Wednesday, 4 February 2009

PEROK : APE CERITE YOP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TAJUK- TAJUK BERITA MUTAKHIR
1. Empat Adun Perak kini di pejabat TPM

PUTRAJAYA: Empat Adun Perak kini berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, dipercayai bagi mengumumkan pendirian mereka menyertai Barisan Nasional (BN). Mereka ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu; Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim; dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dari DAP.
2. MB masuki Istana Kinta jam 3.50 petang tadi

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada jam 3.50 petang tadi. Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta
3. Nasaruddin kembali ke UMNO
04/02/2009 3:16pm
PUTRAJAYA 4 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu, dijangka kembali ke pangkuan UMNO hari ini. Pengumuman mengenainya akan dibuat petang ini. - Utusan
4. K'jaan Pakatan Perak hampir lumpuh
Feb 4, 09 2:47pm
kemaskini 3:29pm Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik".Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menambah, beliau bersama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat berharap Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau dijangka menghadap Sultan Azlan Shah di istananya sebentar lagi.

5. Bubar DUN: MB menghadap Sultan
Feb 4, 09 12:23pm
kemaskini 3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.Sementara beberapa lagi Adun kerajaan campuran itu - termasuk Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lepas - didesas-desuskan meninggalkannya.

7. Akhirnya >>>>>>.....................TALKIN UNTUK DSAI , MB PERAK DAN PAKATAN RAKYAT.........
1. BN bentuk kerajaan baru di Perak
04/02/2009 5:19pm
PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi. Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN. Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.
Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi. Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

2. BN bentuk k'jaan baru Perak
Feb 4, 09 3:51pm

5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

3. BN Berkuasa Semula Di Perak, Kerajaan Pakatan Tumbang
IPOH, 4 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti.
Nota Blogger : Untuk PR : Belajar le strategi politik lebih sikit. Macamana le nak perintah negara. Kena mainkan sikit aje dah tumnang. Itu belum kena tipu ke US lagi jika memerintah negara. Bagus le tumbang awal di STATE. Tidak jahanam negara.

AMINNNNNNNNN.

Sekali lagi doa sembahyang hajat di padang-padang seluruh negara tak termakbul. Jadi ambil lah natijah mengapa tuhan tak perkenankanya............ Lu Pikir le sendiri.

Tindakan pertama dicadangkan kepada kerajaan baru di Perak : Jual semula Toyota Camry tu. Biar rugi sikit tak apa , semangat cintakan tanahair lebih utama. Pakai semula Proton Perdana sebelum ini.



Bagi BN: pastikan sistem penyampaian diperbaiki dan kesilapan yang lalu tidak diulangi. Dengar rintihan suara rakyat. Doa rakyat terbanyak telah termakbul walaupun sembahyang dirumah aje. Berkat sebab anda semua ikhlas.

Juga PR jatuh kerana dok asyik mensyuarat aje sampai 2 ke tiga hari. Kalau ikut nasihat karpal Singh, mungkin PR Perak selamat. Terus istihar bubar dewan bila kedudukan kerusi tak pasti. Itu le , MB dan ADUN PR nak tunjuk pandai sangat. Karpar rujuk kepada kes mahkamah terdahulu pun kome tak nak ikut dalam kes Motti di Sabah ( Mahkamah tolak pembuburan satu kerusi DUN kerana surat istihar letak jawatan ADUN berkenaan juga tidak bertarikh seperti kes 2 ADUN di Perak sebagai tidak berpelembagaan) Jadi belajar le sejarah dan buka le sikit Malaysia Law Journal( MLJ ) . Untuk makluman semua PR di Perak dan seluruh negara , keputusan Mahkamah terdahulu adalah mengikat selagi tiada keputusan baru yang mengubahnya oleh mahkamah yang lebih tinggi. Kalau kome tak tahu ape bendanya MLJ tu, rujuk le pada Karpal. Kome-kome. Kesian juga saya tengok..............

Kes Serawak berkaitan perkara yang sama :

Terdapat keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 1982 di dalam kes antara ahli parti Sarawak United People's Party (SUPP) Dato' Ong Kee Hui lawan� Presiden SUPP iaitu Sinyium anak Mutit yang memutuskan mana-mana 'arrangement' menyerahkan surat peletakan jawatan seorang wakil rakyat kepada Speaker adalah bertentangan dengan polisi awam dan dengan itu ia adalah tidak sah.
Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- "The candidate so chosen must also be free to act according to the best of his ability and his judgment and should not be subjected to the dictates of others. Therefore, any rule or contract with or without consideration which contravenes this freedom strikes at the very root of representative government and is therefore void and also against the public policy."
(Terjemahan: mana-mana calon mestilah diberi kebebasan untuk bertindak mengikut kemampuan dan perkiraannya sendiri tanpa tertakluk kepada arahan orang lain. Oleh itu sebarang peraturan atau kontrak tanpa sebarang balasan adalah bertentangan dengan kebebasan ini. Oleh itu ia melanggar asas kerajaan yang diwakili dan dengan itu ia adalah tidak sah kerana bertentangan dengan dasar awam.
Secara ringkasnya mereka yang menyatakan bahawa perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut adalah tidak sah berhujah di atas asas kerana ia dikatakan melanggar prinsip kebebasan kedua-dua Adun tersebut.

No comments:

Post a Comment