FOLLOWERS

Friday, 30 September 2011

LETIH !!!!!!!!!!!!

Gambar dari blog : YB Zulkifli Nordin

Penghuni Gua : Letih dan tak bermaya kedua pemimpin PAS ini kerana di liwat oleh DAP dan PKR. Kesian. Dalam isu hudud yang ditimbulkan oleh Pok Nik, Presiden PAS , TGHH kemetot aje. Tak berani bersuara. Lelaki y aje yang bersuara.

2. Mahfuz dan khalid gereja apa lagi. jadi bisu. Cakap aje besar dan berdegar-degar. Hapah pun tak ada........................Menyampah

Thursday, 29 September 2011

NAK BELIT LAGI !!!!!










Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak mengaku atau menafikan hari ini bahawa beliau membuat kenyataan memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu, semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini.

Lim berhati-hati dan dengan sopan meminta seorang wartawan TV3 meninggalkan bilik sebelum menyentuh isu itu dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.

Beliau juga meminta apa-apa rakaman video kenyataannya, tidak diedarkan kepada stesen-stesen TV berkaitan kerajaan, kerana bimbang kandungannya akan "diputarbelit".

"Saya tidak mahu kenyataan saya mengenai perkara itu akan diputerbelitkan kerana ia pernah berlaku sebelum ini," kata Lim Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Ular ini masih nak membelit. Dah burukkan Johor, nak belit lagi katakan ia perjumpaan tertutup.

2. Tak kiralah tertutup atau terbuka tetapi perkara memburukkan itu ada dicakapkan di hadapan wartawan luar negara.

3. dulu kes pengarah BTN buat ucapan tertutup mengenai kaum India dan Cina boleh pulak mereka bantai kiri kanan kerajaan dan mendesak Pengarah BTN diambil tindakan undang-undang. Kena tang ular ini boleh pulak kata perjumpaan tertutup.

4. Otak cina ini penuh dengan tahi dan sampah sarap.

5. dah buat salah dan berperangai buruk tu, mengaku ajelah!!!!!!!!!!!!!!!

6. Pengundi muda !!!! Inilah rupa sebenar DAP dan pemimpin mereka.!!!!!!!!!!!! Hati-hati!!!!!!!

BYE BYE POK NIK !!!!!!!!!!!!!










KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Bye bye Pok Nik. PG harap Pok Nik keluar aje PAS atau bawa keluar PAS dari PR kerana PR tak nak laksana hudud. Itu pun jika Pok Nik ikhlas nak pejuang hudud. Takut apa dengan PR. Kan Pok Nik nak pejuangkan hudud.

2. Keluarlah Pok Nik. Atau keluarkan PKR dan DAP dari PR.

3. Pok Nik, Pok Nik, cakap aje lebih. Baik Pok Nik bye, bye aje dari PAS. Cakap aje besar. Tindakannya tak ada. Hudud PAS hanyalah mainan politik. Kalau betul hudud PAS itu benar dan Pok Nik takutkan Allah, keluarlah PAS atau Pok Nik dari politik. Jangan dok cakap besar dan berdegar aje.


4. Hakikatnya Pok Nik hanya guna hudud untuk politik. Bukannya ikhlas. Itulah kesimpulannya. Tak gitu ?

Wednesday, 28 September 2011

KAFIRKAH MEREKA INI ?


Penghuni Gua
: Kafirkah mereka ini. Atau yang mana satu kafir atau tak betul dan mana yang betul?

1. Pok Nik kata Hudud adalah wajib dilaksanakan kalau kita Islam.

2. Mustafa Ali Kata hudud yang satu juzuk aje dalam Islam. Juzuk lain membincangkan hal lain yang lebih mustahak.

3. Hadi kata negara Islam tak ada dalam Quran. Dia cadangkan negara kebajikan.

4. Tun Mahathir kata tak sesuai buat masa ini hudud dilaksanakan.

5. Najib kata perlembagaan tak benarkan dan belum masanya untuk laksanakan hudud.

6. Azizan MB Kedah cakap, Kedah tak akan laksanakan hudud. Kedah tak serupa dengan Kelantan.

7. Lelaki kata dia sokong Pok Nik tetapi Buku jingga tak sebut hudud . Biasalah lekai Y. Tiap hari akan berubah cakapnya. Depan belakang pun halal. Jangan pakai sangat cakap dia ni.

8. PR kata tak ada dalam persetujuan PR untuk laksanakan hudud.

9. Ustat Asri pun kata wajib laksanakn hudud tetapi masa belum sesuai.

10. Karpal dan DAP cakap , langkah mayatnya dulu dan mereka akan letak jawatan.

Nota
: Jadi kalau ikut fatwa Hadi dulu kafirlah yang tak mahu dan nak tangguh laksana hudud. Jadi apa ceritanya? Sesama orang agama pun tak ada kata sepakat. Pada pandangan PG, bab hudud ini, baik sesama islam buat kata sepakat dulu, baru cakaplah. Ini dok kali kong dan kafirkan orang dulu. tapi sesama sendiri atas sebab politik hudud dimainkan dan dipergunakan. Apalah .......................!!!!!!!!!!!! Menyampah.

...............Esok pulak, PAS akan kemetot lagi dengan DAP. Silap hari bulan Pok Nik akan korner baring. Biasalah lah Pok Nik dan PAS ini. Cakap aje berdegar. DAP kentot pun boleh gugur serban dan jubah...... Tak gitu ?

Tuesday, 27 September 2011

PENCEROBOHAN TERHADAP ISLAM : TITAH DYMM RAJA NAZRIN !!!!!!!!!!!!!!








KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.


Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.


Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.


''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.


Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.


''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.


''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.

Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.


Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.


''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.

Penghuni Gua
: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

2. Tapi " ustad" Khalid Gereja kata tak apa. Tak beri nanti politik " ustad Khalid gereja akan susah nak dapat undi bukan melayu. Jadi dibolehkan. Pok Nik juga kata tak apa. Lelaki Y , jangan cakap lah. Semua boleh. Yang haram , lagi dibedalnya. Apa pulak kalimah Allah..............Sardin aje dibuatnya.

3. Daulat Tuanku!!!!!!!!!!!!!!!!! Fikirkan pengundi muda. Fikirkan.....................

SEHARI TAK MEMANDANG WAJAH MU, KU RASAKAN, BAGAI SERIBU TAHUN MALAM MEMANJANG !!!!


Penghuni Gua
: Sehari tak memandang wajah mu, ku rasakan , bagai seribu tahun malam memanjang. Keh keh keh keh Sukanya dia !!!!!!!!!!!!! Apa kata pakar DNA mengenai kesan air mani yang dijumpai di kondo Tivoli vila dulu? ................................

Monday, 26 September 2011

TAHU PULAK TAKUT !!!!!!!!












Para setiausaha agung PAS, PKR dan DAP dikatakan sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah Rabu, 28 September ini.

Arahan itu dikeluarkan berikutan pendiriaan bersama yang akan dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu ini dalam mesyuarat mereka.

Sehubungan itu, menurut organ rasmi PAS, Harakahdaily, satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di Pejabat Agung PAS bagi memaklumkan arahan itu.

Sidang media ini dijadualkan akan dihadiri oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Tahu pulak takut bila dah kantoi. Nak dan terpaksa lakukan " damage control " . Maka diarahkan supaya diam.

2. Sudahlah. Semua kerana undi. Islam jadi cagaran. Kalau dah benar tentang hudud , mengapa takut dan nak sembunyi-sembunyi dan main kong kali kong.

3.Berkata benarlah walau pun pahit. Hudud hanya alat politik PAS. wayang aje !!!! Tak gitu ?


Nota : Berani ke Pok Nik dan Mahfuz dan TGHH sertaIdris Ahmad nak langkah mayat Karpal ?

KATA TAK KENAL !!!!!!!!!!


Penghuni Gua
: Kata tak kenal Askay. Melayu ke atau apa pun tak tahu. Nama dan bin Eskay pun tak tahu. Itu lelaki Y cakaplah. Tapi kalau lihat gambar................Wah bukan main intim lagi. Sedarlah wahai kita semua ......................sedarlah mengenai temberang lelaki ini..........................

Sunday, 25 September 2011

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN AKAR-AKAR PADI !!!!!

( Terumbu Kili Pulau Redang )









KOTA BAHARU 25 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 Sept lepas, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.

"Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 Sept lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29). - Bernama

Penghuni Gua
: Harapkan pagar, pagar makan akar-akar padi. Bukan kecil anak mereka yang melakukan kerja ini. semuanya lepasan Universiti dan bergred pengurusan dan profesional.

2. Apa nak dikata. Bubar aje SPRM ini. Atau balik ke keadaan asal. Biar jabatan / orang luar SPRM menjaga dan mengendalikan SPRM. Dulu PG lihat pegawai kanan dari PDRM yang mengetuainya. Ok juga. Ini sejak SPRM menjaga sendiri, macam-macam hal. Menyusahkan kerajaan ade le !!!

3. Akhirnya kerajaan juga yang dipersalahkan. Tengok-tengok lah sikit orang bawah tu. Kalau ada masalah jangan sapu bawah karpet. Aduan mengenai SPRM " pukul dan bantai orang pun , kerap kali didedahkan. Tapi semuanya habis dan senyap begitu aje.

4. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh tak pulak orang mengata...............



5. Tak gitu ? Tukarkan ketua kepada 3 mangkok ini bagus juga kerana gagal menyelia pegawai bawahanya. Akauntibiliti tetap pada mereka. Bukan main cuci tangan aje !!!!

2 x 5 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

( Pulau Lima Pulau Redang )








KUALA LUMPUR 24 Sept. - Tidak sampai 24 jam selepas mengeluar kenyataan mengkritik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini terus membidas Mursyidul Am Pas itu berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Hari ini, Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang tanpa berlapik lagi menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian dan mengakui pakatan pembangkang kini dalam kontroversi berikutan kenyataan Nik Abdul Aziz itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Mana ada yang faham sikap Pok Nik. Semua orang tak faham. Bukan sikap Pok Nik aje tetapi sikap PAS juga. Dari hudud ke negara kebajikan. Dari kafirkan orang , kini berpeluk sakan kerana undi dengan si kafir. Akhirnya habuk pun tak ada.

2. Biasalah Karpal.................... orang dah tua bangka. Macam kamu juga. Dua-dua pun sama. 2 x 5 = 11 ( kot ) ? keh keh keh keh................ Cakap selalu berubah mengikut keadaan. Cara islam PAS kot. Jika undi makin kurang yang haram jadi halal. Biasalah..............Tidak tak dinamakan PAS, PIS, PUS................................. Tak gitu ?

3. Nak lanjut mengenai ini KLIK

Saturday, 24 September 2011

KITAR PUTAR HUDUD : YB ZULKIFLI NORDIN !!!

( Pulau Tioman )


Dipetik dari blog : YB Zulkifli Nordin











Salam 2 all.

Kitaran-putaran semula isu hudud dimainkan. Tengah dema sesak mengah dengan isu murtad, gereja dakyah, kes liwat Anwar, Mat CD berkondang-kondi dengan China-DOLL, Datuk Hasan Ali dimaki hamun kerana rela dipecat pertahankan aqidah umat, Mat Sabu mengagungkan komunis, Hantu Kamar 121 kembali , videoklip 13 Januari nak meletop, dan macam-macam lagi yang tidak terjawab oleh kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini; maka akhirnya Nik Aziz kitar lagu lama untuk menyelamatkan tengkok yang terjerat, konon PAS nak laksanakan hudud di Kelantan! Dan yang paling syok, Mat CD kali ni sokong Nik Aziz nak laksanakan hudud pulak. Kalau dah pembohong dan kaki putar alam. Sebab tu semalam teman buat statement, ni semua kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja ni yop!

Yang paling teman syok ialah respon Karpal setelah Anwar tiba-tiba sokong Nik Aziz nak buat hudud PAS Kelantan. Dia ingatkan antara lain, "dalam hudud, orang berzina kena rejam dengan batu sampai mati". Eh, macam Karpal dah tengok videoklip kondang-kondi China-DOLL dengan Mat CD je bunyinya. Ialah dia kapior yop, tak perlu 4 saksi macam Hadi. Tajam perli Karpal tu yop. Jangan lupa ni lah punjabi yang kata dia ada bukti Anwar kaki homoseks & liwat pada 22.10.1997 dalam Parlimen!

Perlu teman tegaskan bahawa teman tidak menolak hudud, atau apa sahaja undang-undang Islam. Malah teman percaya dan yakin perlaksanaan syariat Islam serta penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah adalah menjadi kewajipan kepada setiap individu umat Islam. Dan teman berpegang teguh kepada pendirian ini sejak dulu, kini dan selamanya insyallah. Dan teman tetap akan memperjuangkan kepada penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan syariat Islam, walaupun terpaksa berbuat sedemikian seorang diri. Teman lebih rela syahid memperjuangkan Islam, daripada hidup tetapi memperkudakan Islam!!!

Cuma teman paling benci kaum yang memperkuda dan melacurkan Islam untuk kepentingan politik kepartian. Dan teman nak tanya Nik Aziz dan kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya, cuba jawab soalan-soalan dibawah ni sebelum nak bercakap tentang perlaksanaan hudud:

1. Bukankah Nik Aziz sendiri yang merestui Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Dis 2009 (yang mana teman adalah antara Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengannnya) dimana PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan (na'uzubillah mintak dijauhkan ALLAH), maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan. Ini yang Karpal peringatkan Nik Aziz, seolah-olah Nik Aziz dengan begitu mudah melupakan perjanjian tersebut, atau sengaja buat-buat lupa! Nik Aziz bukan sahaja merestui, malah hadir dalam majlis tandatangan tersebut, siap berpeluk bergambar dengan Karpal lagi. Tu yang Karpal marah tu yop!

