Tuesday, 17 March 2009

Karpal hadapi tuduhan menghasut


17 mac 2009
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menghasut dalam satu sidang akhbar berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lama, di sini pada 6 Februari lalu. Karpal, yang juga seorang peguam, didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Karpal diwakili oleh 13 peguam termasuk empat orang anaknya.


Beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Hakim Mohamad Sakeri kemudian menetapkan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. - Bernama


Penghuni Gua : Teruskan tindakan kepada yang serupa dengannya. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment