FOLLOWERS

Wednesday, 20 October 2010

NYAH KAU MALAYSIAKINI !!!!!




Malaysiakini diminta dikeluar daripada bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti itu.

Kesemua lapan wartawan portal berita bebas itu diberitahu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Di halau ? Amat baik. Inilah wajib UMNO dan kerajaan pun lakukan sejak dulu. Nyahkan akhbar ini.

2. Dah memang tak ada pas media, apa lagi. Sebenarnya bukan dihalau seperti lapuran Malaysiakini tetapi tidak dibenarkan masuk kerana tiada pas. Tetapi akhbar lalat ini sengaja cari pasal ajelah. Nak memenuhkan agenda mereka dan tuannya ( pinjam kata-kata Hata , presiden NUJ ).

3. Apapun, tindakan UMNO ini amat wajar dan bertepatan. Tak ada Malaysiakini pun tak apa. Bukan akhbar yang membina masyarakat pun. Ia lebih hanya nak cari pasal bagi menghangat isu bagi kegunaan tuan mereka.

5. Juga UMNO hanya ikut jejak langkah DAP ( Kerajaan Pulau Pinag ), Kelantan dan Kedah yang tak benarkan Utusan dan Berita Harian buat liputan di majlis-majlis kerajaan negeri. Jadi UMNO ikut contoh kerajaan Khalifah Umar Ibn Aziz Pulau Pinang dan Kerajaan Ahli Syurga PAS di Kelantan. Tak lebih dari itu. Itulah cara kebebasan yang diperkenalkan oleh PR. Jadi apa salahnya UMNO ikut rentak yang sama?

6. Malaysiakini nak marah apa? Tak perlu marah. Tak percaya tanya Hata / NUJ yang bijak pandai tu. Ikut pandangan Hata. Malaysiakini boleh mengendap dan menyusup masuk ke PWTC. Hata kata tak salah!!! Jadi menyusuplah wahai Malaysiakini. Itu pun kalau beranilah!!! Tak gitu Hata?

MALAYAN LAW JOURNAL : KES SAMAN FITNAH / WHAT DEFENDANTS MUST PROVE DAN LAIN-LAIN !!!!!!


[1993] 1 MLJ 408
Institute of Commercial Management United Kingdom v New Straits Times Press (Malaysia) Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — SUIT NO P696 OF 1985

Judges LIM BENG CHOON J

Date 30 DECEMBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 408



Catchwords:

Tort — Defamation — Libel — Ordinary and natural meaning of words complained of — Whether words defamatory

Tort — Defamation — Libel — Defence of justification — What defendants must prove — Defamation Act 1957 s 8

Tort — Defamation — Libel — Fair comment — Honest expression of opinion — Test of fair comment — Defamation Act 1957 s 9

Tort — Defamation — Libel — Malice — Whether defendants deliberately or recklessly abstained from proper enquiries

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif (‘ICM’) menuntut terhadap defendan ganti rugi kerana libel berhubung dengan perkataan yang terkandung di dalam suatu rencana yang bertajuk ‘British “diploma mills” step up sales racket’ yang diterbitkan oleh defendan di dalam New Straits Times bertarikh 29 April 1985. Isu yang terlibat dalam tindakan ini berkenaan:
(i) isu yang sangat penting tentang makna biasa perkataan yang di;
(ii) sama ada pembelaan justifikasi terbuka kepada defendan;
(iii) sama ada pembelaan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai terbuka kepada defendan; dan
(iv) sama ada defendan didorong oleh niat-jahat. Isu ini hanya akan timbul jika isu ketiga diiakan kerana pembelaan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai tidak berguna jika ditunjukkan bahawa defendan didorong oleh ni at-jahat apabila menerbitkan rencana itu.

ICM mengatakan bahawa dengan menggunakan perkataan yang diterbitdi dalam rencana itu dalam maksud biasanya atau meng ikut sindiran, defendan bermaksud dan difahamkan serta dianggap bermaksud bahawa ICM mengiklan dengan giat di Malaysia untuk menjual kelulusan palsu dan bahawa ICM adalah institusi pendidikan yang palsu. ICM juga mengatakan bahawa perkataan tersebut dimaksuduntuk mencela dan memperkecilkan ICM dalam per nya sebagai suatu institusi pendidikan dan badan pemeriksaan. Walaupun defendan mengaku yang mereka telah menerbitkan rencana yang dipersoalkan itu, mereka menafikan tanpa syarat yang mereka telah salah menerbitkan rencana itu dan dengan berniat-jahat terhadap plaintif.

Mereka menegaskan bahawa tajuk rencana itu ‘British “diploma mills” step up sales racket’ dan perenggan pertama hingga keenam rencana itu tidak merujuk kepada plaintif atau tidak dimaksudkan untuk merujuk kepada plaintif atau boleh pernah merujuk kepada plaintif. Defendan kemudian menegaskan bahawa perkataan dalam rencana itu adalah komen berpatutan dan dibuat tanpa niat-jahat atas perkara yang menarik perhatian orang ramai, iaitu, bahawa ICM memkursus pengajian yang ICM mengatakan membawa kepada penganugerahan kelulusan yang membolehkan penuntut memasuki institusi pendidikan yang lebih tinggi. Dalam pembelaan komen ber patutan mereka, defendan bergantung pada fakta bahawa ICM didi Ireland dan bahawa kelulusan ICM tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam 34 institusi pendidikan yang lebih tinggi di UK.

