FOLLOWERS

Monday 28 February 2011

PRK MERLIMAU / KERDAU : KM MELAKA MENGAKU KALAH PADA PAS !!!! KIH KIH KIH !!!!


( Letih si Tantawi ini lepas dok menipu dan memfitnah. Bukan letih kerja. Letih mengeluarkan air liur fitnah dan maki hamun orang . Lentok baik punya . Berjulok kaki punya !!!! Kih kih kih kih !!!!! Macam ni nak perintah negara? Nak bawa diri pun tak mampu. Tak ada personoliti langsung . Cis !!!! Kih kih kih kih )





.................................Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.

Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad. ......................................Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Patut le, Kerajaan PAS Kelantan menentang sangat penubuhan Sekolah Harapan yang diilhamkan oleh Dato Ali Rustam. Rupanya kerajaan PAS Kelantan yang heboh membangun bersama Islam , takut terbongkar tembelang mereka yang slogan membangun bersama Islam itu hanya penyedap politik aje. Slogan politik tanpa ada perancangan. Buktinya salah satunya dia atas tulah.

2. Allah Maha Besar. Tunai Allah bayarkan untuk kerajaan PAS yang melacurkan Islam yang kononya membangun bersama Islam.

3. Pooooo Raaaah. Cakap tak serupa bikin. Bikin pun tak serupa dengan cakapnya.

4. Tak apa Dato Ali!!! Biar mereka kecam Sekolah Harapan Melaka, tetapi kita semua teruskan untuk selamatkan nyawa yang tidak berdosa dan bagi menyelamatkan remaja tersebut walaupun itu merupakan langkah jangka pendek dan sementara dari tak ada langsung. Atau hanya bercakap berdegar aje tetapi habok pun tak ada seperti yang Kerajaan PAS yang menjaja Islam ke hulu ke hilir siang malam.

5. Teruskan Tok Ali. Teruskan usaha murni anda tersebut. Ramai lagi makhluk yang masih menyokong usaha baik ini. Harapkan PAS ? Tidor ajelah. Letih bukan kerana kerja tetapi letih ceramah dok mengumpat orang. Lihat ajelah gambar Tantawi di Kerdau semalam. Lentuk berjulur kaki di atas pentas ceramah. Tertidor selepas letih mengumpat dan memfitnah orang. Kerja tak buat. Hanya kerja keluarkan air liur aje !!!! ( Lihat gambar Tantawi di atas, di PRK Kerdau semalam ).

POK NIK NAK JADI JAKUN ? BIAR BETUL POK NIK !!!!!!







Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai bulan lepas Pok Nik cakap orang asli tu Jakun. Kini tak kisah pulak kalau dilahirkan sebagai orang Asli. Bulan lepas Pok Nik korner baring katakan ytak tahu apa itu Jakun.

2. Ada apa-apa ke Pok Nik ? Atau Pok Nik melihatkan ramainya orang Asli yang akan mengundi di Kerdau dan Merlimau? He he he he !!!! Pandai Pok Nik ni menangguk di air keroh rupanya. Lepas menghina , kini nak jadi orang Asli pulak.

3. Lawak Pok Nik terbaru. Kah kah kah kah !!!! Pok Nik, Pok Nik !!! Buat lawak tak habis-habis. Lawak orang tak gelak pulak tu!!! Hari itu tak mengaku Melayu. Lepas tu, PAS sibuk dok buat seminar pengayaaan Melayu.

4. Apa citenya Pok Nik oii!!!!!!!!!!!!Keh keh keh keh keh !!!!! Lawak PRK Merlimau dan Kerdau ni Pok Nik. Bukan tak kenal Pok Nik dan PAS. Dah kenal lama doh !!!!!

GELI-GELI PAGI : GELI GALI LUBANG !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Gali-gali gali lubang. Gali lubang tutup lubang. Gali gali gali lubang, lubang di gali dan terus di gali. Dah dua kali gali. Dua-dua lubang tak dapat tutup. Khalid terus gelikan DSAI. Gali-gali lubang. DSAI gali lubang gelikan Khalid. Gali gali gali lubang. Gali lubang jangan tak gali. Kah kah kah kah kah kah !!!!!

2. Ingat lagu M. daud Kilau !!!! kih kih kih kih !!!!

Sunday 27 February 2011

PUAKA HINDRAF MENCARI ISU !!!!!







Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Puaka Hindraf buat hal lagi. Tak habis-habis dengan demo haram . Ini sengaja cari pasal berkaitan Interlok. Paria dalam Interlok? Ada masalah ke? Memang paria ujud dan menjadi amalan di negara India hingga kini. Perbalahan di dalam MIC sepanjang masa juga adalah berkait rapat dengan kasta. Semua tahu.

2. Jadi apa masalahnya perkataan paria dalam Interlok? Atau Hindraf mendapat arahan dari DSAI dan PKR untuk membuat onar. PRU dah dekat. Sokongan pengundi India pun dah ciput terhadap PKR. Jadi terpaksa cari isu basi dan tak ada isu pun untuk dijadikan isu bagi puaka-puaka ini. Menyusahkan semua orang.

3. Kepada PDRM, humbankan aje semua mereka ini ke Kem Kemunting selama 2 tahun. Baru mereka tahu kisahnya. Cakap banyak tak guna dan mereka tak pernah dengar pun. Ini semua tindakan mereka yanag desprado semuanya.

4. Pergi jahanam kau Hindraf. Perhgi jahanam Uthayakumar. Ikut abang anda ke England kalau dah rasa Malaysia ini tak baik buat kamu. Juga boleh anda cuba menetap di India, lihat , apa layanan mereka terhadap kamu semua.

5. Tak gitu ?

Saturday 26 February 2011

UDANG GALAH " KING " DI SG BINJAI KEMAMAN TERENGGANU !!!!


Penghuni Gua : Semalam PG telah balik bercuti hujung minggu di rumah mertua di Kemaman Terengganu. Petang tadi jam 2 petang hingga jam 5 petang, PG telah turun di Sg Binjai di Pengkalan Binjai , Kemaman Terengganu untuk memancing udang galah. Galak jugalah udang galah memakan mata pancing. Dapat jugalah dalam 1 kg. Ada bersaiz " King " dan ada juga saiz sederhana. Yang pastinya, udang galah yang masih belum ada MyKad pun ada.

2. Malam ini , nak masak tumis semuanya. Masak sendiri aje. !!!!!!

Friday 25 February 2011

MAHASISWA PUAKA : TIM. MENTERI NAK CUCI TANGAN !!!!!






Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan pihak berkuasa Universiti Putra Malaysia supaya menarik balik keputusan awal mereka membatalkan kemenangani 11 calon kumpulan pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus Isnin lalu.

Sebaliknya, kata Saifuddin, beliau hanya memberi pandangan kepada pihak universiti mengenai jalan terbaik untuk menangani isu tersebut.

"Berhubung dengan isu di UPM, saya telah menghubungi Naib Canselor, Prof Dato' Ir. Dr Radin Umar Radin Sohadi pada pagi 23 Februari 2011, apabila dimaklumkan bahawa kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam PRK (pada 22 Februari 2011) telah dibatalkan oleh pihak universiti atas alasan yang tidak munasabah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mula dah nak korner baring dan nak cuci tangan. YB Tim Menteri ini yang " mesra mahasiswa pemberontak "ini dah mula nak tarik handbrake.

2. Tak mengaku keluarkan arahan agar cancelor mengubah pembatalan piliharaya mahasiswa ini . Beliau cuba campurtangan. Kepada YB Tim Menteri ini cukuplah nak main wayang dan nak jadi popular dan menjadi juara mahasiswa pemberontak dan dan penjenayah ini. Habis harta universiti dijahanamkan.

3. YB Tim Menteri ini cuba campurtangan tugas dan tangungjawab Naib Cencelor. Ini yang dikatakan kebebasan? Kebebasan apa sekiranya tanggung jawab cacelor untuk membatalkan dan mengambil tindakan disiplin terhadap salah laku di Universiti kerap diganggu oleh Tim Menteri ini.?

4. Tak tahukan Tim Menteri ini setiap percakapannya adalah satu arahan kepada Universiti? Bertanggungjawab sedikit dengan percakapan anda. Jangan nak main wayang dan cuba cuci tangan. Kalau takut nak bertanggungjawab dengan mendakwa ia bukan campurtangan tetapi hanya pandangan, baik jangan bercakapa atau letak jawatan sebagai Tim Menteri. Dah banyak kali beliau melakukan silat kuntau ini. Tak pernah bertanggungjawab apa yang telah dikatakan. Akhirnya Naib Cencolor dikambing hitamkan.

5. Kepada PM dan Menteri Pengajian Tinggi, perhatikan sikitlah perangai Tim Menteri ini. Kalau dah tak ada telor baik berhenti aje dan jangan bercakap. Ada baiknya, lenyapkan aje Tim Menteri ini semasa PRU nanti. Jangan calunkan.

6. Banyak sangat kerenahnya. Menteriu dan bosnya pun dah banyak kali pening tentangnya. Menteri pun tak cakap apa, Tim Menteri pulak yang lebih!!! Lebih sudu dari kuah !!!

7. Kepada Tim Menteri ini, : nak ke jadikan mahasiswa universiti ini jadi seperti mahasiswa puaka seperti dulu yang sehingga kini masih membuat onar seperti Tukar Tiub dan DSAI? Nak ke begitu?

8. Pakai otak lah. Ke apa apa-apa kot. Macam kena arah oleh seseorang aje! Dulu pun semasa heboh-heboh pelan 16 sep pun namanya keluar dan meletup akan bersama DSAI. Tak gitu ?

Thursday 24 February 2011

GELI-GELI PETANG : GELI DSAI KERANA NALA !!!!!


Penghuni Gua : *&^%$#%^&*()(*&^%$# Geli rasanya. Geli-geli. Tak berdarah muka DSAI tu. Kih kih kih kih kih !!!

PILIHARAYA KAMPUS : SUDAH-SUDAH LAH DIN !!!!!




Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sedang mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dipercayai berhubung isu-isu berbangkit ketika pilihan raya kampus Isnin lalu.

