Friday, 13 March 2009

IT : UMNO MENGUNDUR KE BELAKANG ?


Malaysiakini : 13 mac 2009


Wakil calon Umno bantah penggunaan komputer

Abdul Rahim Sabri Mar 13, 09 12:47pm

Sembilah puluh peratus daripada kira-kira 200 wakil calon bagi pemilihan Umno hujung bulan ini, tidak bersetuju pengiraan undi dilakukan dengan menggunakan komputer.Sebaliknya mereka mahu pengiraan undi dibuat secara manual seperti pada tahun-tahun sebelumnya.Keputusan tersebut dibuat secara angkat tangan sewaktu majlis taklimat diadakan untuk wakil-wakil calon. Berita lanjut :................

Penghuni Gua : Apa cerita ni. Naik malu saya melihat kepada isu ini. Mengapa perwakilan enggan menggunakan IT dalam pemilihan UMNO pada akhir mac ini. Ini langkah mengundur ke belakang. Orsng yang paling sedih dalam hal ini ialah Tun Dr Mahathir. Ini kerana Tun yang memperkasakan IT selama lkurang 21 tahun sehingga melahirkan MSC. Tiba-tiba perwakilan UMNO menolaknya. Ini nampaknya sudah berjangkit sindrom pembangkang iaitu sindrom syak wasangka dan andaian ( semuanya kerana perkataan jika, jika, jika...........mungkin, mjungkin, akan, akan, akan ) Semua syak yang tiada asas iaitu mungkin pemilihan UMNO mac ini akan dimanipulasi oleh setengah pihak yang akan manyalahgunakan sistem ini. Jadi pandang positif lah tentang teknologi ni. . Semasa saya menulis ni, anak-anak melihatnya. Mereka gelak melihat dan membaca berita ini. Ketawanya masih belum berhenti. Jadi pada perwakilan 200 orang tu, lihat ke depan dan berpandangan positif tentang teknologi. UMNO sepatutnya menjadi pelupor kepada penggunaan teknologi di dalam pengundian. Ini akan diikuti oleh parti lain. Jika anda masih mengekalkann keputusan ini, orang yang paling sedih ialah YAB Tun Mahathir. Beliau yang berusaha keras memperkenal dan mengalakkan pengunaan IT dalam semua aspek.


Kepada UMNO : Berubahlah. Dalam perkara sekecil ini pun anda masih belum berubah. Inilah yang menjadikan UMNO akan lebih tua dari usianya. Anda semua lambat nak berubah apalagi nak mengubah orang lain. Kalau dilihat blog-blog yang ada pun, hanya orang macam kamilah yang bermatian membela kerajaan dan negara. Kami tak dapat apa pun. Boleh bilang dengan jari blog dari ahli anda. Kami nilah, bloggers bebas yang habis-habisan bersengkang mata dan memerah otak dalam menyampaikan pandangan dan mempertahankan kerajaan. Jadi berubahlah. Masih belum terlambat.

2 comments:

  1. Mana ada parti kat Malaysia ni undi pakai IT?

    ReplyDelete
  2. UMNO lah sepatutnya jadi pelopornya. Jadikan ia contoh SPR pun dah nak perkenalkannya. US pun pemilihan presiden satu us dgn 50 juta pengundi. Tak ada silap pun. JIka ada hanya diperingkat permulaan. Sistem keselamatan cukup IT dah begitu maju. arifomar/penghuni gua

    ReplyDelete