Diputuskan:
Diputuskan, memberi penghakiman kepada plaintif dan mengaward ganti rugi:

(1) Adalah suatu unsur penting kausa tindakan fitnah bahawa perkataan yang diadukan itu harus diterbitkan mengenai plaintif. Ujian yang plaintif harus memberi jawapan untuk memuaskan hati mahkamah ialah sama ada perkataan itu akan secara muna dalam keadaan yang ada menyebabkan orang ramai yang mengenali plaintif mempercayai bahawa dialah orang yang dirujuk nya. Dalam mempertimbangkan soalan identiti, perenggan 7, 8 dan 9 rencana itu tidak boleh dibaca secara berasingan. Mereka harus dibaca dalam konteks yang betul dalam mana mereka dibentang kan. Inti rencana itu ialah bahawa organisasi tertentu yang mempunyai pusat operasi di England mengiklan dengan giat di Malaysia untuk menjual kelulusan palsu mereka. Setelah menyatakan semua ini, penulis it u seterusnya menarik perhatian pembaca kepada suatu iklan yang ditempatkan oleh ICM yang menawarkan diploma dalam kursus pengajian perniagaan melalui suatu institusi pendidikan tempatan. Dalam keadaan demikian, mahkamah tidak syak lagi bahawa rencana itu membentangkan dengan seberapa jelasnya bahawa ICM adalah satu daripada organisasi yang dirujuk dalam rencana itu. Dengan membuat kesimpulan bahawa ICM dihubungkan oleh penulis rencana itu dengan organisasi Inggeris yang lain yang menguruskan ‘diploma mills’ untuk menjual kelulusan palsu mereka, kesimpulan tunggal yang tidak boleh dielak yang seseorang pembaca waras rencana itu akan membuat ialah bahawa rencana itu sudah pasti memfitnah plaintif.

(2) Mengenai isu kedua, adalah pembelaan sempurna dal am suatu tindakan libel dan slander bahawa tohmah fitnah itu memang benar. Defendan mesti membuktikan kebenaran tohmah yang diadukan itu. Daripada keterangan tidak syak lagi pertamanya, bahawa ICM didaftarkan di Republik Ireland. Tetapi ICM juga didaftarkan di UK sebagai syarikat asing. Fakta ini tidak disebutkan di dalam rencana itu. Dengan peninggalan ini, adalah jelas pada mahkamah bahawa penulis rencana itu pada masa material itu cuba menekankan di dalam rencana itu apabila dibaca seluruhnya bahawa ICM tidak mempunyai kedudukan apa pun di England. Pada masa yang sama, tiada syak lagi pada pendapat mahkamah bahawa penulis itu telah berjaya menimbulkan keraguan dalam fikiran seseorang pembaca waras rencana itu tentang ketulenan sebarang kelulusan yang dianugerahkan oleh ICM. Isu pendaftaran oleh demikian memberi kekuatan tambahan kepada tohmah yang dibuat terhadap plaintif di dalam rencana itu. Berhubung dengan dakwaan defendan bahawa kelulusan yang dianugerahkan oleh plaintif tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam 34 institusi pendidikan walaupun ia benar, dakwaan seperti itu dengan sendirinya tidak mewajarkan tohmah yang ICM ialah sebuah ‘diploma mill’ dan/atau suatu institusi pendidikan palsu. Setinggi-tingginya yang boleh dikatakan untuk defendan ialah bahawa mereka pasti telah berjaya memupuk kemungkinan yang kelulusan ICM boleh jadi tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam kebanyakan institusi pendidikan, kemungkinan seperti itu tidak mencukupi dari segi undang-undang untuk mahkamah me mutuskan bahawa defendan telah berjaya atas imbangan kebarang kalian menunjukkan yang kelulusan ICM tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam institusi pendidikan itu. Mengenai tuduhan di dalam rencana itu bahawa ICM tidak mempunyai kedudukan atau status a pa pun dengan Lembaga Pemeriksaan United Kingdom tiada syak lagi bahawa tuduhan ini memang tidak benar.

(3) Undang-undang tidak menaruh perhatian kepada motif atau niat penulis rencana itu. Undang-undang harus menaruh perhatian kepada kecenderung an dan akibat penerbitan yang dalam kes ini dengan jelas memfitnah plaintif, iaitu tohmah menguruskan ‘diploma mill’ untuk menjual kelulusan ICM dibuat terhadap mereka. Atas keterangan yang dikemukakan di perbicaraan, ICM telah memuaskan hati mahkamah bah awa penulis dan/atau defendan pada masa material itu telah bertindak dengan niat-jahat dalam membuat dan menerbitkan rencana yang diadukan itu. Mahkamah tanpa apa-apa keraguan memutuskan bahawa pembelaan justifikasi pada mana defendan bergantung tidak mempunyai merit sama sekali.

(4) Mengenai isu ketiga, tidak syak lagi bahawa ia adalah pembelaan kepada suatu tindakan libel bahawa perkataan yang diadukan itu merupakan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai. Mahkamah tiada apa-apa keraguan dalam memutus kan bahawa rencana yang diadukan itu terdiri daripada: (i) perfakta sahaja atau (ii) pernyataan tersebut yang terkandung di dalam rencana itu boleh dianggap sebagai pernyataan fakta sahaja. Tidak satu daripada perny ataan itu boleh dikelaskan sebagai komen. Tiada pembaca waras biasa boleh mentafsir sebarang peritu sebagai suatu penyataan komen atau pendapat penulis. Dalam pendapat mahkamah, bona fide penulis membuat pernyataan itu boleh sangat dipersoalkan.

