Monday, 26 January 2009

POST MORTEM KUGAN - PEROMPAK KERETA MEWAH

Post Mortem kedua : Kugan - Penyamun kereta mewah.

Pada pandangan saya Post Mortem kedua mayat PEROMPAK kereta mewah kali kedua adalah tidak perlu . Ini kerana beberapa sebab:

. Sekira anggota polis yang disyakki membunuh ? atau mencederakan / mendera Kugan dikenalpasti dan dituduh di mahkamah pastinya berlaku kompilikasi . Ini kerana lapuran mana yang perlu dipakai. Lapuran pertama atau kedua. Lapuran pertama post mortem yang dibuat oleh Patologist hospital kerajaan adalah sah dan merupakan satu lapuran pakar. Lapuran pertama mengatakan penjenayah berkenaan mati disebabkan paru-paru berair. Lapuran berkenaan benar. Sekiranya ada kelihatan / dan memang kelihatan dibahagian tengkuk dan belakang penjenayah berkenaan kemungkinan ia didera tetapi ia adalah isu yang berlainan. Lapuran beliau mati kerana paru-paru berair adalah sah dan pihak saya percaya terdapat dalam lapuran patologist berkenaan tentang kesan-kesan calar dibahagian tengkuk dan belakang penjenayah berkenaan. Anggota polis yang dikatakan mendera Kugan boleh dituduh hanya mencederakan Kugan dan bukan membunuhnya. jadi sebab kematian adalah sah kerana ia adalah lapuran pakar.
. Lapuran post mortem kedua tidak akan diterima oleh mahkamah kerana ia dibuat bukan di atas permintaan pihak polis atau pegawai penyiasat. Dan juga di dalam post mortem kedua pegawai penyiasat kematian Kugan tidak dipanggil untuk menyaksikan post mortem ini. Sudah pasti lapuran ini akan dipertikai oleh peguam dan hakim.
. Sekiranya lapuran post mortem kedua akan mengatakan penjenayah Kugan mati kerana didera bukan kerana paru-paru berair , maka lapuran mana akan diterima. patologist pertama akan mempertahankan lapuran beliau. Walau bagaimana pun saya percaya lapuran kedua juga oleh patologist yang berlainan akan memberikan sebab kematian yang sama ke atas penjenayah ini iaitu disebabkan paru-paru berair. Saya yakin di atas perkara ini.
. kejadiaan keluarga , saudara mara penjenayah ini dan juga 2 orang Tim. Menteri yang menyerbu bilik mayat , ia amat dikesali dan amat memalukan. Sepatutnya 2 Tim. menteri ini menasihat keluarga penjenayah ini agar jangan menyentuh barang bukti tanpa kehadiaran pihak pegawai penyaiasat. Dengan pencerobohan ini, bahan bukti telah diganggu dan ini akan memberi peluang kepada anggota polis yang dituduh membunuh ( saya percaya ini hanya andaian ) akan mempunyai alibi dan alasan yang kuat. Ini kerana dengan pencerobohan ini alibi yang akan digunakan oleh anggota polis ini ialah kesan-kesan-kesan deraan yang terdapat pada tubuh penjenayah ini mungkin diibuat oleh keluarga penjenayah ini semasa pencerobohan tersebut. Alasan ini kuat kerana tiada pegawai penyiasat hadir di bilik mayat berkenaan. Mahkamah kemungkinan menerima alasan ini kerena rantaian keterangan terganggu.
Dengan sebab di atas saya percaya kes ini semakin sukar dan jika anggota polis berkenaan mungkin akan dituduh kerana mencederakan penjenayah ini kemungkinan kes akan dibuang dan jika ini berlaku sekali lagi pihak kerajaan dan pihak polis dipersalahkan.
Sepatutnya 2 Timbalan Menteri ini dapat menjadi orang tengah antara keluarga penjenayah dan pihak polis. Tetapi dalam kes ini 2 Tim. Menteri berkenaan bertindak seolah keseluruhan pasukan polis dan pihak Patologist berkonspirasi untuk mengenakan penjenayah ini dengan menyorok dan mengubah lapuran post mortem. Patologist adalah mereka yang profesional. Tetapi disebabkan ingin menjadi juara kaumnya 2 Tim. Menteri ini bertindak seperti pembangkang dan meludah kepada badan penguatkuasa utama negara denga begitu rendah sekali tarafnya. Ini sehingga ke tahap supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan. Sebenarnya perkara ini tidak perlu.
Tahniah kepada Ketua Polis Selangor di atas ketegasan dan memberikan momentum yang sama dan isu ini. Juga kepada Tan Sri Ketua Polis Negara yang mempertahankan pihak polis dari isu ini secara profesional. Dan sekalung tahniah dan kebanggaan saya di atas ketegasan Menteri Dalam Negeri yang konsisten dalam mempertahankan PDRM. Prinsip pukul anak , biar di dalam rumah telah di pakai oleh YB Menteri. YB Menteri Dalam Negeri inilah satu-satunya yang dilihat mempertahankan PDRM dengan begitu profesional walaupun baru memegang jawatan berkenaan. Tahniah Dato Sri.
Kepada semua rakyat Malaysia , jangan jadikan penjenayah sebagai hero atau robin Hood moden bagi mendapatkan kredit dari segi politik. Ianya akan nampak kita begitu dangkal dalam berpolitik dan nampak begitu murah sekali cara untuk meraih populariti. Sekali imbas tindakan 2 Tim Menteri ini seolah kita berada dan menuntun cerita hindustan atau Tamil iaitu kisah yang berlaku di India. Ingat ini Malaysia. Undang-undang adalah yang tertinggi dan mengatasi sesiapa sahaja.
Nota : Pada 27 Jan 2009 Utusan Malaysia melalui halaman rencana ada menyiarkan pendapat yang dikira sama dengan penulis. Lihat pautan atas tajuk Jangan ada bertindak jadi hero kes kematian Kugan.

No comments:

Post a Comment