FOLLOWERS

Friday, 5 November 2010

MP BALING ! BUKA MATA DAN TELINGALAH !!!!





SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?

Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat. Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?

Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun. Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.

Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...


ANAK TOK MUDIM
Baling


Penghuni Gua : Buka mata dan telinga lah MP baling. Takkan cukup dengan doa kepada Allah sahaja. Usaha wajib dijalankan bersama.

2. Dengar rintihan rakyat. Jangan dok asyik ceramah ke hulu ke hilir siang malam. Tetapi kebajikan rakyat tak terbela. Membaca ayat suci penuh mulut tiap kali buka mata, tetapi menterjemahkan ayat yang dibaca kepada tindakan, habok pun tak ada. Cakap bab konsep, kalau pada pemimpin PAS ini jangan cerita lah. Kalah Prof Di Raja Engku Aziz semuanya. Bab kerja hampas.

3. Islam ajar begitu kot.? Islam PAS lah kot !!!!

Nota : Kedah pun banjir besar sekarang ini. Tak dengar cerita pun MB Kedah. Masih membuta kot. Cuba cari juga dalam Harakah mengenai aktiviti MB Kedah dalam membantu mangsa banjir. Tak ada satu berita pun. Mungkin ceramah politi lebih penting dari meninjau masalah banjir dan penderitaan rakyat Kedah kot !!!!

HAPPY DEEPAVALI !!!


Thursday, 4 November 2010

PRK BT SAPI DAN GALAS ! TAHNIAH BN !!!





Meskipun pengumuman rasmi, bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen, Batu Sapi belum dibuat, namun keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional menang di kedua-dua kerusi tersebut.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 8,538 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk edmond Shong. Berita lanjut : KLIK KLIK

Penghuni Gua : Tahniah kepada semua. Tahniah. Syukor kepada Allah di atas semua anugerahnya dan rahmatnya.

2. Teruskan komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara. Cuma satu aje PG nak usulkan agar kerajaan jelaskan mengenai hub hiburan tersebut. kami di luar ini masih tidak faham hujung pangkalnya. Apakah konsepnya. Jangan kerana hub hiburan ini, ia menjadi batu nisan kepada BN dalam PRU 13 nanti jika ia benar seperti yang kebanyakkan orang seperti kami faham.

3. Apa pun, syukur kepada Allah atas kemenangan yang dianugerahknya kepada kita hari ini. Semuga ianya berterusan. Tahniah kepada semua terlibat. Tahniah PDRM atas kerja keras anda semua dalam memastikan kedua PRK ini aman damai dan berjalan lancar.

Nota :BN menang di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.BN menang besar di Batu Sapi.Ia mendapat 9,773 undi,PKR 3,414 manakala SAPP 2,031.Majoriti BN 6,359.Masa pilihanraya umum Mac 2008 majoriti BN ialah 3,708.Sementara di Galas BN mendapat 5,324 undi manakala PAS 4,134.Majoriti BN di Galas ialah 1,190 undi.

PERKASA AND ME : TUN MAHATHIR !!!!!1


Di Petik dari :blog : Tun Mahathir




By Dr. Mahathir Mohamad on November 2, 2010 3:40 PM




1. When the 5th PM took over, it became obvious he was incompetent and unable to govern the country and grow its economy. He was seen as weak by the Malays as well as by the Chinese and Indians. He flipped-flopped, making decisions and policies and reversing them, arresting opposition members under the ISA and then releasing them shortly after, claiming that he wanted to protect them.

2. Extremists among the Chinese and Indians felt they could safely challenge the Government, particularly over racial issues. They demanded that provisions in the Constitution favouring the Malays and the NEP quotas be removed. Even Barisan Nasional partners took up the call.

3. Normally UMNO leaders and UMNO generally would take up the defence of the Malays. But Abdullah as UMNO President and PM was silent (elegant silence) causing the other leaders and members of UMNO to become silent also.

4. As the attack against the Malays escalated and UMNO remained silent, the Malay public felt they were being let down by UMNO. Losing faith in UMNO, they began to set up NGOs to take up the challenges by the Chinese and Indian activists.

5. Perkasa as an NGO gained the most support because the founder was more vocal and willing to take risk and to rebut the views of the Chinese and Indian extremists.

6. Meanwhile Malay support for UMNO was silently eroding. In the 2008 elections the loss of Malay support for UMNO became evident. Many either abstained or voted for PAS.