(5) Mahkamah tidak syak sama sekali bahawa defendan dengan sengaja atau sekurang-kurangnya dengan melulu menahan diri daripada menggunakan sumber maklumat yang sentiasa ada sedangkan siasatan sedikit pun akan menunjukkan bahawa tohmah yang wujud dalam rencana yang diadukan itu adalah tidak berasas. ICM telah berjaya membuktikan niat-jahat yang nyata pada pihak penulis rencana yang diadukan itu dan juga pada pihak defendan.

(6) Dalam mengira amaun ganti rugi, ICM, sebagai suatu perbadanan, hanya boleh dirugikan dari segi kewangan jadi ia hanya boleh diberi pampasan bagi kehilangan nama baik dan kehilangan pen dapatan. Mahkamah mesti juga mempertimbangkan yang cukai perbadanan seharusnya kena dibayar atas pendapatan yang hilang. Dengan mempertimbangkan semua faktor, mahkamah meng-award jumlah RM100,000 sebagai ganti rugi pampasan bersama faedah pada kadar 8% setiap tahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penghasilan. Mahkamah juga mengaward jumlah RM12,795.66 sebagai ganti rugi khas dan jumlah ini akan membawa faedah pada kadar 4% setiap tahun daripada tarikh pemfailan hingga tarikh penghakiman. Tuntutan untuk ganti rugi teladan atau punitif sebagai tambahan kepada ganti rugi pampasan yang lebih berat ditolak.

Per curiam:

Walaupun dalam penerbitan perkara fitnah, niat-jahat diduga tetapi jika dimaksudkan untuk memusnahkan pembelaan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai dengan pengataan bahawa defendan didorong oleh niat-jahat yang ny ata, butir-butir fakta dan perkara daripada mana inferens niat-jahat yang nyata boleh dibuat mesti dijadikan pli.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Tuesday, 19 October 2010

WARISAN MERDEKA : KEPADA PR, INGAT KECAMAN ANDA SEMASA TUN MAHATHIR DULU UDAHLAH !!!





Bagi membuktikan bahawa bantahan mereka terhadap pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu bukan tanpa asas yang kukuh, sekumpulan ahli parlimen DAP membawa wartwan ke tapak lokasi projek berkenaan hari ini.

Bermula dari bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA), kira-kira 15 wartawan dibawa melihat persekitaran yang juga membabitkan bangunan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang bersejarah itu.

Lima ahli parlimen itu kemudiannya mengadakan sidang media mereka bagi menghuraikan mengapa projek berkenaan bakal membebankan rakyat.

Menurut MP Bukit Bintang, Ong Kui Loon, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.

Katanya, dengan siapnya projek Warisan Merdeka, keadaan lalulintas di sini akan menjadi lebih bercelaru.

MP Segambut Lim Lip Eng pula berhujah projek itu belum diluluskan memandangkan tiada papan tanda pengumuman projek daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia pra-syarat utama sebelum sesuatu projek diumumkan.

"DBKL mesti menaikkan papan tanda dan umumkan projek. Selepas itu mesti ada tempoh bantahan bagi orang ramai menyuarakan pendapat dan komen,” kata Lim. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mulut pelacur politik DAP ini berbunyi lagi. Tak ada lain hanya kritik tanpa cadangan bernas. Serupalah dengan PKR pun. Projek Warisan Merdeka mula menjadi sasaran kononnya akan menjejaskan kehidupan orang ramai, lalulintas sesak, membazir, makan kedarah duit rakyat, tidak berfaedah, tak ada kelulusan dewan bandaraya dan berbagai masalah dan lkeceman lagilah.

2. Biasalah pelacur politik ini. Dari Daya Bumi, Lebuh Raya Utara Selatan, Menara Berkembar Petronas, Kereta Nasional, MSC, Putra Jaya, Lebuh Raya Pantai Timur, Jambatan Pulau Pinang, pembelian Labuan, Labuan sebagai kawasan bebas cukai, pembangunan Langkawi, Zon bebas cukai di Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam, ASN, ASB, kouta 30 %, KLIA, KLCC dan berbagai lagilah. Sejak dulu semua perkara ini dikecam siang malam. Tak ada yang baik langsung. Kebanyakkan pensyarah di Universiti pun mengecam projek Tun Mahathir ini.

3. Apa lagi si Penarik Beca / Hishamuddin Rais. Tak ada yang baiklah tentang semua projek ini. Akhirnya mereka menelan semua kahak mereka. Jambatan Pulau Pinang dulu , DAP siap berdemo di kepala Jambatan bila ianya mula di buka. Lebuh Raya Utara Selatan, Lim Kit Siang membuat perangai dan onar tak mahu bayar tol dari KL ke Melaka kerana lebuh raya itu dikata gagal / tak lancar perjalanan.

4. Akhirnya Jambatan Pulau Pinang di minta dibuat satu lagi pulak. Lim Guan Eng pun dengan muka tak malu , siap mengecam kerajaan kerana lambat melaksanakan jambatan kedua Pulau Pinang.

5. Mengenai Warisan Merdeka ini, memanglah permulaannya semuanya susah dan ada kekurangannya. Ia akan diselesaikan dan semuanya telah difikir oleh mereka yang nak bangunkan projek ini. Tak bodeh mereka ini. Dah jalan projek ini adalah cara cara dan projek bagi penyuraian trafiknya.

6. Ini asyik bantah aje. Idea sendiri tak ada.

7. Lihat ajelah di Suara Keadilan hari ini. Si Mahfus siap mengatakan bajet dan projek ini hanya bertaraf seluar dalam dan membaziur. Ia hanya akan mengkayakan kroni. Ada bukti ke Mahfuz?. Bab kaya pun, Mahfuz apa kurangnya. Lihat rumah Mahfuz pun bukan main hebat. Harap gaji MP berapa sen sangat . Tak ke Mahfuz pun dapat projek kutip sampah dan sebagainya di Kedah. Semua orang tahu Mahfuz. MP yang berbini Kemboja tu pun, datang dari mana duit dan harta sehingga melebihi RM 2 juta? Keh keh keh keh !!!!

8. Jadi kepada pelacur politik ini, malulah kepada diri sendiri . Cuba lihat akhrbar di Arkib Negara tu. Semua ada rekod mengenai kecaman anda terhadap semua projek kerajaan sejak dulu. Akhirnya, mereka makan ludah dan kahak sendiri. Dengan muka selamba aje, dok guna segala projek yang mereka kecam hari hari-hari. Mujur jugalah Si Diktator Mahathir tu berkeras dan terus laksanakan berbagai projek di atas. Jika tidak.................... Jika tidak si Mahfuz dan PAS serta DAP dan PKR pun nak berceramah ke hulu ke hilir pun semput. Jalan raya tak ada.

9. Jadi PG nasihatkan krepada pelacur politik ini : Malulah kepada diri sendiri. Lihat diri sendiri.
Jangan kita ni nak jadi mengkarung, ada kesempatan aje , kira nak menjelir lidah aje nak membaham habuan. Fikir dulu secara jangka panjang.

10. PG hairan juga, bila TGNA cadangkan projek burung puyuh dan burung merpati di Kelantan, tak ada pulak DAP, PKR dan si Mahfuz ini nak mengkritik. Mengapa ye. Mungkin projek dan idea Pok Nik tu amat berdaya maju kot. Al Maklumlah, projek dari syurga katakan . Tak gitu? DAP, PAS dan PKR ini dah kering idea. Yang mereka tahu kritik ajelah. Di negeri sendiri tak ada pun sebarang projek canggih. Hapah pun tak ada. Cakap je banyak. Pelacur politik katakan. Mereka ini bukannya berfikir sebelum bercakap. Main nak bangkang aje !!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN TANAH ANAK WATAN !!!!


[1993] 2 MLJ 530
Law Tanggie v Untong ak Gantang & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — SUIT NO K319 OF 1979

Judges RICHARD MALANJUM JC

Date 28 MAY 1993

Citation [1993] 2 MLJ 530


Catchwords:

Land Law — Native land — Dealings in native land — Sale and purchase of land — Plaintiff purchaser underage and not a native at time of purchase — Appointment of first defendant as nominee until plaintiff became of age and acquired native status — Arrangement made verbally — Conditions subsequently satisfied — Whether arrangement was illegal, null and void — Whether first defendant held land on trust for plaintiff — Whether arrangement enforceable — Gift of land by first defendant to second defendant — Whether second defendant thereby acquired any interest in said land — Land Code (Sarawak Cap 81) ss 8, 9 & 134(1)

Trusts and Trustees — Resulting trust — Sale and purchase of native land — First defendant appointed as plaintiff’s nominee until plaintiff became of age and acquired a native status — First defendant as nominal purchaser constituted as resulting trustee for plaintiff who provided the purchase price — Necessity for such arrangement to be in writing — Legality and enforceability of such arrangement — Whether allegation of trust supported by plaintiff’s pleadings
Evidence — Conflicting testimony — Discrepancies in evidence of both parties — Approach to be taken by court — Credibility of parties — Demeanour to be balanced against other evidence and probabilities of case

Bahasa Malaysia Summary:

Tindakan plaintif sebahagian besarnya adalah berdasarkan dakwaan bahawa defendan pertama adalah pemegang amanah bagi plaintif berkenaan dengan tanah anak watan (‘tanah itu’) yang harga pembeliannya telah dibayar oleh plaintif dan bahawa defendan kedua telah tidak memperolehi hakmilik tanah itu kerana ianya telah dipindah milik kepadanya oleh defendan pertama sebagai suatu hadiah tanpa mengambil kira hak plaintif. Keterangan plaintif adalah bahawa pada atau kira-kira pada 27 November 1961, beliau telah membeli tanah itu daripada seorang bernama Atok anak Mangnian (‘Atok’) pada harga RM200.

Pada masa yang berkenaan, plaintif adalah di bawah umur dan belum diisytiharkan sebagai seorang anak watan yang menyebabkan tanah itu tidak boleh didaftar dalam namanya. Melalui suatu perjanjian lisan yang dibuat pada 27 November 1961 di hadapan plaintif, defendan pertama, Atok dan seorang bernama Jelih anak Mawah, yang sekarang telah meninggal dunia, plaintif telah melantik penjaganya, yakni defendan pertama, sebagai namaan dan pemegang amanah tanah itu sehingga plaintif memperolehi sijil anak watan. Pada hari yang sama, plaintif memohon untuk pengisytiharan sebagai seorang anak watan. Permohonan itu adalah dalam bentuk deklarasi statutori (eks P3) yang disokong oleh defendan pertama dan Atok.

