Berita Harian
29 mac 2009
Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah
TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam. .................................................... ......................................................................................................
"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya . Berita Lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Sudah lah tu. Insaf lah. Jangan masjid jadi medan berpolitik . Masjid tempat umat islam berpadu dalam jemaah. Bukan tempat berpolitik.
Kalau tak cukup tempat bercakap , atau tak letih lagi bercakap, banyak padang di Bukit gantang tu. Letak kerusi pegang pembesar suara. Bercakap lah sampai suboh. Boleh buat sembahyang hajat lagi. Tapi ingat! Banyak sudah sembahyang hajat yang anta buat di seluruh Malaysia. Satu pun Tuhan tidak perkenankan lagi. Apa sebabnya.
Fikirlah. Sebabnya anda semua sombong dan angkuh dalam perjuangan dan menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. Banyak menfitnah. Inilah jadinya. Perjuangan dan doa anda semua tidak ditunaikan oleh Allah.
Sudahlah tu. Malu ke anak-anak kecil dan anak-anak muda, orang tua berperangai sedemikian. Carilah tempat lain. Juga jangan politikkan TADIKA seperti apa yang berlaku di Terengganu dan Pulau Pinang serta Kedah.
Penghuni Gua bukan ahli mana-mana parti. UMNO pun kalau salah Penghuni Gua kritik juga. Dengan lain perkataan sudah-sudahlah politikkan masjid, dan Tadika. Lain tu gasak le sampai tak ada suara jika anda semua masih belum letih bercakap.
Penulis memang penghuni gua ....mengaku bukan ahli mana-mana parti...ni cakap politik ke cuba semak selama ni berapa kali penulis mengkritik UMNO....tidak mampu KRITIK lebih baik diam jaga keluarga tu baik-baik.
ReplyDeleteUji minda anda :
Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,perbaikilah aku, angkatlah darjat aku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, sihatkanlah aku dan maafkan aku.
ayat tersebut perlu dihantar kepada Blog pahang daily, terengganu kite, blog2 PKR dan PAS serta harakah. Sebab mereka gunakan cara maki hamun, cacian, dan fitnah sahaja ( tuduh tanpa bukti ). Saya tulis dan beri komentar berdasar isu. Yang baik disokong cuma saya tak guna bahasa kesat seperti mereka yang sebutkan di atas. Jadi lihat semua post saya 425 post. semuanya merupakan kritikan kepada UMNO juga. Cuma dalam bahasa yang tiada makian. Itu yang anda tidak nampak sebab kebiasaannya blog yang anda baca penuh dengan nista dan fitnah. Jadi ayat tersebut itu juga untuk anda. Post merokok lebu. Itu saya sokong walaupun nik aziz yang cakap. sebab itu benar tentang bahaya merokok. Minggu ini saya ikut nasihatnya kerana bimbang jadi lembu. Penghuni Gua
ReplyDeletewah.. wah..
ReplyDeletemarah betul tok mudim kita yer.
jangan marah tok mudim, nanti takut budak-budak nak bersunat.
DIA ORANG INI KALAU MAKI HAMUN DAN CACI CERCA SERTA FITNAH BARULAH MEREKA BERPENDAPAT KRITIKAN. SEBABNYA SUDUT PANDANGAN YANG SEMPIT DAN PERGAULAN HANYA DI KALANGAN MEREKA DAN PENDEWAAN PADA PEMIMPIN YANG BEGITU BERLEBIHAN. INILAH JADINYA. PENGHUNI GUA
ReplyDelete