Saturday, 14 February 2009

NIZAR OH NIZAR KU....................



Mantan MB Perak Dato Sri Nizar telah menfailkan saman di Mahkamah Ipoh Semalam bagi mendapatkan pengistiharan Mahkamah bahawa beliau masih lagi MB yang sah di Perak. Sudah-sudah Dato, semuanya dah jadi sejarah. Kes Dato tetap kalah.


Kalah atau menang pun yang menerima kesan buruk ialah Institusi Kesultanan Melayu. Itu shaja benteng terakhir kita dalam negara ini. Kita semua umat Melayu tidak ada tempat lagi nak melariakn diri jika sesuatu berlaku kepada negara kita. bukan ada lagi Tanah Melayu di dunia ini. Kita semua hendak lari ke Indonesia ke. Mereka semua pun berhijrah ke sini. Dato masih boleh lagi berhijrah ke negara barat atau negara lain, tetapi kami rakyat marhain di kampung dan di Gua , termasuk anak-anak dan cucu kami tidak ada kemampuan untuk berbuat demikian. Di sini lah kami apa pun yang akan terjadi. jadi tonggak utama kita jangan di sentuh dengan apa cara dan dalam apa keadaan sekalipun. Di samping itu, terjemahkan undang-undang tubuh Negeri Perak tersebut dengan fikiran yang tenang dan matang. DYMM boleh samada mengikuti cara yang telah dilakukan sebelum ini, atau pun membubarkan DUN atau mendapatkan undi kepercayaan melalui sidang dewan. Jadi di dalam undang tubuh Perak ia tidak menjelaskan dan tidak melarang atau menghadkan apa yang DYMM boleh lakukan.


Jadi jika ada kelompongan dalam undang-undang, maka dengan sebab yang menasabah pada penelitian DYMM, DYMM boleh menggunakan kuasa istimewa ini dalam membuat pilihan yang terbaik bagi kepentingan jajahan takluknya. Jdi ini kuasa istimewa DYMM yang diberikan oleh undang-undang. DYMM dalam ke sdi Perak baru-baru ini walaubagaimana pun tidak menggunakan dengan sewenang-wenang nya keistemewaan yang diberikan oleh undang-undang tubuh Perak , tetapi ia amat cermat dan berhati - hati dalam penggunaaanya dan atas sebab yang menasabah. Jadi atas sebab dan penelitian yang menasabah tersebut pilihan itu dibuat. Menasabah dalam istilah undang-undang ialah meneliti semua aspek berdasarkan fakta yang ada dan tidak dengan sesuka hati. Jadi itulah keputusan DYMM.


Akhir kata, selain dari artikel ini, ulasan-ulasan dari segi undang-undang oleh beberapa pakar undang-undang dari berbagi sumber seperti media cetak dan elektronik termasuk dari blog ini sebelum ini, telah dengan jelas tindakan DYMM adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan. Cuma yang perlu sekarang dari segi ketenangan dan penelitian, rasional dan tanpa rasa dendam dalam memahami semua komen ini, sudah tentu krisis yang berpanjangan dan amat merbahaya kepada institusi dan negara kita dapat dihenti dan selamatkan.

Penghuni Gua : Baca undang-undang zaman batu dan Kanun Melaka sahaja. Itupun yang tertulis di dinding gua sahaja............................

No comments:

Post a Comment