"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan)."Ini manusia tak boleh digertak," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat, di padang berdepan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.
Penghuni Gua : EeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeTakutnya saya mendengarnya. Sabar Tan Sri MB. Salah tu salah le juga. Kereta sendiri mana boleh selenggara guna duit kerajaan . Macam saya cadang sebelum ini, kalau nak guna kenderaan sendiri sebagai kenderaan rasmi boleh , syaratnya bila peneyelenggaraan hendaklah guna duit sendiri. Kalau nak guna kereta sendiri tapi penyelenggaraan nak guna duit kerajaan pun boleh. Tetapi buat penyerahan secara resmi pada Dato SUK dan Dato SUK hantar pada perbendaharaan negeri untuk didaftarkan sebagai harta modal kerajaan. Seolah-olah kenderaan tersebut didermakan oleh Tan Sri kepada kerajaan negeri ( untuk kegunaan MB ). Jadi boleh le guna duit kerajaan untuk selenggara dan duit minyak juga.
Dah jadi isu baru nak kata kereta berkenaan untuk kegunaan rasmi mana boleh. Air liur mana laku dalam mahkamah Tan Sri dan ia akan hilang bila kering. Serahan dan kata-kata serahan tersebut misti didokumenkan. Tak kan pentadbiran Tan Sri tak tahu perkara ini. Penasihat dan pentadbir dibahagian/pejabat Tan Sri pun tahu. Dia orang patut nasihatkan. Kalau mereka tak nasihatkan pada Tan Sri, maka ambil je tindakan tatatertib pada mereka ni. Buat habis ke beras aje simpan pentadbir macam ni , kerana tak nasihatkan ketua tentang perkara-perkara remeh ni.
Jadi jangan marah sangat. Yang tentunya kes ini susah nak lepas Tan Sri. Bersedia je lah dan bertaubat jangan buat lagi. Amin.
No comments:
Post a Comment