Thursday, 15 January 2009

NOTA : PERUBAHAN GLOBAL DAN KESELAMATAN

Definisi Realisme

Realisme merupakan teori dalam ilmu hubungan internasional yang cukup populer. Berbagai perkembangan mutakhir pemerintahan Amerika Serikat dibawah Presiden George W Bush menunjukkan realisme politik muncul lagi.Realisme mementingkan keselamatan negara dan kuasa. Penyumbang kepada teori ini, seperti E.H. Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau mendakwa bahawa negara-negara hanya menjaga kepentingan diri, dan merupakan watak rasional mencari kuasa, yang ingin memaksimumkan keselamatan diri serta peluang meneruskan kewujudan diri. Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap negara (bertentangan dengan fahaman idealistik).

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, terdapat pelbagai aliran yang bersaing menggunakan nama "liberal" dan berkemungkinan mencadangkan polisi yang berlainan, tetapi secara umumnya mereka bersetuju untuk prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan bersuara , batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan .Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari zaman kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.

Negara liberal moden awal adalah US, yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah.

Unsur-unsur dan sejarah liberalisme

Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin, " Liber " yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan. Selepas kejatuhan empayar Roman, pendapat liberalisme tidak cergas di sepanjang zaman gelap di Eropah.Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus. Kemudian Machiaveili mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16.

Makna liberal telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" Maksud "mengemari kebebasan dan demokrasi" mula digunapakai di dalam bahasa Inggeris sejak tahun 1801 dan berasal dari perkataan Perancis libéral, mengikut Oxford English Dictionary. Perkataan Perancis itu "pada mulanya digunakan di dalam bahasa Inggeris oleh musuh Inggeris (selalunya di dalam bahasa Perancis dengan gambar ketiadaan undang-undang di luar negara". Dari rekod bahasa Inggeris awal: "Kepupusan kebebasan dan setiap idea liberal yang berkaitan

Perang kemerdekaan US telah menyebabkan tertubuhnya negara yang pertama untuk merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, di mana kerajaan dibina dengan kerelaan yang ditabir. Elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi Pranchis cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal. Ahli-ahli ekonomi seperti Adam Smith (1776) pula mengambarkan prinsip-prinsip liberal di dalam perdagangan bebas. Perlembagaan Spanyol 1812 yang dirangka mungkin adalah yang pertama menggunakan perkataan liberal di dalam maksud politik sebagai kata nama. Pengarang-pengarang ini menamakan diri mereka sebagai " Leberales ", untuk menunjukan penentangan mereka kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol.

No comments:

Post a Comment