FOLLOWERS

Tuesday 21 January 2014

KAMBING BARU UNTUK DIHITAMKAN !!!!!!! KAH KAH KAH !!!!!

Isu PKNS Masuki Episod Baharu, Khusrin Anggap Azmin Tetap Dipecat

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Datuk Mohammed Khusrin MunawiPETALING JAYA: 

Kontroversi pemecatan Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKN) memasuki episod baharu apabila Kerajaan Selangor menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan agar kedudukan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikembalikan dalam agensi tersebut.

Lebih merumitkan apabila muncul watak baru iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang tampil menegaskan bahawa dakwaan kononnya status penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin dalam PKNS ditarik balik dan terbatal adalah palsu.

Tegas Mohammed Khusrin, Kerajaan Selangor tidak pernah menarik balik pemecatan Mohamed Azmin seperti terkandung dalam surat yang dihantar Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar bertarikh 8 Januari lalu.

"Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan Pengurus Besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar."Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengarahkan PKNS supaya menarik semula surat penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin yang bertarikh 8 Januari tersebut," katanya pada Selasa.

Selain itu Mohammed Khusrin yang dipertanggungjawabkan mengetuai siasatan dalaman berhubung konflik PKNS ini mengarahkan agar pihak pengurusan perbadanan itu supaya 'tutup mulut' sehingga siasatan selesai.

"Pengurusan PKNS diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan."Isu ini akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan esok (Rabu)," katanya.

Pada Isnin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak menukar Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek ke Ibu Pejabar SUK berkuat-kuasa serta merta.Othman dan Norita merupakan dua individu yang dilabel sebagai punca kemelut penyingkiran Mohamed Azmin daripada perbadanan tersebut.

Drama penyingkiran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain.Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik anggota lembaga pengarah adalah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.

Norita turut berkata, pengguguran Mohamed Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.Lebih merumitkan, konflik politik antara Abdul Khalid dan Mohamed Azmin turut menerima campur tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan menyebut bahawa pengugguran jawatan Adun Bukit Antarabangsa itu adalah tidak sah.

PENGHUNI GUA :  BIASALAH DAN BEGINILAH CARA DAN KAEDAH KERAJAAN SAMPAH. KERAJAAN TEPI LONGKANG. PEGAWAI KERAJAAN DAN GLC DI KAMBING HITAM. PEMIMPIN POLITIK KERAJAAN BODOH TAHAP PALING RENDAH.

2. ITULAH STANDARD KERAJAAN PKR. TAK TERMASUK LAGI ARAHAN PUNAISIHAT KERAJAAN NEGERI AGAR JAMBUNYA DIAMBIL SEMULA!!!!! KELAM KABUT !!!!!
'
3.KAH KAH KAH !!!!!!!

1 comment:

  1. Kerajaan Iblis Pakatan Selangor... lepas ni Dato Khusrin pulan kena baham dgn pencacai2 Nuar..
    ahbislah..Jepun pun dh kena.. tkde malu segan silu masuk negara org..buat mcm rumah sndiri..tuan rumah xbg masuk mengamuk mcm sial.. itulah style pakatan sial..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR