Tuesday, 10 February 2009

Artikel:Nizar bakal dikenakan ISA, lucut gelaran Dato' Seri

Harakahdaily : 10 feb 2009

Hermansamsudeen Tue Feb 10, 09 2:30:11 pm MYT

"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan. Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan. " .... Berita lanjut : Lihat

Nota Penghuni Gua : Pada Penghuni Gua cara akhbar ini membuat lapuran amat mendukacitakan sekali. Lapuran yang dibuat dalam akhbar utama parti PAS ini hanya berdasar spekulasi dan khabar angin dari sumber tepi jalan amat memalukan dan mengaibkan. Bagi Akhbar yang menjujung etika kewartawanan dan bersifat keislaman sepatutnya lapuran begini tidak di masukkan kedalam laman utama mereka. Kalau layak pun hanya dimasukkan diruangan forum pembaca. Pada pandangan PG lapuran ini bersifat fitnah kerena ia dibuat dan dituduh tanpa bukti dan sumber yang sahih dan amat salah disisi agama islam sekalipun. Bagi semua Blogger termasuk dingat kan kepada diri sendiri agar tidak berlaku fitnah sebegini dalam lapuran dan penulisan mereka. Selamatkan negara kami Malaysia dari sebarang bala'. Amin, amin, amin.

No comments:

Post a Comment