Monday, 12 January 2009

UTUSAN MALAYSIA 12 JAN 2009

RENCANA PENGARANG

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

ISRAEL sudah jadi binatang. Mereka menggunakan bom mengandungi bahan kimia fosforus putih untuk menembak ke arah Gaza, penempatan yang terpadat di dunia. Bukan sasaran Hamas sahaja yang terkena, bahkan orang awam pun menerima akibatnya.Ini bukan lagi peperangan menentang musuh. Israel jelas mahu membuat penghapusan etnik. Israel sudah gila, sama seperti Hitler gila membunuh jutaan orang Yahudi.Bom fosforus (atau dikenali di kalangan tentera sebagai bom WP) itu boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian kerana ia boleh membakar sedalam-dalamnya tubuh badan.Setakat ini Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan secara besar-besaran bom jenis ini.Manual tentera AS, ST 100-3 Battle Book sendiri menyatakan bahan itu dilarang digunakan semasa peperangan darat ke atas sasaran.PBB, setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membantah penggunaan bom itu.Benarlah kata pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal, Israel sedang melakukan holocaust di Genting Gaza.Malangnya, dunia masih buta.
Awang

No comments:

Post a Comment