasi dan berbagai demo di depan masjid India.

4. Mungkin MP ini takut kerana beliau ingat kita dan kerajaan akan bertindak seperti mereka seperti puaka demokrasi. Berdemo sepanjang jalan.

5. Itulah standard MP Pakatan ini. Remeh, dungu dan sengaja nak cari pasal. Tak ke bodoh namanya.

LIWAT DSAI : BILA MAHU HABIS DAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!!!!!





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarkan kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, ditangguhkan sehingga jam 2 petang ini.

Sebelum perbicaraan bermula kedua-dua pihak - pembelaan dan pendakwaan - berbincang di kamar hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Ketika perbicaraan , seorang lagi peguam yang mewakili ketua pembangkang itu - Sankara Nair memaklumkan kepada mahkamah bahawa ujian denggi ke atas peguam utama Karpal Singh menunjukkan keputusan negatif. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tangguh dan tangguh lagi. Tak ada peguam lain ke yang boleh bawa kes ini?

2. Ada berpuluh peguam dalam pasukan pembelaan DSAI ini. Ke mana mereka. Hanya pemanas kerusi dan pengangguk kepala aje ke?

3. Bila nak habis bicara ini daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Ada isu panas dalam mahkamah hasil dari pendedahan saksi aje, ada aje peguam yang sakit. Heran ye? Tak gitu?

Tuesday 26 October 2010

PRK GALAS : JOM MINUM DULU AIR ZAM-ZAM PAS NI SEBELUM KEMPEN !!!

Dipetik dari blog : DR 1221








Penghuni Gua : Inilah contoh air kerajaan Islam PAS. Amat bersih dan siapa yang meminumnya akan mendapat berkat. Keh keh keh keh !!!!

2. Manalah PAS ada masa nak fikirkan masalah air minum rakyatnya. Siang malam kerjannya ceramah dan memfitnah aje. Nak cari salah orang aje. Hmmmmmmmmmm. Habeh ke boreh aje !!!

3. Tak gitu? Fikirkan pengundi galas. Di Galas dan di seluroh Kelantan pun bersepah lagi rakyatnya yang meminum air yang di tandop / buat tadahan sendiri dari air bukit . Itulah kerajaan islam PAS. Fikirkan !!! Tak kan nak minum air zam-zam kerajaan islam PAS ini sepanjang masa!!!!!

Nota : Perkara asas pun tak dapat disempurnakan. Itupun nak cakap banyak dan nak komplen perkara-perkara yang lebih besar. Sudahlah PAS. Naik meluat kita mendengarnya.

PRK GALAS : PUAKA PILIHANRAYA PERTAMA TELAH MUNCUL !!!!!





......................................................................................9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

.............................................................10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.

Membuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula.
Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Memang benar seperti telahan PG pagi tadi. Memang ada puaka di hari penamaan calon di Galas Gua Musang. Puaka tersebut ada nama rupanya. Namanya Khalid Gereja.

2. Puaka ini siap berucap didepan penyokong di depan tempat penamaan calon setelah selesai penamaan calon DUN Galas. Walau pun ia di larang oleh SPR dan Polis, puaka Khalid ini terus berucap. Bukan apa, sekarang kedudukannya di Shah Alam dah goncang. Mungkin dia nak terbang semula ke Kelantan dalam PRU 13 . Dulu dah bertanding di Kelantan, tetapi nkalah dalam PRU 11. Jadi puaka ini awal-awal dah buat onar bagi menunjukkan kelibatnya di Kelantan. Nak tonjol diri sebab di Shah Alam dia dah mula semput. Mungkin nak puaka yang bertopengkan islam ini nak terbang semula bertanding di Kelantan dalam PRU 13 nanti.

3. Itulah bentuk dan perangai puaka bertopengkan islam. Itu pun kalau tanya dalil dari puaka ini akan diceduknya dari kitab suci untuk menghalalkan tindakannnya itu.