Seorang pemimpin kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) ketika dihubungi Malaysiakini berkata, beliau sedang menghadiri pertemuan tersebut di pejabat timbalan menteri tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jangan dok menyibok le Dato. Menteri pun tak kata apa. Ni Dato punya pasallah yang memberi muka sangat kepada puaka pelajar ini yang asyik nak berdemo dan sekarang dah mula besar kepala.

2. Jangan le nak jadi jaguh pelajar untuk kepentingan politik. Politik ada batasnya. Bukan hal pelajar pun nak dipolitikkan atau nak kudakan pelajar untuk kita popular dalam politik. Kepentingan negera yang perlu diutamakan.

3. Pelajar ini semuanya perlu diambil tindakan keras mengikut AUKU. Bukan duduk dan berbincang. Undang-undang dan peraturan dah ada dan lengkap. Ikuti dan patuhinya sahaja. Senang perkara. Jangan nak membuang masa dengan pelajar loyar burok tu. Banyak perkara lagi yang Menteri dan Timbalan Menteri perlu lakukan untuk membina minda pelajar agar cemerlang. Bukan galakkan mereka bercakap dan berdemo yang haram tak ada hasil tu.

4. Sudah-sudah lah Dato. Jangan buang masa. Carilah populariti cara lain. Jangan nak kudakan dan cari isu pelajar untuk kepentingan kita.

5. Apa yang dah Dato lakukan selama ini terhadap mahasiswa selain dok sibok agar AUKU dihapuskan?

6. Yilek !!!!!!

Wednesday 23 February 2011

MALAYAN LWA JOURNAL : KES KEMALANGAN / LIABILITI !!!!!



[1995] 1 MLJ 12
Sivakumaran & Ors v Yu Pan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL WUIT NO 23–83 OF 1991

Judges KC VOHRAH J

Date 18 OCTOBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 12


Catchwords:

Tort — Negligence — Suicide — Foreseeability — Whether tortfeasor liable for victim’s subsequent suicide — Whether reasonable man test of foreseeability applies — Whether tortfeasor takes his victim as he finds him — Whether victim must suffer from physical or psychological predisposition to suicide before the accident

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif keempat dan tiga orang anaknya yang belum dewasa (plaintif pertama, kedua dan ketiga yang bertindak melalui sahabat wakil mereka, iaitu plaintif keempat) telah mendakwa defendan pertama dan kedua sebagai pemandu dan pemilik, masing-masing, sebuah lori yang terlibat dalam suatu kemalangan dengan mendiang suami plaintif keempat, Selvaraj a/l Aiyavoo (‘si mati’). Si mati telah mengalami beberapa kecederaan dan sembilan bulan kemudian telah membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Plaintif menuntut kehilangan penanggung di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan menegaskan bahawa seorang pelaku tort menerima mangsanya dalam keadaan yang dijumpainya. Sebaliknya, defendan berhujah bahawa kematian si mati itu melalui pembunuhan diri tidak boleh diramal, memandangkan rukun yang dinyatakan di dalam The Wagon Mound[1961] AC 388; [1961] 1 All ER 404; [1961] 2 WLR 126. Keterangan perubatan tidak dikemukakan mengenai keadaan fikiran si mati dan plaintif keempat telah menyatakan bahawa beliau tidak menjangka bahawa si mati akan membunuh diri. Juga tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa si mati mempunyai suatu kecenderungan fizikal atau psikologi yang terpendam untuk menghidap sesuatu kecederaan atau penyakit tertentu sebelum kemalangan itu.

Diputuskan:
Diputuskan menolak tuntutan itu:

(1) Rukun yang dinyatakan di dalam The Wagon Moundbahawa seseorang defendan menanggung liabiliti jika kerosakan kepada plaintif terdiri daripada jenis kerosakan yang boleh diramal oleh seseorang waras, tidak memansuhkan rukun bahawa seorang pelaku tort menerima mangsanya dalam keadaan yang dijumpainya. Oleh itu, asalkan keperluan untuk mendapatkan rawatan untuk sesuatu kecederaan itu boleh diramalkan, soalan tentang kebolehramalan jenis akibat itu tidak timbul.

(2) Di dalam kes ini, pembunuhan diri si mati tidak merupakan suatu reaksi biasa terhadap kecederaannya dan tidak boleh diramalkan, seperti yang dibuktikan oleh kenyataan plaintif keempat bahawa beliau tidak menjangka bahawa si mati akan membunuh dirinya. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa si mati telah mempunyai suatu kecenderungan psikologi untuk berasa murung dan pada hakikatnya, keterangan menunjukkan beliau adalah seorang yang betul-betul sihat sebelum kemalangan itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pihak. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

PRK KERDAU : SELAMAT BERTANDING !!!!!





Feb 22, 11 6:18pm



BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. Berita lanjut: KLIK

Penghuni Gua : Selamat bertanding di Kerdau. Semuga PRK Kerdau berjalan dengan aman .

2. Nampak pada gayanya, InsyaAllah, calun BN Syed Ibrahim tak ada masalah untuk memenangi PRK ini. Kita Islam dan kita Melayu. Dan PG berbangga dengan status ini. Bukan seperti setengah pihak, yang dulunya malu nak mengaku Melayu, sekarang bila nyawa dah semput, mula korner baring dan telah mengubal piagam pengayaan Melayu Islam.

3. Sudahlah. Kepada Pengundi muda!!! Hati-hati dengan parti lidah bercabang ini. Hari ini , esok dan setiap masa , mereka akan berubah jika semput. Islam ke mana, perjuangan bangsa ke mana. Semuanya nak penuhkan tembolok politik mereka.

4. Humban mereka ini ke Sungai Pahang semuanya. Tubakan mereka ini di Kerdau. Boleh le, orang Pekan tolong kutip buat santapan. Itu pun kalau mereka mahulah !!!!

5. Kih kih kih kih kih !!!!

Tuesday 22 February 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MENGENAI KONTRAK SEWAAN PREMIS !!!!


[1996] 2 MLJ 590
Abdul Hai bin Haji Masud Ahmad v Kwang Yuet Song
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
P–04–9–95

Judges NH CHAN JCA
ABU MANSOR JCA
ABDUL MALEK JCA

Date 2 MAY 1996
Citation [1996] 2 MLJ 590


Catchwords:
Landlord and Tenant — Controlled premises — Termination of contractual tenancy — Lease for fixed term of 10 years — Registered pursuant to s 221 of National Land Code 1965 — Landlord sought to evict tenant after expiry of lease — Whether tenant protected as controlled tenant — Whether landlord must comply with s 16 of Control of Rent Act 1966 — Control of Rent Act 1966 s 16 — National Land Code 1965 s 221

Landlord and Tenant — Controlled premises — Premium — Lease for fixed term of 10 years — Tenant paid money as consideration for tenancy ‘for a long period’ — Whether tenancy void in breach of s 10(1) of Control of Rent Act 1966 — Control of Rent Act 1966 s 10(1)

Equity — Estoppel — Tenancy — Controlled premises — Tenant granted lease of 10 years by landlord — Whether tenant obliged to give up vacant possession of premises when tenancy expired — Whether tenant estopped by contract from claiming that term granted to him was longer than term stipulated in agreement

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang merupakan pemunya berdaftar sebuah bangunan di Bukit Mertajam (‘premis tersebut’) yang tertakluk di bawah peruntukan Akta Kawalan Sewa 1966 (‘Akta tersebut’). Pada atau kira-kira pada 1 November 1969, penentang telah memajak premis tersebut kepada perayu. Mengikut suatu perjanjian bertulis, adalah dinyatakan bahawa pajakan itu adalah untuk tempoh yang tetap selama 10 tahun. Sementara itu, perayu juga telah membayar kepada penentang sejumlah RM10,000 sebagai ‘balasan terhadap pemberian penyewaan kepada [perayu] untuk jangkamasa yang panjang’, dan pajakan itu telah didaftarkan mengikut s 221 Kanun Tanah Negara 1965.

Pada hujung jangkamasa 10 tahun itu, penentang cuba mengusir perayu. Dalam Mahkamah Tinggi, perayu mendakwa bahawa penentang tidak ada hak untuk berbuat demikian, atas alasan-alasan, antara lain, bahawa:

(i) penyewaan itu adalah batal dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana bayaran premium sebanyak RM10,000 daripada perayu kepada penentang sebagai balasan kepada penentang menyewakan premis tersebut adalah melanggar s 10(1) Akta tersebut;

(ii) sebagai penyewa terkawal yang dilindungi di bawah Akta tersebut, perayu tidak boleh diusir melainkan jika satu daripada alasan-alasan di dalam s 16 Akta tersebut dipenuhi;

(iii) penentang perlu terlebih dahulu memberi satu tahun notis kepada perayu sebelum penentang boleh melaksanakan haknya untuk mengusir perayu di bawah s 16 Akta tersebut. Walau bagaimanapun, hakim mendapati bahawa amaun sebanyak RM10,000 itu bukan merupakan deposit, tetapi suatu balasan kepada penentang yang bersetuju supaya diikat dengan penyewaan jangkamasa tetap selama 10 tahun untuk bayaran sewa yang tetap, yang telah didaftarkan terhadap hakmiliknya. Beliau seterusnya memutuskan bahawa perayu sebagai penyewa kontraktual, adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan milikan kosong premis tersebut apabila penyewaan itu tamat tempohnya, dan bahawa perayu adalah diestop oleh kontrak daripada mendakwa bahawa jangkamasa yang diberikan kepadanya ad alah lebih lama daripada jangkamasa sebenar yang telah dipersetujuinya. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Hakim perbicaraan mendapati bahawa penyewaan itu hanyalah untuk 10 tahun sahaja dan beliau telah memberikan alasan-alasan seperti yang sepatutnya sebelum tiba kepada pendapat itu. Adalah merupakan undang-undang mantap bahawa beliau berhak untuk memberikan pendapat itu setelah melihat dan mendengar saksi-saksi, dan mahkamah ini tidak boleh tidak bersetuju dengan pendapat itu secara melulu. Oleh itu, perayu tersebut tidak mempunyai penyewaan untuk dilindungi pada masa perintah milikan, dan rayuan perayu adalah dengan itu ditolak atas alasan ini (lihat ms 594H–I).

(2) Terdapat merit di dalam hujah peguam kepada penentang bahawa penentang tidak bergantung kepada s 16 Akta tersebut untuk mengusir perayu, atas sebab bahawa penyewaan itu adalah untuk jangkamasa tetap selama 10 tahun, dan tempoh itu telah tamat. Perlindungan statutori s 16 Akta tersebut hanya boleh digunakan oleh perayu jika terdapat penyewaan dan di dalam kes ini, penentang tidak membuat perjanjian untuk pembaharuan, dan malahan telah dengan konsisten menolak untuk menerima bayaran sewa apabila perayu cuba untuk membayar (lihat ms 595A–B).]

Penghuni Gua : Semuga semua pihak mendapat menafaat dari paparan di atas. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

INTERLOK : TAK HABIS-HABIS !!!!!!


Penghuni Gua : Tak habis-habis lagi Interlok ini. Si perosak negara Hindraf dan pelarian haram Utayan Kumar ini masih nak tunjuk belang. Nak tunjuk gah dengan demo haram di merata tempat.

2. Dia ingat dia siapa? Kalau betul mereka kata perkataan paria dalam interlok itu sensitif , mengapa mereka tak berdemo depan rumah atau pejabat Azmin Ali? Azmin pernah menjerit paria terhadap YB Gobala!!! Mengapa Hindraf dan Utayakumar diam?

3. Itu aje dah menampakkan apa motif sebenar mereka berdemo. Hanya nak cari isu atas cucukan dan arahan DSAI dan peminum kencingnya!!!

4. Tak gitu ?

Monday 21 February 2011

GELI-GELI PETANG : GELI POK NIK DAN PR !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com


Penghuni Gua : (*&^%$#$%^&*(*&^%$ Tidorlah putera ku. Tidorlah sayang!!!!!

Sunday 20 February 2011

BERIADAH KUDA DI AYER KEROH MELAKA !!!!



Penghuni Gua : Dapat juga PG menunggang kuda petang semalam 20 feb 2011, sejauh 6 km. Seorang diri. Dalam pada menuggang tu, ada juga terfikir mengenai calun PRK Merlimau. PG cadangkan , Dato Ali pilehlah yang muda ( 30 ke 40 tahun ) dan berpelajaran. Juga yang berpesonaliti dan senang didekati. Tak usahlah pileh yang berstail koperat. Menyampah rasanya. wanita pun tak apa.

2. Bukan apa, kalau lihat di Melaka ini, semua exconya dah " expire " . Tapi yang muda-muda dan berotak di letakkan di parlimen. Mengapa ye? Ada apa-apa ke Dato ? Segarkanlah negeri Melaka tu dengan exco yang muda dan lebih berotak. Ringan sikit beban Ketua Menteri. Tak gitu ?

3. (*&^%$*(*&^%$%^&*(*&^%$&*(*&^%$(*&^%Semuga PRK Merlimau berjalan dalam keadaan aman. Kalau boleh biarlah Samsul AMK bertanding. PAS dah tentu kalah. Dengar kata PAS nak tarik diri. Jadi masa inilah Samsul boleh tawarkan diri semula. Takkan nak beri menang percuma. Tak bestlah PRK macam tu. Menang tak jantan. Tak gitu ? Apa macam Samsul ? Berani ke ?

GELI-GELI MALAM : GELI NYAMUK UMMI !!!!!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com


Penghuni Gua : Kini DSAI dah kena demam kepialu akibat digigit nyamuk UMMI. Demam tak kebah hingga mencucuk tulang. Membisu seribu bahasa. Penangan nyamuk tiruk. Padan muka kau DSAI oiiii. Kih kih kih kih kih kih kih !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI !!!!!


[1996] 5 MLJ 65
Chong Siew Choong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — MISCELLANEOUS CRIMINAL
APPLICATION NO 44–11 OF 1996

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 6 MAY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 65


Catchwords:

Criminal Procedure — Jurisdiction — Inherent powers to deal summarily with miscellaneous criminal applications — Whether exercisable where there are express provisions of law
Criminal Procedure — Miscellaneous criminal applications — Whether intitulment necessary

Criminal Procedure — Transfer of cases — Application for early trial date before different resident High Court judge — Whether a High Court judge can transfer a criminal trial to or from his own court from or to another resident High Court judge’s court — Courts of Judicature Act 1964 ss 3 & 20

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 16 Februari 1995, pemohon telah ditangkap untuk penglibatan yang dikatakan dalam suatu kes pembunuhan dan telah selepas itu ditahan dalam penjara tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan. Pemohon berumur 17 tahun pada waktu penangkapannya dan adalah ditegaskan bahawa penerusan pemenjaraannya akan menyebabkannya bertemu dengan penjenayah-penjenayah yang tidak berhati perut. Peguam pemohon telah menulis surat kepada mahkamah yang telah diperuntukkan kes itu (‘Mahkamah Tinggi No 1’) untuk memperolehi suatu tarikh perbicaraan awal. Mahkamah telah menasihatkan peguam itu bahawa ia tidak boleh menetapkan tarikh perbicaraan awal tanpa persetujuan penolong pendakwa raya untuk meminda pertuduhan. Pemohon kemudiannya memfailkan permohonan ini di hadapan mahkamah ini (‘Mahkamah Tinggi No 2’) memohon

(i) suatu tarikh perbicaraan awal di Mahkamah Tinggi No 1;

(ii) jika Mahkamah Tinggi No 1 tidak dapat memberi tarikh perbicaraan awal, kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi No 2 untuk memperolehi tarikh perbicaraan awal di situ;

(iii) jika Mahkamah Tinggi No 2 tidak dapat memberi tarikh perbicaraan awal, kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi No 3 untuk memperolehi tarikh perbicaraan awal di situ. Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada ianya boleh menceroboh atas kawasan Mahkamah Tinggi No 1 dan sama ada ia mempunyai kuasa untuk memindahkan prosiding kepada Mahkamah Tinggi No 3.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘Akta itu’) memberikan suatu kuasa mutlak kepada Ketua Hakim untuk mengedarkan urusan-urusan di antara hakim-hakim Mahkamah Tinggi mengikut arahan-arahan am atau khas yang diberinya. Dalam pentafsiran s 20 Akta itu, kesimpulan ternyata adalah bahawa hanya Ketua Hakim boleh mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi No 2 (‘J2’) untuk mengambil dan menyelesaikan kes daripada hakim Mahkamah Tinggi No 1 (‘J1’) (lihat ms 71A, F).

(2) Permohonan pelbagai jenayah mesti ditajukkan sama seperti suatu saman pemula (lihat ms 73B); Cheow Chew Khoon (t/a Cathay Hotel) v Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995] 1 MLJ 457 diikut.

(3) Kuasa sedia ada Mahkamah Tinggi tidak boleh digunakan untuk menolak atau mengelak peruntukan-peruntukan undang-undang yang nyata dan oleh demikian mahkamah adalah terikat sepenuhnya oleh s 20 Akta itu (lihat ms 73H); Abdul Sali v Najima Begum [1980] Cr LJ 232 (All) diikut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini meberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

Saturday 19 February 2011

MELAYU : CABANG PADA LIDAH PAS MAKIN BERTAMBAH !!!






PAS hari ini membentuk satu piagam yang menggariskan jaminan parti itu ke atas komitmen mengupayakan bangsa Melayu. Jaminan berkenaan dikemukakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kertas kerja yang dibentangkan terdahulu dalam satu konvensyen di Shah Alam hari ini.

Kertas kerja itu menumpukan jaminan PAS dari sudut kedudukan politik, kedudukan ekonomi dan kedudukan agama Islam. Konvensyen hari ini juga diadakan bagi melaksana strategi serampang dua mata PAS – mengukuhkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan meraih sokongan pengundi baru dari kalangan warga muda.
Dalam kertas kerja itu, Abdul Hadi menekankan "penyahan prejudis" terhadap PAS serta usaha untuk menjelaskan "cita-cita murni" parti itu dan juga menghadapi persepsi yang tergambar ke atasnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS dah mula korner baring. Korner baring adalah mainan PAS dan pemimpinnnya. Cakap mereka berbelit-belit dan fatwa mereka sentiasa berubah dari haram kepada halal , dari halal kepada haram. Dari Assobiah kepada Melayu, dari melayu ke assobiah, dari islam ke Melayu, dari melayu ke islam . Semuanya setelah melihat PAS mula hilang sokongan Melayu.

2. Yang dulunya PAS mendakwa mengapa haram sokong UMNO adalah kerana perjuangan bangsa / assobiahnya, yang dulunya iaitu baru lagi iaitu semasa PRK Tenang, Pok Nik menjahiliyahkan UMNO kerana memperjuangkan bangsa Melayu. Tetapi kini, TGHH mula membentuk piagam bagi bagi " mengupayakan bangsa Melayu islam di Malaysia. Dulu haram. Tetapi bila dah mula melihat sokongan melayu dan melayu mula menjuhkan diri dari mereka, maka yang haram dulu dan ada di kalangan PAS pun yang tak mengaku melayu mula korner baring.

3. Kebangsaan /nationalis itu haram. Kini , PAS yang semakin banyak cabang lidah mereka mula nak perjuangkan kepentingan melayu. Cuma namanya diberi yang enak sikit iaitu piagam mengupayakan bangsa Melayu Islam. Nampak sangat PAS nak bodohkan melayu islam di Malaysia. Nak bodohkan bagi mencapai cita-cita politik mereka.

4. Apa bezanya perjuangan PAS dan UMNO? Samalahlah. Malah UMNO dari dulu itulah perjuangannya iaitu membela dan mengupayakan bangsa Melayu Islam dalam segenap aspek dan tidak pernah pun berubah. Itulah yang kerajaan telah lakukan. Berbagai program, perancangan dan agensi telah ditubuhkan bagi mengupayakan melayu. Termasuk DEB.

