FOLLOWERS

Monday 31 October 2011

SALAH KAH BERSUMPAH ? FIKIRKAN !!!!





Penghuni Gua : MB Kedah pun bersumpah bila nak jadi MB. Pok Nik pun bersumpah bila nak jadi MB Kelantan. Dah 4 kali Pok Nik bersumpah bila nak jadi MB. Tak bising pun puak ini. Jadi salahkah Saiful, Eskay dan PM bersumpah? Apa yang tak kenanya. Mereka yang bersumpah di atas tu hanya bersumpah dengan Allah.


2. Biarkanlah. Apa yang tak kenanya? Tak gitu ?

PELACURAN DI KOTA BHARU, BANDARAYA ISLAM !!!!!



Dipetik dari blog : Kickdefella





Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Ikuti pendedahan Kickdefella mengenai PAS yang cakap tak serupa bikin. Bukan aje pelacuran di Kelantan tetapi HIV paling tinggi di Malaysia. Itu pun Dato Amar dan Pok Nik nak salahkan kerajaan terdahulu. Mereka kata ini BN lah yang salah.

2. Itulah cara PAS. nak salahkan orang. Tapi apa yang PAS lakukan hingga kini. Buat majlis ceramah politik lebih banyak dari fikir untuk rakyat dan membenteras pelacuran. Itulah kerjanya. Tapi kalau dengar cakap, semua masalah boleh PAS selesaikan................ Sudahlah......................................... Alasan mudah puak ini , ialah ..............." Di Mekah pun ada pelacuran ................................"


3. Pejuang Islam tahi minyak aje mereka ini. Cakap lebih. Tindakannya tak ada !!!!!!!!!!!!!!!

Sunday 30 October 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : PERINTAH INTERIM / TANDA DAGANGAN !!!!




[1993] 3 MLJ 112
S Yuvarajan & Anor v Anthony Martin
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL SUIT NO 22–518–93

Judges RANITA HUSSEIN JC

Date 20 MAY 1994

Citation [1993] 3 MLJ 112



Catchwords:


Civil Procedure — Injunction — Interim injunction — Passing off and infringement of trade mark — Whether injury to plaintiff quantifiable — Balance of convenience

Bahasa Malaysia Summary:


Plaintif merupakan tuan punya berdaftar tanda niaga ‘Chop Sipoth’ berkenaan dengan perniagaan kain sarung mereka yang telah dijalankan oleh mereka selama beberapa tahun. Defendan telah memasuki pasaran kain sarung baru-baru ini dan telah memohon untuk mendaftarkan tanda niaga ‘Chop Sipot Mas’ untuk kain sarungnya. Plaintif menegaskan bahawa tanda niaga defendan sangat menyerupai, kalau pun, tidak serupa dengan tanda niaga plaintif. Dengan demikian, plaintif mengatakan bahawa defendan telah:


(i) melanggar tanda niaga mereka dengan menggunakan suatu tanda yang begitu hampir menyerupainya sehingga memperdaya atau menyebabkan kekeliruan di dalam urusan perdagangan, di bawah s 38 Akta Cap Dagangan 1976; dan


(ii) bersalah kerana melakukan kelirupaan dengan menggunakan satu ‘get up’ yang memperdayakan, untuk memperdayakan orang ramai dalam mempercayai bahawa sarung defendant adalah sarung plaintif.

Plaintif telah memohon untuk satu injunksi interim untuk menahan defendan dari melanggar tanda niaga plaintif dan melakukan kelirupaan sarung-sarungnya sebagai sarung plaintif sehingga tarikh perbicaraan. Injunksi itu telah diberi dan dilanjutkan dua kali, dengan satu perintah untuk permohonan plaintif didengar inter partes.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif untuk menyambung injunksi itu sehingga perbicaraan:

(1) Di dalam memutuskan sama ada membenarkan injunksi interim, mahkamah perlu menimbangkan bukan sahaja, sama ada terdapat fakta-fakta yang dipertikaikan dan persoalan yang serius untuk dibicarakan, tetapi juga, sama ada ganti rugi adalah remedi yang mencukupi dan menaksirkan imbangan kemudahan.

(2) Penggunaan label dengan perkataan-perkataan ‘Chop Sipot Mas’ dan simbol oleh defendant, berserta dengan perkatan-perkataan lain, termasuk penggunaan bayangan yang lebih terang bagi warna yang sama seperti yang terdapat dalam label plaintif, menyumbang kepada keserupaan yang besar di dalam kedua-dua tanda niaga dan ‘get-up’ itu.


(3) Jika defendan terus menjual sarung-sarung dengan menggunakan satu tanda yang sebahagian besarnya menyerupai tanda niaga plaintif pada harga yang lebih rendah, defendan mungkin dapat menembusi pasaran dan berjaya menggunakan nama baik plaintif dan menjejaskan perniagaan plaintif. Tahap kerosakan tidak akan mudah dapat dikuantitikan di dalam bentuk ganti rugi jika plaintif berjaya di dalam perbicaraan dan kesan buruk kepada plaintif jika injunksi tidak diberi adalah jauh melebihi kesan buruk kepada defendan yang perniagaannya masih belum ditubuhkan lagi. Dengan itu, imbangan kemudahan memihak kepada mengekalkan status quo sehingga perbicaraan.]


Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

PAS , ELTON JOHN, LELAKI Y, I CITY !!!!








Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan Pas.

Pemuda Pas Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini.

Terbaru, isu itu mencetuskan perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang.Para pemimpin DAP dan PKR mempersoalkan pendirian Pas sambil menyokong konsert tersebut. Malah pemimpin DAP memberi kata dua agar Pas tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.

Elton John telah berkahwin dengan pasangannya, David Furnish pada 2005 selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di Britain.

Persembahan di Genting Highlands itu nanti merupakan yang pertama di Malaysia.

Awang tidak menyokong atau membantah tetapi tertarik dengan isu tersebut atas banyak sebab. Salah satunya, ialah mengapa Pas tidak melihat ke dalam negara sendiri? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Bukankah di Malaysia ada pemimpin yang kita ketahui biseksual tetapi terus mendapat sokongan parti-parti tertentu. Sampaikan ada yang taksub. Tidak perlu Awang nyatakan siapa, sendiri boleh tahu.


BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT

Penghuni Gua
: Mengapa PAS menyanjung lelaki Y sehingga kini. Mengapa bersekongkool dengannnya. Mengapa konsert di I City Selangor tak ada pulak PAS nak bersuara?

2. Lidah biawak semuanya. Hanya pandai bercakap aje. Buatnya tak ada. Islam tahi minyak aje!!!!!

HUKUM ALLAH / HUKUM HUDUD !!!!


Saturday 29 October 2011

TGHH MIMPI KE NI ?





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan menawarkan untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru.

Jaminan berkenaan akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam manifesto Pakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011.

"Jaminannya akan kita fikir, kita masukkan dalam manifesto kita. Maknanya hak rakyat akan kita utamakan kerana pemaju ini ada kepentingan. Yang lebih membimbang kita ialah ia dibayangi rasuah

"Oleh kerana itu mereka yang berkuasa ini bermati-matian mempertahankan pemaju kerana (langkah tersebut) menguntungkan pihak tertentu.

"Insya-Allah, pakatan Rakyat akan hapuskan hal ini dan kita buktikan di empat negeri yang kita perintah, untuk membersihak perkara rasuah supaya tidak boleh diguna oleh pemaju," katanya lagi.