4. Jadi hari ini baru timbul satu puaka di PRK Galas. Mungkin akan ujud lagi. Puaka Khalid Gereja ini memang akan terus ujud di Kelantan.

5. Puaka ini nak tunjuk bahawa dia popular. Itu aje. Mungkin banyak lagi puaka-puaka pilihanraya yang berkeliaran di Galas kini. Satu dah menjerit maka puaka-puaka piliharaya lain pun akan mula berbunyi. Lihatlah nanti kalau tak percaya. Kalau tak percaya lagi : tanya sama itu hud-hud ( Itu M Nasir cakaplah ).

6. Tak gitu? Sabtu ini kalau kita bernasib baik , kita akan dapat melihat kembali puaka bola sepak di Stadium Bukit Jalil. Puaka bola mana yang mula beronar tak tahulah. ...............Tak gitu?

GELI-GELI PAGI : KEDAH PUNYA HAL !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com
Penghuni Gua : Wowwww. Banyaknya pendapatan negeri Kedah. Ye ke ? Mungkin padi di Kedah berbuahkan emas kot butirnya !!! Keh keh keh keh keh keh !!!!

PRK GALAS / BATU SAPI : POLIS, JAGA-JAGA DENGAN PUAKA PILIHANRAYA NI !!!!!!


Penghuni Gua : Sekejap lagi akan berlangsung penamaan calun bagi PRK Galas di Gua Musang dan Bt Sapi di Sabah.

2. Kepada pihak berkuasa, selamat bertugas dan perlu beri perhatian kepada puaka-puaka piliharaya yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan bagi membuat onar dan kacau bilau. Tak kiralah parti mana, tetapi puaka ini akan buat apa sahaja asalkan mereka menang. Kalau kalah apatah lagi.

3. Kepada pihak berkuasa terutama PDRM , ambil tindakan segera dan setegas mungkin kepada semua puaka ini jika mereka membuat onar. Jangan dok bagi amaran, amaran keras dan amaran terakhir. Akhirnya buat habis ke boreh aje.

4. Selamat bertugas dan PG doakan semuga keadaan keselamatan aman sepanjang penamaan calun ini seterusnya sehingga ke hari pembuangan undi. Selamat mengundi di PRK Galas Gua Musang dan Bt Sapi di Sabah..

Monday 25 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN !


[1994] 3 MLJ 105
Lim Chai Oon & Anor v Normah bte Ismail & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–40–91

Judges JAMES FOONG J

Date 28 MAY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 105


Catchwords:

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Contributory negligence — Whether damages reduced proprotionately — Whether deduction could be made for income earned by dependant from deceased’s estate — Whether income was a benefit — Civil Law Act 1956 ss 7, 8, 12(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 1 Mei 1988, sebuah motokar yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh defendan kedua telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh suami plaintif pertama (‘si mati’) dan anak perempuan mereka, plaintif kedua, yang mengalami kecederaan parah. Plaintif pertama telah membawa tuntutan kehilangan tanggungan ini terhadap defendan bagi pihak dirinya sendiri dan anak-anak beliau di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’). Hakim mahkamah sesyen memutuskan bahawa defendan pertama dan si mati sama-sama bersalah atas kemalangan itu.

