Sunday, 1 February 2009

BN : HANYA ADA MAJORITI MUDAH ?

Selepas pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lepas, BN telah kembali memerintah negara walaupun dengan majoriti mudah. BN memenangi 132 kerusi parlimen dari jumlah 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Berbagai pandangan diutarakan samada sebab-sebab kekalahan mahupun cercaan dan hinaan kepada parti yang memerintah negara lebih dari 50 tahun. Sebagai seorang yang tidak berpati dan hanya sebagai penganalis dan pemerhati politik , pihak saya tertanya-tanya, apakah salahnya BN memerintah dengan majoriti mudah. Persoalannya : apa masalahnya dengan majoriti mudah yang diperolehi. Keduanya mengapa BN perlu gelabah ( kalau dilihat dari sikap beberapa MP dan ADUN BN ).

Pada pandangan saya BN tidak perlu memikirkan sangat tentang jumlah kerusi dan majoriti mudah yang diperolehi. Ini kerana BN telah mendapat majoriti yang baik untuk memerintah. Sekiranya PR seperti DSAI yang mendakwa akan menubuhkan kerajaan bila-bila masa ( sudah banyak kali berubah tarikhnya ) tetapi pada saya sekiranya kita menyokong PR maka kita akan menyokong sebuah kerajaan yang lebih lemah. Untuk itu lebih baik kita menyokong kerajaan yang ada sekarang kerana mojoriti yang diperolehi lebih banyak berbanding dengan PR yang mendakwa 33 orang MP BN akan berhijrah . Dengan 33 MP yang didakwa akan berhijrah, PR hanya mempunyai majoriti 4-5 orang MP sahaja.

Keduanya, mengapa pembangkang mentertawakan majoriti mudah yang diperolehi oleh BN. Apa masalahnya. Kalau dilihat seluruh dunia tidak termasuk Singapura, atau negara-negara kominis atau negara dipengaruhi dan diperintah oleh pihak tentera atau pemerintahan Monarki , hampir kesemuanya mendapat majoroiti mudah. Lihat US, Britain, Pranchis, Belanda, Indonesia, Spanyol, Scotland, Swiztland, Australia, New Zealand, Austria, Panama, Algeria,Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos, Turki, Mesir, ISRAEL, Jepun, Filipina, Argentina, dan lain-lain negara , terus memerintah dan bertahan atas majoriti mudah. Negara-negara ini terus memerintah dengan baik dan terus maju dan berjaya meningkatkan ekonomi mereka.

Jadi kepada BN dan kerajaan sekarang, pedulikan apa yang pembangkang kata dan tertawakan. Teruskan pemerintahan anda dengan baik dan jadilah pendengar yang baik suara-suara diperingkat rakyat terbanyak. Majoriti yang menyokong anda masih gah dan terlalu ramai. Jangan kecewakan mereka yang telah mengundi anda. Mereka yang menjerit riuh rendah dari luar kerajaan bukannya ramai. Jangan takut pada pekikkan mereka. Mereka hanya pandai memekik dan mengkritik sahaja tanpa ada satupun cadangan yang membina. Tumpukan pemikiran dan kepandaian yang ada pada pemimpin BN untuk membangunkan negara. Suara senyap ini masih berkuasa dan akan terus menentukan kedudukan BN di masa depan.

Suara-suara pekikkan dan maki hamun pembangkang itu hanyalah dari ahli politik dunia ketiga yang bertaraf kelas kedua, baru kenal dunia. Teruskan usaha anda dan perbaiki diri anda dari segi sistem penyampaian dalam semua segi agar rakyat merasai apa yang telah kerajaan lakukan..........

No comments:

Post a Comment