Beliau ditanya demikian memandangkan pembangkang tidak berjaya menghalang kerajaan daripada membawa Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru 2011 sehingga diluluskan Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.

"Insya-Allah keadaan akan berubah. Di negara lain, apabila kerajaan buat sesuatu dia akan bentang kepada rakyat, dengar bantahan rakyat dulu.

"Ini tidak, terus buat (undang-undang) hingga rakyat terpinga-pinga. Kita akan buat perubahan insya-Allah," katanya lagi ketika ditanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011 di Kampung Baru hari ini.

Berikut ialah 13 perkara dalam resolusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut:

- Mendesak kerajaan melibatkan penduduk dalam apa sahaja perancangan pembangunan. Pembabitan pandangan penduduk adalah antara keutamaan terpenting dalam sebarang perancangan.

- Mendesak kerajaan untuk memastikan setiap pembangunan yang dirancang bersifat menjaga, melindungi dan menjamin kebajikan serta kualiti kehidupan penduduk.

- Meningkatkan kualiti pengangkutan dan infrastruktur awam di pusat bandar dan di sekitar pinggir bandar yang kini didiami oleh sebahagian penduduk yang bekerja di ibu kota. Hasrat kerajaan untuk menambah kapasiti warga kota ke 2.2 juta menjelang 2020 perlu dihentikan selagi mana aspek pengangkutan dan infrastruktur awam yang memainkan peranan penting dalam konteks kepadatan ibu kota tidak ditambah baik.

- Pembangunan yang dilaksanakan perlu bersepadu membabitkan keseimbangan alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Sebarang projek di lokasi yang berisiko mesti dihentikan.

- Satu akta khusus mengenai kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan di bandar besar lain perlu diwujudkan bagi mengelakkan kampung ini hilang ditelan pembangunan dan pemodenan.

- Perkampungan tradisi di Kuala Lumpur perlu diisytiharkan sebagai perkampungan warisan Melayu dan DBKL juga perlu membentuk sebuah jawantankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk merancang pembangunan kampung tradisi bersama wakil penduduk kampung.

- Kerajaan perlu memberi hak milik kekal kepada para penduduk yang mendiami perkampungan tradisi sebagai memastikan kawasan tersebut kekal terpelihara. Tanah rizab Melayu dan tanah yang dimiliki orang Melayu sekitar Kuala Lumpur mestilah dikekalkan kepada orang-orang Melayu.

- Kerajaan perlu merangka suatu agenda untuk membolehkan kampung tradisi dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan mengekalkannya sebagai Kampung Melayu Tradisional. Industri hiliran seperti perusahaan membuat kain batik, membuat keropok, kompang dan lain-lain perlu dimajukan.

- Projek perumahan rakyat (PPR) yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah perlu melaksanakan polisi sewa-beli untuk penduduk tanpa syarat kelayakan yang terlalu ketat dan membebankan. Sebahagian tempoh sewaan perlu diambil sebagai bayaran deposit untuk pembelian manakala bayaran sewaan selebihnya diambil sebagai ansuran.

- PPR yang tidak diselenggara oleh pemaju perlu dikenakan caj kepada mereka. DBKL perlu mengambil alih PPR tanpa penyelenggaraan ini.

- Dicadangkan ditubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut. Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak Kampung Baru sendiri. Penubuhan Tabung Amanah akan mewujudkan kepada 2 jenis saham melibatkan saham tanah dan saham sewa. Ia alternatif terbaik menjadikan kawasan berkenaan kekal milik Melayu sepenuhnya.

- Dicadangkan tanah yang tidak dibangunkan berjumlah 5,757 hektar seperti tanah lombong, belukar dan sebagainya dijadikan taman rekreasi atau pusat kemudahan awam. Selain itu, tanah tersebut boleh dibangunkan sebagai tanah kediaman untuk kawasan setinggan yang masih berbaki di Kuala Lumpur.

- Kawasan kediaman sedia ada tidak perlu ditukar kepada kawasan perdagangan. Kawasan yang ingin dibangunkan perlu difokuskan kepada kawasan yang masih belum dibangunkan. Dengan itu, ia tidak akan menjejaskan penduduk. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masa bila pulak TGHH dan PAS boleh cakap bab Melayu ini. Melayu tak ada dalam Islam . Itu lah yang TGHH gembar gemburkan selama ini. Assobiah katanya.

2. Dah dekat dengan PRU 13 , halal pulak bercakap mengenai bangsa terutama bangsa Melayu. Mimpi kot TGHH ni.

3. Juga kalau di lihat kepada resolusi yang dihadiri oleh TGHH di atas, PG malas nak cakaplah. dari no 1 ke no. seterusnya, baik TGHH lihat diri sendirilah. Lihat aje di negeri Kelantan. Air minuman/ paip, pun macam teh tarik. Menifestoo dulu pun tak laksana satu hapah pun. Dok asyik ceramah ajesiang malam. Modal air liur aje.............Kih kih kih kih kih kih !!!!!!!!

4. Resolusinya seterusnya katanya setiap rancangan nak libatkan penduduk. Betul ke.? Tapi dalam pembinaanlubang kubor Tok Guru di Kota Bharu, pandangan peniaga tak pernah di dengar. yang di dengar hanya pandangan menantunya sahaja.

4. Kemudian resolusi seterusnya akan jaga kualiti hidup penduduk. Hapah pun tak ada di Kelantan tu. Habis segala gunung dan hutan balak di lerah dan digondolkan untuk balak. Air sungai berkeladak.

5. Dan baca sesolusi seterusnya dan kita boleh buat perbandingan apa yang PAS buat di Kelantan. Senang aje cerita nak tak tahu temberang TGHH.

6. Lihat diri sendirilah Tok Guru. Tahi di badan sendiri pun berselepek. Bersihkan dulu kekotoran di badan sendiri. baru lah boleh berhajat nak bersihkan kotoran di badan orang lain.

7. Tak gitu?

Nota : Menifesto lama tak tertunai lagi. Nak berbohong dengan menifesto baru pulak. Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!! Lawak, lawak !!!!!!!!!!! Juga ada baiknya resolusi Kg Baru tu , TGHH hantar satu salinan kepada TGNA untuk dia buat panduan bagi bangunkan dan ubah suai Bazar Tok Guru / Lubang kubor Tok Guru di K Bharu dan pembangunan kawasan lojing. Bagus tu. Apa macam TGHH. Ok Tak ????? Kih kih kih kih kih kih !!!!!!!!!!!

TGHH MIMPI KE NI ?

ELI , JANGAN NAK BERSEKEDUDUKAN DENGAN SYABAS PULAK !!!!





Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam kenyataan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Nak ambil alih SYABAS , cakaplah terus. Jangan dok pusing-pusing kiri kanan. NRW berlaku di seluroh dunia dan kadar 30 % lebih adalah perkara biasa. Bukan kerana apa , tetapi kerana kegiatan curi air yang banyak dilakukan oleh kontraktor dan pemaju juga. Bukan orang lain, kontraktor kesayangan anda juga .

2. Itu je isunya. Bukan nak cakap NRW , tetapi nak cari alasan untuk ambil alih SYABAS. Eli bogel ini bercakap bagi pihak MB yang amat berminat sangat dengan SYABAS sejak mula ambil alih jawatan MB lagi. SYABAS untung besar dan adalah lombong emas. Jadi itu yang si MB meleleh air liurnya sebab dengan ambil alih SYABAS, beliau dapat le bayar hutang peribadinya pada Tabung Haji yang berjumlah RM 900 juta tu.......