Bagaimanapun, hakim itu telah mengawardkan ganti rugi sebanyak RM300 sebulan berdasarkan liabiliti 100%, mengikut keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Veronica Joseph, an infant & Anor v Tu Kon Lin & Anor [1987] 1 CLJ 81. Defendan telah membuat rayuan. Isu yang timbul adalah: (i) sama ada kehilangan tanggungan seharusnya dikurangkan mengikut peratus liabiliti yang ditanggung oleh si mati; dan (ii) sama ada suatu penolakan seharusnya dibuat untuk mengambil kira pendapatan yang diperolehi oleh plaintif pertama daripada mengambil alih dan menguruskan ladang Felda si mati.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Seksyen 12(4) Akta itu jelas menyatakan bahawa di dalam tindakan yang dibawa di bawah ss 7 dan 8, ganti rugi yang boleh diperolehi akan dikurangkan berkadar dengan takat kesalahan si mati. Tidak ada keperluan bahawa harta pusaka si mati mesti didengar atau dijadikan suatu pihak sebelum pengumpukan ganti rugi boleh dibuat seperti yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph. Oleh kerana benefisiari sesuatu harta pusaka juga biasanya merupakan orang tanggungannya, amalan yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph tidak seharusnya digalak supaya dapat mengelakkan bilangan guaman yang banyak mengenai perkara yang sama. Oleh demikian, ganti rugi itu dikurangkan sebanyak 50%.
(2) Wang yang diperolehi oleh plaintif pertama tidak seharusnya ditolak daripada kehilangan tanggungan kerana ia merupakan suatu hasil kerjanya sendiri dan bukan suatu keuntungan yang diakibatkan oleh kematian si mati. Di dalam suatu tuntutan untuk kehilangan tanggungan, orang tanggungan itu tidak dikehendaki mengurangkan kehilangan mereka.

(3) Kehilangan tangunggan itu seharusnya digantikan dengan jumlah yang dipersetujui sebanyak RM500 sebulan dan bukannya RM300. Award yang diberikan adalah: RM18,000 untuk kehilangan sebelum perbicaraan, iaitu RM500 x 36 bulan; RM36,000 untuk kehilangan selepas perbicaraan, iaitu RM500 x 72 bulan; dan ganti rugi khas sebanyak RM11,800. Kesemua jumlah tersebut mesti dikurangkan sebanyak 50%.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Sunday 24 October 2010

SEMUA MELAYU, FIKIRKAN : DATO NOOR AZAM !!!!!



Angka 13 Bawa Bencana Politik?
SATURDAY, 23 OCTOBER 2010 08:48 MARHAEN


DATUK NOOR AZAM ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

TIADA lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?

Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.

Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".

Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.
Teo mungkin terlupa, "Majlis Syura Pas telah bersetuju dan membenarkan orang bukan Islam bertanding di bawah lambang Pas. Zaman dulu, Pas tuduh UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA untuk memerintah, tetapi sekarang 'Pas baru' pimpinan Tok Guru Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz boleh ikut memerintah dengan DAP. Di Pulau Pinang, khatib pun mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Banyak lagi alasan mengapa pengundi Cina tak akan undi UMNO, tetapi pasti akan undi DAP.

Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.

Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."
Akan tetapi masih ramai orang Melayu, termasuk pemimpin politik dan generasi muda, tidak menganggap perubahan ini suatu kecelakaan besar. Orang seperti Datuk Nazri Aziz mungkin tak kisah, sebab beliau "rakyat Malaysia terlebih dulu, barulah orang Melayu". Tok Guru Nik Aziz pun "tak bangga jadi Melayu".

Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.
Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.
Beliau memerintah negara dan menjadi Pengerusi BN selama 22 tahun. Mengepalai BN bertarung dalam lima pilihan raya. Ada pilhan raya yang BN menang besar dan ada yang hampir hilang kuasa. Beliau kalah di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Mengalami dua krisis UMNO yang sangat besar. Pada zamannya, UMNO pecah dua dan diharamkan di mahkamah.

Beliau turut berhadapan dengan raja-raja kerana meminda Perlembagaan. Ada orang Melayu menggelar beliau "Maha Firaun" dan ada orang UMNO kata, dia "diktator". Beliau menangani krisis kewangan yang gawat. Dan macam-macam krisis dan cabaran lagi. Dihadapi dan diselesaikan satu persatu.

Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.
Tan Sri Harussani, Mufti Perak, seorang ulama dan bukan orang politik yang telah cuba memperkukuh politik Melayu, akhir-akhir ini ikut prihatin dan mengingatkan: "Jika UMNO dan Pas tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU ke-13" dan "Akan berlaku satu bentuk penjajahan baru." Lebih daripada itu, dalam masa dua tahun terakhir ini, beberapa orang Raja Melayu pun, sudah berkali-kali memberi nasihat dan amaran. Tidak pernah Raja-Raja Melayu bercakap politik seperti sekarang. Tidakkah ini alamat keruntuhan kedaulatan institusi Raja Melayu sudah bermula?

Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."

Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."

Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.

PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.

Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.

Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.

Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.

Penghuni Gua : Fikirkan . Melayu semua kena fikirkan. Pengundi muda perlu serius untuk fikirkan pandangan Dato Noor Azam ini.

2. Jangan kita jadi pandir. Ayam terlepas , tangan bau tahi. Untuk membangunkan sesuatu bangsa dan negara ia memerlukan masa bertahun-tahun. Jika nak rosakkan ia hanya boleh berlaku tak sampai sehari. Fikirkan.

3. Semua pihak boleh berjanji syurga dunia dan akhirat . Terutama senang berjanji jika kita tak memegang kuasa. Boleh bercakap apa sahaja. Jadi jangan harapkan janji manis atau cahaya dihujung terowong yang belum tentu akan bersinar terang. Bernegara ini bukan bahan ujikaji. Yang ada perlu dikekalkan. Ia boleh diperbaiki jika ada kekurangan. Bukan merobohkan apa yang telah terpasak kukuh.

4. Fikirkan!!!!

DEMOKERUSI PKR !!!! KAH KAH KAH KAH KAH !!!!!

Dipetik dari blog : House PK

Penghuni Gua : Demokrasi? Ini demokerusi nampaknya. Parti sampah katakan. Tak gitu ?

GELI-GELI PAGI : ADA MAKHLUK LIM KISAH ?

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com



Penghuni Gua : Ada dua mahkluk ini kisah ? Tak berbunyi langsung. Pengundi muda ! Fikirkan. Fikirkan masa depan kita.

Saturday 23 October 2010

GELI-GELI PETANG : SINGA PKR NOK " KEKOH " TUANNYA !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com


Penghuni Gua : Kekoh ( gigit ) Zaid , jangan tok kekoh . Selagi daya mu kekohlah. Bagus juga Zaid buat begitu. Bior si kencing rakyat ini berhenti sejenak aktiviti kencingnya. Biasalah. Zaid pun memang le , kerjanya hanya nok kekoh orang aje sejak dulu.

2. Padan muka dia orang semua. !!!!!!!!!!!!!!!! Kah kah kah kah kah !!!! Padan juga dengan muka wira Hulu Selangor ni. Padan juga muka Wira pujaan PAS ni. Tengok le nanti. Singa Zaid ni pun akan kekoh balik PAS. Masa dan ketikanya sahaja. Sekarang ni , Zaid umpan dulu dengan sedekahkan kepada PAS dengan bangunan UMNO dulu. Tak lama lagi , dikekohnya balik PAS tu. Tengok le nanti. Keh keh keh keh keh !!!!!

3. Siapa tak kenal Zaid si singa taring tumpul ini. Asyik mengaum aje. Hapah pun tak ada. Nak gigit UMNO , tak boleh sebab taring terlalu tumpul. Jadi terpaksalah kekoh pemuja nya di PKR yang memang dah nak padam . Bukan apa, parti ini dah banyak penyakit kerana virus yang bercampur aduk di dalamnya. Kena kekoh sikit pun , boleh menjadi satu malapetaka.

4. Apa lagi Ketua Agungnya itu yang telah pun dihinggapi berbagai jenis penyakit berjangkit. Bukan kata kena kekoh oleh si singa Zaid tu aje, singa Zaid mengaum sikit aje pun. ketua agungnya boleh tumbang serta merta. Al Maklumlah, dah berpenyakit !!!!!! Tak gitu

BATU SAPI : PKR GIGIT JARI SENDIRI !!!!!




