Tuesday, 24 February 2009

12 FEB 1964 : TARIKH YANG TIDAK PERNAH DIINGAT



Baru bangkit dari tidor. Letih baru habis kelas. Cuma terlintas difikiran bila bangkit dari tidor, sudah 12 hari terlepas hari kelahiran isteri . Inilah masalah Penghuni Gua sejak dulu kala. Tarikh kelahiran isteri anak-anak dan tarikh lahir sendiri pun tak pernah diingat. Itulah satu kelemahan yang tidak pernah dapat dibaiki oleh Penghuni Gua.


Jadi kepada isteri di Melaka , selamat menyambut hari kelahiran yang ke 45 tahun. Semuga terus sihat dan sabar le banyak-banyak dalam melayan kerenah suami yang sedikit nakal dan kadangkala yang baran sikit. Itulah saya. Samada kurang , kelemahan atau kelebihan, itulah saya. Terimakasih kerana telah melayan dan menjaga saya selama ini, yang sudah masuk 22 tahun. Juga terimakasih kerana masih terus menjaga saya dan anak-anak saya. Didoakan terus sihat dan sejahtera selalu dan maafkan kerana masalah/ kelemahan saya yang begitu pelupa tentang angka ( matematik semasa SRP hanya dapat 8 aje ).


Tarikh -tarikh lahir keluarga Penghuni Gua. ( dicatit di sini supaya tidak lupa ):

i. Penghuni Gua : 31 OKT 1960.
ii. Isteri: Nor Anisah Bt Othman .12 FEB 1964
iii. Anak-anak :
a. Nor Dalila Diyana : 12 Mei 1987.
b. Nor Liyana Sanaa :8 Jan 1990.
c. Noor Saddam Marwan : 4 Apr 1994.
d. Noor Matta Simmia : 23 Apr 1997


Kepada isteri di Melaka, hujung minggu ni kita raikan hari kelahiran dengan makan pagi di Restoran MEE BODOH di Tengkera Melaka dan juga makan di restoran RAJA ROTI CANAI dgn KARI KEPALA IKAN JENAHAK DI DEPAN MASJID BERUANG , MELAKA. Kita makan puas-puas. Bravo.

Kepada pembaca juga , jika anda melawat Melaka dan tidak menjamu selera di gerai MEE BODOH di Tengkera, bermakna kunjungan anda ke Melaka tidak sempuna. ( Kandungan Mee Bodoh ialah : MEE DAN TOGEH AJE, Tapi sedapnya wowwwwwwww. )Amaran jika anda makan di gerai ini : LEPAS MAKAN TERUS ANGKAT PUNGGUNG. JANGAN DUDUK BERBUAL, MARAH CUSTOMER LAIN. MASA KITA MAKAN DAH ADA PELANGGAN LAIN YANG BERDIRI DI BELAKANG KERUSI KITA. Jadi ingat amaran Penghuni Gua itu untuk elak pergaduhan.

2 comments:

  1. emmm baru nk ingat trikh lahir mak ye.....nsib baik la tarikh lahir mak dan anak-anak bah tu betul...kalu tak betul maknanya tak ambil tau la tu...hehehe...jangan lupa janji abah nak ajak kitaorang makan mee bodoh...anak-anak abah ingat janji abah tu....

    ReplyDelete
  2. memang abah banyak lupa pon..
    kalu dah tulis kat dalam blog ni hari jadi kami..
    hmmm..tak tau la nak cakap..hhuhuhuhh

    ReplyDelete