3. Ramai dari pemimpin kerajaan Selangor juga , yang meleleh liurnya melihat SYABAS.

4. Benarkah dengan kerajaan negeri ambil alih SYABAS , NRW dapat dihapuskan sehingga ke paras 10 %? Cakap bolehlah. Tapi tunjukkanlah pelannya. Cakap semua boleh cakap. Mana buktinya dan perancangan jangka panjangnya.

5. PG pun boleh cakap , kalau PG memiliki SYABAS, PG boleh hapuskan terus NRW................ Cakap dengan air liur boleh le !!!!!!!!!!!!! Bila kering tak tinggal bekas pun !!!!!!!!! Takkan nak bersekedudukan dengan SYABAS pulak................ Cukuplah bersekedudukan dengan......... dulu...... Jangan buat lagi............Eli.Meluat dengan pandangan anda ..............

6. Tak gitu ?

Friday 28 October 2011

NAK APA LAGI NI !!!!

Malaysiakini

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini membuat laporan polis untuk mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas individu yang dibabitkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) ke atas kematian pembantu politik itu.

Peguam, Gobind Singh Deo (kanan) berkata, keluarga Teoh mengambil langkah berkenaan susulan daripada kenyataan menteri undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen, Isnin lalu.

Nazri dalam ucapannya di Dewan Rakyat berkata tiada siasatan jenayah dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat ke atas tiga orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibabitkan dalam siasatan RCI itu. Berita lanjut : KLIK.....

Penghuni Gua
: Nak apa lagi ni. Suruhanjaya dah buat keputusan , TBH bunuh diri. Dulu desak sangat agar kerajaan tubuh suruhajaya DiRaja. Dah tubuh dan pendengaran dibuat, dok bising lagi.

2. Buat mahkamah dan suruhajaya sendirilah. Dan minta Gobind ke atau Lelaki Y ke yang jadi pengerusi Suruhajaya. Buat keputusan sendiri.

3. Semua orang tak betul. Mereka ajelah yang betul. Lihat diri sendiri lah. Siasat DAP juga yang menjadi penyebab TBH menjadi tertekan dan kemudian bunuh diri. Jangan dok nak salahkan orang aje. Lihat dan kaji diri sendirilah !!!!!

DAH MATA PENGUATKUASA BUTA ...........................







GEORGE TOWN: Polis negeri akan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan bangunan sekitar Dewan Undangan Negeri pada Isnin depan untuk memastikan tidak ada pihak yang mengambil undang-undang di atas tangan sendiri dengan merantai kenderaan yang diletakkan sewenang-wenangnya di kawasan berkenaan.

Ini berikutan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia, Liew Yeow Hooi dengan merantai sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri yang diletakkan di kawasan yang tidak ditempatkan untuk kenderaan di hadapan Dewan Undangan Negeri Isnin lalu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Bagus juga tindakan Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia ini. Bukan apa. dah pihak berkuasa tempatan buta mata dan hati, membiarkan perkara itu berlaku. Buat tak nampak aje bila kereta yang dok parking merata-rata terutama kereta kerajaan.

2. Jadi bagus juga tindakan itu walaupun ia tidak dibenarkan oleh undang-undang. Sekurang-kurangnya , piak berkuasa buka mata dan telinga. Mereka dibayar gaji untuk laksanakan tugas. Tapi buat buta aje........................Makan kedarah duit haram aje. Kedarah duit haram ini bukan makan rasuah aje tapi diberi tugas tapi tak laksanakan juga adalah sama dengan makan kedarah duit haram.

3. Tahniah kepada Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia. Sekurang-kurang nya mereka dah buka mata dan telinga...................

Thursday 27 October 2011

MENGAPA MELENTING?????










Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang adalah seorang tenang, bersikap sederhana dan yang paling penting, bebas dari sebarang pengaruh politik.

Laporan tahunan beliau adalah “senjata” yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN di atas isu-isu ketirisan dan pembaziran di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Namun tidak ada pihak di dalam BN yang mempertikaikan kewibawaan beliau, mahupun kecenderungan politiknya.

Walau pedas mana pun teguran dan pendedahan dibuat, laporan Ketua Audit Negara saban tahun diterima dengan baik dan tanpa masalah oleh Putrajaya.

Justeru, amat mengejut dan mendukacitakan apabila Ambrin menjadi sasaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa lalu, semata-mata kerana laporan terbaru Jabatan Audit Negara mendedahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menanggung kerugian RM122 juta ringgit tahun 2009.

Rumusan Ambrin bahawa kerugian antara lain disebabkan KDEB terpaksa menanggung kos program air percuma 20 meter padu untuk rakyat Selangor mengundang kritikan terbuka Khalid terhadap Ketua Audit Negara itu.

“Kerajaan (negeri) faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain,” Khalid dipetik berkata dalam satu kenyataan.

Tuduhan Khalid bahawa Ambrin “janggal” dengan dasar-dasar kerajaan pimpinan beliau, bukan sahaja tidak professional, malah tidak mencerminkan kebertanggungjawaban seorang pemimpin negeri.

Ungkapan janggal itu membawa maksud sama ada Ambrin tidak arif dalam memperinci penyata kewangan KDEB atau pun beliau tidak memahami pengurusan kewangan syarikat itu.

Lebih buruk jika Khalid cuba memberi gambaran kononya Ambrin tidak menggunakan standard operation prosedur (SOP) dalam menjalankan tugas beliau.

KDEB adalah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Khalid selaku Menteri Besar. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Mengapa melenting? Kerajaan Pusat tak melenting pun bila lapuran Audit menjumpai berbagai kelemahan dalam pengurusan kewangan.

2. Tak ada pun kerajaan Pusat atau kerajaan negri bawah BN yang melenting dan mengecam Ambrin.

3. Itulah wajah sebenar kerajaan PR ini. Tak boleh terima teguran orang. Dia betul semuanya. Apalah...................

4. Apa komen Punaisihat pulak. Mungkin Punaisihat ekonomi kerajaan Selangor akan kata dan mengecam Ambrin berkonspirasi untuk jatuhkan kerajaan Selangor. Mungkin punaisihat cakap Ambrin adalah agen kerajaan pusat.

5. Kalau ikut cara MB Selangor cakap tu, mungkin begitulah akhirnya ................

6. Tak gitu ?

MALAYAN LAW JOURNAL : POTONG BEKALAN LETRIK / TNB BUKAN MAHKAMAH !!!!!



[1996] 4 MLJ 506
Dai-Ichi Electronics (M) Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 22–198–95

Judges VINCENT NG J

Date 15 FEBRUARY 1996

Citation [1996] 4 MLJ 506

Catchwords:


Civil Procedure — Injunction — Interlocutory injunction to restrain TNB from cutting off power supply and to restrain TNB from enforcing bank guarantee — Whether there were serious questions to be tried — Whether the balance of convenience lay in favour of the plaintiff — Whether the court can impose any extraneous conditions when granting an interlocutory injunction

Public Utilities — Electricity — Disconnection of electricity supply — Whether TNB has power to disconnect power upon giving 24 hours’ notice — Whether the power to disconnect supply should be dependent on court proceedings — Electricity Supply Act 1990 ss 37(1), (3), 38(1) & (5)
Words and Phrases — ‘In his opinion’ — Electricity Supply Act 1990 s 38(1)
Words and Phrases — ‘Proves that an offence has been committed’ — Electricity Supply Act 1990 s 38(1)

Bahasa Malaysia Summary:


Setelah mendapati bahawa wayar biru untuk bekalan kuasa dan penutup papan litar di kilang plaintif telah diusik, defendan (‘TNB’) pun mengisu dan menyampaikan kepada plaintif satu bil khas bertarikh 15 Mac 1995 untuk jumlah RM247,943.27 dan satu bil rampai bertarikh 16 Mac 1995 untuk jumlah RM2,000 (‘dua bil itu’). TNB juga mengugut untuk memotong bekalan elektrik ke kilang plaintif. Ini mendesak plaintif membuat pembayaran sebanyak 10% ke atas dua bil itu dan mengaturkan satu gerenti bank sebanyak RM223,148.94 untuk menjamin jumlah baki dalam dua bil itu.