SANDAKAN: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, hari ini diumumkan sebagai calon merebut kerusi Parlimen Batu Sapi, bagi Pilihanraya Kecil yang diadakan pada 4 November ini.

Penghuni Gua : Lawan Dato Yong. Lawan jangan tak lawan. Bukan apa, seronok juga Dato Yong masuk gelanggang ni.

2. Ini kerana dengan Dato Yong masuk gelanggang, maka PRK Bt Sapi lebih meriah. Kempunan le Parti Kencing Rakyat nak merampas BT Sapi. Mana tidaknya, tempat orang pun nak dikacau dan dikencing oleh DSAI. Kalau dah PKR bertanding, mana lagi SAPP nak bertanding. Takkan di Galas kot? Keh keh keh keh !!! Lain le kalau Dato Yong tidak hisap rokok atau memerintah mengikut model Khalifah Umar ibn Aziz. Ada le juga Pok Nik boleh pertimbangkan untuk bertanding di Galas.

3. PAS ini syaratnya tak hisap rokok aje, bekas peliwat, kaki khalwat , bekas peminum arak ( katanya bertaubat le , tapi entah !!!! ) maka boleh le bertanding. Janji jangan rokok aje. Dato Yong memang sah tak boleh bertanding di Galas sebab kaki rokok. Jadi Bt Sapilah tempatnya.

4. Bagus dan tahniah Dato Yong. Kayuh jangan tak kayuh. Pokoknya jangan bawa masuk pengundi hantu udahlah. Dulu Likas mahkamah telah sahkan bahawa ada seeokor hantu di parlimen Likas iaitu kawasan Dato Yong. Maka PRK diadakan semula. Lihat di KLIK. Itu pun mahkamah sahkan ia bukan dibawa masuk oleh mana-mana pihak baik BN atau SAPP atau pembangkang. Cuma hantu tu masuk sendiri aje ( pendatang haram guna secara haram kad pengenalan orang lain ).

5. Jadi jangan ada hantu lagilah Dato ong. Pastikan itu Dato.

6. Agaknya lepas ini, DSAI nak kencing apa pulak dengan pengundi Batu Sapi bagi menawannya. Nampak gayanya, warna kuninglah air kencing DSAI kali ini. Silap hari bulan terkena batu karang sekali. Keh keh keh keh keh !!! Tak gitu ?

7. Kalau nak mainkan isu perjanjian 20 perkara tu pun boleh, tetapi ingat , ISA menunggu masa untuk memakannya. Jadi kepada semua pihak, jangan dok cuba-cuba nak mainkan isu ini. Ini pun perjanjian datuk nenek kita dulu. Jangan cuba-cuba nak rungkaikannnya. Cadangan PG kepada kerajaan, sesiapa sahaja yang cuba mainkan isu ini, ISA kan sahaja. Habis cerita. Nak bina negara ini bukan mudah. Nak musnahkan sekelip mata sahaja................................Memang diakui perjanjian 20 perkara tu pun tak lah sempurna perlanksanaannya, tetapi boleh diselesaikan beransur-ansur secara rundingan. Bukan untuk tujuan politik...............................

GELI-GELI PAGI : POTONG JANGAN TAK POTONG !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com


Penghuni Gua : 2 x 5 = (*&^%^&*(*&^%$^&*()(*&^%^&*()(*&^%^&*()(*&^%^&*()(*&^%^&*(*&^

Friday 22 October 2010

GELI-GELI PETANG : LAGI PERIHAL SHAMSUL AMK TERKENCING !!!

Dipetik dari : Mal;aysia Instinct com
Penghuni Gua : Bukan aje si Shamsul ini takut pada polis, malah dia takut pada bayang-bayang dia sendiri. Dialah yang selalu melalak ada pengundi hantu tiap kali ada PRK. Tu yang diselalu semput dan bertambah takut. Lagilah sekarang. DSAI pun buat muka sardin aje kat Si Shamsul ini. Itu yang terkial-kial kejap nak bertanding naib presiden kejap tak jadi. Akhirnya konar baring jilat balik dan terpaksa mempertahankan jawatan Ketua AMK. Yang pasti beliau akan kalah dan terus terkencing tak berhenti-henti. Kesian.