5. Apa yang telah PAS lakukan sejak 50 tahun dulu untuk mengupayakan melayu islam? Kosong. Mengkafirkan sesama melayu islam adalah. Setiap malam di pentas ceramah. Piagam PAS untuk mengupayakan melayu islam di malaysia . Apa bendanya. Apa pengisiannya. Apa pemboleh ubahnya.

6. Tak lebih, ianya hanyalah gula-gula tanpa manisan di dalamnya. Hanya slogan kosong dan bodoh dan memperbodohkan bangsa Melayu islam di Malaysia.

7. Pengundi Muda , fikirkan. Fikirkan apa yang PAS buat ini. Dulu dan sehingga kini , diharam dan dikafirkan UMNO kerana perjuangan membela bangsa Melayu Islam. Sekarang dengan muka selamba aje , mereka mula nak perjuangankan ( cakap ajelah ) bangsa Melayu Islam.

8. Fikirkan pengundi Muda, fikirkan. Fikirkan siapa yang kafir dan assobiah sekarang? Fikirkan siapa yang munafik dan lidah bercabang. Gulongan inilah yang berkopiah sebesar bakul di kepala , ke hulu ke hilir memfitnah dan mengkafirkan sesama islam setiap minit dan saat. Mulut mereka ini jauh lebih burok dari (*&^&*&^&*(*&**&(*.

9. Cakap mereka , Ya Allah.....................Asyik nak mendoa bala kepada sesama islam. Nak pecahkan perut sesama islam. Kini terhegeh-hegeh nak menjilat balik ludah mereka kepada Melayu islam yang selama ini diperlekeh dan dihina. PG cadangkan baik adanya PAS teruskan aje perjuangan Islam PASnya dan perjuangan PAS membela pengundi Cina DAP tu. Kan selama ini Pok Nik mendakwa Pemimpin DAP dan masyarakat Cina telah mula dan lebih faham tentang islam sebab PAS perjuangkan dan memahamkan mereka?

10. Baik PAS berjuang bersama DAP bagi mengupayakan bangsa Cina DAP tu. Apa nak sibok-sibok nak upayakan bangsa Melayu Islam. Kan memperjuasngkan bangsa itu haram, assobiah, kebangsaan, jahiliyah? Mengapa menelan ludah kembali? Ingat kami Melayu islam ini bodoh seperti anda? PG bangsa menjadi Melayu Islam dan akan mempertahankan keduanya. PG tak mengganggu hak orang lain ? Salah ke?

11. Pengundi muda!!! Itulah wajah sebenar PAS. Petunjukknya sentiasa Allah sampaikan satu persatu bagi kita memikirkannya. Itupun jika kita mahu fikirkan. Bukan susah sangat kalau Allah nak tunjukkan sesuatu itu. Berbagai kaedah dan cara. Cuma cara kita memikirkannya. Itulah wajah PAS.

MBI TU BAPAK FAEKAH PUNYA KE ?





Tindakan Selangor membelanjakan wang anak syarikatnya Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi tujuan penginapan tetamu merupakan amalan biasa dan bukan sesuatu yang janggal, kata setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Faekah Husin berkata, dakwaan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar itu jelas merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang mengadakan kunjungan rasmi dan perjumpaan dengan Khalid. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Faekah dan PKR ingat MBI adalah harta bapak mereka kot. Mana boleh duit MBI dibelanja untuk hal-hal politik.

2. Faekah kata ia adalah tetamu kerajaan negeri. Itu alasan bodoh bagi menghalalkan yang haram. Tetaamu apanya. Apa tujuan lawatannya. Bawa hasil kepada negerio Selangor ke? Cuba bezakan tetamu resmi atau tak resmi. tetamu kerajaan Selangor apanya kalau yang datang tu semuanya adalah pemimpin politik Sabah bagi pemilihan umum PKR. Pemilihan umum yang kelam kabut bab metematiknya.

3. Kepada rakyat Selangor , buat lapuran mengenai ini kepada SPRM atau polis. Ia memang satu penyalahan kuasa dan dana awam dan ada unsur pecah amanah. Lihat minit mensyuaratnya, siapa hadir. Apa tajuk bayaran dan permohonan bayaran. Buku kehadiran di pejabat MB tu dan minit mensuarat serta perbincangan yang dibuat.

4. Ini semua taktik lama yang paling bodoh untuk menghalalkan perkasra yang haram. Semuanya hanya mempunyai satu tujuan: Nak kedarah duit rakyat bagi mengerakkan aktiviti politik mereka?

5. Apa kata Mahfuz, tantawi, Idris Ahmad dan Samsul pendek tu ? Semuanya diam membisu. Semua pemimpin tahi kucing aje !!!!!

Friday 18 February 2011

PERANGKAP BODOH SUARAM !!!!!






Kongsi 53NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Penghuni Gua : Perangkap maut dan perangkap bodoh SUARAM.

2. Dia ingat Tun Mahathir tu bodoh kayu macam mereka kot.

3. Bodoh punya SUARAM.

4. ISA penyelamat agama, bangsa dan negara. Hidup ISA !!!!!!

Thursday 17 February 2011

SEMUGA KPL JEMAIN DIBEBASKAN, AMIN !!!!!






SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh keputusan di akhir kes perbicaraan kematian Aminul Rashid Amzah.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, pagi tadi.

Penghuni Gua : Pada pandangan PG, KPL Jemain akan bebas dalam kes ini.

2. Apa pun, kita semua wajib menerima keputusan YAA Hakim perbicaraan. Jemian berhak mempertahankan dirinya, hartanya, diri dan harta orang lain. Itu yang telah Jemain lakukan. Beliau bertindak dengan suci hati tanpa mendapat sebarang keuntungan peribadi.

3. PG doakan KPL Jemain, dibebaskan . Amin. Hidup PDRM. Semuga si mati iaitu adik Aminulrasyid juga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

4. Kepada ular-ular air politik di Malaysia : sudah-sudahlah mengambil kesempatan dan keuntungan politik dari kes ini. Terima lah keputusan YAA Hakim nanti.

Nota : PG hairan juga, dalam kes anggota UPP Kelantan dikatakan menembak mati penyeludup beras dan didakwa memukul si mati semalam, tak ada seekor pun NGO , Majlis Peguam atau pejuang hak asasi atau pejuang kes Kugan, TBH dok sibuk!!! Mengapa ye? Ada apa-apa kot?

2. Itulah sebabnya PG dah katakan, semua isu berkaitan TBH atau kes adik Aminurasyid ini adalah beragenda politik sahaja bagi pelalak di atas. Dalam kes UPP Kelantan semalam, tak ada pulak mereka berkokok. Sudahlah !!!!!!! PAS Kelantan ke, Mahfuz serba tahu ke, Tantawi ke, semuanya jadi bisu !!! Hairan (*&^%$#%^&*(*&^%$(*&^%$(*&^%

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / AGEN PROVOKATOR !!!!


[1996] 5 MLJ 159
Public Prosecutor v Amir bin Mahmood & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO
45–8–1995

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 12 JANUARY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 159


Catchwords:

Criminal Law — Dangerous Drugs Act (Malaysia) — Section 39B(1) — Trafficking indangerous drugs — Chemist’s report — Doubt whether chemist was referring to cannabis or cannabis (Indian hemp) — Whether accused entitled to benefit of reasonable doubt — Whether to amend charge —

Dangerous Drugs Act 1952 ss 2, 12(2), (3) — Criminal Procedure Code s 158

Criminal Procedure — Sentence — Imposition of fine — Imprisonment in default of payment of fine — Whether courts have discretion — Criminal Procedure Code s 283(i)(b)

Evidence — Adverse inference — Failure to call witness — Discretion of prosecution to call witnesses — When court will interfere with exercise of discretion — Evidence Act 1950 s 114(g)

Evidence — Corroboration — Agent provocateur — Whether corroboration necessary — Considerations — Dangerous Drugs Act 1952 s 40A(1), (2)

Evidence — Witness — Credibility of — Lapses in memory while giving evidence Whether the whole evidence should be rejected

Bahasa Malaysia Summary:

Amir bin Mahmood (‘tertuduh pertama’) telah didakwa bersama Mohd Zahar bin Nor (‘tertuduh kedua’) dan Ramsan bin Bujamin (tertuduh ketiga dan dirujuk kepada sebagai ‘John’) mengedar 1,835.7g dadah berbahaya, iaitu ganja, yang melanggar s 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’) dan merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta itu. Isu-isu berikut timbul semasa perbicaraan iaitu, (i) kebolehpercayaan saksi pihak pendakwaan, seorang ejen provokasi yang telah gagal pada beberapa ketika untuk memberi satu laporan yang tepat tentang keseluruhan peristiwa itu (ii) kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil seorang saksi; (iii) keterangan ejen provacateur itu yang tidak disokong; dan (iv) kegagalan ahli kimia kerajaan untuk menyatakan dalam laporannya bahawa ganja itu adalah seperti yang ditakrifkan dalam s 2 Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan, memindakan pertuduhan itu dan mensabitkan atas pertuduhan yang dipinda:

(1) Adalah satu rukun bahawa jika seorang saksi telah berbohong mengenai satu atau dua perkara, ianya tidak semestinya berikutan bahawa keseluruhan keterangan beliau harus ditolak (lihat ms 165H); Fernando v R [1959] MLJ 157 , Balasingham v PP [1959] MLJ 193 , Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105 , Chean Siong Guat v PP [1969] 2 MLJ 63 dan Tua Kin Ling v PP [1970] MLJ 61 diikut. Kehilangan ingatan sementara yang dialami oleh saksi pihak pendakwaan tidak menjejaskan kebolehpercayaan beliau kerana terdapat cukup keterangan yang membabitkan serta menunjukkan kesalahan terhadap ketiga-tiga orang tertuduh itu (lihat ms 170F).