Plaintif kemudiannya memfailkan satu guaman terhadap TNB. Sementara menantikan perbicaraan guaman itu, plaintif telah memperolehi dua injunksi sementara secara ex parte. Perkara di depan mahkamah sekarang adalah satu permohonan inter partes oleh plaintif yang memohon untuk injunksi interlokutori: (a) supaya TNB disekat daripada memberhentikan bekalan elektrik ke kilang plaintif; dan (b) supaya TNB disekat daripada menuntut bayaran ansuran ke atas dua bil itu atau menguatkuasakan gerenti bank yang diisu oleh plaintif kepada defendan pada 20 Mac 1995. Peguam untuk plaintif berhujah bahawa terdapat pertikaian fakta yang serius di dalam kes ini. Walau bagaimanapun, TNB menegaskan bahawa mereka berhak mengisu dua bil itu dan memberhentikan bekalan tenaga elektrik ke kilang plaintif di bawah s 38(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 (‘Akta itu’).

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:


(1) Walaupun s 38(1) Akta itu ex facie kelihatan membenarkan TNB memotong bekalan elektrik setelah memberi notis 24 jam, ianya diragui sama ada badan perundangan berniat memberikan kepada ‘mana-mana orang yang digaji oleh’ TNB kuasa yang begitu mendadak dan muktamad. Seksyen 38(1) sepatutnya dibaca bersama dengan s 38(3) dan frasa ‘yang dalam pandapatnya’ tidak boleh ditafsirkan berasingan daripada perkataan lain dalam s 38 dan lain-lain peruntukan dalam Akta itu.

Perkataan ‘membuktikan bahawa kesalahan telah dilakukan di bawah s 37(1), (3) dan (14)’ yang mengikuti perkataan ‘dalam pendapatnya’ dalam s 38(1), bila dibaca dengan s 38(3), akan menunjukkan bahawa pemberhentian yang diikuti oleh penyambungan semula bekalan elektrik adalah langkah-langkah yang dipersetujui boleh dijalankan oleh TNB hanya selepas pengguna itu dibuktikan dengan keterangan dalam mahkamah undang-undang telah melakukan kesalahan di bawah s 37(1), (3) atau (14). Perkataan ‘menbuktikan’ di dalam s 38(1) membayangkan pembuktian di depan mahkamah undang-undang dan bukannya di depan seorang pekerja TNB. Oleh itu kuasa yang dibayangkan di dalam s 38(1) sepatutnya bergantung, sebagai asas tunggalnya, kepada keputusan prosiding mahkamah di bawah ss 37 dan 38(5) Akta itu (lihat ms 511H–I, 512A–B).


(2) Perlu diambil ingat bahawa badan perundangan telah meletakkan perlindungan yang secukupnya untuk TNB dalam bentuk remedi sivil dan jenayah di bawah ss 37 and 38(5) of the Act (lihat ms 512D–F, I).


(3) Hakikat bahawa TNB akhirnya bersetuju kepada pemberian injunksi interlokutori untuk menyekat dirinya daripada memberhentikan bekalan elektrik ke kilang plaintif dengan jelasnya menunjukkan bahawa terdapat persoalan serius yang perlu dibicarakan dan bahawa imbangan kesenangan berada pada pihak plaintif (lihat ms 513E).

(4) Apabila memberikan satu injunksi interlokutori, baik mahkamah mahupun pihak-pihak yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang lain selain daripada syarat-syarat tentang ganti rugi; melainkan kedua-dua pihak bersetuju kepada syarat-syarat yang lain itu. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana plaintif bermastautin di luar bidang kuasa mahkamah dan ia ditunjukkan bahawa plaintif tidak mempunyai aset dalam bidang kuasa mahkamah maka mahkamah boleh membuat perintah untuk menguatkan lagi sesuatu akujanji. Dalam kes ini, oleh kerana tidak dihujah bahawa plaintif tidak mempunyai aset dalam bidang kuasa mahkamah, gerenti bank sebanyak RM223,148.94 tidak patut dikekalkan (lihat ms 513F–I)


(5) Defendan dengan itu harus disekat daripada memutuskan bekalan elektrik ke kilang plaintif dan daripada menuntut bayaran ansuran atas dua bil itu (lihat ms 514C).

Obiter

Biarpun s 38(1) Akta itu patut ditafsirkan berasingan, sementara menantikan bukti perlakuan satu kesalahan di bawah s 37 di dalam satu mahkamah jenayah atau sivil, satu injunksi interlokutori terhadap pemberhentian bekalan kuasa patut diberikan supaya tidak menghalang atau menyebabkan satu pengunduran pelabur besar daripada negara ini (lihat ms 512B–C).]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua ;pembaca dan pelajar. MLJ adalahg dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Wednesday 26 October 2011

HAPPY DEEPAVALI !!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 25 October 2011

MB TERENGGANU INI ADA OTAK KE ???









KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata dengan pemberian subsidi hampir RM750,000 itu, penyokong bola sepak pasukan Terengganu hanya perlu membayar RM25 sekeping tiket berbanding harga jualan yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam iaitu RM50.

"Ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sokongan padu yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Terengganu selama ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: MB Terengganu ini ada otak ke tidak? Atau dengan kata lain berotak atau tidak. Kalau berotak, tidak sewenangnya guna dan belanja duit rakyat untuk subsidi hanya untuk menonton perlawanan akhir bolasepak pasukan Terengganu aje.

2. Kemudian bila menang pulak , dengan senang hati berikan cuti umum. Hanya kerana bola, masa yang begitu berharga untuk membangunkan negeri , begitu senang dibazirkan hanya untuk bola . Habis semua dibazirkan. Letih, letih dibuatnya..................

3. Gunalah duit tu untuk pembangunan bola sepak seperti latihan, makanan tambahan dan sebagainya. Bukan subsidi tiket. Nampak sangat bodohnya pemikiran pemimpin ini. Kalau duit minyak banyak pun, tak perlu subsidi tiket tu. Siapa nak pergi tengok, keluarkan duit sendiri.

4. Letih, letih dapat MB sebegini....................................Patut pun dulu , pernah Terengganu terlingkup dan dilingkupkan oleh PAS.

MELALAK APANYA ????









KUALA LUMPUR, 25 Okt: “Artis yang cukup rosak seperti (Elton John) ini mahu dibawa ke negara Malaysia?” tanya Nik Nasri Nik Malek.

Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu itu menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar harian bahawa Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini di Genting Highlands.

Elton John ‘berkahwin’ dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Semunya lidah biawak. Masa konsert kumpulan rock di I City di Selangor puak ini tak berbunyi langsung.

