Thursday, 31 March 2011
PERUT LEBIH BUNCIT DI VEDEO LUCAH ? INI JAWAPANNYA !!!!
MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !!!
Wednesday, 30 March 2011
FITNAH ? KEH KEH KEH !!!!
MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA BUDI BICARA HAKIM !!!!
Tuesday, 29 March 2011
GELI-GELI PETANG : GELI BER " TWEET " !!!
SEMUGA DOA DIMAKBULKAN !!!! AMIN !!!!
Monday, 28 March 2011
KARNIVAL PEMUDA BN : TAHNIAH KJ !!!!
PUAKA POLITIK INI HINA MAHKAMAH PULAK !!!!
AUTA TETAP AUTA !!!!!!!!!!!!!!!
GELI-GELI PAGI : GELI PAKATAN HARAM !!!!!
Sunday, 27 March 2011
AKU BANGGA DILAHIRKAN MELAYU DAN ISLAM !!!!!
iCATCH MANA BOLEH SUPER IMPOSE !!!!!
25 03 2011
“Apabila Eskay memperolehi rakaman di dalam format digital di bilik tersebut, dia tidak dapat mengetahui isi kandungannya kerana tidak mempunyai decoder sesuai bagi melihat format video tersebut. Itu menjelaskan tempoh masa dari 21 Februari 2011 sehingga beberapa tempoh yang lalu. Akhirnya apabila teknologi yang ditempah tiba dari luar negara barulah beliau mendapat kepastian apakah isi kandungan video itu.” – Mr. PG.
Siapa Mr. P.G? Itu tidak penting. Yang penting ialah maklumat di bawah. ............................................................................................................................
Penataan cahaya, kedalaman fokus dan keseimbangan bebayang adalah konsisten di dalam kesemua shot.
Ini membawa kesimpulan hanya satu, rakaman video seks lelaki Y yang menggunakan teknologi berdefinasi tinggi iCatch adalah bukan palsu, doctored, tampered, superimpose atau apa-apa sahaja kalimah yang digunakan oleh orang awam untuk mendakwa bahawa terdapat penipuan . Berita lanjut : KLIK
Saturday, 26 March 2011
KONSPIRASI : ULANG TAYANG MENGIKUT UNDANG-UNDANG !!!!
Dipetik dari Blog : Penghuni Gua
Saturday, 23 May 2009
KONSPIRASI / PAKATAN JAHAT MENGIKUT AKTA KETERANGAN
Nota : Ini juga adalah siri nota undang-undang Keterangan lama yang PG belajar pada tahun 2000. Jadi kepada para pelajar, buat tambahan kepada kes-kes rujukan melalui Malaysia Law Journal ( MLJ ) yang baru iaitu selepas tahun 2000. Jangan copy paste aje.Nanti ilmu tak berkembang. Semuga semuanya memperolehi menafaat. Ini ulang tayang / paparan semula artikel ini bagi kita memahami makna konspirasi dan pembuktian yang diperlukan. Bukan main cakap kosong aje. Asyik nak liwat undang-undang aje.
Ingat undang-undang perlu di baca. Selepas belajar , maka kita perlu baca undang-undang baru tahu maksud yang tersurat dan tersirat. Jangan belajar sahaja. Kita akan terkongkong dengan idea dan pandangan guru kita sahaja. Jadi baca. Nabi Mohamad pun, Allah melalui malaikat menyuruh Nabi Mohamad membaca nya pada surah yang mula-mula sekali diturunkan dan di baca berulang-ulang.
Pakatan Jahat (Conspiracy).1. Seksen 10 Akta Keterangan, 1950 adalah mengenai pakatan jahat.10. Things said or done by conspirator in reference to common design
Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.2.