Dalam tahun 1963, plaintif sebaik sahaja beliau menerima sekeping salinan eks P3 dan dengan kepercayaan bahawa salinan eks P3 itu adalah sijil anak watan, meminta defendan pertama memindah milik tanah itu kepadanya tetapi defendan pertama telah memaafkan dirinya daripada melaksanakan pindah milik itu pada masa itu. Dalam tahun 1965 plaintif sekali lagi meminta pemindahan milik tanah itu tetapi sekali lagi defendan pertama berjaya mengelak. Dalam tahun 1978 plaintif mengulangi permintaannya bagi pemindahan milik tanah itu tetapi beliau telah diberitahu oleh defendan pertama bahawa tanah itu telah diberikan kepada anak perempuannya, defendan kedua. Usaha plaintif memujuk defendan kedua memindah milik tanah itu kepadanya tidak berjaya. Plaintif hanya memperolehi status anak watan melalui sepucuk surat bertarikh 20 Jun 1979 daripada Pejabat Daerah di Kuching, dan kemudiannya telah memulakan tindakan ini.

Di dalam pembelaannya, defendan pertama memberi keterangan bahawa Atok telah menemuinya dan menjualnya tanah itu bagi RM100. Defendan pertama menafikan perjanjian lisan yang didakwa itu dan menyatakan bahawa plaintif tidak ada apa-apa yang kena-mengena dengan tanah itu. Bagi defendan kedua pula, beliau mengakui bahawa tanah itu telah diberikan kepadanya oleh defendan pertama. Beliau juga menyatakan bahawa tanah itu telah dibeli oleh defendan pertama daripada Atok.

Isu-isu yang timbul untuk pertimbangan mahkamah adalah seperti berikut: (a) yang mana daripada cerita yang bercanggahan yang diberikan oleh pihak-pihak itu harus diterima berdasarkan keterangan yang diberikan; (b) jika mahkamah memihak kepada plaintif, sama ada defendan pertama memegang tanah itu atas amanah bagi plaintif dan jika demikian, sama ada amanah sebegitu semestinya dibuat dalam tulisan; (c) sama ada terdapat apa-apa soalan ketaksahan di dalam perjanjian di antara plaintif dan defendan pertama; dan (d) kedudukan semasa tanah itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif itu:

(1) Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati bahawa versi yang diberikan oleh plaintif adalah versi yang boleh dipercayai dan mungkin. Secara spesifik mahkamah mendapati bahawa terdapat satu jualan tanah itu dari Atok kepada plaintif dengan plaintif membayar harga pembelian, bahawa terdapat satu perjanjian bahawa defendan pertama akan menjadi namaan bagi plaintif sehingga beliau mencapai umur dewasa dan memperolehi status anak watan, bahawa tanah itu telah diberikan kepada defendan kedua oleh defendan pertama kerana kasih sayang yang semulajadi, bahawa plaintif telah meminta defendan-defendan untuk pemindahan milik tanah itu tetapi telah ditolak dan bahawa plaintif sekarang ini telah memperolehi status anak watan dan adalah berumur dewasa apabila beliau memulakan tindakan ini.
(2) Defendan pertama oleh itu memegang tanah itu atas amanah bagi plaintif, lebih-lebih lagi begitu kerana terdapat keterangan yang mungkin dan boleh diterima bahawa plaintif telah membayar harga pembelian. Kes ini padan dengan kes klasik suatu pembelian yang dibuat dalam nama seorang luar, yang akan menjadikan pembeli nominal seorang pemegang amanah berbangkit untuk orang yang membekalkan harga pembelian. Berkenaan dengan bantahan peguambela defendan bahawa pliding yang dibuat oleh plaintif tidak mendakwa sebarang amanah berbangkit, mahkamah memutuskan bahawa kandungan di dalamnya menyokong satu dakwaan amanah, termasuk isu amanah berbangkit. Lagipun defendan tidak dicabar secara mengejut. Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa tidak ada keperluan di dalam kes ini supaya perjanjian yang dibuat di antara plaintif dan defendan pertama dibuat dalam tulisan atau ditunjukkan dalam tulisan kerana ianya adalah berjenis amanah berbangkit.

(3) Apabila satu perjanjian atau percubaan membuat urusan berkenaan tanah anak watan dibuat tertakluk kepada kepatuhan peruntukan Kanun Tanah (Sarawak Bab 81) (‘Kanun itu’), ianya tidaklah terbatal dan tidak berkesan jika perjanjian atau percubaan membuat urusan sedemikian adalah tidak bertentangan dengan peruntukan Kanun itu. Memang jelas bahawa perjanjian di antara plaintif dan defendan pertama adalah tertakluk kepada plaintif mencapai umur dewasa dan memperolehi status anak watan. Tidak ada niat untuk mengelakkan peruntukan Kanun itu. Lantaran itu, perjanjian yang dibuat di antara defendan pertama dan plaintif tidak menyalahi undang-undang, bukan tidak sah dan tidak berkesan dan, memandangkan yang syarat-syarat yang dinyatakan di dalam perjanjian itu telah dipatuhi, plaintif berhak menguatkuasakan perjanjian itu.

