FOLLOWERS

Saturday, 4 December 2010

ISA DAN HARAMKAM SAHAJA WAN AZIZAH DAN PKR : DATO MOHD HAFARIZAM !!!!







Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyokong penuh cadangan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berikutan menghina ketuanan Melayu.

Katanya, kenyataan Wan Azizah semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu telah sekali lagi mencabar kedudukan serta hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk ‘entrenched’ yang mana ianya adalah salah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan,” tegasnya dalam wawancara dengan umno-online.com.

Jelasnya, apa yang dikatakan oleh Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus ‘dibakulsampahkan’ merupakan satu bentuk cabaran secara khusus (direct challenge) kepada peruntukan undang-uandang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

“Apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa jua yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, dalam satu kongres yang juga terdiri daripada orang-orang bukan Melayu ianya bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang-orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

“Bagi saya kini sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan orang-orang Melayu bangkit mempertahankan hak mereka sama ada orang perseorangan, badan bukan kerajaan atau orang Melayu dari mana-mana parti politik pun,” katanya.

Maklumnya lagi, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berkaitan dengan kenyataan Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.

“Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan salah satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutaun iaitu Artikel 152, 153 atau 181.”

Maklumnya, Artikel 152 ialah berkenaan sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya dari segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-raja Melayu.

“Maka dengan ini satu laporan polis yang mengatakan bahawasanya satu kenyataan berbentuk hasutan telahpun dilakukan iaitu di bawah seksyen 3 (1) (f) dan boleh dihukum sekiranya disabitkan hukuman mengikut seksyen 4 pada Akta Hasutan 1948.

“Perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Wan Azizah ialah mengandungi kenyataan bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperi mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya iaitu melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.”

Maklum Hafarizam lagi, perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ini ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi Presidennya.

“Untuk itu, perlu juga satu laporan dibuat bersekali atau dalam laporan yang sama kepada Pendaftar Pertubuhan bagi melihat kedudukan PKR kerana telah nyata bahawa mereka memupuk semangat kebencian, prasangka antara kaum dan perlu diambil tindakan yang mana salah satu tindakannya ialah dibatalkan pendaftaran PKR ini.

“Saya juga menggesa Pendaftar pertubuhan selaku pihak yang dipertanggungjawabkan mengawalselia pertubuhan politik dan bukan bukan politik melihat dengan teliti kuasa yang ada padanya agar PKR ini diambil tindakan malahan UMNO sendiri pernah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1987 dan mengapa PKR perlu mendapat keistimewaan seolah-olah mereka kebal?”

Katanya lagi, oleh kerana Perdana Menteri telah menyatakan bahawa jangan dipersoalkan hak keistimewaan Melayu dan disambut oleh pemimpin-pemimpin daripada badan politik, NGO’s dan juga pakar-pakar perundangan maka beliau menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunapakai.

“ISA perlu dilakukan terhadap pemain-pemain utama dalam PKR, DAP ataupun Pas yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana terbukti mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu disebabkan hak-hak istimewa ini,” tegasnya lagi.

Posted by anisahmaisarah at 3:16 AM

Penghuni Gua : Setuju benor. Kepala mereka ini semakin besar. Jangan bercakap sahaja. Kerajaan perlu bertindak sekarang. Bukan amaran demi amaran. ISA dan haramkan sahaja PKR ini. PG sarankan agar pendaftar pertubuhan tidak terus tidor dalam hal ini. Seseorang perlu membuat lapuran polis berdasarkan pandangan Dato Mohd Hafarizam ini.

GELI-GELI PAGI : MB KEDAH TURUN PADANG !!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Bantai le labu. Azizan ni, kalau nampak banjir pun terkial-kial nak celup kaki dalam air. Dia kena belajar cara nak celup kaki dalam banjir dengan DYMM Sultan Ahmad Shah. DYMM lebih dulu sampai tempat kejadian / banjir. Ini tidak!!! Dah kena bantai , barulah terhegeh-hegeh melawat mangsa banjir.

Friday, 3 December 2010

MENGAPA SUKMA, AZIZAN DAN SAIFUL AJE YANG DAPAT NIKMAT DARI MANUSIA " ANUGERAH TUHAN " !!!!!!