2. Presiden PAS Haji Hadi dalam ucapan muktamar PAS 2011 dan kenyataan-kenyataan selepas itu jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan dan menubuhkan Negara Islam, atas alasan tidak ada dalam Al Quran. Perlaksanaan hudud adalah termasuk didalam ciri penubuhan Negara Islam yang kini ditongsampahkan oleh PAS. Dan Nik Aziz antara orang yang menyokong kenyataan Haji Hadi dan pendirian baru PAS tersebut. Jadi dimana rasional tiba-tiba Nik Aziz nak bercakap tentang nak laksanakan hudud?

3. Presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam kenyataan semasa menjadi Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa melaksanakan hudud bukan keutamaan bagi Kerajaan PAS Terengganu. Teman ingat lagi kenyataan Haji Hadi bahawa hudud hanya "0.0001%" sahaja dalam Islam! Jadi yang Nik Aziz beriya-iya sekarang kitar-putar balik isu hudud apa hal?

4. YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dalam kenyataannya menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana "Kelantan tak sama dengan Kedah". Malah YAB Datuk Seri Azizan menegaskan "jangan samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan". Alasan yang digunakan oleh YAB Datuk Seri Azizan ialah di Kedah, PAS berkongsi kuasa dengan DAP & PKR. Nampaknya alasan YAB Datuk Seri Azizan sama sahaja dengan alasan yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, dan disokong oleh ilmuan kegemaran Pakatan pembangkang Dr. Asri Zainul Abidin. Persoalannya, dengan percanggahan kenyataan Nik Aziz dan YAB Datuk Seri Azizan, adakah ini bermakna Islam pada PAS adalah mengikut selera negeri masing-masing?

5. Teman nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman pluralisma yang dianuti oleh idolanya Anwar Ibrahim. Anwar jelas adalah penganut fahaman pluralisma, dan mengakui membuat ucapan di London School of Economic pada bulan Mac 2008 menyatakan semua agama adalah sama, menuju matlamat yang sama! Sehingga Anwar membuat pendirian jelas bahawa kristian kafir la'natullah juga berhak mengguna-pakai kalimah ALLAH dalam bentuk triniti @ 3-dlm-1, iaitu ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci (na'zubillah). Para ulama' sependapat bahawa fahaman pluralisma adalah sesat, dan boleh membawa kepada murtad. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang nak laksanakan hudud, Nik Aziz wajib nyatakan pendiriannya mengenai fahaman pluralisma anutan idolanya Anwar!

6. Teman juga nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang gelagat Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang menjadikan komunis saperti Mat Indera sebagai idola, sehingga ada yang meletakkan Chin Peng la'natullah sebagai pejuang kemerdekaan! Komunis adalah berteraskan fahaman atheist, iaitu menolak ketuhanan. Ini adalah jelas fahaman yang murtad terkeluar daripada aqidah Islam. Murtad adalah isu hudud. Jadi sebelum nak bercakap tentang hudud, Nik Aziz wajib menyatakan pendiriannya mengenai isu mengagungkan komunis oleh Mat Sabu ini!

7. Teman juga nak tanya Nik Aziz, apa pendirian dia tentang fahaman syiah. Apa yang jelas ada kalangan mereka didalam kepimpinan PAS sekarang ni yang menganut fahaman syiah, sehingga balun bini kawan pun kira halal. Sedangkan Nik Aziz sendiri tahu bahawa fahaman syiah adalah sesat, malah ada kategori syiah yang dikafirkan oleh para ulama' muktabar. Ini masalah aqidah. Menganut fahaman sesat merosakkan aqidah, dan ini persoalan hudud. Jadi sebelum Nik Aziz nak bercakap tentang melaksanakan hudud, beliau wajib menyatakan pendirian dia tentang penularan fahaman syiah didalam PAS, malah sudah merebak ke peringkat mereka yang kini dimartabatkan dan dinobatkan sebagai kepimpinan tinggi dalam PAS!

8. Teman juga nak tanya Nik Aziz apa pendirian dia tentang perisytiharan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam. Kalau Nik Aziz nak tahu, petang tadi Karpal buat statement menyatakan Nik Aziz jangan nyanyuk lupe pasal Perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang 18.12.2009 yang menolak Negara Islam & perlaksanaan syariat. Adakah menyokong kafir harbi macam Karpal dan sanggup mati untuk dia itu tidak menjejaskan aqidah?

9. Teman juga mahu bertanya kepada Nik Aziz, apa pendirian dia tentang isu perbicaraan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful. Ternyata Anwar bukan sahaja bacul dan dayus untuk bersumpah muhabalah menafikan aduan Saiful sebagaimana yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, malah dia memilih untuk tidak memberi keterangan didalam perbicaraan. Bukan itu sahaja, dia memaksa pulak orang yang tidak ada kena mengena dengan perliwatan dia terhadap Saiful menjadi saksi untuk dia dan memberi keterangan, termasuk YAB PM sendiri! Sedangkan isu liwat dan zina adalah isu hudud. Persoalan yang teman nak tanya, adakah Nik Aziz bersedia mengheret Anwar ke Mahkamah Syariah di Kelantan untuk menjawab aduan liwat Saiful. Ini tak perlu tunggu perlaksanaan Enakmen Hudud, sebab didalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan pun dah ada peruntukkan untuk membawa pertuduhan jenayah liwat terhadap Anwar. Sanggupkah Nik Aziz buat begitu?

Sebenarnya yop, teman tahu Nik Aziz tidak akan mampu memberi jawapan ikhlas terhadap kesemua soalan diatas. Kerana apa? Kerana saperti mana lagu lama, macam itulah Nik Aziz dengan bijaknya cuba mengkitar-putar isu hudud. Nampak sangat Nik Aziz lebih berminat untuk mempolitikkan isu ini kerana dengan secepat kilat Nik Aziz menyalahkan Tun Mahathir. Kata dia, PAS Kelantan tidak dapat laksanakan hudud kerana Tun Mahathir tak bagi.

Pertama, ini adalah kenyataan paling tak cerdik kerana bidangkuasa hal ehwal Islam, termasuk penggubalan undang-undang berkaitan Islam terletak kepada Kerajaan Negeri (Jadual 9 Senarai 2). Jadi mengapa setelah lebih 20 tahun dudok memanaskan kerusi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz langsung tak laksanakan hudud? Samada hukumannya boleh dilaksanakan atau tidak itu soal kedua. Soal utamanya mengapa undang-undang hudud sendiri tidak ada di Kelantan?

Kedua, Nik Aziz dengan sengaja melupakan, atau buat-buat lupa, bahawa penyokong kuat Tun Mahathir pada masa itu ialah manusia yang di idolakan Nik Aziz sekarang: Anwar Ibrahim! Anwar lah yang menjadi balaci dan barua pencacai untuk Tun Mahathir selama lebih 16 tahun termasuk memaki hamun PAS. Malah Anwar pernah melabelkan ustad-ustad PAS termasuk Nik Aziz sebagai "ulamak terompah"!!! Kenapa Nik Aziz tak kutuk dan maki Anwar sekali? Jawapannya mudah, sebab Anwar sekarang tidoq sebantal dengan Nik Aziz. Jadi soalnya bukan isu nak laksanakan hudud, tetapi soal politiking kepartian yang memperkudakan Islam sebagai bahan politik!

