Sunday, 18 January 2009

SIME DARBY DAN........

Alahai Sime darby. Tak habis-habis nak menyusahkan kerajaan. Janganlah nak jadi duri dalam daging kepada kerajaan. Banyak lagi yang kerajaan nak fikir untuk bangunkan negara dan rakyat. Cadangan-cadangan anda inilah yang menyebabkan orang marah pada kerajaan. Kalau bercadang dan mempunyai idea baru dalam usaha nak kembangkan perniagaan anda carilah idea yang tidak memusnahkan apa-apa projek yang telah kerajaan bangunkan dengan susah payah.KLIA adalah lapangan terbang terbaik di rantau ini. Pengujudannya dan tujuan ia dibangunkan adalah untuk jangka panjang. Ianya belum digunakan secara maksima. Jangan merencatkan kemajuan dan falsafah mengapa ianya dibina dengan cadangan-cadangan yang akan membebankan kerajaan dan rakyat di masa hadapan. Arahkan dan perah otak pegawai-pegawai di Sime Darby yang dilihat bijak pandai agar memikirkan bagaimana penerbangan tambang murah tersebut boleh digabungkan dengan KLIA agar ia terus menjadi HUB bagi semua entiti perniagaan dan aktiviti di rantau ini. Gunakan KLIA semaksimanya. Misti terdapat jalan dan kaedah bagaimana untuk menyerapkan perkembangan penerbangan tambang murah kedalam KLIA. Jangan fikirkan duit tanpa fikirkan kerajaan dan rakyat terbanyak. Sepatutnya entiti anda menjadi aset dan bukan liabiliti kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment