Monday, 9 February 2009

PAS berubah fikiran nak saman DYMM Sultan Perak

Harakah daily 9 Feb 2009

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Hrkh) - PAS berpendapat bahawa cadangan tindakan yang sedang diambil oleh Peguam Karpal Singh untuk menyaman Baginda Sultan Perak adalah tindakan peribadi beliau dan tidak pernah dibincangkan, serta tidak pernah juga dipersetujui oleh mana-mana pimpinan parti politik dalam Pakatan Rakyat.
Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS sekali lagi ingin mempertegaskan pendirian bahawa parti itu senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Nota Blogger : Hai dah lain bunyinya cara bercakap. Lidah bercabang ke Tuan Guru. Itu hari Harakah melalui lamanya ajak penyokong ramai-ramai ke Kuala Kangsar hingga terjadi rusuhan. hari ini nak sokong Sulatn pulak. Kereta raja pun kome halang. Penderhaka sungguh. Ini bila nak pilihanraya kecil pulak kerana MP Bukit Gantang meninggal baru sat, berubah pulak nada bercakap. Takut kalah kot. Dah terasa silap kome semua menghina raja. dan dah tahu ramai yang menentang mereka yang menghina DYMM Sultan Perak. Berapa cabang ada pada lidah Tuan Guru. Macam cabang beristeri juga ke. Ada 3 cabang. he he he he he

No comments:

Post a Comment