2. Itu yang dia ni dok rasa dan terkencing aje. Juga sebab dia kuat kencing kepada penyokongnnya.

MENARA WARISAN MERDEKA TAK RELEVAN : SHAMSUL AMK !!!





KUALA LUMPUR 22 Okt - Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menggerakkan kempen di peringkat nasional bagi membantah pembinaan projek mega Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion yang dianggap tidak relevan dalam keadaan ekonomi negara yang masih lembab.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK akan mengutip tandatangan daripada rakyat sebagai bantahan penggunaan dana awam yang disifatkan sebagai satu pembaziran. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tak releven? Biar betul Shamsul. Bukan kerajaan yang nak bina tetapi PNB.

2. Lagi pun banyak impak positifnya dalam jangka panjang projek ini. Sekarang ni mungkin tak nampak kerana Shamsul memang takkan nampak. Otaknya asyik membontot DSAI aje ke hulu ke hilir. Keduanya, sengaja nak cari isu sebab nak bertanding dan mempertahankan ketua AMK pun semput. Dah tak ada dahan nak berpaut.

3. Jadi Shamsul kata projek ini tak relevan dengan keadaan negara sekarang. yang sebanarnya dia yang tak relevan dengan PKR dan politik negara. Tak gitu?

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / ASAS TAHANAN / BAHASA PEMBERITAHUAN !!


[1993] 1 MLJ 214
Lim Thian Hok v Minister of Home Affairs & Anor and other applications
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NOS
44–65–92, 44–190–90, 44–72–91, 44–100–91, 44–127–91, 44–130–91,
44–133–91, 44–159–91, 44–198–91, 44–219–91 AND 44–39–92

Judges VINCENT NG JC

Date 19 SEPTEMBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 214

Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Detention order — Grounds for detention — Detention order stating grounds of detention in the alternative — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 6(1) — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Constitutional Law — Preventive detention — Detention order — Grounds for detention — Whether grounds appropriately or satisfactorily explained to detenu

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) kecuali pemohon di dalam Permohonan Jenayah No 44–65–92, yang telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’). Kesemua pemohon telah mempertikaikan penahanan mereka di atas alasan bahawa perintah tahanan menyebut tahanan mereka dalam alternatif di bawah Akta dan Ordinan tersebut untuk kes masing-masing. Kedua, alasan penahanan tidak diterangkan kepada pemohon dalam bahasa atau loghat yang difahami oleh mereka.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan dalam Permohonan Jenayah No 44–190–90, 44–72–91, 44–100–91 dan menolak permohonan yang lain:

(1) Mahkamah tidak dibenarkan mengkaji semula keputusan subjektif Menteri dan juga fakta yang menjadi asas bagi keputusan beliau. Ini diperkukuhkan dengan penambahan s 11C melalui Akta A738 kepada Akta itu.

(2) Kedua-dua alasan penahanan di bawah s 6(1) Akta itu harus dibaca bersama kerana kedua-dua alternatif merujuk kepada satu objek yang sama, iaitu mengedar dadah berbahaya. Oleh itu pihak yang menahan tidak boleh dikatakan telah membuat perintah penahanan secara kasar atau secara automatik.

(3) Seksyen 4(1) Ordinan itu harus dibaca berasingan kerana ia memberi kuasa kepada Menteri itu untuk mengeluarkan suatu perintah penahanan berdasarkan kepada salah satu alasan di dalamnya. Perintah penahanan harus menyebut di bawah ‘limb’ yang mana seseorang tahanan ditahan oleh kerana Ordinan itu tidak menyebut cara perintah penahanan itu harus dikarang. Ini adalah mandatori untuk mengelak sebarang cabaran terhadap perintah penahanan itu atas alasan bahawa ia tidak jelas atau dibuat secara automatik menurut bahasa s 4(1) Ordinan itu.