Dosa terbesar Mahathir ialah menafikan hak rakyat Malaysia untuk menikmati khidmat seorang pemimpin ‘anugerah Tuhan’ sebagai Perdana Menteri. Pada September 1998, Mahathir yang takut kehilangan kuasa telah melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari ‘anugerah Tuhan’ ini dan sekaligus menyingkirnya dari UMNO. Kerana tulah ini, Mahathir jatuh tersungkur lima tahun kemudian.

Abdullah Badawi yang mengganti Mahathir pun turut tersungkur kerana tidak memberi laluan kepada ‘anugerah Tuhan’. Kini orang ramai tertanya-tanya berapa lama Najib Razak dapat bertahan sebelum tersungkur akibat tulah kepada ‘anugerah Tuhan’.

Ciri-ciri pemimpin ‘anugerah Tuhan’ ini ialah “karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal”. Justeru itu, jawatan Perdana Menteri ialah hak kelahiran ‘anugerah Tuhan’ ini.

Bayangkan jika ‘anugerah Tuhan’ menjadi Perdana Menteri, sudah tentu masalah-masalah negara seperti “kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track record kerendahan moral dan akhlak” dapat diselesaikan dengan mudah. Rakyat akan dipupuk menjadi masyarakat madani. Negara menjadi sebuah Utopia berkat mukjizat ‘anugerah Tuhan’ ini.

Keadilan dan ketulusan akan berleluasa, tidak timbul kisah pemecatan melalui surat palsu. Kebebasan media dinobatkan tanpa ganggu-gugat dari “Empat Budak Melayu”. Harmoni antara kaum akan membungar hasil usaha Biro Tata Negara. Suruhanjaya Pilihan Raya diperkemas supaya pemilihan dapat diadakan tanpa kepincangan, penyelewengan dan tuduhan berat sebelah. Pelaburan terus luar negara, terutama dari Timur Tengah, akan mendadak naik.

Pemimpin ini ialah anugerah Tuhan kepada semua rakyat Malaysia. Di mana keadilan jika setakat ini hanya Azizan, Sukma dan Saiful Bukhari sahaja yang dapat menikmati anu ‘anugerah Tuhan’ ini?


Sharifuddin Said
Ipoh, 1 Disember 2010


Penghuni Gua : Mengapa ya ? Hanya Saiful, Azizan dan Sukma Dermawan sahaja yang mendapat nikmat dari manusia anugerah Tuhan ini? Mengapa tidak kita ?

2. Bertuahnya mereka !!! Keh keh keh keh keh keh !!!!! Itulah dosa Tun Mahathir. Dosanya kerana menyekat kita semua dari mendapat nikmat dari " anugerah Tuhan " ini. Kih kih kih kih !!! Tak gitu ?

Nota : Kesian juga Kak Jah tu. Asyik buat lawak aje sengkek aje. Tak habis-habis. Kesian juga. Kesian juga, kesian juga : orang lain bermadukan wanita, Kak Jah pulak bermadukan lelaki. Itu lagi lawak !!!!!

PUAKA DEMO : TAK KE BODOH SOMBONG PUAKA INI ?





Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta dua perhimpunan yang akan dilakukan di ibu negara Ahad ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tindakan tetap akan diambil terhadap wakil rakyat mahupun pemimpin negeri yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah jenis puaka demontrasi. Tak ada kerja lain , kira nak berdemo aje. Menyusahkan kita semua sebagai pengguna jalanraya. Ini jenis orang yang cuma mementingkan diri sendiri.

2. Mereka hanya tahu untuk untungkan politik mereka aje. Cakap aje untuk kepentingan rakyat. Amalannya hampas.

3. Kalau ye pun nak hantar memorendum takkan bodoh sangat mereka ini. Ini zaman sains dan teknologi dan multimedia. Apa perlu nak berdemo dan berkumpul depan istana negara ini. Hanya untuk serah memorendum bukan perkara susah kecualilah untuk kepentingan politik.

4. Kalau takat nak serahkan memo apa perlu berdemo? Tak boleh ke gunakan saluran lain?. Pos aje memo tu. Pos pun berbagai kaedah. Guna pos laju ke, pos register ke atau Ekspress register. Atau pun guna " curier service ". Ada ;lagi jalan lain seperti email, mms, sms, blog, twitter, my space, facebook dan berbagai saluran lagilah.

5. Sebagai MB , apa salahnya serahkan memorendum kepada DYMM Sultan atau kepada DYMM Agung semasa Persidangan Majlis Raja-Raja. 3 bulan sekali Majlis Raja-Raja bersidang. Susah ?