Ketiga, adakah bagi Nik Aziz agama Islam ni terletak hanya pada hudud sahaja? Adakah dengan melaksanakan hudud maka selesailah segala perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam. Adakah itu sahaja perjuangan Nik Aziz, nak jadi MB sebab nak laksanakan hudud sahaja? Sampai lebih 20 tahun jadi MB masih tak buat-buat lagi! Bagaimana dengan banyak permasalahan dan isu lain? Bagaimana dengan masalah ekonomi? Contohnya membina gerai dinamakan Bazar Tok Guru yang begitu kecil sehingga peniaga tak boleh nak berniaga, Islamik sangat ke tu? Bagaimana dengan kemudahan prasarana umat dan rakyat? Berpuluh tahun rakyat Kelantan menghadapi masalah bekalan air yang kronik? Bukankah itu juga perjuangan Islam. Bagaimana dengan soal pentadbiran Islam? Adakah wajar Nik Aziz meletakkan menantunya sendiri mengepalai syarikat Kerajaan. Dan apabila menantunya disiasat SPRM, mengapa Nik Aziz tidak mengambil sikap saperti Rasulullah saw yang bersabda "demi ALLAH jika Fatimah anak ku sendiri mencuri nescaya akan ku potong tangannya!".

Pada teman, kitar-putar semula isu hudud ini hanyalah sandiwara dan gimik politiking kepartian melampau oleh Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya. Nik Aziz konon nak buat hudud supaya umat Islam kembali sokong PAS. Lepas tu Karpal pulak akan maki hamun tolak hudud supaya Cina sokong DAP. Mat CD pulak tiba-tiba meroyan sokong hudud sebab nak lepaskan tengkok dia dari isu liwat dan videoklip China-DOLL, termasuk videoklip baru 13 Jan yang akan muncul tak lama lagi! Semuanya untuk persiapan untuk plihanraya ke 13 akan datang! Itu sahaja! Kalau dema berani, teman cabar Nik Aziz, Karpal & Mat CD buat manifesto Pakatan pembangkang dan nyatakan dengan jelas tanpa berselindung bahawa Pakatan pembangkang akan laksanakan hudud jika memerintah (na'zubillah).

Mike tak terkejut beruk ke yop tiba-tiba Mat CD buat kenyataan menyokong Nik Aziz untuk laksanakan hudud, tapi hanya hudud PAS untuk dilaksanakan di Kelantan sahaja! Kenapa tak laksanakan hudud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? Kenapa hanya di Kelantan?

Dan mike tak pelik Mat CD mahukan hudud? Mat CD sokong hudud? Orang yang dulu menyokong gila babi Tun Mahathir menentang hudud, hari ni jadi hero nak hudud? Orang yang menganut fahaman pluralisma tiba-tiba mahu hudud. Orang yang menghadapi pertuduhan meliwat stafnya sendiri tiba-tiba berkokok mahukan hudud? Orang yang enggan dan tak mau memberi keterangan dalam Mahkamah kerana meliwat stafnya Saiful tiba-tiba melalak mahukan hudud? Orang yang enggan bersumpah muhabalah menafikan videoklip yang didedahkan oleh kawannya sendiri tiba-tiba menyampuk mahukan hudud? Come on lah yop, waraskan aqal tu sikit! Ini semua sandiwara & gimik politiking oleh kaum yang dah terdesak aje.

Pokok pangkalnya, gunakanlah aqal. Aqal tu dok dalam otak yop. Otak tu ALLAH bagi bukan suruh buat masak lemak cili api, tapi untuk diguna buat berpikior! Pikior-pikior sikitlah yop. Janganlah mike jadi kaum PBB: Pekak, Bisu & Buta. Main ikut na'am aje apa yang pemimpin mike cakap. Pemimpin mike tu semua dah gila, jangan ikut gila macam dema. Sebab ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni yop.

KITA BUKAN GILA KUASA!!!
TETAPI KITA NAK HALANG ORANG GILA DARI BERKUASA!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
25 Syawal 1432
23 Sept 2011

WAYANG AJE !!!!!!!!!!!!!!!!!!











Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai (kanan) berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan (kiri) membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: tindakan yang terpaksa dilakukan oleh DAP bagi " damage control ". DAP tahu sentimen rakyat terbanyak tentang kebododan YB ini. Jadi terpaksa dilakukan tindakan ini walau pun itulah wajah sebenar DAP keseluruhannya.

2. Sebabnya, Teresa Kok semalam cuba membela YB bodoh ini dengan mengatakan ini isu kecil . Jadi pada pandangan PG, apa yang dilakukan oleh DAP terhadap ADUN ini hanyalah wayang lama. Sebenarnya itulah wajah mereka sebenarnya. Cuma Manoharan mendahului masa, dari DAP .

3. Pada PG ISAkan aje anak hindu ini. Itulah mustahaknya dan peri pentingnnya ISA. Perkara beginilah ISA boleh tanganinya.

4. PAS dan PKR diam membisu.................terhadap tindakan YB bodoh ini. Cuba keluar dan jadi rakyat negara lain.......................Bungkus mangkok ini...................................dikerjakan oleh kerajaan negara lain. Tak payah jauh le................cuba buat di negara seberang tambak aje atau di Thailand atau Indonesia, atau Filipina atau China dan India pun. Bungkus mangkok ini dikerjakan oleh kerajaan dan rakyat negara berkenaan. Fikirkan pengundi muda. Inilah wajah DAP sebenar.

5. Tak gitu ?

Friday, 23 September 2011

APA BEZANYA !!!!







PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa bezanya. Dulu UMNO dan BN cakap macam tu juga. Tapi bila Tun Cakap , belum masanya hudud dilaksanakan , bukan main PAS mengecam Tun pada masa tu. Sampai satu peringkat mengkafirkan Tun. Tun cakap bukan tak mahu laksanakan hudud cuma belum masanya.....Tapi habis ayat puak PAS kafirkan UMNO dan TUN. Sembelihan orang UMNO pun tak boleh dimakan. Nikah kahwin antara anak orang PAS dan UMNO ada yang dibatalkan. Kini.........PAS jilat ludah dan kahak mereka semula.

2. Kini, Salahuddin dan PAS cakap perkara yang serupa. Tak kafir ke?

3. Apa bezanya. PAS..............bukan semua tak tahu. Semua halal kalau mereka yang cakap dan buat. Tak gitu ?

MALAYAN LAW JORNAL : KES WASIAT !!!!