2. Bila yang ini , dok melolong pulak. Mengapa ye ? Ikut Islam PAS ke. Orang lain buat haram , mereka buat halal.

3. Contoh Islam PAS. Negara kebajikan kot?

Monday 24 October 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : APPEAL AGAINST CANCELLATION OF ORDER FOR A RIGHT OF WAY !!!!



[1995] 3 MLJ 631
Tong Tiong Lim v Pentadbir Tanah Daerah, Johor Bahru & Anor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
J–01–24 OF 1994

Judges ABU MANSOR JCA
ABDUL MALEK J
MOHD NOOR J

Date 20 SEPTEMBER 1995

Citation [1995] 3 MLJ 631


Catchwords:


Civil Procedure — Appeal — Leave to appeal — Appeal to Court of Appeal — Appeal against cancellation of order for a right of way — Appellant had agreed to pay the landowner compensation — Whether leave to appeal necessary — Whether court should exercise discretion to grant leave during the appeal — Courts of Judicature Act 1964 s 68

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu merayu terhadap perintah yang dibuat oleh pentadbir membatalkan perintah terlebih awal yang memberikan hak lalu-lalang. Walau bagaimanapun, pada permulaan pembicaraan rayuan, pihak penentang membangkitkan bantahan permulaan bahawa oleh kerana perayu tidak mendapatkan kebenaran, rayuan ini tidak boleh diteruskan. Maka, isu tunggal dalam rayuan ini adalah sama ada kebenaran diperlukan kerana adalah diakui oleh pihak-pihak pembicaraan bahawa perayu belum mendapatkan kebenaran untuk merayu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:


Peruntukan yang relevan untuk menentukan sama ada kebenaran untuk membuat rayuan diperlukan ialah s 68 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Dalam kes ini, kebenaran sememangnya diperlukan sebelum perayu boleh meneruskan rayuan kerana perintah yang dibuat adalah perintah untuk hak lalu-lalang dan perayu telah terlebih awal bersetuju untuk membayar kepada penentang kedua RM9,000 sebagai pampasan yang merupakan nilai hak lalu-lalang itu. Mahkamah tidak akan memberikan kebenaran pada masa itu juga dalam menggunakan budi bicaranya kerana adalah jelas dari rekod pentadbir bahawa pentadbir telah membatalkan hak lalu-lalang yang diberikan itu kerana perayu mempunyai laluan yang lain kepada tanahnya dan hak lalu-lalang itu bukanlah satu-satunya yang boleh digunakan oleh perayu.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh di akses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Saturday 22 October 2011

UIAM ATAU UNISEL YANG LEBIH ZALIM !!!!!

MStar

sabtu Oktober 22, 2011

Jika Hendak Sokong Janganlah Bersikap Double Standard

KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN


PETALING JAYA: Nampaknya isu berkaitan tindakan penggantungan tugas buat sementara waktu oleh pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ke atas pensyarah undang-undang mereka, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah mengundang reaksi yang merentasi pelbagai spektrum dan lapisan organisasi.

Dari persatuan kakitangan akademik universiti lain, rakan-rakan pensyarah seperti Dr Asri Zainul Abidin sehinggalah kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik tidak terlepas daripada turut mengambil bahagian melontarkan kritikan dan pandangan mereka ke atas tindakan penggantungan Dr Aziz Bari itu.

Malah Dr Asri mengatakan tindakan UIAM itu sebagai sesuatu yang tidak bertamadun dan memalukan dunia akademik.

Malah kalangan pelajar UIA sendiri telah mengadakan tunjuk perasaan di luar pekarangan masjid universiti sejuru selepas solat Jumaat dengan menyatakan tidak setuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas cikgu mereka itu.

Dari kalangan pemimpin-pemimpin parti politik pula, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Md Akin dan ramai lagi turut mengecam tindakan yang diambil oleh UIAM ke atas Dr Aziz Bari.

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin tidak duduk diam. Beliau dengan segera pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

"Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin," kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apatempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

"Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskanbahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umumhendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepasitu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Jadi kesimpulannya ialah, sementara pihak- pihak tertentu apatah lagi golongan akademik menegaskan bahawa ahli akademik atas sifat semulajadi kerjaya mereka harus dan wajar diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan UIAM berpendapat apa juga tindak-tanduk kakitangan mereka sama ada dari segi pendapat dan juga perbuatan sementara dibenarkan berbuat demikian pada masa yang sama adalah juga tertakluk kepada peraturan dan aspirasi universiti.

Pandangan ini juga sebenarnya tidak salah. Dalam mana-mana pertubuhan pun sama ada politik , bukan politik, kebajikan mahupun kesukarelawan, tetap ada peraturan dan undang-undang lebih-lebih lagi jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dilihat bercanggah dengan kepentingan badan itu sendiri.

Dan inilah yang berlaku kepada Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Ogos tahun ini apabila naib canselornya ditamatkan perkhidmatan (tanpa dinyatakan sebab) dan seorang lagi meletakkan jawatan, khabarnya akibat tekanan politik.

Walaupun pemecatan dan peletakan jawatan mereka tidak jelas dan samar-samar tetapi tindak tanduk mereka dilihat oleh pihak pentadbiran dan pemilik sebagai tidak selari dengan aspirasi universiti itu.

Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd iaitu pemilik dan pentadbir Unisel tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

Yang menghairankan, dalam kedua-dua kes melibatkan bekas naib canselor Unisel itu dan juga tiga kakitangan Unisel yang diarahkan dipecat tanpa melalui proses tunjuk sebab atau perbicaraan dalaman, tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tidak ada suara-suara yang mengatakan telah berlaku atau wujud campur tangan politik atau kerajaan negeri dalam urusan akademik di Unisel itu.

Naib-naib canselor dan kakitangan Unisel seolah-olah seperti keseorangan di dalam menghadapi tindakan daripada pihak atasan. Apakah ini kerana yang mengambil tindakan atau yang memberi arahan supaya tindakan diambil adalah menteri besar dari sebuah kerajaan yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS?

Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Tidak salah dan tidak apa jika hendak memihak kerana ia adalah hak demokrasi sesiapa sahaja tetapi jika hendak bermain di gelanggang yang adil sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong Dr Aziz Bari maka eloklah juga sokongan yang sama turut diberikan kepada bekas-bekas naib canselor dan pensyarah Unisel yang ditamatkan perkhidmatan, diberi tekanan supaya melepaskan jawatan dan diarahkan supaya dipecat tanpa melalui proses sepertimana yang sedang dilalui oleh Aziz Bari sekarang.

Jika ini dapat dilakukan barulah adil namanya. Sekurang-kurangnya dalam kes Dr Aziz Bari, beliau diberi peluang untuk menjawab surat tunjuk sebab dan bukannya terus dipecat, ditamatkan perkhidmatan atau dilucutkan jawatan sepertimana yang terjadi di Unisel.

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.

Mana-mana pekerja pun tidak kira apa taraf kedudukkannya tidak terlepas daripada tertakluk kepada peraturan dan prosedur operasi standard. Jika rasa tidak mahu terikat dengan apa-apa peraturan dan prosedur, adalah wajar dan lebih baik tidak bernaung di bawah mana-mana panji mahupun organisasi.

Jadilah seperti Sasterawan Negara, A. Samad Said - bebas ke mana-mana, bebas menyatakan pandangan dan pendapat dan bebas naik ke pentas apa juga yang dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa dan hati nuraninya kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana majikan dalam dunia ini.

