Thursday, 5 March 2009

KEUNGGULAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI-NEGERI : TAHNIAH DATO SERI DR RAIS YATIM




Berita Perdana TV3 jam 8.00 malam telah menyiarkan dengan panjang lebar penerangan oleh YB Dato Seri Dr Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia mengenai isu semasa iaitu tentang krisis perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri-negeri. Taklimat beliau di RTM semalam berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Perak khususnya berkaitan perlembagaan dan undang tubuh negeri Perak.

Untuk itu Penghuni Gua ingin mengucapkan tahniah di atas inisiatif dan komitmen yang begitu tinggi ditunjukkan oleh YB Dato Seri. Sepatutnya Menteri yang bertanggungjawab memperkatakan isu ini. Ini Menteri luar yang mengambil inisiatif untuk menerangkan dengan panjang lebar mengenai apa yang berlaku di Perak dan apa tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Tahniah sekali lagi YB dato Seri Dr Rais Yatim.

Di bawah ini sedikit sedutan dan keterangan ringkas yang sempat dicatit oleh Penghuni Gua mengenai apa yang diperkatakan oleh YB Dato Seri Dr Rais Yatim semalam :

Antara lain beliau mengatakan bahawa apa yang berlaku di Perak sehingga kini adalah berpunca banyak pihak ( penguatkuasa seperti Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Negeri, Pihak Polis dan sebagainya ) tidak menguatkuasakan undang yang berjalan. Sehingga kini apa yang berlaku di Perak , tidak ada satu pun kenyataan dari pihak Peguam Negara atau Penasihat undang-Undang Negeri apakah kedudukan sebenar kerajaan Negeri Perak. Adakah perlantikan MB , sehingga persidangan DUN, Penggantungan Setiausaha Dewan, Penggantungan MB dan 6 exco Perak. Walaupun perkara di atas telah menjadi kes mahkamah, menurut Dr Rais, bila sesuatu kejadian atau isu yang berlaku, pihak - pihak di atas memberitahu dan memaklumkan apa status sebenar mengikut undang-undang kepada masyarakat. Di sebabkan perkara ini tidak dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab dan mempunyai autoroti mengikut undang , maka khabar angin dan masyarakat dan orang awam telah membuat pelbagai tafsiran mengenai apa yang berlaku. Maka mereka akan mula mentafsirkan undang-undang mengikut selera mereka sendiri.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan oleh peguam Negara dan Penasihat Undang-Undang Negeri ialah memberitahu rakyat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut undang-undang dengan memberi alasannya mengikut undang sehinggalah mahkamah mengatakan sebaliknya. Di sebabkan tindakan kedua pihak ini mendiamkan diri , maka berlaku lah apa yang terjadi sekarang dan keadaan menjadi tidak menentu.

Keduanya , Dato Seri Dr Rais mengatakan penguatkuasaan terhadap perlanggaran peruntukkan dalam undang-undang tubuh serta perlembagaan persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera. Disebabkan tiadanya penguatkuasaan ini atau kelewatan penguatkuasaanya maka masyarakat dan pihak yang berkepentingan telah membuat berbagai tindakan sehingga rakyat menjadi keliru. Mereka menghina DYMM, menghina dan memaki hamun DYMM, mengahsut, memfitnah di berbagai saluran media dan sebagainya. Jadi penguatkuasan adalah faktor yang penting oleh semua pihak yang terkibat supaya ia boleh memberi peringatan dan isyarat yang jelas bahawa kita serius di dalam semua perkra asas terutamanya dan konsep " Rule of Law " di ingati dan dilihat di amalkan oleh kerajaan.

Penghuni Gua : Takat ini le yang sempat diingat oleh saya. dah tua bangka, tak sempat nak catit dan diingati semuanya. Ditambah pula dengan deman yang melarat-larat dan 3 hari disamping exam yang sedang berjalan. Apapun kementerian Penerangan sepatutnya mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Dr Rais ini dengan ini aggresif atau pun jika tiada pihak di Kementerian tersebut yang lebih berwibawa, orang seperti Dr Rais, atau mereka yang mengetahui / pakar dalam undang-undang perlembagaan hendaklah kerap di tonjolkan di media perdana melalui forum-forum yang diadakan. Ini di RTM lebih kepada hiburan dan rancangan mengenai wanita sahaja. Cadangan saya buat permulaan ini, RTM atau TV3 menyiarkan sepenuhnya taklimat isu semasa oleh Dr Rais semalam sekali lagi di waktu perdana dalam masa terdekat untuk kepentingan negara.

Segerakan. Inilah yang peranan patut dimainkan oleh media perdana dari menyiarkan dengan kerapnya berbagai program realiti dan rancangan nyanyian yang langsung tidak membina minda bangsa. Kelangsungan kehidupan dan keselamatan rakyat serta negara bergantung sebagaiannya kepada peranan media bagi memberi penerangan kepada rakyat. Keselamatan negera bergantung sepeunuhnya kepada keselamatan insan . Insan akan selamat sekiranya kita sebagai penguasa sekurang-kurangnya memberi satu perasaan selamat dan keyakinan kepada rakyat disesebuah negara.
Tahniah YB Dato Seri Dr Rais Yatim. YB adalah aset kepada negara dan bukan liabiliti kepada negara seperti setengah Menteri yang ada. Tahniah YB Dato Seri Dr. YB telah memainkankan peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya disebabkan mereka yang sepatutnya melakukan perkara yang YB dato Seri lakukan , gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment