Selepas sembahyang subuh sambil sambung pertapaan, fikiran mula melayang mengingatkan sumpah Saiful Bukhari pada 15 Ogos 2008 berkaitan dakwaanya bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim meliwatnya. Walaupun banyak pihak cuba mempertikaikan cara sumpah tersebut dijalankan , tetapi tidak ada pula mereka menunjukkan cara yang sebenar perlu dibuat dan pihak yang satu lagi pula terus tidak melakukannya mengikut kaeadah yang dikatakan betul. Penulis percaya kepada sumpah, Tidak kira ia sumpah laknat atau sumpah biasa. Kita telah diajar sejak kecil kekuatan akan kesan sumpah. Semua perkara atas dunia ini bermula dengan sumpah.
Jadi dalam kes sumpah laknat Saiful terlintas difikiran Penghuni Gua, bahawa sumpah tersebut mungkin telah membawa kesan terhadap mereka yang di sumpah secara tidak langsung. Contoh , sumpah tersebut mula membawa kesan ialah :
1.. ADUN Bota berhijrah semula ke BN selepas beberapa hari menyertai PKR.
2. 2 ADUN PKR di Perak keluar dari PR sebagai calun bebas dan menyokong BN.
3. Pertukaran kerajaan di Perak , ( tiada siapa berfikir PR akan tersungkur kerana banyak pihak berpendapat kerajaan pusat akan tersungkur ).
4. Kes YB Arumugam yang meletak jawatan sebagai ADUN BT Selambau kerana bersekedudukan hingga melahirkan anak.
5. Kes gambar bogel ADUN BT Lanjan sehingga memaksanya meletak jawatan ( bercuti ? ).
6. Kes penyelewengan dan tuntutan palsu MB Selangor - mungkin didakwa dalam tempoh terdekat !!!
Jadi dari ssemua kejadian ini terfikir , Allah SWT telah mula menurunkan bala' nya secara beransur-ansur dengan berbagai sebab walaupun tidak mengenai terus yang disumpah dan yang tidak mahu bersumpah. Yang tidak mahu bersumpah pula dilihat menjadi kelam kabut dan ke hulu ke hilir cuba mempertahankan diri. Jadi bukan susah sangat nak lihat balasan tuhan ni. Tak perlu pula nak sembahyang hajat sampai tak cukup padang bola dicarinya.
Inilah yang terlintas di fikiran Penghuni Gua secara fikiran yang dangkal. Jadi yang terlintas tulis aje le. Sekurang-kurangnya ada juga didokumenkan untuk dijadikan sejarah. Di samping itu boleh juga pembaca menilai betul ke tidak. Bala' dan kurnian tuhan ini akan diberi dalam berbagai bentuk, samada secara terus atau secara " indirect ". Ada juga yang diberi serta merta ada diberi secara beransur-ansur. Jadi sama-sama le kita berfikir. Kalau tak betul lintasan hati hamba ini minta maaf aje le.
Lepas difikir-fikirkan, memang menghairankan.
ReplyDeleteSemua YB yang terlibat tu adalah dari PKR..
ilham yang baik hasil dari pertapaan,
syabas tuan, teruskan usaha..
tq
ReplyDelete