(Apabila terdapat alasan untuk mempercayai terdapat 2 atau lebih orang membuat pakatan jahat untuk melakukan satu kesalahan atau perbuatan salah ,apa saja yang dikatakan, lakukan atau ditulis oleh seorang dari mereka dalam mencapai niat bersama adalah fakta relevan kepada setiap dari mereka).3. Seksen 120A Kanun Keseksaan memberi definisi pakatan jenayah sebagai apabila dua atau lebih orang bersetuju atau menyebabkan suatu perbuatan :i. tidak sah atau,ii. suatu perbuatan yang sah tetapi dengan jalan yang tidak sah dilakukan.4. Oleh kerana perbuatan pakatan jahat dilakukan dalam keadaan terlindung, sulit dan dalam gelap adalah mustahil untuk menjejaki pakatan jahat dengan keterangan terus (direct evidence). Ianya selalu diandaikan dari gabungan perbuatan, kenyataan dan perlakuan pihak yang terlibat dalam pakatan jahat iaitu dari keterangan berdasarkan keadaan (circumstantial evidence).5. Seksen 10 dengan sengaja disusun perkataannya supaya orang yang melakukan pakatan jenayah bertanggungjawab kepada semua yang terbabit dalam pakatan jahat.
Sebelum seksen 10 diguna pakai terdapat 5 elemen utama mesti dipenohi sebelum ianya relevan kepada pakatan jahat jenayah.6. Jelas seksen ini adalah pengecualian kepada peraturan umum iaitu seorang tidak boleh bertangggungjawab jenayah oleh kerana perbuatan atau kenyataan yang dibuat oleh orang lain. (Maksudnya seksen ini pula menyatakan seorang itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain iaitu satu pengecualian umum ).7. Keterangan pakatan jahat terpakai kepada pembicaraan jenayah dan sivil. Dalam perkara sivil ia dirujuk sebagai tanggungan diwakilkan/atau melalui orang lain (vicarious liability). Oleh itu jika terbukti salah seorang melakukan suatu perbuatan dan seorang lagi pula melakukan perbuatan lain dalam mencapai niat bersama mereka, mahkamah mempunyai kebebasan untuk membuat inferen/andaian mereka semua melakukan pakatan jahat untuk mencapai niat bersama. (nota : rujuk juga seksen 34 Kanun Keseksaan).Maksud pakatan jahat.
8. Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan untuk melakukan perbuatan yang tidak sah.
9. Tetapi tidak perlu semua perbuatan perlu berlaku untuk mencapai persetujuan yang dibuat. Tidak kira samada perbuatan jenayah dilakukan atau tidak, persetujuan yang dibuat sudah boleh di hukum. Bukti bahawa perbuatan telah dilakukan hasil persetujuan adalah tidak relevan.
10. Kes yang mengepalai dalam hal ini adalah kes dari Sri Langka - Queen V Liyanage [1965] 67 N.L.R 193 yang menerangkan seksen 120A Kanun Keseksaan.
11. “Ianya tidak penting samada perbuatan tidak sah adalah matlamat sepenohnya persetujuan yang dibuat atau hanya secara tidak sengaja terlibat kepada niat bersama” (maksudnya perbuataan tidak penting, tetapi persetujuan yang dibuat”.( It is immaterial whether the illegal act is ultimate object of such agreement ,or merely incidental to that object)
12. Kemudian ianya mestilah dibuktikan bahawa setiap yang melakukan pakatan jahat mempunyai pengetahuan umum plot jahat yang dibuat , sungguhpun setiap seorang dari mereka tidak diberi tahu secara terperinci akan niat bersama yang dirancang. (Lihat ilustrasi seksen 10 Akta Keterangan).
13. Persetujuan yang dibuat selepas niat adalah mengcukupi dan adalah juga pati kepada pakatan jahat.
14. Ini bukan bermaksud persetujuan pakatan jahat tidak lagi ujud selepas masa sebenar persetujuan dibuat . Pakatan jahat masih berterusan selagi persetujuan masih kekal dan selagi mereka bertindak selaras dengan persetujuan yang dibuat.
15. Keterangan untuk menyokong pakatan jahat adalah biasanya keterangan berdasarkan keadaan.
16. Kes mengepalai di India adalah Jhabwala V R – 34 Cr.LJ 967.“Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan atau plot jahat itu sendiri. Apabila persetujuan telah dibuktikan ,tidak perlu dibukti lagi perbuatan . Apa yang perlu adalah mereka yang melakukan pakatan jahat telah membuat persetujuan kepada niat bersama. Salah seorang mungkin membuat perancangan dan lain mungkin mengambil bahagian kemudian. Semua mereka adalah sama-sama bersalah. Tambahan pula dengan tidak ada perkataan dan kelakuan oleh ahli yang menyertai pakatan jahat adalah sukar untuk membuat andaian bahawa mereka yang lain terlibat.
17. 5 Elemen sebelum pakatan jahat boleh diterima di bawah seksen 10 Akta Keterangan.
18. Elemen Pertama.
19. Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pakatan jahat wujud .Keujudan pakatan jahat hendaklah dibuat melalui keterangan “ Prima Facie” . Apa-apa yang dikatakan, dibuat atau ditulis hendaklahb dibuktikan ketahap Prima Facie sebelum dapat di gunakan kepada setiap mereka melakukan pakatan jahat,
20. Pati kepada pakatan jahat adalah gabungan persetujuan yang dibuat oleh 2 atau lebih orang untuk melakukan satu perbuatan yang tidak sah.Chandrasekaran & Ars v PP [1971] 1 MLJ 153.-Kes mercu tanda
21. Dalam kes ini Chandrasekaran seorang kerana Jabatan Akauntan telah membuat pakatan jahat dengan dua orang pegawai polis dari Cawangan khas untuk menipu kerajaan telah dihukum dan sabit bersalah di bawah seksen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah, 1961.
22.Pakatan jahat telah dirancang dengan terliti, sengaja dan berani. Akaun bank satu syarikat racun rekaan telah dibuka di Bank Oversea- Chinese, Sg. Besi,Kuala Lumpur. Mereka kemudian telah mereka sebuah rumah telah disewa di alamat no.43A, Kg. Dollah, Kuala Lumpur. Dua cek palsu pembelian racun bernilai RM 111,889.50 dan RM 95,740 dari kementerian Perdangangan dan Industri dikemukakan kepada Chandrasekaran.
23. Chandaserakan hanya seorang sahaja bertanggungjawab memereksa cek terus meluluskan cek berkenaan.
24. Perbuatan ini adalah pembuktian keterangan “Prima Facie” bahawa terdapat niat bersama dan boleh diterima di bawah seksen 10 bagi mengaitkan kesemua mereka.
25. Keterangan berdasarkan keadaaan lain yang boleh mengaitkan mereka adalah kelakuan/perbuatan mereka selepas kejadian yang boleh diterima di bawah seksen 8.
26. Seorang dari perayu memberitahu rakan sepejabat dia telah membeli cincin berlian untuk isterinya selepas memenangi hadiah lumba kuda, membayar bil mess berjumlah RM 396,35 selepas tidak berupaya membayarnya, Bayaran penoh kepada Finance pinjaman kereta dan bayaran kepada pemimjam wang yang sama-sama dibuat oleh Chandasekaran.
27. Mahkamah tidak pecaya wang tersebut adalah kemenangan lumba kuda. Diputuskan pakatan jahat dilakukan untuk menipu kerajaan adalah niat bersama dan begitu juga perlakuan mereka. Perancangan dibuat oleh perayu bukan saja keterangan “prima facie “ malah keterangan yang kuat untuk melakukan jenayah.
28. Elemen kedua.
29. Ianya mestilah dua pihak terlibat dalam pakatan jahat. Seorang tidak dapat melakukan pakatan jahat Topandas V State of Bombay AIR [1956] SC 33.
30. Elemen ketigaApa saja yang dibuat, sebut atau ditulis adalah fakta relavan kepada pakatan jahat.
31. Mirza Akhbar V The King Emperor [1940] AIR PC 176.
32. Perayu bersama pembunuh bernama Umar Sher dan seorang perempuan Mt, Mehr Taja telah dituduh membunuh Ali Askar iaitu suami kepada Mt Mehr Taja. Keterangan terhadap Umar Sher adalah jelas kerana ditangkap semasa kejadian membunuh dan pada masa itu memegang senapang patah yang baru ditembak dan dengan kelonsong peluru tersekat di dalam barel.
