Tuesday, 10 February 2009

Amurugam 'berkorban' demi Pakatan di Kedah, kata PAS

MALAYSIAKINI 10 FEB 2009

Jimadie Shah Othman Feb 10, 09 3:16pm

PAS Kedah menyifatkan tindakan V Amurugam meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan Kedah sebagai "pengorbanan" demi mempertahankan Pakatan Rakyat.

"Kita percaya, beliau berkorban untuk kerajaan Pakatan Rakyat," kata setiausaha badan perhubungannya Muhamad Yusof Husin.

Menurutnya, selain tidak dapat menahan ugutan demi ugutan, bekas wakil rakyat PKR itu juga tidak mahu serangan peribadi terhadapnya berterusan ekoran dakwaan skandal seksnya boleh menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat di Kedah.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau itu melepaskan kedua-dua jawatannya berkuatkuasa serta-merta. Berita lanjut :.....


Penghuni Gua : Ya ke Dato MB. Lapuran yang YB Bt Selambau minggu lepas yang mengatakan dia kena ugut, simbah cat, ditawar wang dan lain-lain tu biasa le untuk menjadi dan mencari jalan yang sah dan nampak baik serta sempurna untuk keluar atau dikeluarkan oleh rakyat atau mungkin DYMM Sultan Kedah. Kami pemerhati ni bukan bodoh. Taktik tu dah lama dipakai oleh zionis. Macam baru-baru ini, Zionis istihar genjatan senjata , kemudian berundur dengan alasan sudah mencapai matlamat. Sebenarnya mereka gagal dalam perang tersebut dan gagal capai matlamat. Jadi cara nak berundur dan tidak menanggung malu ialah dengan cara dan alasan sedemikian lah. Ini yang ditiru dan diikuti oleh ADUN tersebut. Cakap benar lah Dato MB. Bohong tu berdosa Dato. Mungkin tekanan dari PR sendiri. Biasa lah . Ini cara DSAI nampak gayanya. Kesalahan sendiri akan diletak pada orang lain. Taktik mengalih perhatian.............. he he he he he.

Penghuni Gua : Salahkan diri sendiri saja sebab buat pilihan bertapa dan tinggal di Gua. Aman damai.

No comments:

Post a Comment