(2) Tawaran saksi-saksi oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan adalah secara ketaranya perlu untuk mengelak anggapan di dalam s 114(g) Akta Keterangan 1950. Adalah undangmantap bahawa pihak pendakwaan di dalam satu kes jenayah mempunyai budibicara tentang saksi mana untuk dipanggil, dan mahkamah tidak akan masukcampur dalam perjalanan budibicara itu, kecuali jika ianya dapat ditunjukkan bahawa pihak pendakwa telah dipengaruh oleh motif oblik (lihat ms 169I–170A); Adel Muhanmed El Dabbah v AG for Palestine [1944] AC 156, Samsudin v PP [1962] MLJ 405 , Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105 dan PP v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251 diikut.

(3) Seorang ejen provokasi adalah berhak kepada perlindungan di bawah s 40A(1) dan (2) Akta itu. Ianya tidak merupakan satu keperluan bahawa keterangan seorang ejen provokasi harus disokong. Seorang ejen provokasi tidak boleh dianggap sebagai seorang saksi tanpa kebolehpercayaan dan keterangannya berkaitan dengan percubaan untuk bersubahat atau persubahatan perlakuan sesuatu kesalahan jika dilakukan untuk matlamat memperolehi keterangan terhadap ketiga-tiga orang tertuduh harus dianggap sebagai boleh diterima (lihat ms 170I–171A); Namasyiam & Ors v PP [1987] 2 MLJ 336 diikut.

(4) Ahli kimia kerajaan dalam kes ini adalah ragu-ragu sama ada bahan tumbuhan yang beliau memeriksa dan menganalisa adalah ganja seperti yang ditakrif di dalam s 2 Akta itu dan bukan ganja (hemp India) yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta itu. Oleh kerana hal perkara kesalahan itu juga boleh dianggap sebagai ganja (hemp India), wujudnya satu keraguan di mana faedah keraguan itu harus diberi kepada ketiga-tiga orang tertuduh. Seseorang tertuduh adalah berhak kepada faedah keraguan yang munasabah di dalam perkara penghukuman seperti di dalam perkara sabitan. Sebarang kekaburan, tidak kira berapa sedikit, harus ditafsirkan memihak seseorang pesalah (lihat ms 173C–E); Ma Shwe Yi[1923] 1 Ran 751, Gorakh (1938) 40 PLR 542, R v Hepworth and Fearnley [1955] 2 QB 600, Tuck v Priester (1887) 19 QBD 629 dan Re HPC Productions Ltd [1962] 2 WLR 51 diikut.

Per curiam

Seksyen 283(i)(b)(4) Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) mendirikan bahawa mahkamah ketika memberi hukuman denda boleh mengarahkan supaya dalam keingkaran pembayaran denda itu pesalah akan dipenjarakan untuk had masa tertentu, pemenjaraan yang mana akan dijadikan lebih daripada apa-apa pemenjaraan lain kepada mana beliau mungkin dihukum atau kepada mana beliau mungkin bertanggungan di bawah peringanan hukuman. Mahkamah-mahkamah tidak patut memakai secara sewenang-wenangnya, sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini, s 283(i)(b)(4) KAJ ketika mengenakan denda. Sebagai permulaan, perkataan-perkataan yang digunakan dalam 283(i)(b) KAJ memberi sejumlah budibicara kepada mahkamah-mahkamah untuk memutuskan apa yang perlu dibuat semasa mengenakan denda. Pilihannya adalah terpulang secara keseluruhannya kepada mahkamah. Perkataan ‘boleh’ yang hadir di dalam 283(i)(b) KAJ memberikan suatu kuasa budibicara kepada mahkamah ini untuk dijalankan mengikut akal dan keadilan dan bukan mengikut kehendak hati atau ragam tidak menentu orang kepada siapa ianya diamanahkan atas anggapan bahawa beliau adalah berhati-hati. Mahkamah ini mempunyai budibicara untuk tidak membuat kesemua atau mana-mana daripada perkara-perkara berikut sepertimana yang dibutirkan di situ di dalam 283(i)(b) KAJ (lihat ms 175C, 176B); Lee v Bude & Anor (1871) LR 6 CP 576 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Wednesday 16 February 2011

BENG HOCK : BANYAK SONGEH PULAK !!!!





KUALA LUMPUR 16 Feb. – Keluarga Teoh Beng Hock dan peguam-peguam yang mewakili mereka hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Peguam Karpal Singh memaklumkan demikian selepas permohonannya untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan ditolak oleh panel-panel yang bersidang hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Banyak songeh pulak. Tak mahu sudah. Ini asyik nak ikut kehendak mereka aje. Dari Inkues , sehinggalah kepada siasatan Suruhanjaya DiRaja semuanya nak ikut kehendak mereka. Apa punya putar lah.

2. Cara penyelesaian untuk ini, senang aje. lantik lah ahli suruhanjaya sendiri dan kemudian buat keputusan sendiri. Orang semua tak betul. Mereka aje yang betul.

3. Sudahlah. Lihat diri sendirilah. Untung nya kau Beng Hock. ramai yang " ambil berat " untuk faedah mereka.

(*&^%$%^&*(*&^%$#$*(*&^%$#(*&^%$%^&

NOTA-NOTA LAMA : PERISTIHARAN KEMATIAN !!!!


Nota-nota lama undang-undang keterangan mengenai : Pengisytiharan Kematian (Dying Declaration )
Merupakan pengecualian kepada peraturan dengar cakap. Ianya merupakan kenyataan dari orang-orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi, tetapi masih relevan dan boleh diterima. Peruntukannya terdapat di bawah seksen 32;

i. Dari orang yang telah mati.
ii. Dari orang yang tidak boleh dijumpai.
iii. Dari orang yang menjadi tidak berupaya memberi keterangan.
iv. Dari orang kehadirannya tidak boleh dibuat tanpa kelengahan atau belanja dari biasa.

Peraturan umum.

Adalah peraturan umum keterangan bahawa keterangan terbaik hendaklah dikemukakan. Lihat seksen 60(1)(a) – (d) dibaca bersama dengan seksen 3(a) iaitu keterangan lisan hendaklah secara terus dan dibuat di bawah Akta Ikrar dan Sumpah. Keterangan tersebut mestilah :

i. Dibuat secara bersumpah.
ii. Ianya boleh disoal balas untuk menguji kebenaran sesuatu fakta yang relevan.

Leong Hong Khie V PP dan Tan Gong Wai v PP [1986] 2MLJ 206 FC

hakim Seah berkata ` Peraturan umum keterangan dengar cakap tidak boleh diterima sebagai bukti sesuatu fakta yang dinyatakan oleh orang ketiga. Peraturan ini telah lama terbentuk sebagai prinsip asas dalam undang-undang keterangan`. Hakim telah memetik kes Teper V R [1952] AC 480 : ` Peraturan penerimaan keterangan dengar cakap mempunyai asas ianya bukan keterangan terbaik dan tidak boleh diterima dalam keterangan dibuat secara bersumpah. Kebenaran dan ketepatan perkataaan dari orang ketiga tersebut yang memberi keterangan tidak dapat diuji melalui pemeriksaan balas dan demeanour(tingkahlaku) baik saksi tersebut memberi keterangan akan hilang`.

Bahaya lain keterangan dengar cakap tidak boleh diterima adalah ianya mungkin akan terdapat mereka cerita (concocted), pemalsuan dan disesuaikan untuk memenuhi keterangan saksi tersebut.

Walau bagaimanapun seksen 32 dan 33 adalah pengecualian kepada peraturan umum dan diterima atas alasan keperluan atau kemudahan , walaupun keterangan dengar cakap secara semula jadinya suatu keterangan yang lemah.

Seksen ini adalah pengecualian oleh kerana saksi tersebut tidak boleh dipanggil dan tidak ada keterangan lain. Beban membuktikannya adalah pada pihak yang ingin menggunakan keterangan tersebut dan mestilah memenuhi syarat yang dinyatakan di bawah seksen 32.(tidak boleh dijumpai, mati dll). Keterangan yang tidak memenuhi kategori seperti seksen 32 adalah tidak boleh diterima. Seksen 32 adalah terpakai untuk kes-kes jenayah dan juga sivil. Keterangan orang-orang tidak boleh dipanggil dan sebagainya di bawah seksen 32 mestilah dibuktikan dengan ketat. Jika syarat-syaratnya tidak berpuas hati maka keterangannya tidak boleh diterima.

Allied Bank (M`sia ) Bhd v Yau Jiok Hua (1998) 6 MLJ 1 (HC)

hakim Augustine Paul berkata ` ..... seksen 32 hendaklah dibaca dengan ketat yang bermakna ianya mestilah dibuktikan secara ketat untuk menjelaskan ketidak hadiran saksi .Beban untuk membuktikan keadaan tersebut adalah pada pihak yang ingin menggunakan keterangan berkenaan...`.

Lam Peng Hoa & Anor [1996] 5 MLJ 405 (HC)

hakim Hwee Gee merujuk kepada buku Sarkar On Law of Evidence ( Edisi ke 14) pada muka 649 menyatakan apabila tidak ada pencarian yang bersungguh –sungguh (deligent) dan usaha yang munasabah untuk mendapatkan kehadiran saksi, mahkamah tidak boleh membuat dapatan (finding) bahawa saksi tersebut tidak boleh dijumpai dan keterangan mereka ini tidak boleh diterima.

Dengan hanya tidak mempeduli (mere ignorance ) di mana saksi berada adalah tidak mengcukupi untuk menggunakan seksen ini.

Satish Chandra Seal V Emperor

– sebelum sebarang keterangan diterima di bawah mana-mana peranggan seksen 32 , satu asas yang kukuh penerimaannya mestilah dibuat .

Seksen 32(a) adalah kenyataan dari seorang yang mati atau dikenali sebagai pengistiharan kematian. Penerimaannya adalah berdasarkan kepada maxim :

Nemo Moritur Praesumntur Mentiri yang bermaksud orang yang hampir mati tidak boleh berbohong.

Justifikasi penerimaan perisytiharan kematian.

Pengistiharan kematian adalah kenyataan dari orang yang telah mati dan terjumlah kepada keterangan dengar cakap. Walau bagaimapun ia telah dibuat pengecualian kepada dengar cakap atas alasan :

i. Satu keperluan oleh kerana tidak ada keterangan lain dan jika tidak dibenarkan akan menggagalkan keadilan.
ii. Undang-undang telah membuat anggapan orang yang hampir mati tidak akan berbohong. Perasaan menghadapi kematian adalah sama seperti keterangan yang dibuat secara bersumpah.

