Wednesday, 11 February 2009

MB PERAK YANG BARU : TUGAS , TANGGUNGJAWAB DAN SURVIVAL




Tahniah Dato MB yang baru. Semuga dapat menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab. Jadilah pemimpin untuk semuja bangsa. Keikhlasan penting. Jauhkan permusuhan terutama kepada musuh. Bersahabat dengan mereka. Pada rakyat terbanyak bukan mahukan politik pembangunan kerana Perak dan sebahagian besar negeri di Malaysia memang sudah maju ataupun tidaklah mundur seperti negara lain. Politik pembangunan sudah ketinggalan masa dan zaman. Apa yang rakyat mahukan agar YAB MB mengambil berat dan mengawal sepenuhnya PBT. PBT inilah yang memberi kesan langsung kapada masyarakat.
Jika PBT lemah , dari segi sistem penyampaian seperti jalan berlubang, lewat proses permohonan rumah, sampah, hal tanah , longkang tersumbat dan sebagainya. Inilah akan membuatkan rakyat akan marah kepada kerajaan dan membenci, seterusnya menyokong pembangkang. Jadi kami rakyat di bawah amat mementingkan perkara-perkara asas ini yang memberi kesan langsung kepada kami dan rakyat keseluruhannya. Kawal dan buat pemantauan terhadap semua PBT di Perak secara peribadi. Ambil contoh YAB Ketua Menteri Melaka. Secara peribadi mengawal dan memantau keberkesanan semau PBT di Melaka. Keras dengan mereka dan jangan memberi muka kepada pemimpin dan pentadbir PBT yang lemah.
Bagi Parlimen Bukit Gantang, rakyat bukan mahukan tokoh atau mereka yang terkenal tetapi mereka yang muda dan bersih dari isu pribadi seperti rasuah, sombong, sukar didekati. Elak sesekali calun terbang. Utamakan penduduk tempatan dan yang penting berkelulusan dan berketerampilan dan calun berkenaan bukan yang dilihat adalah calun pilihan pemimpin tertentu. Semuga Perak terus aman dan berdaya maju di bawah Dato MB baru. Tahniah Dato.

No comments:

Post a Comment