6. Kecualilah mereka ini munafik dan hanya nak memperolehi dan bertujuan politik dan mengencingkan rakyat terbanyak. Penyokong mereka yang buta kayu tu, bolehlah mereka kencing tetapi bukan kami !!!! Tak gitu ?

NOTA-NOTA LAMA : PERLEMBAGAAN 1


1.Apakah perlembagaan.

Dokumen atau sekumpulan dokumen yang mengandungi sebahagian besar peraturan (rules) pemerintahan sesebuah negara.Ciri-ciri utama peraturan atau system kerajaan.

Secara umumnya di Amerika perlembagaan bererti kebebasan bersuara,due process of law dan perlindungan yang sama dibawah undang-undang.

Ianya struktur pemerintahan sesebuah kerajaan ( The framework of the government).

Walaupun perlembagaan berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara lain ,ianya mengandungi dua ciri umum :

Undang-undang asas sesebuah negara (fundamental law).Organ utama sesebuah kerajaan dengan kuasa,skop dan tatacara parlimen

Undang-undang tertinggi (a kind of higher law). Mengatasi undang-undang lain dan tidak senang di pinda kecuali dengan tatacara khas. Dalam banyak negara mahkamah memutus sesuatu undang-udang tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan.

Contoh di Malaysia pindaan keatas hak istimewa orang Melayu boleh dibuat dengan persetujuan peringkat berikut :

Bill ---------Dewan Rakyat-------Dewan Negara--------Agong ---------Majlis Raja-raja.

Proses ini selalunya tidak senang di capai.

It is intended to state supreme rules of law.

Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa executive,perlimen dan kehakiman serta perhubungan mereka.

Semua perlembagaan memberi kebebasan seperti bercakap ,berugama tetapi dengan beberapa sekatan.

Banyak perlembagaan yang ideal mengandungi preamble (pendahuluan) tentang tujuan perlembagaan tersebut.Preamble ini akan menjelaskan bahawa perlembagaan adalah legal dokumen,Supreme law of state, menyatakan peraturan undang-undang dan tidak menerangkan pendapat,aspirasi ,arahan atau polisi.
Pada peringkat politik perlembagaan menerangkan penempatan kuasa politik didalam negeri,peraturan menggunakan kuasa tersebut dan batasannya.Ianya menerangkan perkongsian kuasa atau pemisahannya .Contohnya adalah kuasa executive,parlimen dan mahkamah. Di Malaysia kuasa mahkamah adalah berasingan.

Ianya juga menerangkan bagaimana sesuatu undang-undang itu diluluskan.

Pada peringkat ideology perlembagaan membekalkan falsafah,asas dan teras nilai sesuatu masyarakat.
Ianya juga menerangkan kedudukan seseorang itu didalam sesebuah negara.Memberi kebebasan dan batasan serta tanggungjawab.

Tidak ada best model atau prototype perlembagaan di dunia.


2. Klassifaksi perlembagaan.

Bertulis.

Perlembagaan bertulis adalah dokumen yang di fomula khas (special formulated).Undang-undang tertinggi dan panduan kepada pembentukan undang-undang lain. Bertentangan dengannya adalah tidak sah melalui proses judicial review.Tidak senang di pinda dan rigid.

Perkara negative .

Menyukarkan sebarang pindaan dibuat untuk faedah raykat.Contohnya social security law,minimum wages,anti-monopoly. Semua perkara ini bertentangan dengan hak asasi.

Tidak bertulis.

Terdapat di England.Perlembagaan datang dari berbagai sumber.
Sumber itu seperti :

• Historical Document
• Akta Parlimen
• Delegated Legislation
• Common Law
• Costitutional Convention
• Law and Custom of Parliament
• Jurictic or scolarly texts and opinions.

Parlimen dan bukan perlembagaan adalah tertinggi (supreme).

Perlembagaan senang di pinda.Tiada judicial review pada akta.

Tidak ada perbezaan diantara perlembagaan dan undang-undang biasa.

3. Kebebasan berugama di Malaysia.

Tertakluk kepada 3 sekatan.

3.1 Tidak boleh menggangu ketenteraman
3.2 Tidak menggangu kesihatan
3.3 Tidak boleh menyentuh moral.
4. Pindaan penting pada perlembagaan Malaysia.

1983/1984 –Tidak perlu mendapat kelulusan Agong dalam membuat undang-undang.

1994 -Remove immunity raja-raja dalam hal yang bersangkutan perkara peribadi dan bukan atas jawatan.

5. Proses membuat undang-undang di Malaysia.

Bill -------Dewan Rakyat-----Dewan Negara-------Agong ----------Gezat


6. Natural Justice.

Rules against bias (Nemo judex in cause sua)

Rule of hearing (ardi alteram partem).

7. Appeal (rayuan).

Tidak hak rayuan di bawah perlembagaan. Ianya adalah satu perkara khusus dibawah undang-undang tertentu.

8. Perbezaan review dengan appeal.

Review hanya melihat soal undang-undang dan fakta.Manakala rayuan adalah berkaitan dengan fakta dan bukan undang-undang.

9. Sistem perlembaaan di Malaysia.

Executive
Legislative
Judiciary (indepandant)

Di Amerika semua ini berasingan.
Power is autocratic
Authority is power derive from the law.

Penghuni Gua : Ini adalah nota-nota lama PG berkaitan perlembagaan. Bolehlah untuk sedikit sebanyak untuk kita sebagai awam ini untuk memahami secara kasar mengenai perlembagaan. Tq

Thursday, 2 December 2010

SIAPA PROF MANGKOK INI ?





Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Dr Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz (kanan). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wah cukup ganas mulut Prof politik ini mengulas mengenai isu orang cina jadi TPM. Prof ini lagak aje lebih dan asyik bercakap dengan berselindung di sebalik jubah Prof aje !!!

2. Prof ini meminta kita semua mencuba Perdana Menteri Cina untuk memerintah Malaysia. Kerana katanya menurut logik golongan minoriti lebih " circumscribed ". Untuk makluman Prof manbgkok ini, bernegera ini bukan boleh mencuba-cuba. Silap cuba jahanam negara dibuatnya. Ini bukan nak main pondok-pondok. Roboh , boleh buat kembali pondok tu. Ini bernegera. Macam juga kita beristeri dan berkeluarga. Bukan boleh main cuba-cuba.

3. Apa salahnya dengan kerajaan sekarang? Prof ini mengecam Tun Mahathir kerana Tun dikatakannya membuat dosa selama 22 tahun pemerintahannya. Apa dosa Tun ? Juga apa pulak jasa Prof ini selama ini. Hanya yang boleh dibanggakan ialah menjadikan pelajar undang-undang UIAM pembangkang. Merosakkan kepala budak-budak beringus UIAM dengan membelitkan fakta undang-undang mengikut tafsiran serong prof ini adalah.

4. Prof ini mengatakan Tun Mahathir telah menghapuskan kuasa DYMM Agung dan DYMM Raja-Raja Melayu ( kalau ikut pemimpin PKR mungkin tak boleh panggil Raja-Raja Melayu tetapi diubah menjadi DYMM Raja-Raja Malaysia kot ). Fakta ini pun Prof ini selewengkan. Kekebalan DYMM Raja-Raja masih tidak berubah dan tak pun dihapuskan oleh Tun Mahathir. Ia masih kekal kebal seperti dulu. Cuma orang seperti Prof ini sahaja yang membelitkan faktanya.

5. Yang sebenarnya, Tun Mahathir hanya menghapuskan kekebalan DYMM Raja-Raja dalam hal yang berkaitan mengenai jenayah dann isu peribadi yang melibatkan DYMM Tuankku sahaja. Tetapi perkara yang DYMM Raja-Raja lakukan atas kapasitinya DYMM Raja-Raja Melayu di negeri pememrintahan takluknya masih dilindungi dari tindakan undang-undang oleh sesiapa jua pun. Tetapi yang bersangkutan atau atas kapasiti peribadi seperti saman hutang dan sebagainya adalah tertanggung atas batang tubuh DYMM Raja-Raja Melayu sendiri. ( Itu bahasa orang kampung seperti saya lah , bukan apa bagi semua faham ).

4. Kuasa memperkenankan satu-satu rang undang juga prof ini cuba membelitkan faktanya. Tun Meminda kuasa ini hanyalah bagi maksud melicinkan perlaksanaan perancangan satu-satu perkara yang kerap kali tertangguh atas berbagai sebab oleh DYMM Raja-Raja masa itu sehingga mengganggu dan tergendalanya perkara-perkara yang mustahak dan memerlukan tindakan segera atas faktur keselamatan dan kepentingan negara. Ia dibuat begitu berhati-hati dan bukan disalahgunakan secara membabi buta. Jadi setakat ini tak ada lagi salahguna kuasa oleh kerajaan dari pengurangan kuasa DYMM Raja-Raja tersebut. Ianya masih berjalan seperti dahulu kerana platform majlis Raja-Raja masih bersidang dan pandangan serta perkenan DYMM Raja-Raja Melayu masih diperlukan dan tidak pernah dipinggirkan sehingga kini.