33 Umar Sher telah dirasuah oleh perayu untuk membunuh Ali Askar. Pakatan jahat ini diperolehi dari 3 surat yang dihantar oleh Mt.Mehr Taja kepada perayu. Mt. Mehr Taja dalam suratnya menyatakan ingin menghapuskan Ali Askar dan dengan itu mereka berdua boleh berkahwin dan terdapat juga kandungan untuk mencari duit.
34. Hakim memutuskan apa saja yang dilakukan, ditulis atau disebutkan adalah boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat.Re N. Ramaratnam [1944] AIR Mad. 302.
35. Statement yang dibuat oleh mana-mana ahli pakatan jahat selepas niat bersama/tujuan perbuatan telah dicapai tidak boleh diterima di bawah seksen 10.Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B satu peket bahan letupan yang cukup untuk meletupkan sebuah jambatan keretapi. B kemudian cuba meletupkan jambatan tersebut tetapi tidak berjaya. B kemudian menghantar surat kepada A meminta bahan letupan yang lebih bagi tujuan tersebut. Diputuskan surat kepada A adalah tidak boleh diterima oleh kerana niat bersama telah hapus setelah percubaan memusnahkan jambatan gagal dan surat pula ditulis selepas pakatan jahat telah berakhir.
36. Elemen ke empat.
37. Tindakan mestilah dalam lingkungan masa pakatan jahat dilakukan. Bermaksud dari masa persetujuan dibuat sehingga niat bersama/motif bersama dicapai. Ini bermaksudnya juga apa-apa yang dibuat,disebut dan ditulis mestilah dalam masa niat bersama wujud.
38. Elemen kelima.Apa yang dilakukan, disebut dan ditulis tidak boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat selepas niat bersama selesai dijalankan/dicapai .
39. Liew Kaling & Anor V PP [1960] 26 MLJ 306.3 orang perayu telah dituduh dan disabitkan kerana membunuh 3 orang perempuan. 3 perempuan tersebut telah dijumpai mati tertikam di dalam telaga. Sebelum mati salah seorang dari perempuan itu didapati membawa sejumlah wang yang banyak untuk membeli bijih timah yang dicuri. Keterangan terhadap ketiga-tiga tertuduh adalah sepenohnya keterangan berdasarkan keadaan.
40. Keterangan terhadap tertuduh pertama,Liew.a) Kenyataan anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Malam sebelum emaknyan dibunuh dia telah melihat Liew bersama tertuduh kedua Boo datang kerumahnya dan bercakap dengan emaknya. Boo memberitahu emaknya terdapat 800 paund bijih timah di sebuah kampung (di mana emaknya dibunuh) dan meminta emaknya membawa duit yang boleh dianggap untuk membeli.b) Kenyataan Mrs. Lee iaitu iaitu seorang lagi anak kepada perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan berlaku Liew bersama tertuduh ke tiga Foo telah datang kerumahnya,membersih pakaian ,mandi dan makan bersama dengan suaminya. 3 hari selepas itu Liew ditangkap dengan beberapa note duit terdapat kesan darah manusia dalam miliknya. Dia selepas itu memandu polis mendapatkan sebilah parang yang terdapat kesan darah dari sebuah kolam kira-kira ½ batu dari tempat kejadian.
41. Keterangan terhadap tertuduh kedua BOO.a) Keterangan dari dua orang murid sekolah.b) Kenyataan seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan dia telah melihat Boo dan seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan dengan tempat kejadian. Boo pada masa itu menaiki basikal dan menolak satu lagi basikal yang dipercayai kepunyaan emaknya. Tertuduh kedua menerangkan setelah menemui basikal dia ingin membawanya ke balai polis. Selepas ditangkap telah membawa polis kira-kira ½ batu dari tempat kejadian dan setelah pemereksaan sebilah gunting tanpa kesan darah dijumpai.