Penghuni Gua : Siapa yang lebih zalim dan menyekat kebebasan akedemik di universiti. PG tujukan kepada puak pensyarah , puaka mahasiswa dan puak-puak pakatan haram yang dok gempar sana sini mengecam UIAM kononya kebebasan akedemik dah mati di UIAM.

2. Mana lebih zalim ? UIAM atau Unisel yang zalim dan menyekat kebebasan universiti serta pensyarahnya? Mengapa puak yang dok demo dan heboh sana sini untuk kipas kentut Aziz Bari tak berbunyi langsung ketika Unisel menamatkan kontrak 3 pensyarah sehingga Naib Ce]ancelor pun letak jawatan. Siapa yang lacurkan kebebasan akedemik? UIAM, kerajaan? Atau Unisel atau puak pakatan haram ini.

2. Mengapa mereka semuanya diam bila pensyarah dizalimi dan pentadbiran universiti di campuri oleh si Khalid gagap tu?

3. Kata dulang paku serpih. Mengata kat orang mereka lagi lebih. Lihat diri sendirilah..............

4. Dan mengapa Si Saifuffin Tim Menteri tu tak biding dan mengecam pun si Khalid Gagap dan lelaki Y dalam hal ini. Dan mengapa siswa puaka ini tak pertahankan pensyarah unisel serta tak berdemo mengecam Khalid dan PKR? Sebabnya................. semua mereka ini hanya pendokong demokrasi dan kebebasan akedemik tahi minyak aje!!!! Begitu juga Dr Asri !!! Mengapa tak bising dan kecam si Khalid gagap dan lelaki Y tu ? Lida bercabang semuanya. Cakap aje pandai. Perbuatannya hampeh !!!!!!!!!!!!!

5. Tak gitu ?

TIM MENTERI INI BUAT HAL LAGI !!!!!!!





.......................................Timbalan menteri padang berat...

................................Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menyuarakan rasa "terganggu dan sedih mendengar kes tersebut".

"Saya tidak semestiny setuju dengan semua pendapat Aziz Bari.
Kalau benar dia bersalah, wajar dihukum.

"Kini ia masih dalam siasatan. Justeru, tindakan UIA menggantungnya saya dapati menimbulkan persoalan," tulisnya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Saifuddin (kanan) menambah, beliau telah meminta laporan bertulis daripada pihak universiti berhubung perkara itu.

Katanya, beliau juga mendapat maklumat bahawa mahasiswa merancang berdemonstrasi membela Aziz Bari, sambil menambah: "Itu hak mereka.".Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: timbalan Menteri ini nak buat hal lagi. Cakap pun beralas aje. Kata ajelah anda mentang pengantungan Aziz Bari ini dan juga tak bersetuju dengannya.

2. tapi ingat !!!!! Kamu Tim Menteri ... jangan dok ganggu siasatan oleh pihak Universiti. kamu juga yang dok sibuk agar universiti bebas. jadi jangan dok sibuk nak gaggu siasatan oleh UIAM ini. Jangan anda cuba campurtangan untuk membebaskan Aziz Bari ini.

3. jangan asyik baling batu sembunyi tangan. Kepada PM, baik tengok sikit dan nilai semula jawatan Tim Menteri ini. PG berpendapat, beliau adalah liabiliti kepada kerajaan. Beliau selalu dan kerap kali bertindak tidak selari dengan dasar kerajaan ( senang cakapnya, suaranya adalah suara bagi pihak brother lelaki Y ). Beliau kerap kali lebih besar dari bosnya Khalid Menetri Pengajian Tinggi.

4. Dalam PRU 13 nanti, " delete " aje namanya dari dicalunkan di mana-mana DUN atau MP. Buat semak aje.

5. sakit hati kami di luar ini bila baca kenyataanya di atas. " Terganggu dan sedih " apanya. Ada udang disebalik batu ke" . Cakap pun macam ular.............Bila kena cubit , beliau akan korner baring. Tak ada pendirian langsung. Cuba kita lihat apa komennya mengenai perhimpunan aharam BERSHIT dulu. Menyampah............ Cakap berbelit-belit. Bukan apa, senang dia nak u turn jika di bantai oleh Pak Menteri lain..

6. Tak gitu ?

SISWA PUAKA BERDEMO LAGI !!!!

Penghuni Gua : kerja lain tak ada. Hanya nak berdemo sahaja. Mereka ini hanya tahu berdemo. Itu pun tak tahu apa tujuan mereka berdemo. Hanya pengikut buta sahaja. Mereka ini hanya kuda tunggangan piohak-pihak tertentu. 700 orang aje. Mahasiswa UIA berjumlah 9 ribu orang.

2. yang lain sibuk belajar untuk mendapat ilmu sebanyak mungkin. Mana ada di dalam puaka ini yang terdiri dari pelajar perubatan, Sains atau kimia atau pun kejuruteraan? Tak ada. yang ada hanyalah mereka yang pemalas belajar yang hanya memperolehi kelulusan bawah daripada 3.0.

3. Tapi inilah puaka yang bercakap lebih dan gila nak jadi pemimpin. Nampak memang pandai bila bercakap. tapi kalau diperhati baik-baik, mereka ini hanya lah pandai bercakap atau oprang kampung panggil hanya loyar burok aje.

4. Komplen dan kritik yang orang buat pandai. Tetapi beri cadangan yang komprehensih tak ada. Hanya cakap bab konsep aje.

5. Ini kalau kaji-kaji, mungkin juga Timbalan Menteri si Saifuddin tu amat gemar dan setuju dengan siswa puaka ini. Maklumlah politk " baru " katakan. Mereka ini hanya baling batu kemudian lari. Minta komen Saifuddin MP Temerloh sikit? Apa komen beliau agaknya.

6. Sudahlah. Cakap aje pandai. Tapi belajar . prestasi setakat cukup makan aje. Perabih duiit mak bapak sahaja. Juga perabih duyit pembayar cukai aje !!!!!!!!!!!

Friday 21 October 2011

ALFATIHAH UNTUK GADDAFI !!!!

Penghuni Gua : Alfatihah untuk Gaddafi. Semuga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

2. Libya kini akan terus dicucuk hidungnya oleh barat. Barat menari kegembiraan kerana berjaya memperbodohkan bangsa Arab / Islam ................. Semuanya kerana beberapa pemimpin Arab Libya yang rela menjadi keldai Barat. Yang lagi gembira ialah penjenayah dunia iaitu Israel.

Thursday 20 October 2011

SUDAH-SUDAHLAH !!! BIARKAN SARBINI AMAN !!!!!








KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan kadar segera bagi menyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Sepupu Ahmad Sarbaini, Makhtar Mansor, 53, mewakili keluarga Allahyarham berkata permintaan itu dibuat kerana pihak keluarga tidak dapat menerima keputusan daripada Mahkamah Koroner pada 29 Sept lepas yang memutuskan kematian Allahyarham disebabkan nahas. Beliau berkata pihak keluarga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menuntut penubuhan suruhanjaya itu, hari ini. "Keluarga arwah langsung tidak dapat menerima keputusan itu. Kami percaya terdapat 'foul play' dalam kes kematian arwah dan kami mahu suruhanjaya ini menyiasat semula kes ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa lagi ni. Pakar forensik dan patologi dan mahkamah dah buat enkuiri dan telah buat keputusan. Bukan dibunuh tetapi terjatuh ( bunuh diri ? ).