Pengistiharan kematian boleh dibuat kepada mana-mana anggota polis, Magistrate atau orang persendirian. Tidak diambil kira kepada siapa kenyataan dibuat. Ianya boleh dalam bentuk repot polis ( FIR –First Information Report) atau rakaman kenyataan yang dibuat kepada polis.

Penerimaan awal kenyataan kematian diterima dalam kes bunuh atau bunuh tanpa sengaja dengan syarat kenyataan itu dibuat dalam keadaan tidak ada harapan atau pasti akan mati (settled or hopeless expectations of death) dan saksi yang memberi keterangan apa yang dengar dari simati adalah merupakan saksi yang kompeten.

R V Woodcock (kurun ke 18)

Eyre C.B telah menerangkan rasional penerimaanya `....Prinsip umum keterangan ini diterima adalah pengistiharaan dibuat dalam keadaan amat sangat kepada kematian dan setiap harapan kepada dunia tiada, motif untuk membuat pemalsuan tiada dan fikirannya adalah di pengaruhi pertimbangan untuk bercakap benar dan tanggugjawab undang-undang untuk menyamakan pengakuan tersebut sebagai pengakuan positif bersumpah dalam mahkamah keadilan`.

Keperluan yang diperlukan pada Pengisytiharan Kematian dalam undang-undang am.

i. Pasti tidak ada harapan untuk hidup (settled Hopeless Expection of Death) - Perasaan yang dipunyai bukanlah ketakutan akan mati tetapi keadaan suci hati bahawa dia tidak lama lagi akan mati (Solemn conviction) dan tidak ada harapan untuk sembuh. Fakta orang tersebut tidak mati selepas beberapa waktu tidak memberi kesan kepada kebolehterimaan selagi ianya berlaku dalam kedekatan (proximity) tertentu.
ii. Pembicaraan kepada tertuduh dengan tuduhan bunuh atau bunuh tanpa sengaja dan keterangan ini hanya terhad kepada pembunuhan sahaja. Dalam kes

R V Mead hakim Abbot C.J

` Keterangan sebegini hanya boleh diterima di mana kematian simati adalah tuduhan yang dibuat dan keadaan kematian berlaku adalah perkara pengisytiharan kematian.` Kecuaian jenayah dengan menyebabkan kematian telah diputuskan juga boleh diterima keterangan pengisytiharan kematian kerana jenayah sebegini adalah juga terjumlah di bawah bunuh tidak sengaja.

iii. Pengisytiharan kematian juga terhad kepada pengisytiharan kematian diri seorang itu sendiri dan perkara dalam tuduhan yang dibicarakan.

( Nota : Jika orang yang membuat kenyataan tersebut hidup maka kenyataan tersebut bukanlah pengisytiharan kematian. Di bawah akta keterangan di Malaysia kenyataan berkenaan boleh dijadikan keterangan sokongan di bawah seksen 157).

Undang-undang umum pengisytiharan kematian adalah lebih ketat/sempit dari undang-udang yang terdapat di Malaysia. Di bawah undang-undang umum pengisytiharan kematian adalah kenyataan dibuat oleh orang yang mati tentang kematiannya atau keadaan yang menyebabkan dia mati. Di bawah undang-undang umum ianya diterima dalam kes-kes jenayah bunuh dan bunuh tanpa sengaja.

Di bawah undang-undang umum pengisytiharan kematian hendaklah dibuat pada hampir mati atau tidak ada harapan untuk hidup iaitu bahaya sebenar kematian segera akan berlaku semasa kenyataan dibuat dan dengan penuh sedar kematian akan berlaku. Dengan lain perkataan pengetahuan mengenai kematian telah pun ada sebelum kematian berlaku.

Jika kenyataan dibuat sebelum hampir kematian berlaku , kedekatan (proximity) kematian hendaklah ditunjukkan sebelum kenyataan dibuat. Ini bermakna selepas kenyataan dibuat dan simati meninggal selepas 2 -3 hari kemudian , kemungkinan besar kenyataan tersebut tidak boleh diterima.

Pengisytiharan kematian di bawah Akta Keterangan Malaysia, 1950

Seksen 32 (a) adalah berkaitan dengan kerelevanan kenyataan mangsa dalam kes jenayah di mana sebab kematianya dipersoalkan. Oleh yang demikian kenyataan adalah dari orang yang menyatakan sebab kematian mangsa atau kenyataan sebarang keadaan transaksi yang menyebabkan kematian mangsa (nota : perkataan transaksi ditambah). Akta Keterangan di Malaysia mempunyai skop yang lebih luas. Di bawah Undang-undang umum pengisytiharan kematian hanya diterima dalam kes bunuh dan bunuh tanpa sengaja.

Seksen 32(a) terpakai dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil. Perbezaan utama dengan undang-undang umum adalah ianya tidak perlu dibuat dalam keadaan hampir mati. Kenyataan dibuat sungguh pun sebelum kematian hampir adalah juga diterima di bawah seksen 5. Jika kenyataan dibuat sebelum hampir kematian , kedekataan adalah perlu ditunjukkan kepada kenyataan yang diberikan. Di bawah akta keterangan harapan atau pengetahuan akan mati tidak diperlukan.

Kenyataan orang yang telah mati.

Mestilah ada keterangan bukti kematian. Cara terbaik adalah dengan megemukakan salinan sijil mati. Kematian juga boleh dibuktikan dengan fakta yang boleh dibuat anggapan di bawah seksen 107 dan 108 Akta Keterangan. Kematian juga boleh dibuktikan dengan keterangan lisan.

PP V Leong Heo Cheong [1990] 2 CLJ 818 .

..Pendakwa telah membuktikan fakta kematian Sidek sungguhpun tanpa bantuan sijil kematian. Dengan merujuk kepada keterangan PW1, PW2, kesemua mereka kawan tertuduh, memberi keterangan tanpa dicabar bahawa Sidek telah mati sebelum pembicaraan bermula. Pw2 iaitu ketua kepada Sidek telah memberi keterangan bahawa sabjek telah mati pada 14 June,1989. Oleh itu keperluan awal pembuktian kematian seksen 32 adalah dipenuhi oleh pendakwa.

Nilai keterangan pengisytiharan kematian.

Ianya tidak dibuat dengan cara bersumpah. Kenyataannya tidak boleh disoal balas. Tidak ada peraturan undang-undang menyatakan kenyataannya perlu di sokong ( Corroborate) .

Nembhard V R [1982] 1 ALL ER 183

– Privy Counsel menolak bahawa kenyataan pengisytiharan kematian perlu disokong.

Kushla Rao V State of Bombay ( AIR) 1958 SC 22 . Mahkamah menyatakan:

i. Ianya tidak boleh dikatakan peraturan mutlak undang-undang, pengisytiharan kematian tidak boleh dijadikan asas sabitan jika keterangannya tidak disokong.

ii. Setiap kes hendaklah ditentukan pada faktanya sendiri mengikut keadaan pengisytiharan kematian dibuat.

iii. Ianya tidak boleh dikatakan pengisytiharan kematian suatu jenis keterangan yang lemah.

iv. Pengisytiharan kematian yang dirakam oleh seorang magistrate kompeten dengan cara yang betul iaitu dalam bentuk soalan dan jawapan dan seberapa yang boleh dengan perkataan yang dikatakan oleh pembuatnya mempunyai asas yang lebih tinggi dari pengisytiharan kematian yang hanya bergantung kepada keterangan lisan yang mungkin mengalami kecacatan ingatan dan kelakuan manusia.

State of Uttar Pradesh V Chet Ram & Ors [1990] 1 CLJ 1079

Mahkamah Agong menyatakan pengisytiharan kematian tidak perlu dikatakan, tidak memerlukan keterangan sokongan seperti rakan sejenayah atau pengakuan salah. Walau bagaimana pun sekiranya simati yang membuat pengisytiharan kematian adalah rakan sejenayah maka sokongan keterangannya adalah diperlukan dan di ingini.

Pengisytiharan kematian boleh dalam bentuk lisan atau tanda-tanda, isyarat yang dibuat oleh simati.

Queen Empiers V Abdullah IRL 7 385 ,

Tertuduh dibicarakan dengan membunuh seorang pelacur dengan memotong leher menggunakan pisau cukur. Oleh kerana kecederaan yang dialami mangsa tidak boleh bercakap. Pihak polis telah menyebut beberapa nama untuk dikenali oleh mangsa. Apabila nama tertuduh disebut mangsa telah mengangguk kepala dan berkata ` hau` (ya) dengan suara yang sangat perlahan. Apabila ditanya adakah beliau dicederakan dengan pisau cukup, mangsa telah mengangguk kepala. Bila ditanya bila dia berjumpa tertuduh,mangsa telah menunjuk kepada langit yang menunjukkan waktu pagi. Mahkamah memutuskan semua keterangan ini adalah boleh diterima di bawah seksen 32.

Kedekatan (Proximity ) dan pengisytiharan kematian.

Soalan kedekatan hanya boleh diputuskan melalui fakta sesuatu kes.

Pakala Narayananaswamy v The Emperor [1939] PC 8 MLJ 59 .

Isteri perayu telah meminjam duit dari simati. Pada 20 March simati telah menerima surat dari isteri tertuduh menjemputnya kerumah di Berhampur. Si mati telah memberitahu isterinya dia pergi kerumah tertuduh pada 20 hari bulan dan selepas itu simati didapati hilang. Pada 23 hari bulan mayat si mati telah dijumpai dalam 7 bahagian di dalam batang besi dalam compartment kelas ketiga stesen kereta api Puri. Isteri si mati telah memberi kenyataan bahawa si mati telah pergi kerumah tertuduh berikutan dengan surat yang diterima pada 21 hari bulan. Telah dipertikaikan kenyataan demikian adalah dengar cakap dan bukanya pengisytiharan kematian. Walau bagaimanapun mahkamah memutuskan ianya pengisytiharan kematian di bawah seksen 32(a) dengan alasan penyataan adalah keadaan transaksi yang menyebabkan kematian kepada si mati.