(4) Pemohon akan dibebaskan jika alasan penahanan mereka tidak didengan memuaskan atau secukupnya sama ada dalam masa penahanan, apabila perintah penahanan disampaikan atau apabila pemohon dibawa ke tempat penahanan. Tidak menjadi ‘fatal’ jika lebih daripada satu bahasa atau loghat digunakan untuk menerangkan atau memberitahu orang tahanan alasan penahanan itu asalkan beliau memahaminya.

Per curiam:

Seksyen 366 Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6) mewajibkan supaya pemohon menyatakan dalam afidavitnya setakat mana yang diketahui, fakta-fakta berkenaan dengan penahanan tersebut dengan tujuan meyakinmahkamah. Oleh yang demikian, pemohon harus menyatakan semua perkara yang relevan kepada penahanannya dalam afidavitnya dan tidak dibenarkan menimbul hujah-hujah yang di luar afidavitnya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Thursday 21 October 2010

TIADA MASALAH JIKA RAKYAT BERPEGANG KEPADA KONTRAK SOSIAL : TUN DR MAHATHIR !!!





KUALA LUMPUR: Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata jika rakyat Malaysia berpegang kuat kepada perjanjian asal yang dipersetujui oleh pemimpin daripada pelbagai kaum sewaktu merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan ada pertikaian hak.

"Kita telah mempunyai satu formula yang berjalan dengan baik selama 50 tahun. Mengapakah kita mahu menukarnya? Mengapakah anda mahu menimbulkan ketegangan antara kaum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-61 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. ............................................................Dr Mahathir, bekas perdana menteri keempat negara, berkata ucapan Najib itu tepat pada masanya bagi menjelaskan dan memperingati perjanjian yang sekian lama didokong antara pelbagai kaum dalam negara ini. .........................................................

Dr Mahathir yang turut menyifatkan isi kandungan ucapan Presiden UMNO itu baik, berkata adalah penting bagi rakyat patuh kepada perkara dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Dr Mahathir berkata, mereka yang cuba meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak faham mengenai isi kandungannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masalahnya kerana banyak pihak nak jadiu juara. Masalah sekali kerana Melayu yang nak jadi juara dan gila dalam politik. Asal hajatnya boleh jadi PM , apa poun akan diubahnya.

2. Sebab itu makin ramai yang makin besar kepala sekarang ini. Kerana ubat besar kepala ini diberikan oleh pemimpin Melayu yang gila kuasa tersebut. Asal hajat mereka tercapai, apa yang kukuh termeteri nak dirungkaikan.

3. Itulah perangai peliwat. Liwat apa sahaja.

NOVEL SALMAN RUSHDIE HANYA SATU KARYA : DSAI !!!!

Dipetik dari Blog : Gerakan Anti PKR

Penghuni Gua : Fikirkan. Biasalah sesumpah. Akan berubah warna mengikut tempat ia bercakap. Itu yang PAS suka dan sanjung tu. Islam liberal katakan.

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !!!


[1993] 3 MLJ 673
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor v Lee Gee Lam and another application
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NOS 05–18–93 AND 05–19–93

Judges GUNN CHIT TUAN(MALAYA) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
LC VOHRAH J

Date 15 OCTOBER 1993
Citation [1993] 3 MLJ 673


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Detention of accused under s 4(1) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Detention order stated grounds for detention in the alternative — Whether order proper — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Preventive detention — Accused detained under s 4(1) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Detention order stated grounds for detention in the alternative — Whether Minister addressed his mind to the relevant limb of s 4(1) — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Responden telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’) menurut dua perintah tahanan berasingan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah s 4(1) Ordinan itu. Perintah itu menyatakan alasan tahanan secara alternatif. Permohonan responden ke Mahkamah Tinggi untuk habeas corpus telah dibenarkan atas alasan bahawa perintah itu cacat kerana ketidakpatuhan dengan peruntukan s 4(1) Ordinan itu, iaitu perintah itu tidak jelas mengenai cabang yang mana di bawah s 4(1) responden telah ditahan. [Lihat [1993] 3 MLJ 265.]

