Wednesday, 25 February 2009

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti




Feb 25, 09 3:31pm


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Berita lanjut :.....

Penghuni Gua : Wow !! banyaknya wang kerajaan !!!!!!!. Kepada SPRM cepat mulakan siasatan. Ini kerana ia melibatkan dakwaan ke atas pemimpin negara dan repot polis juga dibuat oleh pemimpin juga. Tumpuan siasatan ialah siapa yang membuat tawaran tersebut dan adakah benar dakwaan tawaran tersebut. Jika benar teruskan pendakwaan. Jika lapuran 2 adun berkenaan tidak benar maka tuduh kedua-dua mereka kerana membuat lapuran palsu. Ini adalah kes mudah. Jika mereka membuat dakwaan dan lapuran maka mereka misti sudah ada sebahagian bukti( bukan hanya keterangan dengar cakap ), dan mereka misti dipertanggungjawab atas lapuran polis yang dibuat. Tindakan tegas juga wajib diambil terhadap 2 wakil rakyat ini jika tidak dapat membuktikan dakwaan mereka.

Ini kerana sudah menjadi trend kepada sekarang, tanpa berfikir panjang dan hanya mendengar keterangan dengar cakap maka mereka ini akan buat lapuran polis dan surat akuan bersumpah. Mereka mengharapkan SPRM menyiasat sepenuhnya. Bukti awal ( prima facie langsung tak ada ) kemudian jika SPRM tidak mendakwa orang yang mereka tuduh, mereka menuduh SPRM cuba menutup kes. Jadi siasatan segera perlu dijalankan dan sesuatu tindakan perlu di ambil Jangan hanya pandai buat repot dan dakwaan tetapi tidak mahu bertanggung jawab atas dakwaan tersebut.

Penghuni Gua : Tapi setakat hari ini dah banyak lapuran polis ke atas TPM ni, tak satu pun didapati benar. Ini pun rasanya sama aje. Kepada TPM, Dato Sri ,tak perlu beri respon. Buang masa sahaja. Lebih baik tumpu perhatian kepada pembangunan negara. Mereka ni tuduh macam-macam ( bercakap memang sedap , kerana keluar air lior aje ) akhirnya didapati punggung mereka sendiri yang penuh dengan kudis.
Penghuni Gua : Tak pernah makan rasuah. Makan hati ada le!!!!!

No comments:

Post a Comment