( Telur ikan di Pulau Lima , Pulau Redang )

[1995] 3 MLJ 165
Lim Kim Hua v Ho Chui Lan & Anor
Case Details:

Malaysia

Judges STEVE SHIM J

Date 27 JUNE 1995

Citation [1995] 3 MLJ 165



Catchwords:


Land Law — Indefeasibility of title and interests — Fraud — Onus of proof — Transferor bequeathed property to grandchildren in will — Transferee knew contents of will — Transferor trusted and depended on transferee in management of property — Transferor old and illiterate — Transferee did not draw transferor’s attention to will when transferor was executing transfer in her favour — Whether amounting to fraud — Whether transfer null and void


Land Law — Indefeasibility of title and interests — Undue influence — Transferee daughter of transferor — Transferor old and illiterate — Transferee depended on transferor for physical and financial needs — Whether special relationship existed — Whether transferee in a position to dominate transferor’s will — Whether could vitiate validity of transfer executed in transferee’s favour

Bahasa Malaysia Summary:


Plaintif merupakan tuan punya berdaftar sebuah rumah kedai di Kanowit (‘rumah kedai tersebut’). Pada tahun 1983, plaintif telah menyempurnakan suatu wasiat bagi mendevis dan membekues rumah kedai tersebut kepada empat orang cucunya seperti berikut: 1Ú2 bahagian untuk defendan kedua, yang merupakan anak lelaki defendan pertama, dan 1Ú2 bahagian yang tinggal untuk dibahagi sama di antara tiga orang cucunya yang lain. Pada 3 Mei 1984, beliau menyempurnakan suatu memorandum pindahmilik (‘MT1’) untuk memindahmilik 1Ú2 bahagian daripada rumah kedai tersebut kepada defendan kedua. Kemudiannya, pada 30 Disember 1985, beliau menyempurnakan satu lagi memorandum pindahmilik (‘MT2’) untuk memindahmilik kepada defendan pertama dan seorang yang bernama Ho Chui Hiong 1Ú4 bahagian setiap seorang. Dalam guaman ini, plaintif telah memohon untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa kedua-dua MT1 dan MT2 adalah batal dan tak sah, dan untuk pembatalan catatan di dalam daftar tanah, atas alasan bahawa:


(i) pindahmilik itu telah didapatkan melalui fraud atau ketidakjujuran; dan


(ii) defendan telah mengenakan pengaruh tak wajar ke atasnya untuk memindahmilik rumah kedai tersebut. Adalah tidak dipertikaikan bahawa plaintif yang tua, buta huruf dan mempunyai daya ingatan yang lemah adalah bergantung kepada defendan pertama untuk makanan, tempat tinggal dan pengurusan hal-ehwal rumah kedai tersebut di antara 1983 dan 1986. Plaintif berhujah dengan selanjutnya bahawa defendan pertama yang sedar akan kandungan wasiat itu dengan sepenuhnya dan pindahmilik 1Ú2 bahagian daripada rumah kedai tersebut kepada anak lelakinya, iaitu defendan kedua, telah secara sengaja menyembunyikan perkara itu daripada plaintif apabila MT2 disempurnakan, untuk melampaui kepentingan benefisiari. Walau bagaimanapun, defendan-defandan menyatakan bahawa plaintif sendiri yang mencadangkan penyediaan pindahmilik itu dan bahawa kerani pejabat daerah telah menerangkan kandungan pindahmilik tersebut kepada plaintif sebelum beliau mengecapkan ibu jarinya di dokumen-dokumen yang relevan.

Diputuskan:
Diputuskan, mengisytiharkan bahawa MT2 adalah batal dan tak sah, dan memerintahkan supaya catatan di dalam daftar tanah berkaitan dengan MT2 dibatalkan:

(1) Adalah mantap bahawa standard pembuktian yang tinggi adalah diperlukan apabila fraud dikatakan telah berlaku. Mengikut keterangan, plaintif belum dapat membukti pada imbangan kebarangkalian bahawa terdapat fraud atau ketidakjujuran pada defendan kedua yang berkesan menjadikan MT1 tidak sah, kerana tidak ada apa-apa yang mencadangkan bahawa defendan kedua mengetahui tentang kewujudan wasiat itu apabila MT1 disempurnakan.

(2) Walau bagaimanapun, fraud telah dibuktikan terhadap defendan pertama kerana selepas mengambil kira perhubungan yang rapat dan kepercayaan yang diletakkan ke atas defendan pertama oleh plaintif, beliau mempunyai kewajipan moral untuk membentangkan kesemua maklumat mengenai kandungan wasiat kepada plaintif sebelum beliau menyempurnakan MT2. Oleh kerana terdapat penyembunyian suatu fakta material secara aktif dan kelakuan yang tidak jujur pada pihak defendan pertama, MT2 adalah batal dan tak sah.

(3) Dalam kes ini, terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan kewujudan suatu perhubungan yang istimewa di antara plaintif dengan defendan pertama kerana plaintif sangat bergantung pada defendan pertama untuk kedua-dua keperluan fizikal dan kewangannya. Boleh diinfer secara munasabah daripada keadaan kes ini bahawa defendan pertama telah mengenakan pengaruh tak wajar ke atas plaintif untuk menyempurnakan MT2.

(4) Untuk mematahkan dakwaan pengaruh tak wajar, defendan pertama harus menunjukkan dengan bukti yang ketat bahawa plaintif memahami maksud dan kesan sepenuhnya pindahmilik pada masa penyempurnaan, dan bahawa beliau telah menarik perhatian plaintif kepada peruntukan wasiat itu untuk membolehkan plaintif membuat keputusannya dengan bebas mengenai apa yang beliau ingin buat dengan hartanya. Dalam kes ini, defendan pertama telah gagal melakukan ini.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

TERKEJUT APANYA !!!!!










PETALING JAYA: Kecelaruan di kalangan parti-parti gabungan longgar Pakatan Rakyat (PR) mengenai hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud semakin membesar apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya menyokong langkah tersebut.

Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata; “Secara prinsipnya saya percaya ia (hukum hudud) boleh dilaksanakan (di Kelantan),” kata Anwar kepada para pemberita di luar bangunan mahkamah selepas perbicaraan kes sodominya pada Khamis. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Terkejut apanya. Semuanya memang wayang. Nak dapat sokongan PRU dari kalangan orang melayu , mulalah nak laksanakan hudud. Bila terkantoi dengan undi masyarakat bukan Islam , TGHH cakap negara kebajikan. Negara Islam tak ada dalam Al Quran. Hudud hanya satu Juzuk aje dalam Quran. Itu kata Mustafa Ali pulak.

2. Semuanya lidah bercabang. Hudud? Wayang aje.

3. Terkejut sana, terkejut sini, semuanya wayang politik PAS dan PR aje. Biasalah kaki peminum kencing ini. Bab wayang no wahid. Tak gitu ?

Thursday, 22 September 2011

CAKAP AJE BANYAK MAT SALEH NI !!!!!!!!!!!!!!!!







KUALA LUMPUR 21 Sept. - Walaupun mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia hari ini tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok dengan pemeriksaan semula ke atas McDonald oleh pihak pembelaan.

Penghuni Gua
: Rupanya pakar pusing aje Mat Salleh ini. Rupanya tak pernah mempraktikkan amalan pengasingan DNA. Hanya pakai robot dan memantau apa yang orang lain buat aje.