42. Keterangan terhadap tertuduh ketiga Foo.a) Liew dan Foo juga melawat rumah Mrs Lee. Mandi,membersih pakaian dan makan bersama suaminya.Isteri Mr.Lee telah bertanya kepada Foo mengenai emaknya dan Lee menjawab ada seorang lelaki yang tidak dikenali menolak basikal telah ditangkap oleh polis. Foo kemudian telah membuat pengakuan bahawa Boo dan seorang lagi bernama Soh Chee mempunyai “share” dan telah menjemput untuk mengikut sama ( share mengenai bijih timah yang dicuri).b) Keterangan sokongan dari Mr. Lee . Mr Lee juga menyatakan beberapa hari selepas kejadian pembunuhan dia mendengar perbualan Foo dengan isterinya bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan dan Liew,Boo dan Soh yang terlibat.(nota:kenyataan Foo bahawa dia tidak telibat dan Liew, Boo dan Soh yang terlibat diberi perhatian samada ianya terjumlah statement pakatan jahat atau tidak).
43. Setelah dirayu hakim Thomson berkata :Tidak keterangan bahawa pakatan jahat ujud antara ketiga-tiga tertuduh. Ia dikatakan terdapat pakatan jahat apabila apabila Foo dan Liew datang bersama kerumah Mrs. Lee.Perkara ini tidak boleh dibuat spekulasi pakatan jahat telah berlaku. Adalah juga dikatakan Liew dan Boo telah bersama dirumah salah seorang yang perempuan yang mati dan jika keterangan ini dipercayai maka lawatan tersebut adalah berkaitan dengan pembunuhan.Tetapi adalah mustahil untuk menyatakan terdapat pakatan jenayah oleh kerana Foo juga adalah salah seorang ahli dan kenyataannya boleh diterima di bawah seksen 10 yang mengaitkan Foo dan Liew . Tuduhan juga tidak menyatakan bahawa terdapat pakatan jahat atau bersubahat terhadap ketiga-tiga tertuduh.
44. Kenyataan yang dibuat oleh Foo untuk menyokong pakatan jahat juga tidak boleh diterima oleh kerana ia dibuat selepas beberapa hari kejadian. Keputusan kes Mirza Akbar V King Emperor dirujuk :“Prinsipnya perkataan di bawah seksen 10 hendaklah di tafsir sewajarnya dan tidak ditafsir lebih luas untuk memasukkan statement perbuatan selepas ahli pakatan jahat selesai perbuatan pakatan jenayahnya”
45. Keterangan terhadap Boo dan Liew adalah tidak kuat. Keterangan terhadap Foo adalah selepas kejadian. Keterangan yang ada hanyalah syak.
46. Badri Rai V State of Bihar [1959] S.C. J 117.Tertuduh pertama telah berjumpa dengan inspector polis dan meminta supaya penyiasatan jenayah di hentikan. Beberapa hari kemudian tertuduh kedua datang berjumpa inspector berkenaan di balai polis dan menawarkan wang RS 500 supaya penyiasatan jenayah berkenaan dihentikan.
47. Kedua-dua mereka dituduh kerana membuat pakatan jahat untuk merasuah pegawai polis. Isunya adakah statement yang dibuat oleh tertuduh kedua dibalai polis boleh diterima terhadap tertuduh pertama. Diputuskan :i. Keterangan perbualan tertuduh pertama adalah sebab munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah membuat pakatan jahat untuk melakukan kesalahan.ii. Oleh itu di bawah seksen 10, kenyataan yang dibuat oleh salah seorang dari mereka dalam melakukan pakatan jahat adalah relevan kepada seorang lagi.
48. KesimpulanNampaknya seksen 10 mempunyai syarat yang ketat. Ianya mestilah ada keterangan “Prima Facie” sebab munasabah sebelum mahkamah pecaya dua atau lebih orang adalah ahli pakatan jahat.
