Harian Metro 18 Feb 2009
PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan kekal sebagai tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin membuat keputusan sebulat suara untuk menolak rayuan Manoharan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus yang dikemukakan tahun lalu.Dalam kehakiman tersebut, panel hakim berkata mereka berpuas hati bahawa Manoharan gagal untuk menyakinkan mahkamah bahawa penahanannya adalah tidak sah.
Ini merupakan kali kedua Manoharan, 49, gagal dalam usaha untuk dibebaskan daripada tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping.
Manoharan ditahan pada 31 Disember 2007 kerana didakwa terbabit dalam penganjuran protes jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November tahun yang sama serta membuat kenyataan berbau hasutan terhadap kerajaan. Berita lanjut :.............
Manoharan ditahan pada 31 Disember 2007 kerana didakwa terbabit dalam penganjuran protes jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November tahun yang sama serta membuat kenyataan berbau hasutan terhadap kerajaan. Berita lanjut :.............
Penghuni Gua : Inilah yang sepatutnya kerajaan lakukan. Teruskan dalam tindakan terhadap mereka yang cuba atau berangan-angan untuk menjadi jaguh dalam merosakkan negara kita. Jangan sesekali kerajaan cuba mengundur kebelakang dengan tunduk kepada desakan segelintir pihak termasuk bekas Menteri De Facto Zaid Ibrahim, supaya ISA dihapuskan atau dipinda. Mereka ini ada agenda lain . Agenda mereka adalah agenda jangka panjang bukan seperti yang didakwa sebagai memperjuangkan hak asasi manusia. hak asasi manusia terdapat dalam 2 aspek. Hak asasi awam dan hak asasi individu.
Bila berlaku pertembungan antara keduanya , maka hak asasi awam berada di atas sekali. Juga didalam menjaga keselamatan dan menilai sesuatu situasi keselamatan negara adalah menjadi tanggung jawab dan kewajipan kerajaan ( penguasa ) dalam hal ini pasukan polis yang bertindak bagi pihak kerajaan. Ia telah disahkan oleh mahkamah di dalam kes Kalong Ningkan.
Selamatkan ISA , selamatkan negara kita dari perosak-perosak negara seperti ini dan mereka yang serupa dengannya.
No comments:
Post a Comment