(4) Pemindahan milik tanah itu oleh defendan pertama kepada defendan kedua kerana kasih sayang semulajadi mengakibatkan satu pecah amanah yang teruk di samping bersifat menipu dan tidak jujur. Defendan pertama tahu tentang hak plaintif, namun melalui satu tindakan yang sengaja dan tidak jujur beliau telah mengakibatkan hak itu dihapuskan. Oleh itu, memandangkan yang defendan kedua hanyalah seorang sukarelawan beliau tidak boleh mendapat faedah daripada suatu pemindahan milik yang tidak berkesan menurut s 134(1) Kanun itu. Selanjutnya mahkamah memutuskan bahawa oleh kerana defendan pertama memegang tanah itu sebagai seorang pemegang amanah semata-mata (bare trustee), beliau tidak berada dalam apa-apa kedudukan untuk memindah sebarang kepentingan benefisial di dalam tanah itu kepada sesiapa.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

SETUJU BENAR MAJLIS PEGUAM DIBUBAR !!!!!






KUALA LUMPUR 18 Okt. - Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan serta ahli-ahli Exconya didesak agar meletak jawatan sekali gus membubarkan badan tersebut kerana didakwa gagal menjaga kredibiliti dan profesionalisme dalam menegakkan keadilan.

Desakan itu disuarakan oleh Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini, yang terdiri daripada 10 NGO bernaung di bawahnya.

Antara NGO terbabit adalah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB).

Selain itu, Majlis gabungan NGO itu juga tidak bersetuju di atas hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua suspek yang bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden majlis NGO terbabit, Rahimuddin Md. Harun berkata, mereka mendesak Ragunath dan Exconya meletak jawatan kerana Majlis Peguam didapati gagal untuk memantau aktiviti ahli-ahli mereka termasuk menyenaraihitamkan peguam bermasalah.

Katanya, lebih dikesalkan, majlis tersebut tidak memperjuangkan nasib mangsa kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

"Ia tidak seperti mana perjuangan mereka apabila melibatkan kematian tahanan polis, A. Kugan dan Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir kira-kira 30 orang yang mewakili NGO-NGO masing-masing.

Menurut Rahimuddin, sebagai sebuah badan profesional, Majlis Peguam sepatutnya berperanan proaktif dengan mengasingkan mana-mana peguam yang bermasalah melalui kenyataan secara terbuka di dalam media massa.

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah pula berkata, Majlis Peguam seharusnya berdiri di atas satu landasan yang bebas.

"Bagaimanapun apa yang kami lihat mereka cenderung ke arah parti politik dan ini langsung tidak menunjukkan ia sebuah badan memegang integriti.

"Kami tidak mahu Majlis Peguam berlandaskan parti politik tetapi kami mahukan mereka berdiri atas integriti, bersikap adil dalam apa jua isu," katanya.

Penghuni Gua : Setuju benar dengan cadangan di atas. Majlis ini bersifat dua muka. Dalam kes bunuh Sosilawati, Majlis mengatakan ia tidak berkuasa mengawal ahlinya . Juga Majlis mengatakan ia disebabkan salah polis yang lambat menyiasat kes 2 peguam / sapek berkenaan.

2. Tetapi dalam hal lain majlis boleh pula campurtangan dan bertindak melebihi kuasanya. Malah kadangkala mendahului mahkamah. Lihat aje dalam kes KPL Jenain, Kugan dan isu anak yang bapanya memeluk islam . Majlis mendahului mahkamah , seolah polis sudah bersalah.

3. Tetapi dalam kes 2 saspek bunuh Sosilawati Majlis sesekali aje bersuara itupun sekadar nak melepaskan batuk ditangga. Jika tidak Majlislah juara dalamm segala hal dan mengetahui dalam semua perkara. Nerekalah bijak dan sebagainya.

4. Bila dalam kes Sosilawati , baru kita tahu belang dan kebodohan Majlis ini. Langsung tidak boleh buat apa-apa. Nak cadang tubuh Suruhanjaya Di Raja ke pun tak berani bagi menyiasat dan mengkaji adakah Majlis ini masih relevan dalam sistem perundangan negara.

5. Hobok pun tak ada. Kalau kena pada kerajaan dan kesilapan pihak berkuasa, sikit-sikit cadang tubuh Suruhanjaya Di Raja, Jawatan Kuasa Siasatan dan sebagainya. Majlis ini mungkin kurang sedikit dari sampah aje atau dalam kata lain, tak ubah seperti pelacur undang-undang aje.

6. Menyampah. Tak gitu? Si Jubah hitam ini kelihatan seperti hantu berkeliaran dengan jubah hitamnya ke hulu ke hilir. Hanya menakutkan orang , tetapi satu pun tak membahayakan manusia. Cuma buat semak aje adalah. Tak gitu ?

Nota : Dalam isu akuan bersumpah Rashid dan Rahimi , apa peranan majlis dan pendirian majlis dalam isu ini? Bisu seribu bahasa. Mengapa? Kerana mereka hanya padai bercakap dan nak salahkan orang lain sahaja. Punggung sendiri penuh dengan tahi yang tak pernah dicuci.

Monday, 18 October 2010

LIWAT SAIFUL : KAKI KENCING KALAH LAGI !!!




PUTRAJAYA 18 Okt. - Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kenyataan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dirakam oleh polis. - Utusan

Penghuni Gua : Kalah dan kalah lagi!!! Kaki kencing rakyat ini terus kalah. Kebenaran semakin hampir. Kehendak Allah tak siapa dapat menghalang. Alasan YAA Hakim ialah tiada bidang kuasa yang diberi kepada YAA Hakim oleh undang-undang. Itu aje !!! Nak apa lagi !!!!

2. Itu pun tengok ajelah. Riuh rendah peminum-peminum air kencing makhluk ini akan berteriak bahawa mahkamah tidak adil, mahkamah di kawal kerajaan, mahkamah tidak bebas, mahkamah berkonspirasi dan sebagainya. Semua orang / pihak salah. Yang betul dia dan mereka sahaja. Keadilan hanya untuk mereka!!!! Biarkan.