49. Jika syarat tersebut tidak dipenohi maka apa-apa yang dibuat, disebut atau ditulis dalam mencapai niat bersama tidak akan diterima sebagai keterangan terhadap mereka yang lain.50. Dengan itu juga bermakna dari masa persetujuan dibuat untuk menjalankan plot, apa-apa yang dibuat, disebut, ditulis dalam melaksanakan niat bersama adalah relevan di bawah seksen 10 untuk menunjukan pakatan jahat.51. Seksen 10 mempunyai makna yang lebih luas dari Undang-undang di England. Undang-undang umum hanya menyatakan apa-apa statement dan perbuatan adalah diterima dalam mencapai niat bersama bukan keterangan Prima Facie dengan alasan munasabah.
ARIF OMAR
Nota : Lelaki Y sibuk dakwa konspirasi dalam 2 kes liwatnya. Konspirasi juga di dakwa dalam kes vedeo berzinaannya.. Jadi jangan cakap banyaklah. Buktikan ianya konspirasi. PAS pun dah keluar fatwa kena buktikan. Kelmarin TGHH dan TGNA keluarkan fatwa tersebut bagi membela Lelaki Y. Jadi dalam 2 kes liwat lelaki Y ini, semua dibuktikan di mahkamah. Bukan cakap kosong dan mahkamah dah buktikan dan mengakui memang kejadian liwat berlaku antara lelaki Y dan Azizan. Dalam kes ini pun , bulan Apr nanti terdedahlah buktinya. Vedeo zina juga. Jangan tuduh konspirasi . Ia dibuktikan dengan vedeo. Bukan macam puak ini, tuduh macam-macam pada kerajaan dan PM , tetapi bukti tak ada. Jadi artikel di atas , boleh membantu kita memahami makna konspirasi mengkitu undang-undang . Bukan main cakap aje macam tong kosong. Banyak pihak bercakap berkenaan konspirasi sejak kes liwat DSAI. Jadi buktikanlah dengan bukti seperti yang diterangkan di atas. Cakap senang le. Pembuktian itu yang mustahak dan keutamaannya. Jika tiada bukti itu maknanya hanya dakwaan atau bahasa kasar sikit fitnah le.
Posted by Arif Omar at 15:19
Friday, 25 March 2011
GELI-GELI PETANG : GELI POK NIK PADA UTUSAN !!!!
HEBAT, HEBAT !!!!!
Ada satu pasal tentang Datuk Zaid Ibrahim yang banyak dari kita setuju.Beliau ini jenis cakap lepas dan dikenali seorang yang tidak banyak berdolak dalik. Sebab itu barangkali Datuk T pun terdorong ajak beliau join sekali tengok video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khamis Presiden Parti KITA yang pernah satu ketika jadi orang kanan PKR menulis di dalam blog peribadi dan juga kepada media mengaku secara terbuka sudah tonton video yang kini menjadi bualan ramai.
Dari sudut pandangnya beliau percaya lelaki dalam aksi video itu adalah Anwar.
“Ramai yang tanya soalan yang salah juga buat andaian. Isu utamanya adalah apakah video tersebut tulen,” kata beliau.
Menurut Zaid, sekalipun percaya lelaki di dalam klip video itu adalah Anwar beliau tidak dapat menentukan apakah rakaman tersebut benar atau palsu.
Menceritakan dari mula, kata Zaid, bila kali pertama beliau tahu tentang kewujudan video tersebut (Isnin), beliau sendiri teruja seperti orang lain.
Sehari kemudian, beliau menerima panggilan telefon minta beliau hadir menyaksikan tayangan tersebut di mana beliau bertemu dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan dua yang lain.
Menurut Zaid bila melihat klip video tersebut, beliau tahu itu Anwar.
“Saya tahu wajahnya (Anwar), bila kamu lihat gambar Barack Obama, apakah kamu tanya macam mana kamu kenal itu wajah Obama?” soalnya sinis dalam satu temubual dengan laman web FMT.
Zaid turut persoalkan kenyataan Anwar bahawa lelaki dalam rakaman tersebut bukan beliau kerana ‘perut buncit’.
“Anwar bukan kurus sangat” katanya.
“Bila kamu berumur 64 tahun, kamu akan buncit sikit, boleh kamu tunjukkan orang yang berusia 64 tahun dan ada ‘six-pack’, dan macam mana kamu tahu dia sakit belakangnya teruk seperti yang dia selalu sebut? Saya tengok aksinya boleh tahan hebat di dalam video itu!”
“Selain itu, mana dia jam Omega yang diambil dari tempat kejadian? Dia (Anwar) kata ada pada isterinya jadi kenapa tidak ditunjukkan?
“Apa yang saya tahu jam itu ada dengan pihak lagi satu (Datuk T) sebab saya sudah tengok.”
Bagaimanapun, kata Zaid, memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini,“maka biar kita minta panel antarabangsa yang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,”katanya.
“Kita sudah lama dilaungkan dengan teori konspirasi. Ceritanya sama, selalu saja ada orang yang hendak jatuhkan Anwar dan semua tuduhan terhadapnya palsu. Kita perlu tahu kebenaran kali ini” kata beliau.
Zaid turut menolak spekulasi bahawa ‘timing’ video tersebut didedahkan ada kaitan dengan pilihanraya negeri Sarawak.
“Kalau video itu didedahkan sebulan awalpun, orang masih kaitkan dengan pilihanraya Sarawak,”katanya.
“Kamu patut tanya Anwar kenapa dia buat ‘aksi’ ini sebelum pilihanraya. Kamu tidak boleh salahkan Datuk T yang buat khidmat awam.
“Kalau saya jumpa video ini pun, saya akan didedahkan kerana ini melibatkan ketua pembangkang dan perdana menteri di masa hadapan. Bukankah itu kepentingan awam?
Ditanya apakah beliau akan mengambil pendirian yang sama jika belum meninggalkan PKR, jawab Zaid, “Ya, sudah tentu,”
Menurut Zaid, beliau tidak melihat klip video seks yang membabaitkan bekas Menteri kesihatan Datuk Seri Dr Chua Chua Soi Lek, bertentangan dengan semua andaian, melangkaui rasa malu dan trauma dengan kecurangannya.
“Apa yang mengkagumkan saya adalah pengakuan kepada umum yang beliau (Soi Lek) melakukan kesilapan. Dia bersedia bertemu penyokongnya, mengaku salah yang pernah dilakukannya, memohon keampunan dari keluarganya…
“Kita ahli politik tidak sempurna tapi bila ‘kantoi’ kita harus mengakuinya dan jujur terhadap kelemahan kita…
“Setiap kali ada tuduhan salahlaku seksual atau penyelewengan melibatkan Ketua pembangkang, DAP dan PAS akan melindungi dan teguh mempertahankan beliau.
“DAP dan PAS tidak meminta sebarang penjelasan dari Anwar, jadi Anwar bebas dah tidak perlu bertanggungjawab pada sesiapapun di atas segala tingkah lakunya,”kata beliau.-24/3/2011
Thursday, 24 March 2011
INI DIA JAM OMEGA LELAKI Y TU !!!!!
SIAPA DATO ESKAY !!! KICKDEFELLA
Beliau dijemput pulang ke Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed untuk membantu proses pemulihan Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila Anwar jatuh dari kuda sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dato’ Eskay pernah ditempatkan di Majlis Sukan Negara untuk beberapa ketika.
Beliau adalah diantara dua tiga individu terakhir yang diamanahkan untuk berunding dan memujuk Dato’ Seri Anwar supaya meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pergi menyambung pengajian di malam sebelum Anwar dipecat.
Eskay jelas masih kagum dan sayang pada Anwar ketika itu, itu pengamatan saya bila mendengar cerita-ceritanya tentang Anwar dan Tun Dr Mahathir di kediamannya di Kedah hampir sepuluh tahun dulu.
Bahkan ketika itu dia juga memaklumkan bahawa kemungkinan akan menerima tawaran untuk membantu proses pemulihan ke atas sakit belakang Anwar yang semakin beronar ketika di dalam Penjara Sungai Buloh.
Di kediamannya juga pada ketika itu masih terdapat beberapa peralatan pemulihan yang digunakan untuk Anwar dan yang paling saya ingat ialah sebuah kerusi jati penyerahan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie kepada Anwar ketika Anwar mengunjungi Habibie.
Saya rasa tiada pihak boleh menafikan hubungan rapat Eskay dan Anwar. Sebagai seorang yang merawat Anwar untuk sekian lama, mustahil juga Eskay boleh tertukar Anwar dengan individu lain di dalam rakaman video yang sedang heboh diperkatakan.
Dato’ Eskay Shazryl Abdullah, seorang yang bertatasusila dan berbudibahasa tinggi adalah salah seorang dari Dato’ Trio yang juga terdiri daripada Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim yang merupakan mastermind disebalik kemunculan video seks yang dikatakan menampilkan aksi seorang lelaki yang disyaki Ketua Pembangkang Malaysia.
Eskay yang dibesarkan oleh sebuah keluarga Siam mengesahkan hari ini beliaulah yang menemui rakaman video tersebut setelah diarah oleh Anwar untuk mencari jamnya yang dikatakan tertinggal disebuah bilik di sebuah spa.
Sebelum ini, namanya pernah disebut sebagai individu yang bertanggungjawab membantu Raja Petra Kamaruddin meninggalkan Malaysia. Bagaimanapun, Eskay tidak pernah mengesahkan penglibatannya. Di awal tahun 2000, Eskay dikenali dengan gelaran Dato’ Kambing kerana penglibatannya dalam penternakan kambing di Kedah. Beliau juga terlibat di dalam mengimport lembu-lembu dari Myanmar dan merupakan tulang belakang program Kedah Halal Meat.
VEDEO LELAKI Y : BERANI KE PEMBANGKANG NAK SERTAI SURUHANJAYA DI RAJA ?
Dipetik dari : Agenda Daily
Penghuni Gua : Jangan lihat siapa yang beri dan dedahkan maklumat ini. Tetapi benar atau tidak maklumat ini. Ia boleh dibuktikan. Sebabnya ia satu yang di dokumentasi. Bukan cakap kosong seperti fitnah pembangkang dalam kes Atlantuya dan sebagainya. Cakap je bukti tak ada.
2. Betul kata Datuk " T ". Tubuh juga satu suruhanjaya Di Raja yang di wakili oleh semua pihak termasuk parti-parti pembangkang. Baru mereka tahu hal sebenar. Apa nak gaduh-gaduh. Tubuh Suruhanjaya Di Raja. Habis cerita . Bab jenayah itu serah pada polis.
3. Berani ke parti pembangkang termasuk TGHH, Pok Nik, Lim Kit Siang nak sertai Suruhanjaya Di Raja ini? Jangan cakap kosong. Berani?
4. Kantoi le kali ini . Cukup-cukuplah minum air kencing lelaki " Y " tu. Tak gitu ? Selama ini pembangkang nak sangat Suruhanjaya Di Raja. Sikit-sikit Suruhajaya Di Raja. Sekarang bagaimana? Betul tak?
Wednesday, 23 March 2011
DNA : DSAI DAH MULA KANTOI !!!!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.
"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah.” Berita lanjut : KLIK
Tuesday, 22 March 2011
INGAT ORANG SARAWAK , TGHH PERNAH DAN AMAT MENGHINA ANDA !!!!!
MAHFUZ KATA SUPERIMPOSE !!! KAH KAH KAH KAH !!!
Monday, 21 March 2011
VEDEO SEKS PEMIMPIN UTAMA PEMBANGKANG !!! MACAM KENAL AJE !!!!! KEH KEH KEH KEH !!!!!
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. ........................................................................Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu...........................................................................................
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.
Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. .....................................................................................................
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang. Berita lanjut : KLIK
GELI-GELI TENGAHARI : GELI HANTU LIM DAN DAP !!!!
Sunday, 20 March 2011
LIBYA DIBOM : PAS DAN PKR DAH GEMBIRA SEKARANG ?
Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP. Berita lanjut : KLIK