Keadaan transaksi ( Circumstances of transaction ).

Untuk layak sebagai pengisytiharan kematian, kenyataan mestilah berhubung kepada dua perkara iaitu sebab kematian atau keadaan transaksi yang membawa kepada kematian. Perkataan keadaan transaksi tidak jelas/tepat dan memerlukan pertimbangan kehakiman.

Yeoh Hock Cheng v R [1938] 1 MLJ 99.

A telah disabitkan salah membunuh seorang perempuan Cina bernama Low Koh. 2 kenyataan masing-masing telah dibuat kepada bapa dan kakaknya pada tarikh berbeza telah diterima sebagai keterangan.

a) Kenyataan kepada bapanya adalah dia menafikan tidur dirumah perayu pada tarikh tertentu disebabkan A telah mengugut untuk membunuhnya sekira diberitahu demikian (jika diberitahu dia sebenarnya tidur dirumah perayu).
b) Kenyataan kepada kakaknya adalah dia akan keluar bersama A dan telah disuruh oleh A untuk memakai pakaian lelaki bagi mengelak dari dikenali. Keadaan transaksi ini telah menyebabkan kematian mangsa.

Mary Shim V PP [1962] 28 MLJ 132

– Isteri (simati) telah memberitahu suaminya dia menjadi sakit setelah mengambil ubat yang dibekalkan oleh perayu. Suaminya juga telah diberitahu bahawa isterinya telah pergi kerumah perayu untuk melakukan pengguguran dan sebatang kayu telah dimasukkan ke dalam rahimnya. Simati menyatakan kayu tersebut telah dikeluarkan olehnya sendiri di mana telah diberikan kepada Dr.Tan.

Di samping kenyataan yang dibuat kepada suaminya simati juga telah menceritakan apa yang dialami kepada kepada Dr. Tan dan juga kepada Magistrate semasa berada di hospital. Kenyataan simati kepada Dr. Tan dan Magistrate adalah jelas boleh diterima di bawah seksen 32 (a) Akta Keterangan.

Sharad V State of Maharashtra 1948 SC 1622

sekali lagi isu kedekatan dan pengisytiharan kematian dibincangkan. Kedekatan masa kenyataan dan masa kematian telah di timbangkan. Simati seorang perempuan telah menulis surat kepada saudaranya tentang kesusahan yang dibuat oleh saudara pihak suaminya. 4 bulan kemudian beliau didapati mati. Surat berkenaan telah digunakan untuk menjadi pengisytiharan kematian di bawah seksen 32 dan diputuskan keadaan demikian tidaklah menghilangkan kedekatan akan sebab kematian.

Fikiran waras (fit state of mind).

Lallubhai Devachand v State of Gujarat AIR 1977 SC 1776.

Fakta adalah simati seorang perempuan telah apabila telah curahkan minyak tanah dan dibakar oleh keluarga pihak si suami. Sebelum meninggal simati telah memberi beberapa kenyataan. Mahkamah Agong menyatakan sebelum kenyataan pengisytiharan kematian diterima ia mestilah ditunjukkan fikiran simati adalah waras. Orang yang merakamkan pengisytiharan kematian hendaklah berpuas hati orang yang membuat kenyataan kematian adalah sedar dengan pemahaman biasa yang boleh diterima.

Kenyataan yang relevan di bawah seksen 32(a) mestilah berkait dengan kematian orang yang membuat kenyataan tersebut. Jika ia mengaitkan kematian orang lain maka ianya tidak boleh diterima.

Re Peria Chelliah Nadar [1942] Mad. 450.

Fakta adalah tertuduh di bicara untuk kesalahan membunuh si mati. Isteri si mati telah membuat kenyataan bahawa tertuduh telah membunuh suaminya. Selepas itu dia membunuh diri. Kenyataan isterinya cuba dijadikan keterangan di bawah seksen 32. Mahkamah memutuskan kenyataan demikian tidak boleh diterima kerana kenyataan tersebut mengaitkan kematian orang lain (suaminya) dan bukan dirinya.

Livera V Abey Wikrema.

Seorang jaga telah didapati mati tergantung pada satu tiang di dalam stor. Sekeping surat dijumpai ditujukan kepada tuannya. Kandungan surat tersebut menyatakan tertuduh bersama 3 yang lain dengan secara paksa masuk ke dalam stor dan mencuri 5 tong minyak dan dia telah gagal untuk menahannya. Tertuduh telah dituduh membunuh ,tetapi dilepaskan kerana magistrate berpendapat mangsa melakukan bunuh diri dan tertuduh telah diubah pertuduhan kepada samun. Hakim berkata surat tersebut tidak diterima sebagai pengisytiharan kematian sebagai sebab kematian tetapi surat tersebut menyatakan mengenai samun.

Hj. Salleh dan Marzuki V PP [1931] FMSLR 229

–Dalam kes ini perayu telah dituduh membunuh orang muslim. Terdapat saksi budak lelaki berumur 11 tahun dan disokong dengan Pengisytiharan Kematian sebulan sebelum kematian. Di dalam surat yang ditemui menyatakan dia takut kepada Marzuki. Mahkamah memutuskan Pengisytiharan Kematian tersebut tidak boleh diterima di bawah seksen 32(a) kecuali surat itu menyatakan sebab kematian. Ianya perkara sebelum berlaku kejadian dan bukan transaksi yang sama. Seksen 32 (a) mestilah dibaca dengan sewajarnya dan surat tersebut bukan transaksi yang sama dan perkara berasingan (remote).

Chan Phuat Khoon V PP [1962] 28 MLJ 132 (HC).

Untuk kenyataan boleh diterima di bawah seksen 32(a) pembuatnya sekiranya hidup mestilah boleh dipercayai.

Chow Siew Poh v PP [1967] 1 MLJ 228 (FC)

– Tidak mengemukakan Pengisytiharan Kematian adalah fatal kepada kes pendakwa.


Pengisytiharan Kematian mestilah lengkap.

Cyril Waugh V King [1950] AC 203 (Privy Cauncil )

– Perayu telah menembak seorang lelaki secara tidak sengaja dengan menyangka pencuri. Sebelum simati meninggal dia telah berkata `lelaki itu ada perselisihan lama dengan saya .......kemudian meninggal. Pengisytiharan Kematian tidak lengkap kerana tidak diketahui siapa yang membunuh dan tidak boleh diterima.

Abdul Satar V State of Mysore [1958] AIR (SC)

- Pengisytiharan Kematian telah dibuat ` Satar shot me off.... I`am ruin, please come ..... ( Satar tembak saya.... saya musnah, tolong datang..... ) . Seorang Range Gonda datang untuk menolong, simati ingin berkata lagi tetapi tidak sempat. Peguam mempertikaikan kenyataan itu tidak lengkap dengan merujuk kepada kes Cyril tetapi mahkamah memutuskannya ianya adalah lengkap kerana dinyatakan Satar yang menembak dan ada orang melihat Satar melarikan diri dari tempat kejadian.

Adakah Pengisytiharan Kematian perlu di rakam. Ianya tidak perlu dirakam ,tetapi jika dirakam ianya mempunyai asas yang lebih tinggi (greater footing). Jika tidak ditulis ianya mestilah dinyatakan dalam perkataan tepat yang diucapkan. Ipsissima Verba- the very words themselves and nothing more or less ( perkataan demi perkataan tidak kurang dan tidak lebih). Adalah amalan baik jika ditulis untuk mengelak keraguan. Kenyataan tidak boleh di ringkaskan.

Toh Lai Heng V Regina [1961] 27 MLJ 53

– Dalam kes ini pegawai polis dan simati adalah cina tetapi bercakap dalam bahasa Melayu. Pegawai polis menyatakan dia telah menulis dengan ringkas dalam bahasa English apa yang dikatakan oleh simati. Diputuskan Pengisytiharan Kematian tidak boleh diterima kerana ringkasan dibuat menimbulkan keraguan. Perkataan tepat yang dikeluarkan oleh mangsa adalah vital.

Tidak dinafikan Pengisytiharan Kematian tidak perlu dibuktikan melalui rakaman tulisan. Terdapat banyak kes di mana saksi tempat pergaduhan atau orang yang datang sebaik saja selepas itu, mendengar perkataan akhir yang disebut oleh simati. Ingatan mereka tentang apa yang disebut adalah boleh diterima sebagai keterangan. Pada praktiknya saksi berkenaan dikehendaki memberi perkataan tepat(exact) diucapkan oleh simati dan sejauh yang relevan, sebarang perkataan yang disebut oleh saksi kepada simati. Sekiranya Pengisytiharan Kematian dirakam secara bertulis iaitu dibuat oleh pegawai penyiasat polis, Magistrate atau seseorang seperti mereka, perkataan sebenar (actual words) mestilah dirakam.

Naranjan Singh V PP [1949] MLJ 122

– Telah diputuskan jika suatu deposisi dibuat dalam bentuk menjawab suatu soalan ,maka rakaman mestilah menunjukkan soalan yang ditanya dan jawapan yang diberikan. Jika tidak dilakukan, nilai deposisi adalah di persoalkan. Dalam kes ini simati bercakap Punjabi dan Magistrate telah menggunakan jurubahasa. Walau bagaimana pun jurubahasa tidak dipanggil memberi keterangan. Pengisytiharan Kematian tidak boleh diterima tidak dapat disahkan ianya benar-benar mewakili apa yang dikatakan oleh simati.