Perayu telah membuat rayuan, dengan menegaskan bahawa: (i) oleh kerana alasan tahanan di dalam kedua-dua perintah itu adalah suatu hasil semula tepat perkataan yang terdapat di dalam s 4(1), dengan kata depan ‘atau’ membezakan alasan berkenaan dengan ketenteraman awam di bawah cabang pertama daripada yang berkenaan dengan penyekatan kekerasan di bawah cabang kedua, ia tidak penting sama ada tahanan itu dibuat di bawah cabang pertama atau kedua, kerana ia bukannya suatu soalan mengenai prosedur tetapi mengenai substans, yang terletak tunggal di bawah budi bicara subjektif Timbalan Menteri; dan (ii) hakim sepatutnya menyifatkan salah satu daripada alasan itu sebagai alasan berlebihan tanpa mempunyai kesan mentaksahkan perintah itu.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak rayuan itu:

(1) Pesuruhjaya kehakiman yang arif bertindak secara betul apabila membenarkan permohonan responden untuk habeas corpus kerana, pada mukanya, perintah itu tidak jelas sama ada Timbalan Menteri telah menumpukan fikirannya kepada keadaan tertentu kes setiap responden ataupun sama ada beliau telah menggunakan kuasa tahanannya secara mekanik.

(2) Pemutusan soalan sama ada Timbalan Menteri telah menumpukan fikirannya kepada cabang relevan ataupun kepada kedua-dua cabang, apabila membuat perintah tahanan itu, adalah suatu perkara prosedur dan jika ia ditunjukkan bahawa terdapat keraguan mengenai cabang yang mana satu Timbalan Menteri itu telah menumpukan fikirannya terhadap, atau sama ada beliau menumpukan fikirannya kepada kedua-dua cabang itu apabila membuat perintah itu, faedah keraguan itu mesti diberikan kepada orang yang ditahan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Wednesday 20 October 2010

PAS AJAIB : ADA 21 DALIL (*&^%$%^&*(*&^ !!!!!



21 Dalil PAS Termasuk Dalam Perkara Ajaib Di Dunia
WEDNESDAY, 20 OCTOBER 2010 00:17 MARHAEN


Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA...

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA...

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Penghuni Gua : Fikirkan pengundi muda. Itulah dan begitulah wajah dan lida PAS. Pelbagai wajah dan begitu banyak cabang lidahnya.

2. Fikirkan. PG nak tambah satu lagi dalil. Kalau kerajaan dikatanya makan kedarah rasuah. Jika Pok Nik dan menantunya dikatakan sponsor haji. Tak gitu ?

3. Fikirkan.!!!! Satu lagi ajaib PAS ialah ia memiliki seorang makhluk yang bernama Mahfuz. Tak ada pelajaran tetapi tahu semua perkara ( pandai komplen ajelah ) termasuk " mahir" dalam ekonomi terutama FDI.

4. Kah kah kah kah kah . Ajaibkan?

Nota : Ada lagi rupanya dalil ajaib PAS ini. Dulu hudud. Sekarang TGHH dan Mustafa Ali kata dalam Quran banyak juzuk. Hudud tu satu juzuk aje dalam islam. Jadi tumpu pada juzuk lain yang penting dululah. Tak ke ajaib!!!!!

Kawan-kawan-kawan semua , minta tambah sikit lagi mengenai keajaiban PAS ini kalau ingat. PG sibok ni, nak ambil anak sekolah. Kah kah kah kah kah !!!!! Ajaib, Ajaib. !!!!

PETA PELAYAR