7. Demands were then made for Abdullah to step down. Najib took over and he tried to regain Chinese support by apparently giving in to Chinese demands on several issues. The new UMNO leadership also opted to remain silent and failed to defend the Malay position. Instead of going back to support UMNO, Malays including UMNO members continue to flocked to Perkasa.

8. In the 2008 elections, many UMNO and BN candidates won only by small margins even in their strongholds. If in the next election defections by even a small number of supporters in some constituencies can result in a reduction of the Barisan Nasional majority or even cause the BN to lose altogether.

9. Because of the poor handling of the Perak crisis, the Chinese who considered the Pakatan Government of Perak as a Chinese Government, swore not to support BN anymore.

10. The situation of UMNO and BN looked bleak. They have not regained the Malay support lost in the 2008 elections and they face the prospect of the Chinese not supporting the Barisan Nasional in the 13th General Elections. Striving to regain Chinese support is not enough. They must also regain Malay support.

11. UMNO may think that all the Malays are supportive of the party. But UMNO cannot be sure of that. Their silence before the 2008 Election was deceptive. We now know that many supported the opposition. Can UMNO disregard or antagonise any Malay group? I think it would be dangerous to do so.

12. Perkasa has not indicated that it is against BN and UMNO. In fact it has hinted that it is for UMNO. Looking at the strength of Malay support for Perkasa antagonising them would not be to the benefit of the Barisan Nasional or UMNO.

13. Perkasa is accused of being racist and should be rejected on that ground. Is Perkasa racist? If anyone cares to study the statement by Perkasa he will not fail to note that it has confined itself to rebutting allegations that the non-Malays have been discriminated against, that the Malays need to retain their present position. If it is really racist then it would be demanding the abolition of the special treatment of the Chinese and Indians in Malaysia. This it has not done except when defending the Malay position.

14. It is illogical to expect that when the Chinese and Indian activists demand for the removal of policies and schemes to help the Malays, they, the Malays should remain silent or to agree. Surely the natural thing for them to do is to defend themselves. If their anointed protector, UMNO, refuses for whatever reason to voice disagreement against the demands of the Chinese and Indians, then the beleaguered Malays will have to find a champion elsewhere.

15. They could form a political party and undermine UMNO. But they did not. The Malays are already fragmented. And so they formed NGOs instead which leaves them with the option to support or not to support UMNO and the Barisan Nasional.

16. True there are a few Malays in Pakatan who seem to agree and support demands to do away with the affirmative action in favour of the Malays. But they are doing this simply to fish for Chinese support for their parties.

17. Whatever may be the feelings of UMNO, I have decided that the NGOs have a big enough following which could do damage to UMNO and the BN in the next election if they want to. Accordingly I have decided to stay close with Perkasa especially and to ensure that it does not swing over to the opposition. I would like to ensure that Perkasa supports the Barisan Nasional in the next election.

18. Does this make me a racist? I had at one time the opportunity and power to be a real Malay racist. But I won elections with strong non-Malay support. In fact in1999 it was Chinese support which gave me my 2/3 majority.

19. I was obviously not regarded as a racist then (except of course by the DAP). So why am I regarded as a racist now when all I want to do is to ensure Malay support for Barisan Nasional parties, especially UMNO.

Penghuni Gua : Hidup PERKASA. Teruskan perjuangan untuk Bangsa Melayu. Jangan mengganggu hak orang lain. Kita perjuangkan hak kita sahaja.

2. Kepada UMNO, ingat ! Kuasa anda sekarang adalah datangnya dari undi Melayu. Bukan dari undi orang / bangsa lain. Jadi dekati Melayu yang begitu setia selama ini. Cara dekati Melayu, salah satunya ialah melalui PERKASA. Jangan memusuhi PERKASA.

3. UMNO jangan jadi bodoh seperti beberapa kerat pemimpinnya yang menjauhi diri dari PERKASA / Melayu. Sampaikan salam PG kepada Ku Nan , Nazri dan KJ. Kepada anda bertiga, jangan hipokritlah. Anda bertiga dah tak releven kepada Melayu. Jom kita sama-sama singkirkan mereka bertiga dalam PRU 13. Tengok apa yang 3 makhluk ini rasakan nanti kerana ketepikan suara melayu.

4. Hidup PERKASA. Hidup TUN Mahathir. Semuga Tun terus dirahmati dan dilindungi Allah senantiasa.

Wednesday, 3 November 2010

BUKAN RASUAH , TAPI ZAKAT !!!! KAH KAH KAH KAH !!!





Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kah kah kah kah kah !!! Selagi hidup, boleh tipu , tipulah. Mungkin Pok Nik tak tahu dan niatnya betul tetapi yang mengatur majlis itu le yang menipunya. Manusia boleh le di tipu tapi di akhirat , bala akan menimpa jua.
2. Rasuah jadi zakat, rasuah jadi sponsor haji. Kalau kena tang kerajaan habis belakang depaqn semuanya rasuah. Buat jembatan , beri bantuan buku, beri bantuan banjir semuanya rasuah. Ape cerite!!!! Kah kah kah kah kah

3. Temberang lah PAS oii selagi boleh temberang dan membelit. Tak ada pulak sebelum ini, orang asli di islamkan diberi duit sebegini. Belitlah selagi boleh!!!! Belit PAS oii, jangan tak belit. Akhirat nanti terbelit juga tengkok dik serban sendiri. Lihat lah nanti.

4. Rasuah jadi zakat, rasuah jadi duit tambang perjalanan, rasuah haji jadi sponsor haji. Kah kah kah kah kah kah kah !!! Gelak lagi, kah kah kah kah kah !!!!!

Nota : Memang le, saudara baru boleh / layak menerima zakat. Isunya niat, masa dan tempat serta keadaan zakat itu diberi. Pusing memang boleh pusing. Nak lepas boleh lepas. Tapi tak ada pulak orang asli di Bt 14 Jeli ke atau kawasan selain Galas je yang di islamkan atau terima zakat. Semua yang asli pun memang layak terima zakat , mengapa tak beri sama? Ada apa-apa kot ??? Kah kah kah kah kah !!!

Tuesday, 2 November 2010

PKR YANG AJAIB !!!! KAH KAH KAH KAH KAH !!!




Oleh Al Kamarol Ab Latif

Seolah-olah seperti kuasa magik, selang beberapa jam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan Datuk Zaid Ibrahim mendahului perebutan jawatan Timbalan Presiden, perangkaan rasmi terbaru menunjukkan pula Azmin Ali yang sebenarnya menguasai undian jawatan tersebut.

Dalam sidang media yang diadakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Azmin sedang mendahului dalam pemilihan timbalan presiden dengan mendapat 3,051 bukannya Datuk Zaid.

Keputusan terbaru Datuk Zaid mendapat 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Difahamkan kononnya kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web parti tersebut dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Mengulas perkara itu bekas pemimpin PKR, Zahid Mat Arip tidak terkejut dengan perubahan tersebut kerana baginya Azmin adalah pakar matematik.

Jelas beliau sebagai pakar matematik sudah pasti Azmin sudah mengajar Setiausaha Agung PKR cara untuk membuat perkiraan.

“Hakikatnya Azmin dalam apa keadaan pun campur, tolak, kali, bahagi dia tetap untung. Orang bergaduh pun dia untung, orang baling kerusi pun dia untung, orang hidup pun dia untung malah orang mati pun dia untung”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi sifir PKR mudah dalam apa keadaan pun perkiraan mesti pastikan Azmin menang dalam merebut jawatan timbalan presiden parti.

“Walaupun undi Azmin kurang pihak setiausaha agung kena buat kiraan Azmin menang. Ini adalah arahan Anwar Ibrahim, sebagai lembu yang dicucuk hidung setiausaha agung, Saifuddin hanya ikut arahan dan laksanakan tugas saja”, ujarnya.

Keadilan bagi Anwar kata beliau lagi ialah hanya untuk untungkan dia dan kelompok dia sahaja.

Penghuni Gua : Kah kah kah kah!!! Ajaib, ajaib, ajaib. Kah kah kah kah kah !!! Itulah keajaiban PKR. PKR dan DSAI yang terajaib. Kah kah kah kah kah !!!! Kejap, kejap menang, kejap-kejap kalah. Kejap kalah, kejap menang. Ajaib, ajaib !!! Kah kah kah kah !!!!

GELI-GELI : LAKONAN DR ZUL GALAS !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

ZAID MENANG, ZAID MENANG, EHHHHH TIDAK , TIDAK .........!!!!




PETALING JAYA: Seperti ada yang tidak kena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masuk hari keempat pada Isnin selepas keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara 'kesalahan manusia'. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sekejap mendahului, sekejap kebelkakang. Sekejap menang, sekejap kalah. Macam ada apa-apa aje. Ada apa-apa kot Saifuddin. Macam nakkan Azmin menang aje.