2. Terima ajelah. Lihat diri sendiri dan lihat secara keseluruhan. Apa nak tubuh suruhanjaya lagi. Buat perabih duit rakyat aje. Semua pakar dah sahkan kes ini bukan bunuh diri. Sudahlah. terima lah kenyataan.

3. Riuh rendah sana sini, roh si mati pun tak aman di akhirat. Biarlah Allahyarham berada dengan aman. Kita sama-sama doakan semuga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.


4. Cukup-cukuplah................................

BUKAN TAK BOLEH KRITIK, TAPI IKUT SALURANLAH !!!!!!!!!!!!







Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bye bye. Ada pun tak membantu dalam pemvbangunan negara. Asyik komplen aje tapi cadangannya tak ada. Cakap yang tak boleh aje. Cuba beri cadangan yang boleh selesaikan masalah. Orang lain Profesor undang-undang juga. Bersepah lagi yang pakar dalam perlembagaan di malaysia ini. tapi tak bising pun. Cadangan dan krtikan dibuat ikut saluran. Dah kita ini dalam kerajaan, buatlah ikut saluran.

2. Bukan dia tak tahu pun yang saluran untuk kemukan idea terbuka luas. tapi sengaja cari pasal dan beragenda..........................Itu aje isunya.....

3. Tak gitu ?

YANG HARAM BOLEH, YANG HALAL TAK BOLEH !!!!!!!!!!!!!!


Penghuni Gua
: Hairan bin ajaib. Perhimpunan haram yang dianjurkan amiga boleh. Perhimpunan yang halal untuk pertahankan Islam dalam isu murtad tak nak sertai. Itulah PAS. Lidahnya senitiasa bercabang. Sebab itu PG selalu katakan : PAS ini hanya parti politik yang tujuannnya hanya untuk menang dalam PRU aje. Tak lebih dan tak kurang. Bukan bertujuan untuk Islam pun. .......................

2. Tak gitu ?

Wednesday 19 October 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : LOCAL ENQUIRY / HAK DIWAKILI PEGUAM !!!!



[1994] 2 MLJ 241
Teng Chang Khim v Suruhanjaya Pilihanraya, Malaysia
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ORIGINATING SUMMONS
NO R2–24–90–93

Judges WAN ADNAN J

Date 16 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 241



Catchwords:


Constitutional Law — Review of constituencies by Election Commission — Local enquiry held under Sch 13 of the Federal Constitution — Whether opposers had right to be representated by counsel — Federal Constitution Sch 13 s 6 — Commissions of Enquiry Act 1950 s 18

Constitutional Law — Review of constituencies by Election Commission — Local enquiry held under Sch 13 of the Federal Constitution — Discretion of Election Commission to allow opposers to be legally represented — Refusal to allow legal representation — Whether opposers denied the right to be heard — Federal Constitution Sch 13

Bahasa Malaysia Summary:


Defendan, Suruhanjaya Pilihanraya, telah mencadangkan beberapa perkara berkenaan dengan Bahagian Pilihanraya Parlimen Seputeh di bawah perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan itu’) dan dikehendaki mengadakan suatu siasatan tempatan di bawah ss 4 dan 5 Jadual 13 Perlembagaan itu (‘Jadual itu’). Plaintif dan pengundi berdaftar yang lain, Bahagian Pilihanraya Seputeh telah menandatangani suatu memorandum untuk membuat bantahan terhadap cadangan itu.


Memorandum itu telah diserahkan kepada defendan yang telah meminta mereka menghadiri suatu siasatan tempatan. Plaintif telah menghadiri siasatan itu pada masa dan tempat yang ditetapkan dengan peguambelanya dan telah memohon secara rasmi kepada defendan supaya dapat diwakili oleh peguambela tetapi permohonannya telah ditolak. Peguambela pihak plaintif menegaskan bahawa plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang supaya diwakili oleh peguambelanya di siasatan itu, bergantung kepada s 6 Jadual itu dan s 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (‘Akta itu’). Plaintif telah memohon suatu deklarasi sedemikian dan suatu deklarasi lanjutan bahawa penafian hak plaintif untuk diwakili menjadikan prosiding itu tidak sah dan terbatal, tidak berperlembagaan dan tidak berkesan dan oleh itu menjadikan cadangan untuk kajian semula itu tidak sah.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:


(1) Seksyen 18 Akta itu menyatakan hak seseorang di bawah Akta itu untuk diwakili di siasatan itu dan tidak terpakai di sini. Seksyen 6 Jadual itu merujuk kepada kuasa-kuasa pesuruhjaya di bawah Akta itu, yang kebanyakannya terkandung di dalam s 8 Akta itu, dan bukan kepada hak orang yang terbabit atau berkenaan dengan perkara yang disiasat di bawah Akta itu. Oleh itu, plaintif tidak boleh bergantung kepada s 6 untuk menuntut bahawa beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk diwakili oleh peguambela di suatu siasatan yang diadakan di bawah s 5 Jadual itu. Oleh kerana tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan, terutamanya Jadual itu, yang memberikan plaintif hak untuk diwakili oleh peguambela di siasatan itu, beliau tidak mempunyai hak untuk diwakili secara guaman.


(2) Terpulanglah kepada budi bicara defendan sama ada membenarkan plaintif diwakili oleh peguambela atau tidak di siasatan itu. Walaupun plaintif tidak mengatakan terdapat penggunaan budi bicara secara tidak wajar tetapi menegaskan bahawa defendan tidak mempunyai budi bicara sama sekali di dalam perkara itu, mahkamah berpendapat bahawa defendan telah menggunakan budi bicaranya dengan wajar. Lebih-lebih lagi, plaintif tidak dinafikan peluang yang munasabah untuk didengar semata-matanya kerana permohonannya untuk diwakili oleh seorang peguambela dan peguamcara telah ditolak.


Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

FLIP FLOP PAS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Keputusan politik’ ini memang dijangka.Mesyuarat Biro Politik PAS Selasa malam buat keputusan parti itu tidak akan sertai Himpunan Sejuta Umat anti-murtad di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam satu kenyataan memberi alasan keputusan itu dibuat kerana ia dimaklumkan bahawa majlis ini (yang dianjurkan oleh NGO ) tidak melibatkan parti-parti politik.

“Maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,”katanya.

Sebaliknya sebelum ini Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya dipetik sebagai berkata, Himpunan Sejuta Umat merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik namun kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.

Juga Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan pada sebelah pagi mengeluarkan satu kenyataan memberitahu pergerakan itu akan turut serta dalam himpunan berkenaan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Flip flop PAS. Semuanya kerana politik. Kemudian TGHH mengeluarkan kenyataanya melalui Mustafa Ali , dengan sombongnya keluarkan kenyataan di bawah :

" Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai". KLIK

2. Cakap bolehlah. Cakap bukan main kononnya pengukuhan akidah wajib menerusi dakwah dan damai tetapi amalannya????????????? Bangun aje tidor baik PAS, Pemimpinnya atau pengikutnya hanya memaki hamun orang, mengkafirkan sesama Islam dan memfitnah orang. Tak usah jauh pun. Lihat aje Akhbar Harakah....................99 % semuanya fitnah dan sampah. Yang 1 % aje betul pun hanya iklan ubat kuat.


3. Tak gitu ?

Tuesday 18 October 2011

MENGAWAL PERLUASAN AGAMA BUKAN ISLAM : PROF MADYA SHAMRAHAYU !!!!!









