FOLLOWERS

Friday 5 November 2010

MP BALING ! BUKA MATA DAN TELINGALAH !!!!





SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?

Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat. Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?

Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun. Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.

Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...


ANAK TOK MUDIM
Baling


Penghuni Gua : Buka mata dan telinga lah MP baling. Takkan cukup dengan doa kepada Allah sahaja. Usaha wajib dijalankan bersama.

2. Dengar rintihan rakyat. Jangan dok asyik ceramah ke hulu ke hilir siang malam. Tetapi kebajikan rakyat tak terbela. Membaca ayat suci penuh mulut tiap kali buka mata, tetapi menterjemahkan ayat yang dibaca kepada tindakan, habok pun tak ada. Cakap bab konsep, kalau pada pemimpin PAS ini jangan cerita lah. Kalah Prof Di Raja Engku Aziz semuanya. Bab kerja hampas.

3. Islam ajar begitu kot.? Islam PAS lah kot !!!!

Nota : Kedah pun banjir besar sekarang ini. Tak dengar cerita pun MB Kedah. Masih membuta kot. Cuba cari juga dalam Harakah mengenai aktiviti MB Kedah dalam membantu mangsa banjir. Tak ada satu berita pun. Mungkin ceramah politi lebih penting dari meninjau masalah banjir dan penderitaan rakyat Kedah kot !!!!

4 comments:

  1. dulu xde air,skrg dah byk air

    ReplyDelete
  2. slm ziarah
    pohon tuan ikut dan paut blog baru kami

    http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. pemuda umno
    telah diambil tindakan terimakasseh. salam ziarah

    ReplyDelete
  4. salam,
    anak tok mudim, semua yg minta kat yb hanya dunia belaka. bila dah pangkah bulan maksudnya dah tak pikir dunia. pikir akhirat ajer. di dunia ni semuanya bukan boleh bawa mati. pangkah pas dah boleh ke sorga. tunggu mati ajer, masuk la sorga. kat sorga macam-macam ada. nak air apa pun ada, nak kereta apa pun ada, semuanya ada belaka. kat dunia ni yg sokong bulan nak kena bagi semua kat pemimpin. depa nak lawan dgn pemimpin bn. sapa yg ramai penyokong terutama yg bodo-bodo. tak payah la nak harap kat pemimpin pas. kalu boleh, lepas dah pemimpin UMNO bagi, bagi la pulak kat pemimpin pas.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR