Sunday, 8 February 2009

AKSI-AKSI KAMIKAZI PAS DAN PKR DI KUALA KANGSAR











Penghuni Gua masa sedang bertapa di dalam gua, lihat semula gambar-gambar aksi berani mati / kamikaze para penyokong PKR dan PAS. Naik gelak tengok aksi dia orang ni. Penghuni Gua dah sentuh tentang aksi ni. Tapi terasa nak ulang balik apa yang diperkatakan sebelum ini. Sekali imbas tengok gambar ni macam orang gila meroyan / orang Terengganu cakap gila meriam. Sekali fikir lagi, terasa pula silap.


Yang Penghuni Gua tahu, meroyan ni kena pada wanita aje. Kalau yang lelaki ini, gila talak kot, ingat-ingat lupa. Lepas cerai bini lepas tu nak balik. Bini tak mahu. Itu yang berguling-guling. Ini sah gila talak kerana ADUN Bota minta cerai dan kawin semula dengan suami lama. Lagi teruk nak jadi cerita, ADUN Bota tu pelari sekali dengan baju pengantin ( Baju Kot org Terengganu cakap ) warna hijau yang di hadiahkan oleh DSAI semasa YB tu di sandingkan.


Jadi mahu tak berguling banting atas jalan kena penangan YB Bota tu. Tak sempat bulan madu. Sentuh pun tak sempat. Cuma sempat beri pakai baju kot dengan cium bau aje. Itu le tersadai macam ikan masin atas jalan. Sudah le YOP. Kalau askar Jepun yang ambil tindakan kamikazi masa perang dunia kedua tu dapat tengok aksi kome ini, mahu nya tidak disumpahnya kome jadi lembu mekenikal ( Lihat gambar di bawah ) . Lagi haru cerita dibuatnya. Itu le. Baru menang 2 kerusi Parlimen, kome semua berderai bising. Semua dah rasa kuat sangat.


Terkinja-kinja menyoraknya. Lupe ke tuhan. Lebih gelak daripada bersujud syukur. Selebihnya dok maki hamun orang dalam blog. Itu le , tuhan bagi balasan sikit kome rasa pedih hulu hati . Orang ambil alih satu negeri tak bising pun. Senyap je. Macam waktu subuh mendatang. Tak sedar. Itu dipanggil serangan SUBUH. Serangan macam Iraq serang kuwait dulu pada tahun 1987. Jadi cukup le kome berlakun kamikazi tu. Tak menjadi. Jadi gila meroyan pulak nampaknya. Buruk sangat. Tidor atas duit RM 50 juta tu lagi baik , dari tidor atas jalan. Itu le , bagi RM 50 juta tak mahu. Dah tidor atas jalan. Meroyan lagi. Yop, Yop, Yop..............


Kalau tengok sekali lagi cara kome kamikazi tu macam tragedi my Lai pada tahun 1976 di vietnam ( lihat gambar di bawah ). Tapi itu mati betul.....he. he he he he Bertaaubat yop, bertaubat....

2 comments:

  1. saya tengok suasana politik negara, khususnya di negeri perak adalah semua terlibat, semua mendapat untung.

    Tetapi balaci-balaci yang di hadapan ialah melayu baik dari PAS mahupun UMNO. Orang-orang ini lah yang banyak cakap, banyak buat repot polis dan banyak demontrasi, termasuk yang perempuan-perempuan.

    Namun yang DAP ke, MCA ke, setengah PKR, MIC ke langsung tak nampak batang hidung. Cuma nampak dia orang ini pada majlis-majlis dan salam-salam sahaja.

    Kenapa jadi begini?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Brader,

    Memang Orang PAS Dan PKR ini saja berlakon untuk mencari publisiti murahan. Hai...nampaknya dah ada orang melayu yang sanggup menderhaka kepada Raja. Agaknya depa ni melayu celup kot. Macam kes Palestine le, selagi semua Tok Arab tak bersatu mana nak selesai masalah serangan Israel. Begitu juga politik orang melayu, selagi tak bersatu sampai bila nak aman dan stabil.
    Sesetengah pemimpin pembangkang melayu ni, ada yang sanggup mengadaikan bangsa sendiri untuk mendapat sokongan dari bangsa lain.

    Kekadang kita kena juga undur kembali kenangkan sejarah kita. Betapa kita sangat bersatu dalam mencapai proses kemerdekaan.

    Tetapi bila dah maju serta moden kita lupa akan asal usul kita. Ini dikatakan tak mengenang usaha dan jasa datuk nenek kita dahulu.

    Cakap memang senang daripada merasainya sendiri.

    Betapa bijaknya kita dalam menangani arus politik negara tanpa memiliki hati yang luhur dan suci nescaya ianya tak akan kemana. Itu yang kena balik kat muka depa (PAS/PKR/DAP). Terima je keputusan yang telah dititahkan oleh Baginda Sultan Perak ( Ex - Lord Justice ). Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

    ReplyDelete