3. Itulah otak semua mereka ini. Sebabnya adalah kerana otak mereka dah tak boleh berfikir dengan waras sebab kerap sangat dikencing dan termakan air kencing tuannya. Biasalah. Biarkan!!!! Dah mereka berkehendakkan begitu !!!!

4. Keadilan untuk Saiful!!!!!!! KLIK kalau nak baca ulasan dari Suara Keadilan mengenai perkara ini.

PERMATA NEGARA : ELEH....... ASYIK NAK KRITIK AJE !!!!!!



Hadi kritik PERMATA Rosmah
Okt 18, 10 12:37pm


Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Penghuni Gua : Asyik nak kritik aje. Cadangan balas tak ada pulak. Dulu mereka kritik kononnya apa jawatan Rosmah sehingga PM berikan peruntukkan berjuta untuk PERMATA. Dikatanya Rosmah cuba mengambil alih peranan Sharizat.

2. Pada PG , senang aje nak jawab kritikan TGHH dan puak-puak ini. Pertamanya mengapa PERMATA mendapat RM 111 juta berbanding SAR. ini kerana PERMATA baru diujudkan dan tiada prasarana lagi. Berbanding dengan SAR dan orang Asli. Asasnya dah ada. Dan setiap tahun ada peruntukkan mengenainya di dalam bajet di samping bantuan-bantuan lain yang diberikan dari masa ke semasa.

3. Apa salahnya dengan PERMATA. Ia adalah untuk anak-anak pintar terpileh. Untuk semua kaum. Mungkin tak ramai yang dapat memasuki permata tetapi itu dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang jumlah ini akan bertambah.

4. Tak kiralah idea nak tubuhkan sesuatu rancangan itu dari sesiapa. Kalau ianya baik untuk rakyat negara ini apa masalahnya. Kalau PERMATA dan Rosmah dikatakan nak ambil alih peranan Sharizat pun apa isunya. Ada Shairzat pun macam tak ada juga. Buat perabih ke beras aje. Timbul isu , baru terkinja-kinja nak gubal undang-undang itu , undang-undang ini. Lepas tu, habok pun tak ada.

5. Apa pun tahniah kepada PM atas peruntukkan kepada PERMATA, orang Asli dan Pribumi. Nak bagi sama peruntukkan untuk semua mana boleh. Mesti ada yang dapat lebih dan yang dapat kirang. Adil bukan sama. Tetapi adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya.

Nota : MRSM dan berbagai perkara lagi pun contoh seperti Putra Jaya, MSC, Lebuhraya PLUS, Jambatan Pulau Pinang. Proton, Daya Bumi, KLCC dan sebagainya : kalau kita imbas sejarahnya , jangan ceritalah.

Cakap! Apa yang pembangkang tak cerca Tun Mahathir mengenai perkara di atas. Semuanya dikritik. Akhirnya dengan muka tak malu mereka juga yang lebih nak masukkan ank mereka ke MRSM, nak keraja di Putra Jaya dan sebagainya. Dengan lahapnya mereka ini menjilat ludah mereka semula. Mereka ini hanya pandai kritik, tetapi idea sendiri habok pun tak ada !!!! Asyik car islam itu ini, tetapi hanya beri konsep aje. Yang ada hanya dinar kelantan. Itu pun ciplak idea Tun Mahathir yang mereka hina dulu!!! Tak gitu ?

SEMUGA ALLAH MELINDUNGI YB IBRAHIM ALI , AMIN !!!!


YB Ibrahim Ali Presiden PERKASA akan menjalani pembedahan jantung pada pagi ini. PG doakan semuga beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan dilindungi Allah hendaknya. Amin.

MALAYAN LAW JOURNAL : DARI HAL JAMINAN !


[1992] 1 MLJ 672
Public Prosecutor v Ilamaran
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL REVISION NO 43–7–91

Judges WAN YAHYA J

Date 5 AUGUST 1991

Citation [1992] 1 MLJ 672


Catchwords:

Criminal Procedure — Arrest — Accused charged with trafficking in dangerous drug — Procedures to be complied with by prosecution following arrest under s 39B of the Dangerous Drugs Act 1952

Criminal Procedure — Bail — Non-bailable offence — Accused charged with trafficking in dangerous drug — Accused remanded pending certification of weight of drug by chemist — Whether court could grant bail — Dangerous Drugs Act 1952 ss 39B & 41B Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 388(1)

Criminal Procedure — Charge — Explaining the charge — Accused charged with trafficking in dangerous drug — Weight of drug not certified by chemist — Whether charge could be properly explained to accused — Dangerous Drugs Act 1952 s 39B(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah ditangkap dan dituduh dalam mahkamah majistret mengedarkan dadah kanabis sebanyak 261g. Pertuduhan itu telah dibaca dan dijelaskan kepada si tertuduh tetapi beliau tidak diminta membuat akuan. Si tertuduh kemudiannya telah ditahan bawah pensementara menanti laporan ahli kimia dan keizinan penraya. Si tertuduh telah dikemukakan setiap bulan di hadapan majistret untuk sebutan.