2. Tapi masa beri keterangan, semua keterangan dan tindakan pakar DNA Malaysia dipertikaikan. Akhirnya malu sendiri.

3. SELAMAT DATANG DAN SELAMAT KEMBALI KE BAMBOO RIVER RESORT. SELAMAT DATANG BANG.................................

Nota
: Malaysiakini tak berani nak tulis bab Mat Saleh ini kantoi semalam. Itulah cara kebebasan Malaysiakini yang dibanggakan selama ini oleh puak haprak ini. Kesian....................

Wednesday, 21 September 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : RAKAN SEJENAYAH / KETERANGAN SOKONGAN !!!



[1994] 2 MLJ 290
Public Prosecutor v Sarjeet Singh & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL APPEAL NO 51–241–92(90)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 26 FEBRUARY 1994
Citation [1994] 2 MLJ 290



Catchwords:


Evidence — Identification parade — No identification parade held — Accused unknown to complainant — Whether identification parade necessary — Effect of failure to hold identification parade


Evidence — Accomplice — Corroboration — Conviction based on uncorroborated testimony of accomplice — Whether illegal — Approach taken by the courts — Evidence Act 1950 s 133


Evidence — Accomplice — Corroboration — Accomplice giving evidence for the prosecution — Whether corroboration necessary for every factor of prosecution case — Whether corroboration only necessary for material parts of accomplice’s evidence


Evidence — Accomplice — Credibility — Considerations to be taken into account
Evidence — Accomplice — Corroboration — Whether necessary where evidence was unreliable

Bahasa Malaysia Summary:


Responden telah dituduh bersesama di Mahkamah Majistret, Taiping atas tuduhan merompak seorang pemandu teksi, bersama seorang rakan sejenayah lain yang bernama Mustafa bin Ali (‘Mustafa’). Mustafa telah terlebih dahulu membuat akuan bersalah, disabit dan kemudiannya memberi keterangan bagi pihak pendakwa. Majistret berpendapat bahawa Mustafa merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan membebaskan responden. Pihak pendakwa telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:


(1) Tidak terdapat bukti bahawa pemandu teksi itu kenal responden sebelum rompakan itu dan pemandu teksi itu tidak pada sebarang masa mengecam responden dan Mustafa sebagai orang yang melakukan kesalahan itu. Di mana orang yang dituduh tidak sebelum itu dikenali oleh saksi-saksi, adalah perlu mengadakan suatu perbarisan cam. Oleh itu, pihak polis seharusnya mengadakan suatu perbarisan cam untuk membolehkan pemandu teksi itu mengecam perompaknya. Kegagalan untuk membuat demikian menimbulkan syak bahawa pemandu teksi itu tidak mungkin mengecam responden dan Mustafa. Ketiadaan suatu perbarisan cam, walaupun ianya tidak menjadikan perbicaraan itu tidak sah, adalah suatu ciri yang sangat penting apabila mempertimbangkan kebolehpercayaan saksi-saksi mengenai perkara pengecaman.


(2) Mustafa telah mengaku bahawa beliau telah bercakap bohong atas sumpah dan adalah betul untuk majistret memutuskan bahawa beliau merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai.


(3) Sebagai seorang rakan sejenayah, mahkamah berhak menganggap bahawa Mustafa tidak boleh dipercayai kecuali jika beliau disokong dalam perkara yang penting. Walaupun s 133 Akta Keterangan 1950 menetapkan bahawa suatu sabitan tidak menjadi tidak sah hanya kerana ia berdasarkan testimoni seorang rakan sejenayah yang tidak disokong, mahkamah secara konsisten telah memutuskan bahawa alasan keputusan itu mesti menunjukkan kesedaran mengenai bahaya yang terlibat apabila membuat suatu sabitan sedemikian.

(4) Sokongan keterangan seorang rakan sejenayah tidak semestinya bermakna sokongan bebas mengenai setiap faktor kes itu terhadap tertuduh. Adalah mencukupi jika sokongan itu menyokong suatu bahagian material di dalam cerita rakan sejenayah itu yang mengaitkan tertuduh dengan kesalahan yang dituduh itu dan menolong mengesahkan identiti tertuduh.


(5) Kebolehpercayaan seorang rakan sejenayah mesti dihakimi secara berasingan, sama seperti saksi yang lain, dengan menggunakan pertimbangan yang sama tetapi dengan faktor tambahan iaitu bahawa beliau merupakan seorang rakan sejenayah. Mahkamah mesti membuat penilaian mengenai keadaan itu dan mempertimbangkan siapa dan apa saksi itu, tingkahlakunya, perawakan, jenis, kualiti dan isi keterangannya secara tersendiri dan berkaitan dengan kesemua keadaan kes itu. Walaupun Mustafa merupakan seorang rakan sejenayah, beliau masih merupakan saksi yang kompeten dan dengan demikian, keterangannya mesti dipertimbangkan dan diperiksa dan tidak diketepikan begitu sahaja tanpa dihakimi dan dipertimbangkan.

(6) Majistret telah mempertimbangkan keterangan Mustafa secara keseluruhannya dan membuat kesimpulan bahawa beliau merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai, dan di dalam kes sedemikian, soalan mengenai sokongan keterangannya tidak timbul. Mahkamah tidak boleh menyalahkan pendekatan yang diambil dan dengan demikian rayuan itu ditolak.

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

NAK BUNGKUS LE TU !!!!!!!!!!!!!











Perbalahan antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi di Johor semakin parah dengan Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan duduk di meja rundingan bersama PKR sekali lagi.

Penghuni Gua
: Tanda nak bungkus lah tu. Perjuangan tak ada motif. Hanya nak menang dan berrebut kerusi aje. Agenda masing-masing. Tak ada fokus. Cuma mereka terlebih pandai sorok masalah.

2. Nak ke kita memilih parti yang sebegini untuk mentadbir negara? Lingkup negara ini. Negara bukan perjudian. Ia amanah. Jadi jangan kita dok main sedap begitu aje , nak tukar itu dan nak tukar ini. Sekali silap, anak cucu dan cicit kita yang akan menyesal dan menaggung akibatnya.

3. Fikirkan pengundi muda. Hapuskan sampah sarap ini . Meluat !!!!!!!! Mereka ini pandai cakap aje. Kerja tak tahu!!!!!!!!! Pandai kritik itu ini aje !!!!!!!!!!!!! Itu jelah kepandaian mereka. Sejak perintah 5 negeri sekarang................apa yang mereka dah buat? Hanya buat ceramah fitnah aje adalah !!!!!!!!!!!!!

4. Tak gitu ?

Tuesday, 20 September 2011

BUNGKUS LE KALI INI !!!!!!











Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!Bungkus le kau kali ini wahai lelaki y. Bungkus !!! Kah kah kah kah kah !!!! Sungai Buloh Resort menanti dengan setia. Kah kah kah !!!!

KERETA SIAPA NI ?



Penghuni Gua : Cakap aje lebih. Tahi di punggung sendiri pun bertepek !!!!! Nak lanjut : KLIK

KEBEBASAN ALA LEE KUAN YEW !!!!











Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kebebasan cara PAS dan Pakatan. Kata nak bebas. Nak bebas itu dan ini. Sekarang sibuk dok saman menyaman.

2. Tak ubah dan sama dengan cara kebebasan Lee Kuan Yew bekas PM Singapura. Semua di saman untuk menyekat pembangkang untuk berkembang di Singapura. Itulah cara yang pemimpin PAS lakukan.

3. Itulah kebebasan yang akan diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan. Cakap aje. Habok pun tak ada. Kalau kerajaan dan BN serta pemimpinya saman pembangkang tu ok jugalah sebab mereka tak adalah nak mendabik dada pejuang kebebasan akhbar dan sebagainya. Ini semua nak bebas. Kena ke muka sendiri , habok kebebasan pun tak ada!!!!!!!!!!

4. Ikut kau le labu !!!!!!!!!!!! Bila UMNO Selangor saman Mustafa Ali dan sebagainya baru-baru ini , riuh rendah PAS dan pemimpinnya mengecam tindakan UMNO Selangor. Kalau nak kirakan , berapa banyak ( tiap hari sebenarnya ) fitnah dan berita tak benar yang disebarkan oleh PAS dan pemimpinnya. Contohnya isu rakyat Bangla yang dapat kerayatan kononnya amat mudah. PAS dan PKR dakwa PM Bangladesh mengakui kebenarannya. Akhirnya semalam , berita itu hanya fitnah. KLIK

5. Punggung penuh tahi....................... Cuci tahi sendirilah. Nak bersih dan bebas itu ini. Cakap ajelah !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 19 September 2011

' KITA SERUPA " : HEADWIND ....KIH KIH KIH !!!!


Penghuni Gua
: Mereka memang serupa. Satu atas kerusi roda kerana dakwa dilanggar polis ( auta juga ). Satu kata dilanyak polis ( Berba;ut tengkok. Balut tengkok bila ada masalah. Balut cari makan . Kih kih kih ).

2. Satu lagi kena tangkap khalwat. Satu meliwat. Dua-dua otak senget. Semua sama dan serupa. Kemudian nak salahkan orang itu dan orang ini.......................Kesian. Kih kih kih kih kih !!!!!

3. Nak tahu cerita lanjut sila KLIK

Sunday, 18 September 2011

OTAK MEREKA INI ADA MASALAH MEKANIKAL !!!!





Penghuni Gua
: Otak mereka berdua pun terbalik. Tak gitu ?

MALAYAN LAW JOURNAL : KES ROGOL / JAMIN !!!!!!

( Pulau 5 , Pulau Redang Terengganu . 35.9 meter )

[1995] 3 MLJ 461
Moh Ting King v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–03–95–III

Judges ELIZABETH CHAPMAN JC

Date 19 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 461


Catchwords:


Criminal Procedure — Bail — Granting of bail — Pending trial — Interference by appellate court — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:


Pemohon telah memohon untuk jaminan sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan merogol di bawah s 376 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Pihak pendakwa telah membantah terhadap jaminan itu atas alasan bahawa kesalahan itu tak boleh jamin, tertuduh menghadapi satu lagi tuduhan merogol di bawah s 376 yang telah ditetapkan untuk pembicaraan pada 26 Jun 1995 dan seterusnya terdapat bahaya bahawa beliau mungkin mengintimidasi pengadu. Mahkamah sesyen pada 20 Mei 1995 telah menolak permohonan beliau dan beliau telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Adalah mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan dengan penjalanan budi bicara mahkamah bawahan dengan begitu sahaja dan di mana hakim mahkamah sesyen telah menolak permohonan untuk jaminan selepas mempertimbangkan semua keadaan kes itu, Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan kecuali jika ia boleh ditunjukkan bahawa penjalanan budi bicara itu adalah salah.

(2) Adalah jelas bahawa keengganan untuk membenarkan jaminan itu berpunca daripada tertuduh dituduh atas suatu kesalahan merogol yang lain semasa beliau dilepaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 26 Jun 1995. Apabila membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak jaminan, mahkamah akan mempertimbangkan, antara lain, sifat dan keseriusan kesalahan yang dituduh itu, kekerasan dan darjah hukuman yang dijatuhkan atas sabitan, bahaya bahawa kesalahan itu akan diulangi, bahaya bahawa saksi atau keterangan pihak pendakwa akan diusik atau diubah, peluang tertuduh untuk menyediakan pembelaannya dan tempoh tahannya. Jaminan tidak akan ditolak semata-matanya sebagai suatu hukuman dan keperluan untuk jaminan adalah untuk memastikan kehadiran seseorang tertuduh di perbicaraan.

(3) Keengganan mahkamah sesyen untuk membenarkan jaminan boleh dijustifikasikan di dalam keadaan kes ini. Terdapat kemungkinan bahawa tertuduh akan mengusik pengadu dan itu dengan sendirinya merupakan suatu alasan yang meyakinkan untuk menolak jaminan. Lagipun, tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan bahawa tertuduh akan dihambat dalam penyediaan pembelaannya semasa di bawah tahanan dan mahkamah sesyen telah menetapkan tarikh perbicaraan paling awal yang mungkin, iaitu 26 Julai 1995, dan oleh itu tempoh tahanan tidak boleh dikatakan terlalu lama.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

TAKKAN TAK KENAL KOT !!!!


Penghuni Gua
: Takkan tak kenal kot. Takkan tak kenal laki sendiri. Cakap benarlah Kak . Berkata benar walaupun pahit. Kalau anda tak mahu terima bukti DNA pun, cakap benarlah. Gambar dapat menerangkan beribu perkara. Anda pun Dr. Takkan tak tahu apa itu DNA. Takkan tak tahu bukti Forensik mengenai gambar. Takkan tak tahu apa itu keterangan pakar.

2. Betul tak kak!!!!! Cara jalan pun kita boleh tahu suami kita ke atau orang lain. Tak gitu? Nak lanjut : KLIK . KLIK

Saturday, 17 September 2011

WAJAH DAN PERANGAI BURUK MAJLIS PEGUAM !!!!



Dipetik dari Blog : Dato Hafarizam


WEDNESDAY, SEPTEMBER 7, 2011





Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council kini dilihat sebagai sebuah badan yang mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan professional yang bebas dan non partisan, ujar peguambela yang juga penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun.

“Saya selaku peguambela yang juga merupakan ahli kepada Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) melihat Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) telah lari dari landasan tujuan penubuhan mereka mengikut Akta Profesion 1976.

“Jika kita melihat Akta Profesion Undang-Undang 1976, Majlis Peguam seharusnya bersikap bebas. Bebas bermakna, mereka sepatutnya bersikap non-partisan, berkecuali,” katanya di sini.

Tegas beliau lagi jika diperhatikan kenyataan-kenyataan Bar Council, terutamanya tiga empat bulan ini, jelas kelihatan Bar Council ini lebih kepada satu pertubuhan yang disifatkannya sebagai pertubuhan separa politik, di mana tidak ada benda yang baik yang dilakukan kerajaan.

“Contohnya, mengapa apabila saya sebagai seorang peguam telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Bar Council tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang mana dikeluarkan di semua media termasuk Malaysian Insider dan Malaysiakini mengutuk tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Tetapi apabila Datuk Ambiga telah dihalang masuk ke Sarawak ketika Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, tidak sampai 4 jam beliau telah dihantar pulang, Bar Council telah mengeluarkan kenyataan mengutuk pengunaan kuasa menghalang rakyat Malaysia memasuki mana-mana negeri dalam Malaysia,” ujarnya lagi.

Ujarnya, Majlis Peguam kini lebih mirip kepada pembangkang.

“Saya bercakap ini bukan sebab saya peguam UMNO. Kenapa tidak disamai saya seperti Karpal Singh, peguam DAP. Kenapa tidak disamai saya seperti anak-anak beliau, Gobind Singh Deo, peguam DAP, N Suvendren, peguam PKR. Mereka dilihat sebagai peguam, tetapi kepada saya dilihat sebagai peguam UMNO. Ini saya lihat sebagai tidak adil kerana saya walau apapun adalah seorang peguam.

“Cuma saya menjadi peguam kepada parti UMNO, Barisan Nasional. Salah ke saya untuk memilih mewakili anak guam saya sahaja, itu tidak bermakna saya sudah tersasar dari profession saya sebagai seorang peguam,” ujarnya lagi.

Namun apabila mereka menggunakan Bar Council sebagai platform, yang dilihat sebagai ‘baling batu sembunyi tangan’, kewibawaan dan kredibiliti Bar Council itu telah menampakkan mereka ini tidak lagi bebas.

“Saya difahamkan di bangunan Bar Council ada poster mendiang Teo Beng Hock, kenapa tidak ada pejuang-pejuang UMNO, kenapa tidak ada poster Datuk Zambry sebagai Menteri Besar Perak, beliau juga seorang pejuang, seorang yang professional,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Hafarizam turut mencadangkan kepada Bar Council untuk pergi ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan, minta borang dan tubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Majlis Peguam Parti Politik Peguam.

“Dengan itu, marilah masuk kem kancah politik, marilah kita sama-sama bergelumang dalam arus politik,” ujarnya.


POSTED BY ANISAHMAISARAH AT 2:25 AM

Penghuni Gua
: Itulah wajah sebenar majlis peguam. Kami di luar ni lama dah tahu. Majlis Peguam ini penuh dengan loyar burok aje dan pembela penjenayah aje. Itu jelah. Perangai peguam jangan cakaplah. Nak reformasi itu ini, tetapi dalam Majlis peguam , ahlinya saban hari menipu orang. Berapa ramai yang masih disiasat polis dan SPRM kerana menipu duit pelanggan, perjanjian itu ini, tanah dan duit insuran dan sebagainya.

2. Apa reformasi yang Majlis peguam buat. Mengapa tak BERSHIOT 2.0 dulu dalam Majlis Peguam? Mungkin Amiga boleh berikan pendapat ????

3. Baiki diri sendiri dan ahli sendiri Bar Council. !!!!!!!Meluat.

4. Tak gitu ?................

SCUBA DI TERUMBU KILI , PULAU REDANG 13 SEP !!!!!













Penghuni Gua
: 13 sep jam 2 ptg PG dan 4 kawan-kawan menyelam di Terumbu Kili , Pulau Redang, Terengganu. Terlalu sejuk airnya. 26 c. Kedalaman 31 Meter dan menyelam selama 45 minit.

2. Amat baik pemandangan terumbu di sini dan tak banyak yang rosak. Jumpa juga kulit telur tapak sulaiman. ( Bulat macam telur ayam dan ada tanda dan rupa muka manusia).

3. Banyak juga jumpa ikan besar-besar tapi tak sempat nak ambil gambar. Jom ! menyelam di sana. Untuk makluman, bulan okt ini , Pulau Redang akan ditutup sepenuhnya sehingga bulan mac , kerana musim tengkujuh.

DAH MULA NAIK MENYAMPAH NI !!!!


Penghuni Gua
: PG dah mula naik menyampah. Menyampah kerana kerajaan mula menggunkan pendekatan populis. Nak menang PRU , maka ISA di kambing hitam. Nak menang PRU, PM boleh pulak jumpa dengan puaka Nawawee.

2. Persoalannya, apa yang kerajaan dapat dari pembangkang dan undi bukan Melayu? Takkan mereka ambil pot pun. Mereka tetap selamanya begitu. Orang macam Nawawee pun boleh kerajaan dan PM begitu lembut.

3. Apa motifnya? Kami di luar ni mengeleng kepala dan mengeluh melihat kelemahan dan tak ada ...........................nya kerajaan. Kerajaan dilihat macam kartun. Tak boleh fikir tentang keutamaan. Perancangan dan tindakan kerajaan semuanya dilihat untuk tindakan jangka pendek.

4. ISA dihapurkan. Sepatutnya gubal dulu undang-undang lain bagi mengantikan ISA , kemudian barulah ISA dihapuskan . Ini terbalik. ISA dihapuskan dahulu. Jika terjadi apa-apa , adakah kita dan kerajaan mampu menanganinya?

5. Dengan ada ISA pun kerajaan sukar nak kawal keselamatan dan sebagainya. Inikan pulak jika tiada.

6. Kepada kerajaan dan PM..................dengar rintihan dan keluhan kami ini................. Tak perlu dengan desakan mereka pun. Tak ada faedahnya. Merereka hanya wakili sekelompok kecil sahaja. Buat apa pun, mereka tetap selamanya begitu.

7. US gubaL PATRIOT. Kita pulak undur kebelakang. DUTA Besar Indonesia ke Malaysia sekarang ini pernah memberitahu hadirin dalam satu seminar , bahawa jika Indonesia mempunyai ISA seperti Malaysia, maka tidak adan terjadi pengeboman Bali dan JW Marriot. Ini beliau yakini.

8. Kita mengundur kebelakang hanya kerana untuk menagih satu undi yang belum tentu diperolehi dari puak ini. Negara ini teguh berdiri kerana 3 institusi yang ada. DYMM Raja-Raja, PDRM, dan Melayu. Puaka politik ini tahu, jika nak tawan negara ini , 3 perkara ini perlu dilemahkan dahulu. Dan itulah yang mereka sedang lakukan. Dan mereka hampir berjaya setalat ini. Kerajaan pulak , berotak kecil. Takut pada hantu sendiri dan bayang sendiri. Letih memikirkannya.

9. PG masih menyampah dan semakin menyampah..............Menyampah sangat. Apa salahnya ISA? Kalau tak buat salah , apa yang nak ditakutkan? PG tak ditangkap ISA pun dan tak takut dengannya pun.............. Tak gitu ? Meluat !!!!

Friday, 16 September 2011

MENYELAM DI CHE ISA REEF DI PULAU REDANG !!!!




Penghuni Gua : Ini pulak gambar PG dan kawan-kawan menyelam di Terumbu Che ISA di Pulau Redang pada 13 sep jam 9 pagi. Indah sekali. Kedalaman 25 meter. Suhu air 27 c.

PETA PELAYAR