Tuesday, 31 March 2009

SUHAKAM : APA LAGI NGOs NAK ?


Malaysiakini



Sekumpulan besar NGO Malaysia terus mendesak badan antarabangsa yang memantau institusi hak asasi nasional di seluruh dunia ICC agar tidak lagi memberikan "status A" kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Penurunan status suruhanjaya itu kepada "B" membawa akibat ia hanya dibenarkan sebagai pemerhati dan tidak boleh menyertai perbahasan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan "status C" bermakna sama sekali gagal mematuhi Prinsip Paris, syor kebebasan institusi hak asasi di sesebuah negara.

"(Jika Suhakam dikekalkan status A), tindakan ini akan memberikan keabsahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia membuat pindaan sewenang-wenangnya tanpa berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk NGO, dan juga pindaan (Akta Suhakam) yang bersifat permukaan," kata 46 pertubuhan itu dalam surat yang ditujukan kepada ICC hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : NGOs ni nak apa lagi. Nak bebas macamana lagi. Bandingkan kebebasan negara kita dengan US. Adakah kita tidak bebas berbanding US. Negara Malaysia atau US yang lebih menitik beratkan hak asasi awam ini ? Jawapannya Malaysia. Lihat di Asia Tenggara. Siapa yang lebih baik dalam menjada hak asasi awam. Malaysia juga.


Lihat Asia , Cina, Russia, Eropah dan sebagainya, semua nya Malaysialah yang terbaik dari segi kebebasan dan penjagaan hak asasi awam berbanding dengan negara-negara di atas. Apatah lagi dengan bapa hak asasi dunia US. Mereka ini hanya pandai bercakap sahaja. Tahun 2008 berapa ribu US telah membunuh rakyat Iraq, Afghan, Palestin.


Mana NGOs ini berada semasa pembunuhan ini berlaku. Mana suara mereka. Mana NGOs ini dalam memperkatakan hak asasi rakyat kebanyakkkan yang merempat dibawah jambatan dan dibawah tangga di US. Berjuta orang. Apa perjuangan mereka.


Apa perjuangan dan suara NGOs ini tentang hak asasi awam yang terjejas akibat tunjuk perasaan setiap hari oleh Hindraf ( sehingga kini pun ). Mana hak asasi polis yang pecah kepala dan kecederaan lain serta yang mati akibat tunjuk perasaan dan juga yang ditembak oleh perompak. Apa yang telah mereka perjuangkan kepada hak asasi mereka ini. Sepatah pun mereka tidak bercakap.


Kepada kerajaan, Jangan melayan lagi kehendak dan agenda mereka ini. Mereka akan terus mengkritik dan mempersoalkan hak asasi Malaysia walaupun apa yang di lakukan oleh negara. Mungkin mereka hendak bebas seperti hidup belantara yang tiada peraturan dan undang-undang. Lupa dan pekakkan telinga kepada desakan mereka ini. Mereka ini hanya mewakili minoriti yang boleh dibilang dengan jari. Pihak kerajaan perlu menjaga hak kami yang sentiasa mempertahankan kerajaan dan ini disahkan di dalam ORU ke 12 walaupun berkurangan sedikit.


Persetankan desakan mereka ini yang hanya mementingkan diri dan sentiasa menjadi rakyat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh negara ini.


Lupakan suara mereka. Suara kami ada sepatutnya lebih diutamakan. Kami semua bersyukur dengan apa yang ada. sebarang rasa tidak puashati , kami salurkan melalui saluran yang betul dan dengan cara berhemah dan bukan dengan meludah negara ini di luar negeri. Mereka ini sebenarnya adalah penderhaka yang hanya berniat merosakkan negara.


Penghuni Gua : Hak asasi awam lebih utama dari hak asasi individu.

1 comment:

  1. Ya, saya setuju. NGO di Malysia ini hanya pandai memekik semua yang kerajaan buat tak betul. Mereka sahaja yang betul. Pedulikan NGO-NGO ini. Mereka bukan mahu berganding bahu bersam untuk memajukan negara ini. Pedulikan mereka. Lebih baik kerajaan tumpukan usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

    ReplyDelete