Friday, 27 February 2009

SHUT UPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Berita Harian 27 feb 2009

Isu DVD seks: Tee Keat kecewa Soi Lek menyalahkanny

PUTRAJAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kecewa dengan tindakan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menuding jari menyalahkannya berhubung isu cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kesihatan itu, baru-baru ini. ...................."Apa kena dengan dia? Dulu dia tuding jari kepada bekas pemimpin (Datuk Seri Ong Ka Ting), sekarang tuding jari kepada saya pula...tidak habis-habis.

Penghuni Gua : SHUT UPPPPPPPPPPPPP. Buat kerja lah . Bekerja membantu rakyat. Juga bekerja unutk memulihkan parti. Juga bekerja dan berfikir serta perah akal fikiran mencari idea untuk membantu kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara. Kepada Chua Soi Lek, anda sudah terlalu berumur ( sudah tua bangka macam kami semua ). Jadi berfikir lah cara kita orang tua. Diam dan selesaikan sendiri masalah anda. Dicadang letak jawatan aje dalam parti . Jangan nak menegak benang basah dan menyalahkan orang lain.

Bagi Datuk Seri Ong Tee Keat juga patut diammmmmmmmmmmmmmm. Jangan layan dan memberi komen tentang perkara ini. Buang masa sahaja. Sebagai menteri mewakili MCA yang tidak berapa kerat sahaja lagi yang tinggal di dalam kerajaan, tumpukan masa anda memberi perkhidmatan kepada negara dan rakyat. Hal remeh temeh jika terus anda memberi respon, akan jadi lebih panjang dan menjadi polimik yang tiada akhirnya. Ia juga akan menjatuhkan kredibiliti anda sebagai menteri.

Penghuni Gua : Memang diam. Tidak ada siapa pun dalam gua.

No comments:

Post a Comment