Thursday, 19 February 2009

BETUL KE ?

UTUSAN MALAYSIA 19 FEB 2009




SHAH ALAM 18 Feb. - Pas meminta supaya pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung penyebaran gambar bogelnya menerusi Internet.

Menurut kenyataan Sekretariat Media, Badan Perhubungan Pas Selangor di sini semalam, tindakan ke atas ADUN berkenaan perlu dilakukan bagi menjaga integriti dan nama baik pakatan pembangkang dan kerajaan negeri itu.

Kenyataan itu menegaskan, Pas menganggap seorang pemimpin perlu memiliki akhlak serta keperibadian yang baik supaya ia dapat dicontohi dan menjadi ikutan oleh rakyat. Berita lanjut :
Dr . Lo Lo yang sebelum ni menyokong penuh dan begitu keras kenyataanya dalam menyokong hak privasi Liz sudah mula berubah nada. Apa motif biarkanlah. Bagus lah begitu Dr. Anda seorang terdidik dan memegang jawatan diperingkat tertinggi parti. Jadi sebelum keluar kenyataan fikir dulu impaknya kepada islam dan masyarakat. Jangan emosi menguasai kita. Emosi tu syaitan, Kita dah tidak tahu bezakan yang halal dan haram. Jadi biarlah fikiran Dr. itu lebih tinggi sikit dari pengikut bawahan anda. Walau apa pun syukur saya dengan perdirian terbaru Dr .


Penghuni Gua : Kalau betullah berita ini, alhamdulillah. Mungkin PAS dah sedar sokongan mereka sebelum ini adalah salah dari segi moral dan agama. Jika ada motif lain itu , tak apalah. Sekurang-kurangnya apa yang saya bangkitkan sebelum ini sudah mula diterima. Jangan kita memberikan isyarat yang salah pada generasi muda kita, ( bimbang juga jika dibiarkan perkara ini. Kita di rumah , nak marah anak pun sudah risau bimbang akan disanggah oleh anak-anak dengan jawapan: " abah jangan tegur saya , ini hak peribadi saya" . Jadi apa kita nak jawab. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin , hantarlah isyarat yang betul kepada anak-anak kita. ) dengan sokongan kita itu. Diharap PAS Selangor memanjangkan perkara ini kepada Badan Perhubungan PAS Pusat agar meraka bercakap dengan nada dan rentak yang sama. Kalau anda cepat respon atas kesilapan yang dilakukan dan cepat membuat pembetulan, hayat parti anda di Malaysia mungkin lebih panjang, ; begitu juga dengan semua parti yang lain, yang ada di Malaysia. Dalam isu-isu tertentu, pandanglah sesuatu isu itu bukan dari sudut politik. Berhentiklah seminit dua berpolitik dan fikirlah diluar kotak fikiran politik kita itu. Semuga genarasi selamat dunia dan akhirat.
HARAP-HARAP BETULLAH BERITA DI ATAS.


No comments:

Post a Comment