tag:blogger.com,1999:blog-2205919745184481070.post3225398614510340848..comments2024-03-08T16:16:57.920+08:00Comments on PENGHUNI GUA: MYcONSTITUTION : GERAKAN DAH MULA MASUK JARUM !!!!Arif Omarhttp://www.blogger.com/profile/13330577334441617756noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-2205919745184481070.post-10587537562988772592010-09-14T19:53:16.119+08:002010-09-14T19:53:16.119+08:00http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&am...http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Bukti ada pemimpin 'syok sendiri'

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

IPOH 13 Sept. - Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.

............... Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.

"Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.

................... "UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2205919745184481070.post-42620124578929958992010-09-14T17:50:43.814+08:002010-09-14T17:50:43.814+08:00http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&am...http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Jauhkan diri dari Perkasa rugikan UMNO - Dr. M
............ Dr. Mahathir berkata, satu perkara yang perlu diambil kira iaitu Perkasa selama ini tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana perjuangannya masih tertakluk kepada hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Perjuangannya masih berasaskan Perlembagaan dan kita juga harus sedar bahawa Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan sebuah parti politik. Perkasa tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

''Sebagai NGO, Perkasa berperanan menegur mana-mana pihak jika berlaku sesuatu yang tidak baik termasuk parti-parti politik. Perkasa boleh tegur Pas, DAP atau UMNO. Saya kadangkala pun kena tegur juga,'' katanya.
............... Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, apabila ada pihak mula mempersoalkan sesuatu hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan sudah tentu ia akan mengundang reaksi daripada pihak lain.

''Kewujudan Perkasa adalah salah satu contoh. Pada zaman pemerintahan saya tidak ada NGO seperti Perkasa kerana tiada pihak yang berani mempersoalkan hak-hak yang telah termaktub dan diamalkan selama ini.

''Berbanding sekarang yang mana sudah ada pihak atau kumpulan yang sengaja membangkitkan atau mempersoalkan hak-hak tersebut antaranya persetujuan mengenai kontrak sosial. Bila terjadi demikian pasti akan muncul satu pihak untuk mempertahankannya,'' katanya lagi.Anonymousnoreply@blogger.com