Wednesday, 11 February 2009

Hukum mereka yang bocor klip - Persatuan Komando

11/02/2009 4:58pm


JOHOR BAHRU 11 Feb. — Persatuan Bekas Komando Negeri Johor mahu anggota Rejimen Gerak Khas yang membocorkan klip video yang memaparkan aktiviti latihan pasukan komando itu kepada sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini, dikenakan hukuman berat.

Penasihatnya Datuk Abdul Aziz Sapian berkata sebarang corak latihan yang dijalani oleh anggota pasukan tersebut merupakan rahsia ketenteraan yang perlu dikawal ketat.

“Mereka yang bersalah perlu dilucutkan hak untuk memakai beret hijau,” katanya kepada Bernama.

Namun menurutnya, apa yang dipaparkan di dalam klip video terbabit tidak menggambarkan keadaan sebenar bentuk latihan yang dialami oleh anggota komando negara.

“Apa yang disiarkan di dalam klip video itu adalah amat kecil berbanding keseluruhan latihan yang dilalui oleh anggota komando kita,” katanya yang pernah berkursus komando di luar negara.

Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Nusajaya mencadangkan agar anggota atau jurulatih yang terlibat dalam sebarang bentuk latihan asas dan pakar komando tidak dibenarkan membawa alat komunikasi terutama telefon bimbit yang memiliki kamera.

— BERNAMA
Penghuni Gua :
Saya sokong sangat lah mengenai cadangan ini. Mereka yang mendedahkan klip vedeo ini adalah pengkianat negara dan merupakan komando pondan yang tidak mengetahui tujuan disebalik latihan dan hukuman yang dibuat. Kita sepatutnya jangan melihat yang tersurat sahaja tetapi yang lebih penting adalah yang tersirat. Pada orang awam memang perkara ini nampak tidak berperi kemanusian, tetapi bagi menghadapi musuh negara yang mungkin siksaannya lebih zalim, latihan ini adalah baik dan amat sesuai bagi melahirkan anggota komando yang bukan sahaja tahan dari segi fizikalnya tetapi yang lebih penting mental mereka. Kepada Umum sepatutnya menghayati kata pujangga ini : Apa yang kita lihat semuanya benar. Tetapi apa yang kita lihat tersebut hanya sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan kejadian. natijahnya: siasat dulu sebab musabab sebelum menghukum dan mengambil sesuatu tindakan.
Hidup di Gua lagi azab. Kesaorangan dan kesepian. Hantu syaitan tak berhenti-henti berkeliaran.

No comments:

Post a Comment