2. Cakap pemimpin PKR ini bukan main lah. Mengalah semua orang bab bijak bercakap ini. Nak uruskan pemilihan sendiri pun lintang pukang. Ilmu kira-kira pun tak lepas. Itu yang salah kira tu. Tapi kalau dengar mereka bercakap dalam parlimen atau di pentas ceramah. wah, wah , wow, wow, kucing pun boleh tumbuh tandok dibuatnya kerana kagumnya dengan cakap mereka.

3. Akhirnya tembelang dan temberang pemimpin parti sampah ini terdedah jua. Nak ambil Putra Jaya? Nak urus pemilihan pun tak boleh. Ilmu kira-kira pun semput. Cakap aje besar.

4. Kepada Zaid, selamat jalan le Zaid. Jangan harap le nak menang di PKR tu. Mereka pakai ilmu kira-kira baru. Yang menang pun boleh kalah dan sebaliknya.

5. Itulah PKR. Pendek kata, kena kencing lagilah semua pengikut tegar mereka. Tapi padan muka mereka semua, sebab semuanya rela hati untuk meminum air kencing PKR. Kesian !!!!

Monday, 1 November 2010

MEMANG DAP PALING RASIS PUN !!!! TAK GITU ?




DAP hari ini mencabar akhbar Utusan Malaysia supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Setuju benar dengan pendapat Awang Selamat semalam yang mengatakan DAP , parti paling rasis di dunia. Buktinya senang aje !!!!

2. Buktinya satu perkara sahaja. Dulu asal sahaja ada kes remaja memeluk bukan islam memeluk islam samada bawah umur atau dewasa atau sahaja ada perebutan mayat antara islam dan bukan islam , DAP lah melaui Karpal Singh yang riuh rendah. Riuh rendah sebagai peguam dan riuh rendah sebagai orang poilitik. Tak cukup parlimen, di bawa masuk ke parlimen.

3. Cuma sekarang DAP dan Karpal diam sikit mengenai isu ini setelah Tun Mahathir menempelak Karpal dan DAP mengenainya. Menurut Tun Mahathir, mengapa Karpal tak bising bila ada remaja cina bawah umur yang memeluk agama hindu tanpa kebenaran keluarga mereka. Atau remaja bawah umur Tamil yang beragama hindu memeluk agama kristian tanpa pengetahuan dan kebenaran ibubapanya. Begitu juga bila berlaku kematian berkaitan dengannnya. Mengapa Karpal dan DAP tak bising walaupun ianya semua bawah umur dan tidak mendapat kebenaran keluarga?

4. Itu buktinya betapa rasisnya DAP dan Karpal. Itu kata-kata Tun Mahathir kepada Karpal dan DAP pada masa itu. Selepas Tun tempelak mereka , sehingga sekarang barulah tak ada lagi / kurang sangat bunyinya parti dan karpal untuk menyentuh mengenai isu ini.

5. Jadi kalau tak rasis , apa ke namanya itu? Hindu peluk islam , bising, islam peluk hindu, tak bising, buddha peluk islam bising, islam peluk buddha tak bising. kritian peluk hindu tak bising, hindu peluk kristian tak bising. Hindu , kristian peluk islam bawah umur bising !!! Tak ke rasis tu ? Itulah DAP. Mujurnya Tun bijak menangani isu inki dengan tempelak pedasnya sehingga karpal dan DAP terdiam sehingga sekarang . Tak berani lagi nak menyentuh isu ini!!

6. Itu jelah yang PG ingat dan mengapa PG setuju sangat dengan Awang Selamat. Apa yang Awang Selamat sebutkan itu, 12 tahun dulu dah pun di katakan oleh Tun Mahathir. Cuma Awang Selamat mengulanginya agar kita umat melayu tidak lagi diperbodohkan oleh parti dan pemimpin ini.

7. Ada dua tiga makhluk melayu di dalam DAP itu hanya mayat hidup aje. Nampak bayang tapi tanpa kaki pun. Terkontang kanting tak boleh buat apa pun. Hanya wayang sahaja!!! Tak gitu ?

MAAF ! DEMAM PANAS !!!!

MAAF LAH YE !!! DEMAM PANAS . NAK TIDOR DAN BEREHAT SIKIT. URAT TUA , BIASALAH!!!! JUMPA LAGI DALAM 2 HARI . TQ

PETA PELAYAR