Wednesday, 11 March 2009

P Waythamoorthy ( HINDRAF ) JANGAN DIBENAR PULANG PENDERHAKA / PENGKHIANAT INI KE MALAYSIA



11 mac 2009

Kerajaan tak sekat pemimpin Hindraf kembali ke tanah air

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan, P Waythamoorthy bebas kembali ke ibu negara kerana kerajaan tidak pernah melarang atau menyekatnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pasport baru Waythamoorthy juga sudah lama dihantar ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London tetapi tidak diambil setakat ini.


"Bukan kita (kerajaan) yang tidak mahu memberikan Waythamoorthy pasport, sebaliknya beliau lebih selesa menggunakan dokumen perjalanan British untuk urusannya.


"Kerajaan tidak pernah menarik balik atau membatalkan pasport beliau dan kita tidak ada halangan sekiranya beliau mahu pulang ke sini," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Penghuni Gua : Sekali lagi Penghuni Gua tegaskan agar kerajaan Malaysia , jangan sesekali membenarkan pengkhianat dan penderhaka ini pulang semula ke Malaysia. Kerosakan yang telah dibuatnya terhadap rakyat dan negara masih belum dapat dipulihkan hingga kini. Jangan sesekali benarkan. Jika belaiu berjaya menyeludup masuk semula ke Malaysia tentukan beliau di tahan di bawah ISA di samping itu dakwanya dibawah undang-undang lain terhadap kesalahannya yang bertimbun yang telah dibuka kertas siasatan oleh polis. Tentukan beliau dibicarakan sehingga ke akhir hayat.


Tetapi yang baik nya jangan benarkan ia kembali. Biar beliau berada di UK di negara yang melindungi dan membenarkan beliau memiliki pasport negara itu. Bagus dia tinggal di London. Itulah negara yang dipujanya. Senang beliau untuk berhubung dan mengadu hal kepada God Father nya. tinggallah di negara yang paling baik dalam menjaga Hak Asasi Manusianya di dunia. Beliau dan mereka yang serupa dengannya ini, yang pandai memutar belit percakapannya : biar mereka rasa Malaysia atau negara lain yang terbaik.


Biar mereka jilat segala ludah dan kahak yang mereka telah hamburkan kepada kita. hati kami masih terluka dengan perbuatannya dan pertubuhan HINDRAF ini. Jika kerajaan berlembut dengan orang yang sebegini mungkin sekali lagi rakyat akan menghukum kerajaan yang ada di dalam PRU akan datang. Bacalah dan fahami isyarat rakyat dengan betul. Selamatkan Malaysia dari anai-anai ini.

No comments:

Post a Comment