Ong Her Hock V PP [1987] 2 MLJ 45

– Ingatan semula (recollection) perkataan-perkataan akhir disebut oleh simati kepada saksi telah diterima sebagai keterangan. Dalam kes ini perayu telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Phua Ah Kau. Simati telah dilihat terhoyong hayang disebuah kaki lima kedai kopi dengan darah di muka dan baju. Dia meminta pembantu kedai kopi memanggil pihak polis. Tidak lama kemudian kawan simati sampai di tempat kejadian dan membawanya ke dalam kereta berdekatan untuk menuggu kehadiran ambulan. Abang kepada simati yang dipanggil tempat kejadian telah bertanya kepada simati adakah serangan berlaku berkaitan dengan perniagaan surat khabar. Jawapan simati adalah negatif. Dia kemudian bertanya siapa yang telah menikamnya dalam bahawa Hokkian dan dijawab oleh simati ` Tiong Gi Tong Eh Lang` yang bermaksud orang dari kongsi gelap Tiong Gi Tong. Tidak lama selepas itu polis sampai dan Kpl. Subramani bertanya kepada simati dalam bahasa melayu apa yang telah terjadi. Dia menjawab dua lelaki Cina yang tidak dikenali bertanggungjawab di atas kecederaannya. Kpl. Subramani telah bertanya apa senjata yang telah digunakan dan simati menjawab pisau. Dia tidak dapat menjelaskan butir-butir simati kepada Kpl. Subramani.

Simati juga telah ditanya oleh pegawai ambulan yang membawanya ke hospital. Dia menyatakan dua orang lelaki Cina yang tidak dikenali telah menikamnya.

Mahkamah memutuskan ingatan semula oleh saksi-saksi tentang ucapan akhir simati diterima dengan sewajarnya.

Penghuni Gua : Ini adalah ulangan paparan mengenai tajuk di atas. Ia mungkin berguna kepada kita semua. Tq

Tuesday 15 February 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : AGENT PROVOCATEUR !!!!



1996] 3 MLJ 209
Tee Thian See v Pendakwa Raya
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
42–10–94

Judges KC VOHRAH J

Date 14 OCTOBER 1996
Citation [1996] 3 MLJ 209


Catchwords:

Criminal Law — Penal Code (Malaysia) — ss 467,472 — Forgery — Possessing forged credit cards — Essential ingredients of the offence to be proved

Evidence — Agent provocateur — Whether accomplice

Evidence — Corroboration — Agent provocateur — Evidence given by agent provocateur — Whether corroboration necessary

Bahasa Malaysia Summary:

SP17, seorang ejen istimewa di Perkhidmatan Rahsia AS, sedang membuat penyiasatan ke atas sumber di Malaysia berkenaan dengan 28 kad kredit lancung yang dijumpai di AS. Beliau diberitahu oleh New York City Police bahawa SP18, seorang warganegara Malaysia yang menetap di New York, memiliki beberapa kad kredit lancung. SP17 kemudiannya mula berbaik dengan SP18. Menurut SP18, perayu (‘tertuduh’) telah meninggalkan kad-kad tersebut di pangsapurinya semasa tertuduh melawatnya sebagai tetamu pada bulan September 1990. SP17, SP18, dan pihak polis di Malaysia kemudiannya mengatur untuk memerangkap tertuduh. SP18 menelefon tertuduh di Malaysia dan memesan 30 kad emas dengan harga AS$1000 tiap-tiap satu. Pada bulan Mei 1991, SP18 datang ke Kuala Lumpur.

Pada 8 Mei 1991, tertuduh sampai di hotel di mana SP18 tinggal dengan sebuah kereta. SP18 menaiki kereta itu dan tertuduh terus memandu. Menurut SP18, tertuduh memberikan satu sampul surat mengandungi 28 kad kredit dan slip-slip kertas dengan nombor, jenis kad kredit, dan tandatangan. Apabila kereta itu sampai di hadapan hotel, SP18 memberikan sampul surat itu balik kepada tertuduh, dan SP18 turun dari kereta untuk mendapatkan duit untuk membayar kad-kad itu. Satu pasukan kakitangan polis Malaysia telah memerhati pergerakan tertuduh sejak beliau sampai di hotel sehingga SP18 turun dari kereta. Pihak polis menyekat kereta tertuduh dan menangkap tertuduh.

Pihak polis menjumpai sampul surat mengandungi 28 kad di bawah tempat duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Tertuduh telah dituduh memiliki kad kredit lancung di bawah s 467 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45)(‘Kanun tersebut’). Hakim mahkamah sesyen menyabitkan tertuduh dan beliau dihukum empat tahun penjara dan denda RM20,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda. Tertuduh membuat rayuan. Peguam kepada tertuduh mendakwa bahawa SP18 dan SP17 tidak mempunyai kebolehpercayaan kerana komplot mereka yang memutarbelitkan seseorang untuk melakukan jenayah menyebabkan tertuduh melakukan apa yang telah dilakukannya.

Beliau merujuk kepada mereka sebagai rakan sejenayah yang memerlukan sokongan untuk keterangan mereka. Beliau juga berhujah bahawa adalah perlu bagi pihak pendakwa untuk membuktikan bahawa tertuduh berniat untuk menggunakan kad kredit lancung untuk kegunaannya sendiri untuk pemalsuan. Hujah beliau adalah bahawa pihak pendakwa tidak membuktikan bahawa tertuduh akan menggunakan kad-kad itu untuk dirinya sendiri, tetapi sebenarnya menunjukkan bahawa tertuduh bertujuan untuk menjual kad-kad itu kepada SP18.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Perkara-perkara yang perlu dibuktikan bagi kesalahan di dalam kes ini adalah : (i) bahawa tertuduh memiliki 28 pelit dan bahawa beliau mengetahui ianya adalah lancung; (ii) bahawa pelit-pelit itu dibuat untuk mengeluarkan teraan; (iii) bahawa pelit itu diniatkan untuk digunakan dengan niat untuk melakukan pemalsuan; dan (iv) bahawa pemalsuan itu boleh disiksa di bawah s 467, iaitu dalam kes ini bahawa pelit itu diniatkan untuk digunakan bagi memalsukan dokumen yang berupa sebagai suatu ‘cagaran berharga’ (lihat ms 216H–I).

(2) Bukti adalah jelas bahawa tertuduh memiliki 28 kad kredit. Bukti adalah sangat jelas bahawa 28 kad kredit itu adalah kad-kad lancung mengikut definisi ‘lancung’ di dalam s 28 Kanun tersebut. Fakta-fakta kes dan juga keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi (SP17 dan SP18) menunjukan bahawa tertuduh mengetahui bahawa kad-kad itu adalah lancung (lihat ms 217A–D).

3) SP17 dan SP18 adalah agent provocateur kerana mereka telah, bersama dengan pihak Polis Malaysia , memasang perangkap ke atas tertuduh. Keterangan daripada agent provocateur bukan keterangan daripada rakan sejenayah dan tidak memerlukan sokongan (lihat ms 217D–I); Teja Singh & Anor v PP [1950] MLJ 71 diikut.
(4) Tiap-tiap 28 kad itu, menurut saksi pakar, boleh digunakan untuk membuat teraan yang kekal bagi butir-butir yang dicetak timbul di atas kertas, slip jualan kredit atau baucar jualan apabila digunakan dengan mesin tera. Oleh itu, perkara di dalam kesalahan itu iaitu pelit-pelit itu dibuat untuk mengeluarkan teraan adalah dibuktikan (lihat ms 218D).

(5) Untuk membuktikan bahawa sesuatu suratan adalah palsu, pihak pendakwa mestilah memberi bukti yang konklusif bahawa suratan itu adalah palsu dalam maksud s 464, dan selanjutnya bahawa ianya dipalsukan dengan niat seperti yang dinyatakan di dalam s 463. Berkenaan dengan tiap-tiap 28 kad kredit lancung itu, perlu ditunjukkan bahawa seseorang mungkin dengan curangnya atau dengan tipuan membuat sesuatu suratan atau sesebahagian suratan atau membuat apa-apa tanda yang menunjukkan sesuatu suratan telah disempurnakan (melalui teraan kad itu di atas baucar jualan dan kemudiannya memalsukan tandatangan ke atasnya), dengan niat hendak menyebabkan supaya suratan atau sesebahagian suratan itu dipercayai telah dibuat dengan kuasa seseorang yang olehnya atau dengan kuasanya tidak dibuat (lihat ms 219H–I); Luchmi Singh v Emperor AIR 1917 Pat 111 diikut.

(6) Niat bukanlah pada seseorang yang didapati memiliki meteri, pelit lancung atau lain-lain alat untuk dengan sendirinya menggunakan alat-alat tersebut untuk melakukan pemalsuan; adalah memadai jika niat adalah alat-alat tersebut digunakan oleh sesiapa sahaja untuk melakukan pemalsuan. Adalah tidak perlu bagi pihak pendakwa untuk membuktikan bahawa tertuduh sendiri berniat untuk menggunakan kad kredit lancung untuk pemalsuan (lihat ms 218F–G).

(7) Berkenaan dengan keperluan untuk membuktikan bahawa pelit-pelit itu diniatkan untuk digunakan untuk tujuan melakukan pemalsuan, adalah agak jelas bahawa bagi tiap-tiap 28 kad kredit lancung itu, kepalsuan kad itu adalah (i) ia mendakwa dikeluarkan oleh pengeluar kad berkenaan; (ii) ia mendakwa dikeluarkan kepada seseorang yang dinamakan sebagai pemegang kad itu; (iii) ia mendakwa dikeluarkan dibawah nombor akaun sebenar pengeluar kad itu; dan (iv) ia mendakwa mempunyai tempoh masa sebenar untuk kegunaannya. Kad dengan semua kenyataan palsu bertujuan untuk digunakan sebagai kad yang sebenar apabila dikemukakan kepada penjual untuk memperolehi barangan dan/atau perkhidmatan daripada penjual (lihat ms 218H–I).

(8) Apabila kad kredit dikemukakan kepada penjual selepas pembelian, kad itu digunakan untuk membuat teraan yang kekal di atas slip jualan kredit atau baucar jualan melalui kegunaan mesin tera. Kad itu digunakan untuk mewujudkan suatu suratan, iaitu baucar jualan. Jika kad lancung digunakan, ia telah mewujudkan suatu suratan palsu. Apabila baucar jualan itu ditandatangani, ia mewujudkan hak undang-undang kepada penjual untuk menerima bayaran dan ini semestinya adalah cagaran berharga dalam maksud s 30 Kanun tersebut (lihat ms 219A dan 220F).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di laman Web Badan Kehakiman Malaysia. Tq .

PETA PELAYAR