5. Jadi apa masalahnya , yang prof mangkok ini nak mengecam Tun Mahathir. Prof ini rela menjual melayu kerana otak beliau pun bukan betul pun sebab telah bias atas kepentingan politik beliau. Kiat semua tahu, di mana pletform prof ini berjuang. Beliau adalah penasihat utama kepada DSAI dan PKR secara tidak langsung. Semua yang PKR dan DSAI lakukan semuanya benar pada pandangan prof ini hatta menjual bangsa sendiri pun,

6. Bukan main beliau memuji KM perkauman Lim Guan Eng ini. Kononya tak berdosa langsung berbanding Tun Mahathir. Mungkin Prof ini buta dan pekak kerana ia telah dibutakan dan dipekakkan oleh air kencing pemimpin PKR yang kerap dan saban hari mengencing penyokong dan pendokong nya.

7. Tak gitu? Sudah lah Prof!!! Baik prof nilaikan diri sendiri dulu . Baik sangatkan prof ini. Nampak macam serba tahu. Tapi hampas pun. Tanyalah prof lain di fakulti undang-undang UIAM. Mereka pun sama menyampah kepada hang !!!! Tak gitu ?

Nota : Nak tanya juga Prof ini : tunjukkan mana satu pemimpin DAP atau pemimpin cina dalam PKR yang pernah sekali ( sekali aje cukuplah ) menghormati perlembagaan? Cuba tunjukkan prof kalau ada? Mungkin prof ini dah buta barangkali !!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : NILAI KETERANGAN !!!!


[1995] 3 MLJ 445
Asiatic Development Bhd & Anor v Balachandar a/l Palanysamy
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
M–02–16–95

Judges SITI NORMA YAAKOB JCA
MAHADEV SHANKAR JCA
ABDUL MALEK J

Date 16 AUGUST 1995
Citation [1995] 3 MLJ 445


Catchwords:

Evidence — Fresh or further evidence — Admission of fresh evidence on appeal — Application to adduce — Evidence not in existence at time of hearing — Whether evidence of opinion admissible — Whether evidence credible and would influence decision .

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 8 Mac 1991, suatu kemalangan jalanraya berlaku di Batu 23, Jalan Tebong, Melaka di antara sebuah van dan sebuah motosikal (‘kemalangan itu’). Van itu kepunyaan perayu pertama dan dipandu oleh perayu kedua. Penentang adalah penunggang motosikal berkenaan. Penentang telah memfailkan suatu guaman sivil di Mahkamah Tinggi Melaka. Salah seorang saksi yang dipanggil adalah sarjan yang telah menyiasat kemalangan itu. Dalam keterangannya, beliau mengatakan bahawa beliau menjumpai beberapa kesan calar berhampiran dengan tengah jalan di mana motosikal itu jatuh.

Tetapi semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balasnya, beliau mengatakan bahawa kesan itu terdapat sebelum kemalangan dan oleh itu tidak diakibatkan oleh kemalangan itu. Mahkamah Tinggi telah memberikan penghakiman pada 24 Disember 1994 dan suatu rayuan telah dibuat ke Mahkamah Rayuan. Pada 25 Januari 1995, perayu kedua telah didakwa di mahkamah majistret kerana memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang wajar berkaitan dengan kemalangan itu (‘perbicaraan jenayah itu’). Sarjan yang sama telah memberi keterangan. Peguam perayu mengatakan bahawa semasa pemeriksaan balas, sarjan itu telah memberi keterangan bahawa kesan calar itu diakibatkan oleh kemalangan itu dan bahawa itu bercanggahan dengan keterangannya yang lebih awal. Peguambela perayu memohon untuk mengemukakan keterangan sarjan di dalam perbicaraan jenayah itu sebagai keterangan baru di dalam rayuan ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

Keterangan sarjan mengenai masa bila kesan calar itu terjadi adalah pendapatnya sendiri dan secara teknikal tidak boleh diterima kerana tiada keterangan untuk menunjukkan bahawa keterangan itu sebenarnya betul. Keterangan itu mungkin boleh diterima kerana ianya tidak boleh didapati semasa perbicaraan sivil. Walau bagaimanapun, kerana keterangan itu tidak mungkin mempengaruhi hakim perbicaraan dan pendapat sarjan itu subjektif yang bermakna bahawa mahkamah perlu membuat keputusannya sendiri, keterangan itu tidak boleh diterima.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Wednesday, 1 December 2010

SE EKOR KAMBING YANG BERJAYA DIHITAMKAN PKR !!!!!