Undang-undang murtad sedia ada perlu lebih jelas, ada penambahbaikan

SAYA teruja mengenai cadangan mewujudkan undang-undang khusus bagi menangani murtad. Saya juga teruja dengan langkah persatuan Islam di negara ini yang akan menganjurkan perhimpunan sejuta umat Sabtu ini. Kedua-dua ini menunjukkan sensitiviti sebahagian besar masyarakat Malaysia berkaitan isu murtad. Walaupun begitu, pada masa sama, saya pasti masih ada antara umat yang tidak mengambil tahu, memandang ringan atau tidak mahu mengambil tahu atau jika sudah tahu pun, sengaja buat-buat tidak tahu kerana mahu berbaik sangka dengan mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Murtad di Malaysia bukan perkara baru, bahkan sudah banyak kertas kerja dan bahan bacaan berkaitan yang disebarkan. Bukanlah maksud untuk bermegah, tetapi di kulliyyah (fakulti) saya, tidak kurang empat program ilmiah yang agak besar sudah dianjurkan.

Selain itu pelbagai program berkaitan sudah dianjurkan oleh pihak universiti, agensi kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pendek kata, semua pihak sudah banyak melakukan kegiatan ilmiah berkaitan perkara ini.

Di samping aktiviti akademik, ada juga undang-undang yang menjenayahkan perbuatan murtad dan juga perbuatan cuba memurtadkan orang Islam. Kesalahan ini diwujudkan sama ada di dalam undang-undang jenayah syariah dan juga undang-undang khas berkaitan kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Sekiranya diperhatikan pengisian undang-undang ini secara akademik, ia agak memadai untuk kita uruskan hal berkaitan murtad secara perundangan. Namun, lahir juga masalah di dalam amalannya atau penguatkuasaannya.
Seperti yang kita semua maklum, sesuatu pertuduhan di mahkamah memerlukan bukti kukuh. Oleh itu, proses pelaksanaan yang cekap dan menyeluruh harus dilakukan. Kesalahan murtad dan kesalahan pengembangan agama ini bukan seperti kesalahan trafik yang boleh kita buktikan dengan cara yang agak mudah.

Selepas mendengar cadangan untuk digubal undang-undang berkaitan murtad, iaitu Akta Murtad, apa yang menjelma di dalam kotak fikiran saya ialah jenis kesalahan yang mesti kita masukkan ke dalam akta terbabit.

Saya pinggirkan dulu soal perundangan atau kesahannya menurut Perlembagaan, tetapi saya utamakan yang baik untuk Islam dulu, iaitu mencegah murtad dan menghukum murtad. Berbalik kepada kesalahan berkaitan murtad tadi, ia termasuklah melakukan perlakuan atau mengucap apa yang boleh menjadikan seseorang itu murtad.

Elemen pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang bukan Islam sudah banyak disebut di dalam enakmen berkaitan. Pada dasarnya semua elemen sudah wujud di dalam undang-undang yang sedia ada.

Oleh itu, apa yang lebih utama setakat ini ialah usaha kita merealisasi atau melaksanakan undang-undang sedia ada. Undang-undang menyekat dan mengawal pengembangan agama bukan Islam sudah dibuat pada pertengahan 1980-an, tetapi sehingga kini kita bukan saja belum melihat keberkesanannya, tetapi kita belum dikhabarkan dengan apa-apa pertuduhan melaluinya.

Sukar untuk saya sebut di sini bahawa, ketika memberi ceramah kepada sepasukan penguat kuasa pada 2004, saya terkejut kerana mendapati ada antara penguat kuasa tidak menyedari kewujudan enakmen terbabit.

Mungkin itu pada 2004 – kini saya percaya penguat kuasa bukan saja mengetahui kewujudan undang-undang ini, tetapi sudah pun cuba menguatkuasakannya.

Apa yang saya dan mungkin juga masyarakat Islam negara ini mahukan ialah realisasi kepada penguatkuasaan undang-undang terbabit. Sekiranya kita sudah mencuba untuk menguatkuasakannya, kita cuma perlu mencari kelebihan dan kelemahan di dalam undang-undang itu sebelum kita pergi lebih jauh untuk membuat undang-undang baru, seperti dicadangkan.

Secara praktikalnya, proses menggubal undang-undang bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun dalam menangani masalah biasa, proses penggubalannya agak panjang, apatah lagi dalam proses menggubal undang-undang yang sudah tentu menghadapi persoalan yang lebih kompleks seperti murtad.

Secara praktikalnya penguatkuasaan undang-undang juga mempunyai komplikasi tersendiri. Barang sudah tentu, penguatkuasaan undang-undang murtad juga tidak terkecuali. Oleh yang demikian, adalah menjadi lebih praktikal untuk kita meneruskan tangkisan terhadap perlakuan memurtadkan orang Islam dan perbuatan murtad itu dengan undang-undang yang sedia ada sebelum kita meneruskan dengan niat untuk menggubal undang-undang baru berkaitan murtad.

Bukan maksud saya untuk tidak bersetuju kepada apa yang lebih mendatangkan kebaikan kepada Islam dan umatnya di negara ini, tetapi saya lebih gembira sekiranya kita menggunakan apa juga yang dapat mendatangkan kebaikan kepada Islam menerusi mekanisme yang ada kerana ia lebih praktikal.

Kita teruskan usaha untuk menambah baik apa yang sedia ada, sama ada dari segi pengisian undang-undang terbabit atau juga pelaksanaannya. Kita tidak harus berterusan menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkaitan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Semua pihak harus berusaha ke arah itu bagi menjamin kelangsungan kedudukan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Penulis ialah Profesor Madya Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Penghuni Gua
: Sama-sama kita fikirkan. Terima kaseh Prof atas pandangan ini. Untuk Aziz Bari boleh jalanlah. Kalau ikut Aziz Bari, apa yang ditulis oleh Prof Shamrahayu ini pun bukan sesuatu yang lazim............... Tak gitu ?

HOI PROF : TAK LAZIM BUKAN ISUNYA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Penghuni Gua
: Isunya adakah DYMM mempunyai kuasa mengikut perlembagaan untuk menegur dan bercakap mengenai agama Islam di negeri naungannnya? Isunya adakah tindakan DUMC memurtadkan orang Islam adalah sesuatu yang lazim atau menlanggar perlembagaan dan undang-undang?

2. Bab tindakan DYMM Tuanku Sultan Selangor menitah dan menegur beberapa pihak mengenai isu memurtadkan orang Islam oleh DUMC bukan sesuatu yang lazim bukan isunya. Lazim tak lazim tak ada dalam undang-undang dan perlembagaan. Tak lazim bukan salah. Dan kalau lazim pun bukan sesuatu yang betul.

3. Mengapa Aziz Bari tak menegur DUMC yang memurtadkan orang Islam yang sudah jelas satu kesalahan. Itu satu kelaziman buat Aziz Bari ?. Iaitu menghentam benda yang betul dan menyokong mereka yang melanggar undang-undang? Memang begitlah selalunya.

4. Itulah pun. Itulah Aziz Bari. Tersembur perkataan dari mulutnya, kita dah tahu jantan ke betina. Dan jubah Profesorlah pelindungnnya.

5. Sudahlah Prof............................. Kami tahu siapa anda. Kalau ikhlas nak menegur DYMM Sultan pun, gunalah saluran yang betul..................... Mengapa tak guna? Sebab anda ada agenda. .............Tak gitu ?

PETA PELAYAR