Sunday, 8 February 2009

NIZAR : PERGI BELAJAR DENGAN PAIRIN KITINGAN

DIPETIK DARI BLOG USTATSAID

Salam,
Ex-MB Perak, DS Nizar Jamaludin btegas akan terus mjalankan tugas bsama Exco, shingga Mahkamah Tinggi mbuat keputusan.
Dilaporkan Nizar bkata: "Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.Belum pernah ada dalam dunia begini."
Ya memang, tidak pernah blaku parti minoriti menguasai kerajaan - lainlah kalau kerajaan campuran. Perak akan mcipta sejarah memiliki dua MB dan dua kerajaan, namun sebenarnya hanya Datuk Dr. Zambry sahaja kini MB diperkenan Sultan. Ini fakta.
Rasanya elok juga dalam saat-saat genting ini, Nizar bjumpa ( atau jika tidak sempat, menelefon ) DS Joseph Pairin Kitingan, Tim. Ketua Menteri Sabah. Nizar boleh btanya Pairin tips mhadapi saat-saat seperti ini kerana Pairin pernah mengalaminya pd tahun 1994.
Parti Bersatu Sabah ( PBS ) pimpinan Pairin menang pilihanraya tahun itu dengan majoriti mudah 2 kerusi. PBS mendapat 25 kerusi dan BN mendapat 23 kerusi. Dua minggu selepas itu, tiga ADUN PBS melompat parti menyertai BN dan tumbanglah kerajaan PBS.
Pairin seperti Nizar mbubarkan DUN Sabah tetapi tidak diperkenan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah. Apa yg blaku selepas itu ? Bab ini Nizar kena belajar dgn Pairin.
Pairin meletakkan jawatan sbg KM Sabah kerana menyedari kerajaan pimpinannya tidak lagi mendapt majoriti selepas 3 ADUN melompat. Adakah Pairin 'melatah' ? Tidak sama sekali, malahan beliau scara gentleman menyerahkan kuasa kpd Tun Sakaran Dandai di Pejabat Ketua Menteri.
Tun Sakaran juga dgn profesional mengiringi Pairin hingga ke muka pintu selepas upacara penyerahan kuasa. Dan yg mbanggakan tiada demonstrasi oleh rakyat Sabah ketika itu mbantah penyerahan kuasa tsebut.
Alangkah indahnya klu apa yg Pairin buat lebih sedekad lalu, boleh dbuat Nizar. Alangkah manisnya, klu Nizar dpt bjabat tangan dgn senyuman bsama Dr.Zambry, selepas majlis penyerahan kuasa.
Mungkin selasa ini, selepas Majlis Angkat Sumpah Exco?
Amacam Nizar ada berani?
Posted by ustazSAID at 1:52 AM 0 comments Links to this post
Labels: , ,

No comments:

Post a Comment