SHAH ALAM: Bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor,Mohd Yahya Mat Shari diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh memanggil Mohd Yahya Mat Shari untuk membela diri selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dijawab tertuduh.

Mohd Yahya, 43, didakwa menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis tersebut yang diadakan bagi meraikan pemerintahan Pakatan Rakyat yang mencecah hari ke 100. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nasib kau lah labu. Kalau dalam PKR beginilah. Banyak contohnya. Siapa-siapa berhajat nak jadi kambing yang dihitamkan oleh kencing pemimpin PKR , silalah sertai parti sampah ini !!!

2. Tak gitu ? Nasib kau lah labu !!!!

ANWAR ANUGERAH TUHAN : SELOKA UNTUK DSAI DAN KAK JAH !!!





“Anwar ANUGERAH TUHAN”
KATA ISTERI YANG TAK KERUAN
KONON BERJUANG UNTUK KEADILAN
AHLI SENDIRI MEMPERTIKAIKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
PENYOKONG SETIA TURUT MENGANGGUKKAN
TERLALU OBSES DENGAN IMPIAN
PUTRAJAYA JADI IDAMAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
AMBOI BEGITU HEBATNYA PUJIAN
PARTI SENDIRI TAK KETAHUAN
INIKAN NAK PERINTAH SATU KERAJAAN
“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
KE SANA KE MARI HEBOH SAKAN
SATU DUNIA DIA JAJAKAN
KONON ‘BN’ ZALIM DALAM PEMERINTAHAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
BANGGA SEBAGAI PEMIMPIN PAKATAN
KIT SIANG, HAJI HADI BERI LALUAN
WALAUPUN KERUSI TAK BERKECUKUPAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
GELI GELEMAN SELURUH BADAN
KES PERIBADI DIA LEWATKAN
KES ORANG LAIN DIA SIBUKKAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
PARTI KRONI DIA ASASKAN
JANGAN USIK SIORANG KANAN
KELAK TERSINGKIR MACAM SIPOLAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
SIVAJI THE BOSS JADI MAINAN
MENCATUR PEMIMPIN MASA HADAPAN
HABIS BERCELARU PARTI KEADILAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
TIMBUL PULA RASA KASIHAN
KONGRES AMK TAK DAPAT SAMBUTAN
BAGAIMANA MEMBINA PEMIMPIN LAPISAN?

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
CETUSAN NALURI ISTERI KESAYANGAN
KETUANAN MELAYU KINI DIKETEPIKAN
SEBAGAI STRATEGI MENENTU KEMENANGAN

“ANWAR ANUGERAH TUHAN”
ANAK BERANAK DALAM PIMPINAN
ANGGOTA LAIN CUMA TEMPELAN
SIAPA KOMPLEN HARUS DISINGKIRKAN

BENAR, “ANWAR ANUGERAH TUHAN”
UNTUK DI JADIKAN BATU SEMPADAN
OLEH SEMUA INSAN-INSAN
AGAR TIDAK TERSESAT JALAN

Sharudin Abdullah
Bandar Baru Bangi, Selangor.


Penghuni Gua : Tahniah Sharudin atas nukilan seloka ini. Ada kelas. Baiknya kalau kak Jah dan pemimpin dan macai-macai PKR menampal seloka ini di dahi mereka. Keh keh keh keh keh keh !!! Tak gitu ?


" KURA-KURA DALAM PERAHU
PURA-PURA TAK TAHU"

PANAS !!!: KERA MENGAMUK DI DUN PERAK !!!!!



Penghuni Gua : Samseng tahi kucing. PG cadangkan kera ini di hantar ke Parlimen Taiwan . Bagus dihantar ke parlimen Taiwan. Seba di sana lagi banyak kera ganas yang saban hari bergaduh di parlimen nya. Kera di sana bertaraf gangster. Lepas tu, boleh tengok, kera DUN Perak ini boleh angkat muka ke tidak di parlimen Taiwan tu !!!!!! Tak gitu ?

PETA PELAYAR