Apabila si tertuduh dikemukakan pada kali yang ketiga, beliau telah memohon mendapatkan jaminan yang telah dibenarkan oleh majistret itu. Pihak pendakwa memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengkaji semula perintah majistret tentang jaminan. Si tertuduh berhujah bahawa kerana berat dadah itu belum diperakui oleh ahli kimia, pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan dengan sepatutnya kepada beliau dan s 39B(4) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’) oleh kerana itu tidak dipatuhi.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Tiada apa-apapun di dalam nota majistret yang menunjukkan sebarang kekusutan dalam menjelaskan pertuduhan itu kepada si tertuduh. Tidak juga dicadangkan di mana-manapun bahawa si tertuduh tidak dapat memahami pertuduhan itu. Hanya jangkaan pindaan berat dadah kanabis yang disebutkan di dalam pertuduhan itu tidak boleh menyebabkan pertuduhan itu tidak boleh dijelaskan, meragukan atau bagaimana sekalipun cacat.
(2) Dalam sebarang penangkapan yang dibuat sesuai dengan s 39B Akta itu, pihak pendakwa hanya dikehendaki mengemukakan orang yang ditangkap itu di hadapan mahkamah dan perlu memdan menjelaskan pertuduhan kepadanya. Sebaik sahaja prosedur ini telah dipatuhi mahkamah mesti membuat perintah menahan orang yang dituduh itu mengikut peruntukan mandatori s 41B Akta itu.

(3) Tidaklah terbuka kepada pihak pembela atas hanya hipotesis bahawa amaun terakhir dadah itu seperti yang diputuskan oleh ahli kimia itu berkemungkinan kurang daripada amaun dengan mana si tertuduh telah pada mulanya dituduh, untuk memohon mahkamah membenarkan jaminan di bawah s 388(1) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Ini adalah kerana tidaklah lojik dan tak sah bagi si tertuduh mencabar pihak pendakwa membuktikan sebahagian kesnya sebelum permulaan perbicaraan.

(4) Oleh kerana itu tiada mahkamah boleh, dengan maksud mengkuasanya berpunca dari s 388 Kanun itu, membenarkan jaminan kepada sesiapapun yang dituduh atas sebarang kesalahan yang ditentukan dalam fasal (a), (b) ataupun (c) s 41B(1) Akta itu.
(5) Dalam menggunakan kuasa penyemakan mahkamah, perintah majistret tentang jaminan diketepikan dan si tertuduh diperintahdikemukakan dari masa ke semasa di hadapan majistret untuk pengeluaran perintah tahanan selanjutnya sementara menanti analisa oleh ahli kimia itu.

(6) Peguam berhak merujuk satu autoriti bertentangan yang lebih diutamakan daripada yang lain oleh mahkamah berbidang kuasa setara tetapi apabila soalan undang-undang yang sama telah dioleh penghakiman mahkamah yang lebih tinggi, tatkala itu peguam sebagai pegawai mahkamah berkewajipan untuk memberitahu kes itu kepada mahkamah kecuali jikalau dia tidak sedar sama sekali akan kes itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Sunday, 17 October 2010

BERTAUBATLAH DSAI, BERTAUBATLAH SEMUA !!!!!




Oleh S Anand Kumar dan Zanariah Abd Mutalib
2010/10/17


PETALING JAYA: Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa dari Pulau Pinang dan Perak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera bertaubat berikutan pelbagai pembongkaran isu moral beliau selain berundur daripada kepemimpinan parti itu.

Kira-kira 60 ahli berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini, semalam untuk menyerahkan memorandum bertajuk ‘Taubat kepada Anwar yang juga Penasihat PKR’.

Penghuni Gua : Bukan orang lain tetapi ahli sendiri. Bukan siapa pun desak. Tetapi kerana mereka telah sedar yang selama ini DSAI telah kencing mereka.

2. Mereka ini anak muda yang tak mahu dikencing lagi oleh ketua agung mereka. Darah muda mereka tak hendak diperlakukan begitu. Mereka telah sedar. Soal keluar parti tidak timbul. Mereka minta DSAI bertaubat sahaja. Tak lebih dari itu.

3. Taubat;lah DSAO sementara masa masih ada. Pengikut yang masih tak mahu sedar dan sebahagianya memang sedar cuma kerana berkepentingan politik membiar sahaja keadaan ini bagi mendapatkan keuntungan politik. Mata dan mata hati mereka ini masih buta dan memang pun mereka nakkan begitu. Biarkan.

4. Mungkin selepas ini, Shamsul AMK yang semput nak pertahankan ketua AMK akan mendakwa dan mencemur anak muda ini dengan mengatakan mereka diupah berdemo dan berbuat demikian. Inilah otak Shamsul. Sama jugalah dengan Saifuddin ( setiausaha sampah tu ) akan berkata , budak muda ini bukan ahli PKR. Tetapi adalah agen BN dan UMNO yang diupah untuk rosakkan PKR ( Memang dah rosak pun parti ini sebenarnya .

5. Syabas anak muda atas kesedaran anda ini. Kepada DSAI, bertaubat;ah sementara masa masih ada. Juga kepada pemimpin dan pengikut PKR yang lain, bertaubatlah. Yang benar, berkatalah benar walaupun pahit. Politik, politik juga, tetapi bab jenayah jangan dibuat main. Mati esok kita juga akan dipersoalkan. Banyak dah petunjuk diberi Allah kalau kita nak lihat. Cukup petujuk Allah kalau kita nak sedar. Kecualilah kita sengaja nak membutakan mata dengan berbagai sebab tentang jenayah yang dilakukan oleh DSAI dalam isu liwatnya.

6. Sedarlah dan bertaubatlah...............Bertaubatlah!!!!

PETA PELAYAR